Keluarga Bahagia Malaysia

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keluarga Bahagia Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 63,237
  • Pages: 266
Prakata Buddha pernah bersabda “semua perkara yang berlaku dalam dunia ini adalah disebabkan oleh kilesa dalam hati setiap manusia”. Masalah keluarga juga bermula dengan kilesa dalam hati manusia bermula dari dua orang dalam keluarga. Bermula apabila dua orang yang masing-masing mempunyai kilesa bercinta, bersetuju untuk menjalani hidup sebagai suami isteri dan membuat keputusan untuk bersama-sama membina sebuah keluarga. Apabila kedua-dua orang yang masih tidak mempunyai kilesa hidup bersama maka mereka perlu menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing. Hidup sebagai suami isteri membenarkan pasangan tersebut berkongsi kebaikan dan kelemahan masing-masing di bawah satu bumbung. Jika kedua-dua orang tersebut sentiasa menunjukkan masing-masing maka perhubungan adalah bahagia. Tetapi jika kedua-dua orang tersebut menunjukkan kelemahan masing-masing maka perselisihan faham akan berlaku. Seterusnya apabila melahirkan anak, tidak kira berapa orang anak mereka ada tanggungjawab bertukar daripada suami isteri kepada ibu bapa. Kehadiran anak-anak memaksa ibubapa menjalankan tanggungjawab yang lebih berat lagi iaitu membesarkan mereka. Berapa ramai anak yang dilahirkan maka akan bertambahlah tangggungjawab ibu bapa. Kilesa ibarat seperti penyakit kronik yang berada dalam hati manusia sejak dilahirkan lagi, maka anak-anak yang baru dilahirkan juga mempunyai kilesa dalam hati mereka. Tidak ada sesiapa yang tahu sejak bila kilesa ini berada dalam hati kita, tetapi ianya tertanam dalam hati setiapa manusi sejak lahir. 1

Anak kita walaupun dilahirkan pada hari pertama, kilesa juga sudah tertanam dalam hati mereka. Anak-anak akan dilahirkan menjadi seorang yang baik atau tidak bergantung kepada cara-cara ibubapa membesarkan mereka. Sikap-sikap yang ditunjukkan oleh ibubapa akan diikuti oleh anak-anak. Jika anak-anak dibesarkan dengan cara-cara yang betul maka kilesa dalam hati dapat dihapuskan dengan banyak. Sikap yang baik dapat dipupuk dalam seseorang itu. Apabila mereka membesar masyarakat tidak akan terganggu dengan sikap baik mereka. Walau bagaimanapun, jika anak-anak tidak dibesarkan dengan cara yang betul kilesa dalam hati anak-anak akan berkembang. Sikap buruk anak-anak akan terpupuk. Apabila mereka membesar masyarakat akan terganggu dengan sikap-sikap buruk anak-anak yang tidak dididik dengan betul ini. Masalah keluarga yang dihadapi zaman sekarang makin hari makin melarat. Puncanya adalah kerana ibubapa tidak membesarkan anak-anak secara ridak mengawal kilesa anak-anak dan juga suami isteri yang hidup bersama dengan tidak mengawal kilesa masing-masing. Bagi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia terdapat prinsip-prinsip latih diri untuk menghapuskan dan mengawal kilesa 3 perkara seperti berikut. 1) Mengawal kilesa dalam hati supaya tidak merebak atau mengawal sikap buruk supaya ianya tidak merebak kepada orang lain. 2) Berkongsi pengetahuan, kebolehan dan kebaikan sendiri dengan ahli keluarga. 3) Menerima kebaikan orang lain untuk melatih diri dengan kebaikan tersebut supaya menambah kebaikan sendiri. Buku ini merupakan koleksi pengetahuan dan pengalaman yang terapat dalam ajaran Buddha dan juga ajaran yang menjadi tingggalan nenek moyang sejak turun-temurun.

2

Kumpulan para penerbit buku ini berharap yang segala pengetahuan yang terdapat dalam buku ini akan memberi manfaat kepada pembaca yang ingin melahirkan keluarga bahagia yang mana akan menjalani hidup berasaskan kasih saying dan saling faham memahami. Kami berdoa agar setiap orang mempunyai sebuah keluarga yang mempunyai asas kekeluargaan yang kukuh, berpengetahuan yang lengkap, berkeupayaan dan mempunyai akhlak yang mulia untuk melahirkan generasi yang cemerlang pada masa hadapan. Dengan itu generasi cemerlang yang dilahirkan menjadi pelapis kepada kebaikan ibubapa mereka seterusnya akan menyumbang kearah kecemerlangan masyarakat dunia. S. Phongsawasdi Dan The Exemplary Youth Development Foundation

3

Dedikasi Semoga setiap keluarga yang membaca buku ini bahagia, berjaya dan sentiasa mempunyai semangat yang kukuh dalam membuat kebaikan. Segala pahala yang berhasil daripada setiap perkataan dalam buku ini diberikan kepada kedua-dua moyang (Soon-Hoye Phongsawadi) dan kesemua ahli keluarga yang telah meninggal dunia yang telah memberi prinsip, pengetahuan, dan pandangan serta pengalaman dalam buku ini. Semoga kedua-dua moyang dan ahli keluarga yang telah meninggal serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam penghasilan buku ini mencapai kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup tidak kira dalam dunia semasa atau dunia akan datang. Selagi kita masih berasa dalam kitaran kehidupan, semoga setiap orang dilahirkan dengan sempurna dari segala segi supaya dapat menyokong perbuatan kebaikan kita sehingga dapat menghapuskan segala kilesa yang ada dalam hati kita dan semuanya akan mencapai nirvana.

Ahli Keluarga Phongsawasdi

4

BAHAGIAN 1

MEMBINA ASAS KELUARGA

5

Bab 1

Jantung Keluarga

Jika jantung kita tidak berfungsi bermakna kita tidak lagi hidup dalam dunia ini. Keluarga juga sama, jika jantung keluarga tidak berfungsi, walaupun kita hidup dalam keluarga yang sama jika jantung keluarga tidak berfungsi maka seperti sudah tidak berkeluarga lagi. Mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan stabil merupakan perkara yang paling penting dalam hidup berkeluarga. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan jantung keluarga, ini merupakan perkara paling penting yang patut dititikberatkan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Perkara berikut merupakan perkara penting untuk setiap keluarga. Sesiapa yang akan berumahtangga perlu belajar perkara-perkara berikut kerana masalah-masalah dalam keluarga biasanya berkisar mengenai perkara-perkara yang akan dibincangkan nanti. Jika kita bijak menggunakannya maka kita akan mendapat pelbagai faedah daripadanya, tetapi jika tidak tahu menggunakannya maka akan membawa kepada pelbagai masalah keluarga. Perkara 6

yang dimaksudkan ialah “Gharāvās-dhamma’’ iaitu Dhamma untuk orang biasa yang merupakan jantung kepada sebuah keluarga bahagia.

Masalah Tetap Dalam Keluarga Setiap orang sebelum berkahwin masing-masing mempunyai masalah daripada kelemahankelemahan tersendiri. Apabbila mereka membentuk keluarga maka konflik akan berlaku dan ianya merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Maka, jika keluarga mana kekurangan dhamma ini iaitu Gharāvās-dhamma yang mengandungi Sacca (keikhlasan), Dama (mengawal diri), Khanti (kesabaran) dan Cāga (berkorban). Maka keluarga mungkin menghadapi masalah-masalah seperti berikut: 1. Masalah tidak mempercayai antara satu sama lain 2. Masalah kebodohan, ketinggalan arus dunia dan arus kilesa dalam hati setiap manusia 3. Masalah merasa bosan antara satu sama lain 4. Masalah mementingkan diri sendiri. Keempat-empat masalah utama ini adalah lebih baik jika tidak membiarkannya berlaku dalam keluarga. Jika ia berlaku perlulah ditangani dengan segera. Jangan biarkan masalah seperti ini merebak sehingga tidak dapat dikawal, kerana masalah-masalah inilah yang merupakan punca kepada berlaku masalah-masalah besar yang lain. Masalah tidak mempercayai antara satu sama lain Masalah zaman sekarang ialah ahli keluarga saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Suami isteri pun tidak dapat elak daripada masalah ini. Adik-beradik sendiri juga menghadapi masalah yang sama. Malah ibubapa dan anak juga mempunyai masalah saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Dengan itu tidak perlu sebut tentang orang lain yang tidak mempunyai hubungan darah dengan kita. Punca kepada perasaan tidak mempercayai antara satu sama lain ini adalah kerana mereka cemburu, perbuatan berat sebelah, mengambil kesempatan antara satu sama lain dan yang paling teruk ialah tidak mempercayai antara satu sama lain kerana seorang lagi tidak bertanggungjawab.

7

Tidak kira apa punca yang menyebabkan kita tidak mempercayai antara satu sama lain tetapi yang pastinya apabila semakin lama hidup bersama masalah tidak percaya antara satu sma lain semakin menggunung dan membahayakan kebahagian keluarga masing-masing.

Masalah kebodohan, Ketinggalan arus dunia, dan arus kilesa dalam hati setiap manusia Masalah ini berlaku berpunca daripada perbezaan taraf pemikiran, pengetahuan dan kebolehan seseorang atau dengan kata lain “Bodoh”. Sesetengah ahli keluarga mempunyai pemikiran yang agak lembap yang mana membawa kepada keadan tidak dapat menyesuaikan diri dengan arus perubahan dalam masyarakat. Orang lain sentiasa menyesuaian diri dengan perubahan yang berlaku dan sentiasa melakukan perubahan-perubahan perubahan tertentu bagi menghadapi perkara-perkara baru. Orang yang tidak melakukan perubahan mengikut orang lain akan berkecil hati dengan nasib yang dihadapi. Mereka berkecil hati dengan adik-beradik sendiri, berkecil hati dengan suami isteri sendiri atau sehingga berkecil hati dengan anak-anak mengatakan yang orang lain tidak menyayanginya lagi. Perkara yang disebutkan ini akhirnya akan membawa kepada masalah kekurangan perpaduan dalam keluarga sehingga membawa kepada perpecahan keluarga akhirnya.

Masalah merasa bosan antara satu sama lain Masalah bosan antara satu sama lain ini juga boleh dikaitan dengan masalah bosan akan orang. Seorang majistret di Chiang Mai menceritakan bahawa, pada suatu ketika dahulu jika remaja berumur kurang dari 18 tahun membuat kesalahan, mahkamah akan mengarahkan supaya remaja ini di hantar ke pusat pemulihan akhlak untuk memulih akhlak dan disiplin remaja. Selepas mendengar arahan mahkamah ibubapa akan menangis dan memujuk supaya mereka dapat membawa anak pulang ke rumah untuk dididik oleh ibubapa sendiri. Walaupun anak mereka begitu jahat sekalipun mereka tetap masih menyayangi anak mereka. Mereka rela mendisiplin anak-anak mereka sendiri daripada dilakukan oleh orang lain.

8

Zaman sekarang keadaannya berbeza kerana terdapat ibubapa memberitahu mahkamah bahawa mereka sangat bosan akan anak sendiri dan terpulang kepada mahkamah untuk menghukum anak-anak mereka. Sekarang terdapat orang yang sudah membenci anak sendiri. Ahli keluarga perlu berhati-hati, jangan biarkan masalah membenci atau bosan akan ahli keluarga sendiri berlaku. Jika terdapat ahli dalam keluarga membuat kesalahan dan tidak ada orang yang menegur maka menunjukkan yang ahli keluarga itu tidak mengendahkan sesama sendiri, tidak ada yang ingin mengajar Dhamma atau kebaikan sesama sendiri. Lantas kebaikan setiap orang tidak berkembang kerana setiap orang tidak ingin berkongsi kebaikan sesama sendiri. Kebosanan sesama ahli keluarga merupakan petanda kepada keruntuhan sesebuah keluarga. Lambat laun akan sampai ke tahap yang mana ahli keluarga tidak menghiraukan sesama sendiri. Tiada ada sesiapa yang berani menegur sesama sendiri. Apabila ahli keluarga tidak menegur sesama sendiri, maka tiada lagi kesabaran sehingga boleh menyebabkan pergaduhan berlaku sesama ahli keluarga. Kehidupan berkeluarga memerlukan ahli keluarga memberi peluang sesama sendiri untuk menegur sesiapa yang melakukan kesilapan sejak dari awak lagi. Jika terdapat ahli keluarga melakukan kesilapan, perlu ditegur dengan segera jangan biarkan sehingga tiada lagi kesabaran dan barulah menegur. Ini adalah seperti membiarkan dua gunung berapi meletup dalam masa yang sama.

Masalah mementingkan diri sendiri Masalah ini berpunca daripada sikap tidak bertimbang rasa. Secara semulajadi manusia yang tinggal bersama lebih dari tiga orang akan mula berpecah belah dan mewujudkan kumpulan masing-masing. Apabila keadaan ini berlaku dalam keluarga, maka sikap mementingkan kumpulan sendiri akan berlaku. Misalannya apabila ibubapa memberikan sesuatu barang atau hadiah yang istimewa kepada ahli keluraga, mereka akan mula memikirkan tentang kepentingan kumpulan masing-masing. Sikap bertimbang rasa tidak lagi wujud iaitu mereka tidak lagi memikirkan akan pihak yang lain akan bermasalah atau tidak jika tidak mendapat barang yang dihadiahkan itu. Jika dibiarkan situasi ini berlaku berpanjangan sudah tentu

9

perpecahan dalam keluarga akan berlaku. Ini disebabkan sikap mementingkan diri sendiri sudah mempengaruhi hati setiap orang. Apabila keluarga mendapat rezeki tidak kira banyak atau sedikit ahli keluarga yang mementingkan diri sendiri tidak mahu membahagikan rezeki tersebut sesama sendiri. Tambahan pula, mereka mengambil kesempatan ke atasli keluarga yang lain. Akhir sekali keluarga akan berpecah belah disebabkan sikap mementingkan diri sendiri.

Gharāvās-dhamma jantung kepada keluarga Seseorang yang ingin memilih pasangan hidup atau merancang untuk mendirikan rumahtangga dan hidup sebagai suami isteri, perlu menerima hakikat bahawa mereka akan menghadapi masalah-masalah yang disebutkan tadi. Menyelesaikan atau mengelak masalah seperti ini bukan merupakan perkara yang mudah. Walau bagaimanpun tidak bermaksud yang masalah-masalah tersebut tidak mempunyai cara penyelesaiannya. Hanya setiap orang perlu tahun apakah yang dimaksudkan dengan jantung kepada keluarga dan setiap orang berusaha menjaganya sebaik mungkin. Ahkirnya masalahmasalah tersebut akan hilang. Buddha pernah mengajar tentang Dhamma yang boleh digunakan sebagai panduan dalam membentuk asas hidup dan juga keluarga yang kukuh, Dhamma yang disebutkan itu ialah Gharāvās-dhamma. Gharāvās-dhamma mengandungi empat perkara seperti berikut: sacca, dama, khanti dan Cāga. Keempat-empat perkara ini merupakan jantung kepada setiap keluarga. Kebiasaannya jika jantung kita masih berdegup maka kita masih lagi hidup, sama juga seperti keluarga, jika setiap ahli keluarga masih lagi memegang kepada Garavas-dhamma, maka jantung keluarga masih lagi berdegup. Masalah yang pernah disebutkan tadi sudah tentu tidak akan wujud sama sekali. Malah hanya keluarga yang kukuh, bahagia dan bersatupadu akan dilahirkan setiap masa.

10

Bagaimana garavas-dhamma yang mengandungi jantung keluarga keempat-empat perkara ini begitu penting dalam keluarga? Sehingga dapat menyelesaikan atau mengelak masalah biasa tersebut dalam keluarga. Buddha telah menunjukkannya seperti berikut: 1) Sacca menyelesaikan masalah tidak mempercayai sesama ahli keluarga. Sacca bermaksud keikhlasan, kesungguhan dan juga keutuhan hati sesama sendiri. Jika diberi maksud yang lebih jelas mengenai sacca dalam konteks yang lebih pratikal ialah tanggungjawab atau sikap bertanggungjawab. Dalam konteks sebuah keluarga, sikap bertanggungjawab setiap orang merupakan perkara yang penting dalam keluarga. Ini adalah kerana, kekurangan sikap bertanggungjawab ini akan membawa kepada perasaan tidak mempercayai sesama sendiri akan wujud serta-merta. Dalam konteks yang sama sesiapa yang sedang memilih pasangan hidup perlu mengambilkira sikap bertanggungjawab sebagai perkara pertama dalam kriteria memilih pasangan. Sikap bertanggungjawab ini perlu ada tidak kira pada si suami atau si isteri. Mesti mengambilkira berapa banyak seseorang itu mempunyai sikap ini supaya mereka dapat bertanggungjawab terhadap keadaan hidup atau mati, terhadap kegemilangan keluarga atau keruntuhan sesebuah keluarga. Orang yang mempunyai sacca mesti boleh menunjukkan sikap bertanggungjawab dari keempat-empat segi berikut. 1) Dari segi tugasan dan kerja iaitu tidak kira tugasan yang diberikan adalah banyak atau sedikit, tugasan yang diberi begitu susah atau tidak, samada situasi menyebelahinya atau tidak, tidakkira belanjawan perbelanjaan dikawal atau tidak, kekurangan tenaga kerja atau tidak, kekurangan masa, pengetahuan tidak memadai dengan tugasan yang diberikan dan sebagainya, orang yang mempunyai sacca akan berusaha melaksanakan tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh dengan menghasilkan keputusan yang terbaik yang dapat dilaksanakan. 2)

Dari segi percakapan iaitu mesti menjadi seorang yang menepati apa yang dicakapkan. Apa yang dikata mesti dilaksanakan, apa yang dilaksanakan adalah seperti yang dikatakan. Ini bermaksud tidak menokok tambah atas apa yang dilakukan. Percakapan seseorang yang mempunyai sacca mestilah sama dengan apa yang upaya dilakukannya. 11

3) Dari segi pergaulan dengan orang iaitu merupakan seorang yang berterus-terang. Mempunyai keikhlasan dalam bergaul dengan orang lain. Paling penting ialah tidak mempunyai sikap berat sebelah atau bersikap tidak adil empat perkara seperti berikut: tidak adil kerana sayang, tidak adil kerana benci, tidak adil kerana bodoh, tidak adil kerana takut. 4) Dari segi akhlak kebaikkan iaitu secara peribadi memegang lepada pendekatan Dhamma sebagai perkara utama dalam hidup. Menjadikan Dhamma sebagai prinsip hidup. Tidak melakukan kesalahan jika ia melanggar hukum Sila 5, salah dari segi Dhamma, salah dari segi budaya dan salah dari segi undang-undang negara. Apabila mengamalkan tanggungjawab ini akan membawa seseorang itu ke syurga, tidak ke neraka, tidak masuk penjara. Dengan itu, apabila diteliti orang yang mempunyai sacca adalah orang yang bertanggungjawab, tidakkira dalam tugasan dan kerja, percakapan, orang yang sedang bergaul dengannya dan juga terhadap akhlak kebaikan. Sacca membawa seseorang menjadi seorang yang apabila bercakap atau membuat sesuatu akan melakukannya dengan sepenuh hati dan melakukannya sebaik mungkin. Akhir sekali sacca akan mempertingkatkan tahap pengetahuan, keupayaan dan juga kebaikan seseorang ke tahap yang lebih baik. Oleh itu sacca seseorang itu dapat dilihat dari keempat-empat segi yang disebutkan tadi. Berapa banyak sacca yang ada pada seseorang sudah tentu sekali menunjukkan tahap sikap bertanggungjawab seseorang. Orang yang mempunyai sacca mempunyai prinsip-prinsip yang mudah dalam hidup seperti berikut iaitu mesti bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu, bercakap mestilah jelas, hati berpegang teguh pada kebaikan iaitu dhamma. Orang yang mempunyai sacca bukan sahaja akan dipercayai oleh ahli keluarga tetapi juga rakan-rakan. Perasaan tidak mempercayai sesame sendiri akan hilang sama sekali apabila kita mengamalkan sacca. Tetapi jika seseorang itu tidak mempunyai sacca, ke mana ia pergi, ia tidak akan dipercayai oleh orang sekeliling. Orang lain akan mengelak daripada bergaul dengan orang sebegini kerana takut akan menjejaskan nama baik mereka. 12

Jika orang dalam keluarga tidak mempunyai sacca atau tidak mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan dan kerja, terhadap percakapan dan juga kepada kebaikan, masalah tidak mempercayai sesama sendiri akan wujud. Bagaimana hendak hidup bersama lagi? Oleh itu, orang dalam keluarga perlu mempunyai sacca supaya dapat mengekalkan kekukuhan keluarga. Maka sacca menjadi sikap yang pertama. 2) Dama menyelesaikan masalah kebodohan, tidak dapat mengikuti arus manusia dan dunia serta arus kilesa yang bermaksud tahu mengawal perasaan sendiri. Secara praktik Dama bermaksud sikap bersungguh-sunguh dalam melatih diri sendiri, supaya diri mempunyai pengetahuan, keupayaan dan kebaikan yang bertambah hari demi hari. Dama boleh lagi dimaksudkan dengan bahasa yang lebih mudah iaitu berminat untuk melatih diri supaya menjadi orang yang lebih baik. Nenek moyang menggunakan perkataan jangan biarkan diri menjadi seorang yang bodoh. Cara-cara menambah pengetahuan, keupayaan dan juga kebaikan dalam pelbagai perkara mempunyai 4 peringkat pratikal seperti berikut.

1) Mesti mencari guru yang baik sehingga jumpa untuk menjadi orang yang bepengetahuan dalam apa bidang sekalipun kita perlu mencari guru atau orang yang betul-betul berpengetahuan dalam bidang-bidang tersebut untuk mengajar kita. Jika tidak kita mempunyai peluang untuk gagal jika tidak mendapat orang yang betul-betul berpengetahuan mengajar kita. Sekurang-kurangnya mesti dapat mencari orang yang paling berpengetahuan dalam keaadan yand sedang dihadapi. 2) Mesti mendengar kata guru iaitu mendengar apa yang guru ajar secara bersungguhsungguh, bertanya soalan jika tidak faham, cuba memahami apa yang diajar oleh guru

13

sehinggga dapat mengagihkannnya kepada konsep yang disampaikan, cara melakukannya sehingga jelas dalam fikiran. 3) Mesti meneliti kata guru meneliti setiap

perkara yang diajar oleh guru. Teliti

sehingga faham akan kepentingan perkara yang diajar dari segi pengunaannya secara berfaedah, langkah-langkah berjaga-jaga, baik buruk jika sesuatu perkara itu diamalkan. 4) Mesti mengikut kata guru setelah meneliti kata guru sehingga memahaminya secara mendalam maka perlulah dipraktikkan apa yang sudah dipelajari itu. Walau bagaimana pun perlu mempunyai kewarasan yang sewajarnya dalam mempraktikkan kata-kata guru, mempunyai langkah berjaga-jaga, tidak cuai sehingga boleh membawa kepada kegagalan akhirnya. Kita boleh menjadi seorang yang berpengetahuan dan berkeupayaan melalui cara-cara yang disebutkan di atas. Oleh itu bolehlah kita menjadi seorang yang berupaya mengikuti arus perubahan dunia dan manusia dan juga arus kilesa Dalam menjayakan ini, kita haruslah melatih diri kita supaya dapat mengawal perasaan sendiri, kadang-kadang perlu memaksa hati dan juga perlu bersakit hati. Ini adalah perlu kerana dalam melatih sesuatu perlulah kita mengubah perangai kita sendiri jika tidak ianya tidak dipanggil melatih diri. Sebagai contoh, jika ingin mengubah perangai suka makan sepanjang masa atau perangai suka bangun lewat, atau perangai suka bercakap kasar serta suka bertengkar dengan ibubapa, sehinggalah mengubah sikap tidak teliti, cuai dan lain-lain bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Kita mungkin mengambil masa sepanjang hayat kita dalam mengubah perangai kita. Ini termasuk juga mengubah perangai suka cemburu, ketagih alkohol, dan suka berjudi. Oleh itu, keluarga boleh menjadi kukuh jika setiap orang dalam keluarga mempunyai Dama yang merupakan sikap kedua.

14

3) Khanti menyelesaikan masalah kebosanan terhadap ahli keluarga yang lain. Khanti bermaksud kesabaran. Kenapa perlu bersabar? Kerana jika seseorang ingin menambah kebaikan dalam diri sendiri perlu menukarkannya dengan sikap bersabar. Perkara-perkara yang perlu kita bersabar apabila dilahirkan sabagai manusia terbahagi kepada 4 empat perkara seperti berikut: 3.1 Perlu bersabar dengan keadaan cuaca yang tidak menentu seperti perlu bersabar dengan panas matahari, hujan yang lebat ribut taufan dan sebagainya. 3.2 Perlu bersabar dengan kesakitan iaitu bersabar dengan keadan tubuh yang kadangkadang jatuh sakit 3.3 Perlu bersabar dengan pertelingkahan iaitu bersabar dengan orang lain. Sebenarnya kita perlu menerima hakikat bahawa kita masih lagi mempunyai kelemahankelemahan yang kadang-kadang tidak disenangi diri kita sendiri. Apabila melakukan sesuatu ianya tidak dapat dilakukan mengikut kata hati kita sendiri. Kita masih mempunyai kelemahan-kelemahan yang membawa kepada ketidakpuasan diri sendiri dan ini telah menjadi perangai kita sendiri. Kita pula tidak menyedarinya. Perangaiperangai seperti ini masih banyak lagi terdapat dalam diri kita. Kelemahan pada suami isteri dan anak-anak juga terdapat dalam keluarga maka sudah tentu pertelingkahan berlaku dalam keluarga. Jadi suami isteri yang tinggal sebumbung mempunyai masing-masing mempunyai kelemahan dalam diri. Jika kita berfikiran yang kita tidak bersabar dengan kelemahan pasangan masingmasing maka tidak perlu mengambil keputusan untuk berkahwin. Zaman sekarang kebanyakan kita suka bercakap mengenai hak peribadi setelah berkahwin. Tambahan pula mengeluarkan dokumen membahagikan harta benda untuk bersedia berpisah. Maka terdapat pertanyaan bahawa jika tahu yang tidak dapat bersabar dengan pasangan masing-masing maka tidak perlu berkahwin.

15

Orang tua pernah berkata jika ingin berkongsi kehidupan pertelingkahan sememangnya akan berlaku seperti “lidah dan gigi yang sentiasa bersentuhan” Betapa baik pasangan kita maka pertelingkahan tidak dapat dielakkan. Kalau berfikiran yang apabila bergaduh tidak lagi mahu bersabar maka tidak perlu berkahwin. Tetapi jika boleh menerima pertelingkahan, boleh bersabar dengan sanak-saudari sesama sendiri, maka perlu membuat perjanjian tentang bagaimana boleh bertahan atau boleh bersabar. Soalan yang perlu ditanya sebelum berkahwin ialah “awak pasti yang awak boleh bersabar dengan saya?” Kalau tidak pasti yang akan dapat bersabar dengan pasangan masing-masing jangan berkahwin. Jika tidak kita mungkin akan membuat dosa dengan menjadi musuh dengan pasangan kita sendiri. Perlu berpisah terlebih awal lagi jika tidak dapat menerima kelemahankelemahan masing-masing. Pasangan kekasih perlu bertanya diri sendiri sebelum berkahwin. Jadi soalan yang harus ditanya sebelum berkahwin ialah bukan cincin berlian berapa karat? Berapa wang tunai? Rumah berapa juta? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini bukan boleh membawa kepada kekukuhan sesuatu keluarga. Perkara yang perlu ditanya ialah “awak pasti yang awak bolek bersabar dengan saya?” Jika dipandang lebih luas orang-orang yang kita perlu bersabar bukan hanya pasangan kita sahaja tetapi juga sanak-saudara dan juda ibubapa masing-masing. Orang-orang yang disebutkan ini merupakan sebahagian daripada keluarga dan sudah tentu pertelingkahan akan berlaku. 3.4 Bersabar dengan kilesa iaitu sikap buruk kita sendiri. Kilesa boleh diumpanakan sebagai penyakit buruk yang datang bersama diri kita sejak dilahirkan lagi. Apabila penyakit ini memberi kesan ia akan mula mengawal dan memaksa kita melakukan pelbagai kejahatan yang mana kita tidak akan mempunyai rasa malu dalam melakukan kejahatan tersebut. Apabila kita melakukan kejatahan kilesa akan membiarkan kita menerima balasan sebagai hukuman kepada perbuatan jahat kita itu. Akhirnya kita akan bersedih dengan perbuatan kita sendiri dan mula berasa kesal dengan perbuatan tersebut. Orang yang tidak bersabar dengan kawalan kilesa akan mula bersikap buruk sehingga akhirnya menjadi orang yang pemalas, tidak bertanggungjawab dan menjadi orang tidak lagi 16

mempunyai kebaikan sehingga terjebak dengan ‘Apāyamukha’

atau jalan kearah

memusnahan. ‘Apāyamukha’ merupakan sesuatu yang menggalakkan supaya kilesa kita berkembang dalam hati sehingga menjadi perangai buruk yang tidak lagi dapat diubati. ‘Apāyamukha’ yang paling dahsyat sekali ialah berkawan dengan orang yang jahat. Ini adalah kerana orang jahat boleh diibaratkan sebagai penyebar penyakit jahat kepada orang yang bergaul dengannya. Kilesa dalam hati orang jahat telah membiarkannya menjadi hamba kepada pelbagai perbuatan jahat sehingga tidak lagi menghiraukan akan kesan-kesan buruk yang timbul. Berkawan dengan orang jahat seumpama menerima penyakit dahsyat masuk ke dalam hati kita. Sikap-sikap baik dalam hati ahkirnya akan dimusnahkan oleh kilesa sehingga mengubah seseorang menjadi orang yang tidak baik akhir sekali. Kilesa memberi kesan ke atas sikap baik kita, maka ini bermaksud bahawa keluarga kita akan terlepas dari gejala keburukkan jika kita dapat bersabar dengan arus kilesa. Ini boleh dicapai dengan melatih diri kita melalui 2 perkara seperti berikut: 1) Bersabar dalam mengawal perangai buruk sendiri supaya tidak merebak kepada orang lain. Ini adalah kerana jika suami isteri tidak dapat bersabar dalam perkara ini, nampaknya semakin hari pasangan tersebut semakin mengumpul dosa yang dilakukan sesama mereka. Perpecahan akan berlaku, tiada lagi perpaduan dalam keluarga dan hidup berpuak-puak, seterusnya akan mula mencari pasal sesama sendiri dan lain-lain lagi. 2) Bersabar terhadap ‘Apāyamukha’ 6 iaitu minum arak, keluar malam, mengunjungi pusat-pusat hiburan, berjudi, berkawan dengan orang jahat dan malas akan tugasan dan kerja. Jika tidak dapat bersabar dengan perkara tersebut maka ekonomi keluarga akan terjejas dan tidak lagi menjanjikan keutuhan keluarga.

Jika setiap orang dalam keluarga melatih diri terhadap kedua-dua kesabaran yang disebutkan tadi. Perangai seseorang itu akan berubah menjadi lebih baik. Keadaan ekonomi keluarga akan menjadi lebih stabil, akan mendapat lebih ramai kawan-kawan yng merupakan orangorang baik. Orang jahat tidak lagi dapat mendekati keluarga kita, dapat menjauhi pelbagai Apayamukha yang lain. 17

Dengan keluarga akan mempunyai asas yang kukuh jika orang dalam rumah mempunyai sikap bersabar. 4) Cāga mengubati masalah mementingkan diri sendiri. Caga bermaksud sikap pengorbanan. Terbahagi kepada 3 jenis 1) Mengorbankan barangan 2) Mengorbakan keselesaan 3) Mengorbankan perasaan yang tidak baik. Perasaan yang buruk mesti dihindari supaya ianya tidak mengganggu semasa kita bermeditasi. Pengorbanan bermaksud sikap mengambilberat dalam menjalani hidup bersama-sama iatu sentiasa memikirkan kepentingan keluarga sebagai perkara yang paling utama. Hidup berkeluarga memerlukan pengorbanan yang banyak. Jika tidak, mungkin ketua keluarga tidak dapat membawa sesebuah keluarga itu mencapai matlamat keluarga masing-masing iaitu kebahagian dan juga kekukuhan keluarga. Lebih buruk lagi jika sesebuah keluarga itu tidak mengamalkan sikap pengorbanan malah terdapat juga yang menindas sesama sendiri. Jika keadaan in berlaku, sesebuah keluarga itu bagaikan keluarga yang sudah berpecah walaupun mereka tinggal sebumbung. Asas kepada setiap kehidupan adalah 4 keperluan asas, tetapi perkara yang paling sebelum kita penting sebelum kita menggunakan wang membeli barangan keperluan asas adalah perlu tahu membezakan antara keinginan sesuatu secara sesuka hati dan juga keperluan keluarga. JIka kita tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan maka keluarga itu sedang menuju kearah kemerosotan keluarga. Akhirnya ahli keluarga akan mempunyai anggapan yang mereka sedang ditindas dan pihak yang lain pula mementingkan diri sendiri. Lantas ahli keluarga tidak lagi menghiraukan sesama sendiri. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang mempunyai hanya dua orang iaitu suami dan isteri, masih lagi tidak mempunyai anak, pendapatan kedua-dua orang suami isteri hanya terhad. 18

Jika isteri membeli minyak wangi yang mahal atau suami membeli minuman keras yang mahal sudah tentu akan menjejaskan perbelanjaan keluarga tersebut. Rasa ditindas akan wujud dengan serta-merta kerana mereka tidak dapat membezakan antara apa yang dimaksudkan dengan keinginan peribadi dan apa yang dimaksudkan dengan keperluan keluarga. Minyak wangi yang mahal bukan merupakan keperluan tetapi merupakan pembaziran, minuman keras merupakan Apāyamukha, merupakan minuman yang merosotkan kesihatan. Minyak wangi dan juga minuman keras yang mahal merupakan trend dalam masyarakat yang salah. Jika pasangan suami isteri tersebut tidak dapat membezakan bahawa baranganbarangan ini merupakan keperluan maka inilah yang dipanggil pentingkan diri sendiri merupakan pemusnah kepada keluarga. Hidup selepas berkahwin merupakan kehidupan yang mempunyai budget yang terhad dalam hal-hal peribadi, mesti bergantung kepada pengorbanan sebagai asas dalam menjalani kehidupan bersama. Jika dibiarkan perbelanjaan dalam keluarga menjangkaui batasan dengan membeli barangan peribadi yang melampau maka membuatkan suami isteri tidak berkongsi wang dalam keluarga. Tindakan ini merupakan petanda yang pasangan suami isteri ini bersedia untuk berpisah pada suatu masa akan datang. Tiada siapa memikirkan akan perbelanjaan bersama iaitu perbelanjaan keluarga. Oleh itu jika melihat barangan yang membazir sebagai barangan perlu, budget dalam keluarga akan menjadi kekurangan dan ini dikenali sebagai pentingkan diri sendiri. Sikap mementingkan diri sendiri seterusnya akan membawa kepada Masalah keluarga akhirnya. Berkahwin atau berumah tangga bukan merupakan perkara mainan mengikut perasaan orang muda, kerana sebaik sahaja seseorang berkahwin, tangungjawab wujud, perubahan berlaku, perlu mempunyai kesabaran dan pengorbanan harus wujud serta merta. Oleh itu orang yang ingin berkahwin, perlu memikirkan tentang dua perkara berikut sebaikbaiknya, iaitu

19

1) Pasangan kita merupakan pasangan yang boleh kita bergantung atau tidak iaitu dapatkah kita berharap kepada pasangan kita dalam segala hal. 2) Pasangan kita mempunyai pengetahuan dan keupayaan yang cukup atau tidak dalam memnerajui keluraga kearah kebahagiaan dan mendidik anak-anak menjadi seorang yang baik. Kedua-dua perkara yang disebutkan diatas merupakan pengorbanan yang paling asas dalam membentuk keluarga. Kebanyakkan orang zaman sekarang berkahwin kerana mengikut keinginan peribadi daripada memikirkan tentang perkara –perkara yang disebutkan diatas.Apabila tidak megambilkira perkara-perkara di atas pelbagai masalh-masalh timbul setelah berkahwin. Sesetengah pasangan berlaku ganas sehingga mula memukul isteri atau suami, paling teruk sehingga membunuh pun ada. Bagi orang yang masih bekum berkahwin dan merancang untuk berkahwin hendaklah meneliti kedua-dua perkara diatas. Apabila sudah berlaku mesti pastikan yang mereka dapat bergantung sesama sendiri tidakkira pada waktu sakit atau ketika sudah tua, mesti boleh menjaga pasangan masing-masing. Hidup berumahtangga merupakan kehidupan yang paling bergantung kepada pengorbanan pasangan masing-masing. Seterusnya apabila anak dilahirkan kedua-dua suami dan isteri perlu mempunyai sikap pengorbanan yang bertambah, kerana ini merupakan perkara mengenai pengorbanan mengenai masa yang perlu diluangkan kepada anak-anak.Perkara memngenai masa kepada anak-anak ini pasangan yang berkahwain perlu bersedia sejak sebelum berkahwin lagi. Orang yang bersedia menjadi ibubapa kepada seseorang, perlu meneliti diri masing-masing bahawa dirinya mempunyai pengetahuan dan keupayaan serta kebaikan yang mana diperolehi dari perlakuan melatih diri seumur hidup. Oleh kerana semua orang akan mati jadi kita memerlukan seseorang untuk menjaga kita ketika usia tua. Kita mesti dapatkan seseorang yang baik supaya menjaga kita. Jika ingin berumahtangga perlulah kita menggunaka pengetahuan, dan keupyaan serta kebaikan yang ada untuk melahirkan anak-anak yang baik. Apabila anak-anak dilahirkan kedua maka menggunakan pengetahuan, keupayaan dan kebaikan yang ada untuk mendidik mereka supaya mereka boleh hidup di dunia ini menkadi seorang yang baik berpengetahuan dan berkeupayaan seperti ibubapa mereka. 20

Berumahtangga bukan sahaja bertujuan untuk bergembira mengikut perasaan muda sesuatu pasangan sahaja, semua ini bukan merupakan sesuatu yang kekal. Oleh kerana kebanyakkan berkahwin kerana inginkan keseronokan seksual sahaja, maka terdapat ramai pasangan berkahwin terpaksa bercerai akhirnya. Keseronokan seksual hanya berlaku pada usia muda sahaja dan ianya merupakan sesuatu yang tidak kekal. Asas kepada hidup berkeluarga perlu mempunyai sikap pengorbanan terhadap pasangan sendiri yang tinggi. Jika mempunyai sikap mementingkan diri sendiri percerai pasti berlaku. Pengorbanan dalam hidip berumahtangga adalah merupakan pengorbanan untuk menjaga sesama sendiri dari dua segi iaitu dari menjaga tubuh badan dan menjaga perasaan. Ianya perlu dilakukan sebaik mungkin supaya tidak berlaku perselisihan dalam keluarga. Menjaga tubuh badan ialah menggunakan wang yang ada untuk membeli barangan yang perlu digunakan bersama dalam keluarga. Ini merupakan perkara asas yang perlu dilakukan. Menjaga perasaan iaitu dalam keadaan biasa mesti tahu menjaga hati sesama sendiri. Apabila mengalami kesusahan dalam keluarga perlu tahun memberi semangat sesama sendiri. Tahu melarang pasangan sendiri apabila melakukan kesilapan. Jujur akan pasangan sendiri dan juga bersikap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dari awal hingga akhir. Pasangan yang mengamalkan menjaga tubuh badan dan perasaan pasangan masing-masing akan mempunyai sikap pengorbanan yang tinggi dalam menjaga kepentingan bersama. Malah perlu lagi mengorbanan barangan dan juga mengorbankan perasaan yang tidak baik supaya menghasilkan persekitaran yang baik dalam keluarga. Jika kedua-dua penjagaan ini diamalkan sikap pengorbanan yang tinggi akan ada dalam keluarga. Oleh itu kekukuhan dalam keluarga akan wujud jika keluarga itu mempunyai Cāga sebagai sikap yang keempat Maka keempat-empat garavas-dhamma yang dimaksudkan tadi memberi kita panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin mempunyai pasangan hidup, merancang untuk berkahwin, atau sedang membina keluarga mesti berpegang kepada Gharāvās-dhamma iaitu sacca, dama, khanti dan Cāga sebagai jantung kepada keluarga. Jantung keluarga ini merupakan perkara yang penting yang perlu diamalkan oleh setiap ahli keluarga. Jika jantung keluarga diamalkan sesubuah keluarga itu akan dapat membina asas keluarga yang kukuh sejak dari awal lagi. Dengan semua masalah dalam keluarga tidakkira masalah tidak mempercayai sesama sendiri, 21

masalah kebodohan terhadap arus perubahan dunia arus kilesa, masalah membosan sama sendiri dan masalah mementingkan diri sendiri tidak akan wujud.

22

Bab 2 Mendorong Kehidupan Berkeluarga

Melatih mengawal emosi sejak sebelum berumahtangga lagi boleh dianggap sebagai asas yang paling penting dalam mendorong keluarga ke puncak kebahagiaan. Tetapi jika kedua-dua pihak tidak pernah melatih mengawal emosi sendiri sejak dari awal lagi usaha mempertingkat kemuliaan hati selepas berkahwin mungkin tidak wujud. Seterusnya ia akan bertukar menjadi kata-kata yang menyakitkan hati antara satu sama lain sehinga masing-masing tidak lagi dapat bertahan dengan emosi pasangan sendiri sehingga menyebabkab perceraian

berlaku

akhirnya. Melatih mengawal emosi sendiri sejak dari belum berumahtangga lagi merupakan jalan yang boleh menyelamatkan keluraga dari terpaksa bercerai.

Berfikir sebelum berkahwin Perkara biasa yang menjadi lumrah dalam hidup berumahtangga ialah perselisihan faham antara satu sama lain atau kedua-dua pasangan suami isteri akan berselisihan faham dengan

23

salah satu ahli keluarga samada kelaurga pihak lelaki atau perempuan. Walau apa sekali pun perselisihan faham memang berlaku. Perkara yang perlu difikir ialah jika kedua-dua pihak tidak pernah melatih mengawal emosi masing-masing sejak sebelum berkahwin lagi maka apabila berlaku perselisihan faham kedua-dua pihak tidak akan dapat bersabar atau tidak dapat bertahan lagi. Keluarga itu akan sentiasa mempunyai masalah, berpecah belah dan tidak dapat mencari ketenangan dalam keluarga tersebut. Jika kedua-dua suami isteri melatih diri mengawal perasaan sebelum berkahwin maka apabila berlaku perselisihan faham, tidak kira berapa teruk perselisihan tersebut kedua-dua orang akan dapat menghadapi keadaan tersebut dengan tenang. Mereka tidak akan menyimpan perasaan marah begitu lama. Suasana keluarga akan bermula dengan suasana yang aman. Suasana aman damai ini berlaku kerana setiap orang berusaha menghindari sikap buruk masing-masing. Pasangan suami isteri begini juga memperkenalkan perkara-perkara baik dan juga kebaikan masing-masing antara satu sama lain. Seterusnya mereka akan mula menerima kebaikan-kebaikan masing-masing. Inilah yang akan membawa kepada sebuah keluarga yang kuat yang mana setiap orang berusaha menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah suami dan isteri. Semestinya, untuk berupaya mengawal emosi sebelum berkahwin seseorang mesti melatih diri dalam mengawal emosi dengan baik terlebih dahulu. Nenek moyang kita pernah mengalami keadaan seperti ini sebelum kita maka mereka mempunyai panduan dalam

hidup

berumahtangga seperti berikut. Orang yang sudah pasti yang ia mesti berkahwin perlu membina 4 faktor seperti berikut terlebih dahulu supaya menjadi menjamin hidup berumahtangga yang mempunyai kebahagiaan yang berterusan. 1) Mesti boleh bergantung kepada diri sendiri 2) Mesti Tahu memilih pasangan hidup 3) Mesti mempunyai kaunselor dalam memilih pasangan hidup 4) Mesti tahu melatih diri supaya mempunyai hati yang mulia. Nenek moyang selalu menekankan bahawa sesiapa yang ingin berumahtangga mesti membina keempat faktor yang tersebut diatas, barulah beupaya menghadapi peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setelah mendirikan rumahtangga. Jika tahu peranan 24

masing-masing sebelum berkahwin, kita akan menyediakan diri dengan pengetahuan, kemampuan, dan kebaikan dalam menjadi suami atau isteri, juga bersedia menjadi menantu yang baik, seterusnya menjadi ibu dan ayah yang baik. Dengan itu, berumahtangga akan menjadikan kita meningkatkan taraf pengetahuan, kemampuan dan kebaikan terhadap pasangan masing-masing. Akhirnya keadaan ini akan membawa kepada hidup keluarga yang bahagia yang mana boleh dikatakan telah mencapai matlamat hidup berkeluarga. Dengan itu seterusnya akan diceritakan kenapa keempat faktor diatas begitu penting dalam hidup berumahtangga sehingga boleh membawa pencapaian matlamat hidup berkeluarga. Harapan daripada hidup berumahtangga Nenek moyang memberi alasan secara berterus terang bahawa sebenarnya kita berkahwin kerana kekurangan keyakinan terhadap diri sendiri, tidak pasti yang akan dapat menjalani hidup ini dengan berdiri atas kaki sendiri. Apabila kekurangan keyakinan bahawa dapat bergantung kepada diri sendiri maka lahirlah harapan baru iaitu perlu mencari orang lain untuk dijadikan tempat bergantung dalam pelbagai-bagai perkara. Sesetengah berkahwin kerana berharapan akan membalas budi pasangan kekasih sendiri kerana begitu baik terhadap dirinya. Keadaan yang berlaku sebenarnya tidak berlaku seperti yang diharapkan kerana pasangan sendiri tidak berlaku baik selama 24 jam seperti yang dilihat sebelum berkahwin. Begitu juga dengan balasan yang ingin diberikan tidak dingini oleh si dia sepanjang masa juga. Jika berharap dalam perkara seperti ini, apabila keadaan sebenar yang berlaku tidak seperti yang diharapkan maka akhirnya tiada lagi kesetiaan terhadap pasangan sendiri. Sesetengah pasangan berkahwin kerana tertarik dengan gelagat baik pasangan masingmasing. Memikirkan yang mereka akan berbaik begini sepanjang masa. Akhirnya didapati yang mereka tidak dapat berkelakuan baik seperti sepanjang masa. Apabila faktor yang diambilkira dalam memilih pasangan berdasarkan kepada keinginan kita hendak bergantung kepada orang lain begini, maka apabila mereka sebenarnya tidak dapat dijiadikan tempat bergantung pergaduhan akan berlaku seperti “berharap salah maka salah diharap” 25

Pemikiran yang betul sebelum berkahwin ialah “Mesti boleh bergantung kepada diri sendiri”. Sebenarnya apabila berkahwin kita akan lebih menjadi tempat bergantung kepada orang lain. Perkara yang perlu kita bersabar adalah lebih banyak daripada perkara yang tidak perlu bersabar. Dalam hao ini kita perlu menggunakan pengetahuan, kemampuan dan juga kebaikan yang ada sebelum berkahwin sebagai panduan atau sebagai asas. Lebih dari itu kita akan berhadapan dengan kerja-kerja yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini. Misalannya perlu mejadi seorang ayah yang mana kita tidak tahu sebaik mana kita dapat melaksanakan tugas ini. Anak yang dilahirkan masih lagi tidak dapat bergantung kepada diri sendiri, masih lagi bergantung kepada ibubapa dalam banyak perkara. Ibubapa perlu menggunakan pengetahuan, kemampuan dan kebaikan yang ada bagi membentuk anak supaya apabila membesa nanti mereka boleh menjadi orang yang dapat bergantung kepada diri sendiri. Dengan itu orang yang berharapan hendak berkahwin kerana ingin menjadikan orang lain sebagai tempat bergantung merupakan seorang yang mempunyai harapan yang salah terhadap hidup berumahtangga. Sebenarnya perkara yang menjadikan kita perlu menjadi tempat bergantung kepada orang lain adalah lebih banyak daripada kita bergantung kepada orang lain. Bergantung kepada diri sendiri Orang yang boleh bergantung kepada diri sendiri adalah orang yang mempunyai pengetahuan, mempunyai kemampuan dan kebaikan yang menjadi tempat bergantung kepada diri sendiri. Kesimpulannya seseorang itu perlu mempunyai Garavas-dhamma Orang yang mempunyai garavas-dhamma mempunyai 4 sikap dalam diri mereka. Pertama – merupakan seorang yang bersikap bertanggungjawab iaitu apabila melakukan sesuatu akan melakukannya secara bersungguh dalam perkara- perkara mengenai kualiti, masa, budget, dan perkara mengenai perasaan. Kedua – merupakan seorang yang bersikap suka melatih dan memperbaiki diri iaitu sentiasa mempelajari ilmu-ilmu yang boleh mempertingkatkan pengetahuan, kemampuan dan kebaikan diri sendiri supaya boleh menjadi orang yang lebih maju.

26

Ketiga – merupakan seorang yang bersikap bersabar mempunyai kekuatan diri Iaitu menjadi seorang yang apabila melakukan sesuatu dapat bersabar dengan halanganhalangan yang timbul sehingga berjaya dalam sesuatu tugasan yang diberikan. Orang seperti ini mempunyai kesabaran yang tinggi, tidakkira halangan yang dihadapi itu dating dari apa bentuk sekalipun ianya dapat bertahan. Tidakkira keadaan cuaca yang tidak menentu, jatuh sakit, atau perselisihan faham yang berlaku antara satu sama lain, atau kepada perkaraperkara yang menggugat ketahan nafsu akan sangat sukar untuk diatasi, orang seperti ini masih lagi dapat bersabar. Keempat - merupakan seorang yang mempunyai sikap sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri iaitu orang yang sentiasa memikirkan akan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi, termasuklah sanggup mengorban benda kesayangan sendiri kepada orang lain jika ianya merupakan kepentingan peribadi. Mengorbankan keselesaan sendiri supaya menjaga kepentingan bersama, melakukan kerja-kerja yang tidak ingin dilakukan kepada orang lain. Mengorban perasaan tidakpuas hati terhadap orang lain agar ianya tidak disimpan dalam hati dan menjejaskan kepentingan bersama dan menjaga suasana harmoni dalam keluarga. Semua yang disebutkan tadi merupakan pengorbanan untuk kepentingan bersama. Sikap pengorbanan ini perlu ada pada setiap ibubapa jika tidak ibubapa tidak dapat dijadikan tempat bergantung oleh anak-anak. Orang yang mempunyai garavas-dhamma sahaja yang boleh bergantung kepada diri sendiri dan juga menjadi harapan kepada orang lain untuk dijadikan tempat bergantung. Keindahan empat peringkat Nenek moyang kita pernah berpesan bahawa sesiapa yang tidak dapat mengawal keinginan untuk berumahtangga perlu tahu cara-cara memilih pasangan supaya dapat dijadikan ibu atau ayah yang baik kepada anak-anak yang bakal dillahirkan. Kebiasaannya kita membuat keputusan untuk memilih pasangan daripada keindahan luaran sahaja, tetapi tidak melihat lebih dalam lagi sehingga ke hati sanubari orang yang disukai. Oleh itu nenek moyang kita memberi panduan kepada kita dalam memilh pasangan hidup dengan mengambilkira keindahan dalaman. Maka mereka telah membahagikan keindahan manusia kepada empat peringkat.

27

Peringkat 1 – Indah dari segi pemakaian iaitu cantik dari segi pemakaian termasuklah barangan solek, fesyen rambut, warna pada pakaian yang mengikuti fesyen semasa. Keindahan seperti ini merupakan keindahan yang paling luar lambat laun akan ketinggalan zaman, tidak diminati lagi. Merupakan keindahan yang boleh dijualbeli atau yang dapat dipinjamkan. Peringkat 2 – Indah dari segi tubuh badan iaitu indah dari segi tubuh badan, kulit, wajah, jari tangan dan sebagainya. Merupakan keindahan peribadi seseorang, tidak boleh dipinjam tetapi tidak kekal kerana akan merosot mengikut usia. Ia tidak mejamin bahawa seseorang itu merupakan orang yang baik atau tidak baik. Peringkat 3 – Indah dari segi tingkahlaku iaitu indah dari segi tingkahlaku, cara percakapan dan cara menbawa diri supaya sesuai dengan orang yang sedang berhadapan. Contohnya merupakan seorang yang mesikap merendah diri, menghormati orang lain, bercakap dengan bersopan-santun, sentiasa senyum, dapat memikat hati oarnag lain dengan mudah. Walau bagaimana pun, jika tingkahlaku baik ini tidak dating dari hati yang ikhlas akan menjadi perbuatan yang dibuat-buat iaitu mengada-ngada. Peringkat 4 – Indah dari hati iaitu keindahan yang sentiasa ada dalam hati. Ini dapat ditunjukkan dari sikap bertanggungjawab dari pelbagai segi. Boleh dikenalpasti dari sikap bertanggungjawab mereka melalui 3 cerita berikut sebagai perkara asas. 1) menggunakan empat keperluan asas 2) aktiviti-aktiviti harian. 3) Kerja yang sedang dilakukan Dengan memerhati sikap seseorang melalui tiga perkara ini akan membantu kita mengenalpasti yang seseorang itu mempunyai sikap bertanggungjawab atau mementingkan diri sendiri. Orang yang bertanggungjawab sahaja yang mempunyai keindahan hati dari segi sila dan dhamma, terutama sekali dengan mempunyai garavas-dhamma termasuk sacca, dama, khanti, caga yang merupakan dhamma dalam hati seseorang.

28

Apabila bercinta dengan seseorang, kita tidak harus hanya melihat kepada keindahan dari segi pemakaian, dari segi tubuh badan atau dari segi tingkahlaku sahaja. Kehidupan selepas berkahwin memerlukan Sila dan dhamma sebagai perkara utama. Pentingnya kaunselor dalam memilih pasangan Keindahan pada diri kita dapat dibahagikan kepada 4 peringkat, peringkat yang paling sukar dilihat ialah peringkat keindahan hati kerana ia merupakan perkara mengenai Sila dan Dhamma yang terkandung dalam hati seseorang. Bagi mengenalpasti keindahan sebegini perlu dapatkan bantuan daripada orang yang berpengalaman, orang yang pernah mengharungi sakit perit hidup berkeluarga. Dengan kata lain, membina keluarga memerlukan ‘’guru’’ atau ‘’pembantu’’ orang yang boleh memberi nasihat dan juga tunjuk ajar. Zaman dahulu apabila sesiapa ingin berkahwin akan dilantik ‘’tauke’’ untuk Melamar. Cara ini masih lagi diamalkan sehingga zaman sekarang tetapi maksud taukeh ini terdapat tidak ramai lagi yang tahu. ‘’Tauke’’ bermaksud orang yang berakhlak yang mulia sehingga diterima oleh semua orang.

Orang yang boleh menjadi taukeh sudah tentulah merupakan seseorang yang

mempunyai akhlak yang banyak atau mempunyai sila dan dhamma yang tinggi sehingga diterima oleh semua orang. Beliau mempunyai akhlak yang tinggi kerana beliau telah menjalani hidup berkeluarga dengan mengamalkan faktor-faktor penting dalam berumahtangga empat perkara seperti berikut: 1) beliau perlu mempunyai garavas-dhamma yang banyak dalam diri, jika tidak beliau tidak akan menjadi tempat bergantung kepada keluarga 2) beliau pasti boleh mengenalpasti sikap seseorang dengan memerhati seseorang itu melalui cara-cara menggunakan empat keperluan asas manusia, aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan, dan kerja yang dilakukan.Jika tidak beliau mungkin tidak dapat memilih pasangan yang sepadan dan mempunyai akhlak yang mulia sehingga dihormati oleh orang lain 3) beliau mesti mempunyai guru dalam hidup atau pembantu yang baik yang dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam mengekalkan kebahagiaan hidup berpasangan jika tidak mungkin beliau tidak dapat hidup berpasangan begitu lama.

29

4) Beliau mesti merupakan seorang yang melatih diri sendiri sehingga berjaya mempertingkatkan akhlak dalam hati supaya sentiasa berada dalam tahap yang tinggi mengikut peringkat. Jika tidak beliau tidak akan mempunyai pengetahuan, kemampuan dan kebaikan dalam menjalankan pelbagai tanggungjawab selepas berkahwin. Perkara mengenai tanggungjawab merupakan perkara yang paling besar kerana seseotang ketua dalam keluarga perlu mengawal dir sendiri dan dalam masa yang sama juga perlu mengambil hati ahli keluarga yang lain. Jika tahap Sila dan dhamma dalam hati seseorang itu tidak mencukupi terutama sekala belas kasihan dan pemurah hati dan berkorban untuk faedah bersama, beliua mungkin tidak dapat mendoring keluarga kearah mencapai kebahagiaan. Beliau mempunyai akhlak yang mulia kerana beliau rajin melatih diri sendiri dan membina keluraga bahagia berdasarkan kepada faktor-faktor empat perkara yang disebutkan tadi. Oleh itu hidup bercinta dan berumahtangga perlu mempunyai seorang kaunselor untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat. Bermula dari memilih pasangan yang sepadan, menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri yang baik, jalankan tanggungjawab sebagai menantu yang baik, manjalankan tanggungjawab sebagai ibu atau auayh yang baik dan juga menjalankan tanggungjawab sebagai sanak-saudara yang baik kepada keluarga kedua-dua belah pihak dan pelbagai lagi tanggungjawab dalam hidup berkelurga. Semua ini memerlukan ‘’tauke’’ memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya. Dengan itu hidup berumahtangga memerlukan ‘’tauke’’ atau orang yang berakhlak mulia sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan juga saling memperbaiki sikap kedua-dua suami isteri. Jika peranan ini tidak diambilkira dalam mendirikan rumah tangga maka sesebuah keluarga mungkin tidak mempunyai arah tuju yang jelas.

