ASAS KAUNSELING PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETES DR HANIHASELAH MOHD SALEH PAKAR PERUBATAN KELUARGA KLINIK KESIHATAN BANDAR MAS, KOTA TINGGI
OBJEKTIF THERAPI DIET • Memahami kepentingan terapi diet bagi kes Diabetis. • Memberi kaunseling asas terapi diet kepada pesakit Diabetis. • Mengawal paras glukosa di dalam darah. • Membantu mengawal berat badan • Menilai kepatuhan pesakit terhadap amalan diet.
KEPENTINGAN TERAPI DIET • Kegagalan sistem kawalan gula dalam darah akibat malfungsi insulin sepenuhnya (DIABETIS JENIS I) atau separa (DIABETIS JENIS II). • Paras gula tinggi dan memberi kesan keracunan. • Kerosakan mata, jantung, buah pinggang dan saraf serta mengganggu sistem peredaran darah di otak dan kaki. • Oleh itu, pesakit Diabetis perlu membawa aras gula darahnya kepada paras normal bagi mengelakkan komplikasi daripada keracunan tersebut.
Sistem Kawalatur Gula Darah Glukosa dibawa dalam sel Glukosa glikogen
Pankreas membebaskan insulin
Glukosa darah ↑
Normal Range
Glikogen glukosa
Pankreas membebaskan glukagon
Glukosa darah ↓
Apabila sistem kawalatur tidak berfungsi…. • Hyperglycemia atau hypoglycemia. • Hyperglycemia biasanya dikaitkan dengan “diabetes mellitus”. • Dianggarkan 30 – 50% pesakit diabetis tidak mengetahui mereka mengalaminya. • Hypoglycemia adalah jarang berlaku.
Eating Right • The health professional with the greatest expertise in providing Medical Nutrition Therapy for diabetes is a dietitian knowledgeable and skilled in diabetes management. • However, it is essential that all team members involved in diabetes treatment and management be knowledgeable about Medical Nutrition Therapy and supportive of the patient’s need to make lifestyle changes.
The ABC of Healthy Eating Eating is so habitual that most people give hardly any thought on foods they choose to eat. When planning a diet try to make sure that it has the following characteristics: • Adequacy • Balance • Calorie Control • Moderation • Variety
PEMAKANAN MEMPENGARUHI ARAS GULA Ianya bergantung kepada… • Masa makan • Jenis makanan • Jumlah makanan
PENJAGAAN MAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETES PERHATIAN UTAMA ADALAH: (3’J’) a) Jenis makanan yang anda pilih b) Jumlah makanan yang anda makan sepanjang hari c) Jangka masa diantara sajian utama dan makanan ringan
PERATURAN ASAS MENDAPATKAN ARAS GULA DARAH TERKAWAL • Makan amaun makanan yang sama setiap hari • Makan pada masa yang sama setiap hari • Jangan melangkahi waktu makan • Makan ubat pada masa yang sama setiap hari • Bersenam pada masa yang sama setiap hari
PANDUAN PEMAKANAN PESAKIT DIABETIS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Ambil makanan seimbang Elakkan gula ringkas Kawal pengambilan karbohidrat Kurangkan lemak Kurangkan sodium Lebihkan fiber Kawal berat badan
1. AMBIL MAKANAN SEIMBANG • Pastikan makanan harian pesakit Diabetis mengandungi kumpulan-kumpulan makanan pemberi tenaga, makanan pembina tubuh dan mekanan yang menjauhkan penyakit.
4 FAKTOR YANG PERLU DIINGAT 1. Makan makanan yang seimbang 2. Makan lebih banyak makanan serat 3. Makan makanan secara sekata : i) 3 makanan utama (jika mengambil ubat tablet) ii) 3 makanan utama dan 3 kudapan sehari (jika mengambil suntikan insulin)
Mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal
2. ELAK GULA RINGKAS • Gula ringkas adalah semua jenis gula rantaian pendek (monosakarida, disakarida) yang mudah dihadamkan dalam bentuk glukosa dan cepat diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah.
Contoh gula ringkas: Glukosa Gula-gula Gula pasir Gula melaka Gula kabung Gula batu Coklat
Kuih-muih manis Buahan dalam tin (air gula) Biskut berinti jem, krim Roti jem, kacang, kelapa, krim Susu pekat manis Bijirin bersalut gula Minuman bergas
Madu Jem Kaya ‘Marmalade’ Kordial Jus segera Kek
• Secara teori, dibenarkan sebanyak 5% pengambilan gula ringkas dalam sehari tidak secara bersendirian sebaliknya dalam bentuk gabungan bersama gula kompleks dan fiber.
