Kaunseling Kelompok

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kaunseling Kelompok as PDF for free.

More details

  • Words: 1,775
  • Pages: 6
Pengenalan Pelbagai jenis kelompok telah dikemukakan sebagai satu pendekatan spesifik bagi menangani masalah yang boleh dirawat melalui kaunseling kelompok. Antaranya ialah Terapi Kelompok Alderian yang telah digunakan oleh Rudolf Dreikus bagi menangani masalah kanak-kanak. Carl Rogers pula telah mengenengahkan Kaunseling Kelompok yang mengguna pendekatan terapi Pemusatan Perorangan. Albert Ellis dengan kelompok terapinya telah menerapkan Terapi Rasional Emotif Perlakuan. Robert Carkhuff pula giaenjalankan Latihan Perkembangan Sumber Insan dan Arnold Lazarus menerapkan Teknik Terapi Pelbagai Modal dalam Kelompok Terapi Perlakuan

Asas Pengendalian Kelompok Seorang kaunselor mesti sedar tentang elemen yang mempengaruhi personaliti dalam pengendalian kelompok. Kaunselor mestilah menunjukkan sikap yang bersungguhsungguh semasa menjalankan tugasnya. Sikap penyayang juga dikehendaki agar boleh dicontohi oleh ahli. Kaunselor juga perlu tabah dengan cabaran yang dihadapi semasa mengendalikan kelompok. Ianya berkait dengan pengendalian yang bersifat terbuka dan telus tanpa emosi, pemikiran dan perlakuan yang terselindung. Pembentukan kelompok perlu disediakan secara rasional dan rapi serta perlu selari dengan jenis kelompok yang akan diselenggarakan. Perkara ini mesti difikirkan secara mendalam oleh kaunselor yang mengetuai perjalanan kelompok yang dibentuk itu. Sehubungan itu kejayaan penyelenggaraan kelompok juga akan bergantung kepada keperluan yang dikehendaki oleh bakal ahli yang akan menganggotai kelompok tersebut. Sebagai seorang yang mengetuai kelompok kaunselor mesti dapat menjalinkan kepercayaan dengan semua ahli dalam kelompok tersebut. Cara pengendalian setiap kaunselor atau fasilitator adalah berbeza tetapi perkara yang penting ialah mesti mendapat kerjasama yang erat dan keyakinan daripada semua ahli kelompok ke arah pencapaian matlamat. Kemungkinan juga wujud ahli yang akan menguji kecekapan kaunselor sebagai fasilitator dan mengajukan pelbagai kerenah yang rumit. Dalam keadaan demikian ketabahan kaunselor akan tercabar dan dia wajar menerapkan segala kemahirannya dengan mengguna pelbagai teknik kaunseling dan perhubungan antara insan. Kemahiran Dalam Mengendalikan Kaunseling Kelompok

