Kdn

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kdn as PDF for free.

More details

  • Words: 226
  • Pages: 1
KDN: J/Kuasa Bersama Tangani Gejala Mat Rempit Dan Lumba Haram KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan jawatankuasa bersama antara kementerian dan agensi yang berkaitan dalam masa terdekat bagi menangani isu mat rempit dan lumba haram. Timbalan Menterinya Jelaing Mersat berkata jawatankuasa itu bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada yang terletak di bawah bidang kuasa kementerian, jabatan dan agensi yang berkenaan. "Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan dengan isu ini," kata Jelaing dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, pada masa yang sama KDN akan meningkatkan operasi secara berterusan dengan menggunakan kuasa-kuasa sedia ada yang diperuntukkan di bawah jabatan dan agensi dalam KDN. Jawatankuasa bersama ini juga akan membincangkan isu-isu perundangan dan mewujudkan mekanisme untuk membendung gejala mat rempit dan lumba haram dan sekiranya memerlukan penambahbaikan akan dilakukan demi kepentingan masyarakat. "Kegiatan ini (mat rempit dan lumba haram) jelas menyalahi undang-undang dan satu kerugian besar kepada negara. Mereka juga menggugat ketenteraman awam dan menjadi ancaman kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya. KDN mengharapkan kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi mengatasi masalah itu. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah mengarahkan timbalannya itu untuk mengkaji punca penularan gejala lumba haram dan mat rempit yang semakin berleluasa dan mencadangkan kaedah terbaik agar gejala itu dapat diatasi. -- BERNAMA

Related Documents