Kawasan Kajian Brickfields

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kawasan Kajian Brickfields as PDF for free.

More details

  • Words: 235
  • Pages: 1
Latar Belakang Nama “Brickfields” berasal dari perkataan Inggeris “brick” yang bermaksud “batu-bata”, dan “fields” yang bermaksud “padang”. Pada suatu ketika dahulu, terdapat banyak tempat menghasil batu-bata yang juga berkualiti tinggi di sini. Batu-bata tersebut dikeringkan atas padang sebelum ia sedia untuk dijual. Ini adalah satu teori asalnya nama Brickfields. Pada zaman kedatangan British,pihak pemerintah telah membina depoh asal Keretapi Tanah Melayu di sini. Orang India telah dibawa masuk dari India oleh pihak British untuk membantu bina rel kereta api dan bekerja di depoh ini. Mereka tinggal di kuarters di sekeliling Brickfields, ada juga yang masih wujud sehingga hari ini. Kaum India tersebut terus menetap di sini setelah kerja-kerja telah siap dan memulakan hidup baru di negara asing. Mereka mula membina kuil-kuil dan kedai-kedai makanan India. Brickfields juga dikenali kerana mempunyai banyak tempat beribadat untuk pelbagai agama. Pada hari ini, terdapat beberapa kuil Hindu, kuil Buddha, kuil Cina, Masjid dan juga gereja di sekitar Brickfields.

Lokasi Brickfields ialah sebuah perbandaran dan kawasan penempatan di pinggir pusat Bandar Kuala Lumpur,Malaysia. Ia adalah satu-satunya tempat di Kuala Lumpur yang masih lagi menggunakan nama Inggeris. Brickfields disempadani oleh Sentul di utara, Seremban di selatan, Ampang/Cheras di timur, Lebuhraya Persekutuan di barat.

Jarak Jarak Brickfields dari Bandaraya Kuala Lumpur ialah 2 kilometer sahaja. Jarak ke Pusat Membeli-belah yang terbesar di Malaysia (MidValley) ialah 2 kilometer sahaja manakala jarak dari Putrajaya ialah 31 kilometer. Brickfields merupakan Bandar utama di Kuala Lumpur.

Related Documents

Kawasan Kajian
May 2020 19
Kawasan Kajian
May 2020 24
Kawasan Kajian
May 2020 21
Kawasan
May 2020 28