Kekang nafsu jihad terbesar
RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Mengendalikan hawa nafsu adalah jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan . Orang yang mengikut nafsu sering semakin asyik dengan kesesatannya itu, bahkan sampai tidak berasa berdosa dengan maksiat dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan melampaui batas.