Kertas Cadangan Menubuhkan Laman Blog Pemuda Iks 2009

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Menubuhkan Laman Blog Pemuda Iks 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,143
  • Pages: 6
KERTAS CADANGAN MENUBUHKAN LAMAN BLOG PEMUDA IKS

BIRO PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN IKS BAHAGIAN BATU WILAYAH PERSEKUTUAN JANUARI 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS Bahagian Batu Wilayah Persekutuan ISI KANDUNGAN 1.0

Pengenalan

2

2.0

Rumusan Penubuhan

2

3.0

Latar Belakang Organisasi

2

4.0

3.1

Struktur Organisasi

3.2

Biro Penerangan

3.3

Pelan Sumber Manusia

Blog

3

4.1

Matlamat Penubuhan

4.2

Sumber Kandungan

4.3

Kawalan Kandungan

5.0

Kaedah Penyampaian

4

6.0

Sudut Kewangan

5

7.0

Kesimpulan

5

1

PemudaIKS.blogspot.com

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS Bahagian Batu Wilayah Persekutuan

1.0

Pengenalan

1.1

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

1.2

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.

1.3

Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.

1.4

Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog.

1.5

Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog mp3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

1.6

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

1.7

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007

2.0

Rumusan Penubuhan

2.1

Selaras dengan perkembangan dan pembangunan teknologi informasi dan komunikasi, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS berhasrat menubuhkan laman blog sendiri sebagai saluran maklumat kepada ahli-ahli dan juga masyarakakat umum.

2.2

Ilham untuk menubuhkan laman blog ini adalah dari hasil perbincangan sesama ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS, dilaksanakan oleh Biro Penerangan.

2.3

Kandungan teks, bahan media dan pautan pada blog ini akan dihasilkan, dipantau dan dikemaskini oleh Biro Penerangan.

2.4

Cadangan penubuhan laman blog ini tidak menelan belanja yang besar, tetapi hanya melibatkan kos komputer peribadi, kos melayari Internet dan juga kos penggunaan tenaga elektrik.

3.0

Latar Belakang Organisasi

3.1

Struktur Organisasi

3.1.1

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS diketuai oleh saudara Fakhrulzaman bin Mohd Fadzil, merangkap ketua kepada penubuhan laman blog ini.

2

PemudaIKS.blogspot.com

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS Bahagian Batu Wilayah Persekutuan 3.1.2

Di bawah naungan beliau, terdapat biro-biro yang dikhususkan untuk melaksanakan sesuatu tugas mengikut kesesuaian, iaitu: a. Biro Penerangan b. Biro Agama dan Sosial c. Biro Ekonomi d. Biro Sukan dan Rekreasi

3.1.3

Biro-biro tersebut akan bersama-sama menyokong penubuhan laman blog ini dengan cara menyampaikan maklumat yang diperlukan untuk mengemaskinikan kandungan blog.

3.1.4

Penasihat kepada penubuhan laman blog ini adalah saudara Ramlan bin Salleh, Ketua UMNO Cawangan Taman IKS.

3.2

Biro Penerangan

3.2.1

Biro Penerangan akan menghasilkan, memantau dan mengemaskini segala kandungan teks, bahan media dan pautan pada blog ini.

3.2.2

Biro ini diketuai oleh saudara Shafril Yizmier bin Mohd Yusoff dan dibantu oleh ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS yang dipertanggungjawabkan di bawah biro ini.

3.3

Pelan Sumber Manusia

3.3.1

Sepanjang penubuhan organisasi ini, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS sentiasa mencari individu yang berminat untuk berjuang di dalam arena politik tempatan.

3.3.2

Mereka yang berminat ini akan dipantau dan dianalisa tentang kebolehan dan kewibawaan mereka sebelum diterapkan ke dalam organisasi, diberi pendedahan dan diberi tanggungjawab.

3.3.3

Mereka yang berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif akan diserapkan ke dalam cabang penubuhan laman blog ini di bawah penjagaan Biro Penerangan.

3.3.4

Dengan cara ini, organisasi dapat mengekalkan kewujudan laman blog ini pada masa akan datang, selagi ada ahli yang mampu meneruskan pelaksanaan tanggungjawab Biro Penerangan.