Dhamma yang membentuk hati yang mulia Seetelah kita telah memahami ketiga-tiga faktor-faktor yang tersebut kan tadi, jadi hidup berpasangan telah melangkah ke tahap sila dan dhamma dalam hati yang perlu ditingkatkan supaya mencapai tahap yang lebih kukuh.Ini kerana pasangan suami isteri yang kekurangan sila dhamma dalam menjalani hidup berpasangan

30

tidak dapat menjanjikan cinta yang

berterusan. Sememangmya jantung kepada keluarga adalah Sila dhamma dalam hati setiap pasangan suami isteri. Sebelum berkahwin adalah waktu kita melatih diri supaya dapat bergantung did sendiri. Nenek moyang kita telah menggunakan garavas-dhamma dalam melatih diri kita, apabila berkahwin garavas-dhamma masih lagi digunakan dalam melatih diri ke arah mempertingkatkan dhamma dalam diri kita. Garavas-dhamma yang selalu digunakan dalam menjalani hidup berkeluarga ialah ‘’khanti’’ dan ‘’Cāga’’ Tetapi ‘’khanti’’ selepas berkahwin merupakan khanti perlu dipertingkatkan lagi supaya ianya menjadi lebih kukuh iaitu kesabaran terhadap perselisihan faham dengan kata lain mesti bersabar dengan kelemahan orang lain. Situasi selepas berkahwin ialah kita mesti bertanggungjawab terhadap pasangan kita sendiri, mesti mambantu sanak-saudara kedua-dua belah pihak. Kita berlu bersabar dengan semua orang dalam keluarga. Kesabaran dalam konteks ini merupakan kesabaran yang lebih tinggi tahapnya daripada sebelum ini. Kesabaran sebegini adalah perlu barulah boleh mendorong diri dan keluarga mengharungi cabarancabaran dalam berumahtangga. ‘’Cāga’’ juga perlu diamalkan selepas berkahwin. ‘’Cāga’’ perlu diamalkan dalam tahap yang lebih tinggi lagi. Dalam tahap ini caga akan menekankan tentang ‘’menghindari perasaaan buruk keluar dari hati iaitu mencari ketenangan hati dengan kata lain perlu rajin bermeditasi. Meditasi adalah perlu adalah penting kerana ianya dapat meredakan kemarahan yang berhasil daripada perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga. Walaupun kita tidak menyenangi sikap seseorang dalam keluarga suami atau isteri kita, kita harus dapat menyesuaikan diri dengan mereka supaya dapat hidup bersama dengan aman. Jangan biarkan perselisihan faham ini menjadi kemarahan yang mendalam, mesti menghindari perasaan ini, tidak boleh biarkan perasaan ini berada dalam hati kita terlalu lama sehingga ia boleh ditukar kepada perbuatan memukul dan sebagainya. ‘’Cāga’’ pada tahap menghindari perasaan buruk dalam ini dikenali sebagai soracca bermaksud menyucikan hati supaya menjadi tenang. Dengan itu apabila kita menumpukan kepada perkara melatih atau menyucikan hati nenek moyang kita akan menggunakan ‘’khanti’’ dan ‘’soracca’’ secara bersama. Kombinasi

31

garavas-dhamma ini merupakan kombinasi yang digunakan dalam penggunaan Gharāvāsdhamma dalam melatih hati . Apabila kita perlu bersabar maka adalah perlu juga kita melatih hati kita supaya bersabar juga. Kesabarab mempunya sifat umpama seperti gunung berapi yang menunggu masa meletup, walau rasa tidak dapat lagi bersabar kita mesti tetap bersabar. Soracca umpama alat untuk meredakan gunung berapi yang akan meletup supaya menjadi lebih sejuk. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai alasan-alasan supaya boleh membawa hati kita menjadi lebif tenang. Tidak ada lagi alasan yang lain yang lebih baik daripada duduk bermeditasi, melepaskan segala ketidaksenangan dalam hati, dengan tidak lagi memikirkan lagi tentang perselisihan yang pernak berlaku. Hati yang tenang membuatkan seseorang menyenangi segala keadaan yang berlaku, dalam pada itu rasa perlu bersabar dengan sesuatu yang berlaku tidak alagi perlu. Apabila hati menjadi tenang ianya akan ditunjukkan melalui perlakuan dan juga percakapan yang menunjukkan tentang ketenangan dalam hati. Sesiapa yang dapat mendekati orang yang berhati tenang akan dapat merasai akan ketenangan tersebut dan dapat merasa suasana kesejukan hati orang tersebut. Ketenangan hati yang ditunjukkan melalui perbuatan dan percakapan ini akan dapat memenangi hati hati orang lain. Mantera mencegah perceraian Apabila belajar sehingga ke tahap ini, apa nenek moyang kita pamdang ialah bagaimana ‘’khanti’’ dan ‘’soracca’’ dapat digunakan sehingga is berkembang dalam hati setiap pasangan. Maka mereka menggunakan dhamma ini dalam bentuk yang ringkas dan membentuk perumpamaan supaya khanti dan soracca dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian melalui 4 perkara seperti berikut. Mantera 1 Mata seperti mata buluh Mantera 2 Telinga seprti telinga kuali Mantera 3 Badan seperti kain buruk Mantera 4 Hati seperti bumi

32

Nenek moyang kita dapat menggunakan benda sekeling dalam membuat penjelasan mengenai dhamma supaya kita dapat menggunakan dhamma ini dalam kehidupan menunjukkan yang mereka mempunyai tahap dhamma yang tinggi dalam hati mereka. Mereka memberi penjelasan kepada perumpamaan tersebut seperti berikut : 1) Mata seperti mata kayu bermaksud memilih untuk melihat apa yang perlu dilihat. Tidak melihat sesuatu yang boleh menyebabkan hati menjadi panas, tidak melihat sesuatu yang menyebabkan kita menjaga tepi kain orang untuk mencari kesalahan orang lain, mengutuk orang lain untuk memenuhi kepuasan diri sendiri. Semua yang disebutkan tadi boleh membuatkan hati kita sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati. Hati kita akan menjadi biasa dengan perkara-perkara seperti ini dan tidak tahu memikirkan tentang perkara-perkara yang baik Nenek moyang kita membina perumpamaan ini daripada tangga buluh Tangga buluh adalah tangga yang dibuat daripada buluh hutan. Buluh –buluh ini dipotong kepada beberapa bahagian supaya cukup untuk kaki dipijak. Tangga buluh ini diikat pada pokok supaya memudahkan kerja-kerja memanjat pokok. Jika pokok yang hendak dipanjat adalah terlalu tinggi maka beberapa tangga akan diikat bersama untuk mencapai ke puncak pokok tersebut . Orang yang tinggal berdekatan dengan kawasan tanaman pokok kelapa laut yang digunakan untuk membuat gula kabung akan mengerti faedah yang diberikan oleh tangga ini. Tangga ini digunakan untuk mencapai puncak pokok kelapa laut bagi mengutip buahnya. Untuk membina tangga ini, ianya akan dipotong mengiku jarak lebih kurang satu kaki supaya dapat dipijak mengikut langkah apabila menggunakan tangga. Mata-mata ini tidak dirosakkan apabila buluh dipotong. Untuk tujuan ini batang buluh perlu kuat dan mempunyai mata yang kuat supaya boleh menyokong berat badan orang yang memijaknya. Apabila penduduk kampung memanjat kelapa laut, mereka akan menyandarkan tanngga buluh ini dengan pokok seterusnya memanjat pokok langkah demi langkah. Jika pokok spesis jantan, tangkai akan dipotong dan tukir akan digunakan untuk menahan cecair yang keluar untuk

33

dibuat gula kabung , jika ia merupakan spesis betina buah akan dipetik dan diproses untuk dibuat kuih. Nenek moyang kita mempunyai hati yang tertumpu kepada Dhamma, mereka menyedari mata buluh yang kuat adalah sangat penting dalam membuat tangga yang kukuh. Bertambah kukuhnya mata menjamin keselamatan dalam mendapatkan bahan mentah dari atas pokok seberapa banyak yang boleh. Begitu juga dengan mata kita ibarat seperti mata buluh sesuatu yang tidak perlu dilihat tidak patut dilihat. Jangan terlalu suka menjaga tepi kain orang, tidak mencari kesalahan orang lain, tidak membuat mata manja dengan sesiapa, sebab semuanya hanya akan mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri. Seseorang yang dapat mengawal mata sendiri akan dapat mengawal hati dan perasaan supaya sentiasa berhati-hati. Pemikiran juga akan sentiasa baik. Percakapan yang digunakan adalah berbentuk percakapan membina. Mereka yang dapat mengawal mata sebagaimana yang diajar oleh nenek moyang ini akan berupaya memandang sesuatu dalam aspek yang baik. Tidak memandang sesuatu dengan bertujuan mencari kesalahan orang lain yang boleh membawa masalah seterusnya. Jika kita sentiasa berhati-hati dalam mengawal mata, maka kita juga dapat mengawal perselisihan yang boleh berlaku disebabkan oleh mata. Hati kita akan menjadi tenang jika kita berupaya mengawal mata kita. Dengan itu mengawal hati melalui pengawalan mata kita dengan membuatkan mata kita ibarat mata buluh merupakan langkah meningkatkan taraf hati kita supaya indah. Merupakan mantera mencegah hati kita supaya tidak berlaku perceraian peringkat pertama. 3) Telinga seperti telinga kuali bermaksud memilih untuk mendengar perkara yang perlu dengar sahaja. Tidak mendengar perkara mengenai cerita kemusnahan orang lain atau cuba mendengar bahawa sesiapa sedang mengutuk orang lain atau jika terdapat sesiapa yang bercakap menyalahi orang lain, tidak mempercayai mereka dengan mudah. Perlu meneliti perkara yang berlaku dengan sewajarnya dan jika didapati topik yang sedang dicakapkan itu merupakan topik yang tidak berfaedah 34

perlulah menukar topik percakapan. Jika tidak dicegah dengan segera maka akan mendapat sikap buruk seperti suka menyalahi orang lain. Sikap seperti ini merupakan penghalang kepada perkembangan akhlak yang mulia seseorang. Nenek moyang kita tidak mahu kita menjadi orang yang bodoh dan tidak cerdik, tidak membuat sesuatu yang berfaedah, suka memasang telinga untuk mencari kesalahan orang lain. Jika ini berterusan maka tiada apa-apa kemajuan dalam hidup. Maka mereka mengajar kita melalui perumpamaan ‘’ telinga seperti telinga kuali tahu memilih untuk mendengar hanya perkara-perkara berfaedah yang boleh mempertingkatkan kemajuan hati Jika kita ke dapur kita akan dapat lihat dengan jelas bahawa peranan telinga kuali hanya untuk kuali digantung sahaja. Faedah pada telinga kuali ialah ia dapat menjalankan peranan yang sepatutnya. Telinga kita juga sama bukan digunakan untuk mendengar orang mengutuk orang. Kesusahan orang lain tidak membawa apa-apa kemajuan kepada kita. Telinga kita hanya perlu digunakan untuk perkara-perkara baik yang boleh membantu dalam perkembangan akhlak mulia dalam hati kita, barulah ini dikenali sebagai menggunakan telinga secara berfaedah. Dengan apabila kita mendengar sesuatu, perlulah diteliti dan memilih untuk mendengar sesuatu perkara itu. Jika didapati perkara yang kita dengari itu tidak mendatangkan faedah maka kita perlu menjadikan telinga kita seperti telinga kuali. Perkara yang tidak berfaedah tidak akan menggangu hati dan perasaan kita. Setengah orang dikutuk oleh orang lain, apabila terdengar yang ia sedang dikutuk lantas menjadi marah. Jika kita menjadikan telinga kita seperti telinga kuali maka perkara yang dikutuk itu akan menjadi perkara biasa seperti angin yang bertiup dan berlalu sahaja. Atau jika kita dimarahi orang lain dari belakang, maka apabila kita mengetahui nya kemudian kita tidak patut menjadikannya sebagai perkara yang mengganggu perasaan kita. Biarkan mereka berbuat begitu tetapi kita tidak menerima apa yang dikatakan itu. Nenek moyang kita mengajar kita lagi bahawa, jika kita dimarahi dan kita tidak marah jangan fikir yang kita sudah pandai, orang yang lebih pandai ialah orang yang apabila 35

dipuji tetapi tidak senyum, hanya bertenang dan meneliti kenapa kita dipuji, pujian mereka adalah benar atau tidak.Ini yang dimaksudkan dengan orang yang betul-betul pandai. Kebiasaannya apabila dipuji, kita akan tersenyum terutama sekali kaum wanita. Oleh itu orang yang pandai adalah orang tahu mmilih untuk mendengar perkara yang perlu didengar sahaja. Tidak mendengar dalam perkara yang tidak perlu didengar, barulah hati mereka menjadi tenang. Dengan itu orang yang tahu mengawal hati mereka supaya menjadikan telinga seperti telinga kuali akan mempunyai hati yang tenang bermaksud mereka dapat meningkatkan taraf hati mereka supaya meningkat lebih tinggi satu tahap lagi. Mantera ini menjadi pencegah kepada perceraian peringkat kedua. 4) Badan seperti kain buruk bermaksud berbuat baik secara bersungguh dengan penuh hati. Berbuat baik dengan menaruh jiwa raga dengan bersikap ikhlas dari segi perbuatan, percakapan dan juga hati, dengan tiada ego dan tidak menggunaka kemungkinan atau alasan-alasan tertentu dalam membuat kebaikan. Nenek moyang menggunakan perumpamaan kain buruk dalam hal ini kerana beliau mahu mengajar kita bahawa, apa jenis kerja yang kita lakukan, mesti merupakan kerja yang halal, apabila tahu yang kerja itu adalah kerja halal mesti membuat kerja itu dengan sepenuh pengetahuan kita, sepenuh kemampuan kita, dan juga sepenuh kebaikan yang ada. Tidak menjadi seorang yang berego, tidak takut akan kesusahan, menaruh separuh hati dan hidup dalam menghasilkan kerja yang terbaik Nenek moyang yang melatih diri secara bersungguh-sunggun dalam hal ini, apabila mereka menceritakan pengalaman mereka dalam berbuat kebaikan mereka akan menceritakannya dengan penuh kebanggaan. Sebagai contoh apabila beliau mengajar anak cuci mereka mengenai kejujuran beliau akan bercakap mengenainya dengan penuh yakin kerana mereka mengamalkan sikap sebegini seumur hidup mereka.

36

‘’Sejak dari kecil lagi jika nenek moyang terpaksa bekerja mencuci tong sampah sekalipun mereka sanggup kerana ia merupakan kerja yang halal (sudcharit). Tetapi jika hendak mencuri barangan orang lain, walau mati sekalipun tidak akan melakukannya. Akan menjadikan diri seperti kain buruk, sehingga ditindas sekalipun tidak dihiraukan hanya inginkan kerjaya yang halal. Kerjaya yang dilakukan dengan menipu orang lain tidak akan dilakukan sama sekali. Mencari nafkah bagi membiayai keluarga merupakan tugas yang berat. Setiap suap nasi yang dimakan perlu dutukarkan dengan wang yang dicari dengan pernah kesusahan. Orang yang melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dengan menumpukan sepenuh perhatian dalam kerjaya yang dilakukan akan berasa bangga dengan kerana boleh membiayai keluarga dengan titik peluh sendiri. Dengan itu mereka tidak akan berasa kesal dengan apa yang dilakukan. Walaupun kerja yang dilakukan dianggap rendah oleh orang lain tetapi ketenangan hati dalam melakukan kerja halal begini tidak langsung membuatkan ia berasa rendah diri dalam melakukan kerjayanya. Malah hanya akan berasa bangga dengan kerjaya yang dilakukan kerana merupakan kerja yang halal. Seperti kain buruk yang bersungguh dalam menjalankan tugas membersihkan kekotoran dengan tidak pernah mengadu, tidak berasa keji, tidak rasa berat sebelah. Orang yang berhati tenang dan menggunakan kejujuran sebagai panduan tidak mempunyai ego seperti ini akan menjadi orang yang dihormati oleh anak cucu walaupun kerjaya yang dilakukan adalah kerjaya yang rendah dan tidak bertaraf Oleh itu orang yang bersungguh dalam menjalankan kerjaya dengan penuh kejujuran membuat diri sendiri seperti kain buruk, hati akan sentiasa berkembang maju tidak mempunyai perasaan cemburu terhadap orang lain. Akhlak dalam hati akan meningkat manjadi orang yang lebih berakhlak mulia, menjadi contoh yang baik kepada anak cucu. Keluarga juga akan berasa bangga kerana mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kejujuran sebagai pegangan hidup. Dengan itu orang yang bersungguk dalam melakukan kebaikan, tidak mempunyai ego, melatih diri supaya tidak mempunyai alasan dalam membuat kebaikan seperti kain buruk pasti akan mempunyai ketenangan dalam hati. Pasangannya akan berasa bangga dengan perbuatan tersebut dan akan menjadi model dalam membuat kebaikan kepada anak cucu. Mantera ini merupakan faktor mencegah perceraian peringkat ketiga.

37

5) Hati seperti bumi bermaksud memjaga hati supaya teguh seperti bumi dalam membuat kebaikan dengan tidak beralasan dan tidak tergugat dengan halanganhalangan yang melanda. Nenek moyang kita memilih Dhamma ini kerana mereka menyedari bahawa hiduo kita walaupun berusaha membuat kebaikan dengan penuh kemampuan yang ada tetapi kadang kadang perlu berhadapan dengan masalah atau halangan sehingga kadang –kadang hampir putus asa, tetapi perlu bersabar dengan kata lain walaupun tidak dapat bersabar perlu juga bersabar Melalui kebenaran ini, tidakkira kita akan berhadapan dengan perkara yang menyenang hati atau tidak kita mesti melatih hati kita supaya bertenang tidak tergugat dengan ketidaktentuan hidup. Seperti bumi yang tidak tergugat dengan benda busuk atau wangi yang dicurahkan ke bumi. Buddha pernah bercakap dengan Pra Rahul dalam hal kepentingan menjaga ketenangan hati bahawa ‘’Bumi ini jika dicurahkan dengan minyak wangi , ditanya bahawa ia gembira atau tidak , tidak , malah tidak mengendahkannya, dicurahkan dengan benda busuk, ia bersedih atau tidak, tidak mengendahkannya ’’ ‘’Rahul awak perlu membuat hati awak macam itu , siapa buat apa kepada awak sekalipun, awak jangan mengambil hati, bersungguh-sungguh dalam bermeditasi dan awak akan dapat menghapuskan kilesa dengan cepat.

Ini bermaksud seberapa banyak masalah atau kesedihan yang kita hadapi maka kita mesti membuatkan hati kita menjadi tenang. Jika kita mempunyai hati yang tenang semua masalah tersebut tidak dapat menggugatkan hati kita. Dalam pada itu seberapa banyak kebahagiaan yang kita alami, kita juga perlu membuatkan hati kita menjadi tenang juga. Jangan terlalu bergembira dengan kebahagiaan tersebut nanti kita akan lupakan diri sehingga berfikiran yang kita adalah orang yang paling istimewa. 38

Dengan itu dalam suasana gembira atau bersedih kita perlu membuat hati kita menjadi tenang supaya dapat menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal diterima selepas kesedihan dan juga kegembiraan tersebut. Hati manusia pada kebiasaannya tidak seperti bumi tetapi seperti lilin yang dipanaskan api, sangat lembut, hati boleh berubah dengan mudah, Apabila berhadapan dengan kesedihan secara tidak disangka dan tidak bersedia menerimanya maka akan berputus asa dan mendatangkan kesedihan-kesedihan yang lain lagi. Kadang-kadang pula berkecil hati dengan nasib sendiri sehingga menghasilkan masalah kepada diri sendiri. Orang yang berada dalam situasi seperti ini, akan merakan yang semua perkara dalam dunia ini seperti tidak menjanjikan harapan yang baru kepadanya lagi. Seterusnya akan berasa tertekan sehingga ada yang jatuh sakit dan membuat tafsiran yang salah tentang kehidupan sehingga mengambil keputusan membubuh diri. Nenek moyang kita tidak ingin melihat kita berada dalam situasi yang mana kita berjalan buntu apabila berhadapan dengan ketidaktentuan hidup, maka mereka mempunyai perbagai cara dalam melatih kita supaya kita mempunyai hati supaya sentiasa bersedia dalam menghadapi dan menerima hakikat hidup. Sejak berzaman-zaman lagi perkara yang tentu dalam hidup ialah ketidaktentuan dalam hidup. Sesiapa yang tidak melatih hati terlebih dahulu, tidak berlatih melihat hakikat kehidupan tidak akan dapat menerima hakikat hidup apabila terpaksa kehilangan sesuatu yang disayangi secara tiba-tiba. Dengan itu kita perlu melatih menjadikan hati kita seperti bumi terlebih dahulu dengan sentiasa membuat penelitian tentang perkara-perkara yang berlaku dalam dunia ini terlebih dahulu. Perkara yang patut kita bersedia ialah jika sesuatu kekecewaan dihadapi secara tiba-tiba yang membawa kepada ketakutan dan kebimbangan, maka kita perlu memahami bahawa tiada sesuatu yang berkekekalan. Semuanya dilahirkan, bertapak dan musnah. Diri kita sendiri juga tidak dapat lari daripada hakikat ini.

39

Nenek moyang kita menunjukkan cara amalan dalam hidup bahawa orang yang boleh membuat hati supaya teguh seperti bumi haruslah faham perkara ini terlebih dahulu . Dunia kita ini terdapat kebahagiaan dan juga kekecewaan setiap masa hanya kedua-dua keadaan ini tidak tahu mana yang akan berlaku dahulu sahaja. Buddha pernah mengajar bahawa perkara yang membuatkan kita bergembira dan bersedih semuanya terdapat 8 perkara yang dikenali sebagai ‘’lokha-dhamma‘’ terbahagi kepada dua pihak. Pihak yang membuatkan ‘’hati bimbang’’ dan ‘’hati bergoyang’’ Hati bimbang ialah pemikiran hendakkan benda yang disayangi dan benda yang disukai terbahagi kepada 4 perkara berikut: 1) Rezeki (lab) ialah perkara mengenai mendapat faedah yang disukai seperti mendapat rumah, kereta, mendapat suami atau isteri, mendapat barangan kemas berharga dan sebagainya. 2) Pangkat (yod) ialah mendapat pangkat, kedudukan, kuasa, dapat menjadi orang besar 3) Pujian (sansern) ialah mendengar kata-kata pujian yang dirikan oleh orang lain 4) Suka ialah mendapat keselesaan tubuh badan dan keselesaan hati, mendapat kegembiraan dan juga hiburan. Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang kebanyakan orang suka. Jika tidak ada, mereka akan berusaha mendapatkannya. Apabila memilikinya mempunyai rasa sayang, cemburu dan tidak mahu melepaskannnya. Perasaan-perasaan sebegini dikenali sebagai ‘’hati bimbang’’ Hati goyang adalah pemikiran takut bahawa ia akan kehilangan sesuatu atau terpaksa berhadapan dengan sesuatu perkara yang tidak diingini. Terbahagi kepada 4 perkara 1) Kehilangan rezeki iaitu kehilangan faedah yang pernah diperolehi seperti kekurangan wang, kehilangan tempat tinggal, kehilangan anak tersayang isteri meninggal dunia. 2) Kehilangan pangkat iaitu kehilangan pangkat besar yang pernah dipegang 3) Diumpat iaitu ditegur tidakkira secara berhadapan atau dari belakang. 4) Duka iaitu mendapat kesengsaraan dari segi tubuh badan dan juga perasaan

40

Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang kita tidak senangi, tidak ingin berlaku keatas diri kita. Pada ketika perkara tersebut belum lagi berlaku hati berasa bimbang bahawa ia akan berlaku. Apabila berlaku, kita berdoa bahawa bila akan berakhir.Setelah ia pergi masih lagi bimbang yang ia akan kembali. Apabila hati manusia mempunyai faktor-faktor yang membuatkan hati bimbang dan hati goyang. Nenek moyang kita mengajar kita supaya menghadapi hakikat situasi kehidupan yang tidak menentu ini dengan melatih diri dalam bermeditasi supaya hati kita menjadi tenang tidak tergugat dengan Loka-Dhamma 8. Tujuan kita melatih diri supaya bermeditasi ialah supaya hati kita biasa dengan ketengangan dalaman. Apabila kita terpaksa berhadapan dengan kehilangan rezeki mesti bersusah payah hati kita tidak bergoyang. Mempunyai kesedaran untuk mempertahankan hati. Apabila kita terpaksa berhadapan dengan rezeki yang datang , mendapat pangkat, mendapat pujian dan bergembira, hati juga tidak bergoyang mempunyai kesedaran untuk menahan hati supaya tidak terpedaya dengan apa yang diperolehi. Orang yang melatih diri bermeditasi akan berkesedaran semasa dalam kegembiraan dan juga kesedihan.Bermeditasi dapat melatih hati kita supaya mempunyai hati yang teguh seperti bumi. Apabila hati tenang kita akan dapat memahami bahawa lokha-dhamma 8 yang berlaku itu adalah sesuatu yang tidak berkekalan, rezeki yana ada boleh berkurangan, pangkat yang ada bukan kepunyaan kita selamanya. Pujian, umpatan, suka dan duka semua orang harus menghadapinya. Akhirnya semua itu akan hilang menjaga perkara yang biasa mengikut undang-undang “trailakkh’’ Undang-undang ‘’trilakkh’’ ialah kebenaran yang menjadi sifat semulajadi setiap benda dalam dunia ini. Setiap benda dalam dunia ini mempunyai sifat semulajadinya tersendiri, emas mempunyai warna kuning berkilau, berlian mempunyai kekuatan, cermin mempunyai sifat jelas yang boleh memantulkan bayang, manusia pula mempunyai perasaan. Tidak kira benda hidup atau benda tidak hidup semuanya mempunyai 3 sifat yang sama seperti berikut. 41

1) Aniccatā

bermaksud ketidakkekalan tidak henti pada sesuatu tempat, sentiasa

berlaku perubahan sepanjang masa. Contohnya manusia kelmarin dan hari ini tidak sama, sentiasa berubah-rubah. 2) Dukkhatā bermaksud perkara berduka dalam konteks ini duka bukan hanya bermaksud bersedih dan menangis sahaja tetapi juga bermaksud sesuatu yang tidak dapat kekal dalam keadaan asal, mesti musnah sebagai perkara biasa. Ini kerana, ketidakkekalan menyebabkan perubahan sentiasa berlaku, kesudahan kepada perubahan ialah kemusnahan dan tidak lagi dapat kekal dalam keadaan asal lagi. Malah dunia yang kita hidup ini juga sentiasa mengalami perubahan. Suatu hari nanti dunia ini akan termusnah secara semulajadinya. 3) Anattatā bermaksud perkara yang tidak mejadi diri yang sebenar sesiapa. Tidak dapat mencari diri yang sebenar kepada sesuatu. Perkata berada diluar kawalan kita,.Kita tidak dapat mengawal proses menjadi tua, kesakitan dan juga kematian supaya tidak berlaku terhadap diri kita. Malahan diri kita yang kita katakan kepunyaan kita, apabila kita mengagihkan asas asas dalam badan kita akan dapati bahawa, badan kita terdiri daripada tulang, urat saraf, kulit organ-organ. Tidak dapat mencari dimana diri kita. Kita dapat melihat diri kita buat seketika sahaja apabila sampai masa kita akan musnah bukan merupakan diri yang kekal. selama-lamanya. Masyarakat dunia tidak dapat melihat ‘trilak’ yang terdapat para setiap benda dan terpedaya dengan apa yang dilihat, bersuka dan berduka mengikuti lokadhamma 8 perkara dan terpaksa hidup dalam kedukaan sepanjang masa. Tetapi Buddha dapat melihat keadaan ini dan juga tahu akan kebenaran ini seterusnya mengajar manusia melatih diri dalam bermeditasi atau membuat ‘pavana’ supaya hati menjadi tenang seperti bumi yang teguh. Buddha melihat dunia sehingga dapat melihat undang-undang ‘trilakkh ’iaitu tidak berkekalan, mesti berduka dan bukan merupakan diri yang sebenar berpunca daripada lokhadhamma 8. Setiap orang dikawal oleh undang-undang ‘trilakh’ . Perkara yang paling penting dalam hidup kita ialah kita harus melatih hati kita supaya tenang dan bersedia menghadapi ketidaktentuan dalam hidup yang sentiasa berlaku. Ini kerana apabila kita dapat 42

melatih hati kita sebegini, apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam hidup, kita akan berupaya menyesuaikan diri kita, mendapatkan kesedaran kita kembali dengan cepat. Seterusnya dapat meneruskan hidup dalam dunia sebenar. Semua orang tidak kira suami, isteri, anak cucu dikawal dibawah undang-undang ‘trilakh’

yang

mempunyai ketidaktentuan sebagai ketentuan seperti kita. Orang yang melihat kebenaran dalam hidup dan rajin melatih hati supaya berteguh dan tidak tergugat dengan lokadhamma ibarat seperti bumi yang tidak tergugat dengan benda yang busuk atau wangi yang ducurahkan ke atasnya. Orang seperti ini akan dapat mempertingkatkan sila dan dhamma dalam hati keperingkat yang lebih tinggi. Mantera ini merupakan pencehag kepada perceraian peringkat 4 Kesimpulan – untuk mendorong keluarga ke arah mencapai matlamat tetinggi keluarga iaitu kebahagiaan, setiap orang dalam keluarga perlu mempertingkatkan akhlak mulia dalam hati dengan menggunakan faktor-faktor berikut sebagai panduan.

1) Mesti boleh bergantung kepada diri sendiri 2) Mesti mempunyai panduan dalam memilih pasangan 3) Mesti ada kaunselor dalam memilih pasangan 4) Mesti tahu melatih hati supaya indah Kempat-empat perkara yang tersebut diatas merupakan panduan yang diberikan oleh nenek moyang kita dalam mempertingkatkan akhlak mulia dalam hati secara berperingkat. Apabila sudah mengambil keputusan untuk berkahwin terdapat pelbagai peranan dan tanggungjawab sedang menunggu. Sesetengah perkara walaupun tidak dapat bertahan mesti juga bertahan. Jika kita tidak dapat mempertingkatka taraf akhlak dalam hati kita maka adalah sukar untuk mendorong keluarga ke arah mencapai kebahagiaan. Jadi apabila hidup berkeluarga sudah sampai ke tahap beku, hidup berpasangan hanya perlu menggunakan kedua-dua panduan atau pegangan dalam hidup seperti berikut iaitu berusaha untuk terus bersabar dan melatih hati supaya menjadi tenang dengan segala perubahan yang berlaku . 43

Keluarga mana yang mengguanakan panduan yang telah diberikan oleh nenek moyang dalam menjalani hidup berumahtangga, maka akan dapat mengelakkan perselisihan faham daripada berlaku dalam keluarga tersebut . Setiap orang senantiasa mempertingkatkan akhlak dalam hati masing-masing. Masalah perceraian akan dapat dicegah sama sekali dari keluarga. Anak akan mempunyai tempat bergantung dan mempunyai contoh yang baik dari segi akhlak yang muliai. Keluarga akan bersatupadu. Kualiti hidup dari segi social dan ekonomi akan meningkat baik mengikut hati yang mulia. Jika setiap keluarga boleh melakukan semua ini maka akan menghasilkan rakyat yang berkualiti kepada Negara.

44

Bab 3

Cara Menjaga Keutuhan Cinta

Buku ‘Anugerah Hidup’ edisi Dhammadaya yang disusun oleh Y.M Bhikkhu Somchai Tanawuddho ada menyentuh tajuk ‘Cara untuk menjaga keutuhan cinta’ yang berdasarkan ajaran Buddha. Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh suami isteri.

Teknik untuk mengekalkan keutuhan cinta Hidup sebagai suami isteri boleh dikatakan perkara yang mudah, tetapi boleh juga dikatakan susah. Bayangkan jika ditanya bagaimanakah akan dapat mengekalkan keutuhan cinta antara suami isteri dan hidup mereka sentiasa hidup bahagia bersama. Jika ditanyakan kepada sepuluh orang, setiap orang akan memberikan jawapan yang berlainan. Ada yang beranggapan bahawa ia bergantung kepada nasib atau takdir. Ada pula yang berfikiran moden, mereka akan mementingkan soal kewangan untuk menjamin hidup perkahwinan.

45

Buddha memberi nasihat yang ringkas iaitu Sangaha: kemurahan hati yang diamalkan melalui prinsip Sańgahavatthu 4 yang terdiri daripada 4 ciri utama iaitu: 1) Dāna (Saling memberi) Jika saling mencintai, haruslah saling tolong menolong antara satu sama lain. Pendapatan yang diperolehi itu haruslah dikongsi bersama. Jika tidak dikongsi bersama, maka akan berlaku syak wasangka antara satu sama lain. Tanpa saling memberi, maka keadaan yang tidak menyenangkan akan wujud. Perkongsian tidak harus terhad kepada harta benda sahaja tetapi juga masalah yang dihadapi harus diharungi bersama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. 2) Percakapan yang sopan (Piyavācā) Seseorang itu haruslah berhati-hati dalam memberikan nasihat. Jika terlalu berterus terang mungkin akan menyakitkan hati dan menjatuhkan maruah pihak lain. Ini mungkin menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati. Oleh itu haruslah mengekalkan pertuturan yang baik dan sopan sepertimana yang dilakukan sebelum perkahwinan.

3) Saling membawakan kebaikan (Atthacariyā) Suami isteri boleh saling tolong menolong dalam menentukan baik buruk sesuatu perkara itu berdasarkan Dhamma yang pernah mereka pelajari. Mereka harus terus mendalami Dhamma dan mempraktikkannya. Biasanya, apabila suami isteri bergaduh, mereka biasanya akan cuba untuk meyalahkan pihak lain. Tetapi, sebenarnya mereka sama-sama bersalah kerana tidak cuba untuk mengelakkan sesuatu konflik itu. 4) Peranan yang betul (Samānattatā) Si suami haruslah menjadi bapa yang baik, manakala isteri pula harus menjadi ibu yang baik. Setiap daripada mereka harus sedar akan tanggungjawab mereka masing-masing di luar mahupun di dalam rumah. Hanya dengan bertapa akan dapat membantu seseorang itu mencapai matlamat dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik. Mereka yang bertapa sehingga mempunyai pemikiran yang jelas akan tahu cara untuk membawa diri. Mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh gejala luar.

46

Secara kesimpulannya, dalam mempraktikkan Empat Ciri Sańgahavatthu 4 ini, adalah sama seperti mempraktikan Tiga Dasar Perlakuan Baik (Kebajikan) iaitu: Memberi – perkongsian, Mematuhi Hukum Sila – untuk memperbaiki moral seseorang itu dari segi kata dan tingkah laku, Meditasi – memberikan pemikiran yang jelas, memberikan kepintaran, kepintaran akan membawa kepada tingkah laku yang sewajarnya.

Tanggungjawab Suami dan Isteri Untuk menjaga keutuhan cinta antara suami isteri, pasangan suami isteri itu harus tahu tanggungjawab mereka masing-masing. Tanggungjawab mereka adalah berdasarkan empat ciri Sańgahavatthu 4. 1. Lima Tanggungjawab Suami kepada isterinya 1.1 Penghargaan. Seseorang suami itu harus memberi penghormatan kepada isterinya yang sah secara terbuka, tidak seharusnya menyimpannya seperti isteri simpanan. Jika isteri sudah melakukan sesuatu yang baik, haruslah diberikan kepujian. Sebaliknya jika isteri sudah melakukan sesuatu yang salah, dia harus menegurnya tetapi bukan secara terbuka di khalayak ramai atau di depan ahli keluarga yang lain. Ini akan mengugat statusnya dalam pandangan orang lain. Suami harus membenarkannya mempunyai masa peribadi dan berdikari supaya dia juga mempunyai masa untuk aktiviti sosial sendiri atau mempunyai masa untuk sanak saudaranya sendiri. 1.2 Tidak memandang rendah Seseorang suami tidak harus menganggap isterinya berstatus rendah daripadanya. Dia tidak harus memandang rendah isterinya berdasarkan status keluarga, kekayaan atau kecerdikan. Seseorang suami itu tidak harus membuat keputusan yang melibatkan keluarga tanpa mendapat pandangan isterinya. Suami juga tidak boleh bertindak kasar secara fizikal atau emosi terhadap isterinya. 1.3 Ketaatan kepada isteri Seseorang suami itu tidak harus mempunyai hubungan dengan wanita lain untuk dijadikan isteri simpanan. Ini merupakan penghinaan terhadap isterinya. Ia adalah merupakan maruah setiap wanita untuk mendapat kesetiaan suaminya. 1.4 Kuasa

47

Suami harus memberi kuasa untuk isteri membuat keputusan tentang hal dalam keluarga, Contohnya hal dapur. Jika ada sesuatu yang isterinya tidak dapat melakukannya dengan sendiri, suami hendaklah menghulurkan pertolongan. 1.5 Aksesori Setiap wanita itu mementingkan penampilan diri dan gemar menghiaskan diri. Sekiranya mereka sedang berada dalam kemarahan, tetapi jika mendapat barang hiasan diri yang disukainya, kemarahannya boleh hilang dengan serta-merta. Oleh itu, kadang-kala, suami perlu memberikan sedikit kelonggaran kepada mereka dalam hal ini. 2. Lima tanggungjawab isteri kepada suami

2.1 Hal rumahtangga Isteri haruslah pandai mengemas rumah, memasak dan menjaga kebersihan di rumah. 2.2 Menjaga kebajikan saudara-mara suaminya Isteri harus memberi bantuan kepada saudara sebelah suaminya dan bersopan dalam pertuturan dengan mereka. 2.3 Ketaatan kepada suami Isteri seharusnya sentiasa taat kepada suaminya. 2.4 Menjaga atau melindungi harta keluarga Isteri harus berjimat cermat tetapi tidak kedekut. Harus tahu berbelanja secara cerdik. 2.5 Rajin Isteri harus rajin dalam menjaga rumahtangga. Tidak makan, tidur dan bersuka ria sahaja. Dalam perkahwinan traditional Thai, semasa ahli keluarga dan sahabat handai merenjiskan air di tapak tangan, terdapat galungan yang bersambungan di atas kepala pengantin perempuan dan lelaki yang menandakan penyatuan mereka untuk selama-lamanya. Tetapi ini tidak menjamin keharmonian perkahwinan itu. Dengan adanya Dhamma, ini bagaikan terdapat ikatan antara suami isteri itu sehingga akhir hayat. Tidak kira apa perwatakan pasangan kita itu, kita tidak harus mengabaikan Dhamma. Kadangkala si suami atau isteri mungkin tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Tetapi cara terbaik untuk menyelesaikan konflik antara dua orang adalah dengan terus membuat

48

baik, saling mengambil berat antara satu sama lain dan mengekalkan keperibadian diri yang baik. Dengan ini, keadaan akan menjadi lebih baik.

49

Bab 4

Seorang Isteri Yang Berbudi Luhur

Agama Buddha mengandungi ajaran yang memberi pedoman untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian keluarga dan telah digunakan sebagai rujukan sejak beribu tahun lamanya. Banyak teori moden tentang kedinamikan keluarga boleh diperolehi daripada kitab ajaran Buddha. Boleh dikatakan bahawa dalam teks ajaran Buddha, soal kedinamikan keluarga disentuh dengan lebih teliti daripada teori moden yang ada pada masa sekarang. Petua yang terkandung dalam ‘Sepuluh Cadangan Daripada Seorang Bapa Kepada Anak Perempuannya Pada Hari Perkahwinan’ menjadikan anak perempuannya orang penting dalam keluarga suaminya itu. Suaminya, ibubapa dan sanak saudara suaminya memberinya kasih sayang dan penghormatan dengan sepenuh hati. Dia menjadi terkenal dan dipuji sebagai Ibu Yang Berbudi Luhur. Siapakah Puteri Visakha?

50

Visakha, adalah seorang Maha Upasika yang memainkan peranan yang sangat penting dalam agama Buddha. Beliau bertanggungjawab dalam pembinaan Wat Buppharam, salah sebuah pusat yang membantu dalam pengembangan agama Buddha ke seluruh India dalam zaman kewujudan Buddha. Kuil ini dibina di sebuah bandar yang bernama Savathi, di Negeri Kosol. Perbelanjaan yang besar digunakan dalam pembinaan tempat menginap dua tingkat yang terdiri daripada 1,000 buah bilik untuk para sami (bhikkhu). Di samping itu, beliau merupakan orang pertama yang meminta kebenaran Buddha untuk menyembahkan jubah kepada para sami untuk digunakan dalam musim hujan (masa vassa). Tradisi penyembahan jubah ini telah dipraktikan sehingga ke hari ini. Visakha dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berada dalam Negeri Magadha, negeri yang terbesar pada masa itu. Bapanya bernama Tanachai. Pada suatu kala, Negeri Kosol mengalami krisis ekonomi, lalu Raja Pasantikosol (dari Negeri Kosol) membuat permintaan peribadi kepada Raja Pimpisan (dari Negeri Magadha) untuk melantik Tanachai sebagai Menteri Kewangan di Negerinya. Raja Pimpisan memberi kebenaran, oleh itu Tanachai berpindah dari Magadha ke Kosol. Dalam pemindahan ini, beliau telah membawa bersama anak perempuannya iaitu Visakha. Apabila mereka tiba di Magadha, lebih kurang 112 kilometers daripada ibu negara Kosol, Tanachai meminta kebenaran daripada Raja Pasantikosol dengan berkata, “Pekan ini adalah kecil tetapi saya mempunyai ramai pengiring yang datang bersama. Adalah sukar untuk saya menetap di dalam pekan ini. Saya ingin meminta kebenaran untuk membina sebuah pekan baru di bahagian lain Bandar ini.” Raja memberi kebenaran kepadanya dan Tanachai pun membina pekan baru yang dinamakan Sakethu. Nama pekan ini masih wujud di India sehingga ke hari ini. Puteri Visakha juga mempunyai seorang datuk yang bernama Menataka. Beliau merupakan orang yang terkaya di Magadha. Keluarganya memainkan peranan yang sangat penting dalam ekonomi kedua-dua negeri tu pada zaman kewujudan Buddha.

51

Sepuluh Cadangan Daripada Seorang Bapa Kepada Anak Perempuannya Pada Hari Perkahwinan Apabila Puteri Visakha telah mencapai umur untuk berkahwin, beliau dijodohkan dengan anak lelaki daripada keluarga lain di Negeri Kosol. Bapanya memberikan nasihat seperti berikut: 1)

Jangan membiarkan api dalaman merebak menjadi api luaran. Jangan menceritakan masalah dalam sesebuah keluarga itu kepada orang luar.

2)

Jangan membawa api luaran masuk ke dalam Jangan membawa masalah di luar rumah balik ke rumah.

3)

Memberi kepada mereka yang memberi kepada kita Jika kita mampu membantu mereka yang memerlukan bantuan, kita harus menghulurkan bantuan itu. Jika mereka mampu, kita juga mungkin memerlukan bantuan mereka.

4)

Jangan memberi orang yang tidak memberi kepada kita Jika mereka mengambil kesempatan ke atas diri kita, atau enggan membantu kita apabila kita memerlukan bantuan mereka, maka kita tidak perlu menolong mereka lagi pada masa akan datang. Kita juga jangan mengharapkan pertolongan daripada mereka.

5)

Tidak kira mereka itu bermurah hati atau tidak, kita harus membantu mereka. Jika sanak saudara kita ditimpa kesusahan dan meminta pertolongan kita, kita harus menolong mereka walaupun mereka mungkin tidak membalas budi kita pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, mereka tetap saudara kita.

6)

Harus sentiasa memastikan supaya makanan adalah mencukupi. Seseorang itu haruslah memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga itu adalah baik. Ini juga harus dipraktikan terhadap saudara-mara kita.

7)

Harus mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Ini bermaksud seseorang itu harus tahu dan menunjukkan penghormatan mengikut tahap masing-masing. Sebagai contoh, ia adalah tidak sesuai untuk duduk di tempat yang lebih tinggi daripada mertua. Dengan menunjukkan penghormatan yang sepatutnya, ini akan membolehkan semua berasa senang dan bahagia makan bersama di meja makan.

8)

Mencari tempat yang sesuai untuk tidur.

52

Seseorang itu harus memastikan setiap orang dalam keluarga mempunyai tempat tidur yang sesuai. Isteri harus bangun paling awal dalam suatu keluarga itu dan masuk rehat sebagai orang terakhir. Dia harus memastikan semua kerjanya telah siap diselesaikan supaya dapat tidur dengan lena. 9)

Hendaklah memberi penghormatan kepada api dalaman. Kemarahan mertua atau suami boleh bagaikan api yang menyarak. Apabila mereka menjerit dan memarahi kita dengan kuat, hendaklah tenang dan jangan membalas balik. Dalam keadaan seperti ini, kata-kata yang berunsurkan kemarahan akan menjadikan keadaan lebih tegang. Ia adalah lebih baik untuk menunggu sehingga keadaan menjadi tenang semula sebelum memberi penjelasan dengan lemah lembut.

10)

Menyembah dewa. Apabila si suami atau saudara melakukan sesuatu yang baik, haruslah memberi kepujian kepada mereka supaya mereka mendapat sokongan untuk terus mengekalkan sifat baik mereka itu.

Puteri Visakha mempraktikkan sepuluh cadangan yang diberi oleh bapanya dan berjaya memenangi hati suaminya, mertuanya dan pengiringnya. Ia menjadi tradisi untuk seseorang bakal isteri untuk mempelajarinya sehingga ke hari ini. Keluarga yang mempunyai isteri atau ipar yang mempraktikan sepuluh cadangan ini akan diibaratkan mempunyai ‘Ibu Yang Berbudi Luhur Dalam Rumah’. Kita haruslah menolong meringgankan beban tanggungjawabnya dan menjaganya dengan baik untuk kesejahteraan dan keluarga pada masa akan datang.

53

Bab 5

Kelahiran Seseorang Yang Banyak Berbuat Baik

Setiap orang akan berasa gembira apabila bilangan ahli keluarga bertambah. Ada keluarga yang menyambut kelahiran baru itu dengan menjemput sami untuk menerima sanghadana di rumahnya selama tujuh hari berturut-turut. Ada juga yang menyambut kelahiran baru itu dengan kemabukkan selama tujuh hari, tujuh malam. Kegembiraan dalam menyambut kelahiran baru adalah reaksi semulajadi manusia, tetapi ia juga merupakan peluang yang penting untuk kita menanya diri kita bahawa “kita semua dilahirkan sebagai manusia, apakah yang membezakan setiap manusia itu?’ Kita dilahirkan ke dunia yang sama tetapi kita tidak tahu bagaimana kita datang ke dunia ini. Kita tidak tahu di mana letaknya planet kita dalam alam ini. Kita juga tidak tahu di mana kita akan pergi selepas meninggalkan dunia ini. Tidak kira kita berpusing ke arah mana, sememangnya terdapat banyak kesangsian wujud. Kita tertanya bahawa mengapa ada yang

54

perlu meninggalkan dunia sejak mereka berada dalam rahim ibu lagi manakala ada pula yang dapat dilahirkan untuk melihat dunia ini. Mengapa ada yang dilahirkan sihat, manakala ada yang dilahirkan dengan kecacatan? Mengapa sesetengah orang dilahirkan kaya, ada pula yang dilahirkan miskin sehinggakan susu ibu juga tidak dapat minum? Mengapa ada yang dilahirkan dalam keluarga yang berstatus, manakala ada yang tidak? Mengapa dua orang yang dilahirkan dalam keluarga yang sama, mempunyai kerja yang sama, berfikiran yang sama, tetapi seorang itu miskin manakala seorang lagi menjadi sangat kaya? Dan, soalan yang paling membinggungkan adalah, mengapa kita dilahirkan sebagai manusia manakala yang lain dilahirkan sebagai binatang? Semua keadaan sosial dan perbezaan fizikal yang tersebut di atas dianggap normal sehinggakan kadang kala kita tidak pernah memikirkan persoalan ini. Walau bagaimanapun jika kita memikirkannya dengan teliti, kita akan mendapati bahawa sebenarnya terdapat sebabsebab tertentu. Hanyalah kita tidak tahu bagaimana mencari jawapan untuknya. Jika kita tidak tahu apa-apa tentang ajaran Buddha, kita tidak akan tahu jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Ajaran Buddha membolehkan kita mengetahui sebab perbezaan yang dibincangkan tadi dan membolehkan kita memahami hukum yang menaungi dunia ini iaitu Hukum Kamma. Perbezaan dalam hidup antara setiap manusia adalah bergantung kepada kamma seseorang individu itu. Setiap daripada kita dilahirkan sebagai manusia, tetapi berbeza dari segi kebahagiaan dan kedukaan yang bakal ditanggungi oleh orang itu. Ini membuktikan bahawa wujudnya Hukum Kamma dan apa yang dihadapi dalam masa ini adalah hasil perlakuan kita dalam hidup yang lepas. Seorang sami pernah membincangkan tentang Kamma: “Perkataan Kamma membawa maksud perlakuan atau tindakan (tidak spesifik kepada baik atau buruk). Setiap tindakan itu membawa kepada suatu kesan. Sebagai contoh, mengapakah kita berasa kenyang? Ini adalah kerana kita sudah makan secukupnya. Jika kita tidak makan, maka kita akan berasa lapar. Dalam fizik, terdapat hukum momentum yang menyatakan bahawa setiap tindakan itu akan ada tindakan balas yang sama. Issac Newton telah menemuinya dan menamakannya sebagai Hukum Gerakan Ketiga. Dari segi Dhamma pula, setiap tindakan atau perlakuan itu akan membawa kesan kepada diri kita. 55

Ahli sains menjumpai hukum fizik dunia dan dunia mula menerimanya kira-kira 300 tahun dahulu. Tetapi untuk Buddha pula, beliau telah menjumpai Hukum Kamma dan mengajarnya kepada dunia kira-kira 2500 tahun dahulu. Tambahan pula, apa yang ditemui oleh beliau adalah lebih mendalam dan bermakna. Dengan mengambil contoh pengguguran anak. Jika tidak melihat hal ini secara teliti, kita akan berpendapat bahawa bayi yang digugurkan itu tidak mempunyai pilihan dalam hal ini. Kita akan menganggap bahawa ini adalah kesalahan ibu bapa yang tidak mahu akan bayi itu dengan membuat pilihan untuk menggugurkan bayi. Buddha mengajar kita supaya jangan meneliti sesuatu itu setakat permukaan sahaja. Beliau mengajar kita untuk menelitinya secara lebih mendalam dan bertanya soalan. Jika terdapat begitu ramai ibubapa di dunia ini, mengapakah bayi tidak memilih untuk dilahirkan dalam keluarga lain, tetapi memilih untuk dilahirkan dalam rahim wanita yang akan mengugurkannya? Sebabnya adalah, bayi yang belum dilahir itu mempunyai kamma membunuh binatang dalam hidup yang lepas. Apabila tiba masa untuknya dilahirkan semula, ia pun berada di dalam rahim ibu yang suka membunuh binatang. Ibu dan bayi itu perlulah mempunyai kamma yang hampir setara, supaya bayi itu boleh berada dalam rahimnya. Sebaik sahaja bayi itu berada dalam rahim ibu, ibu akan mula rasa hendak muntah dan mempunyai kemahuan untuk membunuh haiwan. Atau ibu itu ingin menjamu darah segar untuk mengurangkan rasa muntah-muntah. Ada juga kes yang lebih teruk lagi iaitu, apabila ibu itu mengalami keadaan muntahmuntah, dia ingin menggugurkan anak itu dengan serta-merta. Ini adalah kesan kamma yang serius. Kesan daripada setiap tindakan itu adalah lebih kompleks daripada apa yang kita dapat lihat. Sebagai contoh, jika terdapat banyak kelahiran orang yang mempunyai kamma membunuh, ini akan menyebabkan wujudnya sekumpulan besar orang yang mempunyai kamma membunuh yang sama dan kerajaan yang mentadbir akan meluluskan undang-undang untuk membenarkan pengguguran anak. Apabila anak yang pernah banyak berbuat baik berada dalam rahim ibu, adakah ia akan membawa apa-apa kesan kepada ibu itu? Buddha menerangkan bahawa apabila seseorang yang banyak berbuat baik berada dalam rahim ibunya, kesan daripada kamma baiknya itu akan membawa kesejahteraan kepada keluarga. Ibu itu akan menanti ketibaan bayinya dan akan membuat banyak dana serta mengharapkan anak yang baik dilahirkan. Apabila seseorang daripada alam syurga dilahirkan semula sebagai manusia, dia akan cuba memilih ibu yang terbaik dan berhati besar. Sebaik sahaja dia berada dalam rahim ibu dia akan membawa tuah kepada ibu dan dirinya. 56

Perbuatan baiknya yang lepas memberi kesan yang penting. Jika ibunya mengalami muntah-muntah, dia tidak akan dapat pulih tanpa memberi dana. Setelah membuat dana, rasa muntah-muntah itu akan hilang dengan serta-merta. Ini menunjukkan bahawa anak yang bakal dilahirkan itu sentiasa memberi dana dalam hidup yang lepas. Kehadiran bayi itu mempengaruhi ibunya untuk memberi dana. Untuk mereka yang suka bermeditasi pula, ibunya perlu bermeditasi supaya anak itu gembira berada dalam rahimnya dan menghilangkan rasa muntah. Keadaan sosial dan fizikal seseorang itu berbeza antara satu sama lain adalah disebabkan oleh tindakan atau kamma yang lepas. Kita tidak boleh mengubah apa yang telah kita lakukan pada masa yang lepas, tetapi kita boleh merancang masa hadapan kita itu. Buddha mengajar kita supaya jangan melakukan sebarang kamma buruk atau apa-apa kejahatan. Kamma buruk yang kita lakukan pada masa sekarang akan terkumpul dan membawa balasan buruk kepada kita pada masa akan datang. Oleh itu haruslah hindar daripada melakukan sebarang kejahatan walaupun ia hanyalah kejahatan yang tidak seberapa. Dalam ajaran utama Buddha, menegaskan supaya jangan sekali-kali melakukan apaapa kejahatan dan hendaklah melakukan sesuatu yang baik sahaja. Sentiasa menjadikan minda kita suci iaitu jelas dan bersinar. Jika kita melakukan banyak kebaikan, kita akan mendapat banyak kesan baik daripada kamma baik itu dan hidup kita akan menjadi bahagia. Kadang-kala kesan baik itu boleh diperolehi dalam hidup ini juga, dan sebahagian lagi akan membawa kebahagiaan dan kesan baik kepada kita dalam hidup yang akan datang. Oleh kerana kita telah dilahirkan ke dunia ini, kita haruslah bersabar dan berusaha untuk mengharungi setiap rintangan yang bakal kita tempuhi. Hendaklah menumpukan perhatian untuk melakukan sesuatu yang baik dan jagan dipengaruhi oleh pemikiran jahat. Teknik untuk mengekalkan minda yang kuat adalah dengan banyak bermeditasi. Lebih banyak kita bermeditasi, minda kita akan menjadi lebih kuat dan dapat melakukan segala kebaikan dengan mudah. Apabila kita melihat dunia ini dan memahami kesan kamma, kita akan gigih untuk menjalankan hidup yang benar. Kesan kamma adalah sesuatu yang benar dan ia akan membawa kesan kepada kita. Jika kita melakukan sesuatu yang baik, ia akan membawa kesan yang baik, manakala jika kita melakukan kejahatan, kita sudah tentu akan mendapat kesan yang buruk. Ajaran Buddha adalah benar dan ia telah dikaji beribu tahun lamanya. Perhatikan manusia yang bereza-beza dilahirkan ke dunia ini. Setiap manusia itu dilahirkan ke dalam keluarga yang mempunyai keadaan hidup yang berlainan dan ini menjadi bukti yang baik untuk

57

menjelaskan Hukum Kamma adalah benar. Oleh itu, kita haruslah sentiasa melakukan perkara yang baik atau melakukan banyak kebajikan. Buddha mengajar bahawa: 1) Hidup ini tidak selesai begitu sahaja selepas kita meninggalkan dunia ini. 2) Jika kita melakukan banyak kebaikan (kebajikan) kita akan ke syurga selepas meninggalkan dunia ini. 3) Jika kita melakukan banyak kejahatan, kita akan ke neraka selepas meninggalkan dunia ini. 4) Apabila semua nafsu diri (kilesa) dapat dipadam daripada diri kita, maka kita akan dapat balik ke Nirvana. Oleh kerana kita masih berada dalam rantai hidup, lahir dan mati, maka kita harus sentiasa mengelak daripada melakukan kejahatan, hanya melakukan kebaikan (kebajikan) sahaja. Kita hendaklah sentiasa mempunyai minda yang suci dalam hidup ini. Kebaikan yang kita lakukan akan membolehkan kita dilahirkan sihat dan sempurna dari segi fizikal, mempunyai harta kekayaan dan cerdik. Tambahan pula, kita akan dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sahsiah yang tinggi. Ini akan memberi peluang kepada kita untuk berjaya pada masa sekarang dan hidup akan datang sehinggalah kita dapat bebas daripada kilesa (nafsu hidup). Dalam masa yang sama, jika ibu bapa ingin melahirkan anak yang baik, mereka hendaklah sentiasa melakukan perkara baik (kebajikan), membaca parrita dan bermeditasi supaya mempunyai minda yang jelas. Ibu bapa yang banyak melakukan perkara baik (kebajikan) akan mendapat anak yang baik dan membawa kebahagiaan kepada keluarga.

58

Bab 6

Mengajarkan Anak Sejak Di Dalam Rahim

Setiap ibubapa inginkan anak mereka dilahirkan sihat dan baik. Walau bagaimanapun, ramai ibubapa tidak sedar bahawa untuk untuk mendapat anak yang baik mereka sendiri harus berkelakuan baik dan hendaklah mempunyai persediaan untuk menjadi ibubapa sejak mereka belum lagi berkahwin. Mereka tidak seharusnya menunggu sehingga sudah beranak. Ini kerana jika tidak bersedia, adalah sukar untuk mereka menjadi teladan yang kepada anakanak dan adalah sukar untuk anak-anak itu menjadi baik seperti yang diharapkan. Oleh itu subjek ‘Menerapkan sifat baik kepada bayi dalam rahim’ akan diperkenalkan di sini. Mengikut ajaran Buddha, penerapan sifat yang baik kepada bayi haruslah dilakukan sejak bayi berada dalam rahim ibu. Untuk melahirkan seseorang manusia itu, bukan sahaja memerlukan sperma daripada bapa dan ovum daripada ibu, tetapi juga kewujudan jiwa bayi itu dalam rahim. Kewujudan seseorang bayi itu dalam rahim juga perlu memenuhi syarat bahawa kamma (tidak kira baik 59

atau jahat) yang dimiliki oleh bayi itu haruslah setara dengan ibubapanya semasa persenyawaan. Oleh itu, jika pasangan ibubapa itu adalah sihat, bermoral dan baik hati, maka anak yang bakal dilahirkan itu mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat anak yang baik di dalam rahimnya. Pengajaran kepada bayi boleh dimulakan sejak anak berada dalam rahim lagi. Ia memerlukan pasangan ibubapa itu mengekalkan kejujuran pada diri, percakapan dan minda. Ibubapa harus hindar daripada membuat sebarang kejahatan iaitu harus bermoral dan mematuhi hokum Sila 5 dengan teliti untuk menunggu kelahiran anak itu ke dunia ini. Setiap mereka yang baru menjadi ibu bapa harus melatih diri sejak mereka belum berkahwin lagi. Sebaik sahaja isteri mula hamil, mereka harus berusaha menjaga fetusnya itu. Mereka harus berhati-hati terhadap setiap tindakan mereka itu, tidak kira cara berjalan, pergerakan, pemakanan (terutamanya makanana yang pedas), pengambilan alkohol, pengambilan ubat atau emosi terutamanya apabila marah. Mereka harus berhati-hati dalam semua hal ini kerana ia boleh mempengaruhi sifat bayi itu. Kaum Cina amat memahami hal ini. Mereka juga mempunyai cerita tentang ‘Pengajaran Kepada Anak Yang Bakal Lahir’ yang telah diceritakan secara turun temurun sejak zaman dahulu lagi. Semasa musim “Ching Ming” (hari melawat kubur nenek moyang), terdapat dua adik beradik perempuan yang berada dalam perjalanan untuk melawat kubur moyang keluarganya, mereka terjumpa satu beg yang mengandungi banyak wang di tepi jalan. Adik perempuan itu pun mengatakan kepada kakaknya bahawa: “Kak, kita amat bernasib baik. Saya rasa ini merupaka rezeki kita”. Kakaknya pun menjawab bahawa, “Kita tidak boleh menyimpan beg wang ini.” Adiknya berasa hairan lalu bertanya, “mengapa pula tidak boleh?” Kakaknya pun menjawab bahawa, “Dalam jangka masa selama tiga bulan yang kakak hamil ini, kakak mengajar anak dalam rahim untuk melakukan perkara yang baik sahaja. Mengajar anak ini supaya jangan mengambil barang yang bukan kepunyaan sendiri. Oleh itu kita harus menunggu di sini sekejap, supaya tuan punya bag ini dapat mengambil balik begnya. Dalam masa yang sama itu, terdapat seorang perempuan lalu di hadapan dua orang adik-beradik ini dan bertanya sama ada mereka menjumpai bag yang mengandungi wang. Adiknya pun berkata yang beg wang itu berada dengannya. Perempuan itu pun berkata dengan mata terbeliak bahawa wang itu adalah kepunyaannya yang bakal digunakan 60

unit membeli alkohol untuk ibunya. Kakaknya pun bertanya bahawa bila beg wang itu hilang. Perempuan itu enggan menjawab. Dalam masa yang sama, terdapat seorang perempuan lagi yang datang ke arah mereka dengan tangisan dan bertanya kepada mereka sengan suara yang mengeletar sama ada mereka menjumpai beg wang di kawasan itu. Dia telah lalu di kawasan itu untuk pergi membeli barang untuk di tanam bersama mayat ibunya yang baru meninggal. Beg wangnya sudah terjatuh tanpa disedarinya. Apabila perempuan pertama mendengar cerita perempuan yang kedua ini, dia pun mengundur diri dengan serta-merta. Dua beradik itu pun memulangkan beg wang itu kepada perempuan kedua itu yang merupakan tuan punya beg wang yang sebenar. Perempuan itu amat terharu dan berterima kasih terhadap dua adik-beradik itu. Semasa dua beradik itu meneruskan perjalanan mereka, si adik pun memuji kakaknya yang mampu menyelesaikan masalah tadi dengan baik. Dia ingatkan kakaknya akan memberikan beg wang itu kepada sesiapa sahaja yang mengaku sebagai tuan punya beg itu. Si kakak pun berkata, “Jika hendak menolong seseorang, kita haruslah menolong sehingga ke akhirnya. Tidak kira apa yang berlaku, kita tidak harus menyusahkan seseorang itu. Apabila kita mula menolong orang, kita harus menolongnya sehingga selesai. Jika kakak memberikan beg wang dengan sewenang-wenangnya kepada perempuan pertama yang tamak itu, bukankah lebih baik untuk kakak menyimpan beg wang itu? Tetapi apabila kita sudah mengutipnya kita harus memulangkannya kepada tuan punya yang sebenarnya. Kakak ingin anak yang bakal kakak lahirkan ini boleh menjadi anak yang baik, oleh itu kakak mengajarnya sejak dia berada dalam rahim lagi” Adiknya pun mengangguk bersetuju. Cerita ini adalah untuk menjadi teladan kepada orang ramai bahawa pengajaran anak haruslah bermula sejak mereka berada dalam rahim lagi. Jika ibu itu sedar bahawa dirinya hamil, tetapi terus minum minuman beralkohol dan merokok, suaminya pula sering membuatnya berfikiran negatif, menggunakan kata-kata yang tidak baik dan melakukan banyak kejahatan, maka anak yang bakal itu akan membiasakan diri dalam melakukan perkara yang tidak baik sejak berada dalam rahim lagi. Sifat ibubapa yang sebegini mungkin boleh membawa kepada kelahiran anak yang tidak sempurna atau mempunyai kekurangan. Tetapi jika ibubapa, cuba membiasakan diri mereka untuk melakukan perkara yang baik, maka anak yang bakal dilakukan itu sudah tentu akan menjadi orang yang baik.

61

Oleh itu, ibubapa haruslah mendidik anak mereka sejak mereka berada dalam rahim lagi. Ini akan dapat membantu menjamin anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi orang yang baik hingga ke akhir hayatnya.

62

BAHAGIAN 2

CARA-CARA MEMBESARKAN ANAKANAK MENJADI ORANG BAIK

63

Bab 7

Cara-cara Mendidik Anak-anak Menjadi Bijak dan Baik

Dalam dunia yang serba canggih ibarat dunia tanpa sempadan kini sebarang perubahan di seluruh dunia cukup cepat memberi kesan kepada masyarakat dan ekonomi semasa kita. Kekuatan sesebuah keluarga adalah amat penting dalam menghadapi situasi ini, ianya bergantung kepada pengetahuan, keupayaan dan kebaikan yang dimiliki ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi orang yang baik dan bijak.

64

Tanggungjawab mendidik anak menjadi seorang yang bijak dan baik tidak harus dipandang ringan (remeh) kerana anak yang berjaya didunia ini semestinya memiliki kebaikan dan kebijaksanaan dalam diri barulah boleh sempurana. Sesetengah keluarga mempunyai anak yang bijak, tetapi kerana ibu bapa tidak tahu mendidik anak itu, akhirnya anak menjadi seorang yang bermasalah tanpa diketahui apakah punca sebenarnya.

Empat Kategori Keluarga Terdapat dua perkara utama untuk menjadi panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak supaya menjadi anak yang bijak dan baik, iaitu:i)

Pengetahuan dalam mendidik anak untuk menjadi anak yang bijak dan baik.

ii)

Masa yang sesuai untuk mendidik, mengajar dan melatih anak-anak.

Disebabkan oleh ibu bapa yang tidak faham dan gagal memberi perhatian terhadap dua perkara tersebut di atas wujudnya 4 jenis keluarga, iaitu: Jenis Pertama - Keluarga yang ada masa tetapi tiada pengetahuan Jenis Kedua

- Keluarga yang berpengetahuan tetapi tiada masa.

Jenis Ketiga

- Keluarga yang tiada pengetahuan dan tiada masa

Jenis Keempat - Keluarga yang berpengetahuan dan mempunyai masa. Dalam tiga keluarga yang pertama anak-anak akan menerima didikan moral amat kurang. Anak-anak yang berasal dari keluarga berada akan dapat apa yang diingini, tetapi kerana kurang pengawalan dari ibu bapa anak-anak tersebut mempunyai potensi yang tinggi menjadi rosak. Anak-anak dari kategori keluarga keempat akan menerima pengetahuan dan didikan moral yang berterusan dari kedua ibu bapanya. Ibu bapa tidak membiarkan anak-anak membesar secara semulajadi sungguhpun kedudukan kewangan keluarga tidak begitu baik, tetapi yang pasti anak-anak mereka akan membesar dan memiliki asas hidup yang kukuh serta masa depan cerah.

65

Pengetahuan Dalam Mendidik Anak Hasil kajian dan pembacaan terjumpa sebuah buku bertajuk Bagaimana Mendidik Anak-anak Menjadi Orang Baik Untuk Masyarakat hasil penulisan Yayasan Pendidikan Melalui Pembangunan Moral. Dalam buku tersebut menceritakan panduan asas pendidikan awal anak mengikut ajaran Buddha dan ia dibawa untuk dikongsi bersama dalam buku ini, untuk maklumat lebih terperinci bolehlah merujuk kepada buku tersebut. Ibu bapa harus memikirkan sebelum memiliki anak seharusnya berusaha memahai dan menaksir empat perkara penting seperti berikut terlebih dahulu, iaitu: i)

Apakah kualiti yang harus dimiliki oleh anak yang baik?

ii)

Bagaimana sifat baik buruk anak boleh wujud?

iii)

Bagaimana membentuk sikap murni dalam diri anak dengan berjaya?

iv)

Bagaimana kebaikan dapat membentuk kebijaksanaan kepada anak?

Ibu bapa semestinya mampu menjawab kesemua persoalan diatas terlebih dahulu sebelum memikirkan memiliki anak dan jawapan yang terbaik serta tepat untuknya adalah jelas berada dalam ajaran Buddha.

Apakah Nilai-nilai Yang Harus Dimiliki Oleh Anak Yang Baik? Anak yang baik mestilah memiliki tiga nilai murni yang dimiliki Gautama Buddha sendiri, iaitu: a) Berhati mulia/suci atau tidak menjadi pengkhianat - Buddha adalah memiliki hati yang mulia (suci). b) Bijak (Arif) atau tidak jahil - Buddha sememangnya seorang yang memiliki kebijaksanaan luar biasa. c) Bertimbang rasa atau tidak behati kering - Buddha juga sememangnya seorang yang amat bermurah hati dan penuh dengan keperihatinan. Mana-mana anak yang memiliki ketiga-tiga nilai di atas bolehlah dianggap sebagai anak yang baik dan sentiasa bersedia untuk menerima didikan atau tunjuk ajar dari guru dan akan menjadi asas pembangunan nilai murni dalam diri, ibarat tanah yang subur sedia untuk ditanami pokok.

