Kerja-bilik-kesihatan.docx

  • Uploaded by: Aniza Mohd Hanafiah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja-bilik-kesihatan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,075
  • Pages: 5
1.0

PENDAHULUAN

Bilik Rawatan Sekolah Kebangsaan Gurun ( Pusat ) adalah satu cabang penting dalam pengurusan 3K iaitu Keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan murid-murid di sekolah di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM). Sehubungan itu, Bilik Kesihatan menjadi satu medium utama untuk sekolah menyediakan frasarana mudah berkaitan kesihatan.untuk kemudahan murid – murid .

2.0

RASIONAL

Sekolah Kebangsaan Gurun (Pusat) ini bermula semenjak kira-kira 59 tahun yang lalu, iaitu dalam tahun hijrah 1332. Tapaknya berhampiran sekali dengan tapak rumah guru besar yang ada sekarang. Keadaannya merupakan sebuah bangunan atap, dinding dan tingkap daripada buluh, tiangnya bulat berlantaikan tanah sahaja. Pada masa mula-mula dibuka dahulu jumlah murid murid adalah seramai 40 orang sahaja, kesemuanya lelaki. Murid yang pertama sekali berdaftar dan masuk sekolah bernama Md. Isa bin saman (sekarang Allahyarham). Guru yang pertama sekali berkhidmat di sekolah ini ialah En. Mansor bin Ali (sekarang Allahyarham). Enam tahun kemudian, bangunan sulung yang bersejarah ini telah dirobohkan dan atas runtuhan bangunan lama itu dibina sebuah bangunan baru iaitu lebih dikenali dengan nama Bangunan ‘A'. dalam tahun 1948, sebuah bilik darjah telah ditambah kepada bangunan itu yang merupakan huruf ‘L'. Pada 13hb April 1951 sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan tersebut dinamakan bangunan tambahan Sekolah Melayu Gurun, terletak kira-kira suku batu dari sekolah ibu. Tapak sekolah tambahan itu menurut yang diketahui ialah bekas tapak pasar minggu yang kemudiannya dijadikan kantin dan akhirnya menjadi tapak sekolah. Perbelanjaan mendirikannya dipikul bersama oleh ibubapa dan penduduk segala bangsa di Daerah Gurun yang pada ketika itu telah mula menumpukan perhatian yang berat mengenai pelajaran. Semenjak tahun 1954 dan 1955, bangunan tambahan ciptaan rakyat itu berturut-turut diperbesarkan dengan menambah dua bilik darjah lagi Perbelanjaannya ditanggung bulatbulat oleh waris kanak-kanak yang anak-anak mereka diterima masuk belajar pada awalawal tahun yang tersebut dan ini juga merupakan satu pengorbanan yang bukan kecil ertinya.

1

Oleh kerana bilangan kanak-kanak yang akan bersekolah kian bertambah, juga tahun demi tahun, maka pada awal tahun 1956 sebuah bangunan tambahan lagi telah didirikan dan istiadat pembukaan rasmi telah dilangsungkan pada 5hb. Ogos 1956 oleh Tuan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah tuan Syed Hassan Shahabuddin. Walaupun ketika pembukaan itu bangunan tersebut masih belum sempurna betul, akan tetapi seramai 150 murid-murid telah menggunakan bangunan itu. Kira-kira tahun 1957 bangunan yang belum sempurna itu telah dapat disiapkan hasil dari bantuan kewangan oleh Jabatan Pendidikan Kedah. Sekarang ini bangunan itu telah tiada lagi tapaknya masih ada iaitu berhadapan Sekolah Agama Pekan Gurun dimana sekarang ini didirikan bangunan dua tingkat yang dinamakan Aked Mara Gurun. Pada 29hb. Julai 1957 sebuah bangunan baru ciptaan kerajaan yang didirikan berhampiran dengan sekolah ibu atau sekolah ‘C' telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda, Allahyarham Tuan Syed Sheh Shabuddin. Bangunan ini mengandungi dua bilik darjah, sebuah Pejabat Guru Besar dan sebuah stor dikenali dengan nama Bangunan ‘B' sahaja. Sekarang ini telah tiada. Kira-kira pada pertengahan tahun 1959 sebuah bangunan tambahan tertpaksa didirikan pula bagi menggantikan bangunan tambahan yang asal yang telah uzur dan reput dimakan zaman. Kerja-kerja pembinaan bangunan ini diserahkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Kedah kepada Jemaah Lembaga Pengurus mentadbirnya. Pembukaan rasmi bangunan ‘C' ini telah dilakukan oleh Allahyarham Dato' Omar Shahabuddin Menteri Besar Kedah pada 29hb. Ogos 1959. Bangunan yang terakhir sekali didirikan oleh kerajaan ialah bangunan baru mengandungi enam bilik darjah dan sebuah bilik pejabat. Kejayaan mendapat bangunan ini ialah hasil rayuan dan desakan oleh Jemaah Lembaga Pengurus yang merasa perlu sekali bangunan tambahan didirikan segera bagi menampung murid-murid yang sentiasa juga meningkat dari tahun ketahun. Bangunan ini telah ditepung tawarkan oleh Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu pada 10hb. Oktober 1968, bangunan tersebut masih ada lagi sekarang ini. Semua bangunan sekolah terletak atas tanah kerajaan seluas lebih kurang 5 relung semuanya tidak termasuk sebuah padang bola yang seluasnya 3 relung 160 jemba pinggir kawasan sekolah. . Kini bilangan murid di SKPP semakin bertambah. Kini bilangan pelajar SKPP telah mencecah 461 orang. Seiring denga pertambahan bilangan pelajar, adalah wajar sekolah melengkapkan bilik kesihatan dengan kemudahan yang sewajarnya kepada semua pelajar. 2

