Kejayaan Bermula Dengan Langkah Pertama

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kejayaan Bermula Dengan Langkah Pertama as PDF for free.

More details

  • Words: 369
  • Pages: 1
KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA Oleh HAMDAN AHMAD KEJAYAAN bermula dengan langkah pertama, bukan kedua, ketiga dan seterusnya. Banyak kejayaan yang diraih oleh individu kerana ia berjaya mengatur langkah pertama dengan baik dan berkesan. Itu merupakan kata-kata hikmat yang selalu kita dengar daripada pakar motivasi dan digunakan dalam banyak hal termasuk sukan. Kalau langkah pertama kita sudah tersilap, ia sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan dan boleh menjejaskan akan perjalanan dan tindak-tanduk kita seterusnya. Kejayaan yang ingin dicapai sudah tentu tergugat dan menjadi lebih sukar. Oleh itu, kita menerima pada dasarnya langkah pertama itu memang penting, lebihlebih lagi jika ia berlaku pada awal tahun. Ini sudah tentu boleh menjadi perangsang kepada usaha seterusnya. Kejayaan pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods dan ratu skuasy negara, Nicol Ann David, telah membuktikannya. Mereka memulakan kempen tahun 2008 dengan penuh bergaya iaitu Tiger Woods memenangi Dubai Desert Classics, Dubai dan Nicol merangkul piala Terbuka Apawamis di Amerika Syarikat. Memaparkan Melihat aksi gambar Tiger Woods dan Nicol di akhbar tempatan, memaparkan kehebatan kedua-dua jaguh sukan itu sendiri. Tidak secara langsung kita lihat keduaduanya mempunyai semacam persamaan iaitu memakai baju ‘T’ berwarna merah, berseluar dan skirt gelap dan topi serta skarf berwarna hitam. Yang membezakan kedua-dua pemain dunia ini cuma dari segi jenis peralatan sukan yang digunakan dan jantina. Yang jelas kedua-dua jaguh dunia ini telah memulakan prestasi hebat dengan langkah pertama mereka dengan baik sekali. Kejayaan yang dicapai baru-baru ini merupakan satu permulaan baik bagi tahun 2008 dan sudah tentu boleh memberi keyakinan lebih awal untuk meraih kejayaan yang lebih banyak pada masa hadapan. Kita percaya Tiger Woods dan Nicol mampu meraih lebih banyak lagi kejayaan pada masa hadapan sekiranya mereka dapat mengekalkan rentak dan prestasinya dari semasa ke semasa. Tidak menghairankan kalau suatu hari nanti Tiger Woods dijangka memecahkan rekod pencapaian legenda golf, Ben Hogan, begitu juga Nicol dapat berbuat sesuatu untuk mengatasi rekod kejayaan Jahangir Khan, legenda skuasy dunia. Kita akan lihat keupayaan sebenar mereka kerana masa dan usaha kedua-dua jaguh dunia ini akan menentukannya sama ada impian mereka dapat dicapai. Bagaimanapun, semuanya ini bermula dengan langkah pertama yang baik. •

HAMDAN AHMAD ialah Pemangku Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Utusan Malaysia, Khamis 7 Februari 2007

Related Documents

Kejayaan
May 2020 37
Disini Bermula
May 2020 3
Langkah-langkah
May 2020 45
Langkah
May 2020 38

More Documents from ""