Untuk memimpin sesuatu kumpulan Kaunseling Kelompok memerlukan beberapa kemahiran tertentu supaya matlamat dan tujuan kumpulan itu tercapai. Kaunselor atau fasilitator menjadi penggerak utama dalam perkembangan tiap-tiap ahli dalam kumpulan. Memimpin Kaunseling Kelompok adalah lebih sukar daripada menjadi kaunselor dalam Kaunseling Individu. Kaunselor memerlukan persediaan yang lebih rapi kerana interaksi dalam kumpulan lebih luas dengan bilangan ahli yang ramai dan personaliti yang berbeza-beza. Dengan lain perkataan kaunselor perlu menguasai beberapa kemahiran tertentu. Kemahiran Mengenalpasti, Melabel dan Menjelas Mengenalpasti, melabel, menjelas dan menerangkan kembali maklumat yang telah diberi oleh ahli. Kaunselor perlu memahami maksud yang dinyatakan secara terus atau tidak langsung oleh ahli. Ada tiga jenis maksud yang akan dikeluarkan oleh ahli kelompok iaitu berkenaan dengan perasaan dan emosi, perlakuan dan kognitif. Kaunselor perlu sedar tentang maklumat-maklumat yang kurang jelas pada dirinya dan ahli-ahlinya atau reaksi ahli untuk mengelak dari berbincang tentang hal-hal sensitif berkenaan emosi. Kaunselor akan menggalakkan proses mengenalpasti, menjelas dan menggambarkan kembali perasaan supaya ahli faham dan sedar apa yang sedang berlaku di antara mereka. Jika ahli-ahli dapat melihat dengan jelas peranan kaunselor dalam aspek ini, mereka akan lebih yakin dan percaya kepada proses terapi kumpulannya. Namun kaunselor juga perlu prihatin untuk mempertimbangkan perkara yang perlu dihormati dan tidak wajar diluahkan oleh ahli sebagai klien dalam kelompok bagi menjaga martabat dan kehormatannya, melainkan ahli yang terlibat benar-benar bersetuju dan berani mengambil risiko kesan pada dirinya Corey dan Corey (1977) mengatakan, seseorang ketua harus dapat bertindak balas secara sensitif dan simpati terhadap setiap individu dalam kelompoknya serta berkomunikasi dengan reaksi ahli-ahlinya. Mereka juga seharusnya menyaksikan kelompok dinamik melalui kemahiran-kemahirannya memproses interaksi yang kompleks dalam kelompoknya. Seorang ketua kelompok yng berkesan adalah benarbenar diasuh dan dilenturkan mengikut mesej kliennya dan bertindak balas cepat daripada cuma berkata-kata tentang dunia luas sahaja atau tidak fokus. Dalam menguasai kemahiran ini kaunselor harus mempunyai daya memerhati yang kuat serta nampak apa yang sedang berlaku dalam kumpulannya. Pemerhatian yang dibuat haruslah diterangkan kepada ahli-ahli supaya mereka sedar tentang perlakuan dan reaksi mereka dalam kumpulan. Kaunselor tidak dapat menolong ahli mengubah perlakuan jika kaunselor sendiri tidak sedar apa yang berlaku dalam kumpulannya. Kaunselor juga mesti faham tentang budaya berinteraksi antara berlainan jantina

dan umur. Kemahiran mendengar Kaunselor memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi kerana ini adalah kemahiran yang paling asas dan penting. Mendengar bukan satu kemahiran mudah tetapi perlu mendengar dengan berkesan terutama untuk mendengar maklumat yang dikeluarkan oleh beberapa orang. Dari proses mendengar kaunselor menunjukkan kepada ahli kualiti kaunselor yang berkesan iaitu dengan mendengar dengan teliti apa yang disebutkan oleh ahli dan tidak membuat prejudgemental . Kaunselor seterusnya memberi peluang kepada ahli menceritakan pandangan mereka tanpa mengecil atau mempermainkan mereka. Kaunselor menyatakan semula perasaan ahli dan menunjukkan tanda empati serta menunjukkan minat terhadap pendapat dan pandangan ahli. Menurut Mahler (1969) dan Dinkmeyer (1971) ketua kelompok berinteraksi sesama ahlinya dengan berkongsi pengalaman, perasaan dan pengetahuan. Ia juga membantu penyertaan menjadi lebih rancak, bermoral dan perasaan yang positif, di mana penyertaan ahli-ahli akan mewujudkan penerimaan perasaan ahli oleh ketua itu. Mewujudkan Suasana Teraputik Kemahiran ini penting terutama dalam masa perbincangan berlaku percanggahan pendapat yang dikeluarkan secara agresif. Akhirnya perselisehan faham atau pergaduhan akan berlaku di antara ahli. Kaunselor harus berhati-hati supaya keadaan yang tidak menyenangkan tidak berlaku. Namun kaunselor tidak seharusnya menyekat dan mengenepikan keinginan ahli untuk mengeluarkan pendapat. Suasana tegang tidak dibiarkan dan kaunselor harus masuk campur terutama apabila ahli mula berbelah pihak dan menjadi agresif semasa berinteraksi. Perhatikan sekiranya ada ahli yang menjadi sasaran kumpulan atau tedapat ahli yang menjadi tertekan atau tegang dan kaunselor perlu mewujudkan suasana teraputik dengan mengawal situasi atau mengunakan strategi masuk campur. Strategi ini harus diibuat dengan diplomasi supaya ahli-ahli tidak menjadi ragu-ragu terhadap keberkesanan kaunselor dalam sesi itu. Walau bagaimanapun kaunselor jangan keterlaluan sehingga terlihat terlalu memuji atau mengkritik ahli atau menasihat ahli. Walaupun usaha ini mungkin untuk mententeramkan suasana tetapi ahli-ahli akan menjadi tidak puas hati. Kaunselor harus menjadi penghubung kepada perbincangan supaya setiap ahli dapat mengeluarkan pendapat dan interaksi mereka bertambah meluas. Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

