Kerja Kursus Ilmu Pendidikan Kpli Kdc Pemulihan 2008

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Ilmu Pendidikan Kpli Kdc Pemulihan 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,709
  • Pages: 25
“Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi

dan

jasmani…



Sebahagian

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

POTENSI INDIVIDU Perkataan potensi berasal daripada Bahasa Inggeris yang membawa erti keupayaan atau kebolehan yang terpendam dalam diri seseorang .Ia juga membawa maksud melakukan sesuatu atau berkembang maju.Potensi dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia.Dengan perkataan lain , potensi merupakan satu kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada pada dirinya.Justeru itu, Potensi

merupakan

kebolehan atau bakat yang ada pada diri

seseorang.Potensi manusia boleh ditinjau dari aspek jasmani,rohani ,mental dan emosinya . Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa potensi manusia yang ditonjolkan dalam aspek-aspek jasmani,mental ,rohani dan emosi mempunyai tahap Yang berbeza dari seorang dengan seorang yang lain.Perbezaan ini berlaku kerana tidak semua orang yang dapat peluang mengoptimumkan potensi mereka dalam alam kehidupan mereka.Kadang-kadang sesorang tidak tahu potensi mereka sendiri. Howard Gardner,seorang pensyarah kecerdasan di Universiti Havard, Amerika Syarikat,berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan dengan potensinya yang berbeza dalam fitrahnya.Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan.Mengikut Gardner,potensi manusia itu mempunyai tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan linguistic ,logical matematik ,ruang ,muzik ,tubuh kinestetik ,interpersonal ( sosial ) dan intrapersonal ( kendiri ).

Potensi

manusia

merupakan

aspek

penting

dalam

bidang

pendidikan.Kepentingannya telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu “ ……… memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek ,rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Potensi manusia dan pelajar khususnya boleh dicungkil atau digilap melalui sistem pendidikan yang berkesan .Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang untuk mengoptimumkan potensi setiap murid Walau bagaimanapun,potensi setiap individu berbeza mengikut kadar pertumbuhan dan perkembangannya.Setiap individu adalah berbeza potensinya daripada individu yang lain.Seorang bapa contohnya akan mendapati potensi anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua,begitu juga dengan anaknya yang ketiga dan keempat.Ini menunjukkan setiap individu itu unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama walaupun individu tersebut adalah kembar seiras.Justeru itu,potensi individu itu adalah berbeza mengikut pertumbuhan dan perkembangannya. Dalam kajian ini,terlebih dahulu ingin dikupas makna perbezaan individu itu.Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan potensi individu itu sendiri.Mengikut Dictionary of Psychology ( 1973),perbezaan individu sebagai “ “variasi

atau

ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada sifat-sifat kognitif,emosi,fizikal ,moral ,tingkah laku ,sosial ,bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan”.

Mengikut Borick dan Tombari (1997),perbezaan individu ialah “ Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic ,such as temperament ,energy level, friendship patterns and parent-child attachment”. Daripada definisi ini pula difahami perbezaan individu itu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli satu kumpulan daripada ciri-ciri tertentu seperti temperanen(tret porsonaliti yang diwarisi ) ,tahap tenaga ,pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dan anak-anaknya. Menurut Henson dan Eller (1999),dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching,mereka mengatakan kepelbagaian individu itu sebagai ciri atau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah. Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi ,kadar belajar ,gaya kognitif atau gaya pembelajaran ,etnik ,budaya ,kelas sosial ,bahasa di rumah ,jantina,bakat dan minat. Potensi manusia yang terpendam boleh dicungkil dan menjadi kebolehan nyata melalui ransangan dan motivasi yang sesuai. Oleh itu, keadaan sekolah hendaklah kondusif disamping aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang supaya potensi pelajar dapat dioptimumkan. Jenis-jenis Potensi pelajar •

Potensi intelek Potensi intelek dikembangkan melalui aktiviti kognitif. Ini bermakna potensi intelek akan berkembang jika pelajar terlibat dalam kajian ilmiah seperti bidang bahasa, matematik, sains dan teknologi.



Potensi Jasmani Potensi

jasmani

koordinasi

otot

merujuk dengan

kepada otak.Ini

kebolehannya bermakna

jika

untuk potensi

membaiki jasmani

berkembang, maka kemahiran seseorang dari segi psikomotor juga akan bertambah baik. •

Potensi kepimpinan Potensi kepimpinan merujuk kepada sifat sahsiah seorang pelajar untuk menjadi seorang pemimpin.Pelajar yang mempunyai potensi ini haruslah diberi peluang untuk menjadi seorang ketua kumpulan atau pengawas agar dapat membantu mengembangkan lagi potensi cirri-ciri kepimpinan pelajar berkenaan.



