Kertas Cadangan_pertandingan Sepak Raga

  • Uploaded by: Jessica
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan_pertandingan Sepak Raga as PDF for free.

More details

  • Words: 1,212
  • Pages: 15
KERTAS KERJA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW KPLI AMBILAN JUN 2009 (MATEMATIK-1E) PENYELARAS :

EN. CHEAH TONG TIAT

AHLI KUMPULAN YONG FUI LEI JESSICA EDWARD ELAINE F. GEORGE PRISCILLA SHIM SIAU YII

PERSATUAN SEPAK TAKRAW INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA : PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT IPGM KSAH

TARIKH : 29 OGOS 2009

TEMPAT : GELANGGANG SEPAK TAKRAW IPGM KSAH

ANJURAN : PERSATUAN SEPAK TAKRAW IPGM KSAH

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Puan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim bagi mengadakan Perlawanan Sepak Takraw peringkat IPGM KSAH pada tarikh, 29 OGOS 2009, bertempat di Gelanggang Sepak Takraw, IPGM KSAH.

2.0

PENDAHULUAN Perlawanan Sepak Takraw di antara pensyarah IPGM KSAH dan guru pelatih ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan di IPGM KSAH bagi mencungkil bakat terpendam para guru pelatih dalam bidang sukan di samping menyokong dasar pendidikan negara yang menekankan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang sukan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak pentadbiran dan guru-guru pelatih di bawah satu acara yang dianjurkan seperti ini.

3.0

OBJEKTIF Objektif utama Perlawanan Sepak Takraw peringkat IPGM KSAH ini dijalankan adalah; a) Mengasah bakat para peserta serta melatih mereka untuk bermain dengan lebih baik dan seterusnya dapat mewakili institut ke peringkat yang lebih tinggi. b) Menggalakkan penglibatan guru pelatih dalam sukan tradisional

Melayu, khasnya sepak takraw. c) Membina semangat kesukanan antara guru-guru pelatih. d) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para peserta. e) Membina guru-guru pelatih yang sihat dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial.

4.0

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan pertandingan serta memupuk interaksi positif dalam kalangan warga IPGM KSAH.

5.0

SASARAN Setiap peringkat pengajian wajib menghantar 3 pasukan, iaitu; a) KPLI b) PISMK – OUM c) PISMP d) PPISMP e) TESL

Terbuka kepada kakitangan dan pensyarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim. 6.0

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PERLAWANAN Tarikh

: 29 OGOS 2009

Hari

: Sabtu

Tempat

7.0

: Gelanggang Sepak Takraw IPGM KSAH

SENARAI AHLI

JAWATANKUASA PELAKSANA DAN

SENARAI

TUGAS Sila rujuk Lampiran 1.

8.0

ATURCARA PERLAWANAN Sila rujuk Lampiran 2.

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran 3.

LAMPIRAN 1 JAWATANKUASA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PENAUNG PN. HAJAH SAADIAH BINTI BANI Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim

PENASIHAT TUAN HJ. RUSLAN BIN SAAD Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA Pengerusi

:

En. Ahmad Fuad Bin Abdul Salim

Naib Pengerusi

:

En. Ronnie Balan Denis

Setiausaha

:

En. Mohd Baihaqi Bin Mohd Adenan

Bendahari

:

En. Laswan Bin Sonteng

Biro protokol/urusetia

Biro publisiti

:

:

1.

En. Khairil Anuar Bin Baharom

2.

En. Anton Anak Pindog

3.

En. Cassidy Chua Chin Boon

1.

En. Joey Wong

2.

En. Aaron Chia

3.

En. Severinus Petrus

Biro peralatan

:

Biro hadiah dan cenderahati

Biro pengadil

:

Biro perubatan dan kebajikan

Biro makanan dan minuman

1.

En. David Arumugam

2.

En. Jason Chia Chee Lung

3.

En. Amil Bin Jonas

:

1.

En. Hanafi Bin Omar

2.

En. Krishnan A/L Gnanasekaran

3.

En. Justinus Bin Tanggang

1.

En. Berinus Agang

2.

En. Lois Bin Kimbin

3.

En. George Sipajan

:

1.

En. Terbius Yipayin

2.

En. Daison Anam

3.

En. Norshamshi Bin Shamsul

1.

En. Mohd Zulhafiz Bin Kamarudin

2.

En. Kamis Bin Jumat

3.

Ustaz Khairiq Bin Jamaluddin

:

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

Setiausaha



Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu.



Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu atau badan-badan tertentu.

