Keperluan Asas Dan Sosial Manusia_kump3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keperluan Asas Dan Sosial Manusia_kump3 as PDF for free.

More details

  • Words: 962
  • Pages: 53
KEPERLUAN ASAS DAN interaksi MANUSIA KUMPULAN 3

Nurul Ellina bt. Ramli Nurul Ain Zubaidah bt. Mohamad Khalid Ummu Fasihah Husna bt. Zamri

KEPERLUAN INTERAKSI MANUSIA

KONSEP INTERAKSI SOSIAL Ensiklopedia

Sosiologi Pendidikan (1992)-interaksi sosial ditafsirkan sebagai proses saling bertindak atau tindak balas di antara individu dengan individu, atau individu dengan kumpulan individu, atau kumpulan individu dengan kumpulan individu, termasuk proses tindak balas individu dengan dirinya.

K.

Mark- masyarakat, walau apa bentuk pun, ialah hasilan interaksi di antara manusia mereka. G. Simmel- “kewujudan masyarakat adalah kerana hubungan interaksi di antara beberapa orang manusia. Mead- manusia mempunyai perasaan kendiri. Maka manusia boleh berinteraksi dengan dirinya sebagaimana dia berinteraksi dengan orang lain.

Interaksi

manusia berbeza daripada bentuk interaksi lain. Melibatkan alat komunikasi seperti bahasa dan simbol, untuk membolehkan individu bertukar-tukar makna dan buah fikiran di antara satu sama lain.

Ciri- ciri interaksi sosial

Sekiranya konflik berlaku secara terbuka di antara definisi situasi, teknik rundingan akan diamalkan oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Ini untuk mengatasi konflik yang timbul dan mencapai konsensus melalui pengubahsuaian definisi masing-masing. demi meneruskan interaksi sosial mereka atau menghentikan proses interaksi itu dengan menolak diri dari situasi sosial tersebut.

Hubungan sosial

Komunikasi Iaitu seseorang memberi tindak balas pada perilaku orang lain, perasaan-perasaan apa yang ingin disampaikan orang tersebut. Orang yang terlibat kemudian memberi reaksi terhadap perasaan yang ingin disampaikan oleh orang tersebut.

Keperluan Asas Biologi

Pernafasan Sebagai benda hidup ,manusia memerlukan proses pernafasan untuk hidup. Manusia menyedut oksigen dari tumbuhan dan melepaskan karbon dioksida untuk tumbuhan. Manusia menjalankan proses pernafasan untuk meneruskan hidup.

Makan & Minum

Manusia turut memerlukan makan dan minum untuk meneruskan kehidupan. Dengan makan dan minum , mereka dapat memperoleh tenaga dan khasiat daripada makanan dan minuman tersebut untuk menjalani kehidupan seharian. Apabila kekurangan keperluan asas ini kehidupan manusia akan menjadi tidak seimbang dan bermasalah.

Perlindungan Manusia turut memerlukan perlindungan sebagai salah satu perkara penting dalam kehidupan mereka. Perlindungan ini adalah daripada ahli keluarga dan masyarakat sekitar mereka. Sebagai contoh seorang bapa yang melindungi keluarganya dan seorang polis menjaga keamanan kawasannya.

Perlindungan juga bermaksud tempat tinggal. Tempat tinggal adalah tempat untuk berlindung daripada panas dan hujan serta menjalankan aktiviti kekeluargaan. Sesebuah tempat tinggal harus mempunyai sebuah organisasi keluarga.

Pakaian Manusia memerlukan pakaian untuk meneruskan kehidupan seharian mereka untuk menutup badan. Pakaian sangat penting untuk melindungi daripada keadaan cuaca. Selain itu , ia turut berperanan sebagai untuk menjaga maruah diri.

PERKAHWINAN Ikatan antara dua individu berlainan jantina. Ini adalah untuk mewujudkan sebuah organisasi keluarga . Membawa kepada pertambahan bilangan ahli keluarga. Mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan.

