Kelebihan Mlm Secara Online

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kelebihan Mlm Secara Online as PDF for free.

More details

  • Words: 1,493
  • Pages: 9
Kelebihan MLM Secara Online Kupasan Perbezaan Tentang Kelebihan MLM Secara Online Berbanding MLM Secara Konvensional

Disediakan Oleh: Arsyad Zain Admin http://rmcent.com

Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

Pendahuluan Assalamualaikun Dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdullialah, saya panjatkan kepada Illahi atas kekuatan yang terus diberikan kepada saya untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu tajuk yang harus diperincikan demi satu peluang perniagaan yang sangat hebat. Bagi saya, MLM secara online adalah satu cabang perniagaan. Bukan sekadar untuk mengisi masa lapang ataupun sekadar untuk mengmbil hati kawan yang mengajak kita untuk bersama. Jadikan peluang yang ada sebagai sesuatu yang betul-betul memberikan anda manfaat dan akhirnya dapat memberikan anda sebagai satu cabang pendapatan anda. Apa yang terkandung dalam dokumen ini hanyalah untuk tujuan informasi berasaskan pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Mungkin apa yang dinyatakan di dalam ini tidak menepati kehendak ataupun bercanggah dengan pendirian anda. Anggaplah ini sekadar penerangan am yang memberikan anda sedikit pendedahan terhadap apa yang dibincangkan. Akhir sekali, bukalah minda kita semua dan jadikan perniagaan sebagai satu cabang pendapatan anda. Banyak masa yang telah dihabiskan melalui internet tanpa memberi sebarang keuntungan. Berjaya melalui online bisnes bukannya memerlukan anda menghabiskan 3 jam setiap hari di depan komputer, tetapi sebaliknya cukup dengan sekadar 1 jam sehari. Ilmu adalah kunci kejayaan dalam apa jua bidanh yang diceburi. Carilah ilmu tentang apa jua perniagaan yang anda jalankan. Bagi saya, ilmu pemasaran/promosi melalui internet adalah sesuatu yang harus diberi perhatian sekiranya anda serius mencari pendapatan melalui online bisnes. Semoga anda mendapat seribu manfaat dari saya,

http://rmcent.com http://www.gew2u.biz/MY885498 Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

1. Jaringan/Network Tanpa Batas Konvensional MLM: Prospek HANYA tertakluk kepada kawan di sekitar anda, adik beradik, jiran tetangga dan rakan sekerja. Amat terbatas sekali. Anda perlu sentiasa mempromosikan bisnes anda ini untuk berjaya. Akhirnya anda dijauhi oleh orang-orang yang terdekat dengan anda ini kerana anda mempromosikan sesuatu yang mereka langsung tidak berminat. Dan untuk sesetengah keadaan, terdapat juga unsur-unsur paksaan dalam hal ini. Akhirnya mereka yang menyertai anda bukanlah mereka yang betul-betul berminat dan ikhlas untuk berjaya melalui MLM Networking, sebaliknya terpaksa kerana menjaga hati anda sebagai seorang kawan dan sebagainya. Anda tidak punyai sesiapa lagi sekiranya orang yang dekat dengan anda ini tidak berminat dengan bisnes ataupun peluang yang anda ingin kongsikan ini. Akhirnya anda kecewa dan tidak mahu lagi berminat untuk mengembangkan network anda sedangkan kawan anda terus mendapat pendapatan lumayan melalui networking ini.

MLM Secara Online Prospek anda jauh di segenap tempat. Di Ampang, Lahad Datu, Miri, Muar, Merlimau, Tumpat, Gua Musang, Grik, atau di mana-mana tempat, semuanya dapat anda miliki. Malah, anda mampu mempunyai downline anda di Las Vegas, New York, Tibet, Milan, Paris dan bermacam-macam tempat lagi di dunia ini.

Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

Anda tak perlu mengetuk pintu rumah jiran, tak perlu bercerita tentang MLM anda pada kawan rapat, tak perlu bagitahu pada adik abang, tak perlu bercerita pada kawan sekerja. Tak perlu membuatkan mereka menyampah kat anda, mengelak daripada anda, dan paling penting anda tak perlu lagi untuk MALU. Mereka yang berminat akan berikan anda email mereka atau akan terus mendaftarkan diri melalui website syarikat.Hanya dengan kuasa internet, dan website syarikat sebagai medium perantaraan antara anda dan prospek anda. Komunikasi seterusnya adalah melalui email, chatting dan pelbagai tool lain yang 100% menggunakan kuasa internet. Website dan internet akan menjalankan tugasnya. Mereka yang berminat akan membaca kandungan website/landing page/webpage anda, dan yang tidak berminat akan mengabaikannya. Bagi yang berminat dan meminta untuk mendapatkan penjelasan anda, maka anda perlulah kirimkan email atupun berkomunikasi dengan prospek anda melalui apa jua tool yang ada, dan bagi yang tidak berminat anda tak perlu buat apa-apa. Anda senang, dia senang, semua orang senang. Anda mempunyai banyak pilihan kerana pengguna internet dunia semakin bertambah, dan jumlah kini menunjukkan terdapat ribuan juta pengguna internet di seluruh dunia. Pertambahan yang mendadak juga direkodkan di Malaysia ini sendiri. Pertambahan ini juga menunjukkan semakin ramai yang mencari peluang di internet. Anda mampu menjalankan MLM Networking anda tanpa pengetahuan sesiapa di sekeliling anda. Malah isteri anda, adik beradik anda juga tidak mengetahuinya.

Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

2. Personaliti Anda Bukan Lagi Penyebab Konvensional MLM: Untuk berjaya, anda mesti seorang yang pandai bercakap, personaliti menarik, boleh bercakap di depan khalayak ramai, berkeyakinan tinggi. Malah, hensem dan cantik juga memainkan peranan penting. Selain itu, anda mestilah mempunyai kawan yang ramai, link yang bagus dan pelbagai faktor lain yang diperlukan. MLM Secara Online Anda tidak perlu mempunyai apa-apa pakej untuk berjaya. Saya mempunyai seorang kawan yang kurang upaya. Cukup saya katakan kurang upaya dan anda semua boleh bayangkan bagaimana keadaannya. Tapi kini, dia punyai kereta Mercedez hasil dari MLM Networking yang telah diceburinya. Bukan cerita rekaan, mungkin saya akan dedahkan sendiri kepada anda tentang insan yang bertuah ini suatu hari nanti. Hanya dengan kuasa internet dan website syarikat sebagai medium perantaraan antara anda dan prospek anda. Semua urusan termasuk penerangan dan soal jawab hanya dilakukan secara online melalui sistem automasi ataupun secara manual.

Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

3. Cara Promosi Konvensional MLM: Promosi anda adalah dengan memberitahu, bercerita kepada prospek anda. Buat appointment di kedai kopi, belanja makan di kedai mamak, 2-3 jam berhabis masa begitu sahaja. Masa, wang ringgit dan tenaga terbuang begitu sahaja. Anda juga perlu membuat demo, panggil untuk membuat testimoni produk dan pelbagai cara lagi yang akhirnya menyebabkan anda penat, habis duit dan dijauhi orang-orang yang terdekat dengan anda. Dalam 2 jam anda mungkin dapat bercerita pada 1 orang kawan. Itupun, belum tentu prospek anda tersebut berminat.

MLM Secara Online Anda boleh gunakan promosi percuma ataupun yang berbayar. Terdapat berpuluh website yang menyediakan platform promosi ini. 2-3 jam yang anda peruntukkan bersama kawan anda di kedai kopi tadi, sekiranya melalui online, anda sudahpun menghebahkan kepada ribuan prospek di seluruh dunia. Anda juga boleh guna pelbagai teknik marketing seperti menggunakan blog, forum, email signature, email marketing, chatting dan 1001 teknik lain yang bakal saya kongsikan kelak. Dengan hanya 1 klik, anda boleh menghantar maklumat melalui email ke ribuan orang prospek anda dengan hanya mengambil masa 1 minit biarpun prospek anda berada jauh beribu baru merentasi dunia. Masa, tenaga , dan wang ringgit anda semuanya selamat. Tak perlu ajak kawan ke kedai mamak untuk promote MLM anda. Tak perlu tingalkan anak bini di rumah semata-mata nak pergi jumpa prospek di Raub, Pahang. Semuanya senang untuk dilakukan. Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

