TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Konsep Kemahiran Belajar Terdapat pelbagai pendapat mengenai konsep kemahiran belajar, antaranya: • Belajar merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan. • Belajar memerlukan pelaksanaan latih tubi yang berterusan. • Belajar adalah hasil pengumpulan maklumat dan membuat rujukan. Pandangan seseorang trhadap konsep belajar ini boleh mempengaruhi tingkah lakunya contohnya: • Bagi orang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah menghafal semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal sesuatu. • Jika pandangan belajarnya ke arah latih tubi pula maka tindakannya banyak ke arah membuat latihan, membuat ulangkaji dan seumpanya. Pengertian Belajar Belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Woolfolk, A. (2001) mendefinasikan belajar itu sebagai apabila berlakunya perubahan dari segi pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan itu mungkin secara disengajakan ataupun tidak disengajakan.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Mengikut kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992), perkataan belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Manakala proses belajar itu sendiri berlaku dalam beberapa peringkat antaranya: • Adanya rangsangan-rangsangan • Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria • Pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak • Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan • Mengamalkan dalam situasi yang sepadan • Perubahan tingkah laku. Belajar adalah merupakan memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat yang boleh didapati dalam diri manusia.Cara belajar,mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan.Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada zaman ini,namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun.Namun,dalam keadaan sedar atau pun tidak,belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai,golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa secara formal.Sebenarnya,tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah belajar dari pengalaman hidup.Ramai menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas,ada guru yang mengajar,mengambil nota,dan mengulangkaji untuk peperiksaan hakikatnya,belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah dengan sesiapa pun.Contohnya,sejak kecil lagi manusia telah mula belajar.Belajar untuk bertatih,berjalan dan bercakap.proses awal ini berlaku apabila manusia
belajar mendengar suara ibu bapa,mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan,pandangan,pendengaran,bau dan rasa.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Ciri-ciri Proses Belajar Terdapat beberapa ciri berlakunya proses pembelajaran: 1. Perubahan yang berlaku secara sengaja Proses berlaku apabila individu sendiri yang berusaha mengubah sesuatu melalui apa yang telah dipelajari.Contohnya,seorang pelajar yang sedar kelemahannya dalam pelajaran,lalu ia berazam untuk mendapat markah yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang.Maka,pelajar itu mengambil inisiatif dalam proses belajar nya yang dahulu kepada yang lebih baik seperti menghafal,membuat latihan,membuat ulangkaji dan akhirnya ia mendapat markah yang memuaskan.Tanpa disedari,pengetahuan dan kecekapan pelajar itu turut meningkat. 2. Perubahan secara berterusan dan tetap Hasil dari belajar,individu akan merasakan peningkatan pengetahuan,perasaan,tingkah laku dan kemahiran masing-masing.Oleh itu,individu tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini.Contohnya,individu itu tidak tahu mengeja sesuatu dan sering salah mengeja perkataan tetapi ia mula tidak mengulangi kesalahan apabila belajar ejaan perkataan yang betul. 3. Perubahan bersifat aktif dan positif Hasil dari belajar, berlaku peningkatan dari segi kecekapan dalam diri seseorang. Peningkatan perubahan berlaku apabila adanya unsur baharu di dalam mendapatkan maklumat dan kemahiran. Seseorang itu akan lebih yakin dengan diri masing-masing dan tidak terlalu mengharap kepada orang lain dalam melakukan sesuatu. TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK 4. Perubahan bermatlamat dan terarah Proses belajar berlaku apabila terjadi perubahan tingkah laku di dalam diri seseorang. Untuk memudahkan perubahan tingkah laku terjadi maka seseorang itu perlulah ada matlamat dan terarah. Sebagai contoh, di dalam sesuatu pembelajaran seseorang itu menyatakan matlamat yang perlu dicapai di akhir pembelajaran itu. Apabila berlakunya tingkah laku yang dikehendaki hasil dari matlamat dan arah yang telah ditentukan maka berlakulah proses pembelajaran yang lebih berkesan. 