Potensi bakat Potensi bakat juga terdapat pada sesetengah individu. Contohnya, dalam permainan bola jarring. Ada sesetengah pelajar hanya memerlukan untuk mempelajari cara permainan tersebut dan sebaliknya.Ini bermakna keadaan yang sesuai atau kondusif

hendaklah disediakan bagi

menggalakkkan perkembangan sesuatu potensi individu itu ke tahap yang maksimum. •

Potensi afektif Potensi afektif merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengawal emosinya atau mengubah sikapnya. Potensi egekti yang sudah diperkembangkan boleh menyebabkan seseorang mengubah sikapnya daripada yang negatif kepada positif.

a) Mengenal pasti dua orang murid yang mempunyai potensi yang berbeza (pencapaian akademik, jasmani, emosi dan sosial) BIOGRAFI DUA INDIVIDU BERBEZA INDIVIDU PERTAMA: Jordan Ramon Rauth Jordan Ramon Rauth merupakan anak sulung .Beliau tinggal bersama neneknya di Kampung Mesin, Lawas, Sarawak. Neneknya adalah seorang petani.Ramon ditinggalkan bersama neneknya kerana Ibu bapanya bekerja di Kem Pembalakan di kawasan pedalaman Lawas.Pendapatan keluarga adalah sekitar RM 500.00 hingga RM 800.00 sebulan Dari segi fizikal,Jordan adalah seorang murid yang kurus.Beliau mempunyai berat badan 23 kg dan ketinggian 128 cm.Jordan berkulit cerah dan berambut lurus.Jordan dilihat kurang menjaga kebersihan diri.Pakaian yang dipakainya kelihatan lusuh dan tidak digosok.Rambutnya tidak disikat dan kelihatan sentiasa kering tanpa berminyak.Kukunya juga panjang tidak dipotong dan hitam tidak dibersihkan.Selalu tidak memakai stokin ketika ke sekolah.Kasut juga selalu kotor tidak dicuci.Selalu juga beliau tidak hadir kerana sakit. Perspektif psikomotornya,Jordan didapati seorang murid yang

aktif

,langsang dan degil.Beliau selalu melanggar disiplin sekolah.Tidak patuh terhadap peraturan sekolah.Suka melawan guru.Beliau cepat merasa bosan dan jemu terhadap pengajaran guru.Tingkah lakunya sukar diramal.Air mukanya kelihatan sentiasa risau dan tidak tenang.Beliau selalu bergerak dari satu tempat ke

tempat

lain.Beliau

selalu

mengganggu

kawan-kawannya

di

dalam

kelas.Murid-murid lain benci dan tidak mahu berkawan dengannya.Beliau mempunyai tabiat suka menghisap jari dan mengigit jari.Selalu juga tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan.Kadang-kadang beliau didapati mencuri dan berbohong.

Tahap kognitif beliau didapati rendah.Beliau belum menguasai kemahiran 3 M. Beliau belum menguasai kemahiran mengenal suku kata dan membezakan huruf.mengira

opreasi

yang

mudah,

dan

belum

menguasai

kemahiran

membaca.Beliau Keliru tentang konsep ruang dan tidak dapat membuat soalan konsep

pengamatan.Lambat

mengelaskan

benda-benda

mengikut

kumpulan.Sukar mengaitkan pelajaran yang lama dengan pelajaran yang baru.Tidak dapat mengingat pelajaran yang lepas.Lemah pemahaman dan lemah perbendaharaan kata.Beliau juga lemah pendengaran bunyi.Tahap kesediaan belajar amat kurang dan rendah. INDIVIDU KEDUA : Dayangku Norafiqah Binti Awangku Asmawie Dayangku Norafiqah merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.Berumur 8 tahun.Bapanya bekerja sebagai peyambut tetamu di sebuah hotel di Negara Brunei Darussalam.Ibunya bernama Robiah binti Bujang dan merupakan suri rumahtangga sepenuh masa.Mereka tinggal di kampung Seberang Kedai,Lawas,Sarawak iaitu lebih kurang 1 kilometer dari Sekolah SK Ladang Baru.Pendapatan isi rumah lebih kurang RM 800.00 sebulan.Bapanya tidak bersamanya kerana bekerja di Negara Brunei Darussalam.Beliau tinggal bersama ibu dan keluarga neneknya. Dayangku Norafiqah seorang pelajar yang berbadan kurus. Rambutnya lurus tetapi kekadang kusut masai.Berat badannya

24 kilogram dan

ketinggian134 sentimeter. Penampilan diri kurang kemas dan didapati juga kurang menjaga kebersihan.Rambutnya kadang-kadang juga tidak disikat.

