Kawasan Kajian

  • Uploaded by: xinxin
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kawasan Kajian as PDF for free.

More details

  • Words: 1,077
  • Pages: 4
Kawasan kajian Nama:Lunas Tempat:Kedah,Malaysia,Asia Koodinat:

Ada Apa Pada Nama? Adalah kurang jelas asal nama Pekan Lunas.Perkataan “ Lunas”bermakna kayu panjangpada dasar perahu dan ada di kalangan penduduk Lunas mengatakan ini merujuk kepada masa apabila sungai yang mengalir sepanjang Pekan Lunas ini adalah lebih dalam dan lebar daripada sekarang.Adalah dikatakan bahawa pada waktu itu,sampan besar biasa mudik bagi mengumpul ubi kayu dan sumber hasil lain.Sampan-sampan tersebut ditambat di jeti bersebelahan jambatan kecil berhampiran lokasi tokong cina.Jambatan asalnya dikatakan amat bsempit,lebarnya 3 kaki dan merupakan satu-satunya jalan laluan ke kawasan perkuburan yang terletak sejurus di seberang jambatan itu.Ceritanya begini,apabila terdapat upacara pengebumian ,karanda tradisi berukuran lebarnya 2 kaki 6 inci terpaksa diusung menyeberangi jambatan ini untuk ke tanah perkuburan.Jelas sukar untuk melintas kerana saiz keranda tersebut dan kesempitan jambatan itu.Walaupun bagaimanapun,kawasan perkuburan ini meliputi kawasan yang luas hingga ke bukit yang berdekatan dengan jalan utama.

Rumah Kedai Terdapat lebih kurang 100 rumah kedai lama di Lunas.Rumah kedai ini yang kebanyakannya dibina di kedua-duanya belah jalan sepanjang Jalan

Raya(dahulunya dipanggil sebagai Main Road),kemungkinan dibina sekitar awal 1900-an.Terdapat kaki lima di sepanjang bahagian hadapan rumah kedai,di bahagian bawah kedai.Hampir semua bangunan-bangunan ini mempunyai atau pernah mempunyai tingkap kayu dan cirri-ciri pengudaran tradisi di bahagian atas tingkap dan pintu.Sebahagian daripada gril dan pintu besi berlipat tampaknya telah dipasang pada sekitar 1960-an dan 1970-an dan banyak telaga udara tradisi dan telaga cahaya di bahagian belakang telah ditutup bagi membekalkan lebih banyak ruang tertutup di dalam bangunan.Tetapi yang p[aling jelasnya,bangunanbangunan ini tidak banyak berubah walaupun ada yang tampak using.Secara keseluruhannya,himpunan rumah kedai yang masih mengekalkan skala dan cirriciri asalnya ini mirip keadaan di banyak pekan-pekan kecil yang membangunan di Semenanjung Malaysia di antara awal 1900-an hingga ke 1948-an.Jalan utama pecan ini iaitu Jalan Raya merupakan jalan raya yang amat sibuk.Beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan di persekitaran bagi membekalkan tempat tinggal dan kemudahan yang diperlukan untuk menampung perkembangan industri di daerah Kulim.Dalam beberapa tahun kebelakangan ini,balai polis lama telah ditinggalkan dan kemudahan-kemudahan baru telah dibina di kawasankawasan baru yang berhampiran.Tetapi pecan ini masih “ hidup”dan mesra,dan perniagaan masih bertenaga dan nyata masih mampu berkhidmat npada masyarakatnya.

Perniagaan Tradisi Beberapa perniagaan tradisi masih kekal di tempatnya,walaupun ada yang merosot akibat perubahan cara hidup.Tukang emas,pajak gadai,kedai ubat dan kedai runcit boleh dikatakan masih kekal giat.Perniagaan makanan juga amat aktif dan Lunas terkenal dengan kedai itik panggangnya yang megah bergelar yang terbaik di Negara ini.Tetapi hanya 2 peniaga getah sahaja yang masih wujud dan mereka telah mempelbagaikan perniagaan,salah satunya juga menjual racun serangga dan racun perosak.Tukang gigi,tukang jahit,kedai arak,kedai ubat cina tradisi serta kedai colok tetap lengkap dengan semua jenis peralatan tradisi.Namun begitu,kedai ubat tradisi terpaksa mula menjual pelbagai barang runcit.Tukang besi yang mampu menghasilkan pelbagai jenis barangan seperti baldi dan senduk,kini lebih menghasilkan saluran air dan saluran paip.

Bangunan Istimewa Selain itu,daripada deretan rumah kedai,terdapat juga beberapa bagunan istimewa seperti tokong cina,kuil india,pasar,SJK(C)Hwa Min dan Tadika Lonhg Liang

Sun.Bangunan yang paling unggul di pecan ini adalah Soon Mansion yang dibina olah Baba Lee pada tahun 1928.Walaupun tidak berpenghuni pada masa sekarang ,namun penampilan rumah agam di dalam lamanya yang besar dapat menarik perhatian pelawat.Di sebaliknya,No.69A Jalan Raya adalah rumah batu sederhana terletak di hujung deretan rumah kedai.Dibina pada tahun 1951 ianya adalah satusatunya rumah batu satu tingkat di pecan lama. Kira-kira 1 kilometer daripada Pekan Lunas,di jalan menuju ke Padang Serai,terletak 2 bangunan unik. “ Rumah Sam”adalah contoh rumah kayu melayu kacukan dengan cirri-ciri elemem cina.Rumah Ibu dibina di atas tiang dan pintu utama berada di tengah dengan tingkap di dua belah sisinya.Berada hadapannya ,selang dan rumah dapurnya pula mengadapatasikan senibina Melayu tradisional.Di selang,terdapat 2 tiang pata dan lepa klasik yang jelas didirikan lebih awal dari rumah kayu.Akan tetapi hingga kini asal-usulnya masih belum dapt dipastikan.Di seberang jalan pula terdapat Sekolah I nggeris Lunas(dibina pada tahun 1963)yang sekarang digunakan sebagai kilang colok,walaupun bangunan asalnyan masih lagi sempurna.