66

Daripada Manakah Sikap Seseorang Anak Itu Datang? Sesetengah ibu bapa sedar bahawa anak mestilah berhati mulia, bijak dan bertimbang rasa, tetapi persoalanya bagaimanakah cara memupuk nilai-nilai tersebut kedalam diri anak. Sikap adalah kebiasaan (tabiat) seseorang yang wujud dari pemikiran, percakapan dan perbuatan yang sering dan berulang kali dilakukan. Jika sekiranya ibu bapa membiarkan anak mereka berfikir, bercakap dan berkelakuan buruk berulang kali serta berterusan sehingga menjadi tabiat akhirnya anak itu akan memilikisikap buruk dalam diri. Begitu juga keadaan sebaliknya, jikalah anak diajar supaya berfikir baik, bercakap baik dan berkelakuan baik hingga menjadi tabiat sehingga memjadi tabiat maka sikap yang baik tertanam dalam diri anak itu serta akan membesar menjadi orang dewasa yang baik pada masa hadapan. Manusia sering berfikir, bercakap dan bertindak tentang tiga perkara utama, iaitu: i)

Keperluan asas

ii)

Pekerjaan/tugas

iii)

Aktiviti harian

Sebagaimana dijelaskan sebelum ini bahawa sikap adalah dibentuk dari kebiasaan kita berfikir, bercakap dan bertindak (berkelakuan). Oleh itu jelas bahawa pada asasnya sikap boleh dibentuk menerusi cara-cara kita menikmati keperluan asas. Sebagai contoh, tiga orang anak diberi susu dengan cara yang berbeza akan membesar dengan sikap yang berbeza sekali. Anak pertama ibunya memberi susu tidak menentu masa dan anak akan menangis apabila lapar. Setelah besar anak ini akan menjadi orang yang suka menjerit, meronta dan agrasif untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Ini ibarat ibu bapa sedang membela anak harimau. Anak kedua ibunya sentiasa memberi susu tidak kira masa anak lapar atau tidak. Anak tersebuat akan kelihatan sihat, gemuk dan sentiasa riang, tetapi anak itu akan membesar dengan pasif serta agak malas. Keadaan ini ibarat ibu bapa sedang membela anak babi. Anak ketiga pula pemberian susu oleh ibu mengikut masa, iaitu susu diberi mengikut masa yang ditetapkan. Anak dari kategori ini akan membesar dengan sikap yang baik seperti

67

ketepatan pada masa, sihat, gembira, bertanggungjawab, bijak dalam membuat keputusan dan senang dijaga. Keadaan ini bagaikan ibu bapa memiliki anak budiman. Baik buruk sikap anak datang daripada pemikaran, pertuturan dan perbuatan yang berulang kali, terutamanya ketika mereka menikmati keperluan asas, ketika membuat kerja dan ketika menguruskan aktiviti harian. Ibu bapa boleh memupuk kemulian, kebijaksanaan dan keperihatinan kepada anak dengan mengajar mereka agar mehormati, berdisiplin dan bertoleransi dalam penggunaan keperluan asas, pelaksanaan tugas dan membuat aktiviti harian supaya mereka membesar dengan tabiat yang baik.

Bagaimana Mendidik Anak Menjadi Seorang Yang Bijak Ibu bapa yang ingin mendapatkan anak yang bijak boleh memupuk kepintaran dengan mengajar mereka agar tahu mehormati. Hormat ialah merupakan satu kesedaran tentang nilai dan kepentingan sebenar seseorang individu atau sesuatu barang yang dimiliki. Kebijaksanaan pada dasarnya dibahagikan kepada dua, iaitu kebijaksanaan duniawi dan kebijaksanaan Dhamma (Ajaran Buddha). Kebijaksanaan duniawi ialah pengetahuan yang diperolehi daripada pendidikan formal atau tidak formal untuk meneruskan kehidupan harian sahaja. Orang yang memiliki kebijaksanaan ini tanpa pertimbangan yang sewajarnya mungkin dipersalahgunakan. Contohnya, seorang doktor menggunakan kepakaranya menolong orang menggugurkan anak dalam kandungan. “Kebijaksanaan Dhamma” pula merupakan kebijaksanaan yang digunakan untuk membuat pertimbangan dan keputusan salah atau betul, baik atau buruk, pahla atau dosa dan wajar atau tidak wajar. Pengetahuan ini amat penting untuk anak-anak dan ianya boleh diperolehi dalam Ajaran Buddha. Di samping itu, ibu bapa juga mesti mendidik anak agar menghormati orang tua, kerana anak-anak akan mendengar nasihat, pandangan, teguran serta pengalaman mereka mengenai kehidupan yang terdedah kepada perubahan dari masa ke semasa.

68

“Kebijaksanaan Dhamma” yang dinyatakan boleh diperolehi daripada tujuh sumber utama yang patut dihormati, iaitu: i)

Hormati Buddha

ii)

Hormati Dhamma

iii)

Hormati Sangha

iv)

Hormati Pendidikan/Pembelajaran

v)

Hormati dalam Meditasi

vi)

Hormati Ucapan Salam

Semakin mendalam anak-anak diajar mengenai kebenaran ketujuh-tujuh sumber ini, lebih tinggi kebijaksanaan dhamma seseorang anak itu. Amat bertuah bagi anak yang lahir dalam kerluarga yang kedua ibu bapanya pelajari Dhamma dari tujuh sumber tersebut dan sedia menurunkan kebijaksanaan itu kepada anak-anak sebelum mereka berkahwin. Amalan ajarmengajar ini akan berterusan dari satu generasi kepada generasi yang berikut sehinggalah akhirnya membentuk keluarga bahagia dan makmur.

Bagaimana Mendidik Anak Menjadi Orang Baik Seseorang anak tidak akan bersikap buruk sekiranya ibu bapa melatih anak supaya berdisiplin dalam kehidupan duniawi dan Dhamma. Disiplin-disiplin tersebut diajar dari segi penggunaan keperluan asas, pelaksanaan tugas/kerja dan pengurusan aktiviti harian, dimana ianya dicontohi oleh ibu bapa itu sendiri. Disiplin Duniawi - Terdapat empat perkara dalam disiplin duniawi, iaitu: i)

Disiplin dalam perucapan/percakapan.

ii)

Disiplin terhadap masa

iii)

Disiplin terhadap kebersihan

iv)

Disiplin terhadap tatatertib

Disiplin Dalam Perucapan/Percakapan Cara medidik anak berdisiplin dalam ucapan/cakapan ibu bapa mesti bercakap benar dan bersopan sebagai contoh kepada anak mereka. Ibu bapa juga harus menjelaskan apakah kesan-kesan dari bercakap bohong, seperti berbohong akan menyebabkan kelemahan pemikiran dan menjadi pelupa.

69

Disiplin Terhadap Masa Untuk mendidik berdisiplin terhadap masa ibu bapa harus mengajar anak bangaun tidur, makan dan masuk tidur mengikut masa. Bangaun tepat pada masa bermaksud bangun awal pagi supaya tidak menjadi tabiat bangun lewat, terutamanya anak gadis kerana tabiat ini boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Tidur mengikut masa pula mermaksud tidak tidur terlalu lewat malam kerana akan menyebabkan susah bagun waktu pagi bila digerakan dan menyebabkan suka melawan cakap dengan ibu bapa, dan akhirnya menjadi anak yang suka bercakap putar belit. Makan mengikut masa pula bermaksud anak diajar makan mengikut masa, jika tidak akan menyebabkan anak mengidap penyakit “gestrik” dan sepanjang hidup tidak boleh bekerja berat serta apabila menghadapi tekanan perasaan akan menjadi sakit perut yang berlarutan.

Disiplin Terhadap Kebersihan Anak yang tidak tahu menjaga kebersihan adalah sukar bergaul dalam masyarakat. Oleh itu, ibu bapa harus mengajar anak menjaga kebersihan, seperti bagaimanakah cara mandi dengan menggunakan sedikit air tanpa membazir, sedikit sabun dan menggunakan masa yang pendek tetapi bersih.

Disiplin Terhadap Tatatertib Anak-anak yang tidak diajar bertatatertib akan menghadapi masalah perselisihan faham di tempat kerja tidak memahami tatacara kerja, penyedian tugas dan penyelesaian kerja. Keadaan ini menyebabkan anak itu sukar mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.

Disiplin Dhamma (Ajaran Buddha) – Sila 5 (Five Precepts) adalah asas utama disiplin Dhamma. Anak yang tidak diajar mengamalkan Sila 5 akan memebawa masalah ke dalam keluarga dan sekiranya berhadapan dengan tekanan hidup mungkin

sanggup menjadi penjenayah.

Pengabaian Sila 5 boleh akan menjadi punca kepada masalah-masalah dalam masyarakat, iaitu:

70

i)

Pengabaian Sila Pertama akan menggalakan masalah jenayah dalam masyarakat.

ii)

Pengabaian Sila Kedua akan menyebabkan masalah pencurian dan rasuah.

iii)

Pengabaian Sila Ketiga akan menyebabkan masalah pelacuran

iv)

Pengabaian Sila Keempat akan menyebabkan masalah penipuan

v)

Pengabaian Sila Kelima akan menyebabkan masalah “Apayamukha”

Bagaimanakah Mendidik Anak Supaya Bertimbangrasa/Berperihatin Untuk mendapat anak yang berperihatin anak mestilah dilatih supaya mampu mengajar diri sendiri terlebih dahulu dan barulah dapat menolong orang lain. Dalam hal ini ibu bapa perlu mengajar anak supaya mempunyai keteguhan dan kesabaran yang tinggi dalam diri. Secara amnya seseorang anak yang baik dan bijak adalah memadai, tetapi lahir sebagai seorang manusia haruslah dapat memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat. Andaikan, menanam pokok mangga, disiram, diberi baja, tapi setelah masa berlalu 10 tahun masih belum berhasil dan akhirnya dipotong buang begitu sahaja. Keadaan yang sama juga sekiranya anak kita menjadi seorang yang tidak berhati perut (perihatin) terhadap orang lain, kemana saja dia pergi akan menghadapi kesusahan kerana tiada orang yang akan sudi membantunya dan kehidupan akan melatar dan miskin seumur hidup. Sebagaimana ternyata dahulu kesabaran adalah penting dalam mendidik anak supaya berperihatin terhadap orang lain, terdapat 4 tahap kesabaran yang perlu diredai dalam melatih anak menjadi orang yang penuh keperihatinan, iaitu: i)

Bersabar ketika menghadapi kesusahan atau kesulitan, dimana akan melatih anak menjadi seorang yang rajin bekerja, tidak takut kerja yang susah atau mencabar.

ii)

Bersabar menhadapi penderitaan, disini akan membantu anak manjaga kesihatan diri dan tidak licik dari menghadiri sekolah.

iii)

Bersabar dengan perselisihan yang berlaku, disini akan melatih anak bekerja secara berpasukan, tidak rasa terasing dengan orang lain, tidak menyamakan diri dengan orang yang lebih tua dan tahu meletak diri mengikut taraf.

71

iv)

Bersabar dengan godaan nafsu, ini akan mengelak daripada menjadi rosak terutamanya pengaruh alcohol/dadah, lelaki/perempuan, wang serta pujukan dan pujian yang sememengnya kesemua ini adalah menjadi masalah utama pada hari ini.

Contohnya, masalah rasuah berlaku kerana ibu bapa gagal mendidik anak supaya bersabar terhadap godaan nafsu dan tidak dipupuk dengan kesedaran bahawa hasil yang halal tidak akan habis dimakan dan hasil penipuan tak akan berkekalan. Tambahan pula ibu bapa lebih mementingkan kekayaan dari kebaikan. Akhirnya apabila anak membesar kelak tidak akan mempedulikan baik buruk kesannya asalkan mendapat wang. Masaalah inilah yang menjadi punca utama menyebabkan Negara Thailang ketinggalan dari segi ekonominya sungguh pun memiliki sumber semulajadi yang banyak.

Bagaimana Kebaikan Membentuk Kebijaksanaan Kepada Anak Hasil pembacaan bukau bertajuk, “Bagaimana Mendidik Remaja Thai Menjadi Orang Baik” telah memberi ilham bahawa bagaimana perkara baik dapat membina kebijaksanaan kepada anak-anak. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, setiap anak ingin menjadi orang baik, tetapi anak-anak ibarat kain putih yang bergantung kepada ibu bapa untuk mewarnainya. Sekiranya kain putih itu dilukis dan diwarnakan dengan baik ianya akan kelihatan cantik, menarik dan berharga, juga disebaliknya tersalah lukis dan tersalah warna kain itu mungkin tidak berguna langsung dan tiada nilai serta terpaksa dibuang sahaja. Orang disekeliling adalah amat penting menunjukan teladan yang baik kerana ianya sumber yang amat penting dalam mempengaruhi pembentukan seseorang anak. Oleh itu, kaedah yang betul ialah contoh yang baik dari orang sekeliling antaranya seperti berikut: i)

Ibu bapa menunjukan contoh yang baik kepada anak.

ii)

Mendapatkan kawan yang baik untuk anak.

iii)

Mencari buku-buku yang baik dan berguna untuk anak baca.

iv)

Mehantar anak belajar dengan guru-guru yang baik.

Mereka akan menjadikan contoh yang baik kepada anak dalam tiga perkara, iaitu:

72

i)

Teladan dalam menjalankan tugas yang betul.

ii)

Teladan dalam mengurus masa yang betul

iii)

Teladan dalam penggunaan keperluan asas yang betul.

Orang-orang tersebut sesuai menjadi teledan kepada anak-anak dalam tiga perkara tersebut diatas kerana mempunyai 3 sifat utama, iaitu: i)

Mempunyai keupayaan mengekalkan kualiti. Seseorang yang mempunyai keupayaan ini akan membuat kerja dengan berkualiti dan berusaha memberi hasil terbaik. Perkara ini dapat dilakukan kerana orang tersebut memiliki keupayaan dalam menetapkan tahap kualiti dengan jelas dan faham tentang kaedah untuk mehasilkan kerja yang berkualiti. Ketika melaksanakan kerja pula akan dilakukan secara bersungguh-sungguh dan penuh kepakaran. Dalam menghadapi cabaran atau masalah, sebelum kerja dilaksanakan lagi masalah atau cabaran dapat dikenalpasti terlebih dahulu serta mempunyai jalan penyelesaian sebelum ianya berlaku. Bagaimanapun, orang-orang yang tidak tahu mehargai pendidikan, mehargai orang lain atau suka mencari kesilapan orang lain tidak akan mencapai tahap kecekapan ini karana tiada orang yang akan sudi berkongsi ilmu atau pengalaman denganya. Oleh itu, sekiranya anak-anak diajar mehormati dari rumah dan melihat contoh dari orang-orang disekelilingnya, mereka akan mehargai nilai hormat-mehormati. Mereka juga akan belajar apa itu kualiti, bagaimana membuat kerja dengan baik dan akan memiliki keupayan dalam mengenalpasti masalah ketika melaksanakan tugas. Secara amnya mereka akan lebih berkebolehan dan cekap dalam tugas harian mereka serta menyamai orang yang dicontohinya.

ii)

Keupayan Mengurusa Masa Seseorang yang pandai mengurus masa adalah merupakan orang yang pandai membuat perancangan kerjanya. Apa kerja sekalipun jika diberi akan dapat melihat kerja-kerja itu secara peringkat berperingkat, tahu peringkat mana harus dimulakan dahulu dan jangka masa yang diperlukan untuk setiap peringkat serta masa keseluruhan menyiapkan sesuatu projek itu. Keupayan ini amat penting untuk membolehkan kerjakerja disiapkan mengikut masa yang ditetapkan atau lebih awal. Orang yang bijak dalam pengurusan masa kerja tidak mungkin ada kelebihan ini tanpa mendapat latihan disiplin 73

diri terlebih dahulu kerana dia tahu mehargai masa bahawa jaka ia berlalu tidak akan dapat kembali. Sebaliknya, orang yang membuat kerja tidak mengikut masa, tetapi suka mengikut perasaan sahaja akan rasa kurang selesa sekiranya diberikan tempoh untuk menyiapkan sesuatu tugas. Adalah amat sukar untuk menyiapkan kerja mengikut masa yang dirancangkan bagi orang yang tiada disiplin pengurusan masa. Oleh itu, sekiranya anak-anak dididik berdisiplin terhadap masa dari rumah dan mencontohi orang disekeliling dengan betul akan menghargai pengurusan masa yang berkesan serta tidak terikut-ikut mengikut perasaan. Hasilnya anak-anak akan memiliki kebijaksanaan dalam pengurusan masa seperti model yang patut dicontohinya. iii)

Keupayaan Mengurus Belanjawan Keupayaan mengurus belanjawan bermaksud keupayaan merancang perbelanjaan dengan berkesan, dimana mendapat hasil maksimum dengan sumber yang minimum. Sebagai seorang yang mengurus belanjawan mesti tahu apa yang diperlukan dan apa yang tidak supaya tidak membazir. Dalam pengurusan belanjawan juga

harus

mempertimbangkan kepentingan orang ramai terlebih dahulu dan sentiasa sedar bahawa kurang belanja akan menyebabkan kurang kualiti, dan terlebih belanja pula akan berlaku pembaziran. Pengurus belanjawan mestilah jujur, tiada unsur-unsur rasuh dan kepentingan diri atau kroni mempengaruhinya. Organisasi mana yang tiada oaring yang mahir dalam pengurusan belanjawan akan berhadapan dengan masalah kewangan kerana tidak begitu jelas dan keliru dengan perancangan yang dibuat. Kesanya, akan menyebabkan projek-projek terbengkalai, kerugian dan hilang kepercayaan dikalangan pekerja serta menjatuhkan reputasi. Orang yang mempunyai keupayaan mengurus belanjawan dengan berkesan adalah kerana dilatih bersabar dalam menempohi kesusahan, keseksaan, perselisihan dan godaan hava nafsu. Latihan ini dipupuk melalui cara-cara menggunakan keperluan asas dengan jimat cermat, balanja mengikut keperluan dan bukan mengikut perasaan. Melalui latihan-latihan tersebut dari rumah dan contoh dari orang disekelilingnya memberi kebijaksanaan dalam mengurus belanjawan dengan berkesan untuk kepentingan umum. Anak-anak juga akan mehargai kepentingan kesabaran dan perancangan belanjawaan yang berkesan serta tahu menggunakan sumber secara optima seperti oaring yang dicontohinya juga.

74

Anak-anak akan dapat menerap ketiga-tiga sifat/cirri tersebut dari orang-orang baik disekeliling mereka dengan mempelajari kemahiran mengekalkan kualiti, pengurusan masa

dan

pengurusan belanjawan. Segala projek atau kerja akan disempurnakan dengan berkesan dengan menggunakan masa dan sumber secara minimum, dan akan menjadi asset utama dalam diri dan berguna dalam keadaan mana sekalipun. Disini jelas bahawa kebaikan dapat membentuk kebijaksanaan, iaitu teladan dari orang sekeliling.

Kesimpulan Ibu bapa harus menurunkan pengetahuan, keupayaan dan kebaikan kepada anak-anak sehingga mencukupi untuk menjadi asas kebijaksanaan dan kebaikan dalam kehidupan agar mencapai kehidupan yang indah dan megah. Perkara-perkara yang amat penting sekali harus dilakukan sebagai ibu bapa ialah: i)

Sentiasa mencarai pengetahuan untuk mendidik anak menjadi oaring yang bijak dan baik supaya tidak ketinggalan menghadapi perubahan dunia semasa.

ii)

Tidak memberi peluang kepada anak-anak melakukan perkara yang salah. Ibu bapa menetapkan masa untuk mendidik anak dalam mengguna keperluan asas, membuat kerja dan aktiviti harian mereka. Pada masa yang sama, ketika ketiadaan ibu bapa harus meminta guru-guru, saudara mara dan kawan-kawan menjadi telinga mata dalam mengawal anak-anak dan memberi nasihat jika melakukan kesilapan.

Sekiranya ibu bapa dapat membuat dua perkara tersebut di atas dengan terbaik, anak-anak akan berpeluang mendalami perkara-perkara yang betul/baik dari sebaliknya. Anak-anak akan bergaul dan biasa dengan pemikiran, percakapan dan perbuatan yang baik dari ibu bapa serta orang disekeliling sehingga menjadi tabiat dalam diri dan mampu berdikari.

75

Bab 8

Membunuh Dengan Kasih Sayang: Ibu bapa mempertahankan anak ketika melakukan kesalahan

Kasih saying ibubapa boleh memusnahkan anak. Ungkapan ini mungkin menimbulkan kekeliruaan/konflik dalam perasaan ibu bapa, tetapi pada hakikatnya ada sebahagian besar anak yang rosak kerana ibu bapa sendiri kerana suka mempertahankan/membela anak ketika mereka melakukan kesalahan. Sebagai ibu bapa atau orang yang sedang berfikir mendirikan rumah tangga harus mempelajari seberapa banyak yang mungkinilmu bagaimana mendidik anak menjadi orang baik dan bagaimana memberi kasih saying yang betul supaya anak tidak merosak.

76

Jangan Mempertahankan.Membela Anak Ketika mereka Melakukan Kesalahan Tindakan membela/mempertahankan anak ketika mereka melakukan kesalahan adalah satu kesilapan yang amat besar kerana ia akan menyebabkan anak-anak tersalah faham bahawa buat jahat pun dapat baik bukan sekadar buat baik dapat baik sahaja. Kesan jangka panjangnya setelah anak membesar kelak akan sentiasa membuat jahat sepanjang hajatnya. Para ibu bapa seharusnya sedar akibat membela anak atas kesalahanya dan tidak harus terlalu memanjakan, setiap kesalahan yang dilakukan mestilah dihukum, biarkan anak sakit disaat itu lebih baik daripada terpaksa merana seumur hidup. Sekiranya ibu bapa tidak menyebelahi anak ketika melakukan kesalahan tetapi sebaliknya dihukum, anak itu akan terharu bahawa buat baik akan dapat baik dan buat jahat akan dapat jahat tanpa dapat dihindari.

Memahami Prinsip Asas Pembangunan Sikap Baik (Murni) Dalam usaha-usaha memupuk sikap murni kepada anak-anak, ibu bapa terlebih dahulu mesti memahami asas-asas dalam pembangunan sikap yang terdiri dari dua peringkat, iaitu:

Peringkat Pertama ialah pembangunan sikap berasaskan baka atau keturunan. Pemupukan ini bermula dari awal sebelum bayi menetap dalam kandungan lagi. Sebagaimana diajar dalam Ajaran Buddha, sebelum bayi mengambil tempat dalam kandungan, kombinasi “Kamma” yang seakan-akan sama dengan ibu bapa akan menjadi penentu bayi boleh mendapat tempat dalam kandungan ibu. Oleh itu, sekiranya ibu bapa mempunyai tubuh badah yanh kuat, berperilaku baik dan berhati mulia maka peluang untuk mendapat bayi yang memiliki Kamma baik masuk dalam kandungan adalah banyak dan amalan baik ini harus diteruskan ketika bayi berada dalam kandungan termasuk pergerakan fizikal dan perasaan.

Peringkat Kedua ialah pembangunan sikap berasaskan persekitaran dan latihan

77

Selepas anak dilahirkan latihan harus dimulakan dari peringkat seawall cara pemberian susu kerana ia akan melatih anak supaya menjadi orang yang menepati masa. Penukaran lampin setiap kali anak mambuang air juga akan melatih anak menjadi orang yang tahu menjaga kebersihan. Cara percakapan yang lemah lembut dan bersopan juga penting dalam melatih anak agar bersifat lemah lembut dan bersopan.

Jangan Biarkan Anak Membuat Jahat Sehingga Menjadi Tabiat Semenjak mula dilahirkan anak diibaratkan sebagai kain putih, jadi anak itu perlukan contoh dan panduan dari segi cara percakapan, pemikiran dan perbuatan. Apa yang diterima terlebih dahulu itulah akan diambil sebagai contoh. Jadi, sekiranya anak sentiasa menerima perkara baik maka anak itu akan melakukan perkara-perkara baik serta memiliki asas yang kukuh untuk menghadapi perkara-perkara jahat yang mungkin dating kemudianya. Anak yang melakukan kesalahan pada pertama kali akan menunjukkan reaksi yang kurang selesa dan senang dikenalpasti terutama untuk diatasi, tetapi sekiranya ianya gagal dikenalpasti dan dibiarkan anak –anak akan menjadi biasa dengan perbuatan jahat itu dan mungkin menjadi tabiat maka sungguhpun melakukan kesalahan anak itu tidak menunjukkan apa-apa reaksipun. Oleh itu tindakan mengelak perbuatan jahat harus diberi perhatian sebelum terlambat.

Menyayangi Anak Dengan Cara Yang Betul Cara menyayangi anak yang betul ialah dengan pemupukan sikap murni kedalam diri anak agar mereka membesar dimuka bumi dengan sempurna. Nilai-nilai moral yang dipupuk kedalam diri anak adalah tiada hadnya, tanpa mengira kecil atau besar. Antara nilai-nilai yang perlu dipupuk kedalam diri anak ialah: i)

Kebijaksanaan - Mengajar anak agar tahu tentang punca dan kesan dadal sesuatu

tindakan, ajar cara-cara mebuat pertimbangan dan tidak mengikut perasaan diri sahaja. Kejayaan mendidik anak dengan nilai ini akan mehasilkan anak yang pintar dan tidak akan melihat perkara salah sebagai baik. ii)

Disiplin - anak harus dilatih supaya sentiasa tepat pada masa, bersih, jujur dan iklas

dalam percakapan dan pemikiran. iii)

Perihatin/Bertimbang rasa - Ini boleh dilatih dengan

sayangkan

binatang

dan

tumbuhan,

ramah,

keampunan/kemaafan kepada orang lain.

78

bersopan

mengajar anak supaya dan

tahu

memberi

Hasil pemupukan nilai-nail asas tersebut diatas semenjak kecil lagi, apabial anak membesar kelak akan sentiasa bersedia menerima nilai-nilai murni lain dari ibu bapa mahupun guru.

79

Bab 9

4 Peranan Penting Ibubapa Dalam Membesarkan Anak-anak

Setiap ibubapa mengharapkan agar anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Walau bagaimanapun, ibubapa perlu memainkan peranan dalam memberikan asas-asas berkaitan dengan kebaikan dalam membesarkan anak-anak menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak seperti mengajar mereka supaya menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Dalam membesarkan anak-anak menjadi seorang yang baik dan berguna, ibubapa perlulah memahami perasaan mereka atau perangai anak-anak sendiri. Perlu tahu yang pemikiran anak-anak akan berubah mengikut tahap umur masing-masing. Semasa mereka masih kecil, mereka masih lagi bergantung kepada ibubapa. Ibubapa menjadi segala-galanya bagi mereka. Apabila mereka mula membesar, kawan-kawan mempunyai 80

pengaruh dalam pemikiran mereka. Apabila menjangkau zaman remaja, ibubapa menjadi kurang penting dalam mempengaruhi pemikiran mereka. Setelah dewasa mereka

perlu

berdikari dan mempunyai kebebasan dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka perlu bergantung kepada kepintaran sendiri dalam membuat sesuatu keputusan dengan mendapat nasihat daripada ibubapa. Jadi sejak anak-anak masih kecil lagi ibubapa perlu melaraskan diri mereka supaya bersepadu dengan perkembangan anak-anak terutama sekali dalam pemikiran dan pandangan mereka. Berikut adalah peranan-peranan ibubapa dalam melaksanakan tugas membesarkan anak-anak 1. Peranan sebagai seorang guru Ibubapa perlu mengajar anak-anak supaya dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Apa yang patut buat dan apa yang tidak patut. Jika anak-anak terlalu kecil untuk belajar mengenai sebab dan akibat, ibubapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak. Usaha ibubapa dalam membentuk anak-anak menjadi seorang yang berguna perlu dilakukan dengan penuh lemah lembut dan perlu mengajar mereka dengan cara-cara yang penuh dengan kasih sayang. Jangan sekali-kali mengajar mereka dengan nada yang suara yang tinggi atau mengajar mereka dalam keadaan sedang marah. Hukuman hanya boleh dikenakan apabila perlu sahaja. Mendidik anak-anak menjaga kebersihan perlulah dilakukan sejak mereka masih kecil lagi. Anak-anak perlu diajar untuk membasuh pakaian sendiri, mencuci pinggan mangkuk, mencuci lantai dan melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Menjaga kebersihan semasa makan adalah penting dan jangan sekali-kali memandang perkara ini sebagai perkara yang remeh-temeh dan tidak penting. Oleh kerana ibubapa merupakan guru yang pertama bagi anak-anak, ibubapa perlu menanamkan perkara-perkara yang baik ke dalam hati anak-anak untuk menjadi asas kepada perlakuan yang baik kepada anak-anak. Apabila anak-anak membesar, asas ini akan menjadi penghubung kepada perlakuan yang baik dan tabiat semulajadi mereka. 2. Peranan sebagai malaikat Ibubapa perlu mempunyai asas pengetahuan Dhamma yang kukuh dalam melaksanakan peranan ini dengan baik dan berkesan. Pengetahuan Dhamma ini adalah sangat penting supaya dapat mengajar anak-anak tentang apa yang baik dan apa yang buruk atau dengan 81

kata lain dapat membezakan antara dosa dan pahala. Sebenarnya peranan ini dapat dilaksanakan dengan mudah dengan; seperti membacakan buku-buku cerita Dasa Jataka, mengajar mereka membuat sembahyang malam sebelum masuk tidur, mengajar anak-anak melakukan dana dan kebaikan-kebaikan yang lain. Ibubapa menjadi contoh dalam membuat kebaikan. Melakukan dana kepada para bhikkhu setiap pagi. Apa yang paling penting ialah ibubapa perlu mempunyai sikap “hiriotappha’’ atau takut pada balasan kepada kejahatan yang dilakukan. Apabila ibubapa mengajar anak-anak mengenai balasan yang akan diterima setelah melakukan sesuatu kejahatan, ibubapa janganlah pula melakukan kejahatan tersebut kerana anak-anak akan meniru perbuatan tersebut. 3. Peranan Sebagai Brahma Ibubapa perlulah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Jika anak-anak membuat kesalahan, ibubapa perlulah mengajar mereka membezakan antara yang baik dan yang jahat. Ibubapa juga perlu mengajar anak-anak mengenai kemaafan. Apabila mereka melakukan kebaikan ibubapa haruslah memberi kata-kata kepujian. Dalam melaksanakan peranan ini juga ibubapa perlulah memberi peluang untuk anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ibubapa juga perlu mengubati anak-anak yang sakit. Apabila anak-anak meningkat dewasa dan tiba masa untuk mendirikan rumahtangga sendiri, ibubapa perlu menerima hakikat ini dan biarkan mereka hidup berdikari. Walau bagaimanapun ibubapa masih lagi boleh memberi nasihat dan doronngan kepada anak-anak yang sudah berumahtangga. 4. Peranan Sebagai ‘Phra Arahant’ Ibubapa perlu mempunyai tahap moral yang tinggi, setinggi yang mungkin untuk menjadi orang yang dihormati dalam masyarakat. Ibubapa perlu menjadi penasihat dalam keluarga dan perlu memberi nasihat yang baik kepada anak-anak dan cucu. Ibubapa perlu menggalakkan anakanak melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dalam usaha mencapai kebaikan yang terunggul atau kesempurnaan hidup, mengekalkan keharmonian dan ketenangan dalam keluarga. Apabila ibubapa mununjukkan teladan yang baik, mereka akan dihormati dan mendengar arahan ibubapa, anak-anak akan takut melakukan kejahatan tidak kira di depan atau belakang ibubapa.

82

Ibubapa yang dapat mengamalkan 4 peranan tersebut dengan sempurna akan membawa kegembiraan ke dalam keluarga. Hati dan tubuh akan menjadi tenteram dan ketenteraman seperti ini akan berkembang dari sebuah keluarga kecil kepada kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

83

Bab 10

Membesarkan Anak anak Menjadi Seorang Yang Baik

Dalam masyarakat yang dipenuhi dengan media massa, ramai ibubapa yang bimbang tentang anak-anak mereka akan terjebak ke dalam pengaruh-pengaruh yang jahat. Bagaimana kita boleh melindungi anak-anak kita daripada pengaruh-pengaruh tersebut dan menanamkan nilainilai moral dalam hati sanubari mereka. Sebenarnya, masalah-masalah yang timbul boleh dibincangkan dalam beberapa aspek, tetapi nenek moyang kita sentiasa berpandukan kepada 4 aspek penting berikut dalam mengasuh anak-anak menjadi seorang yang baik.

84

1. Menjadi contoh yang baik supaya dapat diteladani. 2. Sediakan buku-buku yang baik untuk dibaca oleh anak-anak. 3. Sediakan guru yang baik untuk mengajar anak-anak. 4. Carikan kawan-kawan baik untuk bergaul dengan anak-anak 1. Menjadi contoh yang baik supaya dapat diteladani. Aspek ini merupakan aspek yang paling penting kerana terdapat ramai ibubapa yang tidak sedar bahawa ibubapa merupakan pengaruh yang amat penting terhadap ibubapa. Sebelum mula menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kita perlu mengamalkan sesuatu peraturan supaya dapat menjadi pengukur kepada kebaikan yang dilakukan dan boleh diteladani oleh anak-anak. Buddha memberi panduan kepada kita supaya mengamalkan Sila 5 sebagai pengukur kepada kebaikan yang dilakukan oleh setiap manusia. Sila 5 merupakan pengukur yang mengukur taraf kemanusiaan seseorang. Masyarakat zaman sekarang ramai yang tidak dapat mengamalkan Sila 5, jadi bagaimana kita boleh menjadi model yang baik kepada anak-anak. Jika kita melihat anak-anak berkelakuan kurang baik, kita harus merenung kembali anak-anak mendapat kelakuan kurang baik daripada siapa. Mereka adalah seperti kain putih, mereka tidak tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk. Jika mereka berkelakuan kurang sopan, ini adalah kerana mereka mendapat teladan yang kurang sopan daripada ibubapa. Setiap perbuatan ibubapa akan di simpan dalam ingatan anak-anak. Jika kita ingin membesarkan anak-anak menjadi seorang yang baik, kita perlu membina asas moral yang baik kepada anak-anak. Ia boleh dilakukan dengan mengajar mereka mengenali ‘Sila 5’. Dalam pada itu ibubapa perlulah juga mengamalkan Sila 5 secara ketat untuk menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. 2. Sediakan buku-buku yang baik untuk dibaca oleh anak-anak. Nenek moyang kita pernah berkata, kalau kita sayang akan kerbau kita perlu mengikatnya, jika kita sayangkan anak kita perlu memukul mereka untuk mengajar. Tetapi zaman sekarang kalau sayangkan kerbau perlu mengikatnya dan sayangkan anak perlu meluangkan masa bersama mereka. 85

Anak yang masih bersekolah menghabiskan sebahagian daripada masa mereka bersama buku-buku maka ibubapa perlu memilih buku-buku yang berfaedah untuk anak-anak. Jika mereka membaca komik ibubapa perlu membaca bersama-sama mereka agar mereka tidak terlalu banyak menghabiskan masa dengan buku-buku tersebut. Masalah zaman sekarang ialah terdapat banyak media-media elektronik yang berunsur ganas. Ibubapa perlu berjagajaga dan meluangkan masa bersama-sama mereka supaya dapat memberi tunjuk ajar kepada mereka supaya tidak terpengaruh dengan media-media yang ganas seperti itu. Jika ibubapa mengatakan mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan kepada anak-anak ini bermakna mereka hanya hidup setengah hidup sahaja, hidup ini tidak hanya untuk bekerja sahaja, kita perlu meluangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Perlu meluangkan masa untuk ke kedai buku untuk memilih buku-buku yang berfaedah untuk anak-anak. Jangan biarkan mereka memilih buku sendiri. Kadang-kadang kita perlu memberi maklumat-maklumat yang berguna dalam membantu anak-anak membuat keputusan memilih sesuatu buku untuk dibaca. 3. Sediakan guru yang baik untuk mengajar anak-anak. Aspek mengenai guru merupakan perkara yang penting kepada anak-anak. Guru merupakan persekitaran luaran yang boleh mereka contohi dan mempengaruhi akhlak mereka. Guru dalam konteks ini bukan merupakan guru di sekolah sahaja tetapi juga persekitaran di sekeliling anak-anak juga boleh mempengaruhi perkembangan akhlak anak-anak. Ibubapa perlu membiarkan anak-anak belajar dengan diri mereka sendiri. Tanggungjawab ibubapa ialah memberi dorongan kepada anak-anak dalam memilih jalan hidup mereka sendiri. Dalam memilih guru di sekolah ibubapa perlu membuat beberapa kajian dan penelitian. Ibubapa perlu memilih guru yang terbaik kepada anak-anak kerana ibubapa tidak dapat meluangkan masa sepanjang hari bersama anak-anak di sekolah. Ibubapa tidak perlu memilih guru dari sekolah yang terkenal tetapi persekitaran di sekolah perlulah merupakan persekitaran yang sihat. Anak yang cemerlang dalam pelajaran tidak bererti yang mereka akan cemerlang dalam kerjaya dan menjadi seorang yang terkaya di dunia. Ilmu yang di pelajari di sekolah adalah tidak sempurna dan perlu diperkembangkan lagi. Ibubapa perlu menyedarkan anak-anak

86

bahawa pendidikan merupakan proses yang berterusan dan merupakan proses sepanjang hayat bagi setiap orang. 4. Carikan kawan-kawan baik untuk bergaul dengan anak-anak Sesetengah ibubapa menghantar anak-anak yang masih muda ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran tidak kira pada peringkat ijazah, lepasan ijazah atau doktor falsafah. Setelah kembali dari luar negara anak-anak ini tidak lagi mempunyai keyakinan dalam agama sendiri iaitu agama Buddha. Mereka terpengaruh dengan rakan-rakan di pusat pengajian sehingga mereka mempunyai pandangan yang salah tentang kehidupan. Apabila mereka bekerja, mereka pula terpengaruh dengan suasana kerja yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat timur, malah tidak lagi mengamalkan sikap hormat menghormati. Mereka tidak sedari bahawa ilmu dari buku pelajaran sahaja tidak mencukupi dalam memastikan kejayaan dalam kehidupan. Setiap orang harus tahu menghormati orang lain dan berbudi bahasa sepanjang masa. Dalam Mangala Sutta (the thirty-eight blessing of life) atau 38 rahmat dalam hidup yang mengajar kita cara-cara mencapai kebahagiaan dalam hidup telah menjelaskan bahawa, kita tidak harus bergaul dengan orang yang kurang bijak dalam menjalani kehidupan atau orang yang bodoh mengenai Dhamma. Kita perlu sentiasa bergaul dengan orang-orang yang bijak tentang ilmu kehidupan. Jika anak-anak bergaul dengan orang yang tidak baik, sudah tentu mereka akan terpengaruh dengan orang-orang tersebut. Ibubapa perlu tahu mengenal pasti orang yang bergaul dengan anak-anak mereka samada mereka baik atau tidak baik. Ibubapa perlu memberi nasihat sewajarnya kepada anak-anak. Apabila anak bergaul dengan orang yang kurang berakhlak ibubapa tidak boleh terus melarang begitu sahaja kerana mereka mungkin menolak larangan tersebut. Membesarkan anak memerlukan kita menggunakan teknik-teknik dan strategi- strategi tertentu seperti mana yang digunakan dalam perniagaan. Ibubapa perlu membentuk anak-anak supaya berkeupayaan dalam memilih dan bergaul dengan orang-orang yang baik. Bagi mengelakkan anak-anak daripada mengamalkan kelakuan yang kurang baik ibubapa perlu mewujudkan persekitaran yang berasaskan kepada 4 faktor tersebut. Apabila anak-anak membesar berasaskan empat faktor tersebut maka ibubapa boleh yakin bahawa anak-anak akan membesar menjadi orang-orang yang berguna dan ibubapa tidak perlu lagi bimbang akan masa depan mereka. 87

Bab 11

MENDIDIK ANAK-ANAK SUPAYA BERJIMAT CERMAT SUPAYA MENJAMIN MASA DEPAN KELUARGA

Syarat kepada masa depan anak-anak yang kukuh adalah sikap berjimat cermat. Ibubapa mempunyai peranan yang penting dalam memupuk sikap berjimat cermat kepada anak-anak. Anak-anak akan berjimat cermat apabila melihat contoh yang ditunjukkan oleh ibubapa. Memupuk sikap berjimat cermat perlulah dilakukan pada usia anak-anak yang masih muda lagi seperti berikut:

88

1. Mengajar anak-anak menghargai wang Apabila anak-anak meminta wang daripada ibubapa perlulah bertanya terlebih dahulu bagaimana wang itu akan digunakan, adakah sangat perlu wang itu digunakan untuk perkara tersebut. Jika anak meminta wang tanpa memberi alasan yang munasabah ibubapa tidak harus berikan wang kepada mereka. Walau bagaimanapun ibubapa perlu juga memberi penjelasan kenapa tidak dapat berikan wang untuk tujuan tersebut. Jika anak tidak berpuas hati dengan tindakan kita, kita harus berkeras hati. Jangan berikan wang kepada anak-anak kerana bosan dengan pujukan mereka, jangan biarkan anak-anak beranggapan bahawa wang dapat diperolehi dengan mudah. Perlu biarkan anak tahu bahawa wang setiap sen yang ibupada perolehi perlu ditukar dengan titik peluh ibubapa. Dengan itu anak-anak, akan tahu menghargai wang dan dapat menggunakan dengan berfaedah. 2. Mengajar anak-anak supaya tidak membeli barang yang membazir. Barangan yang membazir ibubapa tidak harus belikan untuk anak-anak. Jika tidak dapat dielakkan, perlulah dapatkan barangan yang tidak terlalu mahal tetapi dapat menjadi pengganti antara satu sama lain. Perlu menjelaskan bahawa barangan yang baik tidak semestinya merupakan barangan yang mahal. Didik anak-anak supaya menggunakan sesuatu barang sehingga mendapat manfaat daripada barangan tersebut secara maksimum. Jangan menggunakan secara membazir sehingga tidak dapat manfaat secara maksimum daripada barangan tersebut. Apabila barangan yang digunakan rosak perlu mengajar mereka supaya memperbaiki barangan tersebut sendiri. 3. Mengajar anak-anak supaya menggunakan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Ibubapa boleh juga mengajar anak-anak membuat barangan mainan sendiri, ini dapat melatih kecerdasan otak mereka. Boleh menggunakan barang buangan untuk membuat mainan. Dengan cara ini juga ibubapa boleh melatih anak-anak supaya berdikari. Anak-anak juga perlu diajar supaya mengurangkan perbelanjaan sendiri supaya mereka tahu berjimat cermat. Pada masa cuti sekolah anak-anak juga boleh dibenarkan untuk membuat kerja-kerja sambilan supaya mereka tahu mencari wang sendiri. 4. Mengajar anak supaya mempunyai wang simpan sendiri. Sediakan tabung untuk anak-anak supaya mereka dapat mengisi tabung itu dengan baki wang saku yang diberikan kepada mereka ke sekolah. Selepas itu, apabila tabung sudah penuh 89

bolehlah menyimpan wang tersebut dalam akaun bank. Wang yang diperolehi oleh anak ketika perayaan seperti tahun baru atau hari jadi dan sebagainya perlu juga di simpan dalam akaun di bank. Wang dalam bank ini boleh menjadi tabung pendidikan anak-anak apabila mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jangan biarkan anak berasa yang wang ini diperolehi dengan mudah, perlu mendidik mereka supaya tahu menghargai wang. 5. Pilih rakan yang bersikap berjimat cermat supaya berkawan dengan anak kita Ibubapa perlu melindungi anak-anak supaya tidak berkawan dengan rakan-rakan yang tidak menghargai wang dan yang berbelanja secara membazir. Rakan yang mana tahu berjimat cermat, rajin membantu ibubapa mengurangkan beban mereka perlulah digalakkan bergaul dengan anak-anak kita. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang baik, mereka akan mengikuti perlakuan baik rakan-rakan seperti ini. Ini dapat menjauhkan mereka daripada gejala-gejala jahat yang memang menjadi musuh kepada sikap berjimat-cermat yang ingin dipupuk atas diri anak-anak. 6. Latih anak-anak supaya mengamalkan Sila 8 pada hari mulia (wan phra) atau hari-hari cuti yang lain. Apabila anak cukup besar untuk di bawa ke wat, perlulah bawa mereka ke wat, latih mereka supaya tahu mengamalkan Sila 8. Ibubapa perlu melatih anak-anak supaya sedar bahawa sesetengah barang yang kita inginkan dalam hidup sebenarnya merupakan sesuatu yang membazir, seperti menonton wayang, mengenakan alat-alat solek dan berpakaian mengikut fesyen. Apabila kita cuba mengamalkan Sila 8 selama beberapa waktu kita akan sedar bahawa perkara-perkara yang disebutkan tadi adalah sesuatu yang hanya membazirkan. Ibubapa juga perlu mengamalkan Sila 8 sebagai contoh kepada anak-anak. Mengamalkan Sila 8 dapat menolong memupuk anak-anak supaya bersikap berjimat cermat dan dapat membantu mereka meggunakan empat keperluan asas secara berfaedah dalam menjalani kehidupan. Jika setiap keluarga mengamalkan perkara-perkara yang disebutkan diatas ini dapat menjamin bahawa keluarga tersebut keluarga tersebut tidak lagi mempunyai masalah kewangan pada masa akan datang. Harta peninggalan ibubapa tidak akan digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika ibubapa tidak mempunyai harta benda untuk diberikan kepada anak-anak tetapi ibubapa boleh yakin bahawa anak-anak akan dapat membina sebuah keluarga yang mempunyai ekonomi dalam keluarga yang stabil. Apabila anak-anak tahu berjimat cermat jadi tidak lagi perlu di bimbang yang anak-anak akan 90

menggunakan wang untuk berjudi dan menghabiskan wang untuk aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah yang lain.

91

Bab 12

Mendidik Anak-Anak Berdisiplin

Sejak lebih dua puluh tahun yang lalu, remaja yang membesar di bandar Bangkok selalu mempunyai pertanyaan yang sama iaitu ‘’Kenapa keadan trafik di Bangkok sangat bermasalah. Negara lain juga mempunyai kereta yang banyak kenapa mereka tidak mempunyai masalah trafik yang serius seperti Negara kita’’ Masalah yang timbul ini menunjukkan yang sikap berdisiplin yang kurang di kalangan masyarakat. Seorang bhikkhu memberi pandangan terhadap masalah ini bahawa, ianya berlaku apabila masyarakat kurang bertimbang rasa dan menggunakan perasaan dalam menyelesaikan masalah. Ini adalah hasil daripada cara mendidik anak yang tidak betul. ‘’Sebagai contoh, jika anak-anak bertengkar, ibu akan melarang atau tidak? Tidak ramai yang tidak melarang, seterus akan mendenda anak-anak yang bergaduh dan kadang-kadang membuat keputusan mendenda anak-anak, kadang kala perbuatan itu dilakukan secara berat sebelah.

92

‘’Dalam konteks ini, masyarakat Jepun pula mempunyai pandangan yang berbeza, iaitu mereka memandang bahawa walaubagaimana mereka bergaduh sekalipun, mereka tidak bergaduh sehingga mati. Jadi dalam masyarakat Jepun apabila anak-anak bergaduh ibubapa tidak akan melarang tetapi akan biarkan mereka mencari jalan penyelesaian sendiri’’. ‘’Anak sulung mungkin agak garang dengan adik, tetapi adik perlu bercakap dengan nada suara yang lembut supaya abang akan rasa kasihan, lantas abang akan mendengar kata adik, jadi selesai masalah pergaduhan kali itu. Atau jika abang berkelakuan kasar dengan adik lagi adik patut berhenti bermain dengan abang. Selepas itu abang akan memujuk adik untuk kembali bermain bersama-sama. Biarkan mereka selesaikan masalah sesama mereka sendiri bukan ibubapa bertindak memukul anak terlebih dahulu. ‘’Masyarakat Thai tidak seperti itu, setiap kali anak-anak bergaduh mesti terdapat orang ketiga yang campur tangan. Sama juga seperti masalah pertelingkahan dalam negara, mesti tunggu sehingga orang ketiga campur tangan iaitu raja baru masalah itu selesai. Jika raja tidak sempat lagi melarang apa akan berlaku? ‘’Sikap masyarakat Thai yang satu lagi ialah suka akan kebebasan, apabila orang Thai berada di luar negara, orang Thai jarang dapat bersatu, apabila berlaku perselisihan faham, tidak tahu hendak mencari orang tua dari mana untuk menyelesaikan masalah yang timbul, tidak ada orang tengah. Manakala bangsa lain apabila berada di luar negara mereka dapat bersatu dan berkumpul

beramai-ramai apabila perlu. Mereka tidak perlu orang tengah, boleh

menyelesaikan masalah dengan sendiri. Masalah yang berlaku di peringkat negara adalah berasal dari cara setiap keluarga mendidik anak-anak’’ ‘’Di meja persidangan orang barat bertengkar setengah mati untuk menegakkan pendapat masing-masing, orang Jepun pun sama. Walaupun mereka mempunyai masalah peribadi, tetapi di meja persidangan mereka tidak mencampur adukkan perasaan sendiri dan juga kerja. Masalah peribadi adalah masalah peribadi, tanggungjawab adalah tanggungjawab.Tetapi orang Thai tidak dapat membezakan kedua-dua perkara ini. Ini adalah hasil daripada asas pembentukan peribadi anak-anak yang dipupuk ibubapa sejak kecil lagi. ‘’Perkara yang paling penting bagi orang Jepun ialah mereka takut ahli masyakat tidak bersatu padu tetapi orang Thai tidak endah akan perkara tersebut. Tidak hiraukan satu-sama lain’’ 93

‘’Kalau ditanya, berapa lama masyarakat Jepun habiskan masa untuk menanam sikap bersatu padu dalam masyarakat mereka, guna masa selama beratus-ratus tahun, dalam proses tersebut ramai yang terpaksa menukarkannya dengan nyawa. Semangat bersatu padu dipupuk sejak dari zaman Shogun lagi. ‘’Pada zaman dahulu terutama zaman Shogun, negara Jepun sentiasa berperang. Setiap permulaan musim hujan Shogun akan menghantar samurai untuk mendapatkan bekalan di kampung. Tidak kira berapa rumah yang ada di kampung tersebut mereka perlu menyediakan bekalan kepada para samurai tersebut. Misalannya mereka meminta bekalan sebanyak 100 kereta lembu, setiap kampung perlu menyediakan bekalan sebanyak 100 kereta lembu. Samurai-samurai itu tidak ambil tahu setiap rumah terdapat berapa ahli keluarga dan sebagainya, apa yang mereka tahu ialah seluruh kampung perlu menyediakan bekalan seperti yang dikehendaki. Kampung mana yang tidak dapat menyediakan bekalan seperti yang dikehendaki, misalnya hanya dapat menyediakan sebanyak 80 kereta lembu sahaja maka samurai-samurai tersebut akan mengambil bekalan sebanyak 80 kereta lembu berserta dengan kepala ketua kampung dan anak isteri sekali. Sebelum meninggalkan kampung tersebut samurai-samurai akan memesan yang tahun depan mereka akan datang lagi. Seluruh kampung perlu menyediakan sebanyak 100 kereta lembu seperti ditetapkan terlebih dahulu. ‘’Sebelum meninggalkan kampung juga samurai-samurai tersebut akan melantik ketua kampung yang baru. Tambahan lagi mereka akan merebut isteri dan anak perempuan sesiapa sahaja sebelum pergi. Sikap bekerjasama yang kuat dan hidup bersatupadu secara automatik wujud di kalangan masyarakat kampung tersebut. Sesiapa yang malas bekerja akan dihalau dari kampung kerana ketua kampung takut sikap malas mereka akan menjejaskan penghasilan bekalan kepada samurai. Apabila orang yang dihalau dari kampung itu berpindah ke kampung lain mereka akan ditanya soalan yang sama, orang yang malas tidak dibenarkan tinggalkan di mana-mana kampung kerana mereka takut akan menjejaskan penghasilan bekalan kepada samurai-samurai’’ ‘’Oleh itu, apa yang orang Jepun paling takut ialah takut disingkirkan dari kampung atau masyarakat masing-masing. Dalam pada itu orang Thai tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Orang Jepun perlu menukarkanya dengan nyawa sendiri. Dengan itu mereka berpegang

94

teguh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan. Amalan seperti ini tidak hanya baru diamalkan tetapi sudah lama diamalkan beratus-ratus tahun dahulu’’ ‘’Jika ditanya kenapa mereka perlu menjaga disiplin diri dengan ketat seperti ini, kerana keadan cuaca negara mereka yang dahsyat. Jika cuaca sejuk ianya sangat sejuk, jika hujan hujan yang sangat lebat, jika panas ianya sangat panas. Orang Jepun mesti bersusah payah untuk bekerja mendapatkan makanan. Negara Thai pula, cuaca sangat selesa, udara segar, makanan boleh di dapati dengan mudah, maka orang Thai menjadi orang yang agak lembap kerana tidak perlu bersusah payah seperti orang Jepun’’ ‘’Kesimpulannya, keadaan trafik negara Thai terutama sekali di Bangkok sesak seperti ini adalah berpunca daripada cara ibubapa mendidik anak-anak yang mengandungi unsur-unsur yang baik dan tidak baik bersama-sama. Unsur baik ialah melahirkan semangat bersatu padu Unsur tidak baik ialah tidak mempunyai pendirian sendiri. Jika berada dalam kumpulan masyarakat yang jahat, ahli masyarakat tersebut tidak menghiraukan masalah tersebut, maka masalah akan timbul. Apabila sampai masa untuk menyelesaikan masalah mereka akan menggunakan cara-cara yang kasar kerana semua orang berkelakuan seperti ini. ‘’Negara Thai terlalu bebas, sampai kebanyakkan orang berkelakuan mengikut perasaan sendiri. Mesti hapuskan perasaan seperti ini dengan bermula dari diri kita sendiri terlebih dahulu’’ ‘’Dengan itu untuk mengatasi masalah lalu lintas di negara dalam jangka masa panjang perlulah dimulakan dengan mendisiplinkan kanak-kanak di seluruh negara terlebih dahulu.’’ ‘’Daripada cerita di atas, membuatkan kita sedar bahawa kereta di negara Jepun tidak kurang jumlahnya dari Thailand. Tetapi kejayaan negara Jepun menyelesaikan masalah besar iaitu masalah negara adalah kerana mereka telah diajar mengenai disiplin terutamanya disiplin dalam masyarakat secara ketat. Untuk mendorong anak-anak hidup dalam dunia bermasyarakat dengan gembira ibubapa perlu bersunguh-sungguh melatih sikap peribadi anak-anak supaya menjadi baik dan juga sikap-sikap murni yang perlu diamalkan dalam masyarakat. Jika kita berjaya mendidik anak-anak supaya berdisiplin diri dan dalam masyarakat seperti ini maka mereka akan dapat membawa kemajuan kepada negara seperti mana yang dilakukan oleh masyarakat Jepun lakukan. 95

Bab 13

Ayah Jangan Biarkan Saya Ketagih Akan Televisyen

Masalah yang membimbangkan kepada ibubapa zaman sekarang ialah tidak mempunyai masa untuk diluangkan kepada anak-anak. Ini adalah kerana kebanyakkan ibubapa menghabiskan masa untuk bekerja untuk membiayai perbelanjaan keluarga. Ibubapa mencari jalan mudah dengan membiarkan anak-anak menonton televisyen atau dengan kata lain membiarkan anakanak dididik oleh televisyen. Hasil daripada ibubapa mengambil jalan mudah dengan membiarkan anak-anak menonton televisyen sesuka hati akhirnya ibubapa yang bersedih kerana anak-anak membesar menjadi seorang yang ganas, bercakap dengan kata-kata yang kasar. Menggunakan kata-kata lucah,

96

lebih buruk lagi ialah ibubapa tidak tahu apakah punca yang menyebabkan anak-anak mereka berkelakuan seperti itu. Apabila ibubapa menyedari bahawa kelakuan anak yang kurang baik itu adalah berpunca daripada unsur-unsur ganas yang ditunjukkan dari televisyen ianya sudah terlambat kerana unsur-unsur tersebut telah menjadi sebahagian daripada perangai anak-anak. Maka ibubapa mula sedar bahawa pengorbanan mereka mancari wang untuk memberikan keselesaan kebendaan kepada anak-anak bukan sesuatu yang menguntungkan lagi. Oleh itu sebagai panduan menangani dan mengelak supaya masalah ini tidak berlaku dalam keluarga kita, ibubapa perlu mempunyai kaedah-kaedah penelitian sepeti berikut: Perkara 1 - Ibubapa perlu sentiasa sedar bahawa jika mereka tidak meluangkan masa bersama anak-anak, anak-anak tentu mempunyai tafsiran-tafsiran yang salah. Ini adalah kerana kebanyakan rancangan-rancangan televisyen sentiasa menekankan rancangan berbentuk seks. Jika ditonton selalu akan membuatkan pemikiran anak-anak sentiasa berligar mengenai perkara-perkara berkaitan seks kerana mereka menafsirkan yang perkara ini merupakan perkara yang biasa. Perkara 2 - Ibubapa perlu memilih rancangan yang menggalakkan perkembangan minda anakanak. Perlu menetapkan waktu menonton yang tertentu. Jika boleh menjadikan waktu menonton televisyen sebagai salah satu daripada peraturan dalam rumah akan menjadi lebih baik.

Walaupun bagaimana pun, dalam mengelakkan anak-anak daripada tidak meniru

gelagat-gelagat yang tidak baik dari rancangan televisyen ibubapa perlu menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut: 1. Tidak menjejaskan kerja. Ibubapa tidak boleh biarkan anak-anak menonton televisyen sesuka hati mereka. Perlu mengagihkan masa untuk untuk melakukan kerja-kerja rumah yang lain, menyiapkan tugasan yang guru berikan dari sekolah, mengulangkaji pelajaran dan sebagainya. Ibubapa perlu mengagihkan masa yang sesuai kepada anak-anak dalam menonton televisyen. Jangan biarkan mereka menonton televisyen hingga larut malam kerana ini akan mengganggu masa tidur mereka. Apabila tidak dapat rehat dengan cukup, akan membawa kepada beberapa perangai buruk yang lain seperti suka bangun lewat, pandai bercakap bohong dan sebagainya. Anak-anak akan mencari pelbagai alasan untuk 97

tidak ke sekolah apabila tidak tidur secukupnya atau tidak dapat menghabiskan kerja-kerja sekolah. Lantas mereka akan berbohong dengan ibubapa dengan mengatakan yang mereka sakit seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya. Jika ibubapa tidak menyedari yang anak-anak sedang berbohong anak-anak gembira dan mencari pelbagai alasan yang lain untuk tidak kesekolah. 2. Rancangan yang tidak menggalakkan akhlak yang baik. Rancangan yang boleh ditonton perlulah merupakan rancangan yang tidak menyebabkan kekurangan akhlak, tidak berfaedah seperti cerita mengenai perbuatan membalas dendam, cerita seram, cerita yang menonjolkan tentang seks dan sebagainya. 3. Rancangan yang menggalak perkembangan akhlak yang mulia.

Ibubapa perlu

memilih rancangan yang menggalakan perkembangan akhlak yang mulia, menggalakan kecerdasan minda seperti cerita mengenai pengorbanan, belas kasihan, mengenang budi. Rancangan-rancangan mengenai seni dan tamadun sesuatu masyarakat dan sebagainya. Melalui contoh rancangan yang disebutkan boleh menolong anak-anak mengenali negara sendiri, bangsa sendiri dengan lebih teliti dan ini akan membuatkan anak-anak membuat wawasan yang luas untuk masa hadapan mereka. Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak, barulah anak-anka boleh mendengar kata ibubapa. Jika ibubapa ketagih kepada televisyen maka adalah tidak mudah untuk membuatkan anak-anak untuk mendengar cakap ibubapa. Jadi ibubapa perlu memilih antara rancangan kegemaran sendiri atau memilih untuk mendidik anak-anak menjadi seorang yang baik.

98

Bab 14

Anak Ketagih internet

Pada masa ini, dunia mengalami perkembangan pesat dalam dunia informasi dan teknologi. Oleh itu ramai remaja masa kini mejadi penagih televisyen, telefon bimbit, permainan video dan juga internet. Perkembangan dunia teknologi ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jika tidak tahu menggunakannya dengan betul akan menjadi hamba kepada teknologi ini tidak kira sama ada kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Bagi para remaja, semakin dilarang dari melakukan sesuatu keinginannya untuk melakukan perkara larangan itu semakin kuat. Oleh itu ibubapa kadang-kadang terpaksa membenarkan anak-anak menonton televisyen atau melayari internet tetapi harus tahu membahagikan masa antara masa menonton televisyen, melayari internet, belajar, sembahyang dan sebagainya.

99

Selain itu ibu bapa juga harus mendidik anak-anaknya supaya menggunakan komputer dan menonton televisyen dengan betul dan hendaklah tidak sehingga larut malam, ini kerana jika mereka berjaga sehingga larut malam mereka akan mengalami masalah untuk bangun pagi. Keadaan ini juga memaksa ibu bapa sentiasa memerhatikan mereka sehinggakan kadang-kadang menimbulkan pertengkaran kecil seawal pagi hari. Pertengkaran kecil ini seolah-olah melatih anak supaya bertengkar dan melawan cakap orang tua. Ini juga boleh menyebabkan anak-anak pandai bercakap bohong pada ibu bapa. Mendidik anak-anak menjadi seorang yang menepati masa boleh menyebabkan dia mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran dan apabila dewasa kelak dia juga akan menjadi seorang yang pandai membahagikan masa dengan betul. Pembahagian masa yang betul ini sebenarnya dapat menyelesaikan masalah seorang anak yang menjadi ketagih kepada menonton televisyen atau pun internet. Ianya juga terbukti berkesan kepada beberapa keluarga. Sebagai contoh dapat dilihat dari kejayaan keluarga seorang guru Bahasa Inggeris yang merupakan orang yang sangat disegani dan dihormati. Ketika suami beliau melanjutkan pelajarannya di luar negera beliau hanya tinggal bersama tiga orang anaknya. Oleh itu si suami meminta adik guru tersebut supaya menemani dan menjaga keluarganya. Guru itu memiliki 3 orang anak dan kelihatan seperti anak yang sangat pintar, tetapi adik guru tersebut mendapati anak saudaranya ini tidak pintar dalam pelajaran. Oleh itu beliau mula mencari penyebab berlakunya situasi tersebut dan mendapati ianya berlaku kerana anakanak itu dibiarkan menonton televisyen sehingga larut malam. Setelah mengetahui puncanya beliau mula mencari jalan penyelesaian dengan membincangkannya dengan kakak beliau. Setelah guru tersebut mengetahui penyebabnya, beliau telah membuat peraturan baru dalam rumah tersebut iaitu televisyen harus dimatikan selepas selesai siaran berita pada jam 9 malam dan anak-anak harus masuk tidur pada jam 9 malam. Setelah seketika beliau mendapati kesihatan anak-anaknya pun bertambah baik dan mereka mula bangun antara pukul 4.30 sehingga pukul 5 pagi untuk membaca buku dan kemudianya mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Hasil yang seterusnya dapat dilihat apabila mereka mendapat keputusan yang lebih baik dari semester sebelumnya. Anak pertama pernah mendapat tempat ke 15 dalam kelasnya dan keputusannya meningkat menjadi baik dan mendapat tempat ke 5 dalam kelas setelah pembahagian masa yang betul dipraktikkan di rumah. Manakala anak kedua pula jika dahulu mendapat tempat ketujuh dalam kelas kini meningkat mendapat tempat kedua. Anak bongsu yang masih kecil 100

tidak mengerti apa-apa dan masih mengekalkan kedudukannya di tempat pertama. Pada semester berikutnya anak pertama dan kedua masing-masing mendapat keputusan yang lebih baik dan mendapat tempat pertama dalam kelas. Setelah tamat pengajian di sekolah mereka masing-masing lulus dan mendapat tempat pertama di sekolah. Cara membahagi dan menentukan masa belajar, tidur dan bangun kepada anak-anak bukan sahaja mempengaruhi pelajarannya tetapi juga dapat mempengaruhi keputusan yang diambil seorang anak. Ini kerana anak-anak ini dapat menbezakan antara baik dan buruk tetapi tidak dapat membuat keputusan. Apabila dia dapat membezakan antara baik dan buruk dia seharusnya dapat membuat keputusan dan dapat mengelakkan diri dari melakukan kejahatan. Anak-anak yang tidak di latih dari kecil, apabila dewasa sering menimbulkan masalah kepada masyarakat dan tidak dapat menahan diri dari melakukan perkara yang disukai. Contohnya, semasa kecil apabila sampai masa tidur, walaupun rancangan televisyen yang digemari sedang ditayangkan mereka mesti tinggalkannya untuk masuk tidur. Keadaan ini sebenarnya secara tidak langsung telah melatih anak-anak tersebut membuat keputusan yang mana seharusnya dibuat apabila sampai masanya walaupun benda tersebut sangat disukai. Sebuah rumah yang mempunyai peraturan tentang bagaimana anak-anak mereka patut menggunakan masa dengan betul seharusnya dapat melahirkan anak yang dapat membuat keputusan dengan betul dan tepat serta dapat menahan diri dari melakukan sesuatu yang jahat. Ini juga boleh menjadi asas yang baik bagi dirinya untuk membuat keputusan yang betul, bernas dan kuat dengan penjelasan dan bukti yang nyata malah ini juga dapat mempersiapkan anak tersebut supaya bersedia menjadi orang yang berguna dan bersedia menerima pekerjaan yang besar di masa depan.

