Kenyataan Akhbar Flu A H1n1_11 Mei 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kenyataan Akhbar Flu A H1n1_11 Mei 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 627
  • Pages: 4
KETUA PEGARAH KESIHATA MALAYSIA DIRECTOR GE ERAL OF HEALTH MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 12, Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya Tel Faks E-mail

:603-88832545 :603-88895542 :[email protected]

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA INFLUENZA A (H1N1) DAN TINDAKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

11 Mei 2009

Sehingga 10 Mei 2009 jam 3.30 petang Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pertambahan satu negara baru

yang

terbabit

dengan Influenza A(H1N1)

menjadikan jumlah keseluruhan 30 buah negara.

iaitu

Norway

Kumulatif kes

adalah sebanyak 4,393 kes influenza A (H1N1) disahkan oleh ujian makmal dengan pertambahan sebanyak 953 kes. Jumlah kematian adalah 52 kes meningkat sebanyak empat (4) kematian berbanding 48 kematian pada laporan sebelumnya. Kematian ini melibatkan satu (1) di Costa Rica dan tiga (3) di Mexico.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran Influenza Pandemik di Fasa 5 semenjak 29 April 2009 dan TIDAK menyarankan sebarang tindakan sekatan dari segi perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan yang perlu dilakukan oleh mana-mana negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa. Walau bagaimanapun, orang awam yang mengalami tanda-tanda jangkitan terutamanya demam, batuk, selsema dan sakit tekak dinasihatkan untuk menangguhkan lawatan antarabangsa dan mereka yang mengalami tanda-tanda 1

berkenaan dari lawatan antarabangsa dinasihatkan untuk mendapat rawatan. Disamping itu, tiada risiko mendapat jangkitan influenza A (H1N1) sekiranya daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul. Pada 10 Mei 2009 sehingga 9.00 tengah malam, Bilik CPRC Kementerian telah menerima empat (4) notifikasi kes

yang

dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buluh bagi tujuan siasatan dan pemerhatian. Kesemua kes telah disahkan negatif terhadap influenza A (H1N1). Sehingga masa ini tiada kes influenza A (H1N1) dikesan di negara kita.

Laporan aktiviti saringan kesihatan pemantauan influenza A (H1N1) di semua pintu masuk mendapati seramai 4,901 individu yang tiba dari negara terbabit telah disaring. Daripada jumlah tersebut, 4,745 (96.8%) orang disaring di pintu masuk udara, 133 (2.7%) di pelabuhan dan 23 (0.5%) di pintu masuk darat.

Hanya seorang

penumpang yang tiba di KLIA daripada Korea telah dirujuk ke hospital Sungai Buloh untuk penyiasatan. Walau bagaimanapun keputusan ujian adalah negatif.

Sehingga kini 11 ‘thermal scanner’ telah dipasang di enam pintu masuk negara. Scanner ini akan mempercepatkan lagi proses saringan penumpang di pintu masuk negara.

Bilik CPRC Kementerian telah menerima sejumlah 2 panggilan dan 2 emel dari orang ramai yang bertanya berkaitan dengan nasihat perjalanan ke luar negara,

pengurusan kes dan vaksin. Maklumat

terkini mengenai influenza A (H1N1) ini boleh diperolehi melalui media massa seperti televisyen, radio, akhbar dan laman sesawang Kementerian iaitu http://www.moh.gov.my. 2

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang mengenai situasi influenza A (H1N1) di negara ini. KKM dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A (H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tarikh: 11 Mei 2009

3

Lampiran SENARAI NEGARA TERJEJAS INFLUENZA A(H1N1) YANG DILAPORKAN OLEH WHO SEHINGGA 10.05.2009, GMT 7:30 BERSAMAAN 10.05.2009, 3.30 PETANG MALAYSIA BIL

NEGARA

BIL KES RASMI

KEMATIAN

1

Argentina

1

2

Australia

1

3

Austria

1

4

Belanda

3

5

Brazil

6

6

Canada

7

Columbia

1

8

Costa Rica

8

9

Denmark

1

10

El Salvador

2

11

Germany

12

Guatemala

1

13

Hong Kong SAR

1

14

Ireland

1

15

Israel

7

16

Itali

9

17

Jepun

4

18

Mexico

19

New Zealand

7

20

Norway

2

21

Panama

3

22

Perancis

13

23

Poland

1

24

Portugal

1

25

Republic Korea

3

26

Sepanyol

95

27

Sweden

2

28

Switzerland

1

29

United Kingdom

30

United States of America JUMLAH BESAR

280

KADAR KEMATIAN

1

0.4%

1

12.5%

48

2.9%

2254

2

0.1%

4,393

52

1.2%

11

1626

47

*Negara baru yang disahkan ada kes influenza A H1N1 4

Related Documents