Dayangku Norafiqah seorang murid yang pendiam ,tidak banyak bercakap dan lebih suka menyendiri.Di dalam kelas,Dayangku Norafiqah lebih suka bersikap pasif.Beliau hanya memberi respon apabila diransang atau diarahkan oleh guru.Tahap penumpuan beliau terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran amat lemah dan kurang.kadang kala beliau tidak mahu menjawab pertanyaan guru dan menundukkan kepala ke bawah.Dia agak malu apabila ditegur semasa di dalam kelas atau di luar kelas. Dayangku Norafiqah jarang memberikan kerjasama secara sukarela.Dia lebih suka diberikan perhatian dan bukannya menarik perhatian guru.Dia malu untuk menonjolkan dirinya dan malu mendapat perhatian umum kelasnya.Beliau tidak suka bergaul bersama rakannya dan kadang kala lebih suka bermain secara sendirian atau hanya bersama seorang atau dua orang rakannya sahaja untuk bermain. Dari segi tahap kognitifnya,Dayangku Norafiqah juga seorang yang lemah dalam penguasaan 3 M. Tergolong dalam murid pemulihan khas di SK Ladang Baru.Beliau hanya boleh menguasai kemahiran membatang suku kata mudah sahaja.Tahap

pengiraan

hanyalah

konsep

tambah

dan

tolak

sahaja.Tahap penumpuan sesi pengajaran dan pembelajaran juga kurang.

mudah

ANALISIS PERBEZAAN INDIVIDU KAJIAN Dua orang pelajar yang menjadi bahan kajian ini merupakan pelajar pemulihan khas yang dikendalikan saya di sekolah SK Ladang Baru.Walaupun tahap kognitif antara mereka lebih kurang sama tetapi mempunyai tahap psikomotor dan afektif

yang jauh berbeza.Justeru itu,bidang kajian saya ini

banyak

arah

menjurus

ke

perbezaan

psikomotor

dan

afektif

antara

mereka.Jurang yang berbeza dari segi psikomotor dan afektif inilah menarik perhatian saya untuk membuat analisis terhadap mereka berdua Dalam perkembangan psikomotor antara mereka ia menunjukkan jurang perbezaan yang amat ketara .Jordan Ramon rauth contohnya mempunyai tingkaha laku yang ‘hyper aktif’ .Selalu mengacau kawan-kawan ketika di dalam kelas.Tingkah laku langsang dan tidak suka duduk diam.Selalu menunjukkan tingkah laku agresif ,Selalu berlari atau bermain di dalam kelas.Keadaan ini amat jauh berbeza dengan Dayangku Norafiqah yang mempunyai sikap yang amat pasif. Beliau suka duduk diam di dalam kelas .Beliau sukar mengeluarkan suara dan sukar bergaul. Perbezaan dari segi afektif juga dikesan amat jauh berbeza.Jordan Rauth didapati selalu melawan guru.Beliau dapat mempengaruhi kawannya menjadi nakal dan mengikutnya.Selalu tidak mendengar kata-kata guru, kawan-kawan dan

nenek

serta

datuknya.Beliau

selalu

mengacau

kawan-kawannya

menyebabkan kawan-kawannya tidak suka berkawan dengan beliau.Beliau juga tidak suka dikongkong atau mengikut disiplin atau peraturan sekolah.Semua perbuatannya tidak boleh ditegur atau dibantah.Situasi ini berlainan dengan Dayangku Norafiqah yang amat pendiam, Beliau tidak suka bergaul.Tingkah lakunya pasif dan sukar menjawab pertanyaan

guru.Pergaulannya amat

terbatas dan menyukarkan beliau berinteraksi sesama rakan sebaya.

Mengikut Carl Jung dalam bukunya Psychological types ( 1923) menukilkan bahawa manusia mempunyai 3 personaliti yang berbeza iaitu ekstrovert,introvert dan ambivert.Personaliti Ekstrovert lebih kepada seseorang yang bijak bersosial,dapat menyesuaikan diri dengan orang lain,mudah mesra,suka bergaul,kreatif dan bersikap terbuka.Personaliti introvert lebih kepada suka menyendiri,kurang menyenangi orang lain,tidak suka berbicara di depan umum,kurang percaya diri,pemalu dan pendiam.Ambivert pula personaliti pertengahan antara ekstrovert dan introvert.

Justeru itu,dalam kajian saya ini personaliti Jordan Ramon Rauth saya simpulkan lebih menyerupai personaliti ekstrovert manakala Dayangku Norafiqah lebih kepada personaliti Introvert. Mengikut Elliot( 1972),Anthony (1977) dan Riding (1979),pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert dan mampu

cemerlang

dalam

bidang

akademik.Dalam

kajian

lain,Johnson(1997)mendapati terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti dengan pencapaian akademik. Melalui kajian,pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif berbanding pelajar perempuan.Kajian awal Eysenck(1965) ke atas kanak-kanak berumur 7 – 16 tahun telah menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih ekstrovert daripada pelajar perempuan. Justeru itu,terdapat kolerasi yang jelas antara hasil dapatan kajian saya dengan hasil dapatan pakar psikologi di atas.Justeru itu,adalah signifikan kajian saya ini ditumpukan ke atas mereka yang mempunyai dua personaliti yang berbeza.Adalah amat penting bagi saya untuk cuba mengeksploitasi perbezaan mereka ini menjadikan mereka insan yang berjaya untuk diri sendiri , keluarga dan negara.

SOALAN B : Jelaskan kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti dua orang murid ini.