101

Bab 15

Anak perempuan yang berpakaian seksi

Seorang pegawai kerajaan mengunjungi seorang Bhikkhu untuk meminta saranan atau cadangan mengenai masalah yang dihadapi oleh para remaja dewasa ini. Beliau berkata bahawa cara berpakaian para remaja masa kini tidak sesuai dan seksi serta mendedahkan tubuh badan dan ini merupakan penyebab meningkatnya jenayah seksual pada masa kini. Jawapan yang diberi oleh Y.M Bhikkhu mendapat persetujuan daripada sesiapa yang mendengar jawapan beliau pada ketika itu. Mereka berpendapat bahawa

102

jawapan yang di beri oleh Bhikkhu tersebut dapat memberi jalan penyelesaian kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan. Y.M bhikkhu telah memberikan kritikannya tentang masalah ini dengan berkata bahawa beliau berpendapat bahawa seorang anak berpakaian seksi bukan kerana mengikuti perkembangan fesyen masa kini tetapi masalah ini timbul kerana kesilapan ibu bapa dan guru dalam melatih dan mendidik anak tersebut. “Jika dilihat dengan jelas kita akan menemui punca masalah anak gadis berpakaian seksi ini sebelum anak-anak itu meningkat remaja lagi. Mereka dilatih memakai pakaian seksi sejak di sekolah tadika lagi. Ibu bapa dan guru silap apabila mereka berfikir bahawa anak-anak gadis ini berani menonjolkan diri apabila mereka berani membuat persembahan pentas seperti menari. Mereka diberi galakan dan disolek serta dipakaikan dengan pakaian yang seksi yang kadang kalanya menunjukkan pusat, memakai skirt pendek dan sebagainya. Apabila mereka sudah pandai menari mereka akan dihantar ke atas pentas untuk menunnjukkan tarian mereka. Ibu bapa dan guru berasa puas hati dan berpendapat bahawa mereka sudah berjaya menonjolkan diri anak tersebut. “Tetapi masalah ini tidak berhenti di sini sahaja. Perbuatan ini sebenarnya sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara pemakaian anak gadis tersebut. Apabila ibu bapa melarang mereka memakai pakaian yang menjolok mata ini mereka sudah tidak mengendahkannya lagi kerana mereka sudah biasa memakainya dan sudah tidak berasa malu lagi untuk mendedahkan bahagian tubuh badan mereka. “Masalah ini terjadi kerana cara mendidik seorang anak untuk itu menari dan berpakaian seksi sejak kecil lagi dan ini telah menjadikan seorang anak itu merasa dewasa sebelum masanya dan siapa yang harus disalahkan? Yang harus disalahkan adalah orang tua dan gurunya yang telah memberikan dorongan dan sokongan untuk melakukan seperti itu. Oleh itu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengenakan cara berpakaian yang sopan dan perilaku yang sopan semasa anak itu masih kecil. “Buddha pernah menjelaskan mengenai cara berpakaian yang sopan dan melarang untuk berpakaian yang tidak sopan “Cara berpakaian yang tidak sopan adalah cara memakai seluar di atas lutut serta cara memakai baju yang memperlihatkan kedua bahu. “Pada zaman dahulu datuk nenek kita, apabila mereka melihat anak cucunya yang masih kecil mengenakan pakaian yang tidak sopan, mereka akan segera menyuruhnya untuk menukar pakaian yang sopan, dari situ setelah anak cucunya beranjak dewasa mereka akan

103

terbiasa dengan memakai pakaian yang tidak memperlihatkan lengan dan memakai seluar di bawah lutut. “Dengan membiarkan anak gadis dan anak cucu perempuan kita berpakaian tidak sopan akan menyebabkan terjadinya pelacuran anak dalam usia remaja, suka pergi ke bar, kelab malam, dan berbagai tempat yang bertentangan dengan nilai moral. “Sebelum mengatasi masalah ini kita harus memahami dengan jelas maksud dan tujuan berpakaian sopan terlebih dahulu, iaitu 1.

Untuk mengatasi cuaca panas dan sejuk

2.

Untuk melindungi diri dari sinar matahari yang terik, udara, hujan, serta melindungi diri dari segala macam haiwan yang merayap dan terbang.

3.

Untuk menutup bahagian tubuh yang tidak senonoh.

“Sekiranya ibu bapa mengajar anak tentang tujuan berpakaian dengan betul dan sopan sejak kecil lagi anak-anak gadis ini tidak akan merasa keliru dalam masalah seksual sejak kecil. Sebagai orang tua seharusnya melindunginya dengan cara melatihnya untuk membaca parita dan bermeditasi sebelum tidur dan juga mengajarnya untuk bersujud pada kaki ayah dan ibunya. Jika seorang anak itu sering melakukan perkara ini, masalah ini pasti dapat diatasi dan orang tua akan memiliki anak yang sangat baik pada masa depan. Saranan dan ajaran yang telah diberikan oleh Y.M Bhikkhu kepada kita tentang kebenaran dalam masalah anak perempuan yang berpakaian seksi sudah pasti akan dapat diatasi. Masalah jenayah tentang seksual juga akan berkurangan atau mungkin akan habis dari muka bumi ini jika semua orang tua tidak mengajar anaknya untuk berpakaian yang tidak sopan atau berpakaian seksi sejak mereka kecil.

104

BAHAGIAN 3

KELUARGA YANG BERSATU PADU

105

Bab 16

Cara-Cara Membentuk Sebuah Keluarga Yang Bersatu Padu

Kanak-kanak yang dibesarkan dari keluarga yang berpecah-belah selalunya bersikap negatif dan tidak mematuhi arahan. Keadaan seperti ini merupakan sesuatu yang tidak di ingini. Kita seharusnya mendalami masalah perpecahan keluarga seperti ini supaya ia tidak berlaku pada keluarga kita sendiri. Sesetengah anak dari keluarga berada lari rumah kerana terdapat konflik dalam keluarga. Terdapat pula anak-anak yang cuba mencuri sesama sendiri dalam umur seawal 12 atau 13 tahun. Semua masalah yang disebutkan ini berlaku kerana anak-anak tidak dididik dengan betul. Kurangnya perpaduan dalam keluarga merupakan punca utama timbulnya masalah keluarga. Ianya bermula apabila setiap ahli keluarga sibuk dengan kerja masing-masing. 106

Mereka mempunyai jadual harian yang berbeza sehingga tidak dapat dapat berinteraksi sesama sendiri. Jurang yang wujud di antara ahli keluarga membawa kepada masalah keluarga yang tidak bersatu atau kurang perpaduan di kalangan ahli keluarga. Masalah keluarga kurang bersatu ini wujud apabila ahli keluarga gagal makan bersama sekurangkurangnya makan bersama pada waktu malam. Dalam sebuah yang keluarga besar ahli keluarga selalunya tidak dapat meluangkan masa untuk makan malam bersama-sama, maka didapati pada kebiasaannya pertelingkahan biasa lebih mudah berlaku dalam sebuah keluarga yang besar. Cuba kita lihat bagaimana masalah boleh timbul jika ahli keluarga tidak dapat makan bersama-sama melalui contoh dalam situasi yang berikut. Sekiranya, pada suatu hari ibu menyediakan hidangan lazat yang menjadi kegemaran ahli keluarga, maka semua orang akan makan lebih banyak dari biasa. Jikalau semua orang makan bersama masalah kekurangan makanan mungkin menjadi tidak ketara, mungkin kurang hanya beberapa suap sahaja dari biasa. Bagaimanapun, jika semua orang makan pada waktu yang berbeza sememangnya masalah akan timbul. Anak yang makan orang yang terakhir mungkin tidak mempunyai makanan yang cukup. Anak itu akan berkecil hati dan berasa sedih kerana tidak diendahkan oleh ahli keluarga yang lain. Lebih menyedihkan lagi sekiranya anak tersebut merupakan seorang yang rajin dalam membantu kerja-kerja rumah, sudah tentu perasaan cemburu akan timbul. Dalam situasi keluarga yang besar, terdapat bermacam-macam karenah anak-anak yang berbeza, ada yang pandai memuji dan mengambil hati, ada yang tidak. Anak yang pandai mengambil hati akan dapat merasa makanan terlebih dahulu, kerana ia akan sentiasa berada di sisi ibu apabila masak di dapur, anak tersebutlah yang akan dapat merasa makanan yang lazat terlebih dahulu dan dapat makan banyak makanan dari yang lain. Anak-anak seperti ini akan disayangi ibu kerana pandai memuji dan mengambil hati. Manakala anak-anak yang rajin pula selalunya akan makan selepas orang lain sudah menjamu selera. Mereka merupakan orang yang bekerja keras tetapi hanya dapat makan lebihan makan dari ahli keluarga yang lain. Kadangkala selepas makan perlu membasuh pinggan mangkuk pula. Justeru anak ini akan berkecil hati, jika dibiarkan situasi seperti ini berterusan, perasaan kecil hati dan cemburu akan menggunung dan jika konflik berlaku di kalangan anak-anak, pergaduhan yang serius mungkin akan berlaku. Apabila pergaduhan berlaku ibubapa selalunya akan cuba meredakan situasi, tetapi ini tidak dapat mengemukakan situasi yang sebenar. Ibubapa harus memahami masalah yang berlaku. Jika ibubapa tidak memahami punca sebenar berlaku pergaduhan di kalangan anak107

anak dan menangani masalah dengan cara yang betul dan membiarkan perasaan marah terpendam dalam hati, ini mungkin membawa kepada masalah yang lebih serius seperti anak lari dari rumah. Ketidakadilan yang berlaku dalam keluarga semakin hari semakin menebal tanpa disedari oleh ibubapa disebabkan semua orang terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing. Tambahan pula ahli keluarga tidak dapat meluangkan masa bersama, ini boleh membawa kepada masalah perpecahan dalam keluarga. Dengan itu, keluarga yang tidak makan bersama terutama sekali makan malam adalah menjadi petanda yang keluarga tersebut boleh berpecah-belah pada masa akan datang. Meluangkan masa untuk makan malam bersamasama di kalangan ahli keluarga nampak seperti perkara kecil tetapi ia sebenarnya dapat mengeratkan hubungan di kalangan ahli keluarga dan dapat memupuk perpaduan di kalangan anak-anak. Semasa di meja makan, ahli keluarga berpeluang menyuarakan masalah masingmasing, dengan itu ibubapa dan juga anak-anak dapat memberi perhatian sesama sendiri, ibubapa dapat memberi nasihat kepada anak. Pada kebiasaannya manusia akan mempunyai perasaan (‘mood’) yang baik apabila perut kenyang. Dalam keadaan sebeginilah ibubapa boleh memberi nasihat tentang perlakuan dan etika kepada anak-anak dan mereka dapat menerima nasihat tersebut dengan baik. Nenek moyang kita sentiasa menekankan tentang pentingnya makan bersama-sama dalam keluarga sekurang-kurangnya satu hidangan dalam satu hari. Sarapan pagi, sukar untuk makan bersama kerana masing-masing sibuk dengan tanggungjawab masing-masing, ibubapa sibuk ke tempat kerja, anak-anak pula bergegas ke sekolah. Makan tengah hari adalah tidak praktikal kerana semua orang tidak berada di rumah. Maka makan malam adalah sangat penting dan harus diutamakan. Kegagalan menepati syarat ini merupakan sesuatu yang meyedihkan. Selepas makan malam semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk dilaksanakan. Ada yang perlu menyiapkan kerja rumah, ada yang menonton televisyen, jika masalah yang timbul dalam keluarga tidak diselesaikan di meja makan, akhirnya akan membawa kepada ketidakpuasan hati yang berterusan yang mungkin membawa kepada pertelingkahan yang mungking berlaku semasa menonton televisyen dan sebagainya. Terdapat juga keluarga yang cuba menyelesaikan masalah anak-anak merebut-rebut untuk menonton rancangan kegemaran dari set televisyen dengan memberikan setiap orang dengan set televisyen masing-masing. Tiada siapa perlu bercakap dengan yang lain, hanya

108

tumpukan perhatian kepada set televisyen masing-masing. Situasi seperti ini bukan dikatakan keluarga kerana tiada interaksi sesama sendiri. Situasi yang lain yang boleh membawa kepada ketidakperpaduan dalam keluarga ialah situasi di mana pasangan moden zaman sekarang tidak meyediakan makanan sendiri. Pasangan moden zaman sekarang mengabaikan penyediaan makanan sendiri, tetapi membungkus makanan dari luar disebabkan mereka adalah ‘hantu televisyen’. Mereka sentiasa bergegas pulang ke rumah untuk menonton rancangan kegemaran sehingga mengabaikan penyediaan makanan sendiri. Watak-watak dalam televisyen nampaknya lebih menarik perhatian daripada pasangan masing-masing. Pasangan yang sudah berkahwin haruslah juga meluangkan masa melawat kedua-dua mertua masing-masing. Jika mereka melawat mertua secara berasingan dengan tidak menemani pasangan masing-masing ini juga merupakan satu lagi petanda kepada masalah dalam perkahwinan. Aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang dilakukan bersama-sama dapat mengeratkan lagi hubungan di kalagan ahli keluarga. Perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana terdapat keluarga yang berpecah-belah kerana tidak dapat meluangkan masa bersama. Sebagai kesimpulan, membentuk sebuah keluarga yang bersatu padu dan harmoni bukan satu perkara yang sukar. Makan bersama sekurang-kurangnya sekali dalam satu hari dapat sekurang-kurangnya memberi peluang kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah meluahkan masalah masing-masing. Ahli keluarga yang lain dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Masalah dalam keluarga dapat ditangani dengan menggunakan ‘pengetahuan Dhamma’, rasional dan pendapat ahli-ahli keluarga sebagai panduan. Keluarga bahagia dapat dilahirkan jika cara-cara tersebut diamalkan dalam setiap keluarga.

109

Bab 17

Anak-Anak Tidak Serasi, Apa Yang Ibubapa Perlu Lakukan?

Di sini akan dikongsikan sebuah kisah keluarga yang belum lagi mula membentuk keluarga harmoni. Kisah ini merupakan kisah tiga beradik perempuan yang tidak serasi. Anak sulung bersedih kerana kedua-dua adik kesayangannya tidak bercakap sesama sendiri selama lebih dari dua tahun. Mereka bertelingkah sehingga mengambi keputusan untuk memutuskan hubungan sebagai adik-beradik. Anak sulung berasa sangat perit melihat keadaan yang berlaku. Kadang-kala kedua-dua adik perempuan tidak mengendah sesama sendiri seperti seorang lagi tidak wujud. Pada ketika yang lain mereka berkelakuan seperti akan bermusuhan sehingga seumur hidup. Anak sulung berkali-kali menanyakan diri sendiri adakah sudah

110

terlambat untuk memperbaiki keadaan ini. Kedua-dua ibubapa pula sudah berputus asa dengan keadaan yang berlaku. Akhirnya anak sulung tersebut mengambil keputusan untuk menyuarakan masalah yang berlaku kepada sami (bhikkhu) yang dihormati dari wat. Dia memberitahu sami (bhikkhu) yang kedua-dua adiknya masih bersekolah. Apabila mereka menamatkan pengajian masingmasing dan dapat hidup berdikari, pertelingkahan antara mereka mungkin mempunyai peluang yang tipis untuk diselesaikan. Dia berasa kesal dan bimbang melihat konflik yang semakin hari semakin serius ini. Sami (bhikkhu) mendengar masalah tersebut dengan rasa simpati dan menjawab, ‘’Kedua-dua ibubapa awak tidak sepatutnya membiarkan masalah yang berlaku mencapai tahap yang serius seperti ini. Jika masalah ini tidak diselesaikan sekarang, adik-adik awak mungkin tidak akan mempedulikan nasihat sesiapa apabila mereka meningkat dewasa dan masing-masing sudah tamat pengajian dan dapat menyara hidup masing-masing’’. ‘’Saya ada satu contoh peribadi yang ingin dikongsikan dengan awak. Saya ada dua orang kakak, semasa kecil apabila kami tiga beradik bertengkar bapa saya akan campur tangan dengan segera bagi mengawal situasi. Kami berhenti bertengkar serta merta apabila apabila bapa campur tangan. Bapa saya menyelesaikan masalah pertelingkahan di kalangan anak-anak melalui cara-cara berikut: Teknik 1: Mengamalkan Senioriti. Jika kami adik-beradik bergaduh, bapa saya akan mengarahkan kami datang kepada beliau dengan segera. Bapa akan menunjuk kepada saya sebagai anak bongsu untuk mendapatkan rotan untuk memukul kami bertiga. Sebelum merotan bapa akan menanyakan soalan-soalan mudah seperti, ‘’Awak bergaduh dengan kakak awak?’’ ‘’Ya, ayah’’, saya jawab ‘’Baik berdiri dan peluk tangan!’’ Pertama, beliau merotan kakak, dan mengarah kakak memukul saya satu kali, sebagai hukuman kerana saya tidak menghormati kakak sendiri dengan tidak mengambilkira siapa betul dan siapa yang salah. Kedua, beliau menanyakan tentang keadaan yang sebenar, jika saya yang bersalah, bapa akan memukul saya satu kali. Kali ini beliau merotan saya kerana saya yang melakukan kesalahan. Jika kakak saya yang bersalah (salah hanya bermimpi siang untuk merotan dia), ayah akan mengalih kepada kakak dan merotan dia kerana membuli adik sendiri. 111

Tidak kira siapa yang bersalah, saya akan menjadi orang yang pertama yang akan di rotan kerana tidak menghormati yang senior. Jadi tidak berguna bergaduh dengan kakak sendiri. Cara ini memberi pengajaran kepada kita agar menhormati orang lain dan meyayangi sesama adik-beradik.

Teknik 2: Memberi tanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja dalam rumah. ‘’Saya datang dari keluarga tani, jadi bapa saya akan mengagihkan kerja-kerja tani kepada kami adik-beradik. Hujung minggu kami akan membantu bapa membuat kerja-kerja seperti mengemburkan tanah, menyediakan batas-batas untuk menanam sayur dan sebagainya. Selalunya ayah akan mengarahkan agar kerja-kerja tesebut supaya disiapkan sebelum makan malam. Jika kerja tidak disiapkan pada waktunya kami tidak dibenarkan makan malam. Dengan itu kami tiga adik beradik bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama agar kami dapat makan malam. Sebagai anak lelaki bongsu yang belum matang saya agak nakal, kadang-kadang saya meninggalkan tugasan dan tidak menolong kakak-kakak saya menyiapkan kerja. ‘’Kenapa’’ ‘’Kerana waktu pagi saya pergi melastik burung dan memancing ikan dengan rakanrakan. Apabila tiba waktu tengah hari saya menjadi panik kerana menyedari yang tugasan belum diselesaikan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Tidak! Kakak-kakak saya tak dapat menghabiskan tugasan yang diberi, kami semua tak dapat makan malam! Saya akan bergegas membantu mereka sambil mengambil hati mereka dengan bermacam-macam cara agar mereka tidak melaporkan tentang kelakuan saya yang tidak membantu menjalankan tugasan kepada bapa. Dari sini, saya belajar menjadi seorang yang baik dan beradab, juga menggunakan perkataan-perkataan manis untuk mengambil hati kakak-kakak setelah kembali bekerja. Jika saya tidak mengambil tindakan berbaik-baik begini, kami bertiga mungkin menerima akibat-akibat seperti berikut. 1) Mungkin tidak dapat makan malam dan terpaksa memasang lampu untuk menyiapkan kerja 2) Jika kakak-kakak tidak berpuas hati dengan saya, mereka mungkin melaporkan kepada bapa akan perbuatan saya yang mencuri tulang, saya mungkin dihukum seorang diri.

112

Jadi, saya berkelakuan baik dengan kakak-kakak agar mereka berasa gembira. Kami diberi tanggungjawab bersama, jika asyik bergaduh mungkin tidak dapat menghabiskan kerja yang ditugaskan dan pastikan berada dalam kesusahan nanti. Dengan ini kami belajar berunding dan berbaik-baik sesama sendiri secara automatik. Berbalik kepada masalah yang dihadapi oleh keluarga awak, masalah timbul kerana tidak ada apa-apa tugasan yang diberikan kepada anak-anak untuk dilakukan bersama-sama. Kamu adik beradik terlalu selesa. Kadang-kadang kita perlu berasa lapar, mesti bersusah payah, kemudian menolong dan bergantung kepada orang lain untuk mendapat sesuatu pengajaran dalam hidup. Keadaan yang terlalu selesa boleh menimbulkan masalah di kalangan anak-anak dengan mudah. Dalam situasi ini, pertelingkahan telah mencapai tahap yang serius. Saya syorkan agar ibubapa awak yang selesaikan masalah ini. Awak sebagai anak sulung perlu memberi pendapat kepada kedua-dua ibubapa dan menolong mereka apabila perlu. Situasi-situasi berikut boleh diambil kira dalam menangani masalah yang dihadapi. 1) Mengetatkan peruntukan perbelanjaan dalam keluarga. Berbelanja secara berlebihan tidak dibenarkan sama sekali. Jangan berikan lebih wang kepada kedua-dua adik beradik yang bergaduh ini. Beri peluang untuk mereka bergantung antara satu sama lain. 2) Memberikan tugasan-tugasan dalam menjalankan kerja-kerja dalam rumah. Apabila mereka terpaksa menjalankan tugas bersama-sama, mereka berpeluang berinteraksi sesama mereka. Komunikasi sesama mereka akan mengurangkan ketegangan antara mereka berdua. Cara ini boleh memberi keputusan yang memuaskan. 3) Mendisiplin anak-anak muda adalah penting Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan baik, mereka tidak perlu bimbang yang anakanak akan lari dari rumah. Anak-anak muda selalunya tidak berapa berani untuk melakukan tidakan seperti berikut. Ibubapa harus mendidik anak-anak dengan memberi sebab dan alasan yang munasabah. Merotan adalah perlu dalam mendisiplinkan anak-anak, tetapi ibubapa perlu tahu bila dan bagaimana menggunakannya. Ibubapa perlu mengajar anak-anak apabila merotan mereka. Rotan bukan digunakan untuk menyakitkan anak-anak semata-mata tetapi juga untuk memberi pengajaran kepada mereka. 113

Dalam menangani masalah keluarga awak, saya syorkan ibubapa awak menggunakan cara-cara yang saya syorkan, iaitu mengurangkan wang saku adik-adik awak. Wang saku boleh diberi melalui cara memberikan kerja-kerja rumah. Apabila duit dalam poket mereka berkurangan, mereka akan tolong menolong sesama sendiri untuk menjalankan kerja-kerja rumah bagi mendapatkan wang. Bagi keluarga yang mempunyai pembantu rumah, kerja-kerja rumah utama boleh dilakukan oleh pembantu rumah tetapi kerja peribadi seperti membasuh baju sendiri dan membasuh pinggang sendiri boleh dilalakukan oleh anak-anak. Tugasan rumah yang diagihkan oleh ibubapa kepada anak-anak perlu memberi peluang kepada mereka untuk berbincang secara terbuka akan cara-cara menyelesaikan tugasan tersebut. Teknik ini boleh digunakan ketika anak-anak masih kecil. Jika anak-anak terlalu dimanjakan mereka akan membesar menjadi seorang yang bermasalah. Ibubapa yang membaca buku ini perlu menanamkan semangat bersatu di kalangan anak-anak dengan mengajar mereka tentang senioriti atau hormat-menghormati. Apabila mereka membesar nanti, mereka akan faham dan menjaga dan menolong sesama sendiri. Jika terdapat ahli keluarga yang menghadapi masalah, adik-adik tidak akan membiarkan biarkan kakak atau abang mereka bersedih atau menghadapi masalah seorang diri sahaja tetapi akan menghulurkan bantuan. Berbekalkan maksud murni seperti ini ibubapa tidak perlu lagi bimbang yang keluarga akan berpecah belah.

114

Bab 18

Menangani Situasi Jiran Sebelah Bertengkar

Persekitaran yang baik menggalakkan perkembangan sifat-sifat baik di kalangan anakanak. Jiran sebelah yang sentiasa bertengkar dan membuat bising membuatkan persekitaran sekeliling rumah menjadi kurang menyenangkan. Keadaan tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan nilai-nilai murni anak-anak yang sedang membesar. Situasi seperti ini boleh membawa kepada perubahan perlakuan anak-anak. Mereka akan menjadi seorang yang kurang sopan, berkelakuan kasar seterusnya membuatkan mereka tidak dapat diterima oleh masyarakat.

115

Terdapat dua cara boleh digunakan untuk menangani situasi sebegini. 1) Berpindah Situasi jiran bertengkar yang serius boleh membawa kepada keputusan berpindah rumah. Jika boleh pindah haruslah berpindah, tetapi jika tidak dapat berpindah ibubapa haruslah bersabar dan terus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Ibubapa perlu bercakap dengan anak-anak dengan sopan. Jika tingkahlaku yang drastik diambil seperti bertengkar dengan jiran ini akan memburukkan keadaan. 2) Bertahan dengan mengamalkan kebaikan Jika ibubapa lebih muda daripada jiran sebelah, mereka perlulah beramah mesra dengan jiran dengan selalu bertegur atau berbual-bual dengan jiran dan sentiasa menunjukkan sifat bersopan santun. Ini mungkin dapat menyedarkan jiran yang suka bergaduh akan bergaduh dengan perlahan-lahan dan tidak mengganggu jiran sebelah. Bagaimanapun, jika ibubapa adalah lebih tua daripada jiran, mempunyai kerjaya sendiri dan dihormati oleh masyrakat, ibubapa perlu mula berinteraksi dengan jiran. Ibubapa perlu memupuk sifat-sifat yang disegani oleh masyarakat terlebih dahulu. Apa yang perlu dilakukan untuk menjadi orang yang disegani dan disukai orang lain? 1. Seseorang boleh menjadi seorang yang disukai dengan menjadi seorang yang tidak mementingkan diri sendiri dan juga seorang penderma. Seseorang yang suka berkongsi barang kepunyaan sendiri dan wang dengan orang lain akan mudah disegani oleh orang lain. Kebiasaannya seseorang yang akan menghargai pemberian dari orang disegani. Jika kita berupaya membantu kita perlu menghulurkan bantuan. Walaupun kita tidak tahu apa yang harus diberikan kepada orang lain sekurang-kurangnya kita memberikan sokongan dan galakkan dengan kata-kata yang baik. Walaupun kita tidak ada kata-kata yang baik untuk diberi memadai dengan memberi senyuman. Jika ibubapa berkelakuan baik terhadap jiran tetangga mereka akan menjadi orang yang disayangi dan dihormati. Apabila ibubapa kita disegani oleh orang lain maka bolehlah menegur orang lain.

116

Buddha telah memberi 4 asas dalam membentuk perpaduan dalam masyarakat iaitu merujuk kepada prinsip dalam membentuk individu atau membentuk masyarakat bersatu. Prinsipprinsip tersebut tersebut adalah: 1. Kemurahan hati (Dana) Memberi dalam bentuk material 2. Percakapan yang baik (Piyavaca) Bercakap dengan menggunakan kata-kata yang baik atau yang menyenangkan hati orang 3. Perlakuan yang berguna (Atthacariya) Bantu membantu orang lain supaya dapat mengurangkan beban orang lain. 4. Senantiasa berkelakuan baik (Samanattata) Iaitu konsisten dalam melakukan kebaikan. Jika ibubapa dapat mempraktikkan 4 prinsip asas perpaduan sosial, mereka akan dianggap sebagai orang yang disegani dan dihormati masyarakat. Masalah atau konflik dalam masyarakat dapat diselesaikan bersama-sama.

2. Orang yang boleh memberi nasihat kepada orang lain perlulah mempraktikkan Sila 5 Hanya orang yang mempraktikkan Sila 5 boleh menasihatkan perlakuan orang lain. Apabila kita betul-betul mengamalkan Sila 5, kita akan mempunyai tingkahlaku baik, beretika dan mempunyai keupayaan memhadapi pelbagai situasi. Jika seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang baik, ia tidak layak menegur orang lain. Seseorang perlu menyayangi komuniti sendiri Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan supaya dihormati dan disayangi oleh masyarakat. Cara yang paling berkesan ialah menjadi seorang pemberi. Apabila kita memberi dengan rasa ikhlas, masyarakat akan menyayangi individu seperti ini dengan rasa penuh hormat. Cara-cara yang berikut pernah diamalkan pada masa dahulu dan menghasilkan keputusan yang memuaskan. Ianya agak mudah. Waktu pagi dapatkan penyapu dan sapu sepanjang jalan yang menuju ke rumah anda dari permulaan jalan sehingga ke akhir jalan. Apabila anda ada di rumah, anda perlu menyapu jalan. Cuba lakukannya sekurang-kurangnya 117

sekali seminggu. Jika anda selalu berbuat begini, lambat-laun jiran-jiran anda akan menyedari akan perbuatan anda. Mereka mungkin tidak menyayangi anda tetapi, tidak juga membenci anda. Pemberian begini dikenali sebagai pemberian dengan usaha. Pada zaman sebelum ini, terdapat beberapa cara kita boleh memberi kepada orang lain. Dahulunya, terdapat satu cara yang pernah diamalkan, yang mana tidak banyak lagi diamalkan pada zaman ini. Secara traditionalnya, setiap rumah akan disediakan besen besar di hadapan rumah dengan penyeduknya atau cawan sekali. Jika sesiapa yang lalu lalang di hadapan rumah rasa dahaga mereka boleh berhenti dan minum air dalam besen yang disediakan. Besen mengisi air bukan sahaja besen mengisi air yang biasa sahaja tetapi merupakan besen berharga yang mengubah air kosong menjadi menjadi kemurahan hati. Justeru, jika ibubapa mempraktikkan kegiatan memberi dan mengamalkan Sila 5 bersama-sama dengan sikap dan akhlak yang mulia akan membawa kepada anak-anak mereka yang hidup dalam persekitaran yang seronok dan mengagumkan. Keluarga itu tidak perlu lagi perpindah.

118

Bab 19

Mengajar Anak-Anak Mengambil Berat Akan Ahli Keluarga Terdekat Yang Sakit

Semua orang yang hidup atas bumi akhirnya akan meninggalkan bumi ini. Sebelum mereka pergi sudah tentu mereka akan jatuh sakit. Badan mereka menjadi lemah dan kurang berupaya kerana dijangkiti pelbagai penyakit. Pada masa yang sama sel-sel dalam badan mereka akan mati secara perlahan-lahan sehingga organ-organ dalam badan hilang keupayaan untuk berfungsi. Dengan itu adalah penting kita belajar bagaimana menjaga orang yang kita sayangi ketika sakit.

119

Mengambil berat akan ahli keluarga terdekat ketika sakit juga membenarkan kita mengambil berat akan minda mereka ketika menghadapi kesakitan. Menjaga ahli keluarga terdekat seperti datuk atau nenek kita ketika sakit memberi kita pelbagai pengajaran. Sekurang-kurangnya ia mengajar kita bagaimana menghadapi saat-saat genting sebelum meninggalkan dunia ini. Dengan itu kita dapat mengajar anak-anak kita cara-cara yang terbaik menjaga orang sakit dan menolong mereka menghadapi kematian. Bagaimana menjaga orang yang tersayang apabila mereka sakit? Terdapat dua komponen dalam menjaga orang sakit 1. Menjaga dari segi fizikal Cara ini ialah dapatkan doktor yang terbaik untuk merawat mereka supaya mereka mendapat rawatan sepenuhnya. Cara ini adalah bergantung kepada situasi dan juga kemampuan masing-masing.

2. Menjaga dari segi emosi Dalam situasi orang yang sakit berada dalam keadaan tenat penjagaan dari segi emosi ini adalah amat penting. Kita perlu sentiasa pastikan yang minda mereka sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling. Perlu mengawal pemikiran mereka supaya sentiasa fokuskan kepada kebaikan. Apa yang minda mereka fokuskan sebelum mati akan menentukan kehidupan selepas mati mereka, samada mereka akan menuju ke syurga atau neraka.

Buddha pernah berkata, ‘’Hati yang muram akan membawa roh orang yang mati ke tempat yang tidak menyenangkan (Duggati). Hati yang gembira akan membawa roh orang yang mati ke tempat yang menyenangkan (Suggati)’’ Apa itu Suggati? Suggati merupakan tempat atau keadaan yang menyenangkan atau yang menggembirakan. Selepas meninggalkan dunia ini seseorang akan dilahirkan semula sebagai manusia (manussaloka: bumi), menjadi malaikat (devaloka: syurga), sebagai Brahma (brahmaloka: celestial realm)

120

Apa itu Duggati? Duggati merujuk kepada tempat atau keadan yang tidak menggembirakan. Selepas meninggalkan dunia ini seseorang akan dilahirkan semula sebagai binatang (derachanpume: bumi), hantu lapar, hantu setan atau binatang neraka (pretapume, asurakayapume, atau narokkapume: neraka) Sugati dan Dugati adalah tempat yang sesiapa yang telah meninggal dunia menerima balasan daripada perbuatan mereka semasa masih hidup. Destinasi selepas mati seseorang ditentukan oleh pemikiran atau minda seseorang sebelum mati. Terdapat dua jenis iaitu minda yang gembira atau yang sedih. Buddha menamakan peringkat ini sebagai ‘’Peperangan Kewujudan’’ iaitu saat-saat yang menentukan destinasi seseorang selepas mati, samada ‘Sugati atau Duggati’ Tidak kira apa keputusan yang akan diperolehi daripada rawatan fizikal, penjaga perlu mengambil berat akan minda pesakit supaya dapat dipastikan yang minda pesakit berada dalam keadan yang sentiasa gembira. Ini akan memberikan semangat kepada pesakit untuk melawan dengan penyakit yang dihidapi. Beberapa cara penjaga boleh memberi semangat kepada pesakit: 1. Menggelakkan mereka daripada segala kerisauan. Jauhkan mereka daripda beritaberita seperti kerosakan harta benda, masalah-masalah di kalangan anak-anak atau segala perkara yang boleh mengganggu pemikiran mereka. 2. Mendorong minda mereka supaya sentiasa berada pada tahap kegembiraan dengan mengingatkan mereka tentang kebaikan-kebaikan yang pernah mereka lakukan. Seperti pernah menjadi bhikkhu (sami), melakukan ‘Kathina’ atau ‘Phapa’, membantu masyarakat seperti memberi pertolongan sosial dalam membina sekolah atau hospital, atau menghulurkan bantuan kepada orang-orang dalam keadaan kecemasan dan lainlain. 3. Mendorong mereka melakukan kebaikan-kebaikan yang baru dan ini adalah bergantung kepada kemampuan mereka. Menjemput mereka supaya menjadi orang yang murah hati dengan membuat dana dengan bhikkhu setiap hari. Jika mereka sangat tenat sehingga tidak boleh banguan bolehlah menjemput bhikkhu datang ke rumah dan boleh melakukan dana di rumah. Jika ini masih lagi tidak dapat dilakukan bolehlah membiarkan pesakit melafazkan azam mereka di atas katil pesakit dan 121

beritahu pesakit apabila dana telah dilakukan supaya pesakit berasa gembira dengan perbuatan tersebut. 4. Memujuk mereka supaya mengamalkan Sila 5 secara bersungguh-sungguh. Mereka tidak boleh membunuh walaupun seekor semut atau nyamuk. 5. Mengajak mereka supaya melakukan meditasi. Cara ini adalah sangat penting. Anda boleh biarkan pesakit mendengar rakaman doa-doa atau kata-kata Dhamma oleh bhikkhu yang dihormati oleh pesakit. Buku-buku Dhamma juga boleh dibacakan kepada pesakit. Jika ini dilakukan setiap hari pesakit mungkin mempunyai cukup kuasa kebaikan untuk sembuh. Jika pesakit tidak lagi mempunyai kuasa kebaikan lagi maka kita mesti akur yang sudah sampai masanya untuk pesakit meninggalkan dunia ini. Walau bagaimanapun, pesakit akan pergi ke Sugati kerana ia mempunyai hati yang tenang atau gembira sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan yang saat terakhir dalam hidup pesakit adalah sangat bermakna kerana ia merupakan saat yang kita boleh membantu pesakit memenangi “Perang Kewujudan”. Kemenangan dicapai apabila pesakit mempunyai minda yang suci sebelum meninggal dunia. Kesucian minda adalah sangat penting dan amat perlu pada saat-saat begini. Jadi, apabila saudara kita sakit tidak kira kita rapat atau tidak rapat dengan pesakit atau samada pesakit berada dalam keadaan tenat atau tidak, kita harus mengambil berat terhadap mereka tidak kira dari segi fizikal mahupun emosi pesakit. Apabila anak-anak kita sudah matang kita perlulah mengajar mereka supaya menjaga kesihatan mereka sendiri dan merasa simpati dengan dengan sanak-saudara yang sakit. Mengajar mereka untuk mengambil berat akan orang lain akan meyedarkan mereka tentang kebenaran dalam kehidupan iaitu semua orang akan mati. Dengan ini apabila tibanya masa untuk kita menghadapi ‘’Perang Kewujudan’’ mereka akan membantu kita menghadapi saat-saat tersebut.

122

Bab 20

Kasih Sayang Terhadap Anak Yang Tidak Berbelah Bahagi

Ibubapa zaman sekarang tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama-sama anak-anak. Anak-anak dibesarkan oleh set televisyen atau permainan video manakala ibubapa pula sibuk bekerja. Secara praktikal anak-anak dibesarkan tanpa asuhan daripada ibubapa, tidak mengenali sebab dan akibat sesuatu kejadian yang berlaku, tidak mengenali gelagatgelagat yang bermoral atau yang tidak bermoral atau bagaimana mengawal perasaan mereka yang sedang marah. Anak-anak tidak menyedari akan kepentingan ibubapa dan membenci ibubapa mereka sendiri. Mereka tidak lagi menghargai titik peluh dan pengorbanan ibubapa sendiri. Anak-anak berfikiran yang ibubapa yang menyebabkan mereka dilahirkan ke dunia ini

123

dan mereka adalah bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak. Akhirnya ibubapa yang kesal dan bersedih. Anak-anak dari keluarga yang kurang berada menganggap yang kemiskinan mereka adalah disebabkan oleh ibubapa yang pemalas. Mereka berasa malu dengan kemiskinan keluarga mereka sendiri. Kadang-kadang mereka membuli ibubapa mereka sendiri dengan berkelakuan buruk dan melepaskan perasaan marah terhadap ibubapa. Anak-anak sebegini sedang mengumpulkan “karma’’ (perbuatan) yang buruk secara tidak disedari. Masalah begini bukan sahaja berlaku dalam keluarga pertengahan sahaja tetapi juga dalam keluarga berada. Seorang Luang Phaw pernah menceritakan tentang kisah seorang jutawan dari Selatan yang pernah mengadap Luang Phaw sambil menceritakan tentang anak lelakinya, ‘’Luang Phaw tolong saya, anak lelaki saya sangat degil. Dia memaksa kami membeli pelbagai barang, apabila telah dapat barang yang diminta dia tidak tahu menghargai tambahan tidak mengambil berat akan barang yang dihadiahkan itu. Jika kami tidak dapat memenuhi kehendaknya dia akan marah dan memaki hamun ibubapa sendiri. Saya sudah tidak tahu bagaimana hendak menangani anak sebegini lagi’’ Luang Phaw memberi nasihat, ‘’Memandangkan anak awak tidak pernah datang ke wat, sukar untuk saya memberi banyak nasihat. Jika saya mengajak dia datang ke wat untuk mendengar ajaran Dhamma dan bermeditasi untuk menteluskan hatinya suppaya dia boleh menghargai pengorbanan ibubapa, dia mungkin menolak. Kalau dia boleh memaki hamun ibubapa sendiri tidak mungkin dia dapat mendengar nasihat orang lain. ‘’Mari selesaikan masalah ini begini, sebelum awak pulang ke selatan bawa anak lelaki awak ke rumah anak-anak yatim di bandar Pakret, Nonthaburi, beri saja alasan-alasan yang munasabah supaya anak awak bersetuju ke sana. Pastikan ia memberi ‘Dana’ dan makan tengah hari bersama-sama anak-anak yatim. Budi baik kali ini mungkin dapat menyedarkan dia dan memberikan dia pandangan yang lebih baik tentang kehidupan. Luang Phaw mahu anak mereka memahami keperitan yang dihadapi oleh anak-anak yatim ini yang tidak beribubapa. Kehidupan mereka amat menyedihkan. Melihat kehidupan anak-anak yatim mungkin dia dapat memahami pengorbanan ibubapa dan lebih menyayangi ibubapa sendiri 124

Saya masih ingat semasa saya masih belajar di kolej. Sebagai seorang senior saya dijemput oleh rakan-rakan untuk melakukan ‘dana’ kepada anak-anak yatim di Pakret. Terdapat seramai 200 hingga 300 anak yatim dan 20 orang penjaga. Secara purata seorang penjaga menjaga seramai 10 hingga 20 orang anak yatim. Apabila kami tiba di rumah anak yatim, kanak-kanak itu lari ke arah kami dan berlumba-lumba untuk didukung oleh kami. Mereka memanggil kami ‘ayah’ dan ‘ibu’, membuatkan kami berasa sedih melihat keadaan ini. Kanak-kanak ini diajar untuk memanggil sesiapa yang datang sebagai ‘ibu’ dan ‘ayah’ kerana mereka tidak tahu siapa ibu dan ayah mereka yang sebenar. Terdapat 3 atau 4 orang kanak-kanak bergegas dan memeluk kami macam anak-anak monyet. Mereka memberitahu yang mereka tidak pernah mendapat kasih-sayang, hidup mereka serba kekurangan, mereka lalu bergegas untuk mendapat kasih sayang sebanyak yang mungkin. Mereka berebut-rebut barang mainan dan makanan sebanyak yang mungkin. Pada hari itu kami tidak tahu berapa ramai anak-anak yatim di situ, maka kami hanya membawa 40 hingga 50 anak patung sahaja. Mereka berebut-rebut dan bergaduh untuk mendapatkan patung-patung tersebut. Ada yang menarik tangan, ada yang menarik kaki, dalam masa beberapa saat sahaja anak-anak patung itu koyak berkecai dan mereka terus bergaduh. Kami menderma pakaian, penjaga-penjaga akan mengambil pakaian baru untuk diberikan kepada kanak-kanak yang memakai pakaian yang paling lama dan telah koyak. Kanak-kanak yang memakai pakaian yang masih baru tidak akan menerima apa-apa pakaian baru. Mereka akan berasa cemburu dan mula menarik pakaian baru dari kanak-kanak tersebut. Akhirnya pakaian baru koyak dan tiada siapa dapat memakainya lagi. Apa yang dapat kami lihat pada hari itu membuatkan kami berasa sedih dan terharu. Kanakkanak tersebut mempunyai pandangan yang berbeza tentang kehidupan daripada kita. Semasa kita masih kecil, kita mempunyai ramai kawan yang sebaya untuk bermain bersamasama, kita tidak pernak berfikir untuk bergaduh dengan kawan-kawan kita, atau mencuri makanan dan barang mainan daripada kawan kita. Ini adalah kerana kita dibesarkan dalam keadan yang serba sempurna. Paling penting ialah kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada kedua-dua ibubapa serta sanak-saudara. Jadi kita mempunyai pandangan yang positif terhadap dunia ini. 125

Anak-anak yatim ini, tidak melihat dunia seperti mana kita lihat. Mereka dibesarkan bersama beratus-ratus kanak-kanak yang lain sebagai kawan, tetapi juga sebagai saingan yang menunggu masa untuk bertanding apabila hendak mendapatkan sesuatu atau kasih sayang yang diingini. Apabila direnung ke dalam mata mereka, dapat di lihat yang mereka sangat kesepian. Jadi perkara yang ingin Luang Phaw sedarkan semua orang ialah anak-anak yang terlalu memaksa ibubapa melakukan semua perkara untuk memenuhi kemahuan mereka bahawa mereka sangat bertuah berbanding dengan anak-anak yatim ini yang tidak ada ibubapa untuk diberikan kasih sayang. Orang yang mempunyai ibubapa dan mendapat penuh kasih sayang daripada ibubapa perlulah sedar dan menghargai apa yang diberikan oleh ibubapa. Oleh itu pengajaran yang kita dapat daripada cerita anak-anak yatim ini ialah terdapat anakanak yatim yang dahagakan kasih sayang ibubapa dan sentiasa mencari-cari erti kasih sayang manakala anak-anak yang mendapat kasih sayang daripada ibubapa pula tidak menghargai ibubapa sendiri. Dengan itu anak-anak yang selalu mendesak ibubapa sendiri apabila inginkan sesuatu perlu melihat contoh cerita anak-anak yatim ini dan berhenti mendesak ibubapa yang sentiasa menyayangi mereka. Tidak perlu lagi mendesak ibubapa atas perkara-perkara yang tidak munasabah lagi. Pada ibubapa walau anak-anak mereka menjadi orang yang tidak berguna tetapi mereka masih menyayangi anak mereka secara tidak berbelah bahagi.

126

BAHAGIAN 4

PERJALANAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMUSNAHAN

127

Bab 21

Cara Mengatasi Masalah Anak-anak Yang Ketagih Apāyamukha

Kasih dan sayang yang tidak terhingga terhadap anak-anak menyebabkan ibubapa bekerja keras untuk mencari wang bagi memastikan kehidupan yang selesa kepada anak-anak. Keselesaan dan kesenangan dalam pendidikan, pergaulan, pakaian dan sebagainya. Ia juga untuk memastikan anak-anak tidak berasa malu, ketinggalan dan rendah diri berbanding kawan-kawan sebaya. Kasih sayang yang membuta tuli ini tanpa disedari ini sebenarnya telah menyebabkan ibubapa secara tidak sengaja memberikan kemewahan fizikal yang berlebihan dan berbanding keperluan rohani. Ibubapa mungkin terkejut dan tidak dapat percaya situasi di mana anak-anak mereka terjerumus dalam gejala sosial seperti ketagihan dadah, mengambil minuman keras, berkelakuan tidak senonoh dan memalukan keluarga.

128

Perlakuan yang mengikut diri sendiri ini sebenarnya boleh merosakkan masa depan anak-anak dan jika dibiarkan berterusan. Ianya akan menyebabkan kehidupan anak-anak kita musnah begitu sahaja. Terdapat dua kaedah bagaimana untuk mengajar anak-anak kita melalui kehidupan yang sihat: 1} Mengelakkan perkara yang buruk dari berlaku dengan cara memberi pengetahuan kepada anak-anak. Bagi keluarga yang mana anak-anak belum lagi menunjukkan perlakuan buruk, mereka ini perlu ditanamkan dengan pengetahuan untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk serta bagaimana mendisiplinkan diri. 2} Mengatasi masalah yang telah terjadi dengan cara mengenalpasti masalah segera. Sekiranya anak-anak telah mula menunjukkan cirri-ciri perlakuan yang bermasalah ianya perlu ditanggani dan segera diperbetulkan. Agama Buddha telah menggariskan peranan dan tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak. Terdapat lima kriteria yang ibubapa perlu ikuti jika inginkan masa depan yang baik dari aspek jasmani dan rohani anak-anak; 1) Mengajar anak-anak untuk menjauhi perkara yang buruk. 2) Mengajar anak-anak berbuat dan mengamalkan perkara yang baik. 3) Memberikan pendidikan kepada anak-anak agar mereka mempunyai pengetahuan yang boleh digunakan dalam membina kerjaya dan seterusnya membina kehdupan sendiri dengan lebih bertanggungjawab. 4) Membantu anak-anak dalam membina kehidupan berkeluarga dengan memberi pengetahuan tentang selok belok, persediaan dan tanggungjawab yang mereka perlu ada. 5) Memberikan harta pusaka kepada anak-anak untuk diuruskan dan ditadbir sendiri apabila tiba masanya. Anak-anak mungkin menghadapi masalah dalam kehidupan kemudian jika ibubapa tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Mengapa anak-anak berkelakuan tidak senonoh dan buruk? Moyang kita telah memberikan jawapan yang menarik berkaitan dengan ibubapa zaman sekarang; Ibubapa sekarang sudah tidak tahu bagaimana mengajar anakanak berbuat baik kerana mereka sendiri tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk, mana satu perkara dilarang agama, dosa dan pahala tidak dapat dikenalpasti. Malah 129

mereka menunjukkan kelakuan yang buruk di depan anak-anak sendiri, dan ini sebenarnya merupakan perkara serius yang boleh mengelirukan anak-anak. Mengajar anak-anak bukan merupakan tanggungjawab guru semata-mata. Moyang kita ada mengatakan; sesetengah ibubapa boleh membezakan antara yang baik atau yang buruk, tetapi gagal dalam menyampaikannya kepada anak-anak. Kasih sayang yang tidak terhingga terhadap anak-anak menyebabkan mereka terlalu menyebelahi anak-anak. Mereka menghalang anak-anak dari keluar ke mana-mana tanpa menerangkan sebab-sebab yang munasabah. Ibubapa sepatutnya menyedari mereka tidak boleh bersama anak-anak sepanjang masa. Suatu masa nanti anak-anak akan menjalani kehidupan mereka sendiri. Adalah lebih bermanafaat dengan meluangkan masa mengajar mereka tentang kebaikan dan keburukan, salah dan betul dan kesan dari melakukan perkara yang patut dan tidak patut daripada hanya mendenda mereka semasa melakukan perkara yang salah. Beri mereka pengetahuan dan dorong mereka melakukan kebaikan secara berterusan.

Kebanyakan

ibubapa memberikan komitmen yang penuh dalam pendidikan anak-anak, bagaimanapun mereka terlalu berharapkan kejayaan sehingga menimbulkan tekanan kepada anak-anak. Kata-kata hikmah dari moyang kita boleh dijadikan pedoman: Ada di kalangan ibubapa yang memaksa anak-anak memasuki sekolah yang berprestij dan sanggup mengeluarkan yuran pengajian yang tinggi. Apa yang mereka pentingkan hanyalah apabila anak-anak mereka diterima di sekolah sebegini maka anak-anak akan menjadi pandai kerana sekolah mempunyai guru yang berkaliber. Cara pemikiran sedemikian sebenarnya salah kerana mengajar anakanak berkaitan dosa dan pahala sebenarnya merupakan perkara yang kompleks. Ianya memerlukan penerangan yang mendalam dan ianya dilakukan secara individu atau dalam kumpulan yang kecil. Ibubapa sepatutnya menerangkan dengan cara yang betul agar anakanak dapat lebih memahami. Guru sebenaranya mempunyai tanggungjawab yang berat dan dengan bilangan pelajar yang ramai adalah mustahil mereka boleh memberi tumpuan dan mengajar anak-anak dengan lebih berkesan. Semasa anak-anak di rumah, ibubapa sepatutnya memberikan tumpuan yang lebih kepada ajaran berkaitan moral dan kelakuan sebelum meneruskan dengan lain-lain topik sosial seperti kehidupan berkeluarga dan sebagainya. Perkara ini sebenarnya membantu terutama semasa anak-anak berdepan dengan masalah sosial di luar secara bersendiri samada masalah alkohol atau dadah dan lain-lain, mereka boleh membuat pertimbangan sendiri untuk mencuba atau tidak. 130

2. Mengelak anak-anak dari Apāyamukha. Sekiranya anak-anak telah terjerumus dengan perkara buruk, adalah baik jika ibubapa dapat menasihati dalam situasi yang aman tanpa memarahi mereka. Beri mereka peluang untuk membuat keputusan sendiri setelah mereka telah memahami yang ibubapa sebenarnya amat menyayangi mereka. Anak-anak biasanya membuat keputusan yang salah tanpa menyedarinya. Mereka juga tidak sedar bahawa keputusan itu sebenarnya melukakan hati ibubapa. Terdapat tiga cara untuk ibubapa menerangkan kepada anak-anak; 1) Maklumkan kepada anak-anak bahawa wang sukar dicari. Jelaskan kepada mereka bahawa keluar di waktu malam berpoya-poya bersama kawan sebenarnya membazirkan wang yang dicari dengan titik peluh ibubapa. Semua orang perlu bekerja keras untuk mencari wang demi mendapatkan keperluan hidup dan memberikan kehidupan yang selesa kepada anakanak. Menghabiskan wang dalam masa yang singkat merupakan penyalahgunaan dan ianya akan merosakkan masa depan sendiri sahaja. Terdapat banyak lagi perkara baik yang boleh dilakukan daripada berpoya-poya dengan kawan-kawan. Melakukan kerja-kerja kebajikan dan sukarela umpamanya lebih berfaedah berbanding keluar di waktu malam membuang masa dan wang. 2) Kawan rapat boleh mempengaruhi keputusan seseorang. Ibubapa boleh menjelaskan kepada anak-anak bahawa remaja biasanya membuat tindakan yang terburu-buru. Pengalaman yang kurang membawa kepada tindakan yang kurang matang dan tidak boleh membezakan yang mana perlu diberi keutamaan dalam hidup. Sikap ingin mencuba di kalangan remaja terutama dadah dan alkohol walaupun mereka tahu ianya dilarang dari segi undang-undang dan kesan ke atas moral. Kekerapan keluar di waktu malam dengan kawankawan yang sebegini boleh menyebabkan mereka senang terpengaruh dan potensi untuk terjurumus dengan gejala buruk adalah cerah. 3) Kehidupan yang tidak terkawal boleh membahayakan. Ibubapa perlu menerangkan keburukan mengamalkan gaya hidup bebas. Bergaul dengan mereka yang tidak bermoral boleh membawa kepada pelbagai dugaan dan masalah seperti terlibat dengan pergaduhan, ditahan pihak berkuasa, dijangkiti virus HIV atau lain-lain penyakit merbahaya atau mungkin tercedera atau terbunuh. Anak-anak perlu sedar bahawa mereka adalah aset yang amat berharga kepada ibubapa dan kehilangan mereka boleh menyebabkan ibubapa mengalami tekanan perasaan dan mimpi ngeri. Semua ibubapa mahukan anak-anak mereka menjadi orang yang terbaik, menjalani kehidupan yang sempurna, dan digeruni rakan sebaya. Ibubapa pastinya mahukan anak-anak mereka bergaul dengan orang yang baik dan menteladani 131

mereka. Sebelum sesuatu masalah terjadi ibubapa seeloknya berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan secara rasional, anak-anak pastinya akan dapat menerima dan memahami yang ibubapa sebenarnya amat menyayangi anak-anak mereka. Ini boleh menjadi titik permulaan kepada anak-anak untuk bertindak dengan lebih waras dan juga membantu mengelakkan kawan-kawan serta terjurumus dengan perkara yang tidak baik. Mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa terluang. Keluarga yang

mengalami krisis masih boleh menyelesaikan masalah dengan baik jika mereka

mengambilkira perkara berikut: Kasih sayang semata-mata tidak mencukupi; kefahaman dan alasan yang kukuh perlu disertakan. Ibubapa yang bekerja kuat akan mendapat anak yang berkualiti, begitu juga sebaliknya anak-anak akan mendapat ibubapa yang baik hati.

132

Bab 22

Suami Yang Main Kayu Tiga dan Pemabuk

Suami yang gila perempuan dan pemabuk akan membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Bagaimanakah hendak mengelakkan perkara ini dari terjadi? Luang Phaw memberi jawapan yang bermakna kepada persoalan ini. Memilih Pasangan hidup Semasa memilih pasangan hidup kita hendaklah menjadikan pengalaman pasangan lain sebagai pedoman. Kebiasaanya sebelum berkahwin pasangan ini berkeyakinan bahawa pilihan mereka adalah terbaik. Mereka percaya akan menikmati hidup yang amat bahagia selepas berkahwin. Segala masalah dan konflik hanyalah masalah perkara kecil dan boleh diselesaikan dengan senang dan mereka tidak akan mengabaikan satu sama lain. Bagaimanapun apabila tinggal bersama untuk suatu tempoh masa, keadaan yang sebaliknya terjadi di mana perkara buruk kedua-dua pihak sudah mula ditunjukkan. Konflik yang kecil diperbesarkan dan kehidupan sentiasa berdepan dengan cabaran dan dugaan.

133

Lama

kelamaan timbul prasangka buruk antara pasangan dan ini membawa kepada masalah keruntuhan rumah tangga. Buddha memberikan beberapa criteria dalam memilih pasangan yang cucuk dan sesuai. Kedua-dua pihak sepatutnya memiliki ciri-ciri berikut: 1) Faham dan yakin dengan hukum alam/karma 2) Mengamalkan sila /precepts 3) Kesediaan membantu yang lain 4) Kebolehan membezakan yang baik dan yang buruk Keempat-empat perkara ini adalah penting dalam membina asas kehidupan yang kukuh. Oleh itu setiap pasangan perlu memiliki ciri-ciri tersebut untuk menjamin hidup yang bahagia. Berdepan dengan Suami Yang Mata Keranjang Buku Soalan dan Jawapan Yang Baik yang ditulis oleh Luang Phaw ada menyatakan tentang bagaimana mengendalikan suami yang curang iaitu: Terdapat 2 faktor utama yang menyebabkan suami bermain kayu tiga; 1) Suami curang kerana terdapat sesuatu yang tidak diperolehi dari isteri atau isteri gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Walaupun ini merupakan perkara yang sukar namun isteri hendaklah memahami akan kekurangannya hingga menyebabkan suami berkenaan curang. Seseorang isteri hendaklah bersabar dan boleh mengawal diri. Cara terbaik adalah dengan bermeditasi. Hanya dengan cara ini kita boleh melihat kesilapan diri sendiri. Semakin tenang fikiran seseorang maka semakin senang kita melihat diri kita. Sekiranya kita telah dapat melihat kesilapan diri sendiri maka jalan penyelesaian akan terbuka dengan sendirinya. Satu peringatan kepada para isteri yang mempunyai suami yang bermain kayu tiga; jangan sesekali menggunakan ilmu hitam atau menggunakan kekerasan dalam menangani masalah. Ini bukan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan. 2) Suami yang memang semulajadinya bersikap gila perempuan. Suami yang berperangai begini agak sukar diubah sikapnya. Jika keadaan ini berlaku isteri tersebut hendaklah bersabar dan menerima keadaan itu sebagai karma buruk mereka kerana 134

memilih lelaki yang sedemikian. Kita hanya boleh mengawal diri sendiri bukan orang lain, dan cara terbaik adalah dengan bersabar dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Mengubah seseorang lelaki yang suka berpoya-poya bukan perkara yang senang dan memakan masa yang panjang. Teruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik kerana suatu hari nanti ia pasti akan dihargai oleh suami. Mungkin juga cara ini boleh mengubah perangai sisuami berkenaan walaupun ia mungkin akan memakan masa yang lama namun ianya merupakan cara yang terbaik.

Berhadapan dengan Suami Pemabuk Luang Phaw juga memberikan beberapa cadangan kepada masalah ini; Jika isteri mendapati dirinya mengahwini suami yang pemabuk, ianya adalah pilihan siisteri itu sendiri, bermula dengan membuat keputusan untuk berkahwin, seterusnya memilih lelaki yang pemabuk. Ini mungkin akan diikuti dengan mempunyai anak yang degil disebabkan sibapa akan menjadi rujukan kepada anak-anak. Kemungkinan besar anak-anak yang dilahirkan juga akan mengikut jejak sibapa yang pemabuk. Isteri sepatutnya memperbetulkan keadaan ini dan memastikan anak-anak tidak mengikut jejak bapa yang pemabuk. Kehidupan berumahtangga bukan merupakan perkara yang senang. Pilihan yang salah akan menyebabkan masalah kepada pasangan berkenaan sepanjang hayat mereka. Wanita bujang hendak sentiasa ingat bahawa lelaki yang baik dan tidak mengambil minuman keras sekarang sukar dicari. Oleh itu cara terbaik adalah untuk tidak mendirikan rumahtangga. Ia sebenarnya merupakan pilihan terbaik. Mengikut hukum karma mempunyai pasangan yang pemabuk menunjukkan bahawa pada kehidupan lepas kita menyebelahi orang yang mengambil minuman keras dan tidak menghalang mereka. Lebih daripada itu kita menggalakkan mereka mengambil minuman keras dengan menyediakan makanan sampingan semasa mereka minum. Karma dari perbuatan ini menyebabkan seseorang wanita itu bersuamikan kaki botol. Oleh itu jika mana-mana wanita mendapati mereka berkahwin dengan kaki botol mereka hendaklah bersabar, kuatkan semangat. Kunjungi tempat-tempat ibadat dengan lebih kerap dan amalkan dan berbuat kebajikan sebanyak mungkin. Jika mempunyai anak, bawa mereka ke watr dan jadikan ia sebagai sebahagian dari aktiviti rutin mereka. Bersembahyang dan bermeditasi bersamasama. Disiplinkan diri anda sendiri dan mereka juga. 135

Maaf dipohon jika ada di kalngan pembaca yang sensitif dengan cara Luang Phaw menerangkan sesuatu perkara denga telus dan yang berlaku dalam kehidupan kita. Pengajaran yang ingin disampaikan adalah dengan niat untuk menunjukkan realiti kehidupan berumahtangga kepada mereka yang belum berkahwin. Cara ini membolehkan mereka menghargai kehidupan berumahtangga dan seterusnya memilih pasangan mereka dengan lebih berhati-hati.

