KURSUS SIJIL TINGGI TARANNUM AL-QURAN
TAJUK TUGASAN Pengenalan Tarannum Bil Quran Serta Mengarabkan Tarannum dan Suara untuk Bacaan Al-Quran HASAN ASH-SHUKRY BIN ABDULLAH 8 013
ANJURAN DARUL QURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN
TEMPAT INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH 2 MAC HINGGA 2 MEI 2008
KANDUNGAN
TAJUK
MUKA SURAT
1. PENGENALAN
1
2. MENGARABKAN TARANNUM SERTA SUARA UNTUK BACAAN AL-QURAN
5
2.1 Ilmu Al-Aswat – Sebagai Induk
6
2.2 Ilmu Tajwid
9
2.3 Ilmu Tarannum
9
2. 4 Ilmu Tartil (Lahjah Arabiah) - Korikolum Bersepadu
19
2. 5 Peranan Komponan-komponan Penting
20
3. PENUTUP
21
4. RUJUKAN
22
1.
PENGENALAN Tarannum adalah suatu ilmu atau qaedah suara yang dipelbagaikan mengikut
proses nada, rentak dan irama tertentu. Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama: alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:
(رواه البخارى
.)ما أذن ال لشىء ما أذن لنب حسن الترن بالقرأن
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".
Sejarah Tarannum
Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.
Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu RasuluLlah SAW itu. Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: A. Misri (Mesir). B. Hijazi (Mekah dan Madinah). C. Iraqi. D. Kurdi (sempadan Iraq dan Turki). E. ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.
Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri
Aliran Hijazi
•
Padang pasir.
•
Bukit bukau.
•
Suhu tinggi.
Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.
Aliran Misri
•
Lembah nil.
•
Subur menghijau.
•
Suhu sederhana.
Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.
Asal Ilham Tarannum
Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun didalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Nagham, ataupun ilmu Al-Maqamat.
Hukum Umum Bertarannum
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut; 1. Fardhu (kifayah) – jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin mendekati Al-Quran. 2. Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati. 3. Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh – jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi. 5. Haram – jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.
Sabda RasuluLlah SAW:
وإياكم ولون أهل الكتابي وأهل،اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتا
. فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح،الفسق )(رواه الطبن والبيهقي
.ل ياوز حناجزهم مفتونة قلوبم وقلوب من يعجبهم شأنم
Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya. Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”
Falsafah Tarannum
Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.
2. MENGARABKAN TARANNUM SERTA SUARA UNTUK BACAAN AL-QURAN
2
:)انا أنزنـه قرءانا عربيا لعلكم تعقلون (يوسف
“Sesungguhnya Kami telah turunkan kitab itu sebagai Al-Quran yang keadaannya dalam bahasa Arab, mudah-mudahan kamu memikirkannya”. Sesungguhnya pada ayat di atas, Allah SWT. menjelaskan secara berseni sekali bahawa manusia patut memikirkan keberadaan Al-Quran itu yang diturunkan di dalam bahasa arab, suatu bahasa yang sangat terkenal kompleks itu. Tidak ada bahasa di dalam dunia yang mempunyai cabang ilmu yang sangat luas untuk memahami, menutur dan menjiwainya seperti bahasa Arab. Untuk memahami bahasa Arab sahaja sudah memerlukan ilmu-ilmu seperti nahu, sorof, bayan, mantiq dan lain-lain. Untuk menutur (membaca) Al-Quran pula memerlukan ilmu-ilmu khusus seperti ilmu tajwid dan tartil. Untuk menjiwainya memerlukan ilmu al-aswat (ilmu teknik mengeluar suara – vokal) sebagaimana sabda RasuluLlah SAW.
حسنوا القرأن بأصواتكم فاءن الصوت السن يزيد القرأن حسنا ( النسائ دان الاكم، ابن ماجه الدارمي، أبو داوود،)حديث أحد “Perelokkanlah (bacaan) Al-Quran kamu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang elok boleh menambahkan keelokan bacaan Al-Quran itu).”