5. Perubahan tingkah laku secara Holistik Perubahan tingkah laku secara Holistik bermaksud perubahan yang menyeluruh dalam diri seseorang.ia terdiri dari semua aspek seperti cara hidup,cara pemikiran,kepercayaan,matlamat dan lain-lain lagi.Jika individu menanam matlamat dalam diri untuk mencapai suatu matlamat nya,secara tidak langsung ia akan mengubah cara pemikiran,strategi dan cara belajar untuk mencapai kejayaan tersebut.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Jenis-jenis Gaya Pembelajaran Setiap orang mempunyai gaya belajar yang tersendiri. Kefahaman tentang gaya belajar ini penting kerana dengan kefahaman ini seseorang itu dapat merancang aktiviti, memilih kaedah dan teknik pengajaran. Gaya belajar terbahagi kepada beberapa bahagian seperti di bawah:
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Ciri-ciri Gaya Pembelajaran і) Gaya Belajar Visual ( Penglihatan ) Menggunakan bahan-bahan visual seperti gambar-gambar, carta-carta, peta, graf, gambar rajah, jadual dan seumpanya. Mendapatkan sudut pandangan terbaik dari guru dengan memerhatikan pergerakan dan ekspresi wajah guru ketika belajar Menggunakan warna bagi menandakan perkara-perkara penting dalam bacaan. Menyediakan nota dalam bentuk yang menarik. Visualkan idea anda dalam bentuk gambaran dan tuliskannya. Menullis cerita dan melakarkan gambaran cerita tersebut. Menggunakan multimedia dalam menggambarkan sesuatu idea. Membaca buku yang berilustrasi atau bergambar-gambar. Melakukan gambaran mental terhadap maklumat yang diterima. іі) Gaya Belajar Audiotori ( Pendengaran ) Libatkan diri di dalam perbincangan. Bentukkan kumpulan perbincangan kecil. Dedahkan diri memberi ucapan atau persembahan. Gunakan pita rakaman semasa kuliah atau semasa perbincangan. Membaca teks secara kuat agar didengari oleh anda sendiri. Gunakan irama-irama bagi mengukuhkan ingatan. Gunakan teknik mnemonik untuk membantu mengingat sesuatu. Bercakap dan berkongsi idea sementara mereka menulis idea-idea tersebut Gunakan analogi yang berbentuk lisan, cerita dan penerangan. TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK ііі) Gaya Belajar Kinestatik ( Pergerakan ) Berehatlah seketika selepas anda penat belajar dalam jangka masa yang agak
panjang. Lakukan sedikit gerakan atau aktiviti ketika anda membaca. Anda juga boleh membaca sambil berdiri, berbaring, berjalan atau seumpanya. Gunalah pen yang berdakwat terang untuk menandakan perkara-perkara yang penting. Hiaskan meja anda belajar dengan poster-poster atau formula-formula. Anda juga boleh mendengar muzik-muzik yang berentak ringan. Membaca secara skimming pada awalnya bagi mendapatkan idea sebelum membaca secara terperinci.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Faktor-faktor Gaya Pembelajaran Model Cara Belajar Dr Rita Dunn dan Kenneth Dunn. Dikenali sebagai Model Dunn & Dunn. Model Dunn dan Dunn (1982) telah menghuraikan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang: Persekitaran Emosi Sosiologikal Fizikal Psokologikal Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Antara faktor dan perbezaannya : Persekitaran Apa yang dikategorikan sebagai rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur utama iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan reka bentuk tempat belajar. Kadar terangnya cahaya menjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran. Begitu juga dengan unsur bunyi yang mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka jenis. Unsur suhu seperti yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn, turut boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Manakala unsur reka bentuk tempat belajar pula boleh mempengaruhi gaya pembelajaran melalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik darjah sama ada selesa ataupun tidak.