SULIT
1103/2
1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Mei 2009 2 ½ jam PEPERIKSAAN BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.
Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2.
Jawab semua soalan.
3.
Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4.
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.
@ PKPSM PHG 2009
SULIT
2
1103/2
Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat bioteknologi dan langkah-langkah untuk menggalakkan perkembangan bioteknologi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa bioteknologi ialah industri penting yang berpotensi menjana sumber kekayaan baru. Menurut beliau, RMK-9 akan memastikan pembangunan industri bioteknologi sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara, projek bertaraf nasional yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi. Dalam hal ini tumpuan akan diberikan kepada penggunaan bioteknologi dalam bidang pertanian, penjagaan kesihatan dan aktiviti perindustrian. Semasa mengulas lanjut mengenai dasar yang diumumkan, Perdana Menteri berkata bahawa bidang ini menandakan permulaan era baru yang cukup bermakna dalam usaha kerajaan menggunakan kekayaan biodiversiti untuk manfaat negara melalui sains dan teknologi. Hal ini demikian kerana bioteknologi bukan hanya menjana kemajuan dalam kualiti hidup rakyat, bahkan mencambahkan pengetahuan dan inovasi dalam negara; satu elemen penting dalam usaha kita untuk mencapai tahap pembangunan yang mempunyai nilai tambah. Hal ini bermakna kemajuan dalam bidang ini akan menjadi pemacu utama pembangunan negara, kini dan masa depan. Pertumbuhan sektor ini sebenarnya cukup luar biasa. Bidang penjagaan kesihatan dan farmaseutikal ialah industri berbilion-bilion ringgit di dunia. Banyak syarikat farmaseutikal raksasa yang sudah memanfaatkan sumber alam tropika yang kaya untuk tujuan komersial. Kemajuan dalam bidang ini akan dapat memperkenalkan herba, bahan vaksin dan sebagainya yang mungkin akan membolehkan penghasilan pelbagai ubat untuk melawan penyakit. Bioteknologi juga dapat mengatasi masalah pencemaran lantaran lambakan kumbahan. Kemajuan ini membantu Syarikat Indah Water Konsortium mengurus air kumbahan penduduk Malaysia dengan sempurna. Apabila air kumbahan sudah hilang sisa toksiknya, barulah air itu disalurkan ke sungai. Dengan ini, pencemaran alam dapat diatasi. Bioteknologi industri makanan sememangnya banyak membantu manusia. Kemajuan dalam bidang ini dapat meningkatkan penghasilan makanan yang tahan lebih lama. Dalam bidang pertanian, kemajuan bioteknologi seperti bioteknologi genetik akan dapat menghasilkan baka-baka ternakan yang terbaik seperti yang dihasilkan melalui kaedah kimera, teknik in vitro, dan permanian beradas. Pengubahsuaian genetik pula akan mampu menghasilkan benih tanaman yang mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.
SULIT
1103/2
3
Namun teknologi ini terdedah kepada penyalahgunaan. Pengklonan manusia akan melahirkan manusia yang sama genetiknya. Tujuannya mungkin untuk mendapatkan organ ganti. Orang yang telah mati juga dapat diklonkan jika sperma atau DNA orang itu disimpan dengan baik. Maka sistem kekeluargaan dan sosial akan huruhara. Manusia mungkin akan mengabaikan kewajipan berkahwin untuk mendapatkan zuriat. Sesungguhnya bioteknologi menjanjikan harapan yang besar dan pulangan yang lumayan tetapi jalannya masih jauh dan berliku. Tanpa satu dasar yang jelas dan sokongan berterusan, sektor bioteknologi tidak akan membawa banyak faedahnya kepada negara. Jikalau tidak, hasrat ini akan hanya menjadi bahan cemuhan dan angan-angan Mat Jenin bagi negara yang berhati besar ini. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Di Luar Lingkaran : Usaha Bangun Bioteknologi Berliku’ oleh Johan Jaafar, Berita Harian, September 2006) Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) — Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, menggunakan ayat anda sendiri. (i)
jawab
soalan-soalan
yang
berikut
dengan
Berikan maksud rangkai kata mencambahkan pengetahuan dan inovasi. [2
markah] (ii)
Nyatakan kesan buruk bioteknologi terhadap kehidupan manusia.