136

Bab 23

Perjalanan Yang Membawa Kepada Kemusnahan

Ramai para graduan biasanya berkerja kuat dan memberi tumpuan terhadap kerjaya semasa baru mula bekerja. Adakalanya mereka bekerja lebih masa untuk memperolehi pendapatan tambahan. Bagaimanapun selepas beberapa tahun bekerja mereka yang sepatutnya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh berakhir dengan jumlah hutang yang besar. Mereka hidup dengan berhutang walaupun selama ini mereka bekerja kuat. Mereka tertanyatanya bagaimanakah orang lain menguruskan kewangan mereka. Terdapat di kalangan kawan-kawan yang menghadapi masalah kewangan yang serius dan mempunyai jumlah hutang yang tinggi, namun tidak banyak yang dapat dilakukan memandangkan wang adalah hak mereka. Campur tangan atau nasihat kita sebenarnya 137

mungkin akan lebih mengeruhkan keadaan. Penulis juga pernah menghadapi masalah semasa menegur rakan berkaitan masalah kewangan dan cara terbaik adalah dengan merujuk kepada ajaran Luang Phaw. Luang Phaw menyatakan beliau juga pernah mengalami maslah hutang semasa beliau berumur dalam lingkungan 30an dan belum lagi menjadi sami. Walaupun beliau mempunyai pendapatan yang lumayan namun perbelanjaan yang melebihi pendapatan menyebabkan wujudnya hutang. Gagal mengatasi masalah hutang beliau mendapatkan bantuan ibunya. Kata ibu beliau, “Anakku, betapa banyak sekali pun pendapatan kita ianya tidaklah penting, apa yang perlu adalah berapakah yang boleh dijimatkan dari pendapatan tersebut. Dalam dunia ini ramai orang memperolehi pendapatan yang lumayan tetapi tidak mempunyai sebarang simpanan atau sedikit lebihan. Pada masa yang sama juga ada ramai lagi orang yang mempunyai pendapatan yang kecil tetapi mempunyai simpanan atau lebihan yang banyak. Beliau menambah “Pendapatan yang lumayan tetapi mempunyai simpanan yang kecil ibarat menggunakan raga buloh untuk mengambil air. Semasa raga berada di dalam air ia nampak penuh, namun selepas ia diangkat ke atas tiada air yang dapat dikumpulkan. Sebaliknya pendapatan yang kecil tetapi mempunyai simpanan yang banyak ibarat seperti menggunakan tempurong kelapa atau bekas air atau sudu. Semasa di dalam air jumlah yang sama dapat dikumpulkan sama seperti selepas diangkat dari air. Walaupun ianya bekas yang kecil namun ia dapat menyimpan air itu dengan lebih selamat. Bagi mereka yang mengambil minuman keras, berjudi, berjalan malam ke pub atau bar ianya samalah seperti menggunakan bekas yang bocor. Berapa banyak pendapatan sekalipun akan dihabiskan dengan cara ini. Kesemua ini sebenarnya merupakan jalan yang membawa kepada kemusnahan (Apāyamukha) hidup seseorang. Kita telah banyak belajar berkaitan dengan punca berlakunya kemusnahan hidup namun kita tidak

pula cuba mengamalkan cara

mengelak ianya dari berlaku. Jika ianya terjadi kita akan menyalahkan pihak lain. Sejak Luang Phaw mendengar nasihat dari ibu, beliau mula mengamalkannya sehinggalah dapat mengubah sikap boros beliau. ************************************** Luang Phaw mulai mengenal watr selepas diajak oleh kawan untuk bermeditasi. Ketika itu beliau sedang menghadapi konflik dengan ketua beliau. Malam sebelum pergi bermeditasi, 138

beliau telah mengambil minuman keras yang banyak dan pada hari berikutnya keadaan beliau belum lagi kembali normal sepenuhnya. Semasa tiba di watr kawan beliau telah mengajak beliau membuat dana untuk mendapat pahala yang mana boleh membantu mengatasi masalah di tempat kerja. Disebabkan perasaan marah terhadap ketua beliau masih memuncak, beliau secara terang terangan mengatakan kebaikan/dana tidak membantu apaapa. Kebaikan/dana telah banyak beliau lakukan namun tidak menampakkan hasilnya. Ketika Khun Yay (Khun Yay Ajahn Ubasika Chandra Khonnokyoong) mendapat tahu berkaitan perkara ini, beliau telah meminta Luag Phaw berjumpa dengan beliau. Beliau menyatakan “Anakku, kamu mengatakan bahawa kebaikan tidak boleh membantu apa-apa? Dalam setahun berapa kali/banyak kamu membuat kebaikan? Luang Phaw menjawab “Saya menderma 100 atau 200 baht setiap bulan, jadi dalam masa setahun jumlahnya adalah antar 2000 atau 2500 baht”. Khun Yay meletakkan kedua-dua tangan bersama-sama dan mengatakan “Saddhu” teruskanlah amalan baik tersebut. Bagi Luang Phaw beliau ingatkan perkara itu akan berakhir di situ sahaja, tetapi Khun Yai terus bertanya “Anakku adakah kamu merokok? Jawab Luang Phaw “Ya”. “Berapakah jumlah yang dibelanjakan untuk rokok setiap tahun? Ketika itu sekotak rokok berharga 6 baht dan dalam sehari beliau mengambi antar 1½ hingga 2 kotak sehari atau lebih kurang 3,000 hingga 4,000 bath setahun. Khun Yay terus bertanya “Adakah kamu minum” Jawab Luang Phaw “Ya” “Berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli minuman keras?” Jawab Luang Phaw “Antara 2 hingga 3 kali ganda duit yang dibelanjakan untuk rokok atu lebih kurang 12,000 baht.” Khun Yaw bertanya lagi “Adakah kamu keluar ke pub atau bar dengan kawan-kawan dan berapakah duit yang dihabiskan untuk itu? Luang Phaw menyatakan lebih kurang 2 atau 3 kali ganda duit yang dibelanjakan untuk minuman keras. Khun Yay menambah “Anakku, kamu membelanjakan 2000 hingga 2500 setahun untuk kebaikan, tetapi pada yang sama mengeluarkan 100,000 baht untuk rokok, minuman keras dan keluar malam, dan masih merungut bahawa kebaikan yang dibuat tidak membantu kamu. Sekiranya kamu meninggal dunia sekarang dan tidak dihantar ke neraka pun boleh dianggap bernasib baik. Kamu merupakan golongan bijak pandai yang mempunyai ijazah dari dalam dan luar negeri namun tidak boleh berfikir dengan waras. Sebaik sahaja mendengar kata-kata Khun Yaw beliau terus tersentak dan hilang dari perasaan mabuk dan terduduk seketika. Luang Phaw mengatakan itulah ketika di mana beliau mula memikirkan untuk berhenti dari mengambil minuman keras. Walaupun kata-kata Khun Yay cuma beberapa patah, namun ianya cukup untuk membuatkan saya rasa untuk terus pulang ke 139

rumah dan memecahkan kesemua botol-botol arak yang ada. Mulai dari saat itu Luang Phaw tidak pernah lagi menyentuh minuman keras. Selain diri sendiri Luang Phaw juga menasihati kawan-kawan agar tidak mengambil minuman keras. Berlia mengatakan “Bila tiba hari lahir kita biasanya memikirkan bagaimana untuk meraikannya dengan minuman keras, bukan bersama ibu sendiri. Kali ini kita seharusnya mengubahnya dengan meraikannya bersama ibu sendiri, tunjukkan yang kita amat menghargai penat lelah ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita daripada membazirkan wang dengan membeli minuman keras. Jika kita tidak segera membawa diri kita keluar dari keburukan kita umpama duri dalam daging kepada masyarkat sendiri. Kita akan terjerumus dengan lebih mendalam dan mengeruhkan lagi keadaan. Sebaliknya jika kita dapat mengelakkan diri dari kesemua perkara buruk tersebut, kawan yang tidak bermoral akan meninggalkan kita. Kita tentunya akan dikelilingi oleh kawankawan yang baik. Masalah gejala sosial tentu sekali akan berkurangan dengan sendirinya dan pasti sekali kedudukan kewangan kita akan menjadi lebih kukuh dan selamat. Keputusan yang dibuat oleh Luang Phaw amat drastik dan tegas. Beliau tidak membuang masa dengan cuba berhenti sedikit demi sedikit sebaliknya terus berhenti pada hari itu juga. Sebaik berhenti tanpa berlengah masa beliau mula pergi ke wat untuk belajar Dhamma dan beribadat. "Sekiranya saya tidak mempunyai orang yang paling dihormati membimbing saya, ibu dan Khun Yaw, saya mungkin tidak berada di sini memberi nasihat dan tunjukajar dhamma kepada semua. Pesan Luang Phaw “Cuba tanya kawan-kawan, adakah hutang mereka wujud disebabkan ianya dihabiskan dengan arak, judi dan keluar malam lebih banyak berbanding dengan gaji mereka atau tidak. Duit yang digunakan untuk perbuatan buruk tersebut umpama membeli masalah ke dalam hidup kita. Ianya bukan sahaja penyebab kepada masalah kewangan tetapi kepada karier dan keseluruhan hidup kita. Jika telah sedar akan keburukan perangai kita maka hendaklah cuba mencari jalan untuk memperbaikinya. Bertekad untuk berhenti dari kesemua perbuatan buruk (Apāyamukha) hari ini kerana jika bukan kita yang melakukannya siapa lagi.

140

Bab 24

Mengapa Melanggani Pelacur Itu Dosa

Sekarang ini bilangan penginap AIDS telah meningkat secara berterusan. Antara puncanya adalah kerana kebanyakan golongan muda berpendapat melanggani pelacur tidak salah dari segi moral memandangkan ianya adalah atas kerelaan kedua-dua pihak. Ramai di kalangan lelaki berpendapat melanggani pelacur tidak salah dari segi nilai moral. Ajaran Buddha dengan jelas mengatakan persoalan samada melanggani pelacur bukan ditentukan melalui perlanggaran sila semata-mata, sebaliknya ia merupakan penyebab kepada kemusnahan (Apāyamukha) hidup seseorang. “Apayā bermaksud satu bentuk kemerosotan, kemusnahan, perkara yang membawa kepada keburukan. “Mukha” bermaksud muka, rupa atau jalan masuk. Jadi Apāyamukha bermaksud jalan kepada kemusnahan, bencana dan kerosakan. Sesiapa sahaja yang melanggani pelacur tidak mengira keadaan akan mempunyai 141

rupa yang diselubungi dengan perkara buruk. Mulai saat ini masyarakat akan melihat orang berkenaan dengan penuh buruk sangka dan tidak bernilai serta dipandang hina. 1) Adakah Anda Dijangkiti AIDS? Semua orang tahu, sekiranya seseorang itu melanggani pelacur, penyakit ini boleh berjangkit terus kepada individu berkenaan. Anda juga mungkin akan hidup dalam keadaan tertekan samada telah dijangkiti virus HIV atau tidak. 2) Masyarakat akan menganggap orang berkenaan sebagai menghina kaum wanita. 3) Orang berkenaan sebenarnya sedang menyemai perangai buruk ke dalam diri sendiri seperti suka memandang rendah kaum wanita, dan bila telah berkahwin perangai yang sama akan terbawa-bawa. 4) Membazirkan wang. Boleh dikatakan kaum lelaki membelanjakan duit untuk membeli minuman keras dan lain-lain sebagai membeli kemunsnahan kepada diri sendiri. Lebih baik wang diberikan kepada ibubapa sendiri untuk membuat kebaikan. Sami ada mengingatkan kita: Jika anda membelanjakan wang untuk melanggani pelacur, lebih wjar jika dikenangkan ibu sendiri akan betapa penatnya beliau membesarkan kita sekarang. Jika anak-anak telah mampu menjaga diri sendiri, mereka sepatutnya memberi wang yang lebih untuk ibunya berbuat baik agar kebaikan ini dapat dibawa di kelahiran seterusnya. Terdapai ibu yang membesarkan anak dengan menggunakan kesemua simpanan yang ada dan tidak mempunyai masa untuk berbuat sesuatu kebaikan untuk diri sendiri. Luang Phaw menyatakan sekiranya kita meneruskan usaha mengajar dan memberitahu orang lain akan kebaikan mengelakkan diri dari nafsu ini sudah tentu masalah rogol, hubungan seks luar nikah dan kes bunuh yang berpunca dari keinginan seks akan berkurang dengan sendirinya. Begitu juga masalah pelacuran dan AIDS juga lama kelamaan akan hilang dari Thailand dan dunia. Rakyat akan mendapat hasil dari kebaikan yang dilakukan.

142

Bab 25

Berjudi Tidak Akan Membuahkan Kekayaan

Sebelum wisel dibunyikan telah ada duit yang dipinjam, gaji, yuran pengajian, dan elaun oleh banyak pihak telah dipertaruhkan di atas meja judi. Ini merupakan senario yang biasa kita lihat di luar pertandingan bolasepak dan ianya mempunyai kesan yang besar ke atas keseluruhan anggota keluarga. Adalah dianggarkan pada hari perlawanan jumlah wang yang dipertaruhkan melebihi beberapa ratus juta. Ini merupakan satu angka yang sangat tinggi bagi negara yang sedang membangun seperti Thailand. Nilai yang tinggi ini mampu membuatkan penyanggak senyum lebar memikirkan jumlah lumayan yang akan diperolehinya. Bagaimanapun bagi mereka yang mencari rezeki secara halal, cara hidup begini sebenarnya ibarat lintah yang menghirup darah mangsa yang sedang nazak terutama dari segi pengurusan kewangan. Kaki judi biasanya akan kembali kepada penyanggak ini untuk meminjam wang. Sekiranya mereka gagal membayar balik, mereka mungkin mencari jalan pintas untuk mencari wang dengan cara melakukan kegiatan jenayah, rasuah, pelacuran dan sebagainya. Niat untuk bekerja mencari rezeki yang halal akan hilang

143

dari pemikiran mereka kerana mereka telah terjerumus terlalu jauh dan ketagih judi. Ketagihan ini sebenarnya sukar untuk dibendung kerana motif berjudi sekarang aalah untuk mendapat kembali wang yang telah hilang. Sebagai orang Thai, kita hendaklah mencari cara terbaik untuk membantu mereka yang telah terjebak dengan masalah judi ini. Terdapat empat perkara yang boleh diambikira: 1) Kita sendiri hendaklah tidak terlibat dengan perjudian. 2) Pastikan anak-anak sendiri tidak terjebak dalam masalah judi dengan menerangkan kepada mereka kebaikan dan keburukan perjudian. 3) Jangan sekali-kali mengujudkan suasana yang menggalakkan perjudian di rumah, di tempat kerja atau di institusi pengajian. 4) Jelaskan kepada orang tersayang akan kesan buruk judi, dan bagaimana ia tidak akan dan tidak pernah membuat seseorang itu kaya. Mengapa kaki judi tidak pernah kaya?

Ini disebabkan kaki judi sebenarnya telah

memusnahkan kebaikan yang ada pada dirinya sendiri iaitu: 1) Berjudi merosakkan nilai-nilai murni dan pertimbangan seseorang. Nilai seseorang bergantung kepada kejujuran dan tingkah laku. Melibatkan diri dengan kegiatan perjudian sebenarnya menyebabkan seseorang itu lebih pintar dan bijak. Bijak untuk mencari jalan bagaimana hendak menipu. Sekira ada orang yang mengatakan perjudian tiada penipuan, ia sebenarnya tiada atau belum ada lagi kesempatan untuk menipu. 2) Judi Merosakkan Akal dan Pemikiran Kaki judi yang kerugian wang banyak menganggap wang sebagai dewa yang boleh memberi mereka segala-galanya. Mereka tidak sedar bahawa wang bukan segala-galanya. Semasa ada wang,mereka menggunakannya dengan mewah kerana mereka tidak tahu bila ia akan berpindah tangan atau bila akan kalah judi lagi.

Mereka bersikap boros dan tidak tahu

menghargai nilai sebenar wang. Bagi mereka wang hanyalah sekeping kertas, bila habis mereka akan mencari lagi. Pendek kata hidup mereka hanyalah untuk wang. Akal yang ada tidak digunakan dengan betul, sentiasa mencari jalan untuk menipu orang lain. 3) Berjudi Membuang Masa Berharga

144

Semasa berjudi, kaki judi seperti lupa dunia, mereka tidak sedar siang ataupun malam. Jika menang mereka lupa segala-galanya, masa kalah mereka akan sedaya upaya mencari jalan untuk mendapat balik wang tersebut. Tiada perkataan putus asa dalam pemikiran mereka kecuali terpaksa disebabkan mereka telah kehilangan kesemua wang. Semasa menang pun mereka tidak pernah puas. Ada yang hilang pekerjaan dan lain-lain perkara penting dalam hidup tanpa menyedarinya. 4) Berjudi Menjejaskan Kesihatan. Semasa berjudi makan, minum, tidur dan sebagainya diabaikan. Ada yang sanggup bertahan berjam-jam tanpa ke tandas, tidak makan mengikut masa yang sepatutnya dan berbagai perkara lagi yang memudaratkan kesihatan. Akibatnya kesihatan diri dikorbankan, penyakit yang mengunjung. Di sini kita dapat lihat berjudi merosakkan segala-galanya, termasuk nilai hidup manusia. Walaupun menang judi mereka tidak dapat membelanjakannya dengan cara yang baik. Ini adalah sebab kenapa orang berjudi tidak pernah dan tidak akan kaya serta tidak dapat mencari kebahagian dalam hidup. Judi, walau dalam apa bentuk sekalipun merupakan punca kepada segala kemusnahan dan kehancuran hidup. Jalan terbaik adalah jangan libatkan diri. Oleh itu semasa musim perlawanan bolasepak dunia terutamanya kita hendaklah membantu satu sama lain dan elakkan dari melibatkan diri dengan perjudian. Ini memerlukan satu usaha dalam menerangkan tentang keburukan dan kesan negatif judi kepada semua. Bersama-samalah kita menyebarkan maklumat ini kepada satu sama lain. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat menyelamatkan anak bangsa kita dari menjadi mangsa judi.

145

Bab 26

Anak Yang Mahukan Bapanya Berhenti Meminum Minuman Keras

Banyak keluarga yang menghadapi masalah mempunyai bapa atau suami yang kaki botol pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Tidak cukup dengan itu anak dan isteri menjadi mangsa dimarahi dan dipukul. Semua orang berasa amat mual dengan masalah ini namun sebagai seorang anak sudah tentu tidak mahu melihat bapanya dalam keadaan yang mabuk dan memalukan. Malangnya anak-anak tidak tahu apakah yang harus dilakukan. Di sini penulis ingin memperkenalkan kaedah yang pernah digunakan dan berkesan, dan berharap ianya boleh membantu.

146

Terdapat pelajar yang bertanya dan meminta nasihat Luang Phaw tentang cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Ini disebabkan setiap kali sibapa mabuk, ia akan hilang kawalan dan menjadi ganas. Perkara ini memalukan anak dan isteri di rumah. Para jiran juga tidak boleh hidup dengan aman dengan sikap kaki botol begini. Perkara inilah yang mendorong pelajar berkenaan berjumpa dengan Luang Phaw yang diumpamakan seperti bapa sendiri. Agak malang di mana bapa pelajar ini merupakan seorang yang ketagih arak. Adalah lebih mudah jika ia bukan bapa kepada pelajar berkenaan. Ini kerana sebagai anak ia agak janggal memberi nasihat kepada bapa. Mungkin sekali sibapa tidak akan mendengar kata-kata sianak. Anak yang dibesarkan sendiri dari sebesar kulit siput tiba-tiba mengajar beliau. Keadaan ini sudah tentu sukar diterima.

Luang Phaw juga pernah mengalami suasana sebegini.

Walaupun beliau merupakan seorang sami(bhikkhu) dan telah mengajar beribu orang berhenti minum dan merokok, ianya masih lagi sukar bila ia adalah terdiri dari anggota keluarga sendiri. Luang Phaw pulang ke rumah dan berkata “ Ayah, tolong berhenti minum kerana ianya dengan cara ini kesihatan kita akan menjadi bertambah baik.

Penuhilah masa dengan

mendengan rancangan Dhamma dan bermeditasi. “Setiap kali saya bercakap mengenai tajuk ini saya akan mendapat maklumbalas yang negatif, namun saya tidak pernah berputus asa. Ketika itu bapa beliau telahpun berumur 70 tahun. Beliau mahukan bapa beliau meluangkan masa untuk sembahyang, bermeditasi dan tenangkan fikiran. Harapan agar bapa beliau dapat membuat dan mengumpulkan dana sebanyak mungkin supaya ianya akan dapat digunakan di kehidupan seterusnya. Semasa pelajar cuba memujuk bapanya berhenti mengambil minuman keras dan datang ke watr untuk membuat kebaikan, bapanya menegaskan “ Ia merupakan satu idea yang baik. Jika saya bermeditasi sekarang dan ketika yang sama mengambil minuman keras ia tentu menyebabkan medistasi saya menjadi lebih baik. Sianak bingung dan tidak tahu berbuat apa-apa. Jika beliau berkasar, beliau akan mendapat karma buruk kerana itu adalah bapa beliau, tetapi jika beliau tidak menghalang ia seperti tidak membalas jasa baik bapa yang telah menjaganya. Perkara ini mengambil masa beberapa lama sebelum boleh di atasi. Saya terpaksa memberitahu ibu agar tidak membelikan minuman keras. Bagaimanapun mangsa seterusnya adalah kakak saya yang terpaksa mendapatkan alkohol untuk bapa. Saya seterusnya meminta supaya kakak tidak membelinya untuk bapa. Apabila beliau tidak boleh menyuruh anak-anak, cucu pula menjadi mangsa. Bila cucu dihalang dari membeli beliau akan memarahi mereka. Saya menasihati anak saudara agar jangan membeli minuman keras demi kesihatan datuknya. Akhirnya bapa menyuruh cucunya yang berumur antara 7 ke 8 tahun untuk berbuat demikian. 147

Proses ini sebenarnya ibarat memotong sebatang pokok. Ianya tidak boleh terus dipotong dari akar tunjangnya, tetapi mesti bermula dengan akar-akar yang lebih kecil. Akar tunjang lama kelamaan akan mati jika akar kecil yang selama ini membekalkan makanan kepadanya dihapuskan sedikit demi sedikit. Nasib menyebelahi kami. Akhir bapa berhenti mengambil minuman keras kerana tiada sesiapa yang belikan. Lagipun kedudukan kedai agak jauh untuk beliau membelinya sendiri. Bapa saya meninggal dunia semasa umur 86 tahun, 6 tahun selepas berhenti mengambil minuman keras. Beliau berhenti sepenuhnya dari mengambil minuman keras semasa berumur 80 tahun. Kepada sesiapa yang inginkan bapanya berhenti meminum minuman keras, anda hendaklah bersabar dan mencari cara terbaik untuk membantunya. Jangan cepat berputus asa walaupun sekali, dengan ini kita akan mendapat jalan penyelesaiannya. Bagi pembaca yang membaca ruangan ini anda perlu sedar bahawa bagi anak-anak yang inginkan sibapa berhenti mengambil minuman keras merupakan satu tugas yang amat berat. Untuk mengajar golongan dewasa kita hendaklah membuatkan mereka berfikir. Jangan sekali-kali membuatkan mereka berasa malu, gunakanlah kebijaksanaan masing-masing dalam mencari cara yang paling baik dan sesuai dengan mereka. Lord Buddha sendiri semasa mendapat pencerahan tidak terus kembali ke bandar Kapilavatthu untuk memberi ceramah kepada bapa baginda. Baginda sedar sekiranya perkara tersebut dilakukan bapa baginda sudah tentu tidak akan mendengar.

Sebaliknya apa yang Lord

Buddha lakukan adalah dengan pergi ke Bandar Magadha dan mengajar penduduk di situ. Baginda sentiasa berdoa agar segala kebaikan yang dilakukan suatu hari nanti akan sampai kepada bapa baginda. Apabila reputasi baginda bertambah, keyakinan bahawa bapa baginda akan percaya kata-kata baginda juga meningkat. Untuk menambahkan kayakinan Lord Buddha sendiri terpaksa menunjukkan keajaiban seperti berjalan dalam bentuk bulatan di udara dan membuatkan hujan Bokarapotta turun. Hujan Bokarapotta adalah hujan dan rebut petir kuat yang akan menyebabkan seseorang itu basah atas kehendak mereka, begitu sebaliknya. Selepas keluarga baginda melihat keajaiban tersebut, mereka dengan tidak sangsi lagi mendengar segala ajaran yang disampaikan baginda sehingga ramai antara mereka telah mencapai pencerahan. Pengajaran di sebalik cerita Lord Buddha ini adalah, sebelum seseorang anak itu dapat memujuk bapa mereka berhenti mengambil mnuman keras, mereka sendiri hendaklah 148

menunjukkan teladan yang baik. Pastikan bapa melihat akan kebaikan dan kelebihan diri kita supaya beliau tidak akan memandang rendah akan diri kita. Kemudian cuba mencari jalan terbaik yang tidak menyakitkan hati, tidak menjatuhkan maruah dan sesuai dengan beliau. Sekiranya kita berjaya, selain beliau kita juga akan mendapat pahala.

149

Bab 27

Bapa Yang Dibenci Anak-anak

Kadang-kala jika sibapa ketagih perkara yang tidak baik [Apāyamukha] dan gagal dalam menjalankan tugas ketua keluarga, tanggungjawab ini akan jatuh ke tangan siibu. Jika keadaan ini berlaku, anak-anak biasanya akan merasakan sibapa mengambil kesempatan ke atas siibu.

Perasaan ini kadang-kala akan menjadi bertambah buruk hinggakan boleh

menimbulkan perasaan kebencian terhadap bapa sendiri. Bagi keluarga yang mengalami situasi begini apakah cara terbaik untuk anak-anak berdepan dengannya? Terdapat kes di mana seorang anak telah datang berjumpa Luang Phaw untuk mendapatkan nasihat dan panduan. Anak itu berkata “Luang Phaw, saya merasakan ayah saya mengambil kesempatan ke atas ibu saya. Beliau tidak pernah pedulikan anak-anaknya, hanya pentingkan diri sendiri. Semasa hidup kami susah beliau membiarkan ibu mencari nafkah seorang diri untuk membesarkan kami. Beliau hanya tinggal di rumah dan mempunyai hubungan dengan orang gaji. Adakah saya akan berdosa jika saya membenci ayah sendiri? Luang memberi nasihat 150

berikut kepada anak muda tersebut; Adalah salah jika ayah tidak bertanggungjawab terhadap keluarga, lagipun sikap pentingkan diri sendiri dan mempunyai hubungan dengan orang gaji sebenarnya telah melakukan dosa besar. Beliau sebenarnya sedang menambahkan dosa dan kamma buruk sendiri. Masalah antara beliau dan ibu adalah masalah mereka berdua. Luang Phaw ingin ingatkan bahawa, semasa melihat keadaan ibu dan bapa sentiasa ingat yang sebelum kita boleh dilahirkan ke dunia ini kita memerlukan acuan.

Katakan kita

mempunyai segumpal tanah liat dan acuan cawan, kita akan mendapat sebiji cawan, jika kita mempunyai acuan mangkuk, kita akan mendapat mangkuk, jika kita mempunyai acuan imej Buddha kita akan mendapat imej Budhha. Gumpalan tanah liat ini jika digunakan dalam acuan yang berlainan sudah tentu akan mendapat benda yang berlainan. Sekiranya kita langsung tidak mempunyai acuan, tanah liat ini hanya tinggal sebagai tanah liat yang tidak mempunyai sebarang nilai tambah. Untuk membolehkan seseorang manusia dilahirkan di dunia, mereka memerlukan acuan sendiri. Jika acuan keluarganya adalah lembu atau kerbau, maka anak tersebut akan dilahirkan sebagai lembu atau kerbau. Jika acuan adalah monyet, maka monyetlah rupanya, begitu juga jika acuannya adalah manusia maka dalam bentuk manusialah ianya dilahirkan. Tanyalah diri sendiri; Walaupun seorang itu bijak dan pandai tetapi dilahirkan dari dalam kandungan monyet dan mengeluarkan bunyi seperti monyet sudah tentulah mempunyai banyak batasan untuk melakukan sesuatu. Atau tanya sendiri dalam situasi yang bagaimanakah yang kita mahukan; dilahirkan sebagai manusia yang mana tidak dipedulikan keluarga hingga menyebabkan kita dibesarkan di rumah anak yatim; atau hendak dilahirkan sebagai monyet dan dijaga dengan baik sehingga dewasa? Adakah anda suka dilahirkan sebagai monyet? Sudah tentu kita tidak mahukan ini kerana dengan dilahirkan sebagai manusia sahaja kita mampu dan boleh mengumpul pelbagai bentuk pahala dan kebaikan. Kita boleh berdana, memegang sila, dan mempraktis meditasi. Kita boleh melakukan pelbagai perkara, sebaliknya jika kita dilahirkan dalam acuan binatang, kesemua ini tidak boleh dilakukan, begitu juga tanpa akal fikiran kita tidak dapat berbuat banyak perkara.

Dilahirkan alam acuan monyet, mengeluarkan bunyi seperti monyet dan

tinggal di dalam hutan menyebabkan kita tidak boleh membuat pahala, pencapaian tertinggi hanyalah monyet terpandai atau ketua kumpulan tetapi masih lagi monyet yang melompat dari pokok ke pokok. Anda masih tidak boleh melakukan banyak perjara yang manusia lakukan. Jika anda bijak tetapi berada dalam bentuk kura-kura yang berjalan lambat, apa yang anda boleh buat? Paling bijak sekalipun anda hanya mampu menjadi kura-kura terpandai di dunia. 151

Masih lagi dalam bentuk dan rupa kura-kura. Bagaimanapun jika dilahirkan sebagi manusia, walau tidak dipedulikan oleh keluarga, anda hendaklah bersyukur kerana mereka telah memberikan anda bentuk dan rupa manusia.

Membesarkan kita adalah satu kebaikan

tambahan yang diterima sebagai bonus. Tambahan pula jika mereka meninggalkan kita dengan harta pusaka yang bernilai jutaan baht ia boleh dikatakan sebagai bonus tambahan. Realiti bahawa ibubapa yang telah memberikan acuan sebagai manusia sebenarnya lebih dari mencukupi dan budi ini pun mungkin tak terbalas. Oleh itu janganlah membenci atau menyakiti hati mereka kerana ini merupakan kamma buruk yang sepatutnya dielakkan. Selepas mendengar nasihat Luang Phaw mengenai perkara ini ianya membuatkan kita berfikir, apa akan terjadi kepada anak-anak dan keluarga yang tidak mendapat nasihat dari Luang Phaw. Hentikan sikap pemabuk dan anda akan menjadi teladan kepada anak-anak semua. Membuatkan mereka berbangga dengan anda adalah sesuatu yang setiap bapa perlu usahakan kerana setiap anak tentu mengharapkan bapa mereka menjadi seorang yang baik bukannya kaki botol.

152

BAHAGIAN 5

MENGASUH ANAK UNTUK MENGENAL KEHIDUPAN

153

Bab 28

Ayah……Apakah Tujuan Hidup Kita?

Pada suatu hari, setelah seorang ayah selesai dengan kerjanya dalam melayan tetamu yang menghadiri upacara pengebumian saudaranya, anaknya pun mula bertanya: “Ayah…jika semua orang yang dilahirkan ke dunia ini akan meninggal dunia suatu hari nanti seperti saudara kita, maka mengapakah kita dilahirkan ke dunia ini? Disebabkan si ayah pernah mempelajari ajaran agama Buddha, maka si ayah pun menjawab anaknya kesayangannya seperti berikut: “Anakku….setiap manusia yang hidup di dunia ini, masing-masing mempunyai pertanyaan yang masih tersimpan jauh di dalam lubuk hati mereka, tidak kira mereka dilahirkan dalam keluarga miskin, kaya, sederhana, ataupun dilahirkan sebagai raja, tetapi mereka tetap

154

mempunyai pertanyaan yang sama, iaitu mengapa kita perlu dilahirkan ke dunia ini? Apakah maksud dan tujuan kita hidup di dunia ini? Ayah sendiri pun berasa sangsi!” Pertanyaan ini menyebabkan ayah mendalami ajaran Buddha secara serius dan akhirnya berjaya mencari jawapan tentang hal duniawi dan kehidupan bahawa: 1) Setelah kita meninggal dunia, kita tidak akan lenyap begitu sahaja. Selagi kita mempunyai nafsu, kita masih akan dilahirkan semula ke dunia ini dan akan terus berada dalam rangkaian kitar hidup-mati. 2) Setiap tindakan baik atau buruk akan mendapat balasannya (berdasarkan kamma baik dan buruk masing-masing). Setiap tindakan kita akan membawa kesan (atau balasan) pada hidup ini atau hidup yang bakal datang. Sebagai contoh, ada di antara kita yang dilahirkan cantik atau cerdik tetapi ada juga yang sebaliknya. Semua ini dipengaruhi oleh kamma (tindakan) yang pernah dilakukan oleh setiap individu itu dalam hidup yang lepas. Semua yang berlaku akan ditentukan oleh kamma yang lepas. 3) Kewujudan alam syurga dan alam neraka adalah benar. Alam neraka merupakan tempat penyeksaan bagi orang-orang yang telah melakukan banyak kejahatan manakala alam syurga merupakan tempat bagi orang-orang yang telah melakukan banyak kebaikan. Kita dapat merasakannya dengan meneliti proses kelahiran daripada pelbagai jenis makhluk di dunia ini seperti dalam kumpulan, pertama dilahirkan dalam rahim ibu, kumpulan kedua lahir melalui telur, kumpulan ketiga dilahirkan daripada air yang kotor. Selain itu ada sekumpulan lagi yang kita tidak pernah lihat, tetapi kita mungkin pernah mendengar tentangnya iaitu kumpulan yang dilahirkan secara sendiri dan terus membesar tanpa memerlukan ibu yang terdiri daripada dewa-dewi di syurga atau makhluk yang berada di alam neraka Individu yang melakukan banyak jasa baik akan dilahirkan menjadi dewa-dewi di alam syurga, manakala individu yang melakukan banyak kejahatan akan dilahirkan sebagai makhluk di alam neraka yang akan mendapat hukuman yang menderitakan daripada petugas di alam neraka.

155

Ayah memahami tiga kenyataan penting di atas melalui ajaran agama Buddha dan telah menjadi pedoman untuk ayah memajukan diri untuk menjadi lebih baik dan melakukan lebih banyak kebajikan. Ayah berharap dalam suatu hidup akan datang, apabila sudah mengumpul secukupnya semua ‘parami’, dapat menangani semua nafsu diri (kilesa), dapat bebas daripada segala keperitan dunia ini buat selamanya dan akhirnya dapat mencapai nirvana seperti Buddha. Setelah ayah memahami dengan teliti semua kenyataan di atas, perkara pertama yang ayah fikirkan adalah bagaimana ayah dapat menutup pintu neraka untuk diri sendiri, nenek moyang, ibu kamu dan anak ayah. Di samping itu, ayah juga memikirkan bagaimana akan dapat membantu saudara kita yang baru meninggal supaya dapat dilahirkan dalam alam yang baik. Setelah ayah menetapkan matlamat hidup seperti yang dinyatakan di atas, ayah pun mula meneliti diri sendiri. Ayah mendapati ayah masih perlu terus bekerja untuk menyara hidup keluarga. Ayah memikirkan cara supaya ayah boleh bekerja dan dalam masa yang sama dapat membawa keluarga untuk menjalankan kebajikan. Ayah pun terus mengkaji ajaran agama Buddha lagi dan mendapati bahawa dalam ajaranNya ada memberi pedoman hidup untuk menjalani hidup sebagai manusia biasa di dunia ini. Ia terdiri daripada empat perkara utama (Dhamma Manusia Biasa) seperti berikut: 1) Harus Jujur Dasar pertama ini telah mengajarkan ayah menjadi orang yang ikhlas dan jujur Ramai antara orang dalam zaman ini suka bertindak tidak jujur demi untuk meneruskan hidupnya sehingga semua orang hilang kepercayaan terhadapnya. Jadi jangan sampai kita menjadi orang seperti itu, jadilah orang yang tegas dan jujur, dalam setiap tugas, waktu, serta pekerjaan yang dilakukan. Hendaklah jujur terhadap orang lain, mematuhi pancasila atau lima hukum sila dan sebagainya.Dengan itu kamu tidak akan dicurigai oleh sesiapa pun malah akan dihormati dan disanjung tinggi seumur hidup seperti ayah pada masa ini. 2) Rajin melatih diri sendiri Dasar kedua adalah berkaitan dengan pekerjaan.Kita harus sentiasa memajukan diri agar menjadi lebih baik daripada sebelumnya supaya dapat menyara diri, seterusnya mungkin boleh memiliki kerjaya sendiri.Menjadi seorang yang mempunyai kemahiran 156

tinggi, cerdik, dan dapat menyesuaikan diri dengan arus zaman dan dapat mengawal nafsu diri dengan sempurna supaya tidak minum arak, menghisap rokok, melakukan zina atau perbuatan jahat yang lain. Ini merupakan pedoman untuk ayah mempunyai pemikiran yang bersahsiah tinggi dan bijak. 3) Sabar dan tahan lasak dari segi fizikal dan mental Dasar ketiga ini, tidak kira ia adalah masalah luaran atau dalaman, ayah akan bersabar terhadap segala penderitaan, bersabar terhadap kata-kata yang menyakitkan hati untuk mengelakkan perselisihan, bersabar dalam menangani nafsu diri. Pernah ada seorang sami menyatakan bahawa sesiapa yang dapat bersabar seperti yang dinyatakan tadi, beliau adalah seorang yang tahan lasak, mempunyai sahsiah diri tinggi dan akan dapat melaksanakan tugas penting dengan baik. Kelakuan ini boleh membawa tuah kepada diri kita. 4) Mampu mengawal emosi dan elak daripada sikap kedekut Dasar keempat ini menjadikan ayah seorang yang sentiasa riang dan suka menolong orang lain. Ini menjadikan ayah sentiasa disenangi dan disayangi oleh saudara mara, jiran tetangga, bos, pekerja di tempat kerja. Disebabkan ayah berpegang kepada dasar ini, apabila ayah mempunyai kerjaya sendiri, ayah mendapat pertolongan dan perlindungan daripada pelbagai pihak. Selain itu, ayah juga telah mendapat ramai sahabat yang baik. Dengan adanya 4 pedoman ini, ayah mencapai kemajuan dalam hidup, mempunyai kerjaya sendiri, dapat menyara keluarga dan hidup bahagia bersama. Semasa nenek kamu masih hidup, ayah sentiasa menyediakan makanan untuk nenek kamu untuk diberikan kepada sami (Bhintabat) supaya nenek mempunyai kamma baik lalu dapat dilahirkan di alam syurga. Walaupun, masa ini nenek kamu sudah meninggal dunia, ayah masih melakukan kebajikan (menggumpulkan kamma baik) untuk diberikan kepadanya sehinggalah ayah tidak berdaya lagi. Jika anak ayah dapat memajukan diri dari segi sahsiah diri dan meningkatkan lagi kebolehan diri sendiri seperti yang ayah laksanakan dalam hidup ini, kamu tidak akan lagi bertanya kenapa kita dilahirkan ke dunia ini. Ini adalah kerana kamu sudah tahu matlamat hidup kamu adalah untuk menutup pintu neraka untuk diri sendiri, melakukan banyak kebajikan dan,

157

memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik lagi sehinggalah bebas daripada semua nafsu hidup(kilesa) dan kembali ke nirvana pada masa akan datang. Setelah anda membaca cerita ini, apa pula jawapan anda kepada anak anda

158

Bab 29

“Seorang Budak” Dan “BUDDHA”

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didapati bahawa ramai antara remaja dalam era baru ini hairan mengapa penganut agama Buddha menyanjung tinggi Buddha walaupun beliau juga merupakan manusia biasa sahaja. Untuk menjawab persoalan ini, kajian telah di buat dan mendapat jawapan daripada seorang sami yang mungkin dapat menjelaskanya kepada kita seperti berikut: Penganut agama Buddha yang sebenarnya adalah individu yang mementingkan sebab yang munasabah dan tidak mudah percaya kepada sesuatu begitu sahaja. Dalam memilih

159

seseorang itu sebagai guru yang maha mulia, kita harus memahami latar belakang atau riwayat hidup seseorang guru itu seperti berikut: 1) Orang tersebut harus mempunyai asal-usul yang jelas dan nyata, iaitu orang tersebut benar-benar wujud dalam sejarah dunia, bukan seseorang yang asal-usulnya tidak jelas, ataupun tidak dihormati. 2) Orang tersebut harus berpengetahuan dan bersahsiah tinggi. Memahami secara mendalam tentang alam dan kehidupan dan dapat mencari pengetahuan serta pengajaran dengan sendiri. Tidak meniru pengetahuan atau ajaran orang lain untuk diajarkan kepada penganutnya. Beliau

haruslah

benar-benar

mempunyai

pengetahuan

dan

berkemampuan tinggi. 3) Ajaran

yang

disampaikan

mampu

dilaksanakan

oleh

para

pengikutnya. Ajarannya memberikan kesan yang baik dan membawa kebahagiaan yang benar kepada pengikutnya. Jika ajarannya tidak mampu dilpraktikkan oleh pengikutnya, maka ajaran itu adalah tidak berguna. Berdasarkan kepada tiga pedoman di atas, kita akan dapat memahami mengapa para penganut agama Buddha menyanjung tinggi Buddha melalui sebab-sebab berikut: 1) Buddha memang pernah wujud di dunia ini sebagai manusia. Sejarah ada mencatatkan tentang kelahiran beliau sebagai manusia. Beliau juga merupakan orang yang berstatus tinggi iaitu putera raja yang mempunyai negara yang makmur dan negara itu masih wujud hingga ke hari ini. 2) Beliau merupakan seorang yang tekun mencari kebenaran dalam hidup dengan sendiri dan memberi ajaran yang diperolehi olehNya sendiri kepada pengikutnya. Semua ajaran adalah hasil pencarianNya sendiri dan bukanlah ditiru daripada ajaran atau individu lain. Beliau juga tidak mengguna nama atau kuasa lain untuk dijadikan alasan untuk orang ramai mempercayai beliau. Beliau menegaskan bahawa ajaran yang diberi tidak mendapat pengaruh kuasa lain, merupakan hasil pencarianNya sendiri. Beliau juga tidak memaksa orang lain untuk mempercayai ajaranNya.

160

3) Ajaran Buddha merupakan sesuatu yang mempunyai kebenaran dan tidak pernah ketinggalan zaman. Jika seseorang itu mematuhi ajaranNya akan memperolehi hasil yang baik. Mereka yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaranNya akan mendapati bahawa mereka akan bertembung dengan masalah dan seterusnya hidup menderita. Ajaran Buddha dinamakan sebagai ‘Phradhamma’. Oleh itu ajarannya boleh dijadikan pedoman dalam semua era dan tidak ketinggalan zaman. Sehingga ke hari ini, jika seseorang itu mengamalkan pedoman dalam ajarannya akan mempunyai kehidupan yang baik, tidak akan mudah dipengaruh oleh kejahatan dan tidak perlu menderita di neraka setelah meninggal dunia. Semasa Buddha menyebarkan ajarannya, beliau juga menghadapi pelbagai rintangan dan amat lesu tetapi beliau tidak pernah putus asa. Walaupun perlu menghadapi segala kesulitan, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada penganutnya.Terdapat penganutnya yang ingin memberikan hadiah yang berharga kepadaNya, tetapi beliau sentiasa menekankan bahawa hadiah yang terbaik adalah melaksanakan ajarannya dengan sempurna. Tidak kira penganutnya itu adalah sami atau orang biasa yang berkeluarga, jika mereka mengamalkan ajarannya dengan sempurna, mereka akan mendapati bahawa kesucian fizikal, kata dan mental akan dicapai lalu bebas daripada nafsu duniawi (kilesa). Dengan ini mereka akan mencapai kesejahteraan yang berkekalan seperti Buddha. Ini merupakan bukti yang terbaik untuk menunjukkan bahawa ajaranNya adalah mengikut jalan yang benar dan berkesan. Ia boleh diamalkan oleh semua orang dan membawa kesan yang baik. Ada berjuta penganutNya dalam zaman itu berjaya mencapai “Arahan”. Sebagai penganut kita menyanjung tinggi Buddha dan tidak syak terhadapNya walaupun beliau merupakan manusia biasa tetapi beliau merupakan seorang yang mepunyai kecerdikan yang tinggi kerana beliau dapat memikirkan cara untuk membebaskan diri daripada nafsu hidup (kilesa) dengan sendirinya. Beliau juga berbesar hati untuk memberi ajaran ini kepada orang ramai.

161

Kita percaya sepenuhnya terhadap niat baik Buddha, kesucian dan kecerdikanNya. Oleh itu kita tidak akan berasa syak terhadapNya, Kita akan mematuhi ajaranNya bersungguh-sungguh supaya dapat bebas daripada semua nafsu duniawi (kilesa).

162

Bab 30

Apakah benar buat baik akan dibalas baik?

Tidak kira dalam zaman apa, apabila manusia menghadapi kejadian yang dianggpap tidak adil terhadap dirinya, mereka akan mempunyai anggapan bahawa buat baik tidak dibalas baik, tetapi sering yang buat jahat masih dibalas baik. Ramai yang ingin mendapat melihat balasan baik itu dengan segera, dan sering ingat bahawa orang yang buat jahat mendapat sesuatu yang lebih baik daripadanya. Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih lama dan teiliti, akan mendapati bahawa secara luaran, nampaknya orang jahat itu bahagia tetapi dalam hati mereka sentiasa was-was kerana khuatir orang lain akan melakukan sesuatu yang jahat terhadapnya. Mereka ini sentiasa bimbang akan ditangkap oleh polis atas kejahatan mereka. Ia hanya nampak baik buat jangka masa yang pendek tetapi perlu menderita untuk seumur hidup.

163

Kita harus menanamkan konsep buat baik akan dibalas baik buat jahat akan dibalas jahat kepada anak-anak. Jika anak-anak tidak yakin terhadap perkara ini, mereka mungkin tidak percaya bahawa buat baik akan dibalas baik dan berpendapat bahawa perbuatan baik merupakan pemikiran orang bodoh seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang dewasa sekarang. Sebelum konsep ini disampaikan kepada anak-anak, kita perlu lihat juga sama ada ibu bapa mempunyai keyakinan atau percaya terhadap konsep ini. Jika mereka masih kurang yakin, kita mungkin boleh meneliti cerita yang akan disampaikan seperti berikut: Pada suatu hari, ada seorang penganut menanyakan soalan ini kepada sami (Luang Phaw). Adakah benar, buat baik akan dibalas baik ? Saya ada terlihat ramai kawan yang buat baik tetapi tidak nampak kesan baik yang diterima oleh mereka. Sami lalu menjawab seperti ini: Janganlah kamu membuang masa untuk curiga dalam soal ini, sebenarnya ‘hukum kamma’ telah dibuktikan beribu tahun lamanya. Walau bagaimanapun masih terdapat ramai lagi yang kurang yakin kerana biasanya mereka ini adalah jenis yang kurang sabar. Mereka ini sentiasa ingin melihat kesan dengan segera sehingga lupa memikirkan dasar kebenaran terhadap sesuatu perkara itu. “Sebagai contoh mudah, jika kita menanam pokok pisang dengan rebungnya, adakah ia akan membuahkan pisang dalam hari yang sama? Kita semua tahu bahawa kita tidak akan dapat hasilnya lagi, mungkin perlu tunggu lebih kurang setahun baru akan mendapat hasil ini. Sementara menunggu hasil kita juga perlu rajin menyiram, membaja dan menjaganya dengan baik. Jika tidak diberi penjagaan yang baik, kita juga mungkin akan mendapat hasil juga tetapi pisang yang membuah mungkin tidak bermutu tinggi seperti hasil buah orang yang menjaga pokoknya dengan baik. Jika ditanya pula, sementara menunggu hasil pisang, adakah kita akan mendapat apa-apa? Sebenarnya kita mula menikmati hasilnya sejak pokok mula ditanam. Pada tahap pertama, kita akan berasa gembira kerana telah menanamkan tepat pada musimnya, dan hasil sampingan yang diperoleh ialah daunnya boleh digunakan sebagai pembungkus makanan, jantung pisang boleh dijadikan lauk, manakala buah pisang pula perlu ditunggu sehingga cukup tahun. “Hasil baik yang diperolehi pada tahap 1, dalam melaksanakan sesuatu yang baik (atau kebajikan), hasil baik di perikat awal adalah kegembiraan (atau ketenangan) yang kita perolehi tidak kira apa yang kita buat itu diketahui oleh pihak lain atau tidak. 164

“Hasil baik yang diperolehi pada tahap 2, apabila perkara yang baik dilaksanakan secara berterusan, maka ini akan memupuk keperibadian yang baik umpama hasil sampingan daun pisang yang boleh digunakan sebagai pembalut makanan. “Hasil baik yang diperolehi pada tahap 3, apabila masa berbulan-bulan berlalu, kita akan dapat merasakan bahawa semua kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan berkesan. Di samping itu budi pekerti seseorang itu juga akan meningkat bagaikan kes pokok pisang di mana hasil samping jantung pisang boleh dijadikan lauk. “Hasil baik yang diperolehi pada tahap 4, jika perkara baik termasuk kebajikan diamalkan secara berterusan, maka hasil baik akan dapat dibuktikan dengan segera iaitu kita akan menjadi orang yang dihormati oleh masyarakat. Untuk mendapat hasil pisang yang bermutu, kita perlu melaburkan banyak masa dan tenaga. Begitu juga dalam hal buat baik akan dibalas baik, kita perlu melaburkan masa dan tenaga untuk mendapat hasil yang diyakini oleh masyarakat. Kita tidak boleh terburu-buru mengejar untuk melihat hasil baik dengan segera. Kebanyakkan orang mempunyai pandangan yang menyebelahi diri sendiri iaitu ingin melihat kesan baik dengan segera setelah melakukan sesuatu yang baik. Segala kejahatan yang pernah dilakukannya pula diharap jangan diberikan kesan buruk kepadanya. Tetapi jika orang lain pula yang melakukan sesuatu kejahatan, terutamanya jika kejahatan itu menyusahkannya, individu itu akan berharap bahawa orang yang telah menyusahkannya itu akan menerima balasan atas perbuatan jahatnya dengan segera. Individu ini tidak lagi memikirkan layanan baik yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini. Ini menyebabkan individu itu berasa syak sama ada buat baik akan dibalas baik. Kebanyakan orang yang kurang bersabar, mereka ingin melihat kesan terhadap setiap perlakuan (kamma) itu dengan serta merta. Biasanya mereka hanya melihat kepada bakal kebaikan yang patut di terima. Sebagai contoh, jika individu itu menjadi kaya dengan serta merta setelah membuat kebajikan, dia akan berasa sangat puas hati. Sebaliknya apabila individu itu bercakap bohong, giginya patah serta merta. Jika ini berlaku dia pula akan berasa bahawa ini adalah tidak adil. Manusia biasanya suka menyebelahi diri sendiri apabila berfikir. Di samping itu, sifat kurang sabar juga menyebabkan seseorang itu berasa sangsi terhadap ‘hukum kamma’ iaitu setiap tindakan akan mempunyai balasannya. Oleh itu kita hendaklah memupuk kesabaran dalam diri, tidak menyebelahi diri sendiri, bersikap adil terhadap semua perkara. Ini akan mudah dicapai jika selalu bertapa.

165

“Setelah memahami jawapan yang diberi oleh sami atau Lhuang Phaw, jika seseorang itu tidak tahu cara melakukan kebaikan, maka dia tidak akan dapat menikmati kesan daripada kebaikan itu. Oleh itu, setiap kebaikan atau kebajikan yang ingin dilaksanakan haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin iaitu, dilakukan dengan betul, sebaik mungkin dan berbatas. Ini akan menjadi teladan yang baik kepada generasi akan datang iaitu mereka akan yakin dalam ‘hukum kamma’ iaitu buat baik akan dibalas baik, buat jahat akan dibalas dengan kejahatan.

166

Bab 31

Bagaimana cara melakukan kebaikan agar mendapat hasil yang baik?

Dalam era moden ini, bagaimanakah kita akan dapat mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan terutamanya apabila adanya kesempatan? Sebaliknya sekiranya ada peluang untuk melakukan kebaikan atau kebajikan pula kita akan melakukan dengan sepenuh hati. Jika setiap ibubapa dapat memupuk sifat yang jujur terhadap diri sendiri dalam setiap keadaan iaitu tidak kira apa sekali pun, mereka hanya akan melakukan kebaikan dengan sepenuh hati dan elak daripada melakukan kejahatan sama sekali, maka ibubapa tidak perlu lagi bimbang bahawa anak mereka akan melakukan kejahatan yang akan menyusahkan diri sendiri atau orang lain.

167

Adalah tidak mudah untuk mendidik seseorang anak itu untuk berpegang kuat kepada prinsip bahawa sentiasa buat baik dan tidak melakukan kejahatan sama sekali. Ini adalah kerana dalam dunia ini terdapat pelbagai godaan yang akan menyebabkan seseorang itu melakukan kejahatan. Ibubapa tidak dapat sentiasa menjaga anaknya setiap masa, oleh itu anak itu harus ditanamkan dengan pegangan ini supaya mereka boleh berfikir dengan sendirinya. Untuk menanamkan pegangan ini secara berkesan, seseorang anak itu harus memahami ‘hukum kamma’ secara mendalam terlebih dahulu sebagai asas. Dengan kefahaman yang teliti dalam hukum ini, maka walaupun adanya kesempatan melakukan kejahatan tanpa diketahui orang lain, mereka tetap akan berpegang kuat kepada prinsip yang ada. Sebaliknya apabila berpeluang melakukan perkara yang baik atau kebajikan mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati.

Teknik Untuk Mengajarkan Seorang Anak Memahami Hukum Kamma Saya sebagai penulis sendiri mempunyai pengetahuan yang terbatas dalam menerangkan topik ini, oleh itu saya telah menyelidik tentang persoalan ini daripada sebuah buku dhamma yand ditulis oleh seorang sami (Luang Phaw) yang amat saya hormati. Jika bertanya kepada sami samada ia adalah sukar untuk memahami ‘hukum kamma’, beliau akan mengatakan bahawa tidak sukar, yang pentingnya mesti memahani prinsipnya dengan betul. Tapi sebelum itu, Lhuang Phaw ingin bertanya, “siapa yang merasa yakin bahawa buat baik pasti akan mendapatkan hasil yang baik juga? Sebahagian besar akan berkata bahawa mereka tidak yakin”. Lhuang Phaw berkata bahawa beliau mempelajari Dhamma selama 4-5 tahun sebelum menjadi sami (upasampada). Sebelumnya beliau tidak yakin bahawa melakukan kebaikan akan dibalas baik dan melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Dengan wujudnya perasaan sangsi inilah kadang-kadang beliau masih berani melakukan kejahatan. Lhuang Phaw ingin berkongsi perkara-perkara berikut supaya anda akan dapat memahami tentang hukum kamma dengan lebih baik. Ramai antara kita merasa curiga samada benar bahawa melakukan kebaikan akan mendapatkan hasil yang baik juga?

168

Terdapat ramai lagi yang tidak pernah tahu bahawa untuk mendapatkan hasil yang baik daripada perlakuan baik itu mempunyai dua syarat penting iaitu diri sendiri dan faktor luaran. Syarat pertama: Diri sendiri – boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: 1) harus dapat melakukannya dengan betul mengikut tujuan supaya tidak terpesong daripada tujuannya. Setiap kerja yang akan dilaksanakan harus mempunyai tujuan dan objektif yang jelas. Kita hanya akan mula melakukan kerja ini apabila semuanya jelas dan melaksanakan berpandukan objektif kerja itu. Dari segi keagamaan, biasanya kita akan mengambil contoh mudah seperti kerja mencuci pakaian yang telah kita pakai. Baju yang dipakai, kebiasaannya kekotoran akan bertumpu pada bahagian kolar baju, hujung lengan baju atau hujung kaki seluar.Apabila mencuci pakaian ini, jika kita mencuci begitu sahaja tanpa mengosok bahagian kolar, hujung lengan dan hujung kaki seluar, maka kekotoran itu masih ada. Dalam contoh ini, walaupun baju dicuci dengan sepenuh tenaga tetapi bahagian yang kotor tidak digosok dengan teliti, tujuannya tidak dicapai kerana baju itu masih kotor lagi. Oleh itu, walaupun kita ada buat tetapi tidak dibuat dengan betul, tujuannya tidak tercapai maka tidak berkesan. Melakukan sesuatu yang diingatkan baik tetapi tidak akan membawa kesan jika tidak dibuat dengan betul. Ini bagaikan seorang yang rajin bertungkus lumus bekerja tetapi tidak berjaya kerana tidak tahu matlamat kerja atau dengan kata lain kerja tidak dilakukan dengan cerdik. Oleh itu, sebelum memulakan sesuatu kerja itu, seseorang itu harus meneliti dan memahami tujuan dan objektif terlebih dahulu.

2) Harus melaksanakan setiap kerja itu dengan sebaik mungkin. Kita perlu melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dengan segala kemampuan yang ada. Walaupun kerja atau tugas yang dijalankan itu dilaksanakan melandaskan tujuan dan matlamat yang jelas, tetapi jika tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh, maka hasil yang diperolehi mungkin adalah tidak begitu memuaskan. 169

Menggunakan kembali contoh mencuci baju kotor yang dibincangkan pada awalnya. Kita sudah mengetahui bahagian baju yang perlu diberi perhatian semasa mencucinya dan gosakkan sebanyak 30 kali diperlukan untuk ia kembali bersih. Sekiranya kita hanya mebuat gosokkan sebanyak 10 kali, apa yang dicapai adalah kekotoran di baju sudah berkurangan tetapi masih belum bersih. Oleh itu dalam melaksanakan setiap tugas itu, kita hendaklah melakukannya dengan bersungguh-sungguh supaya hasil yang diperolehi adalah terbaik. Jika tujuan dan matlamat tugas itu adalah jelas tetapi tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ia bagaikan orang cerdik tetapi malas. Cerdik kerana memahami tujuan dan cara yang betul untuk menjayakan tugas itu tetapi malas dalam perlaksanaan. Sifat seperti ini mungkin dapat menipu orang yang kurang pengetahuan dalam sesuatu bidang itu tetapi jika bertemu dengan orang yang mahir maka mereka akan tahu bahawa ia adalah kerja orang cerdik tetapi malas dan tidak akan bekerjasama dengannya lagi Oleh itu selain daripada perlu jelas dengan matlamat kerja, kita juga perlu melaksanakannya

dengan

bersungguh-sungguh.

Maka

kita

hendaklah

melaksanakan setiap tugas itu dengan penuh usaha, tidak malas atau berputus asa apabila menghadapi masalah supaya hasil kerja itu mencapai kejayaan yang cemerlang. 3) Harus dapat melakukannya dengan berbatas. Dalam melaksanakan sesuatu tugas itu selain daripada melakukannya dengan betul dan sebaik-baiknya, kejayaan pun tidak semestinya dapat dicapaii. Ia hendaklah juga dilaksanakan secara berpada iaitu mengikut batasan. Batasan di sini bermaksud, perlu sentiasa mempunyai tumpuan yang betul, tidak melakukan sesuatu tugas itu secara keterlaluan sehingga memudaratkan. Contohnya seperti mencuci pakaian yang kotor. Jika kita harus menggosoknya sebanyak 30 kali sahaja, tetapi kita mengossoknya sebanyak 100 kali, maka ini telah melampaui batas. Ini kerana ia mungkin menyebabkan pakaian itu koyak kerana digosok terlalu banyak. Perlaksaan tugas dengan tidak berbatas, boleh dibagaikan orang yang bekerja siang dan malam sehingga badan menjadi tidak sihat, tambahan pula jika membuat banyak pinjaman wang untuk menjalankan kerja itu, ia tidak dapat 170

bertahan lama. Oleh itu harus melaksanakan kerja secara berbatas supaya berjaya. Kesimpulannya, untuk buat baik dan memperolehi kesan yang baik, kita harus melaksanakan setiap kerja itu dengan tiga pedoman penting yang menjadi syarat kepada diri sendiri iaitu betul, sebaik mungkin dan berbatas untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Syarat kedua: faktor luaran– boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: Selain daipada tiga pedoman penting yang menjadi syarat kepada diri sendiri iaitu betul, sebaik mungkin dan berbatas untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Faktor luaran juga adalah penting. Ia terdiri daripada dua bahagian utama iaitu: 1) Masa Masa merupakan unsur yang penting untuk memperolehi hasil yang baik. Sebagai contoh, jika kita menanam pokok pisang pada hari ini dengan rebungnya yang setinggi setengah meter dalam lubang besar, disiram air dan dibaja. Persoalannya, adakah pokok pisang itu akan berbuah pada keesokkan harinya? Jawapannya adalah tidak. Bagaimana pula jika pokok itu ditanam awal sehari, jawapannya juga adalah sama iaitu pokok pisang masih tidak dapat berbuah lagi. Adakah usaha baik kita itu adalah sia-sia sahaja, Jawapannya tidak kerana dengan menanamkan rebungnya ke tanah kita dapat pastikan bahawa pokok pisang itu tidak akan mati walupun kita tidak tahu lagi bila pokok itu akan berbuah. Setelah menjaga pokok itu selama 3-4 bulan, adakah ia akan berbuah? Jawapannya belum, tetapi kita boleh menggunakan daunnya. Bagaimanapula selepas 8-9 bulan menjaganya, adakah pokok pisang itu akan berbuah? Jawapannya masih belum berbuah, tetapi jantung pisang sudah boleh dijadikan lauk. Kita perlu menjaga pokok pisang itu lebih kurang setahun penuh, sebelum pokok itu dapat berbuah. Kita dapat lihat di sini bahawa untuk pokok pisang berbuah, sekurangkurangnya is mengambil masa selama setahun. Begitu juga apabila kita melaksanakan

171

sesuatu kerja yang baik itu, ia juga mengambil masa untuk memberikan kesan baik kepada kita. Oleh itu, jika sesorang itu sudah melaksanakankerja itu dengan betul, sebaik mungkin dan berbatas, tetapi masih tidak dapat apa-apa kesan baik, mereka ini hendaklah sabar kerana kadang kala ia mengambil masa.

2) Tempat Selain dari masalah waktu, faktor tempat juga adalah penting. Seperti contohnya, terdapat pokok pisang yang tumbuh berdekatan dengan kendi air. Kelebihan pokok pisang jenis ini adalah ia akan mendapat sumber air dari awal pagi apabila tuannya mencuci muka pada waktu pagi. Ia juga akan mendapat sumber air lagi apabila tuannya mencuci pinggan selepas makan, mandi pagi dan petang atau kadang kala orang gaji menncuci pakaian. Jika pokok pisang jenis ini dapat tumbuh dengan suburnya kita perlu menganggap ia mempunyai kelebihan khas kerana tumbuh di tempat yang sesuai. Dalam berbuat baik juga, jika tempat yang kita melaksanakan tugas itu lengkap dengan kemudahan, maka tugas itu akan berjaya dengan cepat, tetapi jika tempat itu kekurang kelengkapan, maka tugas itu perlu masa yang lebih lama untuk disempurnakan. Selain itu langkah berhati-hati juga harus diambil supaya kita tidak terlalu mementingkan hasil kerja hingga mengabaikan hati perut mereka yang berada berdekatan. Ini kerana jika mereka itu tidak berniat baik, mereka mungkin memberi galakkan kepada kita supaya kita dapat berkembang dengan cepat dengan harapan kita akan menyertai kumpulan mereka. Tetapi jika kita bertumbuh dengan terlalu cepat, dan mereka merasakan bahawa kita tidak mudah terpengaruh, mereka akan mula tidak suka terhadap kita dan cuba menyusahkan kita pula. Dalam melaksanakan sesuatu yang baik itu, hendaklah juga menimbangkan soal masa dan tempat serta bertindak mengikut keadaan. Kita hendaklah melihat kebenaran dalam hidup, dengan ini kita akan mendapat buktinya dengan sendiri. Terutamanya, apabila kita yakin bahawa buat baik akan dibalas baik, maka kita akan percaya kepada ‘hukum kamma’. Dengan keyakinan ini, kita tidak akan melakukan kejahatan walaupun apa yang dilakukan itu tidak akan diketahui orang. Atau dengan kata lain kita dapat mendisiplinkan diri sendiri. Dalam masa yang sama apabila kita 172

melakukan kebaikan, kita juga akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh walaupun tidak menjadi perhatian orang.

KENAPA ADA DI ANTARA MEREKA YANG TIDAK YAKIN BAHAWA BUAT BAIK TIDAK DIBALAS BAIK Masalah utama dalam hal ini adalah jangka masa yang diambil untuk mendapat hasil atau kesan baik itu. Apabila sesuatu kerja itu dilakukan dengan betul, bersungguh-sungguh dan berbatas semestinya akan memberikan hasil yang baik. Oleh itu, kita akan yakin bahawa buat baik akan dibalas baik dan akan melakukan perkara yang baik itu tidak kira is diketahui orang lain atau tidak. Sebaliknya, jika kita membuat jahat dengan betul, bersungguh-sugguh dan berbatas juga, sudah tentu juga akan mendapat balasan jahat. Berikutan dengan perlakuan jahat ini, biasanya orang itu tidak akan mempunyai tempat tinggal yang tetap. Dalam melakukan kejahatan itu, kadang kala ia mengambil masa yang lama untuk memberi kesan jahat itu. Oleh kerana hal ini, ramai antara kita pula kurang yakin bahawa buat baik akan dibalas baik. Kadang kala kita sedang melakukan sesuatu kebaikan dan menunggu untuk mendapat balasan baik tetapi dalam masa yang sama, kesan daripada kejahatan lama memberi kesan terlebih dahulu. Apabila ini berlaku, ia menjadi persoalan yang muncul dan menyebabkan ramai di antara kita mengubah pendirian dan balik semula untuk melakukan kejahatan. Jika dikaji dengan teliti, semua yang berlaku adakah disebabkan oleh diri kita sendiri. Ini kerana setiap kesan itu berasal daraipada tindakan kita yang lepas. Apabila kejahatan dilakukan pada masa yang lepas, ia tidak lagi dipersoalkan. Tetapi oleh kerana kita baru mula melakukan kebaikan dalam jangka masa yang pendek, persoalan pula timbul kerana kesan baik belum lagi diperolehi dan kesan kejahatan itu muncul dahulu. Ini membawa kepada pemahaman yang salah bahawa buat baik tidak dibalas baik sehingga berhenti daripada berbuat baik dan kembali untuk membuat jahat dan mungkin lebih teruk lagi daripada sebelumnya. Begitu juga apabila kita melihat orang yang melakukan kejahatan itu mendapat kenaikan pangkat dengan cepat, maka akan ingat bahawa buat jahat akan dibalas baik. Tetapi jikan dilihat dengan teliti, orang itu mendapat kenaikan pangkat dengan cepat kerana mempunyai ketua yang kurang berkebolehan dan telah tertipu olehnya. Walau bagaimanapun, 173

suatu hari nanti apabila kejahatannya itu terbongkar, maka masa depannya akan terjejas sama sekali. Kita kurang yakin terhadap pegangan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat akan dibalas jahat kerana kadang kala faktor masa dan tempat juga memainkan peranan penting dalam hal ini.

