KERANA SEBAR COKLAT Lagu ‘Aleeya Mysara’ dendangan Mamat yang baru diputarkan oleh DJ Radio Era tadi benar-benar mengusik kalbuku. Ada maksud tersirat disebalik tajuk lagu nyanyian artis ini. Mungkinkah komposernya menciptakan lagu ini untukku? ‘Sofea Alya Maisara’ Seorang insan yang akan sentiasa bertakhta di sudut hatiku meskipun telah sekian lama meninggalkan diri ini. Insan yang banyak memberiku nasihat dan dorongan untuk terus menghadapi liku-liku kehidupan sejak pemergian ayah yang tersayang. Ibuku telah lama bertemu ilahi semasa melahirkanku. Ku singkap sejarah silam yang tidak mungkin berulang kembali… ‘ Ayah, siapa ni? Tak malu ada hati nak ambil coklat Aiz’ ‘ Inilah kawan baru Aiz. Dia baru pindah sebelah rumah kita ni’ ‘ Nak balik coklat Aiz. Pergilah balik rumah. Dahlah datang rumah orang, nak minta coklat orang pula tu. Tak malu!’ Aku pergi keluar ke taman permainan di hadapan rumah tanda merajuk. Aku bermain buaian seorang diri tanpa menghiraukan orang lain. Apa taknya, coklat Cadbury kegemaranku telah diberi kepada orang yang tidak pernah ku kenali sebelum ini. Alya datang ke arahku sambil membawa sebar coklat yang ayah berikan kepadanya tadi. Alya duduk di buaian bersebelahan denganku. Kerana sifat dendamku, aku telah membuainya dengan laju sehingga dia jatuh. Baru puas rasa di hati. Namun, ada juga rasa kasihan tersirat di hati ini. Aku cuba memujuknya. Sejak peristiwa itu, aku dan Alya menjadi teman sejati. Ke sekolah, ke taman atau ke mana-mana sahaja kami akan sentiasa berdua. Pada tahun ini kami berdua menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Aku dan Alya belajar bersama-sama dan akhirnya kami mendapat keputusan yang cemerlang. Aku ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Sembilan. Aku sanggup tidak ke sana jika Alya tidak ditawarkan ke sana juga. Ayah menelefon Alya dan dia mengatakan kami berdua telah ditakdirkan untuk bersama walau dimana jua berada. Setelah mendaftar aku bukan sahaja satu sekolah, malah satu kelas dan juga satu dorm. Kami tidak pernah renggang walaupun sesaat sehingga senior dan guruguru disekolah telah memberi anugerah ‘Best couple of the year’ semasa minggu orientasi. Tapi sekarang orang memanggil kami ‘ikatan kovalen’. Alya dengan aku tidak banyak perbezaannya cuma Alya ni lebih keperempuanan sedikit berbanding dengan aku. Masa berlalu dengan begitu pantas. Baru hari tu rasanya kami mendaftar, sekarang kami telah mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula. Kami berdua mendapat keputusan yang agak cemerlang. Hati mana yang
tidak gembira setelah berusaha mendapat hasilnya. Namun disebalik kegembiraan ada juga sesuatu yang tak disangka berlaku. Aku telah menjadi anak yatim piatu. Pemergian ayah yang tersayang membuatkan hidupku jadi tidak menentu. Aku rasakan tiada gunanya hidup sekarang ini. Hidupku menjadi sebatang kara. Semenjak itu aku sering termenung dan tidak keruan. Banyak pula aktiviti yang harus pelajar tingkatan 4 menguruskannya. Dengan subjek yang agak susah menyebabkan aku tidak bersemangat untuk belajar. Keputusan peperiksaanku turut berada di tahap yang membimbangkan. Alya hanya mampu menasihatiku. Dia selalu berpesan supaya kembali seperti dulu. Aku tahu yang hidup akan mati juga akhirnya. Aku masih bersyukur mempunyai teman yang sentiasa menemani hidup walaupun didalam kesusahan. Baru kini aku mengerti mengapa senior dahulu menggelar kami ikatan kovalen. Dalam subjek kimia, ikatan kovalen ialah pasangan elektron dikongsi antara dua atom. Kami berdua umpama pasangan elektron yang berkongsi segala-galanya dan memerlukan satu sama lain. Sekarang aku tinggal bersama keluarga Alya. Segala kos pembelajaranku ditampung oleh keluarga Alya. Alya memberiku coklat Cadbury untuk memujukku. Kerana sebar coklat, aku mendapat seorang kawan yang boleh dipercayai sehingga sekarang. Aku dapat merasakan bahawa banyak perkara yang akan berlaku pada tahun ini. Suatu hari semasa rehat, aku dan Alya tidak ke kantin tetapi kami ke perpustakaan kerana berpuasa sunat pada hari ini. Sedang aku khusyuk membaca buku kimia, tiba-tiba Alya bersuara, ‘ Aiz macam mana kalau Alya tiada di sini lagi’ ‘ Kenapa Alya nak tukar sekolah ke?’ ‘ Kitakan tak tau. Ajal maut di tangan tuhan. Kalau dah takdir kita dah tak boleh nak halang. Betul tak, Aiz?’ ‘ Dah, merapulah Alya ni. Jom balik kelas waktu rehat pun dah tamat’ Kata-kata Alya masih terngiang-ngiang di telingaku. Kalau benar macam manalah. Aku tak tau nak buat apa lagi. Lamunanku terhenti apabila Alanis, rakan semejaku menepuk tubuhku. ‘Termenung jauh nampak. Memikir masa depan ke?’ Minggu depan peperiksaan selaras tingkatan 4 SBP. Kami dibenarkan untuk stay up di bilik belajar masing-masing. Aku dan Alya belajar bersamasama di blok E. ‘ Aiz, boleh tak Alya nak cakap dengan Aiz’ ‘ Cakaplah. Macam tak pernah cakaplah pula’
‘ Aiz belajarlah rerajin. Alya tak suka nak hampakan orang lain, so Aiz jangan hampakan Alya ye. Manalah tau ni nasihat terakhir ke. Takdir kita tak tau. Result kali ni biar gempak sikit tau. Promise cay!’ ‘ Ocay, Aiz janji belajar rerajin. Kita nak result yang sama macam UPSR dengan PMR dulu. Next year SPM kita dapat 10A1 sama-sama.’ ‘ Dah malam ni. Balik dorm terus tidur tau. Jaga diri baik-baik kalau Alya dah tiada nanti. Oh, ya! Lagi satu Alya dah baca cerpen yang Aiz reka hari tu. Aiz akan dapat juga ilham ending cerpen sahabat tu nanti. Good Night.’ Malam itu aku bermimpi Alya telah pergi jauh dari hidupku. Keesokan paginya aku terus pergi ke dorm Alya. Alya sudah siap sedia ke dewan makan. Kami ke dewan makan bersama-sama. Aku melihat wajah Alya yang nampak ceria hari ini. Aku harap apa yang aku mimpi semalam hanya mimpi sematamata. Semasa En. Arsyad sedang mengajar pelajaran Fizik, tiba-tiba blok tingkatan 4 menjadi riuh rendah. Pelajar-pelajar kelas 4K memecahkan kesunyian. Salah seorang daripada pelajar kelas itu telah pengsan. Jantungku berdegup dengan begitu pantas. Alya!!! Selepas beberapa minit pengetua memanggilku ke biliknya. Beliau menyuruhku bersiap sedia. Memang tepat tekaanku. Alya telah di hantar ke Hospital Seremban. Ibu bapa Alya telah sampai di wad. Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Berlinangan membasahi pipi. Ya Allah, apa semua ini. ‘Aiz, betul tak apa Alya katakan. Takdir telah menentukan segala-galanya. Persahabatan kita hanya berakhir di sini sahaja. Inilah ending cerpen Aiz’ ‘Alya, jangan cakap begitu. Kita akan tetap bersama sampai bila-bila’ ‘Aiz jaga diri bebaik. Alya pegi dulu ye. Jangan memain. Jawab paper next week bebetul. Do the best,ocay! Alya nak Aiz tidak menghampakan Alya untuk menjadi seorang doktor pakar, ya. Jaga parents Alya bebaik.’ ‘ Alya, mangucap Alya’ Alya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Air mataku mengalir begitu pantas. Sahabat yang kusayangi selama ini telah pergi meninggalkanku buat selama-lamanya di hadapan mataku sendiri. Ibu Alya memberiku sepucuk surat daripada Alya. Aku membuka sampul surat. Dear Aiz my friend, Remember this cerpen? Bestlah juga. Now Aiz dah dapat ending cerpen ni.Sorry tak bagitau awal-awal I had Tumor Brain. Alya tak mau Aiz risau. I really swear I can’t forget the memories we’ve shared together. Keep all those stuff I gave to you. Stay what you’re because nothing could ever change you until you do something make it worse! Thanks and sorry for everything, Iman Nur Arisyah! You’re such a great person I ever met. Stay with my family,cay! Sofea Alya Maisara
Aku kehilangan segala-galanya dalam masa satu tahun. Dari ayah yang tersayang sehingga sahabat yang sehati sejiwa. Kehilangannya amat dirasai. Kini aku tidur keseorangan tanpa berteman. Ibu Alya memujukku. Aku menatapi potret kami berdua seperti adik-beradik yang lain ayah dan ibu. Kini, aku tinggal di sebuah apartment di ibu kota. Pada hari ini, genaplah sepuluh tahun Alya meninggalkanku. Walaupun Alya sudah tiada tetapi aku yakin dia akan sentiasa berbahagia di sana. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi. Impianku untuk menjadi seorang Doktor Pakar Sakit Puan telah tercapai. Bukan sahaja impianku, tetapi impian seorang insan bernama sahabat, ‘SOFEA ALYA MAISARA’ Izyan Rahmat SURVIVOR’05