Kawat Pengungsian Isi Rumah •
Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak
•
Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar
•
Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk
Kebersihan Dapur • Elakkan pemegang peri uk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak. • Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api. • Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak. Cegah Kebakaran • Makanan yang dimasak dalam "microwave" menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan tutup dengan cermat. • Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar pada stirn dan boleh menyebabkan tangan anda melecur. Keselamatan Litar Elektrik Dapur • Gunakan satu peralaran (jenis pernanas) bagi satu soket dalam satu masa. • Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus. • Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik. • Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti. • Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa Memadam Kebakaran Di Dapur Kebakaran minyak Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :• Padamkan api dapur. • Tutup permukaan dengan tudung. • Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk. • Buka penutup perlahan-lahan.
Kebakaran Oven atau Ketuhar Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :• Tutup sumber elektrik. • Ubah ke tempat terbuka / lapang. • Pastikan pintunya sentiasa tertutup Last Updated ( Monday, 17 December 2007 )