DASAR DALAM MEMUTUSKAN SAMADA SESUATU KERJA ITU ADALAH KERJA BAIK Tiga ciri utama iaitu membuat dengan baik, bersungguh-sungguh dan berbatas juga boleh digunakan dalam kerja pengurusan. Terdapat satu cerita yang berkaitan dengan kenyataan di atas iaitu terdapat seorang pengurus bank yang tidak disukai oleh anak buahnya dan menerima banyak surat aduan. Masalah ini timbul kerana, pengurus itu menaikkan pangkat anak buahnya dengan tidak sama rata. Terdapat mereka yang dapat naik sehingga tiga pangkat, tetapi ada juga yang tidak dapat langsung. Sifat manusia memanglah begitu, mereka boleh sama-sama susah tetapi jika ada apaapa keuntungan, jika tidak dibahagikan sama rata, maka masalah akan timbul. Oleh itu dalam mengurus orang bawahan, perlu ada syarat-syarat tertentu. Apabila pengurus ini disiasat oleh syarikatnya, beliau pun datang untuk mendapat nasihat Luang Phaw dalam hal ini. Beliau pun berkata bahawa masalah ini tidak sukar diatasi iaitu mengunakan tiga cirri utama tadi untuk menyelesaikan masalah itu seperti berikut: 1) Orang yang tidak dinaikkan pangkat adalah orang yang melakukan kerja dengan cara yang tidak betul, iaitu rajin tetapi bodoh. Orang seperti ini akan menggunakan keletihannya sebagai tanda kebaikan diri, oleh itu orang seperti ini tidak layak untuk dinaikkan pangkat. Perlu diingatkan bahawa kenaikan pangkat perlu diukur dengan hasil kerjanya dan bukannya keletihan dalam dirinya. Selain daripada tidak membuat kerja dengan betul, kadang kala juga menyebabkan kerugian. Oleh itu, orang itu seharusnya bersyukur lagi kerana belum sampai tahap kena pecat. Jadi, orang itu harus sedar bahawa tidak dinaikkan pangkat adalah disebabkan oleh tidak melaksanakan kerja dengan cara yang betul. 2) Ada pula yang menjalankan tugas dengan betul tetapi tidak bersungguh-sungguh iaitu malas. Adalah bahaya untuk mendapat pekerja seperti ini, kerana biasanya mereka akan melaksanakan kerja mereka sekerat sahaja tetapi melaporkan yang banyak kerja telah 174

dilaksanakan untuk mendapat pujian dan membina imej diri yang baik. Untuk mengatasi orang jenis ini, semua bukti harus disediakan untuk melindungi diri kita. Jika tidak kita mungkin akan mengalami kerugian besar. Luang Phaw sendiri juga pernah mengalami masalah seperti ini. Jadi jika seseorang bekerja dengan cara yang betul, bersungguh-sungguh, dan berbatas, bolehlah dinaikkan dua pangkat. Orang yang hanya melakukan pekerjaannya dengan cara yang betul tetapi belum cukup bersungguh-sungguh, bolehlah dinaikkan satu pangkat. Manakala orang yang melakukan kerjanya dengan cara yang tidak betul tetapi merupakan seorang yang rajin atau mudah disuruh, tidak perlulah dinaikkan pangkat atau dipecat daripada pekerjaannya kerana dia masih rajin. Tapi seorang yang rajin tetapi banyak membawakan kerugian yang beterusan. Ini akan membawa masalah kepada pengurusnya. Pekerja ini perlu diingatkan perkara ini. Bedasarkan apa yang telah dikemukan oleh Luang Phaw itu, kita akan mendapati bahawa ‘hukum kamma’ sebenarnya mudah difahami. Kita perlu mempunyai pemahaman yang betul yang terdiri daripada tiga ciri utama iaitu buat dengan betul, bersungguh-sungguh dan berbatas di tempat yang sesuai dan menunggu masanya untuk membawa kesan itu. ~~~Kesimpulan~~~ Ajaran yang telah diberi oleh Luang Phaw di atas, dapat menyakinkan ibubapa yang buat baik akan dibalas baik, buat jahat akan dibalas jahat. Dengan ini, ibubapa akan dapat memupuk kepercayaan tentang hukum kamma kepada anak-anak mereka dengan berkesan dan tidak perlu lagi bimbang tentang perlakuan mereka tidak kira mereka dalam penjagaan ibubapa atau tidak.

175

Bab 32

Cara Berdana Yang Sempurna

Pada zaman ini, banyak perkara yang kita dapat lihat boleh dibuktikan secara saintifik, tetapi ada pula yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Sebagai contoh, hati kita yang berperasaan adalah berbeza daripada jantung kita yang berotot. Katakan kita berasa sedih, kecewa ataupun gembira, perasaan ini bukanlah berasal daripada jantung kita. Kita tahu bahawa ia adalah daripada hati dalam badan kita tetapi tidak tahu daripada bahagian mana. Jantung merupakan salah satu organ yang berada dalam tubuh kita. Ketika seseorang mempunyai penyakit jantung, doktor akan menjalankan pembedahan untuknya. Dewasa ini, doktor mampu menghentikan denyut jantung seseorang. Jika perasaan dan jantung hati kita sama, ketika denyut jantung berhenti seorang pesakit itu akan meninggal dunia, tapi ketika selesai dibedah urat jantung hati tersebut pun kembali berdenyut secara normal, ini bererti

176

bahawa otot yang berada pada jantung hati dengan perasaan di dalam hati manusia itu adalah berbeza. Sampai ke hari ini para saintis masih belum dapat membuktikan bagaimana bentuk atau rupa perasaan hati manusia, dan tempat perasaan itu, tetapi kita tahu bahawa perasaan hati itu memang wujud, kerana jika tidak wujud maka kita tentu sudah meninggal dunia. Selain itu, setelah mempelajari kitab suci Tripitaka didapati bahawa terdapat beberapa hal yang telah disebut oleh Buddha tetapi para sainstis belum dapat membuktikannya. Contohnya seperti cakarawala, Buddha telah mengatakan beribu-ribu tahun yang lalu bahawa di luar angkasa bukan hanya ada satu cakerawala tetapi masih banyak cakerawala yang tidak dapat terhitung jumlahnya, tetapi para saintis baru menjumpainya lebih kurang seratus tahun yang lalu. Sesiapa yang menolak terhadap kepercayaan yang kamma baik wujud adalah sangat merugikan diri sendiri. Ini kerana kamma baik akan membawa kesan secara terus kepada diri kita dan adalah lebih rumit daripada konsep cakerawala yang wujud. Ini kerana cekerawala boleh dilihat dengan mata, tetapi kamma baik tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai oleh hati kita. Untuk selamat, haruslah kita melakukan kamma baik dengan melakukan kebajikan, berdana dengan sepenuh hati untuk mengekalkan ajaran agama Buddha. Apabila mempunyai masa bolehlah kita menelaah kitab suci Tripitaka untuk memahami ajaran agama dengan lebih mendalam dan bukanlah menjadi penganut atas kertas sahaja. Saya sebagai penulis tidak dapat menolak untuk percaya bahawa kamma baik dan kamma buruk memang benar-benar wujud mengikut hukum kamma. Terutamanya apabila kita menghadapi masalah yang serius, yang dapat menjadi harapan kita bukanlah ilmu pengetahuan, ilmu ekonomi atau ilmu kemanusiaan tetapi tempat bergantung terbaik adalah kebaikan yang pernah kita lakukan atau kamma baik. Oleh sebab yang disebutkan di atas, ia telah membuat saya ingin mempelajari cara untuk membuat dana dengan betul. Saya mendapat maklumat tentang topik ini melalui buku yang ditulis oleh Luang Phaw, Y.M Phrabhavanaviriyakhun, yang telah menjelaskan prinsip berdana yang sempurna seperti berikut: “Buddha telah memberikan penjelasan bahawa terdapat tiga ciri penting dalam berdana iaitu: 1)

Cara berdana, iaitu membahagikan sebahagian daripada kekayaan yang ada kepada seseorang yang benar-benar layak menerima dana ini, tetapi jangan sampai menimbulkan masalah kepada diri kita sendiri. Umat Buddha biasanya suka kegiatan berdana kepada para sami. 177

2)

Cara menjaga sila, iaitu cara mengendalikan diri, perkataan agar tidak menimbulkan masalah terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Setidaknya harus menjalankan pancasila setiap hari. Jika ada kesempatan sebelum hari uposatha ataupun hari libur, biasanya umat Buddha akan menjalani atasila agar kamma baik mereka dapat ditingkatkan lebih banyak lagi.

3)

Cara bertapa atau meditasi, iaitu berdana dengan cara melatih hati, mempelajari Dhamma, membaca paritta dan melafazkan kesanjungan terhadap Buddha agar hati menjadi tenang setiap malam sekurangkurangnyanya 20 minit hinggalah sejam penuh. Pada umumnya umat Buddha melaksanakan ketiga-tiganya dengan mudahnya berdasarkan prinsip berikut: Barangsiapa yang belum berdana pada pagi hari, pagi itu masih belum dapat sarapan pagi. Barangsiapa yang tidak bersungguh-sungguh menjalankan silanya, hari itu tidak akan keluar dari rumah. Barangsiapa yang tidak membaca paritta dan bertapa, malam itu belum boleh tidur. Sesiapa yang sering berdana, hidupnya tidak akan pernah miskin, masa

depannya akan cerah, ia akan mendapatkan sesuatu yang diinginkannya dengan mudah yang merupakan kesan daripada kamma baik yang dilakukan dengan baik berlandaskan tiga ciri utama yang dibidcang dalam bab sebelum ini. Kenapa hati dan pemikiran kita perlu sentiasa tenang? Jika hati kita tenang, perasaan kita pun akan menjadi tenang, kita hanya akan memikirkan yang baik, bertindak baik dan menggunakan kata-kata yang baik. Luang Phaw berpendapat bahawa kamma baik dapat mula dipupuk dengan memberi dana (memberi kepunyaan yang ada) pada tahap pertama. Buddha telah mengatakan bahawa untuk mendapatkan banyak kamma baik, dana yang diberi itu harus meliputi empat ciri yang penting seperti berikut: 1) Barang yang suci, iaitu barang yang diberikan harus berasal dari hasil kerja keras kita sendiri, bukan berasal dari hasil penipuan. 2) Maksud yang suci, iaitu mempunyai niat untuk berdana bagi memberantas segala kekikiran, ego dan ketamakan. Kita harus melaksanakannya dengan ikhlas 178

dan tidak harus mengharap untuk mendapat balasan kebendaan.Kita hanya berharap dapat mengkikiskan ketamakan dalam diri dan mengisinya dengan kamma baik. Kita harus dapat membezakan balasan berbentuk kebendaan dan kamma baik. 3) Pemberi yang suci, iaitu orang yang memberi sekurang-kurangnya harus lengkap dengan pancasila. Sebelum memberi, hati dan fikiran kita harus suci, ketika sedang melaksanakannya,hati kita harus sentiasa suci, dan berasa senang /gembira setelah kita memberinya atau tidak merasa sayang terhadap apa yang telah diberi kepada penerima itu. 4) Penerima yang suci, jika penerima itu adalah seorang sami yang bebas dari kilesa ataupun telah mencapai tahap Arahan, kita akan mendapat kamma baik yang berganda iaitu kita akan mendapatkan hasilnya pada masa itu juga, tidak perlu menunggu hingga hidup atau hayat yang akan datang. Atau boleh juga berdana kepada para sami yang masih belum bebas daripada kilesa tetapi bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran Buddha untuk membebaskan diri daripada kilesa. Jika ingin berdana kepada orang biasa pula, adalah terbaik diberi kepada orang yand lengkap dengan pancasila. Secara kesimpulannya kamma baik yang diperolehi sama ada akan banyak atau sedikit adalah bergantung kepada 4 ciri penting yang disebutkan tadi. Kesucian dalam setiap ciri atau faktor itu akan mempengaruhi kualiti dan kuantiti kamma baik yang diperolehi itu. Daripada maklumat yang diperolehi dari buku yang berjudul “LhuangPhaw menjawab pertanyaan” ditulis oleh Luang Phaw, Y.M Phrabhavanaviriyakhun, kami berharap para pembaca dapat menyedari maksud berdana agar kita sentiasa melakukan kebajikan. Kita harus mengajar anak cucu kita untuk memahami cara melakukan kebajikan sejak kecil lagi kerana di akhir hayat, kita hanya bergantung kepada kamma baik sebaik sahaja kita meninggalkan dunia ini. “Kamma baik tidak dapat dijual belikan, kita harus melakukannya sendiri, jika kita inginkannya.”

179

Bab 33

Mengajarkan Seorang Anak Untuk Membiasakan Diri Melaksanakan Pancasila

Mengajar anak agar mereka mematuhi kelima-lima hukum sila merupakan tugas dan kewajiban ibubapa. Ini merupakan tanggungjawah ibubapa terhadap anak dan masyarakat. Kenapa masalah ini merupakan hal yang sangat penting?

MENGAJARKAN ANAK HANYA UNTUK MENGHAFAL LIMA HUKUM

SILA, TETAPI

TIDAK MENGAJARKANNYA UNTUK MELAKSANAKANNYA. Perkara aneh di kalangan penganut agama Buddha ialah mereka dapat menghafalkan lima hukum sila tetapi apabila ditanya maksudnya ramai juga yang terngagah dengan soalan ini.

180

Jika orang dewasa sendiri tidak dapat memahami maksud sebenar lima hukum sila itu, janganlah kita harap yang anak muda zaman ini akan mengetahui kepentingan melaksanakan hukum ini! Apabila hukum sila tidak diamalkan dalam masyarakat sehingga menjadi suatu kebiasaan, maka apabila terdapat kumpulan yang melaksanakannya, mereka akan dianggap tidak normal. Dengan itu, mereka yang berminat dalam melaksanakan pancasila akan mula berkurangan walaupun konsep ini adalah sangat baik dan diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Oleh kerana anak muda zaman ini tidak dididik tentang lima hukum sila di rumah maka mereka mudah terpengaruh oleh unsur negatif (kilesa) dalam masyarakat. Ini akan membawa kepada masalah mencuri, membunuh, kegiatan seks haram (bebas), penyalahgunaan dadah dan sebagainya dalam masyarakat. Orang dewasa pula ingat ini merupakan masalah anak muda itu lalu ingat bahawa masalah harus diselesaikan terhadap diri anak muda itu. Walaupun masalah yang timbul pada diri anak muda itu diselesaikan tetapi jika keluarganya tidak memupuk kesedaran terhadap lima hukum sila itu dalam dirinya maka dalam masa yang singkat anak itu akan mula melakukan kerja maksiat lagi dan mungkin akan lebih melampau daripada sebelumnya. Masalah yang timbul juga akan berterusan dan anak muda itu akan menjadi orang dewasa yang bermasalah dan membawa masalah yang berterusan kepada masyarakat. Jika masalah itu tidak diselesaikan dari akarnya, setiap keluarga harus melatih anak cucu untuk melaksanakan lima hukum sila itu supaya masalah dalam masyarakat dapat diselesaikan yang semakin hari semakin meningkat.

IBUBAPA HARUS MEMAHAMI LIMA HUKUM SILA Ibubapa mempunyai peranan penting dalam mengajar anak-anak tentang lima hukum sila dalam setiap keluarga. Ini merupakan tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak dan masyarakat dalam mengatasi masalah masyarakat. Ibubapa harus memahami lima hukum sila ini terlebih dahulu sebelum mengajarkannya kepada anak-anaknya, iaitu 1) apakah yang dimaksud dengan hukum sila? 2) apakah kaitannya antara lima hukum sila dengan kebiasaan hidup manusia normal?

181

3) Seseorang yang tidak dapat melaksanakan lima hukum sila, adakah ia akan dikatakan hidupnya tidak normal? Jika ibubapa memahami ketiga-tiga persoalan ini, maka adalah lebih mudah untuk ibubapa mengajarkan lima hukum sila ini kepada anak-anak

Apakah Yang Dimaksud Dengan Hukum Sila? Hukum sila membawa maksud biasa atau normal Setiap perkara dalam dunia ini mempunyai sifat kebiasaannya masing-masing. Sebagai contoh, hujan akan turun pada musim hujan, tetapi jika tidak ada hujan turun maka ia dikatakan tidak normal. Begitu juga jika ambil contoh kuda, kuda pada kebiasaannya akan berdiri sahaja dan tidak meniarap tidur, jika kuda itu meniarap tidur, ini bermaksud kuda itu sedang sakit. Oleh itu, dari segi praktisnya, sila adalah untuk membolehkan seseorang itu dapat mengawal diri supaya sentiasa membuat sesuatu yang normal atau biasa dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri sendiri atau orang lain. Apakah Yang Dikatakan Normal Bagi Manusia? Lima perkara normal atau kebiasaan yang penting bagi manusia adalah seperti berikut: 1)

Pada umumnya manusia tidak membunuh Manusia pada umumnya tidak membunuh sama sendiri. Jika manusia membunuh sesame sendiri maka mereka adalah tidak normal. Hanya haiwan yang biasa membunuh haiwan lain, contohnya seperti harimau, buaya atau beruang. Oleh itu untuk mengekalkan sifat manusia normal maka wujudlah hukum sila yang pertama iaitu, manusia tidak harus membunuh.

2)

Pada umumnya manusia tidak mencuri Kebiasaannya haiwan apabila tibanya masa makan, ia akan berebut atau mencuri makanan antara satu sama lain lalu mengigit dan melawan antara satu sama lain. Tetapi ini berbeza dengan manusia. Oleh itu untuk mengekalkan kebiasaan manusia, maka wujudnya hukum sila kedua iaitu manusia tidak seharusnya mencuri, menerima rasuah atau menipu.

3)

Pada umumnya manusia tidak berzina

182

Haiwan biasanya tidak kekal dengan pasangannya sendiri sahaja. Pada musim mencari pasangan, biasanya haiwan akan berebut pasangan betina. Kadang kala sampai ke tahap di mana salah satu ekor haiwan jantan itu terbunuh semasa perebutan itu. Manusia pada kebiasaannya tidak merebut pasangan orang lain oleh itu hukum ketiga wujud iaitu, manusia tidak berzina. 4)

Pada umumnya manusia tidak berdusta Haiwan biasanya apabila hidup bersama, ia mudah bersengketa antara satu sama lain dan membawa kepada keadaan yang membahayakan pada setiap masa. Manusia pula pada kebiasaannya berterus terang antara satu sama lain dan saling mempercayai. Mereka yang berbohong adalah tidak normal oleh itu untuk mengekalkan sifat normal ini, wujudlah hukum sila yang keempat iaitu manusia tidak harus berbohong.

5)

Pada umumnya manusia tidak minum minuman keras atau menggunakan ubatubatan yang memudaratkan kesihatan Haiwan pada kebiasaannya adalah lebih kuat daripada manusia tetapi ia tidak mempunyai pemikiran yang dapat mengawal atau menggunakan tenaga dengan betul. Oleh itu tidak dapat menukarkan tenaga pada badannya untuk melakukan kebaikan. Ia dikawal oleh emosinya sendiri. Sebagai contoh gajah, kuda, lembu mempunyai tenaga yang banyak tetapi tidak menngunakan tenaganya untuk mencari makanan untuk menyara ibubapanya. Walaupunpun kekuatan atau tenaga yang dimiliki oleh manusia adalah kurang daripada haiwan, tetapi manusia mempunyai kesedaran untuk membalas budi ibubapa dengan cara menjaga mereka pada masa tua. Kesedaran diri merupakan suatu pendorong penting manusia. Seseorang yang sentiasa mempunyai kesedaran diri walaupun tidak makan sehari penuh, bekerja sebulan penuh tanpa berhenti, ataupun dirawat di hospital setahun penuh, kesedaran dalam dirinya masih tetap baik, tetapi kesedarannya akan hilang atau rosak apabila seseorang mula meminum minuman keras, salahgunakan ubat-ubatan yang dilarang. Seseorang yang hilang kesedaran diri akibat minuman keras boleh melukakan hati orang yang berbudi terhadapnya. Orang yang mabuk atau hilang kesedaran dalam diri, tidak dapat menukarkan tenaga yang dimilikinya untuk melakukan kerja yang baik. Oleh itu mereka ini adalah tidak normal. Untuk mengelakkan masalah ini, maka

183

wujudlah hukum sila yang kelima iaitu, manusia tidak harus minum minuman keras atau menggunakan ubat-ubatan yang memudaratkan kesihatan. Pancasila atau lima hukum sila terdiri daripada: 1)

tidak membunuh makhluk hidup

2)

tidak mencuri

3)

tidak berzina, tidak mata keranjang

4)

tidak berdusta, tidak berkata kasar, tidak mengarut

5)

tidak meminum minuman keras atau alkohol serta tidak menggunakan ubat-ubatan yang memudaratkan kesihatan. Lima hukum sila ini wujud bersama dengan dunia, demi menjaga kebahagiaan dalam

dunia ini. Apakah Yang Terjadi Jika Tidak Melaksanakan Lima Hukum Sila? Lima hukum Sila ini sudah wujud sebelum kewujudan Buddha. Beliau telah menggunakannya dalam agama Buddha dan telah menjelaskan kepentingan melaksanakan lima hukum Sila ini. Lima hukum ini juga dijadikan alat pengukur diri kita sebagai manusia seperti berikut: Jika dalam satu hari kita dapat melaksanakan dengan lengkap lima hukum sila ini, maka ini bererti kita merupakan manusia 100%, Jika kita hanya melaksanakan 4 hukum sila, ini bererti kemanusiaan kita hanya 80% dan 20% diri kita menyerupai haiwan Jika kita hanya melaksanakan 3 hukum sila, itu bererti kemanusiaan kita hanya 60% dan 40% diri kita menyerupai haiwan Jika kita hanya melaksanakan 2 hukum sila, itu bererti kemanusiaan kita hanya 40% dan 60% diri kita menyerupai haiwan Jika kita hanya melaksanakan 1 hukum sila, itu berarti kemanusiaan kita hanya 20% dan 80% diri kita menyerupai haiwan

184

Jika kita tidak melaksanakan semua lima hukum sila tersebut, kemanusiaan kita pun akan lenyap. Tidak ada lagi kebahagiaan dan keamanan yang pernah kita miliki sebelumnya, walaupun kita masih hidup rasanya seperti sudah mati. Kebaikan tidak akan timbul.Kehidupan yang ada hanya akan menimbulkan masalah terhadap diri kita dan juga orang lain. Demi menjaga sifat kemanusiaan dalam diri kita, kita perlu mematuhi kesemua lima hukum sila itu dengan kebijaksanaan yang ada pada diri kita sebagai manusia. Kita perlulah menjaga sifat kemanusiaan diri lebih daripada hidup kita sendiri. Tetapi sekarang ini orang yang melanggar hukum sila semakin bertambah sehingga pelanggaran hukum menjadi suatu tidakan yang umum atau dianggap normal sehinggakan mereka memandang orang yang melaksanakan hukum sila dianggap sebagai orang yang tidak normal. Negara yang dahulunya damai, kini menjadi negara yang sering terjadi penipuan, pembunuhan, perzinaan dan sebagainya. Ini telah membawa kepada keresahan, kegelisahan, ketakutan di negera tersebut. Kita sentiasa mengharap supaya wujudnya seseorang yang dapat menghentikan segala masalah ini, tetapi orang itu masih tidak muncul lagi. Jika ibubapa tidak bertanggungjawab untuk mengajarkan anak-anak dalam menjalani lima hukum sila ini, maka harapan ibubapa supaya anak-anak menjadi orang yang baik dalam masyarakat, tidak membawa masalah pada dirinya sendiri dan masyarakat tidak akan dapat dicapai. Akhirnya mereka ini akan membawa masalah sivik dalam mayaratkat. Perlu ditegaskan bahawa, ibubapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk melaksanakan lima hukum sila itu dalam kehidupan harian mereka dalam masyarakat ini.

185

Bab 34

Cara Untuk Menjelaskan 5 Hukum Sila Supaya Anak Dapat Memahaminya Dengan Mudah

Pada suatu masa, kami berkesempatan mendengar ajaran tentang lima hukum sila daripada salah seorang Y.M Bhikkhu atau LuangPhaw kepada seorang anak. Kami berasa cara penyampaian beliau amat berkesan kerana mudah difahami. Oleh itu kami mengundang beliau untuk memberi ceramah itu sekali lagi. Dari Manakah Asalnya Lima Hukum Sila? Hari ini Lhuang Phaw akan berceramah tentang asas penting dalam kehidupan iaitu lima hukum sila kepada anak-anak yang hadir pada hari ini.

186

Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui tentang asal usul lima hukum sila ini, tetapi yang pastinya hukum-hukum ini wujud sebelum kelahiran Buddha ke dunia ini, dan Buddha menegaskan bahawa lima hukum sila ini benar dan sangat baik, setiap orang harus melaksanakannya. Tahukah anda lima hukum sila itu terdiri daripada apa? 1) tidak membunuh makhluk hidup 2) tidak mencuri 3) tidak berzina 4) tidak berdusta 5) tidak berhubungan dengan barang yang memabukkan. Hari ini Luang Phaw akan menjelaskan kepada anak-anak dengan lebih mendalam bagaimana lima hukum sila ini ditetapkan ke dunia ini? Dengan memberi penjelasan tentang hukum ini, diharap ia dapat menjadi pedoman hidup kepada anak-anak semasa dewasa nanti sekiranya timbul kemarahan kepada binatang kecil ataupun binatang besar dan terlintas dalam fikiran untuk membunuhnya, anak-anak akan mampu melarang diri sendiri daripada melakukannya.

Bagaimanakah Timbulnya Hukum Sila Yang Pertama Iaitu Tidak Membunuh Makhluk Hidup LuangPhaw:

Sebelum menjawab persoalan ini, LuangPhaw harus bertanya dulu kepada anak-anak sekalian bahawa siapakah yang paling kamu sayangi dalam hidup ini?

Anak-anak:

Kami paling sayang papa dan mama kami!

LuangPhaw:

Siapa lagi yangkamu sayang selain daripada papa dan mama?

Anak-anak:

Kami saying kepada diri kami sendiri!

LuangPhaw:

Benar sekali! Semua orang sangat menyayangi dirinya sendiri! dan LhuangPhaw ingin bertanya satu soalan lagi iaitu adakah seekor Itik atau ayam itu sayangkan diri mereka sendiri?

Anak-anak:

Ya, sayang.!

LuangPhaw:

Adakah kamu semua yakin? 187

Anak-anak:

Ya! Kami yakin!

LuangPhaw:

Kenapa kamu semua begitu yakin? Kenapa kamu semua berpendapat bahawa itik atan ayam itu sayang kepada diri mereka sendiri? Adakah mereka memberitahu kamu perkara ini?

Anak-anak:

Tidak! Mereka tidak ada beritahu!

LuangPhaw:

Jadi, bagaimana kamu tahu bahawa mereka menyayangi diri mereka sendiri?

Anak-anak:

Sebab ketika ada orang yang menangkapnya mereka akan lari kerana ketakutan

LuangPhaw:

Ya, benar! sebab, haiwan atau binatang sama seperti manusia, ketika seseorang ingin membunuhnya mereka akan segera lari ketakutan! Ini kerana mereka tidak boleh berkomunikasi dengan bahasa manusia! Walau bagaimanapun daripada tingkah laku mereka itu kita boleh tahu bahawa mereka sangat menyayangi hidup mereka sendiri. Seperti kita juga yang sangat menyayangi hidup diri kita sendiri, begitu juga dengan itik dan ayam ini juga sayang kepada diri mereka sendiri. Selain daripada itik dan ayam, adakah kucing dan babi mencintai hidup mereka?

Anak-anak:

Ya! mereka juga menyayangi hidup mereka!

LuangPhaw:

Oleh kerana kita sendiri menyayangi diri kita sendiri, jadi begitu jugalah dengan kucing dan babi, jika kita lari mengejar atau hendak membunuhnya, mereka juga menyayangi diri mereka sendiri, kerana setiap kehidupan di dunia ini menyayangi hidup mereka dan samasama takut mati! Tidak ada seorangpun yang tidak takut mati! Tidak ada seorangpun yang tidak menyayangi diri mereka sendiri! Jadi sesiapa yang bersikap adil, berpengetahuan dan mempunyai kepintaran akan bersetuju dengan sepenuh hati bahawa semua kehidupan itu sudah pasti akan menyayangi diri mereka sendiri oleh itu tidak akan ada pembunuhan antara sama lain.Oleh itu, timbullah hukum sila yang pertama

188

Bagaimanakah Timbulnya Hukum Sila Yang Kedua Iaitu Tidak Mencuri? Luang Phaw:

Masih ada beberapa perkara lagi yang harus kaita fikirkan iaitu dalam hari-hari sebelum ini, apa yang membolehkan kita terus hidup?

Anak-anak:

Udara! Makanan! Air!

:

ubat-ubatan!

:

Pakaian dan keperluan lainnya!

:

Wang!

Luang Phaw:

Baiklah! semua jawaban kalian benar! Meskipun kita tidak bekerja kerana perlu pergi ke sekolah. Ibubapa kita pula akan sibuk mencari untuk sibuk mencari untuk anak-anak, tetapi apakah yang mereka carikan? Apa yang dicari adalah seperti berikut: 1) mencari pakaian untuk kita 2) mencari makanan untuk kita 3) mencari tempat tinggal untuk kita 4) mencari ubat-ubatan untuk kita Sami menamakan kesemua ini sebagai 4 keperluan asas untuk meneruskan hidup dalam setiap hari.Selain daripada keperluan utama di atas ada juga keperluan lain lagi, sebagai contoh sesebuah rumah itu perlu dilengkapi dengan peralatan rumah dan kita memerlukan kasut untuk ke sekolah, Dengan itu hidup manusia perlu mempunyai harta. Jadi bagaimana timbulnya hukum sila yang kedua ini? Hukum sila ini timbul kerana setiap kehidupan itu dapat hidup dengan adanya harta ! Jika ada orang yang merampas semua harta kekayaan kita, Adakah kita akan dapat meneruskan hidup

Anak-anak:

Tidak! Kita tidak boleh hidup!

Luang Phaw:

Ya! Kita tidak boleh hidup jika mereka mencuri dan memusnahkan semua harta kekayaan yang kita miliki walaupun mereka tidak membunuh kita. Dengan itu , wujudlah hukum sila yang kedua iaitu semua orang adalah dilarang daripada mencuri harta milik orang lain kerana setiap orang perlu menggunakan harta kekayaannya untuk meneruskan kehidupan hariannya.

189

Bagaimanakah Timbulnya Hukum Sila Yang Ketiga Iaitu Tidak Berzina? Kehidupan kita akan merasa bahagia, seandainya mereka tidak membunuh ataupun mencuri harta yang kita miliki. Tetapi kita akan sedih jika sesuatu yang kita sayangi itu dirampas terutamanya jika ia melibatkan sesuatu yang paling disayangi oleh manusia melebihi harta kekayaannya sendiri, iaitu 1) suami 2) isteri 3) anak Oleh itu orang yang berperikemanusiaan dan adil, membuat keputusan bahawa setiap orang itu tidak boleh mengambil atau merebut orangkesayangan orang lain, iaitu tidak boleh berzina. Dengan ini, wujudlah hukum sila yang ketiga.

Bagaimanakah Timbulnya Hukum Sila Yang Keempat Iaitu Tidak Berkata Dusta? Sekarang Luang Phaw ingin berpesan kepada anak-anak bahawa sesiapa pun yang kita sayangi dengan sepenuh hati dalam hidup, contohnya ibubapa kita, kawan, kakak, adik, serta guru kita, jika suatu hari kita mendapati mereka tidak bertindak jujur atau ikhlas terhadap kita, maka rasa sayang kita kepada mereka pun akan hilang. Apa yang menyebabkan kita rasa bahawa mereka tidak ikhlas atau jujur terhadap kita? Jawapanya ialah berkata dusta Luang Phaw:

Apakah kamu semua mempunyai kakak?

Anak-anak:

Ya! kami mempunyai kakak!

Luang Phaw:

Jika kakak kamu berbohong kepada kamu, adakah kamu akan berasa tidak sedap di hati?

Anak-anak:

Ya! kami akan berasa tidak sedap hatil!

Luang Phaw:

Jika kamu berbohong kepada kakak kamu, apakah dia akan Berasa tidak sedap hati?

Anak-anak:

Ya! kakak kami akan berasa tidak sedap hati!

Luang Phaw:

Pernahkah kamu berbohong kepada kakak kamu?

Anak-anak:

Ya, pernah.

LuangPhaw:

Ingatlah bahawa iika seseorang yang kita sayangi itu berbohong kepada kita maka, kita akan berhenti menyayangi kita, sebaliknya jika 190

kita berbohong kepada mereka, mereka pun akan berhenti menyayangi kita. Oleh itu, LhuangPhaw berpesan kepada anak-anak semua bahawa sesiapun inginkan keikhlasan dan tidak suka dibohong. Dengan itu, sesiapa pun tidak harus berbohong. Atas sebab inilah wujud hukum sila yang keempat yaitu tidak berbohong.

Bagaimanakah Timbulnya Hukum Sila Yang Kelima Iaitu Tidak Minum Minuman Mabuk? LhuangPhaw juga ingin memberi pesanan kepada kita semua sebagaimana Buddha telah berpesan kepada kita. Ia merupakan pesanan yang sangat baik dan harus diingati iaitu: Bahagian 1: Barangsiapa yang tidak membunuh haiwan atau binatang, tidak membunuh makhluk hidup yang besar atau kecil, ataupun tidak membunuh manusia, dikatakan sebagai pemberian dana yang besar atau mahadana, yaitu memberikan keselamatan dan ketenteraman hidup kepada makhluk hidup sebagai dana. Bahagian 2: Barangsiapa yang tidak mencuri, dikatakan membuat pemberian dana yang besar, iaitu memberikan keselamatan kepada harta kekayaan sebagai dana. Bahagian 3: Barangsiapa yang tidak berzina, dikatakan memberi dana yang besar, iaitu memberikan keselamatan atau ketenteraman hidup kepada pasangan orang lain sebagai dana. Bahagian 4: Barangsiapa yang tidak berkata bohong, dikatakan sebagai pemberian dana yang besar, iaitu memberikan kejujuran sebagai dana. Jadi, jika kita mematuhi empat hukum sila d iatas itu, maka ini bererti kita memberikan empat dana sekaligus. Bagi memahami hukum sila yang kelima, pemikiran yang mendalam dan teliti diperlukan untuk memahaminya. Untuk seseorang itu mematuhi empat hukum yang dibincangkan sebelum ini, mereka memerlukan ‘kesedaran diri’ yang tinggi. Tanpa “kesedaran diri’ seseorang itu tidak akan dapat memberikan empat dana mengikut hukum sila.

191

Apakah yang dimaksud dengan kesedaran diri yang tinggi? Contohnya terdapat pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada keesokan harinya tetapi tiba-tiba terjatuh sakit lalu memakan ubat, tetapi keadaannya tidak pulih juga. Walau bagaimanapun dia masih tetap menelaah untuk peperiksaan. Ini menunjukkan pelajar itu mempunyai ‘kesedaran diri’ yang tinggi iaitu dia berpegang teguh kepada ‘kesedaran’ dalam dirinya. Apakah yang dimaksud dengan kesadaran diri yang lemah? Jika pelajar yang mempunyai ‘kesedaran diri’ tinggi seperti yang disebut tadi terminum minuman keras atau menghisap dadah, maka “kesedaran diri’ akan hilang. Sesiapa sahaja yang mengambil minuman keras atau menggunakan ubat yang merbahaya, maka ‘kesedaran diri’ akan terganggu dan hilang pertimbangan rasional. Demi menjaga ‘kesedaran diri’ maka wujudlah hukum sila yang kelima iaitu sesiapun tidak harus minum minuman keras atau menggunakan ubat-ubatan yang memudaratkan. Jika kita hilang ‘kesedaran diri’ maka kita tidak akan dapat melaksanakan empat hukum sila yang disebutkan sebelum ini. Sebagai contoh, salah seorang kawan kamu di sini mempunyai seorang ayah yang kaki botol. Ketika ayahnya sedang mabuk, dia suka membunuh itik dan ayam, kadang-kala ayahnya pun suka memukul dan bercakap kasar terhadapnya. Tetapi sebelum ayahnya minum arak, dia adalah seorang ayah yang sangat baik. Jadi Luang Phaw ingin memesan kepada anak-anak semua supaya apabila dewasa nanti jangan sekali-kali minum arak, bir atau menggunakan ubat-ubatan memudaratkan. Bagaimana Caranya Agar Dapat Melaksanakan Lima Hukum Sila Ini? Sekarang! Bagaimanakah kita akan dapat melaksanakan lima hukum sila ini dengan baik. Luang Phaw pernah melaksanakan lima hukum sila ini ketika masih bersekolah dan Luang Phaw melakukannya dengan cara berikut, Sebelum menjadi sami, Luang Phaw mengalungi patung Buddha.Setiap hari sebelum pergi ke sekolah Luang Phaw memegang kalung Buddha kemudian membaca paritta, iaitu Namo Tassa Bhagavato Arahato Sammasambuddhasa (3X) Setelah selesai membaca paritta, kemudian LhuangPhaw berjanji kepada kalung Buddha, bahawa 1)

hari ini saya tidak akan membunuh makhluk hidup 192

2)

hari ini saya tidak akan mencuri

3)

hari ini saya tidak akan berzina

4)

hari ini saya tidak akan berdusta

5)

hari ini saya tidak akan meminum alkohol atau menggunakan ubat-ubatan yang memudaratkan.

Selepas itu Luang Phaw akan pergi ke sekolah. Pada mulanya Luang Phaw masih biasa dengan cara ini, tetapi selepas setengah tahun, akhirnya dapat melaksanakan kesemua lima hukum sila itu selama 6 tahun berturut-turut sehingga akhirnya LhuangPhaw pun berupasampada sebagai Bhikkhu(sami)

seperti yang kamu nampak sekarang ini. Jadi,

bolehlah kamu mencubanya. KESIMPULAN PENTING UNTUK LIMA HUKUM SILA

Luang Phaw akan membuatkan kesimpulan terhadap lima hukum sila seperti berikut: Kenapa kita dilarang daripada membunuh makhluk hidup? Ini kerana sesiapapun akan menyayangi dirinya sendiri. Kenapa kita dilarang daripada mencuri? Ini kerana sesiapapun hidup bahagia dengan harta kekayaan mereka sendiri. Jika kita mencuri harta kekayaan mereka, mereka tidak dapat meneruskan hidup atau mereka akan hidup dalam kesusahan. Kenapa kita dilarang daripada berzina? Ini kerana semua orang sayang kepada saudara mara sendiri. Kenapa kita dilarang daripada berbohong? Ini kerana semua orang suka mendengar cerita yang jujur/benar, oleh itu kita tidak seharusnya berbohong kepada orang lain. Kenapa kita dilarang daripada meminum arak ataupun menggunakan ubat-ubatan yang memudaratkan? Ini kerana minuman keras dapat mempengaruhi “kesedaran diri’ kita dan ketika ‘kesedaran diri’ kita hilang, hukum sila yang lain akan terganggu juga. Oleh itu Luang Phaw ingin berpesan kepada semua bahawa, jika ingin menjadi orang baik di masa depan, kamu haruslah melaksanakan lima hukum sila ini dengan baik. Luang Phaw berharap apa yang telah dikatakan dalam ceramah ini dapat menjadi pedoman kepada ibubapa dalam mengajar melaksanakan lima hukum sila ini Jika seorang anak itu dapat membiasakan dirinya melaksanakan pancasila, yang pastinya negara kita akan mempunyai lebih banyak orang yang bermoral. Anak yang bermoral dan bersahsia tinggi menjadi kebanggaan ibubapa 193

Bab 35

Melatih Seorang Anak Untuk Menyukai Meditasi

Meditasi (Bertapa) merupakan salah satu teknik penting dalam mengawal emosi agar sentiasa stabil dan mempunyai daya tumpuan yang tinggi. Seorang anak yang mendapat didikan yang baik daripada ibubapanya, tetapi kija tidak pernah diajar untuk bermeditasi, dia mungkin menbesar menjadi orang dewasa yang kurang beretika. Ini kerana walaupun dia dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara itu, tetapi dia tidak mampu menghadapi godaan hidup yang mungkin memudaratkannya.Oleh itu, ibubapa haruslah membawa anakanak untuk belajar meditasi di wat untuk melatih mereka dalam mengawal perasaan dan emosi agak tidak nudah terpengaruh oleh gejala-gejala negatif. Ibubapa haruslah melatih anak-anak untuk bermeditasi sejak kecil lagi supaya mereka dapat membiasakan diri dengan ketenangan. Dengan ini, mereka akan mempunyai daya tumpuan yang tinggi dan emosi yang stabil. Ini akan membolehkan mereka mudah menerima

194

ajaran baik yang diberi oleh ibubapa, etika dan tahap moral yang tinggi akan dapat dipupuk dalam diri mereka dan mampu menghadapi situasi yang negatif dengan ‘kesedaran diri’ yang tinggi iaitu tidak mudah terpengaruh oleh gejala-gejala negatif. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan ibubapa yang berpendapat bahawa mereka harus memberikan kebebasan untuk anak-anak mereka untuk memilih samada mereka berminat dalam meditasi, terutamanya mereka yang berada dalam lingkungan umur 23 tahun. Mereka menganggap ini merupakan suatu kongkongan terhadap anak-anak. Oleh itu Luang Phaw ingin memberikan sedikit nasihat bagaimana meditasi boleh membantu anakanak: Sebelum itu, kita perlu memahami bahawa semua orang mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri. Begitu juga dengan seorang pencuri, mereka berasa menjadi pencuri adalah baik untuk mereka. Oleh itu adalah penting untuk kita jelas tantang apa yang didefinasikan sebagai baik atau buruk. Kita perlu menetapkan suatu piawaian untuk kebaikan itu. Masalah yang timbul dalam masyarakat juga disebabkan piawaain yang berlainan. Contohnya perompak merasakan selepas merompak dan membahagikan hasil rompakan antara ahli kumpulan adalah baik. Semua ibubapa berharap anak mereka menjadi seorang yang baik. Oleh itu, ibubapa haruslah menjadi teladan kepada mereka seperti bercakap dengan sopan, menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Pada peringkat awal, kita perlu memerintah anal-anak untuk melakukan sesuatu yang baik. Walaupun mereka belum faham sebabnya, mereka tetap berada dalam lingkungan yang baik. Apabila mereka besar, bolehlah kita menerangkan sebab-sebab mereka perlu bertindak sebegitu dan mereka akan boleh memahaminya dengan mudah. Jika ini tidak dipupuk sejak kecil lagi, ia adalah sukar untuk mereka berubah dengan apabila besar nanti. Dalam memberi kebebasan kepada anak-anak untuk bercakap dengan sopan, menghormati orang yang lebih tua dan sebagainya tanpa memberi bimbingan dan ajaran kepada mereka dari kecil, adalah sukar untuk mengharapkan mereka melakukannya. Ini kerana mereka tidak biasa dengan sifat ini, mereka akan rasa segan dalam melakukannya. “Ramai antara orang dewasa, tidak pernah menyembah ibunya sejak lahir, meskipun di pejabat dia selalu melakukannya, tetapi sukar untuk menyembah ibubapaya sendiri. Walaupun mengetahui bahawa ini merupakan sesuatu yang baik tetapi berasa segan untuk melakukannya , begitu juga ibubapa juga berasa segan kerana anak jarang melakukannya.

195

“Menyembah adalah suatu tindakan untuk menunjukkan penghormatan dan penghargaan terhadap kebaikan seseorang. Kita harus memberi penghormatan kepada orang yang telah banyak berjasa dan membuat banyak kebaikan dan pelajarinya teladan baiknya itu. Dengan ‘menyembah’ kita akan belajar merendah diri dan tidak mudah angkuh terhadap diri sendiri. Ada orang yang tidak cuba melihat kebaikan dalam diri orang lain dan hanya melihat kelemahan mereka kerana terlalu angkuh dengan diri sendiri. Kita dapat melihat dalam zaman ini, ramai antara kita yang suka mencari kesalahan orang lain dan tidak melihat sudut baik orang itu. Contohnya pelajar mengatakan guru tidak baik dan pelajar pula mengatakan guru tidak baik. Mencari kesalahan dan kelemahan antara rakan kerja.Ini semua akan memudaratkan masyarakat. Untuk menyelamatkan keadaan, kita haruslah melihat kepada kebaikan orang lain. Oleh sebab itu, apabila anak mula boleh bertutur, kita harus mengajar anak bercakap dengan sopan dan jangan mengajar anak memarahi orang lain. Hendaklah bawa mereka pergi ke wat selalu dan mengajarnya bermeditasi and mengingati Buddha agar apabila besar nanti dia dapat mengawal emosi dan pemikirannya. “Apakah benar meditasi dapat merubah perilaku seseorang?” “Benar atau tidak, cubalah untuk mempertimbangkan sebabnya! “Pada umumnya jika kita apabila kita terjaga daripada tidur, kita akan melihat orang lain terlebih dahulu sebelum dapat melihat diri sendiri. Sebenarnya kita pun tidak dapat melihat diri sendiri, hanyalah dapat melihat baying diri melalui cermin Bagaimanakan kita akan dapat melihat diri sendiri? Kita akan dapat melihat diri sendiri dengan menutup mata untuk lihat . “Jika kita melakukan meditasi, menenangkan fikiran, kita akan melihat tingkah laku buruk yang telah kita lakukan. Kita akan dapat membezakan baik buruk sesuatu hal itu, lalu akan berusaha untuk berubah menjadi lebih baik dan menerima apa yang baik. Kita tidak harus mengkritik orang lain,tetapi harus mengkritik diri sendiri untuk mencapai kemajuan diri dan menpunyai kehidupan yang bahagia dari segi fizikal dan mental. Apa yang telah diceramahkan oleh Luang Phaw itu menyakinkan kita bahawa mengajar anak-anak bermeditasi sejak kecil lagi akan melatihkan diri mereka sentisa tenang dan boleh menjadi orang yang baik seumur hidup kerana mereka tidak akan dipengaruhi oleh unsur jahat dan akan sentiasa berada dalam lingkungan yang baik kerana telah dipupuk sejak kecil lagi.

196

Jadi, cuti sekolah yang akan datang haruslah melatihkan anak-anak untuk bermeditasi dan mengajak mereka menjalankan aktiviti di Wat sebagai titik permulaan untuk memupukan ketenangan dalam hati mereka sejak kecil lagi.

197

Bab 36

Berupasampada Demi Ibubapa Akan Mendapatkan Kamma Baik

Pada zaman moden ini terdapat pelbagai godaan hidup ini dan ramai antara kita sibuk untuk mencari nafkah hidup.Oleh itu, keluarga yang mempunyai anak lelaki yang sudah cukup umur untuk menjadi sami selama setahun bagi membalas budi ibubapa dikatakan mempunyai kamma baik yang besar. Ini kerana adalah tidak mudah untuk anak lelaki itu menjadi sami. Ia memerlukan kerelaan anak itu sendiri dan bukanlah melalui sogokkan oleh ibubapa.

Ibubapa Ingin Melihat Jubah Kuning Anaknya Penulis ternampak sekeping poster yang dilekatkan di sekeliling kawasan universiti untuk menjemput para mahasiswa untuk menjadi sami pada musim panas.

198

Pada poster itu terdapat seorang ibu yang berumur sekitar 60 tahun, di tangan beliau terdapat rangkaian bunga dan wajahnya penuh dengan kebahagiaan. Seorang anak lelaki berlutut menyembah pada ujung kakinya untuk meminta izin berupasampada (menjadi sami). Cogankata yang tertulis pada bahagian atas poster itu menyatakan bahawa “upasampada (menjadi sami) semasa ibu anda masih hidup, inilah peluang untuk membalas jasa beliau buat sekali dalam hidup.” Golongan ibu yang melihat dan membaca cogankata pada poster ini, tentu sekali berharap anak lelakinya dapat berbuat demikian untuknya sekali dalam hidup ini. Bagi anak lelaki yang belum berupasampada demi ibunya, setelah melihat poster ini pun dia mungkin ingin berupasampada untuk ibunya. Penulis sendiri, sudah berupasampada beberapa kali. Kebahagiaan yang dirasai melalui upasampada tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata, kerana kita akan dapat mempelajari sesuatu yang mampu memberi kita kebahagiaan dalam hidup. Kebahagiaan ini tidak perlu diperolehi dengan harta kekayaan. Yang perlu ada hanyalah sebuah tempat duduk, berdiri, berjalan sekitar 1 meter dan tempat tidur yang hanya selebar 2 meter sahaja. Kita mampu mengecapi kebahagiaan lebih daripada ketika kita mempunyai wang yang berjuta-juta. Kebahagiaan seperti ini tidak dapat dijualbelikan. Upasampada bukan sahaja membolehkan kita membalas jasa ibubapa, tetapi kita juga akan mendapat hasil yang paling besar dalam hidup kita, iaitu upasampada membuat kita tahu tujuan kita dilahirkan ke dunia ini dan tujuan kita hidup di dunia ini. Semua ini yang dinyatakan di atas akan menjadi lebih jelas lagi apabila seseorang itu melalui pengalaman ini sendiri. Hampir Mati Sebelum Upasampada Untuk seseorang itu berpeluang untuk berupasampada dan dalam masa yang sama ibubapa mendapat kamma baik bukanlah merupakan perkara yang mudah. Jika seseorang itu berfikir bahawa adalah mudah untuk menjadi sami, pemikiran ini adalah salah. Ini kerana untuk untuk menjadi sami, seseorang itu mesti mempunyai kamma baik pada hidup yang lepas dan yang penting sekali adalah orang tersebut harus memiliki kemampuan untuk menjalankan 227 hukum silaya sebagai seorang sami. Ayah penulis telah meninggal dunia sejak dia masih kecil, dan beliau tidak berkesempatan untuk melihat jubah kuning anaknya yang menjadi seorang sami.

199

Sewaktu penulis buku ini berumur lebih dari 10 tahun, dia hampir mati semasa melintas jalan selepas pergi membeli kicap untuk ibu. Ini adalah kerana dia telah memakai topi yang berukuran besar seperti pelakon dalam televisyen. Oleh kerana topi terlalu besar menyebabkan matanya ditutup oleh topi itu. Semasa melintas jalan, dia tidak sempat melihat motorsikal yang menghala ke arahnya lalu terlanggar. Botol kicap yang dalam tangannya pecah dan jatuh berkecai tetapi nasib baik kerana motorsikal itu dipandu perlahan. Oleh itu dia tidak cedera parah dan masih lagi boleh bangun untuk berjalan semula. Ini merupakan kali pertama dia terhindar daripada kematian. Masih ada satu cerita lagi iaitu dia pernah sakit tenat sehingga terbaring di hospital kerana appendiks pecah. Pada masa itu hanya ada ibu dan neneknya dirumah. Mereka menghantarnya ke hospital pada pukul 1.00 pagi dan doktor mengatakan bahawa appendiksnya telah pecah. Yang penting pada masa itu ialah jika terdapat jangkitan di bahagian perutnya, mungkin keluarganya perlu menyediakan majlis pengebumian untuknya. Walaupun tidak perlu menemui ajal, dia telah terbaring di hospital selama 15 jam penuh sebelum doktor berjaya menemui punca kesakitan perutnya itu iaitu appendiksnay pecah. Doktor dengan segera menjalankan pembedahan pada pukul 8.00 malam. Ini merupakan kejadian yang kedua yang hampir mengaut nyawa. Pada keesokan harinya dia pun bangun setelah ubat bius telah kehabisan. Walaubagaimanapun, masih terasa pening. Apabila menjenguk ke katil sebelah ternampak pesakit lain yang terbaring di katil atas sebab yang sama tetapi keadaannya lebih teruk kerana masih perlu memakai alat untuk menyedut sisa kotoran daripada badannya. Oleh itu, jika berbanding dengan orang itu dia dianggap bernasib baik. Kemudian apabila menoleh kesebelah lagi, ternampak pula dua orang wanita berada di sebelah katilnya. Apabila menatap wajah mereka, didapati dua wanita itu adalah ibu dan neneknya sendiri. Mereka berdua telah menjaga di sisinya semalaman. Pada masa itu, dia dapat rasakan bahawa hanya dua wanita tua inilah yang paling menyayanginya. Perasaan seperti itu timbul kerana jika ditanya siapakah orang yang menyayangi kita dengan setulus hati dan tidak pernah meminta balasan daripada kita, rela mengorbankan hidupnya demi diri kita! siapakah orang itu? Jawapannya tentu sekali adalah kedua wanita tua inilah yang menjaganya semalaman. Mereka menyayanginya dengan setulus hati dan rela meninggalkan pekerjaan dan rumahtangga demi menjaga anak.

200

Kita harus bertanya kembali kepada diri sendiri bahawa, mereka menyayangi kita sampai rela mengorbankan hidup, pernahkah kita membalas jasa mereka? Dia menjawab tanpa ragu-ragu bahawa sedikit sekali jika dibandingkan apa yang telah mereka berikan. Oleh itu kita harus lebih berhati-hati supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan mereka gelisah. Terhindar daripada kematian sebanyak dua kali, menyebabkannya berikhtiar untuk berupasampada untuk ibu dan neneknya supaya mereka dapat melihat jubah kuning yang dipakainya sewaktu dilantik menjadi seorang sami. Ini juga akan menjadi motivasi kepada mereka untuk melakukan lebih banyak kebajikkan, mengumpul lebih banyak kamma baik untuk diri mereka sendiri dan tidak perlu lagi bimbang terhadap anaknya. Ini kerana anaknya akan mendalami ajaran Buddha iaitu Dhamma semasa menjadi sami..

Berjalan Mendekati Kematian Setiap Hari Setelah penulis tamat pengajian universiti, dia pun membuat keputusan untuk berupasampada. Ini kerana setelah memikirkannya, dia mendapati hidup manusia adalah tidak menentu, mungkin akan dapat bertembung dengan seseorang itu pada waktu pagi, tetapi petang nanti mungkin tidak akan berjumpa dengannya lagi untuk seumur hidup. Kadang-kadang apabila pergi untuk menghadiri upacara pengebumian dan mendapati bahawa ibubapa yang sedang menyiapkan upacara kematian untuk anakynya. Ada juga yang nenek tua yang menyiapkan upacara kematian cucunya. Tentu sekali kita tidak ingin melihat ini terjadi kepada diri kita sendiri, tetapi hidup ini sememangnya tidalk menentu. Oleh itu adalah lebih baik untuk berupasampada sebelum terlambat. Semakin hari kesihatan ibu mulai lemah dan nenek pula semakin tua dan mungkin akan menjadi terlalu uzur untuk mengenali anak cucu sendiri. Oleh itu, kita haruslah berupasampada sebaik sahaja tamat pengajian sebelum bermula bekerja. Walaupun sudah mempunyai tekad yang kuat untuk berusampada, tetapi oleh kerana baru tamat pengajian dan mendapat tawaran kerja yang baik, maka niat untuk berusampada mungkin akan ditunda. Biasanya kita akan mempertimbangkan soal kerja lebih daripada soal membalas jasa baik ibubapa.

201

Dengan kamma baik yang ada pada diri, apabila mendengar berita yang penulis akan berusampada, maka Luang Phaw pun datang melawat ke rumah dan apabila berjumpa dengannya, beliau pun berkata: musim hujan tahun ini, kamu berupasampada ya!” Pada masa itu dia tidak dapat membuat keputusan lagi, lalu menjawab bahawa dia masih bekerja untuk syarikat dan berasa agak segan untuk meminta cuti. Sepertinya beliau sudah mengetahui apa yang sedang difikirkannya itu, lalu beliau pun memperingatkan bahawa, “kalau kamu meninggal, mereka tidak akan menuangkan air pada upacara kamu (menuang air merupakan kebudayaan agama buddha, dan mereka percaya bahawa hal ini dapat memberikan kamma baik kepada saudara-saudara mereka)”. Kata-kata beliau bagaikan kilat di tengah kegelapan, ini telah membuatnya terfikir “jika saya meninggal dunia pada saat ini, orang yang akan menuangkan air pada upacara saya adalah ibubapa saya” Setelah sedar tentang hakikat ini, dia pun berjanji kepada Luang Phaw bahawa dia akan berupasampada tahun ini, dan akhirnya ibubapanya dapat melihatnya memakai jubah kuningnya. Nasihat dari Luang Phaw itulah yang telah menyedarkannya. KAMMA BAIK YANG DIPEROLEH DARI SEORANG ANAK YANG BERUPASAMPADA

Setelah menjadi sami, dia mendapati bahawa ramai di antara orang-orang Thai percaya bahawa upasampada merupakan cara yang terbaik untuk membalas budi baik ibubapa. Tetapi masih ada juga orang-orang yang tidak faham bagaimana seorang anak lelaki yang berupasampada dapat membalas jasa ibubapanya? Ini kerana selepas menjadi sami, dia akan menjalani hidup sebagai sami dan akan melakukan kebajikan secara individu. Boleh juga dikatakan bahawa mereka telah meninggalkan ibubapa dan keluarga. Pada suatu hari, ada seseorang yang telah menujukan soalan ini kepada Luang Phaw. Beliau telah menjawab soalan itu dengan jelas seperti berikut: Adalah hak seseorang itu untuk mempercayai sesuatu. Tetapi kita sebagai penganut agama Buddha dan merupakan generasi muda yang harus mempertimbangkan dasar dan sebab yang menyokong kenyataan itu.Menurut ajaran Buddha, sesiapa sahaja yang berbuat baik akan mendapat hasil yang baik, melakukan kejahatan akan memperolehi hasil yang jahat. “Kita akan memperoleh kamma baik dari upasampada yang kita lakukan, kerana kita telah melatih diri untuk mematuhi ajaran Buddha” Sedangkan ibubapa kita yang tidak melatih dirinya untuk mematuhi ajaran Buddha, mereka tetap akan mendapatkan kamma baik, iaitu 202

1) Kamma baik yang diperoleh daripada mendorong anaknya untuk berupasampada. 2)

Kamma baik yang diperoleh atas pindapata (pemberian makanan). Ibubapa biasanya bimbang terhadap anak mereka yang telah menjadi sami. Oleh itu, dalam masa yang sama mereka akan pindata sami-sami yang lain juga. Oleh itu mereka akan mendapatkan kamma baik dari hasil berdana ini.

3) Oleh kerana kebimbangan terhadap anak, ibubapa akan selalu pergi ke wat untuk mendengar ceramah dari anaknya yang telah menjadi sami. Ini membuat mereka suka berdana dan takut melakukan kejahatan, jadi dalam hal ini mereka pun akan mendapatkan kamma baik. 4) Apabila datang ke wat, mereka akan atasila, membaca paritta dan duduk meditasi, jadi selain dari pindapata, mereka juga akan mendapatkan kamma baik dari berparitta. Kamma baik yang diperolehi oleh setiap orang itu berbeza, tetapi mereka masih tetap mendapat kamma baik atas apa yang mereka lakukan. Sebagai contoh ibubapa yang hanya berdiam diri setelah anaknya berupasampada, mereka ingat bahwa mereka akan mendapatkan kamma baik dengan tanpa membuat apa-apa. Jadi mereka tidak menerima pindapata, tidak mendengar ceramah, oleh itu mereka tidak akan mendapatkan kamma baik! Tetapi ada sebahagian orangtua yang tidak pergi ke wat, tetapi anak mereka datang ke rumah untuk memberikan ceramah yang menyenangkan hati mereka. Ini membuatkan mereka menerima pindapata, menjalankan sila dan akhirnya mereka pun memperoleh kamma baik atas apa yang telah dilakukan. Berupasampada Bagi Orang Yang Sangat Menyayangi Kita Setiap orang itu mempunyai hala hidup mereka tersendiri. Terutamanya anak lelaki, biasanya mereka akan meninggalkan ibubapanya untuk menjalankan hidup mereka sendiri. Oleh itu sebelum melangkah jauh, kita diharuskan untuk berupasampada untuk ibubapa tanpa syarat sebagaimana mereka tidak pernah menetapkan sebarang syarat dalam memberikan kasih sayang kepada kita. Jika difikirkan dengan teliti, sebenarnya dalam hidup ini kita banyak melakukan kerja baik untuk orang lain. Boleh dikatakan bahawa kadang kala kita berbuat baik terhadap orang lain lebih daripada ibubapa kita sendiri. Kita boleh melakukan kebaikan kepada orang lain 203

tanpa sebarang syarat, oleh itu apabila sampai ke giliran ibubapa sendiri kita haruslah membuat sebaik-baiknya untuk membalas jasa baik mereka tanpa sebarang syarat. Dalam hidup ini, bukanlah mudah untuk berpeluang berupasamada. Jika kita membiarkan diri kita menjauhi ibubapa, akhirnya mungkin ibubapa kita tidak dapat melihat kita berjubah kuning. Oleh sebab itu, musim panas ini merupakan masa yang terbaik untuk anak lelaki berupasampada agar ibubapanya dapat melihatnya berjubah kuning.dengan ini, dia tidak akan menyesal dilahirkan sebagai anak lelaki, seperti apa yang telah disebutkan oleh orang bijaksana dalam agama Buddha bahawa “anak lelaki harus memiliki kepandaian, keterampilan dan kecekapan dalam hal duniawi dan Dhamma, supaya kelahirannya tidak disia-siakan begitu sahaja”

204

BAHAGIAN 6

MENJELANG SAAT AKHIR KEHIDUPAN

205

Bab 37

Nilai Sebuah Kehidupan

Meskipun kita sedari bahawa kehidupan kita tidak akan berpanjangan selama ribuan tahun, tetapi kekadang kita masih membiarkan diri ini terhanyut dalam kenikmatan dunia yang dapat menyebabkan penderitaan dan mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri. Anda mungkin dapat merasakan perasaan seperti ini dan mungkin pernah bertanya kepada diri sendiri bahawa kehidupan yang semakin mendekati kematian ini, “Bagaimana cara untuk membuat kehidupan kita menjadi sempurna dan sentiasa berfikiran positif?” Seorang bhikkhu telah memberikan huraian pertanyaan ini dengan jelas. Beliau sentiasa mengingatkan para umat yang selalu berkunjung ke viharanya unuk membuat kebajikan agar kita dapat menjalani kehidupan harian dimana banyak hal yang harus kita hadapi.