Lunas terletak di Negeri Kedah iaitu di Daerah Kulim.Kwasan ini si bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim(MPKK). Keluasan Lunas ialah 1214056 meter persegi(Sumber:Pejabat Dearah Kulim).Kawasan perumahan ini terletak di sebelah barat laut daerah Kulim.Kedudukannya ialah kira-kira 10 kilometer dari daerah Kulim dan 12 kilometer dari arus laut.Liputan kawasan kajian ini meliputi Mukim Lunas ,Mukim Sungai Seluang,Mukim Padang Cina danMukim Naga Lilit.Terdapat dua batang sungai berhampiran dengan kawasan kajian saya iaitu Sungai Jarak dan Sungai Kulim.Secara umumnya,keluasan kawasan kajian lebih kurang 5km persegi.Saya menggunakan kaedah konsentris iaitu mengira sempadan kajian yang jarak jejarinya 5 km dari Pekan Lunas. Bentuk muka bumi kawasan ini adalah merupakan tanah pamah dan tanah beralun .Merujuk batu aras yang dicatatkan,Sungai Limau(18.9m),Batu Enam Lunas(17.01m),Batu Tujuk Lunas(13.20m),Permatang Tok Dik(10.49m)dan Padang Serai(10.79m).Disebabkan kawasan ini tanah pamah dan tanah beralun oleh itu kawasan perumahan banyak didirikan di atas kawasan ini.Terdapat 23 buah kampong dan 55 buah taman di Lunas.Antaranya taman-taman tersebut ialah Taman Seri Sentosa,Taman Desa Sentosa,Taman Desa Permai.Taman Kijang,Taman Sejahtera 1&2,Taman Sang Kancil,Taman Makmur 1&2,Taman Perumahan Awam 3 dan lain-lain taman.

Bagi membuat kawasan perumahan,syarikat pemaju telah menebang pokok-pokok getah.Beberapa buah sekolah juga didirikan di sini.Antaranya ialah SJK(C)Hwa Min, SJKSungai Seluang, SJK(T) Lunas dan SMK Lunas.Pada awalnya kawasan ini dimajukan oleh pemaju Syarikat Usaha Lunas Sdn.Bhd. sekitar tahun 1976 hingga 1987 manakala LLS Lunas Development Sdn.Bhd memajukan Lunas sehingga sekarang setelah mengambil alih . Lunas mengalami iklim jenis khatulistiwa ,purata suhu 27°C iaitu 72500mm dan hujan tahunan melebihi 2500mm.Kawasan Lunas menerima hujan yang lebat sepanjang tahun terutamanya pada bulan Mei dan Oktober.Dengan iklim yang dialaminya itu,kawasan Lunas amat sesuai untuk kegiatan pertanian,petempatan dan kegiatan sosio-ekonomi yang lain. Pekan Lunas dihubungkan dengan tempat-tempat lain seperti Kulim,Padang Serai serta Bukit Mertajam melalui jalan raya ataupun lebuh raya.Perjalanan dengan menaiki bas awam dari Lunas ke Kulim mengambil masa kira-kira 15 minit.Tambang bas ialah RM 2.00 manakala bagi murid sekolah yang memakai pakaian seragam sekolah ,tambang bas yang dikenakan ialah RM 1.00. Jalan yang menghubungkan kawasan kajian ini dengan Kulim tidak begitu baik seperti yang terdapat pada hari ini.Pada peringkat awalnya penduduk di Lunas ini mengambil masa 15 minit untuk sampai ke Kulim melalui Kelang Lama dengan menaiki kenderaan.Dengan peningkatan taraf hidup serta pelebaran jalan raya serta lebuh raya telah mempercepatkan masa perjalanan ke Kulim dari Lunas kepada kira-kira 8 minit. Kawasan ini mempunyai beberapa fungsi.Antaranya ialah sebagai tempat kediaman, ekonomi, dan social.Di kawasan Lunas terdapat banyak tempat kediaman yang jenis rumah setingkat,berhampiran dengan kedai,pos office,taman permailnan,klinik/farmasi dan sebagainya bagi memudahkan mendapat perkhimatan-perkhimatan yang terdapat disana.Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan,contohya perniagaan makanan,minuman,barang runcit,buku dan lainlain.Jenis perkhimatan yang disediakan adalah seperti membuat cermin mata,mambaiki kenderaan/eletronik dan sebagainya. Saya memilih Lunas sebagai kawasan kajian kerana terdapat

Related Documents

Kawasan Kajian
May 2020 19
Kawasan Kajian
May 2020 24
Kawasan Kajian
May 2020 21
Kawasan
May 2020 28

More Documents from "ISKANDAR BIN YAZID"

Kawasan Kajian
May 2020 24