Bertitik tolak dari kefahaman hadis inilah, Kerajaan Malaysia melalui agensinya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus-Kursus Tahsin AlQuran. Seorang pakar Tarannum tanah air, Al-Fadhil Tuan Haji Nik Jaafar Nik Ismail (1) menjelaskan: untuk menguasai ilmu tarannum, sekaligus mengarabkannya semestilah dengan menguasi ilmu-ilmu berikut secara bersepadu; a). Ilmu al-aswat – sebagai induk. b). Ilmu tajwid. c). Ilmu tarannum. d). Ilmu tartil (lahjah arabiah) - korikolum bersepadu.
2.1 Ilmu Al-Aswat – ٍٍSebagai Induk
Tarannum dan ilmu al-aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat dipisahkan kerana tarannum (lagu) itu berdiri diatas suara yang diperindahkan. Suara yang sebaliknya pula bakal mencacatkan tarannum. Suara suatu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Ada insan yang dianugerahkan suara merdu dan bertenaga dengan semulajadi. Ada insan yang mempunyai suara yang bertenaga tetapi tiada kemerduan dan kelembutan. Ada insan yang mempunyai suara yang agak lembut dan sedikit kemerduan tetapi tidak pula bertenaga. Disebabkan perbezaan-bezaan ini, maka seseorang qari itu semestilah mempelajari, memahami dan mengguna-pakai ilmu-ilmu berikut mengikut urutannya;
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Qawaidut Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
2.1.1
Mempelajari ilmu tangga-tangga suara (do-re-mi-fa-so-la-ti-do).
2.1.2
Memahami pola dan kemampuan suara sendiri.
2.1.3
Memahami dan memperatikkan suara yang sesuai untuk pembacaan AlQuran.
2.1.4
Selalu mendengar dan mempelajari kaedah mengeluarkan suara mengikut cara Qari-qari arab misri yang muktabar.
Disebut supaya mempelajari cara mengeluarkan suara Qari-qari arab Mesir yang muktabar berbanding cara Qari-qari arab seperti hijazi dan lain-lain ialah kerana gaya suara mereka lebih lembut, jelas satu-persatu mengikut huruf-huruf dan budaya suara mereka yang hidup berhampiran sungai nil itu lebih hampir dengan masyarakat melayu. Malah jika dikaji dan dinilai dari sudut kesenian, kita akan dapati bacaan mereka sangat bertepatan dengan sifat sebutan Al-Quran yang lembut dan mudah (layyin/sahlin) serta sifat bacaan RasuluLlah SAW. yang jelas satu-persatu (harfan-harfan). Memerhati cara mengeluarkan suara Qari-qari arab, kita akan dapati mereka menggunakan kedua-dua rongga mulut (al-jauf) dan hidung (al-khaisyum) (1) lafaz sebutan tetap dikeluarkan melalui lidah tetapi gema suara mereka sedikit condong ke arah rongga hidung selain memenuhi rongga mulut. (sekitar enam puluh peratus gema dari rongga al-jauf dan empat puluh peratus gema dari rongga al-khaisyum) . Cara mengeluarkan suara (vokal) sebegini menyebabkan suara mereka kedengaran lebih manis dan merdu.
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Qawaidut Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
Seorang pakar tarannum Mesir, Syeikh Fatihi Hassan Maliji (1) menjelaskan para Qari hendaklah “menjauhi daripada menggetarkan suara atau menggerakkan suara dan mengombakkan suara dengan kuat (berlebihan sehingga boleh menjejaskan kualiti suara dan menyebabkan lari dari kaedah maqam asal)”. Johan Qari Peringkat Antabangsa 1999, Hj Che Yahya Daud mendedahkan rahsia tambahan kearaban suara di dalam Tarannum seperti yang diamalkan oleh Qari-qari mesir yang muktabar seperti berikut; 1. Suara turun menjunam. 2. Suara naik mencanak. 3. Suara turun dan buka. 4. Suara goncang. 5. Suara goyang. 6. Suara semacam seruling (flute). 7. Suara gantung (separuh ihtilal al-lahn). 8. Suara meletup-letup.
Sungguhpun dilarang meniru penyanyi untuk melagukan Al-Quran, tetapi terdapat satu hadis RasuluLlah memuji seorang sahabat Baginda, Abu Musa Al-Asy’ari RA, yang membaca Al-Quran dengan suara semacam seruling. sabda RasuluLlah SAW:
( رواه البخارى ومسلم
)لقد اعطيت مزمارا من مزامر آل داوود.