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN -
Ais krim - Gula perang Susu pekat manis - Madu Buah-buahan dlm tin - Kek Semua kuih kuih manis - Coklat Glukos - Biskut manis - Gula pasir - Jem - Gula merah - Kaya - Minuman ringan (botol, tin dan kotak)
3. KAWAL PENGAMBILAN GULA KOMPLEKS • Gula kompleks adalah sumber gula rantaian panjang atau lebih dikenali sebagai karbohidrat (polisakarida). Gula jenis ini lambat dihadamkan ke bentuk glukosa dan oleh itu lambat diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah.
PRINSIP KAWALAN KARBOHIDRAT • Keperluan harian adalah sebanyak 50 – 55% daripada jumlah tenaga harian. Kajian menunjukkan pengambilan melebihi 60% telah meningkatkan aras lemak Trigliserid dan HDL-kolesterol. • Diagihkan kepada 3 sajian utama bersama / tanpa 2 – 3 snek. • Konsep sajian ‘small and frequent’. • Pertukaran dalam kumpulan yang sama adalah berasaskan kepada 10 gram karbohidrat.
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA A) Makanan Karbohiderat/berkanji i. Hasil bijiran: - Nasi putih - Cornflakes - Beras India - Nestum, Oats - Roti putih - Biskut Cream crackers - Roti Jagung - Apam - Mee - Putu Mayam - Mihun - Roti canai/Capati/Thosai
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA ii) Sayuran-Sayuran - Lobak merah - Kentang - Ubi kentang - Keledek iii) Kekacang: - Kacang dal - Kacang hitam - Kacang hijau - Kacang merah
Berkanji: - Keladi - Labu manis - Sukun - Kacang Panggang
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA iv) Susu: - Susu segar - Susu UHT
- Susu cair - Susu tepung
v) Buah-buahan:
- Limau - Epal hjau/merah - Oren - Betik
- Tembikai - Nenas - Rambutan - dll
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN TAPI MESTI DIKAWAL KUANTITINYA A) Makanan Berprotin:
- Ayam - Ikan - Daging
- Telur - Keju - Makanan Laut
F) Makanan Berlemak: - Minyak memasak (lebih baik jika gunakan jenis poliunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari dll)
- Majerin poliunsaturated
4. KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK • • • •
Lemak darah : kolesterol dan trigliserid. Kolesterol :pengambilan makanan tinggi kolesterol. Trigliserid :lebih pengambilan lemak / tenaga total. Kes Diabetis: gula berlebihan di anggap sebagai lebihan tenaga dan ditukar kepada lemak simpanan yang mana komponen utamanya adalah trigliserid. • Cenderung kepada hiperlipidemia: dikaitkan dengan penyakit-penyakit vaskular iaitu Penyakit Jantung Koronari, Hipertensi dan Strok.
JENIS LEMAK MAKANAN 1. Kolesterol • •
•
Kumpulan lemak berwarna kuning yang terdapat hanya daripada sumber haiwan. Contoh: Lemak dan kulit ayam / daging, minyak haiwan, kuning telur, susu penuh krim dan hasilnya, organ dalaman haiwan dan kerangan laut. Lemak ini merupakan komponen utama Hiperlipidemia.
2. Asid lemak tepu • Kumpulan lemak yang dipenuhi dengan molekul hidrogen pada rantaiannya, bersifat solid pada suhu bilik, membeku pada suhu peti sejuk, stabil secara kimia dan tahan lama. • Contoh: Lemak haiwan, minyak dan santan kelapa, minyak kernel sawit. • Lemak ini membentuk LDL & VLDL, mengangkut kolesterol dari hati ke aliran darah arterosklerosis.
3. Asid lemak tidak tepu • Kumpulan lemak yang masih ada rantaian molekul hidrogen yang kosong, bersifat cecair pada suhu bilik. Merupakan asid lemak perlu kerana tubuh tidak dapat mensintesisnya. • Contoh: Minyak sayuran seperti minyak zaitun, olein sawit, minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak kacang. • Lemak ini membentuk HDL, mengangkut kolesterol dari salur darah ke hati.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN SODIUM • Melambatkan atau mengelakkan Hipertensi dan penyakit-penyakit buah pinggang. • Garam makanan terbahagi kepada: – Garam nyata (masin : Sodium Klorida) – Garam tersembunyi (tidak masin : Sodium Bikarbonat, Monosodium Glutamat, Sodium Benzoat, Sodium Sitrat).
