Kemahiran Asas Bola Tampar M O N D A Y, M A Y 4 , 2 0 0 9
Menghadang
Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman oleh pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bolamati dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman.
Cara-cara Menghadang a) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas
b) Bahagian lengan dan tapak tangan
condong ke sebelah pihak
lawan
P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 3 :3 2 A M 0 C O MMEN T S L IN KS TO TH IS P O ST Reactions:
Merejam
Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesyi (smash) ke dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda. Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Pergerakan ini samalah seperti smesyi dalam permainan badminton. Mata akan diperolehi seandainya
bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan berjaya menjejaki ke lantai dalam gelanggang.
P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 3 :2 9 A M 0 C O MMEN T S L IN KS TO TH IS P O ST Reactions:
Mengumpan
Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 3 :2 5 A M 0 C O MMEN T S L IN KS TO TH IS P O ST Reactions:
Hantaran Servis Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang memegang giliran untuk melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah: (a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan
yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis. (b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).
P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 1 :0 3 A M 0 C O MMEN T S L IN KS TO TH IS P O ST Reactions:
Menyangga Sebelum anda mahir dalam permainan bola tampar anda perlu menguasai kemahiran asas ini. Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut. Teknik-teknik Menyangga:
• •
Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
• • • • • • • •
Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. Kendurkan bahagian atas tubuh. Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.
P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 1 2 :4 6 A M 0 C O MMEN TS L IN KS TO TH IS P O ST Reactions: S U N D A Y, M A Y 3 , 2 0 0 9
KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR Pengenalan Bola Tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895. Orang pertama yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang Pengarah Sukan YMCA di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. Peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan negeri China pada tahun 1930-an. Permainan ini dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar amatur Malaysia (MAVA-Malaysian Amatuer Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di kawal oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi. Permainan boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badannya. Kemahiran Asas Bola Tampar i) Menyangga ii) Servis iii) Merejam
iv) Menghadang v) Mengumpan
P O ST ED B Y KEMA H IR AN AS A S B OL A TA MPA R AT 3 :2 2 P M 0 CO MM ENT S L IN KS TO TH IS P O ST Reactions: Subscribe to: Posts (Atom)