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Emosi Rangsangan emosi mempunyai perkaitan yang rapat dengan perasaan seseorang. Elemen yang terkandung dalam rangsangan emosi temasuklah motivasi, keazaman, sikap tanggungjawab, dan juga struktur. Elemen motivasi boleh dibahagikan kepada motivasi intrinsik dann juga motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan sesuatu yang datang dari dalam diri murid itu sendiri. Seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat boleh belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Manakala pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik hanya akan belajar apabila disuruh atau diarahkan oleh orang lain. TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Tampalkan poster kata-kata perangsang di dalam bilik anda bagi mendapatkan suasana dorongan dan menggerakkan emosi anda untuk belajar. Sosiologikal Sekiranya anda dalam kategori ini anda sepatutnya mempunyai ramai rakan sokongan untuk belajar dan anda kurang selesa belajar bersendirian. Anda juga gemar memberi pendapat dan meminta pendapat dari rakan-rakan perbincangan anda. Suasana perbincangan, kerjasama, soal jawab, mengemukakan hujah dan member ulasan kepada maklumat yang diterima adalah yang terbaik. Suasana yang sentiasa berbalas-balas idea dapat menambahkan minat dalam sesuatu proses pembelajaran. TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Fizikal Orang dalam kategori ini biasanya orang yang tidak boleh duduk saja semasa proses pembelajaran berlangsung. Mereka akan melukis sesuatu, bangun mengambil air, pen, pensil atau seumpanya semasa belajar. Ada juga yang gemar mendengar radio, menonton televisyen atau mundar-mandir. Jika
dilihat perbautan ini memang tidak berdisiplin tetapi hakikatnya itulah cara suasana seseorang itu belajar. Psikologikal Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dari pembelajaran seseorang: Belajar secara keseluruhan dan bersifat global. Menganalia seseutu dengan tekun dan membuat reflektif. Menggunakan kemampuan otak kiri dan kanan untuk mendapatkan maklumat. Membaca dari yang asas kepada yang lebih kompleks. Mengukuhkan konsep kendiri dan ego semasa membaca dan pada masa yang sama banyak perkara dan pengalaman yang dapat diperolehi dari bacaan itu. Hasilnya bukan sahaja dapat mempeerkayakan ilmu pengetahuan malahan dapat menjadikan seseorang itu lebih yakin dari segi luaran dan dalaman.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Model Cara Belajar Empat Matriks. Model ini dibina oleh Dr Bernice McCarthy. Dibahagikan kepada empat golongan pelajar: • Imaginatif Mengamati maklumat secara konkrit dam memproses maklumat secara imaginasi dan berbentuk visual. Belajar dengan menggunakan deria rasa, deria dengar. Mudah melontarkan maklumat dan berkongsi idea dengan orang lain. Suka mencipta sesuatu yang baru dan banyak soalan-soalan “mengapa” dalam pemikiran. •
Analitikal Mengamati maklumat dalam bentuk abstrak dan memproses maklumat secara reflektif. Suka kepada teori dan hipotesis. Suka kepada perkara-perkara yang berbentuk fakta dan mempunyai banyak idea untuk mengembangkan fakta-fakta tersebut. Sering menganalisis maklumat yang diperolehi. Soalan “apakah” sentiasa berada di benak pemikir itu. •
Praktikal Belajar sesuatu yang dapat memberi manfaat. Suka melakukan ujikaji untuk melihat hasil yang memberi faedah kepada manusia. Gemar kepada maklumat yang praktikal. Tidak mempercayai kepada sesuatu gagasan sebelum melakukan ujikasi dan menolak teori dan hipotesis.. Persoalan yang penting dalam pemikiran ialah “bagaimanakah”.
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK •
Dinamik Mengamati maklumat yang konkrit dan memprosesnya secara aktif. Tidak suka kepada perkara yang berulang-ulang dan rutin. Sifat kepelbagaian dan sifat ingin tahu yang tinggi. Sanggup menerima risiko dan boleh menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja. Cuba jaya merupakan kaedah yang sering digunakan untuk melakukan sesuatu perkara Dan persoalan “apa yang dapat saya sumbangkan” selalu difikirkan. Pandangan Tokoh-tokoh mengenai Gaya Pembelajaran Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman pelajar dan keperluan persekitaran. Beliau berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu berkebolehan dalam aspek pengalaman konkrit (concrete experience), pemerhatian reflektif (reflective observation), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization) dan eksperimentasi aktif (active experimentation). Keefe (1987) berpendapat bahawa gaya pembelajaran merangkumi tiga aspek, iaitu kognitif, afektif dan psikologikal. Gaya kognitif melibatkan pememprosesan maklumat, gaya afektif melibatkan tindak balas yang berasaskan motivasi manakala gaya psikologikal bersifat tabiat yang berkaitan dengan unsur-unsur seks, kesihatan dan alam sekitar. Beliau mentakrifkan pembelajaran sebagai satu proses dalaman dan berpendapat bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila terdapatnya perubahan tabiat sama ada secara kekal atau sementara bagi seseorang individu.