206

“Kesemua manusia sentiasa tidak suka kepada kesulitan dan kederitaan dan mengharapkan kebahagiaan dalam kehidupan ini, tetapi tiada sesiapa pun yang dapat menolak penderitaan, oleh itu kehidupan ini telah bercampur-aduk antara kebahagiaan dan penderitaan. Oleh itu, kita harus menghadapi penderitaan yang tidak dapat dielak ini dengan fikiran yang tenang. “Semua manusia mempunyai penderitaan sejak lahir yang tidak dapat dielakkan, terdapat tiga jenis iaitu usia tua, berpenyakit dan kematian. Setiap hari penderitaan ini akan mengganggu kehidupan kita dengan berbagai tingkatan sama ada berat atau ringan”. “Secara realitinya, kita seharusnya sedari mengenai penderitaan seperti ini. Namun manusia lebih suka membutakan dirinya dalam pelbagai hal yang tidak berfaedah. Oleh itu, kita yang menjadikan diri sendiri bermasalah dengan memenuhi segala keinginannya, sebagai contoh dengan mempunyai pasangan hidup dan anak-anak yang diharapkan akan membawa kebahagiaan bagi dirinya”. “Setiap individu berhubungan rapat dengan keinginan yang dapat membawa kepada penderitaan (usia tua, berpenyakit dan kematian). Meskipun dalam sebuah perkahwinan, selain mendapatkan kebahagiaan, kita akan dibebankan dengan penderitaan dari orang yang kita cintai dan penderitaan daripada berpisahnya dengan barangan mahupun individu yang kita cintai.” “Sesiapa yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, tentu dapat memahami dengan jelas betapa beratnya tanggungjawab yang perlu ditanggung. Kita terpaksa mencari nafkah untuk menanggung keperluan diri sendiri dan bertanggungjawab dengan menjaga ibu bapa Dengan menginginkan kehidupan seperti itu, kita harus memperhatikan peran sebagai orangtua, sampai terkadang kita tidak memiliki sisa waktu untuk diri sendiri. Setelah menikah, kita harus berperan sebagai seorang suami atau istri dan sebagai orang tua dari anak-anak kita. Setiap peran tentunya memiliki banyak pekerjaan yang menyertainya. Demikianlah, setiap hari, kehidupan dalam keluarga selalu diisi dengan kekuatiran dan harus saling berhubungan. “Jika kita bijaksana dan jujur, kita akan mampu menemukan kebahagiaan dalam sebuah pernikahan. Namun siapapun kita tidak dapat terbebas dari penderitaan ketika kematian datang. Berpisah dengan orang yang dicintai tidak dapat dihindari dan membawa rasa duka cita yang mendalam. Jika ingin hidup bahagia, kita harus belajar menjadi orang yang memiliki toleransi dan tidak memberikan beban yang lebih dengan berbagai penderitaan yang tidak diperlukan bagi diri kita. 207

“Beberapa orang mungkin beranggapan bahawa ajaran ini merupakan pandangan yang negatif. Namun kenyataannya, ini merupakan sebuah ajaran yang sesuai dengan kehidupan kita pada masa kini yang dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.” “Buddha telah mengatasi segala jenis penderitaan. Beliau telah memberi pengajaran kepada kita bahawa sesiapa yang dapat mengatasi penderitaan yang tidak diduga ini dengan penuh kesedaran, orang tersebut harus bersedia untuk menghadapi usia tua, penyakit dan kematian setiap hari. Terdapat 3 faktor seperti berikut: 1. Mengertikan tujuan sebenar kehidupan: mengertikan bahawa kita dilahirkan bukan untuk bersuka-ria tetapi dilahirkan untuk memperbanyakan jasa kebajikan agar dapat membebaskan diri dari penderitaan samsara (lingkaran kehidupan dan kematian) dengan mengikuti jejak langkah Buddha untuk mencapai Nibbana. 2. Menyedarkan diri sendiri: sentiasa menyedari kenyataan kehidupan bahawa kita akan mengalami kematian, belum dapat mengatasi kematian. Kita tidak dapat mengelakkan diri dari kematian dan tidak tahu bila kematian akan menjelang, sama ada lambat atau cepat. Selain itu, sementara kita masih bernyawa, ada masanya kita akan berpisah dengan semua orang dan benda yang kita sayangi. Terdapat 2 cara bagaimana orang berfikir tentang kematian? ¾ Berfikir pada pandangan yang salah: Berfikiran bahawa kematian tidak dapat dielakkan, hidup ini hanya menunggu kedatangan kematian tanpa menambahkan jasa kebajikan atau segala sesuatu yang baik. ¾ Berfikir pada pandangan yang benar: Berfikiran bahawa kematian itu tidak dapat dielakkan, hindari. Oleh itu, sebelum meninggal, kita harus melakukan jasa kebajikan dan kebaikan sebanyak yang mungkin sebagai bekalan yang akan dibawanya pada kehidupan yang akan datang. Semua kehidupan di dunia ini akan berakhir dengan kematian. Namun, kematian bukanlah matlamat utama bagi sesuatu kehidupan di dunia ini. Matlamat utama bagi semua kehidupan di dunia ini adalah untuk membuat kebajikan dan mensucikan fikiran agar jauh dari 208

segala kejahatan, sehingga dapat mencapai Nibbana. Oleh itu, selagi semua kejahatan masih terus ada, kita tidak seharusnya berhenti untuk melakukan kebajikan sampai tiba akhir usianya. Hal ini merupakan nasihat terbaik yang harus kita laksanakan. Apabila kita sentiasa berfikir tentang kematian dan perpisahan ini akan membuatkan kita berfikiran positif dan membantu kita apabila melakukan meditasi. Ini akan menyebabkan kita lebih berwaspada, bersedia untuk kematian dan tidak akan membina suatu ikatan dengan sesama manusia atau benda. Kita akan berusaha dan bersemangat untuk melakukan jasa kebaikan dan tidak takut pada kesusahan kerana kita tahu bahawa kematian seperti satu bayangan yang telah mengikutinya sejak dilahirkan dan siap untuk menyerangnya setiap saat. 3. Memperbanyakkan jasa kebajikan dan kebaikan: Kenyataan dalam hidup adalah untuk berlangsung hidup dengan tujuan atau makna kehidupan. Melakukan segala hal yang tidak dapat dibawa serta pada kehidupan yang akan datang merupakan hal yang sangat tidak memberikan manfaat. Buddha menyedari bahawa hanya hasil dari perbuatan yang akan mengikuti apabila kita meninggal. Beliau telah menytakan, “Kita adalah pemilik dari kamma kita, kita melakukan perbuatan baik akan dapat balasan yang baik, kita melakukan perbuatan buruk akan dapat balasan yang buruk”. Beliau telah memberikan 3 prinsip dalam menjalani kehidupan yang dapat memdaangkan hasil terbaik, iaitu: 1. Menghindari perbuatan jahat: Buanglah semua kebiasaan buruk dimasa lalu dan hindari untuk melakukan kejahatan yang baru dimana akan menambahkan hasil dari kamma yang tidak menyenangkan dan mungkin akan membawa kita pada alam neraka atau membuat kita kehilangan jalan menuju surga dan Nibbana. 2. Mengutamakan perbuatan baik: Cobalah untuk berbuat baik yang belum pernah dilakukan dan melanjutkan perbuatan baik yang telah dilakukan sebagai bekal untuk menuju surga dan Nibbana, selain itupun pintu neraka akan tertutup bagi kita.

209

3. Mensucikan fikiran - menjaga fikiran kita supaya tetap berfikiran positif sepanjang waktu baik disaat menarik ataupun menghembuskan nafas. Ini kerana, jika kita bernafas dan tidak menghembuskannya, hidup kita akan berakhir, sebalikna jika kita menghembuskan tetapi tidak bernafas, hidup kita juga akan berakhir. Kematian akan menghampiri kita tanpa memberikan suatu pertanda. Jadi, kita harus mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan sentiasa menjaga fikiran supaya berfikiran positif. Fikiran yang positif dan negatif akan membukakan pintu surga atau pintu neraka bagi kita dimana kia yang menentukannya. Sekiranya kita meninggal dimana kita berfikiran negatif kerana sentiasa fikirkan perbuatan buruk diri sendiri pada masa lalu akan membuka pintu neraka kepada kita dan akan menderita akibat perbuatan buruk kita semasa kita masih hidup. Namun disebaliknya, apabila kita meninggal dimana berfikiran positif kerana sentiasa fikirkan perbuatan baiknya akan membuka pintu syurga kapada kita. Buddha telah memberikan 10 panduan kepada kita untuk membolehkan kita melakukan perbuatan baik dan mengelakkan dari melakukan perbuatan buruk yang dipanggil 10 Dasar dari Perbuatan Kebajikan (Puññakiriyā-vatthu), antaranya adalah: 1. Dana (Dānamaya) – melakukan jasa kebajikan dengan memdermakan sesuatu barang kepada orang yang patut menerimanya. 2. Sila (Sīlamaya) - Melaksanakan sila dengan mengendalikan ucapan dan perbuatan dengan tidak melukai hati orang lain. 3. Meditasi (Bhāvanāmaya) – mewujudkan fikiran positif kepada diri dengan memprakttikan meditasi. 4. Kerendahan hati (Apacāyanamaya) - menghargai dan bersikap rendah hati dengan orang lain. 5. Menolong orang lain (Veyyāvaccamaya) - membantu orang lain dengan syarat tidak melawan hukum, adat istiadat atau sila

210

6. Membahagikan jasa kebajikan (Pattidānamaya) – membahagikan jasa kebajikan yang lakukan kepada orang lain. 7. Merasa bahagia dalam kebajikan (Pattānumodanāmaya) - merasakan bahagia atas kebajikan yang dilakukan oleh orang lain. 8. Mendengarkan Dhamma (Dhammassavanamaya) - mendengarkan dhamma atau ajaran yang benar. 9. Mengajarkan Dhamma (Dhammadesanāmaya) - mengajarkan dhamma atau menunjukkan kebenaran. 10. Pandangan Benar (Ditthujukamma) – memperbaikikan pandangan diri dari yang salah kepada yang betul. Secara kesimpulannyat, 10 Dasar dari Perbuatan Kebajikan (Puññakiriyā-vatthu) ini dapat dikategorikan menjadi tiga kelompok utama, iaitu dana (Dāna), sila (Sīla) dan meditasi (Bhāvanā). “Siapa pun yang telah menyerdari tujuan hidupnya, secara spontannya akan berfikir mengenai kenyataan dari kematian dan berusaha untuk membuat kebaikan, serta sentiasa mempunyai pandangan yang benar mengenai dunia bahawa segala penderitaan yang dating tidak akan menyebabkan fikirannya tergugat. Dengan ini, kebahagian akan mengikuti dirinya pada kehidupan saat ini mahupun di masa yang akan datang.” Semua merupakan ajaran yang disampaikan oleh bhikkhu ini yang sentiasa mengingatkan kita bahawa kita sesekali jangan cuai dalam menjalani kehidupan seharian, sentiasa melakukan kebaikan, menjauhkan diri dari segala kejahatan dan mensucikan fikiran setiap hari dengan bermeditasi. Dengan ini, kehidupan kita akan menjadi lebih berharga. Penulis berharap segala ajaran yang telah disampaikan oleh bhikkhu melalui buku ini dapat membantu kita dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi penderitaan yang ada dalam kehidupan ini dengan mempunyai kesedaran kerana segala nilai dari kehidupan bergantung pada bagaimana kita menjalani hidup di dunia ini dengan melakukan kebajikan untuk menutup pintu neraka dan membuka pintu syurga untuk mencapai Nibbana.

211

Bab 38

Detik-Detik Terakhir Kehidupan Bapa

Pada suatu hari, seorang wanita telah meminta nasihat dari seorang bhikkhu bagaimana cara untuk menjaga bapanya yang sedang sakit tenat. Oleh kerana ini merupakan suatu pengetahuan yang amat penting apabila kita menjaga ibu bapa dalam masa terdesak sebagai pengajaran dan panduan kepada anak-anak untuk menjaga dan membalas budi ibu bapa pada saat-saat akhir hidupnya. Wanita itu memberitahu, “Ketika dirinya berusia 10 tahun, kedua-dua ibu bapanya telah bercerai. Ibu telah menjaga dirinya. Ibunya merupakan seorang umat Buddha yang sangat yakin mengenai hukum sebab dan akibat. Ibunya telah melakukan dana makanan kepada para bhikkhu setiap pagi. Bapa pula tidak pernah mengunjungi saya. Meskipun

212

mengetahui di mana tempat tinggal bapa, saya tidak pernah menziarahinya. Saya hanya menghubunginya melalui telefon beberapa kali sahaja.” “Pada ketika ini, bapa saya sakit tenat dan dirawat di hospital. Saya pun pergi menziarahinya. Doktor berkata bapa saya mengalami penyakit kanser dan mungkin dapat menjalani kehidupan tidak lama lagi. Bapanya merupakan orang yang tidak mempercayai terhadap ajaran Buddha. Bagaimana saya dapat membantu bapa untuk mengatasi penderitaan ini? Jika saya melakukan jasa kebajikan atas nama bapa sementara bapa masih hidup, dapatkah kebajikan ini membantu meringankan sedikit penderitaan yang dialaminya?” Bhikkhu tersebut menjelaskan “Sebelum merawat seorang pesakit yang semakin dekat dengan ajalnya, walauapa pun jenis penyakitnya, kamu harus memahami suatu perkara yang penting bagi seseorang sebelum mengalami kematian, iaitu kita harus berfikiran positif. Apabila kita berfikiran negatif, pemikiran ini akan menunjukkan perjalanan kita ke alam neraka.” “Hal ini, Buddha telah menjelaskan “Fikiran yang negatif memimpin kita ke alam yang tidak menyenangkan.” “Oleh itu, sepanjang dua bulan terakhir kehidupan bapa anda, jangan sesekali melakukan benda yang boleh menyebabkan bapa anda berfikiran negatif. Lakukan sesuatu yang boleh menyebabkan bapa anda berfikiran positif.” Benda yang boleh menyebabkan seseorang berfikiran positif ialah dengan melakukan jasa kebajikan. “Dalam situasi dimana bapa saya tidak berminat ingin melakukan jasa kebajikan mengikut ajaran Buddha dan saya melakukan jasa kebajikan untuknya, akankah bapa akan menerima jasa kebajikan tersebut?” “Jawapannya adalah beliau akan menerima hasil dari jasa kebajikan itu sekiranya beliau merasa bahagia atas jasa kebajikan yang kamu lakukan, dan tingkatan buah kamma yang diterimanya akan berkurang dibandingkan ketika papa kamu melakukannya sendiri. “Bagi seseorang yang tidak percaya pada hukum sebab dan akibat ini, pada saat kematiannya ketika mendapatkan hasil dari perbuatan yang tidak baik, pada detik-detik akhir hidupnya, dia akan mengalami penderitaan yang sangat dahsyat. “Sebagai seorang anak, anda harus sentiasa berada dekat dengan bapa semasa beliau sedang sakit tenat. Jika mempunyai kesempatan, ajaklah bapa anda berbual mengenai dhamma, membawa bunga, lilin dan dupa kapada bapa anda untuk memberikan penghormatan terhadap Buddha pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur sebanyak tiga kali sehari. Pada awalnya, beliau mungkin akan menolak keperihatinan anda, namun

213

secara perlahan kita harus menerangkan dengan jelas tentang ajaran Buddha dan berdoa setiap hari sebanyak mana yang bapa boleh lakukan.” “Jika bapa anda tidak dapat bangkit untuk duduk, biarkan beliau berdoa dalam posis berbaring. Pada masa dahulu dimana bapa tidak berpenyakit mungkin beliau tidak mempercayainya, namun disaat dimana beliau sedang sakit tenat ini, apa yang dikatakan anda sebagai seorang anaknya mungkin beliau akan mempercayai nasihat anda agar berdoa pada Buddha. “Hal lain yang dapat kita lakukan adalah dengan mempersiapkan dana makanan (nasi, buah atau bunga) kepada bapa untuk diberikan kepada para bhikkhu atau jika kita dapat mengundang para bhikkhu untuk menerima pemberian makanan sebagai dana dari tempat tidur dimana bapa kita berbaring adalah lebih baik. Namun, sekiranya bhikku tidak dapat datang atau tidak mempunyai bhikku di kawasan tersebut, kita mewakili beliau memberikan dana makanan kepada bhikku atas nama bapa kita dan kemudian menceritakan kepadanya agar beliau mendapat kebahagian dan kegembiraan atas jasa kebajikan tersebut.” “Dengan mengikuti nasihat ini, pergolakan beliau akan berkurang, khususnya jika beliau masih memiliki sisa dari jasa kebajikannya untuk mempercayai kamu. Ia akan lebih tenang saat berjuang dengan penyakitnya. Tetapi jika beliau tidak mempedulikan segalanya, kemudian kamu tidak dapat melakukan apa-apa namun tetaplah merawatnya untuk membayar hutang budi kepadanya di masa yang akan datang. “Beberapa tahun dahulu, saya(bhikku) mengenali seseorang yang merupakan seorang penjaga vihara. Dia menderita diabetes dan terpaksa dipotong kakinya. Setelah berjaya dirawati, ketika, jam dua tepat setiap harinya, penjaga vihara tersebut akan menderita kesakitan kesan daripada pembedahan tersebut, tiada cara untuk meringankan kesakitannya.” “Namun kerana dia mempunyai keyakinan pada ajaran Buddha dan percaya pada hukum kamma, saya mengunjunginya dan memberikannya kaset paritta dan meditasi. Setelah bersarapan pagi, saya menasihat supaya dia berehat. Menjelang waktu dimana kaki mula merasai kesakitan, saya akan memasang kaset paritta untuknya, supaya dia dapat berparitta dan terkadang sampai lewat dari jam 2 petang sehingga dia dapat melupakan kesakitannya. Kami melakukan hal ini setiap hari sampai kakinya sembuh seperti biasa. Ini merupakan satu muslihat yang baik dimana ia telah berjaya.” “Hal ini mengingatkan bahawa sesiapa yang masih malas hendak membaca paritta, sila harus mempraktikkannya dan menjadikannya sebagai kebiasaan dalam kehidupan harian kita. Sehingga ketika kita diserang sakit, kita dapat membaca paritta untuk mengatasi

214

ketidaknyamanan ini. Ketika fikiran terkonsentrasi pada membaca paritta kita akan lupa hal lainnya. Metod ini telah dibuktikan sebagai salah satu cara yang sukses. “Namun keputusan kita untuk menjaga bapa semasa beliau sedang sakit tenat ini merupakan suatu kelakuan yang baik. Meskipun bapa kita telah mengabaikan kita dan ibu, kita harus tahu membalas segala budi dan jasa baik kerana ibu bapa merupakan orang yang paling berjasa kepada kita berbanding orang lain di dunia ini. 1. Ibu bapa merupakan contoh terbaik bagi seseorang anak. Mereka menjadikan kita sebagai manusia yang mampu melakukan perbuatan baik. Meskipun mereka tidak membesarkan kita, kita masih tetap memiliki hutang budi kepada mereka. Jika mereka juga membesarkan kita layaknya orangtua yang baik, kita sangat memiliki hutang budi kepada mereka. 2. Orang tua memberikan maaf kepada kita tanpa rasa menyesal. Kemarahan dan hukuman mungkin akan mereka berikan atas perbuatan kita yang tidak dapat diterima oleh lubuk hati mereka dan hal yang dapat mengkhawatirkan kita. Mereka merupakan teman terbaik yang tidak pernah dapat kita temukan di dunia ini dan yang dapat kita percayakan dengan sepenuh hati. 3. Hutang budi kepada orang tua sangat banyak daripada yang dapat kita balas. Kita harus membiasakan diri untuk menunjukkan rasa balas budi kita kepada orang tua. Tugasan seseorang anak yang harus melakukan kepada kedua-dua ibu bapanya yang dapat membalas budi dan jasa bauknya adalah: 1. Menjaga dan mengambil berat terhadap mereka di usia tuanya dari semua hal 2. Menjaga nama baik keluarga agar dapat menggembirakan mereka 3. Menggunakan kekayaan keluarga dengan tanggung jawab 4. Melanjutkan kerjasama yang baik dengan masyarakat seperti yang telah mereka bangun 5. Menginspirasikan mereka agar yakin kepada Tiga Permata, ajarkan mereka untuk berdana dan menjaga sila, bujuk mereka untuk mendengarkan ajaran spiritual dan ajarkan mereka untuk bermeditasi. Semua hal ini dapat membantu mereka untuk menuju Nibbana.

215

“Meskipun mereka telah meninggal dunia, sebagai seorang anak yang berbakti, anda harus melakukan kebajikan setiap saat dan membahagikan jasa kebajikan yang telah dilakukan tersebut kepada kedua-dua ibu bapa anda yang telah meninggal.” Penulis berharap setelah mempelajari bagian ini disaat anda membesarkan anak menjadi seorang yang baik, anda tidak lupa untuk menjaga orang tua ataupun kakek dan nenek anda. Hal ini merupakan cara untuk memberikan contoh kepada anak anda bagaimana mereka dapat merawat anda ketika anda sudah lanjut usia, khususnya didetik-detik terakhir usia anda. Mereka mengetahui bagaimana membuat pikiran orang tuanya menjadi cerah dan jernih agar orang tua mereka mendapatkan kehidupan yang menyenangkan dimasa yang akan datang berdasarkan Ajaran Sang Buddha. Pada akhirnya, semua hal ini kami serahkan kembali kepada anda.

216

Bab 39

Orang Tua Merupakan Orang Yang Patut Dihormati

Dari tahun 1999 sehingga kini, statistik di negara Thailand menunjukkan sejumlah orang tua usia lanjut yang tidak dipedulikan semakin meningkat secara purata 300,000 orang setahun. Sementara itu rumah orang-orang tua yang merupakan tempat tinggal bagi golongan ini di Thailand hanya dapat menampung sebanyak 200 orang setahun. Hal ini disebabkan oleh anak-anak dan saudara yang sudah meningkat dewasa berasa bosan terhadap orang tuanya yang sudah berusia lanjut dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang anak untuk menjaga orang tuanya. Dengan perkembangan dalam hal ini yang semakin meningkat ini merupakan hal yang amat menyedihkan hati.

217

Masalah dimana anak-anak menghantar ibu bapa mereka yang sudah uzur yang merupakan orang yang paling berjasa terhadap mereka ke rumah orang-orang tua yang menyebabkan kesusahan kepada kedua-dua orang tuanya merupakan masalah besar dalam masyarakat Thai dimana mempunyai agama Buddha sebagai agama rasmi. Ini kerana, ajaran dalam agama Buddha, orang tua merupakan seorang “Phra Arahanta” di dalam sesebuah rumah. Mereka merupakan guru pertama bagi anak-anak. Terdapat pepatah Thailand yang berbunyi “pada kaki kedua-dua ibu bapa merupakan pintu menuju ke syurga kepada semua anak-anak”. Nenek moyang kita telah memberi tunjuk ajar bahawa kemajuan diri yang dicapai oleh seseorang bergantung pada sebaik mana mereka membalas segala jasa baik ibu bapanya sebagai ungkapan rasa bakti kepada kedua-dua orang tua kita. Ini kerana, segala kebaikan mereka tidak dapat dibandingkan dengan apapun di dunia ini. Tiada sesiapapun yang mempunyai jasa baik yang tidak dapat dihuraikan terhadap kita seperti kedua-dua ibu bapa kita. Namun, sekiranya ibu bapa kita sendiri pun kita tidak mampu meghargai dan membalas jasa baiknya, dia juga tidak akan menghargai dan menghormati orang lain seperti mana yang dilakukan terhadap ibu bapanya. Siapapun yang tidak berbakti pada orang tuanya, jalan menuju alam surga dan kesejahteraan hidupnya akan tertutup. Seperti mana yang nenek moyang pernah mengingatkan kita tentang hal penting berikut ini. Bila kembali melihat masa kecil, dimana kita masih bayi, tidak dapat membantu diri kita sendiri. Sekiranya ibu bapa kita mengabaikan dan meninggalkan kita dalam tong sampah atau di tepi jalan, kita mungkin telah meninggal dunia. Seandainya kita masih bernyawa, mungkin kita akan menjadi anak terlantar yang kelaparan dan sama sekali tidak akan memiliki masa depan seperti mana yang kita nikmati pada hari ini. Dengan jasa baik orang tua yang menerima kita sebagai anggota keluarganya, hutang budi dan jasa baiknya sebagai bakti kita kepada orang tua tiada bandingannya. Oleh itu, kita harus membalas budi dan jasa baik kedua-dua ibu bapa kita seperti mana mereka menerima kita sebagai anaknya, berusaha membesarkan kita dan tidak akan meninggal kita walaupun mereka terpaksa menahan lapar dan mengorbankan diri sendiri. Mereka berjuang dengan pelbagai cara agar kita dapat tumbuh dewasa. Dengan alasan inilah, kita harus membalas hutang budi dan jasa baik mereka sebaik mungkin yang dapat kita lakukan. Daripada penjelasan di atas, bayangkan apabila usia kita lanjut menjadi tua di masa depan, kita akan mengalami kelemahan dalam berfikir dan bergerak serta tidak akan suka apabila tubuh badan kita tidak dapat melakukan kerja megikut gerak hati, terpaksa bergantung 218

pada anak cucu dalam setiap pergerakan kita. Tubuh badan kita yang tidak dapat membantu diri sendiri ini, kita sendiri pun merasa bosan, anak cucu kita juga akan merasai sama seperti apa yang kita rasa. Tanpa rasa bakti dan rasa sayang yang tulus dari anak, kita mungkin akan diabaikan oleh anak cucu sendiri. Ada juga sebahagian anak yang sabar menjaga ibu bapa atau orang tua mereka hanya untuk mengharapkan warisan harta benda apabila orang tuanya sudah meninggal. Bagaimana kita dapat mengatasi masalah tidak berbakti kepada orang yang patut kita hormati ini? Nenek moyang kita telah memberi cara-cara untuk mengatasi masalah ini dengan jelas adalah ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka dengan memberi tunjuk ajar bagaimana kita membalas jasa baik orang tua kita. Tunjukkan cara kita menjaga kedua-kedua ibu bapa kita semasa usia mereka sudah lanjut tua. Dengan demikian, mereka menjadi saksi atas perilaku orang tuanya. Pada masa depan, mereka akan menjaga orang tuanya sendiri dengan cara yang sama seperti mana yang mereka telah saksikan bagaimana ibu bapa mereka lakukan pada orang tuanya. Hal yang penting ialah menanamkan rasa balas budi pada anak, orang tua harus menjadikan mereka bagian untuk merawat kakek dan neneknya. Lebih dari itu, mereka harus membanggakan kebaikan dari kakek dan nenek kepada anak-anak, baik dihadapan dan dibelakangnya. Dengan memberikan contoh yang baik, secara jelas anak akan melihat dan belajar dari perilaku orangtuanya. Kemudian mereka akan mengerti bahwa sebagai orang yang tahu membalas budi harus memperlakukan orang tuanya dengan cara seperti ini. Namun sebaliknya, jika seseorang ibu bapa yang menjaga orang tuanya dengan cara yang tidak ikhlas seperti mencaci atau mengutuknya secara bersamaan, sama ada di depan atau di belakangnya, anak kita akan mengikuti setiap kelakuan yang kita telah terhadap orang tuanya. Ibu bapa tersebut akan dapat merasai apabila dirinya menjadi tua dan anaknya akan melayan seperti mana ibu bapa melayan orang tuanya pada masa dahulu. Mereka akan dapat merasai perasaan yang anak cucunya tidak menyayanginya, merasai dirinya menjadi beban kepada orang lain, merasai kedudukan dirinya lebih rendah daripada orang suruhan. Perasaan-perasaan negatif ini akan menyakiti hati mereka sebagaimana mereka telah lakukan terhadap orang tuanya dahulu. Sekiranya kita mahukan anak-anak kita menjaga kita dengan baiknya pada masa hadapan, kita harus menjaga kedua-dua orang tua kita dengan baik dan ikhlas serta memberi tunjak ajar kepada anak-anak semasa kita melayan dan menjaga orang tua kita. Suatu hari nanti, apabila anak anda sudah dewasa, mereka akan menjaga anda dengan baik. Mereka sesekali tidak akan menyakiti hati anda, sebaliknya mereka akan melayan dan menjaga kedua219

dua ibu bapanya dengan hati yang ikhlas seperti mana apa yang mereka lihat semasa ibu bapa mereka menjaga orang tuanya dahulu. Bagaimanapun, semasa anda memberi tunjuk ajar anak anda bagaimana menjadi seorang anak yang baik, nenek moyang kita sentiasa memberi peringatan supaya kita harus mempersiapkan diri sendiri untuk menyambut hari tua iaitu mempersiapkan diri sendiri supaya menjadi orang yang patut dihormati oleh orang lain. Sekiranya kita tidak membiasakan diri dari awal, kita akan mempunyai pelbagai masalah apabila usia kita sudah lanjut nanti dan menyebabkan penghujung hidup kita yang sengsara kerana tidak mempersiapkan diri untuk menerima hal ini. Bagaimana kita mempersiapkan diri sendiri menjadi orang yang patut dihormati oleh anak-anak kita. Pertama, kita harus mengetahui bahawa terdapat dua jenis orang usia lanjut:Jenis pertama dari orang usia lanjut ini dikenal sebagai “Seorang yang tidak menguntungkan,” iaitu orang yang tidak berguna. -

Merupakan orang tua dimana sepanjang hidupnya tidak pernah berjaya dalam melakukan perbuatan baik. Mereka tidak pernah membuat kebajikan(dana), mempraktikkan sila, sembahyang dan meditasi, tidak menghiraukan pembelajaran Dhamma. Hanya membiarkan hidup ini berlalu sepanjang hari tanpa benda yang tidak berfaedah. Orang tua jenis ini merupakan orang tua yang membosankan. Hal ini sama dengan memimpin diri sendiri menjadi orang yang tidak patut dihormat hari demi hari. Mereka kurang memahami tentang akibat atau prinsip dalam mempertimbangkan sesuatu. Anak cucu tidak mahu mendekati kerana mereka akan menyebabkan masalah dalam keluarga, sebagai contoh dapat menyebabkan ketidaksefahaman di antara ibu suami dan saudara iparnya dan sebagainya. Orang tua jenis ini juga menyebabkan anak cucunya tidak menerima pengetahuan yang baik. Akibatnya, anak cucu tidak dapat berfikir bagaimana caranya menjadi orang yang baik terhadap orang tua mereka menyebabkan mereka mengabaikan orang tuanya. Jenis kedua dari orang usia lanjut ini dikenal sebagai “Seorang yang

menguntungkan,” iaitu orang yang penuh kasih sayang atau orang yang mengambil berat tentang orang lain.

220

-

Merupakan orang tua di mana sepanjang hidupnya sangat rajin bekerja, mengumpul harta benda demi kesenangan hidup pada masa tuanya supaya mereka dapat hidup tanpa bergantung pada pertolongan orang lain. Dari segi kelakuan, sifat dan sikap mereka sentiasa berubah ke arah kebaikan supaya tidak akan menjadi beban bagi anak cucunya. Dari segi agama pula, mereka dengan rajin mempelajari prinsip-prinsip ajaran Buddha dengan melakukan derma (dana), mempraktikan sila, dan bermeditasi. Selain itu, mereka sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anak cucu mereka mengenai pandangan benar dalam hidup. Buddha berkata orang usia lanjut seperti ini “mereka merupakan orang yang patut

dihormati dan dipuja oleh anak-cucunya.” Orang tua seperti ini berada di keluarga mana, keluarga tersebut akan memiliki kebahagiaan sama seperti memiliki bhikku dalam keluarganya. Orang tua seperti ini selalu mengikuti prinsip-prinsip yang sederhana untuk perjalanan hidupnya seperti: 1)

Berusaha melakukan perbuatan baik dengan berdana. Iaitu mereka selalu membuat kebajikan dengan berdana kepada para bhikkhu setiap pagi sebagai cara untuk menambah bekalan di kehidupan yang akan datang.

2)

Berusaha mempraktikan sila 5 dengan ketat setiap hari. Khususnya pada sila ke-4 iaitu tidak berbohong atau tipu, sentiasa bercakap benar. Pada malam perayaan dan pada saat hari perayaan umat Buddha, mereka akan melaksanakan sila 8. Dengan demikian dapat memperkuat mereka dalam menjalani hidup yang sederhana.

3)

Berusaha meluangkan masa untuk melaksanakan meditasi sebanyak yang mungkin. Mereka akan bermeditasi pada waktu subuh pagi, tengah hari dan sebelum tidur pada waktu malam untuk menjaga kesucian fikiran dan hati mereka. Orang usia lanjut ini telah menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak

dan cucunya. Apabila mempunyai masa terluang, mereka mengisikan masa lapangnya dengan memberikan pendidikan agama dan moral kepada anak cucu, membacakan cerita pendek, buku cerita dhamma, pengalaman hidup mereka sendiri, dan segala hal yang berharga dan bermanfaat agar dapat di contohi oleh anak-anaknya. Contoh-contoh baik ini dapat

221

memberikan dorongan yang kuat bagi anak-anak agar mereka dapat menjalani kehidupan mereka pada jalan yang betul dan baik. Selain itu, orang tua seperti ini tidak akan masuk campur dalam kehidupan saudara iparnya. Mereka berpendapat bahawa setiap orang dewasa sudah mengetahui cara dalam menjalani tanggungjawab pada keluarga dan mampu mengatasi masalah mereka sendiri divmana tidak memerlukan campur tangan daripada orang tuanya atau menjadi orang tengah dalam menyelesaikan semua masalah. Pada akhirnya, orang dewasa ini akan berjaya menjadi tunjang kepada keluarganya menggantikan orang tuanya pada masa depan. Kemudian, pada penghujung usianya, mereka akan memberikan segala harta benda yang dimilikinya kepada anak mereka. Mereka akan mengizinkan anak dewasa mereka untuk menjadi perawat pada nasibnya. Mereka telah mempersiapkan diri dengan baik untuk kematiannya dengan wang tabungan yang telah dikumpulkannya dan melakukan kebajikan sebelum menjelang hari kematiannya. Setelah semua harta bendanya dibahagikan, sejumlah wang akan diberikan kepada anak-anaknya untuk menjaga keluarganya masing-masing dan sentiasa bersedia untuk kematian. Apabila menjelang hari terakhirnya, mereka akan melihat kembali kehidupannya ke belakang dan akan merasa bangga atas apa yang telah dilakukannya, kerana apa yang dilakukannya itu “patut di puja dan dihormati oleh anak-anak.” Para pembaca yang dihormati sekalian, dengan demikian dapat disimpulkan bahawa kedua-dua jenis orang usia lanjut ini tidak akan menjadi orang yang kesunyian apabila menjelang akhir usia mereka kerana mereka amat di senangi dan dihormati oleh anak-anak setiap saat. Ini kerana, apabila mendekati orang tua seperti ini, kita dapat pelbagai pengetahuan tentang kehidupan di dunia ini. Dengan jelas kita dapat melihat pengetahuan, kebaikan, kebijaksanaan dan kemampuan mereka dalam menjalani kehidupannya. Oleh itu, kita dapat melihat bagaimana masa depan orang tua kita. Kita harus bersiap-sedia menjadi tua iaitu bersedia menjadi “Orang yang menguntungkan”. Dengan itu, kita harus menjalani kehidupan ini dengan menjadikan diri kita sebagai orang yang patut dihormati dan dipujai oleh anak-anak kita.

222

Bab 40

Memberkati Keturunan Kita

Apabila usia kita meningkat dewasa, amalan memberkati keturunan kita merupakan satu kewajipan penting. Namun, berkat atau doa kita mungkin akan tidak dihormati sekiranya tidak mengikut usia orang yang kita ingin memberkati. Kita harus mempelajari cara-cara bagaimana nenek moyang kita memberkati keturunannya yang menyebabkan anak cucunya ingin berdekati, berada dalam patuh dan meningkat dewasa menjadi orang yang baik. Prinsipprinsip ini memberikan petunjuk yang jelas bagi kita untuk menyesuaikan diri dengan situasi disaat kita usia lanjut. Apakah itu berkat? Berkat disebut sebagai vara dalam bahasa Pali. Vara bermaksud kemajuan dan kebahagiaan.

223

Memberkati bererti memberikan kemajuan dan kebahagiaan yang terbaik. Oleh itu, amalan orang tua memberkati atau memberikan doa kepada anak cucunya merupakan amalan memberikan kemajuan dan kebahagiaan kepada keturunannya dalam menjalani kehidupan seharuan. Kepentingan dalam memberikan berkat Ramai orang mungkin tidak tahu bahawa amalan memberkati anak cucu dan keturunan merupakan tradisi di negara Thailand yang dilakukan setiap hari sejak zaman dahulu. Biasanya, amalan ini akan dilakukan setiap hari pada masa dimana sebelum tidur, ibu bapa dan saudara mara di rumah akan membawa anak cucunya memberi hormat kepada orang tuanya. Kemudian, nenek moyang kita akan mengambil semua perbuatan baiknya pada hari ini sebagai contoh dalam memberi berkat dan doa kepada anak cucunya. Dengan demikian, cucunya akan memperolehi nilai kemoralan dan dapat mempelajari dari kebaikan yang dilakukan oleh orang tuanya. Hal ini membuatkan anak cucunya dapat membahagikan perbuatan baik dan buruk dan mempercayai Hukum Kamma. Masyarakat Thai pada zaman dahulu mempunyai kehidupan yang aman dan damai. Mereka hanya mempunyai beberapa masalah berbanding masyarakat sekarang kerana banyak keluarga yang mengusahakan rutinitas keluarga pada malam hari seperti ini, menciptakan lingkungan yang harmonis. Amalan memberkati dan memberi doa kepada anak cucunya sebelum masuk tidur oleh orang tua kita merupakan satu kewajipan dalam sesuatu keluarga. Ini kerana, sekiranya mana-mana keluarga yang tidak mengamalkan amalan memberkati ini bermakna keluarga tersebut tidak bersatu hati. Apabila ahli dalam keluarga tidak bersatu hati, seperti jantung hati keluarga tersebut berhenti berfungsi. Ini kerana tiada lagi suara mereka yang membicarakan Dhamma, memberikan semangat atau peringatan. Ini akan menyebabkan berlakunya pertengkaran, tiada persefahaman dan ketiadaan semangat akan menjadi sebahagian dari keluarga. Kehangatan keluarga akan runtuh secara perlahan-lahan dan kemudian akan berakhir. Pada akhirnya, suara yang dapat di dengar hanya dari keluarga yang tidak menyenangkan, kemarahan dan keributan yang disebabkan oleh minum-minuman alkohol dan berjudi.

224

Sesebuah keluarga yang memahami dan mengerti pentingnya memberikan berkat setiap hari dari orang tua akan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka supaya membiasakan diri dalam memberikan penghormatan dan meminta orang tua dan nenek moyang untuk memberikan berkat setiap malam sebelum tidur. Namun, bagi sesebuah keluarga yag nenek moyangnya sudah meninggal, ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab yang akan memberikan berkat kepada anak-anak menggantikan tempat nenek moyangnya. Ibu bapa akan menceritakan kepada anak-anak mereka bahawa dirinya telah melakukan beberapa perkara yang membanggakan nama keluargaya. Namun, pada masa kini, sudah berpuluh-puluh tahun amalan rutin ini telah hilang dari keluarga-keluarga masyarakat Thai. Hal ini menjadi punca utama yang menyebabkan meningkatnya masalah-masalah keluarga seperti peninggalan orang tua bersendirian, perceraian, dan lain-lain. Semua masalah ini berpunca daripada tiadanya amalan memberkati di kalangan keluarga. Selain itu, beberapa masalah yang timbul berpunca daripada kebanyakan pasangan yang berkahwin lebih cenderung berpindah keluar berbanding yang tinggal bersama ibu bapa sendiri. Oleh itu, dalam rumah hanya terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak sahaja. Akibatnya, anak-anak tidak berpeluang mendapat berkat daripada nenek moyangnya dan ibu bapa juga tidak mengambil tahu tentang hal ini lalu tidak menjalankan tanggungjawab menggantikan tempat nenek moyangnya. Ketika ini akan berlakunya pertengkaran di antara ibu bapa dan anak-anak. Beberapa keluarga yang mempunyai masalah besaran dan tidak mempedulikan anggota keluarga yang lain akan menyebabkan keluarga tersebut menuju ke arah perpecahan keluarga dimana sesiapa pun tidak menyedari bahawa hal ini berpunca daripada tiada amalan memberi berkat. Dalam kes dimana sesebuah keluarga yang masih tidak bersatu hati, ibu bapa harus berdepan antara satu sama lain. Anda harus bertanya pada diri sendiri “Adakah anda ingin anggota keluarga anda tinggal berasingan atau anda ingin mengubah keluarga anda dengan tradisi Thailand yang dihormati yang akan menyebabkan penyatuan keluarga anda?” pada mlanya ibu harus memimpin anak-anak untuk memberi penghormatan dan meminta berkat daripada bapa sebagai ketua keluarga dan kemudian bapa pula memimpin anak-anak memberi penghormatan dan meminta berkat daripada mama. Sekiranya ibu bapa mempraktik perkara ini sebagai rutin seharian akan dapat menciptakan sesebuah keluarga yng bahagia. Hal ini dapat menjamin bahawa keutuhan keluarga akan tetap stabil. Ketika kita beranjak tua, kita tidak akan disia-siakan kerana anda telah mengajarkan anak-anak menjadi orang yang berbakti dari sejak mereka kecil. Mereka 225

akan sentiasa memberikan hormat dan meminta berkat dari orang tua mereka. Dan meskipun telah dewasa, mereka akan tetap menghormati anda dengan cara yang sama. Mereka percaya bahawa anda telah menjadi pemimpin yang baik kerana mereka selalu mendapatkan pengajaran yang berharga dari ibu bapanya. Bagaimana seseorang dapat memberikan yang terbaik bagi dirinya? Apabila kita telah tahu dan berfikir bahawa “berkat” itu sesuatu hal yang berharga. Sekarang kita tiba pada pertanyaan yang menarik iaitu mengenai bagaimana caranya kita dapat mengembangkan hal ini. Melalui penelitian dan pencarian berdasarkan prinsip-prinsip dalam ajaran Buddha “fikiran” manusia memiliki sesuatu yang berbeza daripada kehidupan mahluk lain yang berada di dunia ini, diantaranya adalah fikiran manusia memiliki kesempatan untuk: 1. Melatih fikiran untuk memiliki kualiti yang lebih tinggi. 2. Melatih fikiran untuk menghapus kejahatan. 3. Meningkatkan kesucian fikiran. Berdasarkan karakter-karakter ini, jika fikiran manusia hanya sentiasa berfikiran positif dan baik, akan menyebabkan kebahagia dan penuh kekuatan. Sebaliknya, jika hanya berfikiran tentang perbuatan buruk akan menyebabkan perkara buruk berlaku. Namun, setiap individu masih tetap melakukan perbuatan baik dan jahat, fikiran seseorang tidak semestinya baik atau buruk. Jika baik secara keseluruhannya, seseorang akan memiliki kehidupan yang akan datang dalam surga atau meraih pencerahan dan memasuki Nibbāna (Nirvana). Jika fikiran buruk secara keseluruhanya, seseorang akan menuju alam neraka setelah kematiannya. Oleh kerana kita telah melakukan perbuatan baik dan buruk dalam hidup ini, kita harus memperbaiki diri dengan menjauhi diri daripada perbuatan jahat dan berusaha menambahkan perbuatan baik yang lebih banyak dalam kehidupan ini. Punca yang menyebabkan ketidakmampuan untuk mengembangkan hal terbaik dalam diri seseorang terdapat tiga kelompok besar iaitu Kekotoran batin (Kilesa), yang terdiri dari:

226

1.

Ketamakan (Nafsu Keinginan) – perasaan keinginan yang tidak pernah berhenti. Hal ini termasuk orang dewasa yang tamak dan menginginkan kepunyaan orang lain atau anak kecil yang mencuri barang kepunyaan orang lain.

2.

Kemarahan (kebencian) – ketidaksenangan, atau mengambil jalan ekstrim, seseorang yang mudah menghina dan menyebabkan perpecahan. Hal ini termasuk orang dewasa yang mudah iri hati dan marah atau anak-anak yang memiliki kebiasaan buruk.

3.

Kebodohan (menipu diri sendiri) – memiliki pandangan salah yang dianggap pandangan benar dan sebaliknya, menganggap perilaku yang baik sebagai yang buruk dan sebaliknya. Kebodohan ini menyebabkan seseorang memiliki fikiran, ucapan dan tingkah laku yang negatif. Hal ini termasuk seorang dewasa yang berprasangka buruk, cemburu dan senang bergosip tentang orang lain atau seorang anak kecil yang menggunakan ubat-ubatan, bermabuk-mabukan atau menjadi pecandu narkotika. Tiga jenis kejahatan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk membuat dirinya

berkembang. Sebagai akibatnya, tidak ada seorang pun yang ingin berhubungan dengan orang jenis ini atau bahkan peduli dengannya ketika sakit. Sebaliknya, sesiapa yang pernah pentingkan diri sendiri, pemarah atau pencemburu, dan kemudian menukarkan diri mereka dengan mengembangkan dirinya, akan memiliki pemikiran, ucapan dan tindakan yang positif. Disaat perbuatan baik bertambah, kebiasaan buruk akan berubah kearah yang positif dan mereka akan semakin lebih banyak berbuat baik. Baik orang dewasa dan anak-anak yang dapat melakukan hal ini akan menyebabkan diri sendiri menimati kebahagian dalam hidup. Cara untuk menampilkan hal terbaik kepada diri kita Buddha telah mengajarkan jalan untuk melakukan yang terbaik bagi diri sendiri dengan cara menghapuskan ketamakan, kemarahan dan kebodohan melalui peningkatan jasa kebajikan, diantaranya adalah:

227

1. Menghapus ketamakan dengan memberikan dana secara teratur. Satu contoh baik yang dapat kita lihat dari nenek moyang kita ialah mereka bangun tidur dari awal pagi dan membangunkan keluarga mereka untuk menyiapkan dana makanan kepada para bhikkhu. Seluruh anggota keluarga harus bangun dan membantunya. Ketika para bhikkhu datang untuk menerima persembahan makanan, meeka akan memimpin anak cucunya untuk memberikan makanan kapada para bhikkhu. Setelah berdana, orang tua kita akan menunjukan kepada anak-anak cara untuk berbagi jasa kebajikan kepada saudara-saudara yang telah meninggal dengan cara menuangkan air sebagai rasa penghormatan. Dengan begitu, anak-anak akan ditanamkan rasa berbakti dan berbelas kasih. Bagi keluarga yang tinggal jauh dari vihara dan tidak menjadi sebahagian dari perjalanan para bhikkhu yang berpindapatta, orang tua kita akan meminta anak cucunya untuk menyiapkan makanan yang akan didanakan kepada para bhikkhu dan mereka akan mengunjungi vihara untuk memberikan dananya. Jika mereka tidak dapat ke vihara kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, anak-anak akan mewakili orang tuanya untuk memberi dana di vihara. Sebelum meninggalkan rumah, orang tua kita akan mengumpulkan anak cucunya untuk membuat doa dan menghantar wakilnya yang akan bersilih ganti di antara anak cucu sendiri. Sebab utama yang orang tua kita membangunkan anak cucunya untuk memberi di awal pagi ialah mengharapkan anak-anak mereka membiasakan diri dengan berdana. Bangun tidur di pagi hari untuk melakukan perbuatan baik dapat menyegarkan fikiran dengan perilaku yang positif ini. Kehidupan itu singkat dan penuh ketidakpastian. Dengan demikian, setiap anggota keluarga harus mulakan harinya dengan fikiran yang baik yang hanya memikirkan untuk mendorongkan orang lain supaya melakukan kebaikan seperti memberikan dana kepada para bhikkhu di pagi hari. Kita dapat melihat perbezaannya pada masa sekarang ini. Banyak orang sekarang ini yang bangun tidur dengan memikirkan masalah kariernya, bagaimana mereka dapat menjadi lebih baik daripada yang lain. Ada juga yang memikir cara bagaimana untuk merampas harta benda orang lain. Orang jenis ini tidak melakukan perbuatan baik di setiap hari yang dilaluinya karena mereka hanya memikirkan benda yang negatif. Apabila berlakunya situasi seperti ini, seluruh keluarganya akan terpengaruh dan perasaan susah hati akan berlaku pada ahli keluarganya. Ketika salah satu anggota keluarga mengambil keuntungan dari orang lain di tempat kerjanya, ia dapat melakukan hal yang sama 228

bagi keluarganya sendiri. Situasi ini dapat bertambah buruk ketika anggota keluarga memperebutkan harta benda. Hal ini menyebabkan keluarga diselubungi dengan pelbagai masalah. Oleh itu, orang tua kit atelah mengerti sepenuhnya kenyataan ini, mereka memimpin para keturunannya untuk berdana kepada para bhikkhu setiap pagi. Perbuatan baik ini untuk memulai harian dengan sesuatu benda yang baik. Anak-anak yang diajar untuk memberi dan menyokong orang lain, mencegah ketamakan, kecemburuan dan kekejaman kepada siapapun akan menyebabkan fikiran mereka menjadi positif. Melalui maksud ini, ketamakan akan terhapus sepenuhnya. Melalui berdana, akan menampilkan yang terbaik dari dalam diri seseorang. 2. Mengurangkan kemarahan dengan mempraktikkan sila secara teratur. Apabila orang tua kita bangun awal pagi, sebelum mereka menyiapkan makanan untuk didanakan, orang tua kita akan mengumpulkan keluarganya termasuk pembantu rumah tangganya untuk bersembahyang di pagi hari. Setelah itu, mereka akan memohon lima sila 1 dihadapan patung Buddha (sebagai lambang penghormatan). Disaat anggota keluarganya bangun lewat dalam 10 minit yang menyebabkan kehilangan kesempatan untuk bersembahyang di pagi hari, meraka tidak akan membiarkan sahaja. Orang tua kita akan mengrtuai anggota keluarga untuk memohon lima sila disaat mereka menunggu para bhikkhu yang datang untuk menerima persembahan dana. Setelah memberikan dana, mereka akan memberikan semua jasa kebajikan yang telah mereka lakukan (berdana makanan dan bertekad untuk menjaga sila) kepada nenek moyang mereka yang telah meniggal di saat itu juga. Kemudian mereka semua akan bersembahyang di pagi hari bersama-sama. Melalui cerita ini, kita dapat melihat bahawa nenek moyang kita mencubakan untuk membiasakan perbuatan baik dalam keluarganya. Keluarga harus membiasakan diri untuk menjaga lima sila dalam kehidupan sehariannya sebagai jalan untuk mengembangkan moral kebaikan. Mereka harus bertekad dalam hati agar tidak melanggar lima sila sepanjang hari. Lebih daripada itu, mereka tidak akan menjadi bodoh, tidak serius atau menjadi penyebab masalah bagi orang lain. Meskipun beberapa pelanggaran mungkin tidak dapat dielakkan, tidak peduli berapa seriusnya, mereka akan mengawasi dirinya sendiri setakat mana yang dapat dilakukannya dan memiliki

229

penjelasan yang masuk akal. Keturunan yang telah diajarkan dengan baik semasa kecilnya tidak akan terkena godaan (Jalan menuju Keruntuhan) sedikitpun. Dengan mempraktekan lima sila mereka akan hidup dengan damai. Kenyataan yang terjadi sebaliknya pada masyarakat sekarang ini dimana kehidupan mereka dipenuhi dengan kekerasan. Ketika dihina oleh orang lain, mereka dengan cepat membalasnya tanpa perasaan. Emosi buruk mereka cepat meledak dan menyimpankan dendam kepada orang lain yang mengarahkan pada kebencian yang tanpa akhir. Dengan kebijaksanaannya, nenek moyang kita mengerti secara mendalam kenyataan ini dan sebab serta akibatnya. Dengan mengajarkan keluarganya agar dapat mengendalikan diri dari sejak usia kecil, mereka telah membiasakan diri mereka untuk berdana kepada para bhikkhu dan mempraktekkan lima sila setiap hari. Semua perilaku ini dapat menjadi panduan kemoralan dan kedisiplinan bagi anak-anaknya. Mereka mampu mengendalikan diri dari perilaku kekerasan bagi dirinya sendiri dan yang lain melalui cara mempraktekan sila. Oleh itu, hal yang terbaik akan tercipta dari diri mereka. 3. Menghilangkan kebodohan dengan praktek meditasi secara teratur. Nenek moyang kita telah mempelajari dan mempraktikkan Dhamma, mereka mengetahui bahawa fikiran dengan mudah dapat terjerat dalam lima bentuk nafsu keinginan seperti melihat hal-hal yang baik, makanan yang nikmat, aroma yang sedap, suara yang merdu dan objek-objek lembut yang dapat disentuh. Singkatnya, ketika melihat orang yang cantik atau tampan atau gambar yang indah, makanan yang lazat, menghidu aroma yang sedap, mendengar suara yang merdu, dan menyentuh objek-objek yang lembut, kita akan memiliki keinginan untuk memiliki semuanya. Terperangkap melalui mata, hidung, lidah, tubuh dan fikiran, kita dengan mudah dapat membenarkan fikiran yang salah dan membuat kita yakin untuk melakukan kejahatan. Kemudian, kita akan menderita ketika hasilnya berbuah. Melatih diri untuk penuh perhatian akan menyelamatkan fikiran dari jeratan pintu kejahatan. Kesedaran membuatkan fikiran kita menyedari apa yang kita lakukan pada saat itu, dan mampu untuk membezakan serta memutuskan apa yang benar atau salah, baik

230

atau buruk, apa yang aman atau tidak aman, patut atau tidak patut. Kesedaran ini melindungi kita dari kehancuran. Nenek moyang kita telah memberi perhatian khusus mengenai kebenaran ini, yang menjadi punca mengapa harus mengajarkan diri sendiri menjadi sedar disaat mereka masih muda. Mereka yakin dan mengikuti ajaran Buddha bahawa vihara merupakan sumber dari pengetahuan kemoralan bagi semua manusia. Buddha telah mengajarkan jalan menuju kesedaran dengan mempraktikk meditasi. Meditasi merupakan satu jalan yang dapat menghapus pandangan salah dengan melatih fikiran menjadi tenang sampai menjadi bersih, suci dan bercahaya, serta mampu membuat kita berfikiran positif di jalan kebenaran. Nenek moyang kita telah melatih dirinya dengan penuh perhatian sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Mereka melanjutkan praktik ini dalam kehidupan seharian sampai mereka berusia lanjut. Ketiga praktik itu adalah: 9 Mempelajari Dhamma setiap hari 9 Mengajarkan Dhamma kepada keluarga mereka setiap hari 9 Mempraktikkan meditasi setiap malam Melalui pembelajaran dhamma setiap hari, nenek moyang kita selalu mengingati ajaran Buddha bahawa kita harus melakukan kebajikan setiap hari. Ini kerana, setiap orang akan mengalami kematian suatu hari nanti. Hal yang dapat kita bawa bersama kehidupan kita yang selanjutnya adalah jasa kebajikan dan kejahatan. Dalam hidup, jika kita mengumpulkan banyak perbuatan baik, masalah akan berkurang, dan kebahagiaan akan datang. Sebaliknya, jika kita mengumpulkan banyak kejahatan, kita tidak hanya akan memiliki banyak masalah tetapi juga ketidakbahagiaan. Melalui pengajaran dhamma kepada keluarga setiap hari, nenek moyang kita mampu mengingat kembali prinsip-prinsip kemoralan. Setelah anak-anak diajarkan kemoralan, mereka akan menjadi tertarik pada Dhamma. Mereka juga akan senang menghabiskan waktu dengan orang tuanya kerana dapat mengingatkannya untuk berbuat baik. Selanjutnya, nenk moyang akan dihormati oleh anak-anak sebagai “seorang yang terbaik” dalam keluarga. Mempraktikkan meditasi setiap malam merupakan satu jalan melatih kesedaran diri. Disaat mereka mempraktikkan meditasi dalam kehidupan sehariannya, fikiran mereka akan membiasakan dengan kedamaian, kejernihan dan akan jarang keras kepala. Ketika fikiran

231

mereka selalu damai, mereka tidak akan mudah terjerat oleh pintu-pintu deria terhadap lima nafsu keinginan. Mereka akan dapat menahan segala godaan atau perbuatan jahat. Dengan alasan ini, mereka akan selalu sedar dan tidak akan mudah terjerat dengan segala kejahatan. Mereka akan cekap dan dapat memahami orang lain serta kejahatan mereka, mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan diri dari kejahatan tersebut. Mereka merupakan sumber kebijaksanaan dalam keluarganya. Sesiapapun yang berharap mendapatkan pengetahuan yang sama tidak akan dikecewakan olehnya. Meraka hanya perlu mendekati orang tuana untuk berbincang-bincang. Kesimpulannya, enek moyang kita telah mampu menampilkan cirri-ciri yang terbaik dari diri mereka dengan cara menghapus ketamakan, kemarahan dan kebodohan serta mempraktikkan dana, sila dan meditasi. Kerana mereka mengikuti ajaran Buddha, mereka telah dihormati, disenangi dan berperanan baik bagi keluarga mereka. Setelah mempelajari bagaimana nenek moyang kita melatih diri mereka sendiri untuk menampilkan cirri-ciri yang terbaik dari diri mereka, kita yakin bahawa mereka tidak akan ditinggal dan dibiarkan oleh anak cucunya tetapi akan menjadi orang yang patut dihormati oleh keluarganya”. Bagaimana orang yang berkualiti baik dapat menciptakan kesucian dari berkat? Ketika kita menghargai kebaikan dari orang tua kita dan mereka memberikan berkat kepada kita, kita mungkin terkejut mengapa kita merasakan berkat yang diberikan oleh orang tua kita sangat berkesan. Bertanya dalam hati, “Apakah keberkesanan dari berkat itu harus diberikan dari orang berkualiti?” Seorang bhikkhu memberikan suatu penjelasan mengenai masalah ini. Bhikkhu itu berkata, “keberkesanan berkat” adalah tergantung pada “seberapa besar ketulusan dari orang yang memberikan berkat dalam melakukan kebaikannya.” Jika orang yang memberi berkat tulus dalam kebaikannya, berka yang diberikannya akan lebih memiliki kekuatan. Tetapi, jika pemberi berkat tidak tulus dalam perbuatan baiknya, berkat yang diberikannya akan kurang kekuatannya.

232

Bhikkhu tersebut memberikan contoh yang tercatat pada masa kehidupan Buddha, khususnya cerita mengenai Yang Mulia Angulimala (Ahimsaka) yang secara terbuka dijelaskan dalam Aturan umat Buddha. Bhikkhu tersebut menceritakan seperti berikut: “Sebelum Yang Mulia Angulimala diupasampada, beliau merupakan seorang pembunuh berantai. Beliau telah membunuh hampir seribu orang. Di akhir atau orang yang ke 1000 yang akan dibunuhnya adalah ibunya sendiri. Akan tetapi, Buddha menyaksikan kejadian ini sehingga Buddha menahan Angulimala daripada melakukan perbuatan jahat itu. Ketika Yang Mulia Angulimala melihat Buddha, beliau berfikir untuk membunuh Buddha sebagai penggantinya. Kemudian Buddha mencuba untuk mengembalikan perasaan beliau dengan mengingatkan beliau pada perbuatan jahat yang ada dalam fikirannya. Buddha memberikan beliau kotbah di tepi jalan. Pada akhirnya, Yang Mulia Angulimala menyesal dan memohon untuk diupasampada sebagai seorang bhikkhu oleh Buddha. Disaat menjadi bhikkhu, Angulimala bertekad untuk mempraktikkan Dhamma. “Sebagai akibat menjadi seorang pembunuh terkenal di masa lalunya, ketika beliau berkeliling untuk berpindapatta di pagi hari pada awal-awal kehidupannya sebagai bhikkhu, beliau sering kembali tanpa mendapatkan apapun makanan kerana orang-orang desa mengenal beliau sebagai pembunuh. Beberapa orang menjauhidiri darinya. Sebagian lagi melemparkan batu kepadanya sampai beliau dilumuri darah. “Suatu hari, ketika Yang Mulia Angulimala pergi berpindapatta, beliau berjumpa seorang wanita hamil yang hampir melahirkan. Apabila mengenali beliau, wanita ini berteriak ketakutan dan mencuba untuk berlari sehingga ia terjatuh dan berupaya keras untuk kembali berdiri. Dengan demikian, wanita tersebut kehabisan tenaga dan memandangi beliau dengan ketakutan, berfikir bila ia akan meninggal di hadapan beliau. “Yang Mulia Angulimala ingin membantunya, tetapi apakah yang dapat dilakukan oleh beliau? Akhirnya, beliau memberikan berkat berdasarkan ketulusannya dalam melakukan kebaikan, dan berkata: “Dari kelahiran dalam kebenaran setelah diupasampada dalam vihara dimana Buddha tinggal, saya tidak pernah berfikir untuk melukai mahluk apapun. Dengan kebenaran ini, semoga anda dapat melahirkan anak anda dengan selamat.”

233

“Setelah kekuatan berkat diberikan oleh beliau, wanita tersebut dapat melahirkan anaknya dengan mudah dan selamat. Kerana kesempatan itu terjadi sebelum Yang Mulia Angulimala mencapai Arahantaship (Yang Tercerahkan), dapat diambil kesimpulan bahawa kekuatan dari ketulusannya dalam berbuat baik dapat menciptakan keberkesanan berkat. “Oleh karena itu, keberkesanan dalam memberikan berkat itu bergantung pada ketulusan dalam perbuatan baik dari orang yang memberikan berkat. “Sebagai contoh, jika kita telah melakukan kebenaran melalui berdana, kita dapat memberkati seseorang dengan cara berikut: “Dengan kebenaran dari berdana makanan kepada bhikkhu yang telah saya lakukan selama satu tahun, semoga anda mendapatkan persediaan makanan yang berlimpah-limpah. Atau, berdasarkan pada kebenaran dari mendanakan berbagai hal yang saya miliki untuk menyokong para bhikkhu, semoga anda juga memiliki kekayaan.” Titik pandang dari seorang bhikkhu Setelah memberikan penjelasan yang jelas, bhikkhu berkata: “Sesiapapun yang menjadi orang tua atau orang yang patut dihormati dari sekarang harus mempersiapkan jalan untuk memberikan berkat yang memiliki kekuatan, harus meningkatkan kesempatan. Jangan membuat mereka kecewa dengan memberikan berkat yang sama saja ketika mereka mendengarkan seekor burung berkicau. “Jika kita belum pernah berdana kepada para bhikkhu, kita harus memulainya dari sekarang kerana perbuatan baik ini dapat menghapus kekikiran kita. Jika kita mudah sakit hati, berusahalah dengan keras untuk mempraktikkan sila yang dapat menghapus emosi buruk dan keras kepala kita. Siapapun yang masih keras kepala harus belajar dhamma dan secara teratur praktik meditasi sebagai usaha mengembangkan yang terbaik dalam dirinya. “Akan tetapi, jika kita telah mempraktikkan berdana, sila dan secara teratur praktik meditasi, kita akan menggantungkan perbuatan baik ini untuk menciptakan keberkesanan berkat kita. Singkatnya, kita boleh mengatakan, “Semoga anda menerima jasa kebajikan yang telah saya lakukan dan mendapatkan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan kebijaksanaan.” 234

“Tidaklah terlalu lewat untuk individu usia lanjut yang tidak berbuat baik untuk mengembangkan kebaikan dengan membaca paritta “Itipiso” sebanyak 108 kali atau meditasi sepanjang malam. Ketika anak meminta berkat dari kita di pagi berikutnya, kita akan memiliki berkat yang berkesan untuk melakukan perbuatan baik; melakukan hal seperti ini dengan mereka walaupun hanya satu malam lebih baik daripada tidak memiliki apapun untuk memberikan berkat kepada mereka. Tetapi setelah itu, kita harus melaksanakannya setiap hari. Pada akhirnya, mereka akan menerima hal yang terbaik dalam hidup mereka.” Setelah mempelajari masalah ini, para pembaca harus mengerti bagaimana untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi bahagian akhir hidup. Hal ini membayangkan bahawa kita harus bersedia seandainya kita tua sebagai upaya untuk mengembangkan diri kita sendiri. Kerana kita menjadi tua, akan susah sekali untuk kita mengubah kebiasaan buruk kita. Oleh itu, lebih baik kita mengembangkan diri sendiri dengan membebaskan fikiran kita dari ketamakan, kebencian dan kebodohan. Disaat bahagian dari usia kita tiba, kita akan menjadi orang yang patut dipuja oleh keturunan kita. Kita akan menjadi sumber kebijaksanaan yang dapat dipelajari dan diikuti oleh mereka.