Bendahari •

Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.



Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan.

Biro protokol/urusetia •

Menguruskan semua maklumat yang perlu dihebah.



Menghebahkan keputusan-keputusan kejohanan.



Menyerah keputusan kejohanan kepada juruacara.

Biro publisiti •

Menyediakan kain rentang atau kertas maklumat dan memaparkan di tempat-tempat strategik.

Biro peralatan •

Mendapatkan senarai alat yang diperlukan.



Menyediakan alat-alatan yang diperlukan.



Menghiaskan khemah dzif.

Biro hadiah dan cenderahati •

Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan.



Menyusun hadiah dan cenderamata.



Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Biro pengadil •

Merekod semua keputusan pertandingan.



Menganalisis kedudukan.

Biro perubatan dan kebajikan •

Menyediakan alat kecemasan.



Menyediakan tempat rawatan.



Mengawasi keselamatan tetamu kehormat dan para peserta.

Biro makanan dan minuman •

Menentukan menu dan jenis makanan serta minuman untuk jamuan makan.



Menguruskan makanan dan minuman. LAMPIRAN 2

ATURCARA PERLAWANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

7.00 a.m

- Ketibaan para peserta.

7.30 a.m

- Taklimat peraturan dan sistem perlawanan oleh Ketua Pengadil

8.00 a.m

- Perlawanan pusingan pertama

12.00 p.m

- Rehat dan makan tengahari

1.30 p.m

- Perlawanan separuh akhir

3.00 p.m

- Ketibaan Puan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Pn. Hajah Saadiah Binti Bani.

3.10 p.m

- Peringkat akhir Perlawanan Sepak Takraw

4.00 p.m

- Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAAN Pendapatan Kutipan yuran penyertaan dari peserta : RM 10 X 51 = RM 510 Tajaan dari Persatuan Sepak Takraw : RM184 Perbelanjaan 1. Makanan dan Minuman Ahli Jawatankuasa / Peserta = RM5 x 78 orang

= RM390

Air mineral

= RM84

= RM12 x 7 kotak

3. Hadiah Perasmi Pertandingan

RM30 x 1 orang

= RM30

Pingat emas

RM10 x 3 orang

= RM30

Pingat perak

RM10 x 3 orang

= RM30

Pingat gangsa

RM10 x 3 orang

= RM30

3. Kain Rentang 1 helai

= RM100 JUMLAH

10.0

PENUTUP

= RM694

Di harapkan dengan penganjuran program ini akan dapat membentuk jati diri para peserta. Semoga pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat memajukan lagi sukan Sepak Takraw ini di samping memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah sedia terjamin.

Disediakan oleh,

________________________ (MOHD. BAIHAQI BIN MOHD. ADENAN) Setiausaha Persatuan Sepak Takraw IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.

Disemak oleh,

_______________________ (AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM) Pengerusi Persatuan Sepak Takraw IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.

Disahkan oleh,

_________________________ (TUAN HJ. RUSLAN BIN SAAD) Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim.

Diluluskan oleh,

_________________________ (PN. HAJAH SAADIAH BINTI BANI) Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim.

“KEDAH GEMILANG” “1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Pn. Hajah Saadiah Binti Bani

Ruj. Kami : IPSAH/12/03/1

Puan Pengarah,

Tarikh

: 20 Julai 2009

IPGM Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Puan, Memohon Kebenaran untuk Menganjurkan Perlawanan Sepak Takraw Peringkat IPGM KSAH Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Perlawanan Sepak Takraw ini melibatkan para pensyarah IPGM KSAH dan guru-guru pelatih dari 5 peringkat pengajian iaitu KPLI, PISMK-OUM, PISMP, PPISMP dan TESL. Perlawanan ini dicadangkan berlangsung pada tarikh seperti di bawah: Tarikh

: 29hb Ogos 2009

Hari

: Sabtu

Tempat

: Gelanggang Sepak Takraw

Bilangan peserta

: 51 orang

3. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan, penghargaan terhadap permainan tradisional Melayu dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para peserta perlawanan.

4. Pihak kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak puan. Segala sokongan dan kerjasama yang pihak puan berikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………………….. (AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM) Pengerusi Persatuan Sepak Takraw IPGM Kampus Sulatan Abdul Halim, 08000 Sungai petani, Kedah Darul Aman.

Sk. Fail Persatuan Sepak Takraw

Related Documents


More Documents from ""

Favorite Fruits
May 2020 18
Inglessssssssssssss.docx
August 2019 32
May 2020 17
May 2020 11