KAEDAH –KAEDAH KAJIAN RESPONDEN 1. Pemerhatian yang terkawal Murid kajian diberikan pemerhatian yang dikawal yang melibatkan perbandingan antara murid kajian

dengan

individu lain iaitu rakan-

rakannya.Murid kajian dinilai dan dianalisis perubahan tingkah lakunya dengan rakan yang lain.Pemerhatian ini melibatkan perkembangan psikomotor ,kognitif afektif dan semua gerak balas murid kajian terhadap kegiatan seharian di sekolah.Pihak saya memerhati responden setiap hari melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas .Saya juga membuat pemerhatian persekitaran responden di rumah melalui lawatan muhibah bersama keluarga kajian .Semua pemerhatian ini direkodkan secara tersusun dan terancang.Justeru itu,melalui kaedah

ini saya dapat membuat justifikasi

yang lebih jelas lagi tentang

perubahan tingkah laku murid kajian secara keseluruhannya. 2. Teknik pengkadaran orang lain. Pengkadaran di sini bermaksud membuat perbandingan antara individu dengan individu yang lain.Objek kajian atau responden dikaji dan dibuat tafsiran kualiti peribadi melalui perspektif orang lain.Tafsiran tingkah laku atau kualiti peribadi dinilai melalui pandangan ibu bapa ,guru-guru dan rakan-rakan .Pihak saya telah meminta pendapat mereka secara lisan untuk menilai peribadi atau personaliti murid kajian

itu sendiri .Melalui maklumat dari mereka ini saya

membuat justifikasi kajian ini berdasarkan pihak ketiga .Unsur bias tidak akan berlaku kerana ia berdasarkan justifikasi orang lain.

3.Maklumat soal selidik Dalam kaedah ini saya telah menggunakan borang soal selidik dari responden.Maklumat juga saya dapati dari Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Rekod

Profil

responden.Melalui maklumat

ini saya dapat mengetahui latar

belakang murid secara keseluruhan.Maklumat ini mengandungi latar belakang diri pelajar seperti jantina , umur ,ketinggian, berat ,hobi ,kesihatan,latar belakang ibu bapa ,taraf perkahwinan,pekerjaan ,pendapatan keluarga, kaum , persekitaran dan prestasi akademik .Melalui maklumat ini ia berguna untuk saya membuat

analisis

faktor-faktor

yang

mempengaruhi

potensi

atau

perkembangan tingkah laku pelajar itu secara lebih jelas dan terperinci. 4. Teknik Projektif Teknik ini menilai tahap kognitif pelajar khususnya terhadap sesuatu ransangan yang diberi.Teknik ini menguji tanggapan atau pengamatan responden

terhadap

sesuatu

tema

khususnya

dalam

sesi

pengajaran

saya.Dalam sesi pengajaran saya terhadap dua responden ini saya telah menggunakan pelbagai ujian pengamatan seperti main peranan , menafsir gambar , menyelesaikan masalah matematik mudah , membuat model ,nyanyian dan lakonan.Melalui aktiviti ini,saya dapat melihat tahap kognitif responden lebih khusus dan menjurus.

.

(c)

Terangkan langkah-langkah yang anda ambil untuk membantu dua

orang murid ini dalam mengembangkan aspek potensi berkenaan secara maksimum.

Buat justifikasi tentang apa anda telah lakukan dengan

merujuk kepada teori-teori psikologi. Pengertian Psikologi: Perkataan “Psikologi” adalah gabungan perkataan Greek untuk minda (psyche) dan kajian (logos); dengan itu bermaksud “kajian minda”. Ia juga kerapkali didefinisikan sebagai sains tingkah laku. • Mengikut William (1960), psikologi ialah satu cabang kajian saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. • Menurut pendapat Whittaber (1970) pula, dalam bukunya Introduction to Psychology menghuraikan psikologi sebagai sains tingkah laku. • Pendapat Fantino (1974), menjelaskan psikologi sebagai ilmu penyelidikan saintifik terhadap mimpi, fantasi, ingatan, pemikiran kebimbangan dan sensasi manusia. Kesimpulannya, psikologi ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan,naluri, potensi, kecerdasan,keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial. Dengan kata lain, psikologi ialah kajian saintifik tingkah laku manusia dan proses mental. Contoh, mengkaji kaitan tahap motivasi murid dengan pencapaian akademik mereka. Kegunaan psikologi adalah banyak. Jika seseorang ingin membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan, dia perlu memahami tingkah laku mereka. Sekiranya dia ingin membantu kanak-kanak mengalami perkembangan optimum dari segi fizikal, rohani dan mental, dia perlu memperoleh ilmu pengetahuan psikologi. Antara kepentingan seseorang guru mempelajari psikologi adalah seperti berikut:  Memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah.

 Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal,

minat

mengikut

demi

membolehkannya

kebolehan

mereka

dengan

mengajar

murid-murid

menggunakan

aktiviti

kumpulan.  Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid agar membolehkan guru mencegah masalah disiplin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan.  Melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru membentuk personality mereka yang sihat serta konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar.  Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunya meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik darjah.  Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik di antara guru dan muridnya.  Psikologi

pendidikan

membekalkan

guru

dengan

ilmu

pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.

STRATEGI MEMPERKEMBANGKAN POTENSI MURID KAJIAN Menurut Lester D. Crow dan Alice Crow dalam bukunya Educational Psychology menyebut bahawa teknik dan pengajaran guru

yang pelbagai boleh

menyelesaikan masalah pelajar dalam belajar. Mengikut Gardner ( 1983),kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk

menyelesaikan

masalah

atau

mencipta

sesuatu

dalam

konteks

budayanya.Dia menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang

dapat dikenal pasti melalui ujian IQ.Gardner berpendapat bukan satu cara saja untuk menyelesaikan masalah tetapi pelbagai cara iaitu individu menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah. Gardner telah mengenal pasti 9 jenis kecerdasan yang diperlukan unutk menyelesaikan masalah.Teori ini dikenali sebagai teori pelbagai kecerdasan Gardner.Kecerdasan-kecerdasan tersbut ialah kecerdasan logik-matematik, bahasa- linguastik,muzikal,visual -ruang -spatial , kinestetik badan, interpersonal, intrapersonal ,naturalis dan eksistensial 1. Kecerdasan bahasa- linguistik Merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita. 2. kecerdasan logik- matematik merangkumi kecerdasan mengiradan nombor, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuatkeputusan serta menyelesaikan masalah matematik. 3. kecerdasan visual ,ruang dan spatial merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual 4. kecerdasan muzikal merangkumi kecerdasan mengenalpasti bunyi vocal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.

5. kecerdasan kinestetik badan kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari. 6. kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi social termasuk semangat kerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. 7. kecerdasan intrapersonal merupakan ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, refleksi pemikiran kendiri dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaaan diri. 8. Kecerdasan naturalis Kecerdasan yang cenderung menyintai alam sekitar,gemar meneroka hutan atau memelihara binatang. 9. Kecerdasan Eksistensial Kepekaan terhadap kewujudan dan kematian.Memiliki sesnsitiviti yang kuat terhadap permasalahan manusia.Selalunya adalah mereka yang taat kepada ajaran agama masing-masing. 1. KAEDAH DEMONSTRASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teori Pelbagai Kecerdasan telah saya terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran saya kerana ia menerima konsep bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara berlainan.Saya telah menggunakan kecerdasan kinestetik – badan dalam kaedah demonstrasi

untuk mengajar

kemahiran

bahasa kepada Jordan.Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

bertajuk

mengenal

huruf-huruf

contohnya,Saya

telah

membuat

demonstrasi pergerakan kepada Jordan bagi mewakili huruf-huruf yang ingin

saya sampaikan .Setiap pergerakan guru mewakili lambang kepada huruf-huruf tersebut iaitu huruf a,b,c dan d. Selepas demonstrasi itu,guru pula meminta Jordan untuk melakukan pergerakan badan untuk mewakili huruf-huruf tersebut.Beliau rasa seronok dan gembira melakukan aksi-aksi tersebut.Beliau kelihatan bebas,suka

dan tidak

terkongkong dalam meneroka kemahiran tersebut.Apabila guru membuat pengukuhan lisan dengan menyuruh Jordan membuat pergerakan badan mewakili huruf-huruf tersebut

beliau dapat melakukannya dengan baik dan

betul. Apabila guru membuat peneguhan semula dengan cara meminta Jordan mengambil huruf yang disediakan berdasarkan pergerakan beliau.Beliau dapat mengesan huruf tersebut.Didapati Jordan dapat mempelajari huruf itu melalui pergerakan

badan

menggunakan

beliau

kaedah

gelisah,bosan

dan

sendiri

penerangan tidak

Keadaan sahaja

dapat

ini .

berbeza

Didapati

menumpukan

apabila

keadaan

perhatian

saya Jordan

kepada

penerangan.Beliau didapati tidak dapat menumpukan pengajaran kerana baginya ia amat

membosankan.Justeru itu,melalui kecerdasan pelbagai

ini,pengajaran guru didapati dapat menjadikan pengajaran lebih bermakna dan dapat

mengeksploitasi

kecerdasan

kinestetik

Jordan

dalam

dunia

pembelajarannya.

Kaedah yang sama juga saya terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik iaitu kemahiran operasi Tambah satu digit yang mudah.Saya telah menggunakan kaedah yang sama di mana saya mengunakan Jordan sendiri bersama rakan-rakannya dalam meyelesaikan masalah operasi tersebut.Saya menyuruh mereka sendiri menyelesaikan operasi tambah seperti 1 + 1 = 2 melalui penggabungan antara mereka sendiri .Mereka dapat membuat penyelesaian masalah itu dalam situasi sebenar.Melalui operasi pengumpulan antara

mereka,Jordan

tanggapannya ia

didapati

sedang

rasa

seronok

belajar

cara

ini

kerana

bermain sambil belajar.Penggunaan kecerdasan

Kinestitek- badan melalui kaedah demonstrasi ini didapati amat berkesan ke atas pembelajaran

Jordan.Beliau

pembelajaran.Potensi

rasa

beliau yang

selesa,gembira bersifat

dan

dihargai

ekstrovert dapat

dalam

dijana dan

dikembangkan melalui kaedah ini.