Sumber sodium: ♦ Garam masakan – garam halus / kasar ♦ Agen perasa – kiub/serbuk, belacan, petis, krim, mayonis, sos barbeque, kicap, sos cili/tomato/tiram. ♦ Pati makanan – pati sayur / daging / ayam / ikan. ♦ Agen penaik – baking powder, sodium bikarbonat dan makanan yang diperbuat daripadanya. ♦ Makanan yang dijeruk / digaram / dimasinkan – telur masin, ikan masin, sayur masin, taucu, tausee, buahan jeruk, budu, cencaluk. ♦ Makanan terproses – sardin yang ditinkan, lauk/makanan segera, kacang panggang yang dalam tin, burger, sosej, hot dog, ham, bacon, keropok, snek berperisa dan keju.
6. LEBIHKAN FIBER • Fiber adalah bahagian makanan (tumbuhan) yang tidak dapat dihadamkan. Fiber dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu fiber larut air dan fiber tidak larut air. • Saranan harian : 30 – 40 gram sehari • Utamakan pilihan berikut dalam diet seharian: – bijirin penuh (roti, beras dan tepung) – sayuran dan buahan. – kekacang
KUMPULAN FIBER Fiber Larut Air: • Jenis: Pektin, guar gum, polisakarida tumbuhan dan hemiselulos. (bijirin penuh, kekacang dan buahan) • Kelebihan: 1. Melambatkan penyerapan glukosa ke dalam darah. 2. Melambatkan pengosongan perut, memberi rasa kenyang yang lama dan sesuai sebagai diet penurunan berat badan. Fiber Tidak Larut Air: • Jenis: Selulos dan bran. (sayuran) • Kelebihan: – Daya menyerap air yang tinggi, oleh itu ia dapat mencegah sembelit.
7. KAWAL BERAT BADAN • Pesakit obes…..kurang berat……… • Pesakit berat ideal: kekalkan dengan baik. • Sebarang perubahan dalam berat turut mempengaruhi aras gula dalam darah. – Sebagai contoh, IDDM yang mengalami penurunan berat badan yang berterusan atau NIDDM yang mengalami peningkatan berat badan akan menunjukkan bacaan aras gula darah yang tinggi. • Penurunan berat bagi GDM dan IDDM kanakkanak tidak dibenarkan, sebaliknya pertambahan mengikut carta.
Why Lose Weight …… • Weight loss helps diabetics in two ways • It lowers insulin resistance – This allows natural insulin (in Type 2) to do a better job.
• It improves blood lipids and blood pressure – Patients with diabetes are twice as likely to get cardiovascular diseases as most people.
Agihan Kalori Harian Minum Petang 10% Makan Tengahari 30%
Minum Pagi 10%
Makan Malam 30%
Sarapan Pagi 15%
Minum Malam 5%
CONTOH MENU Hidangan Waktu makan Bfast 7am - 8am
Makanan yang disarankan a) 2 keping roti jagung/gandum @ 6 keping biskut krim kraker atau 1 cawan oat/cornflakes @ 1 cawan nasi/mihun/kuey teow b) 2 sudu teh marjerin poli tak tepu (cth: Dorina, Vitalite, Sunflower) c) 2 sudu makan bumbung susu rendah lemak @ tanpa lemak (x gula)
Mtea
10am
a) 1 keping roti jagung/gandum @ 3 keping biskut krim kraker b) Air kosong @ tehO @ kopiO (x gula)
Lunch
12noon - 1pm
a) 1 cawan nasi putih @ mihun @ kuey teow @ 2 keping roti jagung b) 1 ketul / keping sedang (60g) ikan* c) 1 cawan sayur daun (minimum) atau lebih* d) 1 biji / keping nipis buah e) air kosong * dibenarkan menggunakan hanya 2 sudu teh minyak masak bagi memasak bahan-bahan yang bertanda
Atea
4pm - 5pm
a) 1 keping roti jagung/gandum @ 3 keping biskut krim kraker b) Air kosong @ tehO @ kopiO (x gula)
Dinner
7pm - 8pm
Jenis makanan & sukatan sama seperti Lunch (ikan diganti dengan ayam / daging seberat (30g))
Supper
10pm - 11pm
a) 2 sudu makan bumbung susu tepung rendah lemak @ tanpa lemak (cth : Anlene, Dutch Lady Low Fat, Omega 3:6)
BUAH-BUAHAN • Mempunyai jumlah kandungan gula tertentu • Hendaklah tidak dimakan > 2 kali sehari • Lebih baik dimakan bersama-sama dengan hidangan lain daripada dimakan berasingan • Elakkan jus buah-buahan kerana ia boleh meningkatkan aras gula dlm darah dengan cepat
PANDUAN MEMILIH BUAH • Tinggi kandungan fiber.sumber vitamin & mineral. • Pilih buah rendah ‘GLISEMIC INDEX’ (glysemic index – index penunjuk kadar penyerapan gula drpd buah ke darah) • Hadkan kpd 1-2 pertukaran sehari • Elakkan pengupasan kulit • Makan secara terus, tidak dikisar.
