1
Definisi Kaunseling kelompok membukajalan kepada individu mengubah sikap dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok. Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya.
Matlamat Membantu
pertumbuhan
pelajar
dalam
bidang
akademik
serta
mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat. Mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu. Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah. Menanamkan
rasa
penerimaan
diri
sendiri
dan
belajar
untuk
megurangkan jual mahal atau tarik diri. Menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang. Membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.
Ciri-ciri Memberi focus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku. Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri.
2
Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir. Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10 ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta serta kemampuan kaunselor. Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong peserta-peserta lain. Kerasihaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok. Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik. Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh memberi kebaikan bersama. Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama peringkat kematangan umur. Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja.
3
4
1) Kemahiran Melayan Hubungan baik hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya temubual kaunseling diteruskan dengan mesra, serta mengikut langkah yang diaturkan. Dengan hubungan ini kaunselor dapat menjalin hubungan baik dengan membuka jalan temubual seperti meyambut kedatangan klien dengan mengucapkan : Kaunselor : Saya berasa sangat gembira. Saya berharap saudara boleh memberitahu apa yang sebenar berlaku. Kita bersama-sama mencari ikhtiar untuk kebaikan. Silakan. Kedudukan Klien. Sebelum klien berada di dalam kaunseling kelompok kaunselor perlu mengruskankan tempat duduk klien supaya klien dapat memerhati, berhadapan dan bercakap dengan kaunselor dengan lebih selesa. Bertenang. Kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam keadaan yang baik supaya komunikasi di antara berdua dapat difahami dengan mudah. Kedudukan
tubuh
Kaunselor.
Kaunselor
hendaklah
membetulkan
kedudukan tubuhnya, iaitu condong ke hadapan seolah-olah dia bersedia untuk mendengar masalah yang disampaikan oleh klien. Perawakan muka. Aair muka kaunselor hendaklah senyum, suka dan bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang disampaikan oleh klien. Keadaan muka kaunselor yang masam menyebabkan klien berasa tawar hati untuk menerangkan sesuatu. Tentangan mata. Kaunselor hendaklah merenung atau menentang mata klienya dengan penuh perhatian semasa bercakap bagi menunjukkan kesediaan
5
melibatkan diri dalam pertemuan yang diadakan. Sekiranya klien berasa malu, bolehlah kaunselor mengubahkan psaudarangan ke arah lain bagi membolehkan dia mencurahkan perasaan dengan lancar. Mengikuti percakapan klien. Kaunselor harus mengikuti perkembangan percakapan klien dan memberi dorongan minimum bagi menggalakan dia meneruskan perkara- perkara yang penting. Sebagai contoh kaunselor boleh menggunakan kata-kata seperti ‘teruskan’, lantas, ‘baik’, ‘ya’, ‘jadi’, dan sebagainya. Kaunselor juga menggunakan pergerakan fizikal seperti mengagguk kepala.
2) Kemahiran Komunikasi Asas
Salah satu cara meminta penjelasan semula daripada klien ialah membuat refleksi. Dengan membuat refleksi maka kaunselor menggambarkan bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan tanggapan yang diluahkan oleh kliennya mengikut seperti yang yang dialami oleh kaunselor sendiri. Klien: Saya benci dengan sikap ibu bapa. Mereka tidak mementingkan diri saya. Kaunselor: Saudara berasa kecewa kerana ibu bapa saudara tidak mementingkan saudara? Pemparafaran.
Kaunselor perlu merumuskan isi-isi penting yang
dinyatakan oleh klien dari masa ke semasa. Ini bertujuan untuk meningkatkan
6
kefahaman diri klien tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Ia juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi klien menyelesaikan masalahnya. Klien : Saya sentiasa khayal dalam kelas. Ini menyebabkan saya dihalau keluar dari bilik darjah. Saya benci dengan tindakan ibu bapa. Saya selalu tidak diberi kasih sayang daripada ibu bapa. Saya dalam kesunyian. Kaunselor : Nampaknya saudara marah kerana selalu di halau keluar dari kelas walaupun saudara ada sebab-sebab yang sah.
3) Kemahiran Pemudahcara
Menyoal.
Soalan-soalan yang digunakan untuk membantu ahli-ahli
kelompok menimbangkan aspek-aspek diri. Soalan ini dapat menukarkan kesenyapan
kepada
perbincangan
yang
produktif.