KAEDAH AKTIVITI BERKUMPULAN/ MAIN PERANAN Aktiviti kumpulan

banyak memberikan peluang kepada murid berinteraksi di

antara satu sama lain. Guru perlu

berikhtiar merancang dan menguruskan

banyak aktiviti berkumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti seperti lakonan, permainan, pertandingan atau kerja projek secara bersama-sama di kalangan mereka. Aktiviti pertandingan seperti syarahan, berbalas pantun, bercerita dan sebagainya bukan sahaja dapat membantu perkembangan bahasa malahan ia juga menggalakkan murid-murid berfikir secara kritis. Dalam hal ini,saya telah banyak menggunakan aktiviti berbentuk kumpulan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.Sesuai dengan tahap kognitif yang rendah,saya telah menjalankan aktiviti bermain ular untuk mengajar operasi tambah untuk kelas pemulihan saya. Murid kajian saya iaitu Dayangku Norafiqah didapati dapat bermain permainan ini bersama-sama kawannya dalam suasana selesa dan yakin.Melalui pemerhatian saya,beliau dapat berinteraksi dengan kawan-kawannya secara semulajadi tanpa paksaan.Justeru itu,saya berpendapat melalui melalui aktiviti berkumpulan ini dapat membina keyakinan diri dan mengasah konsep pergaulan diri ke atas murid kajian saya ini yang bersifat introvert .Ini bersesuaian dengan Teori Perkembangan yang dipelopori oleh Psikososial Erikson yang percaya bahawa kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan sepanjang hayatnya.

Mengikut tahap keempat dari teori psikososial Erikson ini,kanak-kanak dikatakan akan melalui tahap industri lawan rasa rendah diri.Dalam tahap ini,pemikiran mereka mulai mencapai tahap operasi konkrit dan mereka berupaya

membuat transformasi antara dua situasi serta

mula berfikiran

logik.Pada tahap ini ,kanak-kanak melakukan aktiviti dengan penuh minat dan tekun.Jika mereka dipupuk dan dibimbing ,meraka akan menjadi rajin dan sekiranya sebaliknya iaitu dikritik atau dimarah,mereka akan merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan terhadap diri mereka sendiri.Justeru itu,mengikut teori ini,kanak-kanak perlu dipupuk rasa keyakinan diri melalui bimbingan dan dorongan dari guru atau ibu bapa mereka.

MEMPELBAGAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR Alat Bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Walaubagaimanapun alat Bantu mengajar perlu bersesuaian dengan tahap kanak-kanak bagi menyampaikan satu-satu konsep. Ini kerana kanak-kanak di sekolah rendah berada di peringkat operasi

konkrit.

Mereka

masih

memerlukan

objek-objek

konkrit

untuk

menyelesaikan satu-satu masalah. Dalam kajian kes saya

ini,penggunaan Alat Bantu mengajar yang

optimum telah saya sediakan.Ini sesuai dengan tahap kognitif murid kajian saya yang amat lemah.Mereka tidak dapat menerima pengajaran berdasarkan bahan abstrak.Justeru itu,pengunaan Alat Bantu mengajar memberikan pengajaran sebenar yang lebih bermakna kepada mereka.Mereka sendiri yang meneroka pengajaran dan pembelajaran itu supaya lebih bermakna dalam dunia kehidupan mereka.Ini bersesuaian dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget yang berpendapat kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun masih dalam peringkat operasi konkrit.Ini bermaksud mereka berfikir secara logik dan konkrit .Mereka belum dapat menguasai konsep abstrak atau tahap hipotetikal.

Mengikut Jean Piaget lagi,kanak-kanak

mendapat kefahaman sesuatu

perkara melalui proses adaptasi iaitu melalui dua cara iaitu proses asimilasi dan akomodasi.Melalui asimilasi,murid dapat menambah maklumat baru serta menstrukur kognitif sedia ada .Akomodasi pula adalah mengubahsuai skemata sedia ada kepada maklumat baru.Semua ini

melalui pengalaman sebenar

pelajar ke atas apa yang dilaluinya terhadap persekitaran.Justeru itu,sesi pengajaran mestilah berdasarkan keadaan sebenar apa yang dialami atau dilaluinya barulah konsep pembelajaran itu bermakna kepada mereka.

Justeru itu,penggunaan Alat Bantu mengajar yang bermakna mengikut konteks pengajaran dan pembelajaran dapat membantu kanak-kanak menerima hasil pembelajaran yang ingin dicapai.Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya ke atas murid kajian ini,bahan Bantu mengajar yang saya gunakan adalah bahan Bantu mengajar sebenar seperti gula-gula, guli , batu ,biji getah dan daun.Bahan seperti ini merupakan benda yang sudah biasa bagi mereka Oleh itu ,Konsep pengajaran sebenar dapat diterapkan melalui benda sebenar.Dalam pengajaran matematik contohnya,saya menggunakan benda sebenar ini dalam menerapkan pengajaran operasi tambah yang mudah.Mereka dapat membuat operasi tambah itu melalui bahan

sebenar.Begitu juga sewaktu pengajaran

kemahiran bahasa terutama pengajaran membaca,saya menggunakan gambargambar sebenar untuk menunjukkan perkataan-perkataan yang diajar.Ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang perkataan-perkataan yang mereka pelajari.Kefahaman pengajaran dan pembelajaran didapati lebih berkesan dan mencapai objektifnya. Alat Bantu mengajar juga didapati dapat

menggalakkan murid-murid

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat

melalui strategi pengajaran saya yang berpusatkan alat Bantu

mengajar.melalui cara ini,saya banyak menggunakan alat Bantu pengajaran

berbentuk permainan.Permainan ular ,permainan sarang labah-labah ,permainan meneka siapa saya merupakan permainan yang saya reka untuk menggalakan pelajar belajar dalam bermain.Saya dapati cara ini amat meyeronokkan mereka.Mereka

bermain

sambil

belajar

dalam

suasana

yang

sungguh

bermakna.Guru hanya menjadi pemudah cara dan membimbing mereka ke arah mencari jawapan.Ini bersesuaian dengan teori pembelajaran Jean Piaget yang menerangkan bahawa kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun menguasai pemikiran intuitif.Pada peringkat ini,pemahaman kanak-kanak mengenai sesuatu objek adalah bergantung kepada cirri-ciri utama yang nampak nyata.( salient perceptual feature) iaitu bukan proses pemikiran logik atau rasional. PENGGUNAAN STRATEGI PENEGUHAN Peneguhan menurut Rachlin(1991) diberikan untuk dua matlamat iaitu untuk memuaskan kehendak individu dan menggurangkan tekanan dan meransang otak.Mengikut B.F Skinner,peneguhan di sini terbahagi kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.peneguhan positif bermaksud memberikan

sesuatu

ganjaran

setelah

perlakuan

itu

ditunjukkan,yang

menyebabkan perlakuan itu diulang atau diperkuatkan lagi.Strategi ini amat berkesan mellalui pengalaman saya sendiri ke atas murid kajian saya ini.Setiap kali mereka sudah dapat menyiapkan kerja atau menjawab dengan betul,mereka diberikan ganjaran berupa gula-gula.mereka kelihatan ghairah untuk membuat kerja tersebut untuk mendapatkan ganjaran yang akan diberikan. Selain

itu,peneguhan

positif

ini

juga

dapat

mendorong

pelajar

menghasilkan kerja lebih baik. Hasil kerja yang cerrmat,cantik dan kemas diberikan

ganjaran

yang

sesuai.

Walau

bagaimanapun,menurut

Brophy

(1981),cirri peneguhan positif yang memberi kesan adalah memuji secara ikhlas,cepat,tanpa pilih kasih,memuji usaha dan cuba jaya,memuji tingkah laku spesifik dan memuji jawapan atau respon yang spontan.Dalam kajian kes saya ini,Jordan Rauth contohnya selalu meminta ganjaran ini sewaktu sesi

pengajaran.Justeru itu,strategi peneguhan ini amat praktikal ke atas murid yang sukar mahu belajar seperti beliau.Beliau didapati ingin belajar apabila mendapat ganjaran tersebut.

TEKNIK LATIH TUBI BERKESAN Psikologi menyatakan bahawa kanak-kanak berbeza di antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain dari segi keupayaan fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak

yang mempunyai perkembangan kognitifnya

yang

agak perlahan berbanding rakan -rakan sebayanya perlu diberikan perhatian yang lebih khusus di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam kes kajian saya ini,murid yang lemah dalam kemahiran kognitifnya di berikan latihan pengukuhan yang berkesan melalui amalan latih tubi.Ini berdasarkan teori pelaziman Operan Thorndike yang berpendapat pembelajaran itu belaku hasil dari gabungan antara S-R iaitu Stimulus( ransangan) dan response ( gerak balas).Thorndike(1913) menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut hukum pembelajaran.Hukum pembelajaran ini dibahagikan kepada tiga hukum iaitu hukum kesediaan ,hukum latihan dan hukum kesan. Hukum kesediaan mengikut Thorndike bermaksud seseorang itu perlu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan,maka tindakan itu akan dapat memberikan kepuasan kepadanya.Sekiranya dia dipaksa melakukannya,akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dipaksa melakukannya akan menghasilkan pembelajaran tidak sempurna. Hukum latihan menurut Thorndike pula adalah berkaitan antara ransangan dengan gerak balas tadi yang akan bertambah kukuh melalui latihan yang berulang-ulang.Seseorang individu akan menguasaai kemahiran itu jika latihan diadakan.Contohnya pelajar kajian saya ini saya banyak menggunakan