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah perkembangan bidang bioteknologi di negara kita masih kurang memberangsangkan? [4 markah]
SULIT
4
1103/2
Soalan 2(b) — Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Umar
:
Safiah
:
Umar Safiah
: :
Umar
:
Safiah Umar Safiah
: : :
Umar Safiah
: :
(Tenang, tegas) I dah fikir habis-habis, Piah. I suka jadi guru. Kalau boleh, duduk di Kementerian Pelajaran pun I tak mahu. (Mengeluh, terdiam seketika, kemudian berkata lagi dengan harapan baru) Kalau tak mahu masuk MCS, kenapa you tak masuk Foreign Service. Foreign Service? Buat apa? Ha, itulah susahnya kalau fikiran you asyik ke guru sahaja! Nak jadi guru, nak jadi guru, sampai you tak mahu tempat lain. Father I bilang kalau masuk Foreign Service ada can ke luar negeri. (Memandang Umar, sedikit keanak-anakan) You tak suka ke luar negeri? Ini bukan soal suka tak suka ke luar negeri Piah. Kalau jadi guru pun bukan tak mungkin I ke luar negeri. Ke luar negeri sebulan dua melawat-lawat sahaja, buat apa? Habis apa maksud you? I mahu duduk di luar negeri, bekerja di luar negeri. (Memandang ke kejauhan, matanya penuh impian, bangga dan bergaya) Di Paris, di London, di...... (Sinis) Di United States, di Hollywood..... (Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tapi bersemangat semula) kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak payah masuk universiti pun you boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak orang yang boleh jadi guru, tak payah pandai cakap Inggeris pun boleh jadi guru. (Dipetik dan daripada ‘Serunai Malam’ oleh Usman Awang dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Nyatakan pandangan Safiah terhadap kerjaya sebagai seorang guru. [3 markah]
(ii)
Sekiranya anda Safiah, jelaskan tiga tindakan yang wajar anda lakukan apabila Umar memilih kerjaya sebagai guru. [3 markah]
(iii)
Huraikan satu nilai murni daripada petikan dan dua nilai murni yang lain daripada keseluruhan drama. [3 markah]
SULIT
1103/2
5
Soalan 2(c) — Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
jawab
soalan-
Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil empat orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, “Apabila waktu Maghrib sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barang siapa memakai kopiah kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia pergi sembahyang, orang bertandakan kopiah itu.” Maka kata sipahi, “Baiklah, tuan hamba,” serta dengan takzimnya. Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur. Maka hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar pergi ke masjid mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid. Bahawa pada ketika itu Sabor itu pun ada hadir di dalam masjid memakai kopiah yang diberi Jibor itu. Maka dirasanya oleh Sabor itu kepalanya pening. Maka kopiah di atas kepalanya itu ditanggalkannya. Maka diletakkannya di atas mihrab. Maka ia memakai sapu tangan bertelepuk intan baiduri. Setelah itu. maka bilal pun banglah. Maka dengan takdir Allah taala menggerakkan hati jauhari itu, maka dilihatnya kopiah itu di atas mihrab itu. Maka oleh jauhari itu diambilnya lalu dipakainya kopiah itu, daripada sangat ia ingin akan kopiah itu. Lalu kamat lalu takbiratulihram. (Dipetik daripada ‘Sabor’ dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Nyatakan tindakan Jibor dalam rancangannya untuk membunuh Sabor. [2 markah]
(ii)
Bagaimanakah Sabor terselamat daripada dibunuh oleh orang-orang upahan Jibor? [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah cara yang sewajarnya dilakukan oleh Jibor dalam menangani konfliknya dengan Sabor? [3 markah]
SULIT
1103/2
6
Soalan 2(d) — Petikan Puisi Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian dengan menggunakan ayat anda sendiri.
jawab
SYAIR KELEBIHAN ILMU Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besar sukat digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan, Teman berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ialah kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas tekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana. Za’ba Puisi Warisan, 1994. Dewan Bahasa dan Pustaka.
soalan-soalan
yang berikut
SULIT
1103/2
7
(i)
Berikan maksud masa seorang ialah taulan. markah]
[2
(ii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat memanfaatkan ilmu?
[3 markah]
(iii)
Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut.
[4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i)
hasil
(ii)
hasilan
(iii)
berhasil
(iv)
penghasilan
(v)
keberhasilan
(vi)
menghasilkan [6 markah]
(b)
Tukarkan ayat aktif di bawah asalnya.
kepada
ayat pasif tanpa mengubah maksud
(i)
Anda hendaklah melakukan semua aktiviti susulan ini mengikut tertib.
(ii)
Perdana Menteri merasmikan pameran batik tempatan yang diadakan di Kuala Terengganu.
SULIT
8
(iii)
1103/2
Ani menuangkan ibunya air oren. [6 markah]
(c)
(d)
(e)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i)
Banyak orang berkunjong ke bangunan indah itu, terutamanya pada hari Ahad dan hari pelepasan am.
(ii)
Saya difahami bahawa beliau telah mengingatkan larangan menukar matapelajaran tersebut kepada semua guru dalam mesyuarat yang lalu.
(iii)
Radio aktif mengambil masa kurang dari setengah jam untuk pembunuhan sel-sel kanser. [6 markah]
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahankesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i)
Kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak bagi menangani pelbagai gejala sosial yang berpunca daripada pengangguran.
(ii)
Untuk menyudahkan soalan tatabahasa itu bukan mudah.
(iii)
Semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam masyarakat dapat menjadikan sesuatu kerja yang sukar itu mudah dan dapat pula mengikat kemesraan. [6 markah]
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian lengkapkan ruang kosong dengan peribahasa yang sesuai. (i)
Kita hendaklah mematuhi adat dan istiadat di mana-mana tempat kita berada kerana ………………………………………………………………
(ii)
Tuk Penghulu menasihati mereka agar memahami pokok perbincangan kembali setelah mereka gagal mencapai persetujuan dalam mesyuarat itu umpama ………………………………………………………………
SULIT
9
1103/2
(iii) Oleh sebab tidak pernah datang ke Kuala Lumpur, keadaan Badrol ……… ……………………………………………………… apabila dia tiba di bandar raya tersebut. [6 markah] Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut: (i)
Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii)
Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii)
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv)
Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi)
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii)
Julia karya Abu Hassan Morad
(viii)
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang dapat dikaitkan dengan watak utama. [7 markah]
(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan yang berkait dengan ketabahan daripada setiap novel. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT