Keje Sivik

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keje Sivik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,098
  • Pages: 3
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA AKTA KESATUAN SEKERJA 1959 (AKTA 262) Bahagian I : Bahagian I Akta ini menyentuh mengenai tafsiran istilah-istilah penting yang digunakan dalam Akta ini. Ianya memberikan tafsiran panjang lebar mengenai istilah "kesatuan sekerja" dan lain-lain penetapan penting dalam Akta ini.Sebahagian besar dari Bahagian ini ialah mengenai definisi. Termaterma yang didefinisikan oleh undang-undang ini termasuk terma-terma seperti "kesatuan sekerja", "mogok" dan "pertikaian perusahaan". Kesatuan Sekerja di Malaysia mempunyai had-had geografi dan klasifikasi tertentu. Ia didefinisikan, antara lain, sebagai gabungan atau kombinasi pekerja-pekerja atau majikan-majikan, yang mempunyai tempat kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, atau majikan yang menggajikan pekerja-pekerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak. Keanggotaan juga terhad kepada mana-mana establishment, trade, pekerjaan, industri atau apa-apa trade, pekerjaan, atau industri yang serupa. Pekerja-pekerja sementara atau tetap boleh menjadi anggota kesatuan sekerja. Di bawah Bahagian ini, mogok ditafsirkan dengan jelas dimana tindakan yang diambil secara bersama seperti keengganan untuk meneruskan kerja, menerima kerja atau meninggalkan kerja yang menyebabkan produktiviti atau perkhidmatan mereka terjejas.Sementara itu, "pertikaian perusahaan" pula didefinisikan sebagai apaapa pertikaian di antara seorang majikan dengan pekerja-pekerjanya berkaitan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau terma-terma pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan mana-mana pekerja-pekerja itu. Bahagian II : Bahagian ini menerangkan mengenai perkara-perkara berkaitan perlantikan, kuasa-kuasa dan perlindungan bagi pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan Akta ini. Seksyen 4A Akta ini adalah penting, kerana selain daripada kuasa-kuasa yang nyata yang diperuntukkan kepada Ketua Pengarah, peruntukan ini juga memberikan semua kuasa yang perlu kepada Ketua Pengarah untuk membolehkannya menjalankan tugas-tugasnya dalam memberi kesan kepada penguatkuasaan akta ini. Bahagian III : Bahagian ini secara amnya menerangkan tentang proses dan syarat-syarat pendaftaran kesatuan sekerja, pembatalan perakuan pendaftaran, dan penggantungan sesuatu cawangan kesatuan sekerja. Di bawah Seksyen 8(1) Akta ini, setiap kesatuan sekerja hendaklah memohon untuk didaftarkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia ditubuhkan. Permohonan perlu dibuat melalui Borang B, yang hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 7 orang pemohon.Permohonan boleh juga ditolak atas alasan-alasan bahawa sudah wujudnya kesatuan sekerja yang mewakili pekerja-pekerja dalam establishment; trade; pekerjaan; atau industri berkenaan. Seksyen 12(3) Akta yang sama juga memperincikan syarat-syarat lain yang boleh dijadikan sebagai alasan oleh Ketua Pengarah untuk menolak permohonan itu.Seksyen 15 Akta ini menyentuh tentang keadaan di mana pendaftaran boleh dibatalkan atau ditarik balik. Di antaranya adalah apabila berlaku pembubaran kesatuan sekerja; kesatuan melanggar peruntukan akta ini dan peraturan-peraturannya sendiri atau wang kesatuan sekerja dibelanjakan secara menyalahi undang-undang atau untuk tujuan yang tidak dibenarkan peraturanperaturan.