latihan berulang kali sehingga dia dapat menguasai kemahiran tersebut dengan mudah.Hukum latihan Thorndike pula menyebut bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.Ini amat bertepatan tentang konsep latihan pengukuhan yang sering saya gunakan ke atas murid kajian saya.saya menggunakan konsep latihan berulangan untuk murid dapat menguasai kemahiran yang diajar. Hukum kesan pula menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan itu diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan,keberangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya.Selepas gerak balas terhasil,pertalian antara

ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh

sekiranya terdapat kesan yang menyeronokkan ke atas ransangan tadi.Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian Ransangan dan gerak balas tersebut.Begitu juga keadannya dalam sesi pengajaran,jika pengajaran itu tiada menyeronokkan,pelajar akan tiada tumpuan dan pelajar tidak akan bersedia untuk belajar. Dalam kes kajian saya ini.saya banyak mengunakan teknik ganjaran untuk memberikan ransangan kepada pelajar.Setiap kali sesi pembelajaran bermula.Saya akan memberikan gula-gula sebagai ransangan.Gerak balasnya pula adalah hasil kerja dan kemahuan untuk belajar pelajar saya.Diselitkan juga aktiviti pengukuhan yang berulang-ulang.Ini amat sesuai dan memberikan impak yang berkesan kepada pelajar untuk memberikan motivasi mereka untuk belajar.Peneguhan berbentuk pujian , senyuman ,penghargaan dan pemberian hadiah juga selalu diterapkan.Semua ini menjadikan motivasi untuk mereka belajar.

d) Buat satu laporan refleksi tentang usaha anda dalam membantu keduadua orang murid tersebut.

Sepanjang saya menjalankan kajian ke atas dua orang murid ini.saya boleh simpulkan bahawa pengusaan ilmu psikologi pendidikan merupakan aspek terpenting untuk saya membuat justifikasi terhadap kajian ini.Semua aspek yang terangkum

seperti

asas-asas

psikologi,teori-teori

psikologi,perkembangan

manusia.psikologi pembelajaran dan teori pembelajaran merupakan elemen penting untuk semua guru menilai keberkesanan pengajarannya dan seterusnya memperkembangkan potensi anak muridnya. Aspek perbezaan indivdu adalah perkara asas dalam kajian

ini .saya

menumpukan dua orang personaliti yang berlainan sifatnya iaitu ekstrovert dan introvert.Selama saya menjalankan kajian hampir dua bulan ,saya dapat melihat terdapat

perubahan yang ketara terhadap perkembangan psikomotor ,afektif

dan kognitif murid kajian ini. Jordan Rauth contohnya,sudah menguasai kemahiran mengenal huruf dan membatang suku kata mudah.Ini dapat saya perhatikan melalui ujian lisan dan kerja bertulis yang saya berikan kepada beliau.Kemahiran ini dapat dikuasai melalui kemahiran peneguhan dan latih tubi yang berterusan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan meningkat.Beliau

kemahiran sudah

matematik

memahami

beliau operasi

juga

didapati

asas

semakin

tambah

yang

mudah.Penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dapat memberikan kefahaman yang mudah kepada beliau mengusai kemahiran tersebut.

Bagi Dayangku Norafiqah pula,sifat instrovert beliau yang amat menebal dapat dikikis secara perlahan-lahan.walaupun personaliti ini amat sukar dikikis tetapi melalui aktiviti berkumpulan keyakinan beliau terhadap diri sendiri semakin meningkat.Peneguhan melalui bimbingan dan pujian dapat memberikan keyakinan terhadap kebolehan diri beliau.Ransangan yang bersifat positif dapat menjadikan beliau seorang murid yang bertambah aktif dan berfikiran positif.Saya selaku guru pemulihan memberikan perhatian yang khusus terhadap beliau yang masih kurang berkeyakinan terhadap kemampuan diri sendiri . Justeru itu,saya amat berkeyakinan jika mereka ini yang mempunyai masalah pembelajaran atau gangguan perkembangan kendiri ini diberikan perhatian yang lebih khusus.Potensi diri mereka akan dapat diperkembangkan secara teratur dan terancang .Potensi diri yang terpendam dikalangan mereka dapat ditonjolkan.Sebenarnya pengaruh persekitaran dan baka

yang menjadikan

perkembangan kendiri mereka ini terganggu.Justeru itu, komitmen yang amat tinggi diperlukan oleh seorang guru untuk menggatasi dan membimbing murid ini ke arah perkembangan kendiri yang positif.justeru itu,seseorang guru perlu mendalami ilmu psikologi pendidikan dalam menanggani masalah-masalah potensi diri yang pelbagai ini. Sekian,terima kasih.

Related Documents