Jenis
soalan
yang
dikemukakan hendak merupakan soalan terbuka supaya dapat memperolehi banyak maklumat dari ahli-ahli. Soalan tertutup yang memerlukan ‘ya’ atau ‘tidak’ hendaklah dikurangkan. Klien : Saya rasa tidak mempercayai ibu bapa saya. Ibu bapa saya selalu sibuk dengan kerja mereka yang menyebabkan saya menagih dadah. Kaunselor : Nampaknya saudara tidak mempercayai ibu bapa saudara yang selalu sibuk dengan kerja ibu bapa. Cuba ceritakan lagi tentang kepercayaan yang diharapkan oleh saudara.
7
Mencungkil. Apabila kaunselor mengemukakan soalan, klian hanya hanya akan membincangkan secara ringkas sahaja. Oleh itu, kaunselor hendaklah sensetif kepada perasaan dan pemikiran klien. Ia mendorong klien mengkaji masalah-masalah klien dengan lebih mendalam. Klien : Saya tahu saya ada perasaan marah di dalam diri saya. Tapi saya tidak tahu puncanya. Kaunselor.: Jadi, saudara tahu saudara ada perasaan marah tetapi tidak tahu mengapa. Cuba saudara berikan situasi di mana saudara berasa lebih marah daparipada yang lain. Menyediakan suasana kelompok. Suasana yang sesuai adalah penting bagi menjamin keberkesanan kelompok. Kaunselor boleh menyediakan suasana yang kondusif dengan pelbagai cara termasuk susunan fizikal (kedudukan kerusi dan meja) rasa hati yang ditunjukkan oleh kaunselor, jenis kepimpinan dan aktiviti yang dicadangkan bagi klien. Dengan ini, klien memikirkan tentang tingkahlaku , perasaan dan cara hendak bertindak balas. Kaunselor : Setakat ini kita hanya menumpukan yang ingin mengubah masalah diri kita. Bagaimana kita berkongsi maklumat tentang aspek-aspek diri kita hendak kekalkan. Ali, cuba mulakan
8
9
Masalah-masalah
Perhubungan di antara klien dengan kaunselor. Dengan ketiadaan perhubungan yang baik antara kaunselor dengan klien, setiap klien tidak mengambil bahagian secara sukarela. Klien mendiamkan diri dan tidak membuka mulut. Kaunselor yang tidak menjemput dengan layanan yang sempurna menyebabkan klien tidak berpuas hati dan tidak meyuarakan perasaannya. Oleh itu, klien tidak dapat percaya-mempercayai di antara satu sama lain. Sebagai contohnya, jika sekumpulan klien yang mempunyai masalah dadah yang ingin menghadiri kaunseling kelompok tetapi kaunselor tidak melayan dan tidak memandang mata klien menyebabkan klien tidak rapat dengan kaunselor.
Perhubungan rakan sebaya. Kaunselor yang tidak mengagihkan jenis masalah klien iaitu perhubungan antara rakan sebaya boleh terjejas oleh banyak perkara. Antaranya ialah umur, jantina, perkenalan awal dan sama pengalaman. Dengan tidak adanya persamaan umur dan jantina maka setengah kelompok tidak dapat membina perhubungan yang rapat. Jika dua orang klien yang mempunyai masalah dadah dan selebihnya mempunyai masalah akademik maka
kaunseling pada hari itu tidak berjaya sebab
pengalaman yang berlainan menyebabkan tiada perhubungan di antara klien. Keadaan ini berlaku jika kaunselor tidak memandang serius tentang perkara
10
tersebut. Hal ini menyebabkan klien tidak dapat bekerjasama dalam aktiviti kaunseling dan berasa takut kepada klien yang lebih tua atau klien yang berlaian jantina.
Pengurusan masa. Kaunselor yang tidak dapat menguruskan masa dengan baik menyebabkan kaunseling kelompok tidak berjaya. Biasanya kaunseling kelompok tidak mencukupi masa bagi sesetengah klien yang memerlukan perhatian dan bantuan yang khas, walaupun setiap ahli mendapat giliran bercakap. Contohnya, Ali mempunyai masalah dadah yang lebih serius berbanding dengan klien-klien yang lain. Maka Ali memerlukan masa yang lebih untuk mencurahkan isi hatinya kepada kaunselor. Jika kaunselor tidak menguruskan masa dengan baik bagi menjalankan aktiviti kelompok maka Ali berasa bosan dan ingin melarikan diri daripada kaunseling kelompok.
