SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Mei 2009 2 ΒΌ jam
1103/1
PEPERIKSAAN BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG _____________________________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN LIMA
BAHASA MELAYU KERTAS 1
Dua jam lima belas minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
@ PKPSM PHG 2009
SULIT
1103/1 Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak. Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usahausaha memupuk budaya warisan negara kita. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Usaha menyuburkan budaya warisan dapat dilaksanakan dengan mengadakan sambutan hari perayaan pelbagai kaum. Selain itu, rasa cinta akan budaya warisan perlu dipupuk dalam kalangan pelajar sekolah. Langkah mempromosikan budaya warisan di dalam dan di luar negara perlu dipergiat. Pakar dalam pelbagai budaya warisan hendakah diberikan ruang untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan atau mendedahkan cara menghasilkan sesuatu karya warisan. Akhirnya, ceramah tentang kepentingan mengekalkan budaya warisan wajar disampaikan kepada orang ramai.
2
SULIT
1103/1
Bahagian B [100 markah] [Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan. 1. Kebanyakan remaja hari ini mengamalkan gaya hidup bebas yang bertentangan dengan nilai dan etika hidup masyarakat. Berikan pendapat anda. 2. Keadaan hidup yang semakin mencabar pada hari ini menuntut anak-anak mempunyai nilai hidup berdikari. Oleh itu, ibu bapa berperanan membentuk anakanak yang mempunyai nilai hidup sedemikian. Bincangkan. 3. Seorang sahabat pena anda di luar negara berminat untuk mengetahui usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam memajukan produk pelancongan kesihatan di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu. 4. Masyarakat Malaysia prihatin terhadap nasib masyarakat antarabangsa yang ditimpa bencana alam. Sehubungan dengan itu, pelbagai bentuk bantuan telah dihulurkan bagi meringankan beban penduduk di negara-negara berkenaan. Jelaskan bentuk-bentuk bantuan yang wajar diberikan oleh masyarakat di negara kita untuk membantu mangsa-mangsa bencana tersebut. 5. Lambakan drama bersiri asing yang sering ditayangkan menerusi televisyen di negara kita telah menjejaskan industri perfileman tempatan. Bincangkan. KERTAS SOALAN TAMAT
3