Sesungguhnya bertuah engkau dianugerahkan Allah dengan (suara semacam) seruling dari jenis seruling keluarga Nabi Daud AS. (1) Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kertas Kerja: SMTQPA, Kota Bharu. 4 & 5 Ogos 2007.
Pakar Tarannum Melayu Klasik, Datuk Mohamed Hasri menambah: Qari-qari dikira lebih mahir jika mampu melakukan kuflah mahur (sekumpulan pergerakan dan penggetaran suara).
2.2
Ilmu Tajwid
Tajwid adalah suatu kewajiban kerana tajwid boleh menyebabkan sah-batal solat dan tajwid jugalah yang jelas membezakan seseorang qari itu kearaban atau tidak. Justeru, setiap Qari hendaklah sentiasa mengambil berat perkara-perkara yang berikut; 2.2.1
Ketepatan cara menyebut huruf-huruf yang terdapat di dalam Al-Quran; sifatnya dan makhrajnya (tempat keluar bunyi sebutan huruf-huruf tersebut).
2.2.2
Ketepatan cara membunyikan bacaan Al-Quran semasa pertemuan hurufhuruf.
2.2.3
2.3
Ketepatan cara mensaktah, berqalqalah, bermad dan lain-lain.
Ilmu Tarannum
.)(ابو داوود
زينوا القرأن بأصواتكم
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara.(suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum. Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah AlMukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.
Asas Tarannum Aliran Hijazi
Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”
1. Banjakah. 2. Husaini. 3. Mayyah. 4. Rakbi. 5. Jiharkah. 6. Sikah. 7. Dukah.
Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.
Asas Tarannum Aliran Misri
Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:
1. Al-Bayyati. 2. Soba. 3. Hijaz. 4. Nahawand. 5. Rast. 6. Sikah. 7. Jiharkah.
Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain (1) yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu). Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.
(1) Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu
Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk mengarabkan bacaan mereka (1). 2.3.1
Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah).
2.3.2
Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).
2.3.3
Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).
2.3.4
Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).
2.3.5
Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu tangga-tangga suara ).
2.3.6
Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).
2.3.7
Wuslah
al-mumathalah
(kemahiran
menggabungkan
alunan
beberapa
tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).
Dalam penulisan ringkas ini, penulis akan menukilkan serba sedikit pengertian, sejarah asal, sifat-sifat dan peranan-peranan penting tarannum-tarannum asas aliran Misri. TARANNUM AL-BAYYATI
Bermaksud rumah, dipopularkan oleh qari-qari Mesir.
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Qawaidut Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd
Sifat Tarannum Al-Bayyati
•
Lembut disamping tegas.
•
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
•
Harmoni.
•
Berunsur ketenangan.
Peranan Tarannum Al-Bayyati
•
Memantapkan persembahan.
•
Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
•
Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
•
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
•
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SOBA
Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir
Sifat Tarannum Soba
•
Gerak ringan meresap jiwa.
•
Alunan lembut yang mendayu.
•
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
•
Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.
Peranan Tarannum Soba
•
Menenangkan persembahan.
•
Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
•
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
•
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM HIJAZ
Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qariqari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Hijaz
•
Gerak lambat tapi berkesan.
•
Ketegasan pendorong semangat.
•
Kelincahan menghidupkan persembahan.
•
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
•
Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.
•
Memberi semangat kepada persembahan.
•
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
•
Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
•
Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
•
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
•
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM NAHAWAND
Nahawand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Nahawand
•
Gerak ringan yang berkesan.
•
Kelembutan bersopan.
•
Sederhana memikat jiwa.
•
Kehalusan seni.
•
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Peranan Tarannum Nahawand
•
Melembutkan bacaan.
•
Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
•
Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
•
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
•
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM RAST
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
•
Gerak lembut disamping ketegasan.
•
Kelembutan alunan.
•
Lincah menyemarakkan.
•
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
•
Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.
Peranan Tarannum Rast
•
Memberi semangat kepada persembahan.
•
Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
•
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
•
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
•
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SIKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurunkurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qariqari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Sikah
•
Gerak lambat meyakinkan.
•
Kelembutan menusuk kalbu.
•
Berciri kesedihan dan kerintihan.
•
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
•
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Peranan Tarannum Sikah
•
Melembutkan persembahan.
•
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
•
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
•
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
•
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM JIHARKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurunkurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Jiharkah
•
Gerak ringan yang berkesan.
•
Kelembutan menusuk kalbu.