Suasana kelompok.
Kaunselor
yang tidak meyediakan suasana
kaunseling yang kondusif menyebabkan masalah dalam kaunseling akan timbul. Jika suasana fizikal seperti kedudukan kerusi dan meja tidak diurus maka klien yang mempunyai masalah dadah tidak berasa selesa dalam suasana ini bagi mencurahkan isi hatinya kepada kaunselor. Hal ini menyebabkan ahli kelompok tidak minat dan sukar untuk mereka memberi perhatian dalam sesi kaunseling. Klien boleh hilang minat dan mendapati kaunseling kelompok ini membosankan.
11
Lain-lain Masalah
Sesetengah ahli kelompok menjadi terlalu bergantung kepada ahli-ahli kelompok yang lain. Setiap masalah yang dihadapi, walaupun kecil, seharusnya dikemukakan dengan harapan yang diselesaikan oleh kelompok. Bukan semua individu didapati sesuai bagi kaunseling kelompok. Ada yang terlalu agresif, yang mirip untuk mengesyaki orang lain atau terlalu mudah tersinggung perasaan. Individu seperti ini mungkin tidak dapat berfaedah dari sesi-sesi kelompok. Ada klien yang menggunakan situasi kelompok untuk meluahkan perasaan dan masalahnya untuk mendapatkan empati tetapi tidak serius untuk bertindak ke arah penyelesaian masalahnya. Takut dilihat oleh klien-klien lain sebagai bodoh. Takut menjelajahi diri tentang kebimbingan yang dialami oleh diri sendiri. Takut melihat diri dengan jujur kerana mungkin tidak terdapat apa-apa kekuatan pada dirinya sendiri. Takut bahawa pendedahan diri boleh menyebabkan dirinya disingkir atau tidak diterima oleh ahli-ahli lain. Misalnya, kalau Ali memberitahu dia khayal selalu sehingga
tidak menumpukan perhatian dalam pelajaran, mungkin
lebih ramai lagi ahli-ahli kelompok tidak berani mendekatinya.
12
13
Kesimpulan Pada keseluruhanya, kaunseling kelompok merupakan salah satu cara bagi membantu pelajar-pelajar yang bermasalah terutamanya masalah ketagihan dadah. Ahli-ahli kelompok memperolehi kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan ahli-ahli yang lain dan klien juga menjadi sistem pembantu kepada ahlinya Sebagai seorang kaunselor ,mempunyai respon yang tinggi iaitu mengajar klien kemahiran komunikasi yang boleh diterapkan dalam kelompok. Usaha kerjasama dari klien akan membuat kelompok menjadi lebih produktif dan membuatkan tugas kaunselor lebih mudah. Oleh sebab pelajar gemar bekerja dalam kumpulan dan perhubungan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam perkembangan anak muda, kaunseling kelompok menjadi intervensi kaunseling yang berharga.
14
15
16
Bibliografi http://www.chonghwa13tripod.com/berita4.html http://www.tuanmat.tripod.com/ragamkaunseling.html http://www.usm.my/education/kaunseling/etika.htm http://www.pemadam.org.my/main.php Muhd
Mansur Abdullah,
Siti
Nordinor
Mhod
Tamin,
Penghantar
Kaunseling, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993 Aminah Hashim, Bimbingan dan Kaunseling, Federal Publications, 1996 Tang Chee Yee, Bimbingan dan Kaunseling di Sek Rendah & Menengah, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 1997. Ee Ah Meng, Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1998. Mohd Salleh Lebar, Bimbingan dan Kaunseling, Siri Pendidikan Longman, 1993 Ee Ah Meng, Bimbingan dan Kaunseling II, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1998. Robert D.Myrick, Perkembangan Bimbingan dan Kaunseling Pendekatan yang peraktis, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. Mun Mansur, Kaunseling Kelompok Teori & Praktis, UTM 1989. Mok Soon Sang, Bimbingan dan Kaunseling, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2002.
17
18