4.0

Blog

4.1

Matlamat Penubuhan

4.1.1

Blog ini ditubuhkan sebagai pusat saluran menyampaikan maklumat, pentas untuk menyuarakan pandangan/pendapat serta menjadi medan perkongsian/pertukaran pendapat antara ahli-ahli organisasi dan juga masyarakat umum.

4.1.2

Misi penubuhan blog ini adalah untuk menjadi sumber maklumat kepada ahli-ahli organisasi dan masyarakat umum dengan etika profesional, menjaga hak pihak-pihak lain dan membicarakan isu-isu yang matang.

3

PemudaIKS.blogspot.com

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS Bahagian Batu Wilayah Persekutuan 4.1.3

Visi penubuhan blog ini adalah untuk menjadi wadah perkongsian global.

4.2

Sumber Kandungan

4.2.1

Alamat URL untuk penubuhan laman blog ini adalah seperti berikut: http://pemudaiks.blogspot.com

4.2.2

Senarai kandungan yang dicadangkan untuk laman blog ini adalah seperti berikut (tidak terhad kepada): a. Membawa cogankata “Memperkasa Generasi Baru” b. Berita bergambar/tidak bergambar perkembangan terkini Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS c. Laporan bergambar/tidak bergambar aktiviti-aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS d. Ulasan bergambar/tidak bergambar Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS mengenai isu tempatan, nasional atau antarabangsa e. Berita perkembangan politik Wilayah Persekutuan dari Wilayahkini f. Video mengenai perkembangan politik tempatan dan nasional dari YouTube g. Pautan ke UMNO Malaysia, UMNO Bahagian Batu, Suruhanjaya Pilihan Raya, UMNOtv dan Kelab Penyokong Maya UMNO h. Ulasan pelayar tentang kandungan laman blog

4.2.3

Sumber kandungan untuk laman blog ini adalah dari berikut (tidak terhad kepada): a. Dari pengamatan ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS terhadap sesuatu isu dan tidak terhad kepada sesebuah subjek. b. Melayari internet c. Perbincangan sesama ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS mengenai sesuatu isu tempatan, nasional ataupun antarabangsa.

4.3

Kawalan Kandungan

4.3.1

Kandungan di dalam laman blog akan dikawal dari menerbitkan bahan-bahan yang menyalahi undang-undang seperti (tidak terhad kepada): a. Menyebarkan fitnah b. Berita palsu c. Bahan-bahan yang boleh merosakkan akhlak

4.3.2

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli yang melanggar syarat yang ditetapkan ini.

4.3.3

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada di kalangan masyarakat umum yang bertindak melampau terhadap laman blog ini.

5.0

Kaedah Penyampaian

5.1

Setiap ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan bertanggungjawab menyampaikan kepada masyarakat berkenaan penubuhan laman blog ini.

4

PemudaIKS.blogspot.com

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS Bahagian Batu Wilayah Persekutuan 5.2

Kaedah penyampaian meliputi dari mulut ke mulut, pengikalanan elektronik dan juga menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana tidak memerlukan belanja yang besar.

5.3

Penyampaian ini antarabangsa.

6.0

Sudut Kewangan

6.1

Kesemua perbelanjaan yang digariskan untuk menubuhkan laman blog ini akan dibiayai oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS.

6.2

Perbelanjaan yang dimaksudkan adalah kos komputer peribadi dan penyelenggaraannya, kos penggunaan khidmat internet dan kos penggunaan tenaga elektrik.

6.3

Laporan akan disediakan dan dibentang pada Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS.

7.0

Kesimpulan

7.1

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan memastikan matlamat utama penubuhan laman blog ini tidak terjejas di masa hadapan.

7.2

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan memastikan penubuhan laman blog ini akan menjaga nama baik organisasi dah tidak memburukkan mana-mana pihak.

7.3

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS menaruh harapan bahawa dengan penubuhan laman blog ini akan memajukan organisasi selangkah ke hadapan.

termasuklah

pada masyarakat

5

setempat, nasional dan juga

PemudaIKS.blogspot.com

Related Documents