SENARAI BUAH BERDASARKAN INDEKS GLISEMIK • • • • • • • • • • •
Durian Pisang Jambu batu Anggur Rambutan Epal merah Limau Epal hijau Betik Belimbing Tembikai
JUMLAH PENGAMBILAN BUAHBUAHAN BUAH-BUAHAN JUMLAH -
Epal Pisang Oren Belimbing Jambu (Guava) Mangga Limau gedang Pear
1 biji sederhana 1 biji sederhana 1 biji sederhana 1 biji sederhana 1 biji sederhana 1 biji kecil 1 biji kecil 1 biji kecil
BUAH-BUAHAN - Manggis - Anggur - Duku - Langsat - Logan - Lychee - Rambutan - Betik - Tembikai - Nanas - Durian - Nangka
JUMLAH ½ biji sederhana 10 biji sederhana 8-10 biji kecil 8-10 biji kecil 8-10 biji kecil 4-6 biji 4-6 biji 1 potong nipis 1 potong nipis 1 potong nipis 1 ulas besar/ 2 ulas kecil 1 ulas besar/2 ulas kecil
PEMANIS TIRUAN • Memberikan rasa manis tanpa menaikkan aras gula darah. • Sesuai dicadangkan kepada pesakit yang baru mendapat Diabetis yang mana sukar mengawal tabiat suka kepada bahan makanan/minuman manis. • Tidak digalakkan untuk kegunaan harian di atas faktor psikologi. • Ada di antara pemanis tiruan yang mengandungi sumber tenaga (kalori) dan ini tidak digalakkan kepada pesakit yang obes.
MAKANAN KHAS DIABETIS • Penjualan semakin berleluasa. • Mengandungi kalori yang kadangkala melebihi kalori asal produk sebelum modifikasi dan harganya adalah lebih tinggi. • Dibuat dengan cara modifikasi kandungan karbohidrat asal juga bahan-bahan lain untuk menerbitkan rasa yang lebih sedap di samping penggunaan gula tiruan sebagai pemanis. • Termasuk dalam kumpulan makanan yang perlu dikawal bukannya yang bebas dimakan oleh kerana ia masih mengandungi kalori dan / atau karbohidrat.
MAKANAN KHAS DIABETIS • Jem diabetis : guna fruktosa asli atau gula tiruan. Ketahanan produk dipertikaikan dengan ketiadaan sukrosa (pemanis dan pengawet biasa) juga pewarna dan pengawet kimianya. • Minuman ringan (diet soft drinks) : Menggunakan gula tiruan samada yang berkalori atau tidak. • Jus buahan : masih ada karbohidrat asli. • Gula-gula : Sorbitol digunakan sebagai gula tiruan ~ berlebihan boleh diarrhoea. • Coklat: perlu kandungan lemak yang lebih untuk teksturnya dan kalorinya adalah tinggi , ada sorbitol.
BERPUASA • Digalakkan kepada Diabetis Jenis II yang obes. • Tidak digalakkan bagi kes komplikasi buah pinggang, hipoglisemia dan ketoasidosis, jantung, strok, kerosakan saraf dan demam virus. • Sahur menghampiri Imsak dan makanan berbuka diagihkan untuk selepas maghrib dan selepas terawih. Regim 3 sajian sehari. Senaman tidak digalakkan semasa berpuasa ~ dehidrasi dan hipoglisemia. • Lakukan ujian darah terutama selepas pukul 3 – 4 p.m.dan 2 jam selepas berbuka untuk memastikan aras gula darah tidak mencapai tahap hipoglisemia atau hiperglisemia.
Plan diet adalah bergantung kepada : • Umur, jantina, berat badan, ketinggian dan tahap aktiviti pesakit. • Jenis Diabetis iaitu Jenis I atau Jenis II. • Jenis ubat, amaun dan masa pengambilan. • Keperluan pemakanan individu. • Status ekonomi, corak pekerjaan dan budaya.
RUJUKAN KEPADA DIETITIAN • SEMUA PESAKIT DIABETES YANG OBESE • PESAKIT DIABETES YANG TIDAK TERKAWAL. • PESAKIT DIABETES DENGAN KOMPLIKASI – ESRF DENGAN DIALISIS, POST-STROK DLL.
Thank You for your attention