Kesenyapan mungkin berlaku semasa sesi Kaunseling Kelompok dijalankan dan kaunselor perlu memahami dan bersedia menghadapi keadaan tersebut. Kesenyapan lebih baik daripada ahli berbual kosong dalam kumpulan. Memahami mengapa kesenyapan berlaku dalam kumpulan adalah penting. Ahli-ahli dalam kumpulan tidak biasa bercakap tentang diri mereka. Mereka memerlukan masa untuk berfikir samada mereka telah sedia untuk menghadapi pendedahan diri. Kaunselor harus membebaskan diri dari rasa terdesak dan panik apabila kumpulan menjadi senyap. Strategi yang boleh digunakan ialah mengelakkan diri dari menjadi orang yang mulamula memecahkan suasana kesenyapan setiap kali dengan bertanya, mengeluarkan komen dan pendapat. Gunakan masa kesenyapan untuk memerhati gerak laku ahli-ahli seperti rasa bosan, gelisah , cemas, ingin bercakap tetapi takut dan reaksi-reaksi lain lagi. Masa itu digunakan untuk memerhati dan dan mengumpul data tanpa bahasa dari ahli. Sekiranya kaunselor tidak yakin menghadapi kesenyapan mungkin menyebabkan kaunselor mengeluarkan komen yang menjejaskan penerimaan ahli. Kemahiran Berkomunikasi Dengan Jelas Kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan sangat penting. Kaunselor perlu memahami tahap pemikiran atau kematangan ahli-ahlinya dan menggunakan bahasa-bahasa yang difahami oleh orang biasa. Menunjukkan diri sebagai seorang yang terlalu intelektual akan menakutkan ahli. Tanda-tanda ahli tidak memahami atau kaunselor mempunyai kemahiran komuikasi yang kurang baik ialah apabila terdapat ahli yang bertanya maksud kata-kata kaunselor berulang-ulang. Jika ini berlaku ahli mungkin enggan bertanya lagi kerana malu, takut atau mungkin bosan dan akhirnya ahli menjadi pengikut tanpa soal jawab. Satu cara yang baik untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mengetahui sedikit bahasa sehari-hari ahli supaya perbincangan tidak menjadi terlalu formal. Elakkan dari bercakap terlalu panjang dan berbelit-belit. Tentangan mata juga adalah sebahagian daripada komunikasi yang menunjukkan anda memberi perhatian dan berminat

Kemahiran Konfrantasi Kemahiran yang memerlukan ahli-ahli menghadapi persoalan diri sendiri yang mereka secara sedar mengelakkan diri dari menerimanya. Menggunakan teknik ini harus berhati-hati kerana ahli boleh merasa terancam apabila belum bersdia untuk menerima hakikat diri mereka. Kemahiran ini berguna untuk memperbetulkan dalih atau ketidakseimbangan kenyataan atau maklumat yang diberi oleh ahli. Dengan cara