Bahagian IV : Bahagian ini menjelaskan mengenai hak dan liabiliti kesatuan sekerja. Seksyen 20 Akta ini menegaskan bahawa hanya kesatuan sekerja yang berdaftar sahaja boleh menikmati hak, imuniti atau keistimewaan yang diperuntukkan oleh akta ini. Perlindungan ini termasuk perlindungan terhadap tuntutan tort; imuniti terhadap guaman sivil di bawah keadaan-keadaan tertentu; dan imuniti terhadap pendakwaan atas penyekatan perdagangan. Bahagian V : Bahagian ini menjelaskan mengenai beberapa peruntukan penting seperti berikut: 1) syarat-syarat untuk menjadi anggota, pegawai dan pekerja kesatuan sekerja. 2) kaedah untuk menukar nama, penubuhan kesatuan, pencantuman, menukar pejabat berdaftar kesatuan sekerja, meminda peraturan-peraturan kesatuan, mengadakan undi rahsia, memaklumkan mengenai pertukaran pegawai-pegawai atau pekerja-pekerja kesatuan sekerja, pemberitahuan mengenai pembuburan serta pelantikan pemegang amanah kesatuan sekerja. Di bawah Bahagian ini juga, terdapat beberapa peruntukan penting berhubung mogok dan tutup pintu. Seksyen 25A secara umumnya menyentuh mengenai syarat-syarat untuk mogok atau tutup pintu, kesan daripada mogok tidak sah serta penalti akibat mogok tidak sah. Bahagian VI : Bahagian ini menyentuh tentang mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian dalaman dan keadaankeadaan di mana rujukan boleh dibuat kepada Ketua Pengarah atau Mahkamah Sesyen. Perkara yang penting di sini ialah rujukan kepada Ketua Pengarah mesti dibuat atas persetujuan bersama kedua-dua pihak yang bertikai dan tiada halangan dinyatakan dalam perlembagaan kesatuan sekerja. Perkara yang lain ialah sekiranya pertikaian tidak diputuskan menurut proses penyelesaian pertikaian dalaman, dalam tempoh 40 hari selepas rujukan ke proses penimbangtara itu, pihak yang terkilan berhak memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk suatu keputusan. Bahagian VI : Bahagian ini menyentuh tentang mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian dalaman dan keadaankeadaan di mana rujukan boleh dibuat kepada Ketua Pengarah atau Mahkamah Sesyen. Perkara yang penting di sini ialah rujukan kepada Ketua Pengarah mesti dibuat atas persetujuan bersama kedua-dua pihak yang bertikai dan tiada halangan dinyatakan dalam perlembagaan kesatuan sekerja. Perkara yang lain ialah sekiranya pertikaian tidak diputuskan menurut proses penyelesaian pertikaian dalaman, dalam tempoh 40 hari selepas rujukan ke proses penimbangtara itu, pihak yang terkilan berhak memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk suatu keputusan. penimbangtara itu, pihak yang terkilan berhak memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk suatu keputusan. Nasional, bank-bank yang diperbadankan di Malaysia atau syarikat kewangan yang merupakan anak syarikat bank itu; dan 4. tertakluk kepada kelulusan Menteri, melabur dalam syarikat koperasi berdaftar atau dalam pengusahaan perdagangan, perusahaan, pertanian atau pengusahaan bank yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia.penimbangtara itu, pihak yang terkilan berhak memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk suatu keputusan. Penyata tahunan ini sebenarnya ialah suatu penyata kewangan yang telah diaudit, untuk tempoh bermula 1 April sesuatu tahun dan berakhir 31 Mac tahun berikutnya. Bahagian VIII ini turut menyentuh mengenai kewajipan kesatuan menyimpan akaun-akaun dalam format yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan. Akaun-akaun ini perlu diaudit secara berkala sepertimana yang ditetapkan di dalam peraturan-peraturan kesatuan sekerja.

Bahagian IX hingga X: Bahagian IX melibatkan kuasa-kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan, tertakluk kepada pembentangan peraturan-peraturan ini di hadapan Dewan Rakyat pada sidang Dewan Rakyat yang pertama selepas peraturan-peraturan itu telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan. Kesalahan-kesalahan dan hukuman adalah dinyatakan dalam Bahagian X. Akta ini juga memberi kuasa kepada Ketua Pengarah, untuk memasuki, pada bila-bila masa yang munasabah, pejabat kesatuan sekerja berdaftar atau sesuatu premis atau tempat yang dia percayai ada tersimpan atau digunakan bagi maksud-maksud kesatuan sekerja itu dan menjalankan apa-apa penyiasatan dan pemeriksaan yang dianggap perlu. Jika diperlu lagi, Ketua Pengarah, dengan waran geledah dari seorang Majistret, boleh menggeledah mana-mana pejabat, premis atau tempat yang ditetapkan dalam waran itu dan merampas atau menahan sesuatu artikel atau dokumen yang mungkin diperlukan untuk tujuan pendakwaan. Bahagian XI : Peruntukan mengenai hak rayuan kepada Y.B. Menteri Sumber Manusia dalam kes-kes tertentu serta mengikut tatacara dan tempoh yang ditetapkan adalah dinyatakan di bawah Seksyen 71 Akta ini. Dalam rayuan ini, arahan atau keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif. Bahagian XII dan XIIA : Bahagian XII menerangkan bagaimana sesuatu persekutuan kesatuan sekerja ditubuhkan dan pendaftarannya dilakukan. Permohonan untuk bergabung dengan persekutuan kesatuan sekerja hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh sebulan dari tarikh kelulusan resolusi sedemikian. Bahagian XIIA menyentuh mengenai keperluan sesebuah kesatuan sekerja mendapat kebenaran bertulis sebelum bergabung atau menjadi anggota badan perunding di luar Malaysia. Bahagian ini turut menyentuh mengenai syarat pergabungan kesatuan sekerja dengan badan perunding dalam negara. Bahagian XIII : Bahagian ini hanya menyentuh tentang Peruntukan Peralihan dan Pemansuhan enakmen dan ordinan kesatuan sekerja yang lama. Jadual Pertama :

Related Documents

Keje Sivik
June 2020 15
Sivik
May 2020 19
Sivik
June 2020 13
Sivik
May 2020 24
Folio Sivik
May 2020 17
Projek Sivik
May 2020 9