KEPERLUAN KERJASAMA

KEPERLUAN KOMUNIKASI

KEPERLUAN DISAYANGI

KEPERLUAN DIHORMATI

Perkembangan zuriat

keluarga

Fungsionalisme • Keluarga telah dianalisis daari segi fungsinya dalam masyarakat • Antara fungsi tersebut : kawalan tingkah laku sosial menambahkan zuriat mensosialisasikan anak memberi sokongan emosi mengenakan kawalan sosial memberi jagaan terhadap anakanak memberi kerjasama ekonomi

Kawalan tingkah laku seksual • Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya. • Terdapat isbat agama dan undang-undang yang melarang perhubungan jenis di luar perkahwinan. • Dalam kajian Murdok(1949) beliau mendapati kurang 5% daripada 250 masyarakat yang dikajinya mempunyai sikap liberal terhadap kebebasan seks di luar perkahwinan.

Menambahkan zuriat  Keluarga

berfungsi menambahkan bilangan ahli ke dalam masyarakat.  Keluarga juga menentukan peranan ibu dan ayah dalam pengasuhan anak.  walaupun kanak-kanak boleh dilahirkan tanpa pernikahan, keadaan seperti ini tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada masyarakat.

sosialisasi • Proses sosialisasi bermula dari keluarga. • Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapat makan minum, perlindungan dan kasih sayang. • Mereka mudah dipengaruhi oleh sikap ibu bapa mereka. • Keluarga mempunyai fungsi menyalurkan kebudayaan-kebudayaan masyarakat kepada generasi muda seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa masyarakat tersebut.

Sokongan emosi • Secara keseluruhan manusia ialah insan yang suka berinteraksi. • Manusia bukan sahaja memerlukan persahabatan tetapi juga memerlukan jagaan dan kasih sayang. • Manusia memerlukan kasih sayang bagi perkembangan normal. • daripada peringkat bayi hingga peringkat tua, manusia memerlukan keluarga masingmasing untuk mendapat kemesraan.

Kawalan sosial • Ibu bapa mengajar anak-anak apa yang betul dan membezakan dengan apa yang salah. • setiap masyarakat memerlukan kawalan sosial, iaitu mekanisme yang menentukan ahli-ahlinya mematuhi peraturan. • Tanpa kawalan sosial yang berkesan, sesebuah masyarakat akan porak peranda. • Di mana sahaja, kanak-kanak mula mempelajari tentang peraturan daripada ibu bapa mereka. • Melalui kawalan sosial ini, keluarga mengekalkan rukun dan damai dalam masyarakat.

Jagaan terhadap anak • Orang dewasa juga mempunyai tanggungjawab menjaga dan mendidik kanak-kanak sehingga mereka dewasa. • Ibu bapa memberi tempat perlindungan untuk keselamatan anak-anak . • Tidak ada institusi lain dalam masyarakat yang melaksanakan kkedua-dua fungsi melahirkan anak dan kemudian menjaga mereka dengan sempurna, setakat yang boleh.

Kerjasama ekonomi • Setiap keluarga memainkan peranan ekonomi. • Dalam keluarga tani, setiap orang ahli mempunyai peranan untuk memberi sumbangan kepada kerja di ladang. • Pekerjaan itu mengikut kriteria jantina dan umur. • Keluarga peniaga kecil, setiap ahli dalam keluarga peranan utama untuk memaksimumkan keuntungan dalam perniagaan.

Keperluan kerohanian

Agama dan kepercay aan

Pengertian agama Mentakrifkan agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan di mana satu kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak balas yang tersendiri kepada apa yang mereka anggap suci dan kudus.

Ciri-ciri agama

Sumber pengertian • Terdapat ahli sosiologi yang mempercayai bahawa agama cuba menerang atau memberi justifikasi kepada cabaran-cabaran hidup. • Kepercayaan manusia dalam sesuatu agama membantu mereka mengubah suai diri masing-masing sama ada secara intelektual atau emosional • Kepercayaan dalam agama dapat mengurangkan ketegangan, memberi garis panduan kepada identiti peribadi dan mmengukuhkan identiti masyarakat.

Integrasi sosial • Menurut Durkhein, agama mencerminkan struktur sesuatu kelompok atau masyarakat. • Melalui upacara-upacara agama, penganutpenganutnya mengukuhkan struktur tersebut. • Beliau percaya kesan masyarakat yang amat kuat terhadap individu. • Ia mempengaruhi manusia dan akhirnya menjadi sebahagian daripada manusia. • Agama boleh membawa kepada perpaduan masyarakat.

Perubahan agama bukan sahaja membawa kepada perubahan ekonomi, tetapi juga kepada perubahan dalam bidang sains, undang-undang dan pendidikan.

Related Documents