ini ahli akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap peranan dan tindakan mereka. Teknik ini berkesan digunakan dalam kumpulan yang telah mencapai kepercayaan dan keyakinan di antara ahli. Masalah timbul kepada kaunselor untuk menggunakan teknik ini kerana budaya dan cara hidup masyarakat khususnya Melayu mengajar bahawa bersemuka dan berterang-terangan adalah tidak sopan dan tidak bertimbang rasa. Kaunselor dalam masa yang sama harus mengekalkan rasa penerimaan dan rasa hormat daripada ahli. Untuk itu kaunselor perlu mengenal pasti perlakuan-perlakuan yang bercanggah samada dari segi tingkah laku, perasaan dan pemikiran. Percanggahan ini hendaklah dibentangkan supaya ahli nampak dan sedar tetapi tidak sampai menunjukkan rasa menghukum, menyalah atau menuduh. Kemahiran Intervensi Kemahiran menggunakan teknik menghalang adalah penting kepada kaunselor untuk mengendalikan sesi kelompok. Kaunselor mesti sentiasa sedar untuk perkembangan proses Kaunseling Kelompok menuju matlamat kumpulan seluruhnya. Oleh itu jika dalam proses perkembangan kelompok ahli-ahli memberi maklumat yang tidak berfaedah bagi kumpulan untuk mencapai matlamat, kaunselor perlu menghalang dan mengalihkan kembali perbincangan kepada tajuk yang berkaitan. Teknik ini jika digunakan dari awal pada masa-masa yang sesuai dapat memberi contoh kepada ahli bagaimana berbincang untuk faedah bersama

Kaunselor perlu mempunyai keyakinan untuk menghalang atau intervensi apabila berlaku keadaan-keadaan tersebut. Apabila ini berlaku perkembangan kelompok akan terbantut dan menjadi lembab. Kaunselor harus sentiasa sedar hala tuju kelompoknya dan sentiasa menjalankan peranannya. Kemahiran Meneroka Kemahiran menggunakan teknik ini adalah untuk mengenalpasti dengan lebih mendalam tentang masalah, peranan dan tindak tanduk mereka. Ahli sebenarnya ragu-ragu untuk meneliti sendiri perlakuan mereka tanpa bimbingan aktif dari kaunselor. Namun kaunselor jangan memaksa ahli memberi respon sebaliknya memberi kebenaran kepada ahli mendiamkan diri jika dilihat ahli merasa terancam. Teknik ini perlu digunakan dengan diplomasi supaya ahli tidak menganggap kaunselor busy body . Kaunselor boleh mengemukakan soalan-soalan terbuka dan tertutup. Sebutkan nama mereka ketika memberi respon Rumusan

Kaunseling kelompok bukanlah sebuah pasukan bola sepak yang mahukan kemenangan. Ia lebih menekankan kepada pencapaian matlamat, memenuhi kehendak dan menyediakan pengalaman nilai terhadap individu-individu dalam kelompok. Kelompok juga dapat menyediakan peluang mengenal diri dan dalamannya melalui perasaan sendiridan tingkah lakunya semasa berbincang dalam kelompoknya secara terbuka dan bebas. (Yalom, 1975). Selain itu kaunseling kelompok dapat membentuk peluang yang berlanjutan kepada klien bagi memperkembangkan hubungan biasa dan positif dengan orang lain memandangkan bentuk kaunseling ini membenarkan ahli-ahlinya mengalami dan belajar mengawal hubungan antara peribadi mereka sendiri. Kemahiran dan teknik kaunseling yang berkesan akan membantu mengoptimumkan pencapaian objektif Kaunseling Kelompok. Bibliografi Aminah Hashim dan Arthur P. Lloyd, Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Federal Publications, Kuala Lumpur. 1995 Aminah Hashim dan Arthur P. Lloyd, Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa dn Pustaka, Kuala Lumpur. 1992 Aminah Hashim dan Arthur P. Lloyd, Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Federal Publications, Kuala Lumpur. 1995 Gerald Corey, Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, Brooks/ Cole Publishing Company, California. 1986 Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah, Cerdik Publication Sdn Bhd, Selangor.2003 Muhd Mansur Abdullah, Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur. 1993 Othman Mohamad, Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling, Universiti Putra Malaysia, Selangor. 2000 Robert D. Myrick, Bimbingan dan Kaunseling Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2001 Zuraidah Abdul Rahman, Pengenalan Kaunseling Kelompok IBS Buku Sdn Bhd, Selangor. 1996

Related Documents

Kaunseling Kelompok
May 2020 3
Kaunseling
October 2019 41
Kaunseling
October 2019 55
Kaunseling
June 2020 29