•
Harmoni.
•
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
•
Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Peranan Tarannum Jiharkah
2.4
•
Menenangkan ketegangan persembahan.
•
Melembutkan persembahan.
•
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
•
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
•
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
Ilmu Tartil (Lahjah Arabiah) - korikolum Bersepadu
4 :(الزمل
)ورتل القرأن ترتيل
“Dan bacalah Al-Quran dengan tartil.”
Seorang sahabat RasuluLlah S.A.W yang ulung, yang juga merupakan pakar rujuk pembacaan Al-Quran di zamannya, Abdullah Ibni Mas’ud RA telah menjelaskan tartil Al-
Quran seharusnya merangkumi dan mensepadukan bebarapa kaedah dengan katanya: “Bahawa syarat-syarat mentartilkan Al-Quran hanya empat perkara; 2.4.1
Bertajwid (mengikut kaedah ilmu tajwid).
2.4.2
Bertazyin (kaedah bertarannum / memperlagukan)
2.4.3
Tahsin Al-Sout (pembaikan suara)
2.4.4
Lahjah Arabiah (menyebut kalimah-kalimah Al-Quran mengikut kaedah bahasa dan budaya sebutan orang arab). (1).
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Qawaidut Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
2.5 Peranan Komponan-komponan Penting
Setelah mengenali tarannum-tarannum, sifat-sifat dan peranan-peranannya, marilah kita kenali memahami pula peranan-peranan komponan-komponan penting untuk mengarabkan tarannum dan suara. 2.5.1
Harkat: menunjukkan kemahiran menyusun atur tarannum dan persembahan.
2.5.2
Qit’ah: menujukkan kemahiran cara pergerakan tarannum dan persembahan.
2.5.3
Mahattah: menunjukkan kemahiran menyempurnakan harkat.
2.5.4
Burdah: menunjukkan kemahiran menggunakan suara yang pelbagai serta berbunga.
2.5.5
Salalim: menunjukkan kefahaman ilmu tangga-tangga suara.
2.5.6
Ihtilal al-lahn: mampu menyentuh hati pendengar dengan suara condong yang mendayu.
2.5.7
Wuslah al-mumathalah: menunjukkan kefahaman, kemahiran dan penguasaan tarannum-tarannum (tanpa keliru).
3. PENUTUP Berdasarkan penjelasan-penjelasan diatas, maka bolehlah dirumuskan bahawa para qari yang ingin mengarabkan tarannum dan suara mereka untuk bacaan Al-Quran sewajarnya menitik beratkan beberapa perkara seperti berikut; 3.1
Berusaha sedaya upaya untuk menguasai kaedah sebutan kalimah-kalimah Al-Quran
dengan tepat (tajwid dan kefasihan) serta mengikut budaya
sebutan orang Arab. 3.2
Mendengar dan memperaktikkan kaedah mengeluarkan suara (vokal) qari-qari arab yang muktabar.
3.3
Mempelajari ilmu tatabahasa arab (nahu) supaya tepat ibtida’ (memulai) dan waqaf (berhenti).
3.4
Semasa hendak mempersembahkan bacaan Al-Quran, berusahalah untuk memahami maksud ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan seterusnya menerapkan dengan tarannum yang sesuai.
3.5
Para qari sewajarnya memastikan susunan tarannumnya rapi dan bersesuaian dengan kemampuan suara.
3.6
Sila pastikan susunan harkat dan susunan tobaqot suara rapi dan bersesuaian demi untuk mencapai ke tahap persembahan yang baik.
3.7
Sentiasa menjaga ketepatan membunyikan baris-baris huruf-huruf Al-Quran tanpa imalah kedaerahan (1).
3.8
Akhirnya, sentiasalah menjaga sifat ikhlas di hati semasa membaca Al-Quran.
(1) Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1995), Panduan Tartil Al-Quran, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
4. RUJUKAN
1. Al-Quran Al-Karim 2. Al-Hadith As-Syarif 3. Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1998), Buku Qawaid At-Tarannum, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd. 4.
Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kertas Kerja: Seminar Tarannum Peringkat Antarabangsa, Kota Bharu.
5.
Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail (1995), Panduan Tartil Al-Quran, Kuala Lumpur : Darul Fikir Sdn. Bhd.
6. Nota-nota Kuliah Pengajian.