TAJUK KARANGAN PERBINCANGAN
Melancong Di Dalam Negara Sendiri Adalah Lebih Baik Daripada Melancong Ke Luar Negara. Bincangkan.
Tempat-tempat Pelancongan Yang Menarik
Keunikan Permainan Rakyat
Keenakan Makanan Ulam
Makanan Istimewa Masyarakat Majmuk
Buah-buahan Tempatan Istimewa
TAJUK KARANGAN PERBINCANGAN
Melancong Di Dalam Negara Sendiri Adalah Lebih Baik Daripada Melancong Ke Luar Negara. Bincangkan.
Pengenalan: Trend pada hari ini – Negara Eropah, negara Asia menjadi pilihan destinasi pelancongan masyarakat Malaysia. Kita tidak sedar bahawa bumi bertuah kita juga tidak kurang hebat berbanding dengan negara lain. Terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi di negara kita. Oleh itu, kita seharusnya menumpukan pelancongan di dalam negara daripada melancong di luar negara.
1. Menjimatkan pengaliran keluar wang negara Apabila melancong di negara kita, wang perbelanjaan untuk pelancongan diperoleh semula oleh kerajaan melalui cukai yang dikenakan. Sekiranya melancong ke luar negara, segala perbelanjaan diperoleh oleh rakyat dan kerajaan negara asing – merugikan diri sendiri.
2. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman mengunjungi tempat-tempat yang belum pernah dilawati, dapat i. Menambahkan pengetahuan dan mengenali secara lebih mendalam dan lebih dekat dengan khazanah warisan bangsa di tanah air kita. ii. Mengetahui keunikan budaya dan tradisi masyarakat serta panorama di negerinegeri lain di Malaysia.
3. Membantu memajukan negara – sebagai penyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara Dengan aktiviti melancong, kita akan mengetahui apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di tempat berkenaan berbanding dengan tempat sendiri, kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk pembangunan negeri.
1. Meneroka kawasan pelancong baru dan menyediakan prasarana di kawasan tersebut Sikap suka melancong di Malaysia dapat membantu pihak kerajaan membuka lebih banyak kawasan baru sebagai tempat pelancongan walaupun kawasan itu ialah kawasan pedalaman. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan ke destinasi tersebut akan disediakan.
5. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat peluang pekerjaan bertambah - penjual kraf tangan, gerai makanan, pekerja di chalet dan penyewa peralatan rekreasi dll. taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan dan kadar kemiskinan serta kadar pengangguran dapat diatasi.
6. Melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Dengan melancong ke tempat-tempat bersejarah, rakyat diinsafkan tentang: i. perjuangan pahlawan-pahlawan bangsa (cth- Kompleks Sejarah Pasir Salak- Datuk Maharaja Lela dan konconya membunuh Residen British di Perak- J.W.W Birch) ii.perjuangan tokoh-tokoh negara untuk menuntut kemerdekaan. Pelajar disedarkan agar menghargai keamanan negara- rasa cinta akan negara berputik dan dapat dipupuk.
PENUTUP kita harus melancong di negara sendiri kerana: i. tawaran harga menarik, ii. lebih menjimatkan. iii. Menghayati warisan khazanah bertaraf dunia yang masih belum dilawati. iv. Menyahut seruan kerajaan melalui Kempen Melawat Malaysia
Frasa Indah/Kata Hikmat/ Slogan * Tak kenal maka tak cinta * Warisan budaya bangsa Malaysia * Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. * Hilang budaya, lenyaplah sesuatu bangsa * Bagai aur dengan tebing Pantun oleh YB. Dato' Sri Azalina Othman. Said. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik gagah berdiri; Mari bercuti di Malaysia indah, Nikmati kecantikan tempat sendiri.
Sekian, selamat mencuba! Hantar pada hari Jumaat ini! Terima kasih!