235

Bab 41

Melatih Diri Agar Berwaspada Dalam Mempraktikkan Kesederhanaan Hidup (Dhūtanga)

Kehidupan manusia ini penuh dengan ketidakpastian dan berbahaya bagi anda yang tidak berwaspada. Buddha pernah berkata “Orang yang tidak berwaspada merupakan orang yang telah mati.” Dengan mempraktikkan hidup secara sederhana merupakan salah satu jalan untuk melatih diri agar menjadi lebih waspada. Ramai orang yang mungkin tidak mengetahui bahawa kesemua dhamma yang telah disampaikan oleh Buddha selama 45 tahun berjumlah 84,000. Namun, semuanya dapat disimpulkan dalam satu kategori, iaitu berwaspada atau tidak cuai. Buddha telah memberi ceramah terakhinya sebelum memasuki Nirvana:

236

“Para bhikkhu 2 sekalian, kewajiban saya yang bermanfaat dan mendukung anda sudah selesai. Saat ini saya hanya ingin mengingatkan kalian bahwa sifat alami dari kehidupan itu adalah ketidakkekalan dan kemerosotan batin. Oleh karena itu, kalian harus melanjutkan kewajiban anda tanpa menyerah.” Kesimpulan dari ajaran tersebut merupakan satu peringatan kepada kita bahawa kemajuan kita dalam melatihkan diri dengan ajaran Buddha akan mendatangkan hasil sekiranya kita berwaspada. Jika kita tidak berwaspada, peluang untuk kita melakukan kesilapan buruk melalui perilaku, ucapan dan fikiran adalah tinggi. Seseorang yang berwaspada harus melatih diri agar sentiasa sedari sepanjang waktu bahawa usia seseorang manusia adalah singkat dan pendek. Kita harus sentiasa melakukan kebaikan dengan membuat kebajikan dan lain-lain. Cara untuk melatih diri menjadi lebih berwaspada adalah kita harus sentiasa berfikir dan malakukan perkara yang baik. Mengapa kita harus berfikir dan melakukan perkara yang baik? Ini kerana, ajaran dalam agama Buddha telah menyatakan bahawa setiap individu melakukan perbuatan baik dan jahat dalam hidupnya. Jika kita berfikiran negatif, iaitu berfikir dan melakukan kejahatan, perbuatan ini akan membuka pintu buah kammanya yang lalu, seperti membunuh binatang akan mengakibatkan kita memiliki usia yang pendek. Selain itu kita juga akan mengalami penderitaan yang tidak terduga dan kehilangan kesempatan untuk membuat kebaikan. Sebaliknya, jika kita berfikiran positif, iaitu berfikir dan melakukan kebaikan dengan melakukan kebajikan seperti berdana, mempratikkan sila dan bermeditasi. Perbuatan baik ini akan membuka hasil perbuatan baiknya di masa lalu, seperti berdana akan menyebabkan kita akan lebih kaya pada kehidupannya sekarang. Buddha telah memahami kebenaran mengenai kebajikan ini bahawa kebajikan yang seseorang manusia lakukan akan membuahkan hasil pada 3 peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas melakukan berdana, mempraktikkan sila dan bermeditasi. Sebelum kita melakukan kebajikan, kita berasa gembira kerana dapat melakukan kebajikan, semasa kita melakukan kebajikan, kita berfikiran positif, selepas membuat kebajikan, kita harus sentiasa mengingati kembali kebajikan ang telah kita lakukan. Bagaimana membuatkan kita sentiasa berfikiran baik dan positif? Salah satu cara yang nenek moyang kita telah lakukannya ialah dengan mempraktikkan kehidupan sederhana di vihara selama 3 hingga 7 hari. Ini merangkumi mempraktikkan dana, sila 8 dan meditasi. Manakala tempat tinggal pula terpulang kepada 2

Para Bhikkhu

237

pihak vihara tersebut yang akan sediakan. Akomodasi dapat tergantung pada letak geografis dimana letak vihara dan kemampuan mereka dalam mengembangkan murid-muridnya. Tempat tinggalnya dapat di dalam ruangan atau di luar ruangan, seperti ruang individu yang kecil, rumah atau bahkan tenda sebagai tempat tinggal terbuka yang diletakkan dalam lapangan untuk setiap individu. Beberapa orang mungkin tertanya, dengan mempraktikkan kesederhanaan hidup ini dapat membuatkan kita berfikiran positif atau membuatkan kita lebih berwaspada? Jawapan ini telah dijelaskan oleh seorang bhikkhu. Beliau telah menyatakan kepada murid-muridnya yang datang untuk mempraktikkan kesederhanaan hidup di viharanya seperti berikut, “Mempraktikkan kesederhanaan hidup dengan tinggal dalam tenda di lapangan lapang merupakan disiplin yang telah kita contohi daripada disiplin para bhikkhu tentang disiplin tempat tinggal. Buddha telah memberi galakan dalam mempraktikkan kesederhanaan hidup ini kerana terdapat dua kebaikan utama seperti berikut: 1. Semua orang di dunia ini memiliki satu perasaan yang sama di anara satu sama lain iaitu apabila diri mempunyai perasaan gembira yang lebih berbanding dengan orang lain, namun dirinya sentiasa menganggap kegembiraan dirinya adalah kurang berbanding orang lain. Namun, apabila mengalami kesusahan, walaupun sedikit tetapi menganggapkan kesusahannya adalah lebih berbanding orang lain di dunia ini. 2. Orang yang tidak dapat membezakan antara benda kerperluan dalam kehidupan seharian dan benda yang berlebihan dalam kehidupan seharian. “Jika kita perhatikan, kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada masa kini adalah mereka tidak membezakan diantara keperluan dan kemahuan. “Ini kerana, keperluan yang membawa maksud sesuatu benda yang amat perlu atau diperlukan. Contohnya 4 faktor yang amat diperlukan oleh seseorang manusia dalam menjalani kehidupan seharian ialah makanan, tempat tinggal, pakaian dan ubat-ubatan. “Manakala kemahuan pula membawa maksud keinginan untuk memiliki sesuatu benda. Oleh itu, sekiranya kita ingin memiliki sesuatu benda, maka kita akan menganggap benda tersebut sebagai satu keperluan harian. “Contohnya, walaupun kita elah memiliki berpuluh-puluh helaian pakaian, namun kita sentiasa berfikir ia masih tidak mencukupi. Kita sentiasa ingin membeli pakaian yang lain mengikut pengedaran dunia fesyen. Ini merupakan satu kemahuan bukannya keperluan.

238

“Satu situasi lain yang dapat kita perhatikan adalah terdapat banyak barangan jualan yang dipromosikan disamping hadiah istimewa. Beberapa orang membelinya disebabkan ingin mendapat hadiah sampingan. Akhirnya, barangan yang tidak diperlukan telah menyemakkan keadaan rumah dan membazirkan wang kita sendiri.” “Agar dapat membedakan antara kebutuhan dan keinginan, para leluhur kita melatih diri mereka dengan mempraktekan kesederhanaan pada setiap hari suci umat Buddha. Banyak bhikkhu pengajar mengatakan bahwa jika kita ingin mempraktekannya, kita dapat pergi ke vihara dan tinggal dibawah tenda selama beberapa malam. Kemudian anda akan mengerti dengan jelas apa yang benar-benar anda butuhkan atau inginkan dalam hidup anda. Dengan sedikit jarak di bawah tenda, anda hanya membawa apa yang anda butuhkan saja daripada apa yang anda inginkan. Selain itu, jika anda meletakkan barang yang berlebihan, ruang kecil ini akan kelebihan kapasitas, dan anda tidak akan dapat tidur dengan nyenyak di bawah tenda.” “Sekiranya kita ingin membezakan diantara keperluan(Need) dan kemahuan(Want), nenek moyang kita akan mempraktikkan kesederhanaan hidup pada hujung minggu.” “Dengan berpakaian berwarna putih dan memprakttikkan kesederhanaan hidup, kita akan dapat tahu bahawa sebenarnya kita tidak memerlukan pakaian yang banyak kerana ia akan menjadi beban kepada kita dalam menjaganya. Lebih-lebih lagi pakaian yang berwarna putih. Kita terpaksa teliti dalam menjaganya kerana ia mudah terkotor. Kita harus berwaspada setiap masa berjalan, makan atau tidur supaya dapat mengelakkan daripada kekotoran. Pada waktu yang sama, kita dapat melatih diri sendiri supaya sentiasa mempunyai kesedaran.” “Keperluan atau need kita merupakan 4 faktor yang telah dinyatakan diatas. Kita harus mengurangkan segala kemahuan atau want yang tidak penting dalam kehidupan seharian. Ini merupakan sebab utama mengapa kita harus mempraktikkan kesederhanaan hidup.” “Jika ingin mewujudkan sikap kewaspadaan pada diri kita, harus dimulai dengan tiga prinsip dalam ajaran Buddha iaitu untuk menjauhi perbuatan buruk, melakukan kebaikan dan mensucikan fikiran. Jika kita dapat mempraktikkan dengan sempurnanya, jalan menuju Nibbana akan terbuka baginya. Meskipun kita telah mempraktikkannya dengan sempurna pada kehidupannya ini namun belum mampu untuk mencapainya, kita harus terus mempraktikkannya. Pada akhirnya, mungkin satu hari, satu tahun atau beberapa kehidupannya yang akan datang, kita akan mencapai Nibbana seperti mana yang dicapai oleh Buddha.” Berdasarkan ajaran daripada bhikkhu tersebut, dapat disimpulkan bahawa cara untuk kita mempraktikan gaya hidup kesederhanaan dengan mengambil masa sekurang-kuranya 3 239

hingga 7 hari. Ini merupakan cara untuk kita membawa diri keluar dari segala masalah yang merisaukan dengan melatih diri menjadi orang yang berfikiran positif dan menambah kebaikan dalam diri kita. Apabila kita kembali kepada kehidupan seharian seperti biasa, kita akan bekerja dengan fikiran yang segar, senang dan baik. Kita akan bekerja dengan penuh kesedaran dan berwaspada. Masalah yang muncul dapat ditangani dengan baiknya. Sekiranya terdapat masalah, kita akan dapat menyelesaikannya dengan hati yang tenang. Akhirnya, segala masalah akan diselesaikan dan hal-hal yang baik akan melangkah masuk ke dalam kehidupan kita. Sekiranya 60 juta penganut agama Buddha di Thailand dengan satu hati mempraktik gaya hidup kesederhanaan, mungkin dapat mengurangkan segala masalah dalam negara dalam masa yang singkat kerana masyarakat kita akan mempunyai pemikiran yang lebih positif. Jika setiap vihara di seluruh negara dengan satu hati menganjurkan program untuk mempraktik gaya hidup kesederhanaan bagi masyarakat setempat, segala masalah dalam negara akan berakhir dalam masa terdekat. Ini kerana, semua orang telah mempraktik gaya hidup kesederhanaan megikut ajaran Buddha sebagai salah satu gaya kehidupan seharian. Ini merupakan gaya hidup dimana telah diwariskan oleh nenek moyang kita. Namun, warisan ini dapat dihidupkan kembali bergantung kepada kita. Kita harus menjadi teladan dan contoh kepada orang lain dengan menjadi orang pertama yang mempraktikannya. Kemudian, kita dapat mengajak orang lain untuk mengikuti jejak langkah kita. Dengan mempertimbangkan nilai daripada masalah ini, saya ingin menjemput anda dan keluarga untuk cuba mempraktik gaya hidup kesederhanaan pada setiap pusat latihan meditasi atau vihara yang terletak berhampiran tempat tinggal anda pada setiap hujung minggu. Semoga saya dapat merasakan kebahagiaan yang anda rasa pada saat anda melakukan kebaikan. Sathhu..!!

240

BAHAGIAN 7

PENGANUT BUDDHA YANG SEJATI

241

Bab 42

Penganut Buddha Yang Sejati

Ketika saya melihat kembali buku catatan saya dari ceramah yang diberikan oleh seorang Bhikkhu yang dihormati, dengan tidak sengaja saya menemui suatu mesej yang saya rasa patut dikongsi dengan para pembaca iaitu: Apakah sebab utama kemerosotan Ajaran Buddha?” Ini adala supaya para penganut Buddha sama-sama berusaha mengatasi masalah yang timbul. Bhikkhu tersebut berkata, “Ajaran Buddha tidak akan merosot tetapi penganutnya yang merosot dari Ajaran Buddha” Penyebab utama kemerosotan itu adalah kerana “orang bodoh dan jahat.” Orang jenis ini dapat dikategorikan kepada Kebodohan dan kejahatan luaran dan Kebodohan dan kejahatan dalaman 1) Kebodohan dan kejahatan Luaran ialah terdiri daripada mereka yang bukan penganut Buddha ataupun daripada penganut agama lain. Mereka berusaha untuk merosakkan ajaran Buddha. Mereka biasanya cuba untuk meragukan para Bhikkhu dan

242

apabila ada peluang, mereka cuba memutarbelitkan ajaran Buddha dan menyebabkan salah faham dan kekeliruan. Orang bodoh dan jahat dalam kategori ini ramai dan mereka cuba untuk merosakkan ajaran Buddha setiap hari. 2) Kebodohan dan kejahatan Dalaman adalah terdiri daripada penganut Buddha itu sendiri yang tidak menghormati Buddha. Mereka meragui Pencerahan-Nya, tidak menghormati Ajaran-Nya, dan mengabaikan amalan ajaran-Nya. Mereka juga tidak menghormati Bhikkhu yang mengamalkan kebenaran dan memiliki pengertian benar dan yang sangat penting ialah mereka tidak menghormati amalan bermeditasi untuk ketenanagn jiwa. Walaupun mereka hanya tidak menghormati sebagian dari yang dinyatakan, mereka tetap menjadi orang bodoh dan jahat dalaman dalam Ajaran Buddha. Jika ini terjadi mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat dari menjadi penganut Buddha. “Apabila perkara ini terjadi, mereka semakin tidak menghargai nilai-nilai dalam ajaran Buddha. Apabila orang bodoh dan jahat luaran ini cuba merosakkan agama Buddha dengan pelbagai cara, penganut Buddha sendiri tidak mampu mempertahankan agama Buddha kerana diri sendiri tidak menghormati agama Buddha. Oleh kerana sikap mereka yang tidak menghormati Buddha, Dhamma dan Sangha ini menyebabkan mereka tidak mempunyai inisiatif untuk mempelajari ajaran Buddha. Sikap ini mungkin boleh menyebabkan mereka dengan senang menjadi alat kepada orang bodoh dan jahat Luaran untuk merosakkan agama Buddha. Oleh sebab itu, kita seharusnya bertanya kepada diri kita sendiri “Adakah kita masih menjadi orang bodoh dan jahat dan adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai sebagai penganut Buddha yang baik?”

Penganut Buddha yang sejati mesti memiliki sifat-sifat seperti berikut: 1) Percaya pada Pencerahan Buddha. Percaya bahawa Beliau benar-benar wujud dan memiliki pengertian seutuhnya, pengetahuan fenomena, dan prinsip moral tertinggi. Oleh itu, kita tidak perlu merasa ragu-ragu pada kesucian dan kebijaksanaan-Nya yang luar biasa. 2) Mengamalkan 5 sila dengan suci. Kita seharusnya cuba untuk mengamalkan 5 sila untuk menjaga diri kita dari melakukan perbuatan yang tidak baik. 3) Percaya pada Hukum Karma, bukan pada ramalan. Kita sepatutnya memahami kebenaran kehidupan yang nyata. Kita juga seharusnya sedar pada akibat dari perbuatan kita. Sesiapa yang melakukan perbuatan baik akan menerima balasan karma yang positif, dan

243

sesiapa yang melakukan perbuatan jahat akan menerima balasan karma yang negatif. Tanpa ragu-ragu, kita sepatutnya hanya melakukan perbuatan baik. 4) Tidak mencari pahala diluar Ajaran Buddha. Kita tidak sepatutnya menyertai upacara agama lain dengan harapan untuk mendapatkan pahala. Kita juga tidak perlu memberikan penghormatan kepada gambar dan alatan keagamaan dari agama lain, tetapi, kita juga tidak seharusnya menunjukkan bahawa kita tidak menghormati mereka. Kita harus berusaha untuk mendukung dan mempertahankan Ajaran Buddha. 5) Bertekad Menyucikan Hati dan Fikiran. Perkara ini dapat dilakukan melalui amalan berderma (Dana), mengamalkan sila dan bermeditasi, mengikuti kaedah yang betul dalam Ajaran Buddha. “Mengapa kita tidak bertanya pada diri kita sendiri apakah kita sudah menunjukkan sifat sebagai seorang penganut Buddha sejati? Jika belum, kita seharusnya segera mengubah diri kita untuk menjadi penganut Buddha yang sejati supaya kita tidak mensia-siakan peluang kita dilahirkan sebagai penganut Buddha.Penganut Buddha sejati, dapat memanjangkan usia agama Buddha untuk jangka masa yang lama.” Setelah saya selesai membaca catatan tersebut, saya memutuskan untuk memasukkan catatan saya itu supaya dapat berkongsi dengan para pembaca dan sekurangkurangnya hari ini sebagai seorang penganut Buddha saya dapat membalas jasa Buddha.

244

Bab 43

Wat Yang Terbiar Dan Wat Yang Makmur

Pada bulan Oktober 1998, terjadi sejarah penting dalam agama Buddha di Thailand iaitu berita mengenai Wat Dhammakaya. Saya teringat ketika itu, ekonomi Thailand mengalami kemerosotan yang serius, Wat Dhammakaya secara serentak menerima serangan dari pelbagai media massa. Banyak kritikan dan tilikan yang menyatakan yang wat yang memiliki keluasan 3,200,000 meter persegi atau hampir 1,000 ekar ini akan segera kosong dan menjadi wat terbiar yang terbesar di Thailand. Ramai masyarakat mengikuti perkembangan berita mengenai wat ini. Setelah dua tahun, hasilnya adalah sebaliknya. Ramai yang menyatakan bahawa dalam masa yang sama, jika pemerintah Thailand disamakan dengan Wat Dhammakaya, mereka akan runtuh hanya dalam beberapa bulan. Parlimen pasti akan pecah dan pilihan raya umum yang baru harus disusun.

245

Akan tetapi, di tengah-tengah laporan berita yamg kurang baik mengenai wat, orang ramai masih menerima risalah (undangan) dari Wat Dhammakaya untuk mengikuti perayaan dalam agama Buddha. Setelah selesai perayaan itu, pihak wat melaporkan bahawa hampir 100,000 orang mengikuti upacara. Meskipun begitu wat masih dilanda pelbagai berita negatif dari pelbagai media massa. Mereka menyatakan yang orang-orang yang hadir diupacara tersebut diupah untuk mengikuti upacara. Berdasarkan pertimbangan, saya tidak dapat melihat adanya kemungkinan perkara ini berlaku. Jika benar perkara ini berlaku sudah pasti wat ini akan mengalami masalah yang sama dengan wat lain iaitu terbengkalai dan binasa. Bahkan ada diantara pengunjung upacara itu terdiri daripada ahli perniagaan yang berstatus tinggi dan mustahil mereka ini juga menerima upah untuk menghadiri upacara di wat seperti yang dilaporkan media massa. Ini bermakna yang pihak media hanya mereka berita sendiri Pada masa yang sama para penulis berita juga mengikuti berita mengenai wat yang terbiar kosong di Thailand yang pada masa itu berjumlah kira-kira 8,000 wat atau satu per tiga daripada jumlah wat terdapat di Thailand. Berdasarkan jumlah wat terbiar yang semakin meningkat ini, timbul satu persoalan iaitu “apakah yang menyebabkan wat ini terbiar kosong?” Hasil daripada penelitian dan pemikiran, didapati perkara ini terjadi dan bermula daripada pembahagian wat kepada dua kelompok iaitu wat lama dan wat baru. Wat lama yang dibina oleh nenek moyang kita ketika masyarakat Thai ketika itu hanya berjumlah sepuluh juta orang berjumlah kira-kira 30,000 wat. Sementara wat baru yang dibina dalam masa 30 tahun terakhir ini hanya beberapa buah. Ini bermakna, wat sekarang berada di dalam keadaan di mana wat lama semakin terbiar kosong dan wat baru yang tidak bertambah jumlahnya. Keadaan wat yang terbiar ini bukan saja terhenti setakat ini tetapi ada berita yang menyatakan bahawa wat yang terbiar kosong ini akan ditukar taraf daripada wat kepada komersial untuk mendapat keuntungan. Tanah wat terbiar cuba diperdagangkan dan ini bertentangan dengan tanggungjawab penganut Buddha yang sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk memakmurkan kembali wat yang terbiar dan bukannya berharap yang jumlah wat terbiar kosong akan bertambah. Wat yang dibina oleh nenek moyang kita ini patut dijaga kerana ia dibina dengan hati yang ikhlas dan rasa hormat mereka yang tinggi kepada Buddha dan dengan harapan anak cucu mereka akan mempelajari agama Buddha dan mempunyai pemahaman yang betul mengenai kebenaran kehidupan. Sekiranya nenek moyang kita masih hidup, tidak dapat dibayangkan perasaan mereka melihat keadaan ini. Pertambahan jumlah wat terbiar ini juga menimbulkan persoalan dalam minda saya iaitu “berapa lama lagikah agama Buddha dapat bertahan di Thailand” 246

Situasi wat terbiar dan salah guna wat terbiar untuk tujuan komersial dan keuntungan ini meransang saya untuk mengambil tahu tentang bagaimana Wat Dhammakaya boleh bertahan dan boleh terlepas daripada krisis dan serangan berterusan pelbagai pihak selama lebih dua tahun. Kejayaan ini merupakan satu keajaiban. Bagaimana Wat Dhammakaya terlepas dari menjadi wat terbiar terbesar dan terluas di Thailand? Apabila difikirkan dan dipertimbangkan, saya yakin yang Wat Dammakaya pasti mempunyai cara pengurusan yang tersendiri untuk memelihara wat daripada terbiar. Saya yakin ia juga merupakan kunci kejayaan wat ini. Hasil kajian daripada dokumen-dokumen milik wat Dhammakaya didapati para pengikut Wat Dhammakaya mempunyai asas yang kukuh dalam ajaran Buddha dan merupakan anak murid Luang Pho Wat Paknam Phasicharen (Yang Mulia Phramonkolthepmuni Sod Chanthasaro). Oleh sebab itu mereka boleh bertahan dan saya juga memahami yang kunci kejayaan sebenar kejayaan mereka ialah “Penghormatan yang tinggi kepada ajaran tok guru” Seorang sami pengikut Luang Pho Wat Paknam ada menceritakan yang semasa hayat beliau Luang Pho mengajar pengikutnya membina wat dengan menggunakan “3 Formula Suci”. Luang Pho Dhammajayo, Ketua Sami Wat Dhammakaya mempraktikkan ajaran Luang Pho Wat Paknam dan berjaya membina wat. Disamping itu, beliau juga mengajar para sami di Wat Dhammakaya supaya mengikuti atau mempraktikkan “3 Formula Suci” itu dengan beliau sebagai model dan teladan kepada para sami. 1)

Formula suci pertama: kebersihan.

Luang Pho Wat Paknam menjelaskan bahawa, “Apabila wat bersih, orang yang datang untuk berbuat dana akan berasa yakin bahawa setiap dana yang mereka keluarkan menuju ke jalan yang benar.” “Biasanya, para penderma mungkin berniat untuk menderma 10 baht (kira-kira RM1) sebelum datang ke wat, akan tetapi, apabila mereka tiba, setiap sudut nampak bersih dan nyaman untuk meditasi, terasa tenang dan ingin terbaring didalam kawasan dan ini akan meningkatkan jumlah derma yang mereka mahu berikan, dari 10 menjadi 100 baht. Sekiranya mereka merancang untuk menderma 100 baht, jumlah ini mungkin segera bertambah jumlahnya. Oleh itu, kebersihan adalah penarik yang kuat pada sesebuah wat.” “Apabila para pengunjung datang untuk pertama kalinya ke sesebuah wat, dimanakah tempat tuju utama mereka? Pasti bilik air! Mereka akan bertanya “dimanakah bilik air?” Mereka tidak akan bertanya, “Dimanakah ketua sami?” atau “Dimanakah saya boleh berjumpa dengan 247

sami yang pakar dalam bahasa Pali?” Oleh sebab itu, adalah penting untuk menjaga kebersihan bilik air dan kawasan sekelilingnya. Oleh itu, setiap orang yang datang ke wat harus bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan bilik air sebaik mungkin” “Jangan merasa jijik terhadap alat-alat kebersihan, seperti penyapu, kain lap, tong sampah dan lain-lain alatan kebersihan dan menganggap sebagai objek-objek yang kotor. Jika kita memerhatikan mereka dengan teliti, mereka adalah “dewa kebersihan.” Ketika penyapu digunakan untuk membersihkan lantai, seperti sedang mengumpulkan harta benda (dana) untuk wat. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kebersihan adalah satu daya penarik yang kuat bagi sesebuah wat, jadi alat-alat kebersihan yang luar biasa ini atau “dewa kebersihan,” dapat menambah sokongan untuk menyokong Ajaran Buddha.” “Luang Phaw Wat Paknam juga berkata bahawa wat yang kurang bersih dengan ruangan yang kotor atau tempat tinggal sami yang kurang bersih akan menghindarkan para penderma dari mengunjungi bangunan itu setiap kali mereka datang untuk membuat dana. Mereka akan berfikir yang wat tersebut tidak peduli untuk memulihara bangunan yang sudah ada. Di masa yang akan datang, semasa pihak wat meminta peralatan untuk bangunan yang lain atau selanjutnya, mereka mungkin akan mengajukan pertanyaan, “Jika anda tidak mampu untuk menjaga kebersihan bangunan lama, bagaimana anda dapat menjaga kebersihan bangunan baru itu?” Tentu saja, wat sendiri akan merasa malu.” “Jika kebersihan wat dijaga sepanjang masa (setiap sudut kelihatan bersih dan nyaman untuk bermeditasi, untuk berjalan-jalan bahkan untuk beristirehat seketika) berkemungkinan besar akan mempengaruhi orang untuk berdana kepada Ketua Sami dan soalan ini mungkin didengari, “Luang Phaw mahu bina bangunan yang baru lagi tak? Walaupun Saya tidak memiliki wang yang cukup, saya sanggup meminta daripada kawankawan saya untuk melakukannya untuk Luang Phaw” Kebersihan boleh meyakinkan para penderma supaya menjadi penyokong yang baik kepada wat. Oleh sebab itu para sami tidak perlu lagi keluar untuk berpindapata dan ini memberikan peluang kepada mereka untuk meluangkan masa yang lebih banyak untuk mempelajari teori ajaran Buddha dan melakukan meditasi. Pengetahuan mereka ini seterusnya dapat diajar kepada para pengikut ajaran Buddha untuk manfaat mereka sendiri. Selain itu apabila para penderma menderma wang, wang tersebut harus digunakan segera untuk tujuan apa derma tersebut dikutip. Contohnya, jika tujuan kutipan derma adalah untuk membina dewan dhamma atau tempat tinggal sami, projek itu harus dimulakan segera supaya para penderma dapat melihat hasilnya dan yakin dengan komitmen wat terhadap projek yang dirancang. Dengan kata lain, hasilnya mesti diperolehi segera. 248

Demikian, formula suci yang pertama iaitu kebersihan atau dengan kata lain, Formula untuk menyedut Harta Benda” dari Luang Phaw Wat Paknam.

2)

Formula Suci kedua adalah rajin dalam mengajar. Luang Phaw Wat Paknam menjelaskan bahawa dengan keyakinan dalam Ajaran

Buddha dan tekad yang kuat untuk mendirikan wat, para sami harus rajin dalam mempelajari dan mengajar Dhamma kepada orang ramai. Para penganut Buddha memberikan dana makanan kepada para sami di wat setiap hari. Jika para sami tidak mengajar Dhamma kepada mereka sebagai ganti, mereka akan merasa bahawa mereka tidak mendapat apa-apa faedah ketika mengunjungi wat dan akan tertanya-tanya kenapa mereka pergi ke wat jika tidak mendapat sebarang faedah. Adalah senang untuk mencari topik yang sesuai untuk mengajar. Kuncinya dapat ditemui pada wajah seseorang. Biasanya manusia mengalami pelbagai masalah dalam kehidupannya dan biasanya penderitaan itu dapat dilihat pada wajah mereka. Jadi, para bhikkhu harus memilih topik yang sesuai dalam Dhamma untuk mengajar mereka sehingga mereka faham dan mampu mengatasi masalah mereka sendiri. Para Bhikkhu harus mengajar dengan bersungguh-sungguh topik yang sesuai dalam Dhamma supaya ianya masuk ke dalam fikiran para pendengar dan berupaya untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka. Ini dapat diumpamakan seperti memberi ubat yang betul untuk meyembuhkan penyakit. Semasa mengajar, para Bhikkhu harus mengajar dengan bersungguh-sungguh Ajaran Buddha dan ini akan menimbulkan rasa yakin pendengar dan seterusnya akan lahir keinginan untuk membantu para bhikkhu dan samanera di Wat. Ini kerana mereka dapat berfikir bahawa apabila mereka berdana kepada wat (kekayaan duniawi), mereka mendapat ganjaran melebihi yang diberikan. Mereka diberikan ‘kekayaan mulia,’ (pengajaran Dhamma) yang dapat mengubati penderitaan yang menghampiri kehidupan mereka. ‘Kekayaan mulia’ pada pengajaran Dhamma ini adalah tiada bandingnya. Inilah, formula suci kedua iaitu kerajinan dalam mengajar yang disebut sebagai “Formula suci untuk Mobilisasi” daripada Luang Phaw Wat Paknam.

249

3) Formula Suci ketiga ialah Rajin melakukan meditasi. Luang Phaw Wat Paknam telah menjelaskan bahawa tujuan dari upasampada adalah suatu usaha untuk mencapai Nirvana. Pencapaian Nirvana dapat diraih melalui pengamalan meditasi secara rutin. Beliau juga menerangkan bahawa inti sari dari semua ajaran Buddha juga menitik beratkan meditasi. Oleh itu, para bhikkhu harus mengamalkannnya secara rutin dan teratur, sebagai usaha untuk mengakhiri kejahatan mereka. Namun demikian hal ini hanya terjadi ketika mereka dapat melihat sendiri kejahatan mereka iaitu ketika mereka mampu melihat fikiran mereka sendiri. Mereka hanya boleh melihat fikiran sendiri dengan amalan bermeditasi sehinggga fikiran mereka mencapai satu tahap kedamaian dan menjadi begitu terang sehingga mereka mampu melihat fikiran. Ramai orang di dunia ini tidak mengerti fikiran mereka sendiri kerana mereka tidak mangamalkan meditasi. Akibatnya, mereka mudah dipengaruhi kuasa jahat dengan kejahatan yang tiada pengakhirannya. Apabila orang ramai melihat para Bhikkhu mengamalkan meditasi, orang ramai juga mempunyai inspirasi untuk melakukannya juga. Walaubagaimanapun bila orang datang untuk membuat dana, para bhikkhu harus mengajar mereka Dhamma dan juga melakukan meditasi. Ketika fikiran mereka suci dan tenang, kepandaian akan muncul dengan sendirinya. Kebersihan pikiran akan bertambah dan terciptalah fikiran yang baik. Mereka dapat melihat kebaikan dengan jelas dan akan terus melakukan kebaikan. Inilah, formula suci ketiga rajin mengamalkan meditasi atau “Formula suci untuk kejayaan”oleh Luang Phaw Wat Paknam. Setelah berbincang dengan bhikkhu itu, hal bagaimana Wat Dhammakaya terhindar dari pelbagai krisis dapat dijelaskan. Saya percaya bahawa wat apapun yang mengamalkan formula suci Luang Phaw Wat Paknam ini tidak akan terbiar bahkan akan lebih ramai orang datang untuk berdana dan belajar agama di wat tersebut. Hasil daripada penelitian saya terhadap Wat Dhammakaya, saya berpendapat bahawa para penganut Buddha lelaki khususnya mereka yang sudah pencen seharusnya menjadi bhikkhu supaya mereka dapat membantu memajukan kembali wat yang terbiar. Pengalaman mereka seharusnya dapat digunakan untuk menguruskan wat terbiar dan mengembangkan ajaran Buddha agar dapat memanjangkan usia agama Buddha dengan mengamalkan tiga formula suci Luang Phaw Wat Paknam. Akhirnya, wat akan menjadi makmur dan sentosa. Wat di Thailand juga tidak akan berkurangan.

250

Bab 44

Cara Menyelesaikan Krisis Dalam Agama Buddha

Dalam dua puluh tahun kebelakangan ini, ketika semakin dekat dengan hari Khatina yang merupakan tradisi penganut Buddha, media Massa atau surat khabar banyak memuatkan berita mengenai pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh para Bhikkhu yang menyebabkan hancurnya kepercayaan penganut Buddha di seluruh Negara. Mereka merasakan yang para Bhikkhu dan samanera tidak sepatutnya dihormati. Apabila masyarakat tidak lagi memiliki rasa hormat kepada para bhikkhu, mereka tidak akan mengajar anak mereka untuk menyembah hormat kepada para Bhikkhu, mempelajari dhamma ataupun melakukan dana atau membantu kerja-kerja di wat.

251

“Apabila mendengar perkara negetif mengenai Bhikkhu, sebagai penganut Buddha bagaimana kita memikirkannya secara positif dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan ajaran Buddha?” Sekiranya terdapat berita mengenai tingkah laku para Bhikkhu yang melanggar peraturan sebagai seorang Bhikkhu, sebagai orang dewasa kita patut mengajar anak-anak supaya faham mengenai perkara tersebut dan berfikiran positif seperti berikut: Perkara pertama ialah kita jangan mudah percaya dengan khabar berita yang menyatakan

salah

laku

para

Bhikkhu.

Gunakan

kebijaksanaan

kita

untuk

mempertimbangkan dan harus menyerahkannya kepada Majlis Sangha untuk membuat keputusan dan bukannya mengadilinya sendiri. Kita juga tidak seharusnya campur tangan dalam membuat pengadilan.

Seorang Bhikkhu (sami) kanan ada menyatakan,

ajaran Buddha dapat diumpamakan sebagai sebuah kolam yang besar. Sesiapa yang datang untuk mandi badannya akan bersih akan tetapi bagi mereka yang tidak mandi badannya tidak akan bersih. Hal ini sama jika dibandingkan dengan seseorang yang menjadi Bhikkhu. Sekiranya setelah menjadi bhikkhu dia mengamalkan meditasi sudah pasti akan memperolehi fizikal dan mental yang bersih dan suci. Begitu jugalah sebaliknya, jika seseorang itu menjadi seorang bhikkhu tetapi tidak mengamalkan meditasi, hatinya tidak akan bersih dan suci. Seorang Bhikkhu yang melanggar peraturan ajaran Buddha sama ada dengan niat atau pun tidak, Buddha telah membuat peraturan untuk menanganinya iaitu pemimpin Bhikkhu harus menyiasat kes dengan mencari bukti yang nyata dan saksi untuk mengadilinya dan bukannya orang ramai yang membuat pengadilan. Jika seorang Bhikkhu itu terbukti melakukan kesalahan dan akibat kesalahannya itu memerlukan

dia

meninggalkan

kehidupan

sebagai

seorang

bhikkhu

dia

harus

meninggalkannya tetapi jika kesalahan yang dilakukan tidak berat dan serius dia harus diberi peluang untuk memperbaiki diri. Orang ramai tidak dibenarkan untuk membuat keputusan untuk menghukum bhikkhu tersebut dan mesti menyerahkannya kepada Majlis Sangha membuat keputusan berdasarkan peraturan Majlis Sangha. Perkara kedua ialah, apabila surat khabar mengeluarkan berita mengenai salah laku para bhikkhu, jangan membuat anggapan dengan menyatakan semua bhikkhu di Thailand adalah sama. Memang sukar untuk menghalang media massa dari menyebarkan berita mengenai para Bhikkhu yang melakukan kesalahan kerana menjadi tugas mereka menyiarkan berita agar masyarakat dapat mengetahui berita-berita terbaru. Namun demikian, jika surat khabar itu hanya memuatkan berita mengenai kesalahan yang dilakukan para Bhikkhu itu bererti media 252

massa tersebut berat sebelah kerana tidak melaporkan kegiatan moral yang dilakukan para Bhikkhu untuk masyarakat. Seperkara yang jarang difikirkan, sebahagian besar penganut Buddha iaitu agama Buddha tak mungkin dapat bertahan sehingga hari ini jika jumlah bhikkhu yang baik adalah sedikit. Oleh kerana para bhikkhu berpecah ke seluruh negara untuk menyebar ajaran Buddha maka kebaikan yang mereka lakukan tidak dapat dilihat dengan jelas malah media massa lebih suka menyiarkan berita buruk megenai para bhikkhu sehinggakan masyarakat hari ini lebih banyak menerima berita tentang keburukan atau kesalahan para bhikkhu berbanding kebaikan yng mereka lakukan. Salah seorang pemimpin Bhikkhu pernah berkata bahwa, “sekarang ini, amat sukar untuk para Bhikkhu memberi apa-apa saranan atau menasihati masyarakat. Malah usaha untuk mengajar masyarakat supaya hidup bermoraI juga dianggap salah. Dimanakah salahnya? Hanya kerana mengajak masyarakat berbuat baik dan ianya tidak disukai pihak media dan ianya dianggap salah. Apabila timbul sesuatu masalah dan para bhikkhu keluar untuk memberi nasihat atau saranan para bhikkhu di minta mendiamkan diri dan menganggapnya sebagai bukan masalah para bhikkhu. Apabila para Bhikkhu berdiam diri, pihak media pula menyiarkan berita menuduh para bhikkhu tidak melakukan hal yang memberi faedah kepada masyarakat.. Media massa sering melemparkan kesalahan kepada para bhikkhu walau dalam keadaan apa sekali pun. Setelah mendengar kata-kata pemimpin bhikkhu ini, kita seharusnya dapat berfikir dengan jelas dan dapat membezakan apabila membaca berita mengenai salah laku para bhikkhu. Kita sebagai penganut Buddha sepatutnya dapat membezakan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan bersama. Ini adalah kerana jika seseorang itu tidak dapat membezakannya dan mengambil keputusan tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu, ia akan menjadi seperti pepatah “hanya kerana melihat seekor ikan busuk di sungai, semua ikan di sungai dianggap busuk” Jika ini terjadi, mereka akan mendapat dosa kerana cuba merosakkan agama Buddha walapun secara tidak sengaja. Hal ini bukanlah sifat asli penganut Buddha yang sebenarnya karana penganut Buddha merupakan orang yang adil dan saksama, seperti apa yang telah disabdakan oleh Buddha dengan jelas bahawa, “janganlah mudah mempercayai sesuatu, sebelum membuat pertimbangan menyeluruh terlebih dahulu”.

253

Perkara ketiga ialah, seseorang yang telah menguasai Dhamma tidak akan mencari kesalahan para Bhikkhu, tapi menyokong para Bhikkhu untuk menyebarkan Dhamma sedaya upayanya. Yang Mulia Bhikkhu atau Luang Phaw menjelaskan salah satu contoh kejadian yang terjadi dalam agama Buddha kepada salah seorang penganut yang telah banyak mendengar atau membaca berita mengenai salah laku yang dilakukan para Bhikkhu dan membuat kesimpulan bahawa semua Bhikkhu di dunia ini semuanya tidak baik, tapi ketika dia bertemu dengan Luang Phaw dia telah menanyakan hal ini kepada beliau. “Para Bhikkhu sekarang ini sering melakukan perkara yang tidak baik, tidak sepatutnya dihormati dan disembah. Saya hanya ingin menyembah Buddha dan Dhamma saja, jika saya tidak mahu memuja Sangha, bolehkah saya melakukannya? Pertanyaan ini merupakan satu pertanyaan yang sangat sukar untuk di jawab, ini kerana jika salah menjawabnya, sudah pasti para pelajar tidak akan menghormati Sangha lagi. Walaupun begitu, Luang Phaw duduk dengan tersenyum dan menjawab pertanyaan itu. “Seseorang yang memuja Dhamma, sepatutnya tidak suka mencari kesalahan orang lain tetapi berusaha untuk mencari kebaikan yang ada di dalam diri orang lain.” “Berbalik kepada pertanyaan yang diajukan jawapannya ialah tidak boleh. Jika hanya memuja Buddha dan Dhamma sahaja bermakna orang itu suka mencari kesalahan orang lain, tidak mengamatinya dengan baik dan sangat mudah memutuskan sesuatu. “Jumlah Bhikkhu yang berada di seluruh negara berjumlah 2-3 ratus ribu orang dan anda hanya mengenali beberapa Bhikkhu saja, paling banyak pun hanya sekitar 1000 orang Bhikkhu, jika anda melihat para Bhikkhu yang tidak baik sebanyak 1000 orang, bagaimana pendapat anda tentang 300 ribu Bhikkhu lain yang baik? “Jika anda suka mencari kesalahan orang lain, anda tidak akan dapat menemui seorang Bhikkhu yang baik, bukalah hati anda seluas-luasnya dan hati anda akan menjawabnya sendiri. Luang Phaw fikir anda harus berlatih mengubah pandangan anda yang salah. “Mengapa anda tidak melihat wat sebagai sebuah institusi pendidikan? Di sekolah orang di dalamnya dapat dibahagikan kepada dua kumpulan. “Kumpulan yang pertama ialah para pelajar yang datang untuk mencari ilmu pengetahuan.

254

“Kumpulan yang kedua ialah para guru yang datang sebagai pengajar. “Adakah anda fikir bahawa para pelajar itu tidak melakukan kesalahan? jawabannya adalah, mereka pasti ada melakukan kesalahan. Akan tetapi kami memaafkan kesalahan mereka hanya kerana mereka baru saja datang untuk mencari pengetahuan. “Tetapi jika seorang guru yang berkelakuan yang tidak sepatutnya sudah pasti mereka akan dikutuk”. “Perkara ini adalah sama dengan semua wat di seluruh negara. Setiap wat mempunyai bhikkhu yang dapat dibahagikan kepada dua kumpulan seperti mana sekolah. Kumpulan itu adalah seperti berikut: 1) Seorang Bhikkhu yang masih belajar. seorang Bhikkhu yang masih belajar adalah seseorang yang baru memasuki dunia sangha sama ada satu atau dua hari yang lalu, satu atau dua bulan, atau satu atau dua tahun, oleh sebab itu beliau dianggap masih baru dalam melatih Dhammanya yang sekali kala masih melakukan kesalahan, hal ini merupakan hal biasa bagi seorang Bhikkhu yang masih belajar. 2) Seorang Bhikkhu yang merupakan seorang guru. Terdapat lebih kurang 100,000 orang bhikkhu yang menjadi guru atau yang mengajar ajaran Buddha di seluruh Thailand. Sejak datuk moyang kita lagi para bhikkhu bersama-sama berusaha mengajar dan menyebarkan ajaran Buddha. Tanpa mereka sudah pasti ajaran Buddha sudah lenyap dan wat juga sudah pasti terbiar kosong. “Tetapi sebahagian besar guru Bhikkhu mempunyai tugas masing-masing, iaitu memberi ceramah agama kepada semua orang, melatih seseorang agar dapat mengubah perilakunya dan beliau tidak pernah membesar-besarkan dirinya di dalam surat khabar ataupun kepada orang lain.” “Di dalam institusi pendidikan, cara berpakaian dan umur seseorang dapat kita lihat dan dapat membezakan yang mana satu seorang guru atau pelajar tetapi kita tidak dapat membezakannya di dalam wat kerana semua bhikkhu memakai jubah kuning yang sama.” “Oleh sebab itu, jika anda melihat para Bhikkhu yang jumlahnya hanya sekitar 5 hingga 10 orang Bhikkhu atau mungkin tidak lebih dari 1000 orang Bhikkhu yang berperilaku tidak baik dan anda memutuskan untuk berhenti memuja seluruh kumpulan Sangha, bagaimana dengan beribu-ribu bhikkhu lain di dunia ini? pertimbangkanlah baik-baik, adakah keputusan anda itu betul? 255

“Apabila anda membuat dana kepada sangha, anda tidak tahu sama ada bhikkhu tersebut seorang guru bhikkhu atau bhikkhu yang sedang belajar atau ketika anda tidak tahu tahap kebaikan bhikkhu tersebut, selagi beliau tidak melakukan kesalahan yang besar atau serius fikirkan saja yang anda memberi tenaga kepada mereka supaya lebih bertenaga untuk belajar dhamma dan mengamalkan meditasi. Suatu hari apabila anda menemui seorang bhikkhu yang berbudi pekerti dan merupakan seorang guru bhikkhu, buatlah dana sebaik mungkin dengan beliau kerana anda akan mendapat balasan pahala yang banyak.” “Apabila anda mendapat berita adanya bhikkhu yang baik budi pekerti dan bermoral tinggi, berusahalah untuk berjumpa beliau walau beliau berada jauh di mana sekali pun kerana dana yang anda beri kepadanya akan memberikan balasan pahala yang tidak terhingga nilainya “Sekiranya anda belum menemui bhikkhu yang baik, bukalah hati anda seluas-luasnya kerana suatu hari anda akan menemuinya. Jangan terburu-buru untuk memberi penghormatan kepada Buddha dan Dhamma sahaja. Anda harus menghormati ketiga-tiganya sekali iaitu Buddha, Dhamma dan Sangha supaya anda selamat dikehidupan ini dan kehidupan masa depan sehinggalah anda mencapai nirvana.”

AKIBAT NEGATIF HASIL DARIPADA MEMBACA BERITA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN TANPA PERTIMBANGAN. Jika ibu bapa atau orang dewasa membiarkan anak cucu mendengan khabar tidak baik mengenai seseorang bhikkhu dan tidak mengajar mereka tentang para Bhikkhu dengan jelas dan teliti, serta membiarkan mereka menyalah tafsir tentang masalah ini, akibatnya anak cucu atau diri kita sendiri boleh terlepas peluang untuk mandapat pahala. Adalah tidak patut membuat keputusan menyamakan semua bhikkhu sebagai tidak baik dan ini menyebab mereka tidak memahami dunia dan kehidupan. Ini kerana mereka tidak tahu yang dalam kehidupan kita di dunia ini terdapat peraturan sendiri. Kita harus mempelajari ajaran Buddha agar kita dpat memahami dan menjalani kehidupan ini dengan betul. Peraturan di dunia adalah hukum karma yang bermaksud sesiapa yang melakukan kebaikan akan mendapat balasan yang baik, dan sesiapa yang melakukan kejahatan akan mendapat balasan yang jahat. Hasil dari perbutan baik dipanggil Buah dari karma baik,

256

manakala hasil dari perbuatan jahat dipanggil Buah Karma Jahat, dan kita semua akan mendapatkan hasil atas perbuatan yang kita lakukan baik atau jahat. Peraturan dalam kehidupan adalah anicca (tidak kekal), dukkha (penderitaan), anatta (tidak nyata), ketiga-tiga perkara

ini merupakan kebenaran nyata dalam setiap

kehidupan di dunia ini. Buddha telah menemui cara dalam melaksanakannya agar dapat terlepas dari aturan hukum kamma dan terlepas dari anicca, dukkha, anatta. Apabila mereka akhbar dan tidak dapat membuat pertimbangan dengan sebaiknya dan tidak mendapat tunjuk ajar dari orang tua mungkin boleh menyebabkan mereka membuat keputusan yang semua bhikkhu adalah teruk. Keadaan ini boleh menjurus kepada ketidak percayaan mereka terhadap kewujudan dosa dan pahala. Sekiranya perkara ini terjadi sehingga ke tahap ini sudah pasti apabila ibu bapa ingin melakukan kebajikan atau berdana mereka tidak akan menyokongnya atau mungkin mereka boleh menghalang niat tersebut. Kesimpulannya, adalah amat sukar untuk menyuruh pihak media seperti surat khabar menyiarkan berita mengenai para bhikkhu melakukan kerja yang berfaedah kepada masyarakat. Oleh itu adalah amat penting untuk ibu bapa atau orang tua mengajar anak-anak supaya membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan yang mana betul dan yang mana salah mengenai para bhikkhu. Hal ini dapat menjamin supaya mereka menyokong sepenuhnya kita melakukan kebajikan, dan para Bhikkhu pula mampu melatih diri mereka dan dapat bekerja demi faedah masyarakat keseluruhannya. Oleh itu agama Buddha akan menjadi makmur di negara Thailand selama-lamanya.

257

Bab 45

Buddha Merupakan Teladan Yang Baik Dalam Kebijaksanaan

Apabila sampai ke satu tahap kehidupan, pengalaman membuatkan kita faham bahawa kehidupan ini kadang kalanya ada naik dan ada turun. Ini bermakna kehidupan seseorang itu tidak akan sentiasa baik atau pun sentiasa buruk. Kehidupan kita ini mempunyai kebahagiaan dan penderitaan, tetapi satu perkara penting yang tidak dapat kita lupakan ialah bagaimana caranya agar kebahagiaan yang kita rasakan tidak membuat orang lain menderita, dan bagaimana caranya agar kita tidak akan terbenam dalam penderitaan, dan kita mempunyai semangat juang untuk menghadapai sebarang masalah. Kita memerlukan kebijaksanaan dan pengetahuan untuk kita meneruskan kehidupan dan menempuh segala kebahagiaan dan penderitaan. Di dunia ini, tidak ada seorang pun yang mempunyai kebijaksanaan dalam menjalankan kehidupan melainkan Buddha. Kebijaksanaan

258

baginda dalam kehidupan dapat dilihat pada cara baginda menghadapi kehidupan yang betul iaitu cara menjalani kehidupan semasa bahagia dan juga semasa derita. Punca turun naik kehidupan seseorang Ramai yang tidak faham apakah punca sebenar yang menyebabkan kehidupan seseorang itu turun dan naik? Sesetengah orang mempercayai bahawa ia ditentukan oleh astrologi dan ada sesetengah yang mempercayai bahawa ianya bergantung kepada kebijaksanaan dan usaha sendiri. Walau bagaimanapun Buddha telah menemui kebenarannya iaitu “hukum punca dan akibat” atau lebih dikenali sebagai “hukum karma”. Baginda menjelaskan bahawa sesiapa yang melakukan kebaikan kan menerima balasan baik dan begitulah sebaliknya. Perbuatan jahat akan dibalas dengan keburukan. Oleh itu, apabila timbul sebarang masalah dalam kehidupan kita, baginda menyarankan agar kita mengambil kira 3 punca masalah tersebut terjadi. 1. Terjadi kerana pelanggaran ‘sila’ kita pada masa sekarang 2. Terjadi kerana pelanggaran ‘sila’ kita pada kehidupan yang lepas 3. Terjadi kerana kecuaian kita sendiri. 3 perkara ini merupakan punca utama masalah dalam kehidupan kita sama ada kita mengingatinya atau pun tidak. Oleh itu, apabila sebarang masalah timbul, Buddha mengajar kita supaya jangan menambah lagi masalah kepada diri sendiri dengan menjaga ‘sila’ dengan sebaik mungkin. Bagi orang biasa pancasila (sila 5) harus dijaga sebaik mungkin dan sempurna. Bagi bhikkhu pula 227 sila harus dijalankan dan sila 8 bagi upasika dan upasaka. Pengamalan sila dengan sempurna dapat mengelak kita daripada menimbulkan lebih banyak masalah. Buddha mengajar kita sila supaya kita mempunyai pengukur aras moraliti kita. Jika kita tidak mengikut ajaran Buddha, kemungkinan kita akan menghadapi pelbagai masalah tanpa penghujungnya. Kita mungkin dapat menyelesaikan sesuatu masalah tetapi kita tidak mampu menghalang masalah yng lain timbul. Sebaik sahaja kita menyedari sesuatu masalah timbul, kita mesti memperbetulkannya secepat mungkin. Penyelesaian masalah juga menjadi lebih senang jika kita mengamalkan sila 5 dengan sempurna. Masalah tersebut perlu diselesaikan satu per satu menggunakan prinsip-prinsip dalam agama Buddha. Contohnya, jika masalah adalah berkaitan dengan harta dan kekayaan, ia boleh diselesaikan dengan memberi lebih banyak dana. Salah faham pula sepatutnya diselesaikan oleh diri kita sendiri iaitu dengan cara bersopan dan kadang-kadang kita perlu 259

meminta maaf atau menyerah agar masalah dapat diselesaikan. Adakalanya masalah timbul kerana kecuaian kita sendiri seperti merosakkan harta benda orang lain. Bagi masalah seperti ini, kita seharusnya menyelesaikannya dengan membayar ganti rugi yang setimpal dengan nilai kerosakan. Walau apa pun yang terjadi apabila sesuatu masalah timbul kita harus menyelesaikannya. Langkah pertama yang harus kita ambil ialah dengan mengamalkan meditasi dan menenangkn fikiran terlebih dahulu. Meditasi dapat membantu kita melihat dengan sesuatu masalh dengan jelas. Sekiranya kita tidak pasti bagaimana maslah tersebut timbul, kita tidak seharusnya terus mengambil kesimpulan jalan penyelesaian. Kita sepatutnya bertenang dan mengenal pasti punca masalah dan mencari jalan penelesaian. Ini kerana sesetengah masalah tidak dapat diselesaikan segera dan memerlukan kesabaran kita menghadapinya. Cara penyelasaian masalah oleh Buddha Setiap kali Buddha menghadapi pelbagai masalah yang serius baginda dapat selesaikan masalah tersebut. Berikut adalah contoh-contoh masalah yang dihadapi baginda: 1. Semasa Buddha berperang berlawan dengan mara ketika baginda mencapai pencerahan. Baginda mengatasi masalah ini dengan 30 paramita yang baginda kumpulkan pada setiap kelahiran. Dana paramita yang telah dikumpulkan oleh baginda dalam kitar kehidupan yang tidak terbilang dan menyebarkan rasa belas kasihan (metta) untuk menewaskan mara. 2. Ketika Buddha berperang dengan raksaksa (yakka), baginda mengatasinya dengan kesabaran (Khanti) sehinggakan raksaksa tersebut menyerah kalah. 3. Semasa baginda berhadapan dengan gajah yang sedang naik minyak. Baginda juga menggunakan rasa belas kasihan (metta) untuk meredakan kegilaan gajah tersebut. Perasaan belas kasihan boleh menyebabkan kita sayang dan memahami antara satu sama lain. 4. Semasa baginda berhadapan dengan Angulimala yang nengejar baginda untuk membunuh baginda. Baginda menggunakan kuasa sakti baginda dan ajaran dhamma sehinggakan Angulimala percaya dengan ajaran baginda. Dalam kes kita yang tidak mempunyai kuasa sakti, apabila berhadapan dengan ancaman bunuh kita

mestilah

bergantung

kepada

menyelesaikannya.

260

polis

dan

undang-undang

untuk

5. Semasa baginda menghadapi masalah difitnah dihadapan orang ramai. Suatu hari semasa baginda sedang mengajar dhamma, tiba-tiba seorang perempuan perempuan hamil bangun dan menfitnah baginda menyebabkan dia hamil. Perempuan tersebut berkata “Buddha hanya tahu mengajar dhamma kepada orang lain tetapi tidak mempedulikan anak kita dalam kandungan. Bagaimana dengan anak yang bakal dilahirkan ini?” Walaupun begitu baginda menghadapinya dengan tenang. Sesetengah perkara yang dihadapi oleh para bhikkhu atau sesiapa saja, apabila difitnah hendaklah diam dan bertenang. Biar masa membuktikannya terutamanya mengenai 2 perkara iaitu perempuan dan wang ringgit. Masalah Berkaitan Perempuan Apabila para bhikkhu atau orang dewasa difitnah berkaitan dengan perempuan, 90% daripada orang ramai percaya bahawa perkara tersebut adalah benar tanpa mengetahui kebenarannya terlebih dahulu. Oleh itu cara terbaik untuk mengatasi masalah seperti ini ialah dengan cara berdiam diri dan biar masa membuktikannya sendiri dan kebenaran itu akan dapat dilihat oleh orang ramai. Masalah berkaitan wang ringgit Apabila bhikkhu atau seorang pemimpindituduh menipu wang ringgit atau pecah amanah, beliau tidak boleh menentang tetapi mengambil sikap berdiam diri. Mengikut prinsip Buddha, jangan menentang tetapi berdiam diri terlebih dahulu. Berdiam diri tidak bermakna kita mengaku salah tetapi berdiam untuk mencari jalan penyelesaian. Ini dapat diumpamakan dengan ungkapan Buddha yang berbunyi “tidak menentang, berdiam diri dahulu tetapi tidak melarikan diri”. Tidak menentang bermakna tidak menambahkan lagi masalah. Tidak melarikan diri bermakna tidak menyerah kalah dan tidak mengaku salah. Kita seharusnya terus melakukan kebaikan sebaik mungkin dan menggunakan semua displin. Lama kelamaan kita akan menang juga jika kita tidak bersalah. 6. semasa baginda berdepan dengan orang yang pandai berdebat. Baginda menggunakan kebijaksanaan baginda untuk menghadapi masalah ini. Baginda menggunakan perkataan yang disertai dengan kebenaran dan alasan yang kukuh untuk menjawab persoalan.

261

7. Adakalanya baginda tidak menghadapi atau mengatasi masalah sendirian. Baginda pernah menyurah Phra Moggalana menghadapi Raja Naga yang berpandangan salah. Baginda menggunakan kuasa sakti untuk berhadapan dengan Raja Naga tersebut. 8. Apabila Buddha berhadapan dengan Brahma yang berpandangan salah, baginda mengatasinya dengan pengetahuan dan menyamai tahap pengetahuan Brahma dan baginda mampu menyakinkan Brahma supaya menerima pandangan yang betul Walau apa masalah sekali pun yang kita hadapi dalam kehidupan harian, kita hendaklah menghadapi dengan kesabaran dan menyelesaikannya dengan mengikuti langkah yang telah diambil oleh Buddha. Ingatlah bahawa segala masalah yang kita hadapi hari ini adalah akibat perbuatan kita pada masa lepas dan berfikirlah bahawa setiap kali kita menghadapi kegelapan, sinar cahaya akan muncul. Apabila kita mulai patah semangat, sentiasalah mengingati Buddha dan jadikanlah baginda sebagai teladan kita untuk memperolehi kekuatan, kesabaran dan kesedaran serta pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya akan membebaskan kita dari karma buruk.

262

Bab 46

Membuat Patung Buddha Milik Sendiri

Membuat patung Buddha untuk diri sendiri mahu pun untuk keluarga merupakan tradisi nenek moyang kita sejak dulu lagi. Mereka yang kaya sanggup menjelajah keseluruh negara dengan tujuan membuat patung Buddha di wat-wat. Ini kerana mereka faham akan balasan pahala yang bakal diterima dengan pembinaan patung Buddha tersebut. Namun demikian, sekarang ini tidak ramai yang faham maksud sebenar amalan ini. Akibatnya, mereka tidak menyokong amalan nenek moyang. Oleh itu ramai orang yang terlepas dari mendapat pahala yang besar ini. Sebagai penganut Buddha kita sepatutnya tidak melepaskan peluang ini. Kita sepatutnya memahami kepentingan sumbangan kepada pembinaan patung Buddha dan kita tidak patut menghalang apabila ibubapa kita ingin berbuat demikian. Saya ingin mengambil kesempatan ini berkongsi faedah atau manfaat hasil daripada membuat pahala ini. Nenek moyang kita membuat patung Buddha kerana rasa hormat dan sebagai mengenang budi Buddha yang berbelas kasihan kepada semua makhluk. Dalam agama Buddha seseorang yang berniat menjadi Buddha pada masa depan dan berniat menolong semua makhluk terlepas dari penderitaan adalah amat sukar ditemui di dunia

263

ini. Orang ini di panggil Bodhisatta. Kejayan seseorang Bodhisatta dalam mengharungi kehidupan yang sempurna dan berusaha menghapuskan hawa nafsu adalah amat sukar. Oleh itu ada yang berjaya dan ada yang melupakan saja niat mereka ditengah jalan. Bodhisatta yang akan berjaya menjadi Buddha pada masa depan perlu melakukan kebaikan dengan seluruh jiwa dan raga. Dalam salah satu kelahiran, seseorang Bodhisatta mesti berjumpa dengan Buddha yang akan memberikan kepastian bahawa Bodhisatta itu akan menjadi Buddha di masa hadapan. Buddha juga akan memberitahu tempoh masa yang perlu ditempohi oleh Bodhisatta tersebut untuk mencapai tahap pencerahan dan seterusnya menjadi Buddha. Seorang Bodhisatta yang telah mendapat kepastian bahawa akan menjadi Buddha pada pada hadapan dipanggil Niyata Bodhisatta yang bermaksud seseoarang yang pasti mencapai pencerahan dan menjadi Buddha. Selepas diberitahu bahawa beliau akan menjadi Buddha di masa hadapan, Niyata Bodhisatta mesti meneruskan kehidupan dengan mengumpulkan paramitanya untuk sekurang-kurangnya empat Asankeyaya (masa tak terhingga) dan 100,000 kappa (kitaran kelahiran dunia). Semakin dekat dengan masa untuk mencapai tahap Buddha semakin banyak cubaan dan halangan dalam kehidupan yang perlu ditempohi. Kesukaran dalam menempuhi kehidupan ini dapat diumpamakan seperti ungkapan tersebut “jumlah biji mata yang didermakan kepada orang lain dalam usaha memcapai pencerahan adalah lebih banyak daripada jumlah bintang di langit” Kejayaan seseorang mencapai tahap Buddha adalah sukar kerana prosesnya yang terlalu panjang. Oleh itu apabila beliau sudah mencapai pencerahan dan menjadi Buddha, beliau akan menghabiskan hayat beliau dengan menyebarkan pengetahuan mengenai kebenaran (dhamma) kepada semua orang. Sesiapa yang mengikuti dhamma dan mengamalkan dhamma yang diajar oleh Buddha dan berjaya menghapuskan nafsu sendiri seterusnya akan mengikuti Buddha ke Nirvana. Oleh itu sesiapa saja yang sempat lahir dan berjumpa dengan Buddha adalah amat bertuah. Bagi mereka yang lahir selepas Buddha, hanya akan berjumpa dengan ajaran baginda dan mereka juga tidak mampu berfikir bagaimana rupa Buddha yang sebenarnya. Nenek moyang kita yang mengamalkan dhamma dengan banyak mampu berfikir bahawa masalah ini akan wujud di masa depan. Oleh itu, mereka mula membuat patung Buddha mengikut rupa yang mereka nampak melalui meditasi. Ini adalah supaya generasi akan datang iaitu generasi sekarang boleh memuja Buddha seperti mana mereka memuja Buddha pada masa itu. Pembuatan patung Buddha bukan sahaja berlaku di Thailand tetapi di seluruh dunia. Pada zaman dahulu manusia masih berpegang kuat kepada ajaran Buddha dan apabila melihat rupa bentuk patung Buddha yang cantik akan menimbulkan rasa hormat yang amat sangat kepada 264

Buddha dan mereka dengan sendirinya akan mengikuti ajaran Buddha. Semakin dalam mempelajari ajaran Buddha dorongan untuk berbuat baik semakin kuat. Oleh itu, nenek moyang kita percaya bahawa apabila sesiapa saja yang membuat patung Buddha ia dapat mengangkat hati seseorang itu supaya menghindari dari hawa nafsu dan keinginan dan berharap dunia ini akan aman damai. Pahala yang akan diterima apabila kita membuat patung Buddha. 1. Seseorang itu akan mempunyai nilai-nilai murni dalam hidupnya sejak kelahiran ini sehinggalah kelahiran-kelahiran yang seterusnya. 2. Oleh kerana penghasilan patung Buddha juga menyebabkan orang lain melakukan perkara baik, orang yang membuat patung Buddha akan mendapat balasan baik iaitu akan dihormati dan disanjung oleh manusia dan juga para dewa ke mana saja dia pergi. 3. Walaupun orang yang membuat patung Buddha itu sudah lama meninggal dunia tetapi jika patung tersebut masih dipuja oleh orang lain dia tetap akan menerima pahala dan akan dihormati oleh orang lain walau di mana sekali pun dia dilahirkan. 4. Walau berapa kali kelahiran sekali pun tetap disanjung dan dihormati oleh manusia dan para dewa. Sekiranya hati orang yang membuat patung Buddha itu memikirkan perkara buruk atau cuba melakukan sesuatu perkara yang jahat yang bertentangan dengan ajaran Buddha atau apabila hati menjadi muram kerana sesuatu perkara, hanya dengan mengingati patung Buddha yang pernah di buat perkara negatif ini akan hilang dengan mudah. 5. Setiap kali kelahiran akan lahir di tempat atau kawasan di mana agama Buddha berkembang maju dan apabila mengamalkan dhamma atau meditasi akan mudah menemui Buddha dalam tubuh (Dhammakaya). 6. Harta kekayaan mudah diperolehi dalam setiap kali proses kelahiran. Pahala yang diperolehi akan sentiasa menyokong dan memberkati dia supaya sentiasa berjaya dan mewah. Dia juga akan lebih senang untuk mencapai nirvana. Ini hanyalah ringkasan sebahagian daripada faedah-faedah yang bakal diterima jika seseorang itu membuat patung Buddha dan hanyalah yang mudah difahami oleh pembaca. Sekiranya para pembaca mengamalkan meditasi dan mengkaji biografi Buddha, mereka akan

265

lebih memahami lebih banyak faedah yang diperolehi hasil daripada membuat patung Buddha. Oleh itu, kita juga akan lebih memahami kenapa nenek moyang kita mengamalkan tradisi ini. Nenek penulis juga memahami akan balasan baik yang bakal diterima apabila membuat patung Buddha. Oleh itu beliau telah membuat lebih daripada 20 patung Buddha untuk didedikasikan kepada semua ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Pahala besar yang dilakukan di hari tua ini diharapkan dapat memastikan beliau memperolehi pahala pada hayat selepas kematian tanpa perlu menantikan saudara mara membuat pahala untuknya. Oleh itu sekiranya para pembaca belum membuat patung Buddha peribadi adalah disarankan agar melakukannya segera sebelum hari tua dan ajal menjelang. Ini adalah supaya kita mempunyai pahala yang cukup untuk kita menghadapi kelahiran selepas kematian. Keadaan masyarakat hari ini yang semakin jauh dengan membuat pahala dan tidak melihat kepentingannya akan menjauhkan lagi kita kepada amalan ini. Oleh itu kita kemungkinan terlepas peluang yang baik ini.

266

Related Documents