4. Jimat kos Pemasaran Konvensional MLM: Untuk anda menghadiri seminar di Petaling Jaya, anda akan menghabiskan duit untuk membayar tol, membayar minyak dan parking. Ini belum dikira kos-kos sampingan lain yang bakal ditanggung. Anda perlu menelefon pada prospek anda sekiranya mereka memerlukan penjelasan lebih lanjut. Kos akan lebih tinggi sekiranya prospek anda tersebut berada di luar kawasan.

MLM Secara Online Anda tidak perlu ke mana-mana. Hanya duduk di meja anda atau di bilik tidur anda sambil melayari internet. Anda tidak perlu membayar apa-apa kos dengan hanya menghantar email, chatting dan online conference. Anda tidak perlu membuat panggilan telefon ataupun SMS. Semuanya menggunakan internet. Di luar kawasan, di luar negeri dan di luar Negara, semuanya percuma sahaja.

Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

5. Automasikan Perniagaan anda Konvensional MLM: Semuanya dijalankan secara manual. Ini temasuklah mengisi borang, membayar pendaftaran, membeli produk, mendaftarkan prospek anda dan sebagainya. Pembayaran secara manual kepada orang yang langsung tidak dikenali atau hanya dikenali oleh kawan anda pastinya sesuatu yang meragu dan membimbangkan anda. Usaha promosi juga dijalankan secara manual dan agak memenatkan. Anda perlu mengorbankan masa anda, tenaga anda dan wang ringgit anda.

MLM Secara Online: Semuanya dijalankan secara automatik. Ini temasuklah mengisi borang, membayar pendaftaran, membeli produk, mendaftarkan prospek anda dan sebagainya. Pembayaran terus kepada pihak syarikat dan urusan penghantaran produk dibuat oleh pihak syarikat dan bukannya oleh anda ataupun Upline anda. Usaha promosi boleh dilakukan secara automasi. Ini termasuklah menggunakan Autoresponder email dan sebagainya. Cara ini lebih mudah, jimat dan lebih berkesan berbanding cara konvensional yang memerlukan anda untuyk banyak bercakap.

Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

6. Anda tidak akan kecewa lagi Konvensional MLM: Kuasa penolakan dalam MLM adalah sangat tinggi. Mungkin disebabkan kegagalan anda untuk menerangkan secara yang bijaksana pelan bisnes yang ada atau mungkin disebabkan personaliti anda yang kurang menarik ataupun pelbagai sebab lain yang menjadi penyebab kegagalan anda. Kesannya anda akan rasa kecewa dan akhirnya melemahkan semangat anda untuk terus berusaha.

MLM Secara Online: Anda hanya mempromosikan Landing Page anda atau Webpage anda kepada semua orang tanpa anda ketahui berapa ramai yang membacanya. Semakin banyak anda promosi, maka semakin ramai orang yang mengetahuinya. RM 10 iklan berbayar yang telah dilakukan untuk tempoh sebulan, anda boleh mendapat sehingga ribuan klik. Anda tidak akan terasa kecewa, frust dan lemah semangat kerana anda tidak pernah berjumpa mereka semua. Yang berminat akan terus mendaftar ataupun akan meninggalkan email mereka kepada anda dan meminta anda terangkan secara detail. Mereka sudahpun menjadi prospek anda. Penerangan kepada prospek juga boleh dilakukan secara automasi. Seorang yang menolak, anda masih punyai 99 orang lain yang masih menunggu anda.

Maklumat PERCUMA: Membina Kejayaan Melalui Online Bisnes

Related Documents