3.0

MATLAMAT

Melengkapkan bilik kesihatan dengan kemudahan asas yang lengkap seperti sofa, langsir, carta organisasi, kabinet serba guna, peti kecemasan serta ubat-ubatan untuk kegunaan semua murid pada setiap masa di samping melengkapkan fungsi bilik kesihatan sebagai pusat rawatan utama di sekolah. Selain itu agenda ini sebagai langkah pertama sekolah ke arah persediaan untuk menyertai pertandingan Bilik-Bilik Khas anjuran PPD Petaling Perdana.

4.0

OBJEKTIF

Bilik Kesihatan merupakan kemudahan bagi murid mendapatkan rawatan pergigian dan kesihatan.Bilik ini juga adalah penempatan sementara untuk murid mendapatkan bantuan kecemasan sebelum mendapatkan rawatan lanjut. Agenda menceriakan bilik kesihatan ini penting kerana dengan adanya prasarana kesihatan yang lengkap dapat melahirkan pelajar yang sihat sekaligus menjana kecemerlangan pembelajaran.

5.0

SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana serta kakitangan sekolah.

6.0

CADANGAN PELAKSANAAN

Dengan adanya Bilik Kesihatan yang dilengkapi dengan kemudahan yang sepatutnya, murid-murid berpeluang menggunakan bilik ini untuk mendapatkan rawatan-rawatan yang disediakan oleh Unit Kesihatan SKPP. Di antara rawatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan Bilik Kesihatan ialah: 6.1

Rawatan Imunisasi Tahun 1, 4 dan 6

6.2

Rawatan pergigian

6.3

Rawatan Kesihatan

6.4

Acara Larian, Hari Sukan dan Hari Kerjaya

3

7.0

JAWATANKUASA INDUK BILIK KESIHATAN

JAWATANKUASA INDUK BILIK KESIHATAN SEKOLAH KEBANGSAN PUNCAK PERDANA

Pengerusi

: Puan Radziah binti Talhah

Timbalan Pengerusi : Pn Hjh Hashimah binti Hashim Naib Pengerusi

: Encik Azhar bin Ahmad

Naib Pengerusi

: Encik Makmor bin Zakaria

Setiausaha

: Puan Zahrah binti Nawi

Ahli Jawatankuasa

: Puan Azlia binti Alias

(Guru Kesihatan)

Puan Noor Mariam binti Zainal Puan Nadhirah binti Nordin

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN/BAHAN UNTUK BILIK KESIHATAN

BIL. ITEM /PERKARA

HARGA/UNIT (RM)

UNIT

JUMLAH (RM)

1.

RM 70.00

6 pasang

RM 420.00

Langsir dan curtain rod

RM 24.90 2.

Banner dan Poster

RM 149.40

RM 30 (besar)

1

RM 30.00

RM 20 (kecil)

2

RM 40.00

3.

Kain/ skirting

RM 2.50 /m

10 m

RM 25.00

4.

Peralatan/ Ubat-ubatan

RM 39.90

3

RM 119.70

RM 4.90

10

RM 49.90

(First Aid) 5.

Foam (hiasan huruf) JUMLAH

RM 834.00

4

9.0

SUMBER KEWANGAN

BIL

PERKARA

JUMLAH

1

Sumbangan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)

RM 834.00

10.0

PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang untuk Bilik Kesihatan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga dengan lengkapnya kemudahan dan perancangan untuk BIlik Kesihatan dapat memberikan manfaat buat semua murid SK Puncak Perdana.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

……………………………

……………………………………

(ZAHRAH BINTI NAWI) Guru Kesihatan SK Puncak Perdana

(HJH HASHIMAH BINTI HASHIM) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Puncak Perdana

Disahkan oleh: ………………………… (AZHAR BIN AHMAD) b/p Guru Besar SK Puncak Perdana

5

More Documents from "Aniza Mohd Hanafiah"