Kaum Di Malaysia.docx

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kaum Di Malaysia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 683
  • Pages: 17
KADAZAN

IBAN

ULU

KELABIT

BIDAYUH

SIKH

PENAN

KAYAN

MELANAU

BABA NYONYA

SERANI

MAMAK

JAWI PEKAN

JAWI PERANAKAN

CINDIA Kaum ini merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya.

Kaum ini adalah salah satu rumpun dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum ini amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah, sebelum kaum ini dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang.

Kaum ini diberi gelaran ciptaan politik untuk mengumpulkan kira-kira 27 kelompok etnik kecil tetapi berbeza di Sarawak, Malaysia dengan populasi di antara kurang 300 orang hingga lebih 25,000 orang. Istilah kaum ini bukan merupakan istilah rasmi dan tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia.

Kaum ini ialah kaum Bumiputera Sarawak yang tinggal di pergunungan Sarawak dan sedikit di Brunei. Mereka berkait dengan kaum Lun Bawang. Kebanyakan golongan ini menganut agama Kristian. Dengan anggaran pada tahun 2013 jumlah penduduk seramai 6,600 orang.

Kaum ini adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu: 1. Selakau/Lara (Daerah Lundu) 2. Jagoi/Singai (Daerah Bau) 3. Biatah (Daerah Kecil Padawan) 4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)[1] 5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau) Mereka kebanyakannya beragama Kristian.

Kaum ini adalah antara kaum minority yang membentuk bangsa Malaysia. Mereka menganut agama Sikh dan mempunyai budaya tersendiri. Mereka juga dikenali sebagai kaum Punjabi.

Penan ialah suku pribumi di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka banyak tinggal di hutan berhampiran dengan Limbang , Gambang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram. Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.

Kau mini merupakan kaum yang tinggal di kawasan hulu Sungai Rajang serta Sungai Baram di Borneo. Mereka dikategorikan sebagai sebahagian dari orang Ulu. Kaum ini mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah panjang. Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam, menanam padi sawah, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai.

Kau ini ialah salah satu kaum utama di negeri Sarawak. Dahulunya, sama seperti kaum Iban, kaum ini juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat ini pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai.

Kaum ini adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini.

Istilah ini merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang merupakan hasil daripada perkahwinan campur antara tentera Portugis dan orang tempatan pada abad ke-16 dan menganut agama Katolik Roma.[1] Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang.

Istilah ini merujuk kepada masyarakat India – Muslim. Istilah ini sebenarnya berasal daripada bahasa tamil yang mempunyai pelbagai maksud. Dalam konteks di Malaysia, kanak-kanak pelbagai kaum semuanya diajar untuk memanggil jiran dewasa, pemilik kedai atau orang yang tidak dikenali dengan panggilan ini kerana ia menunjukkan hormat kepada orang yang lebih tua.

Kaum ini merupakan masyarakat kacukan IndiaMelayu. Masyarakat ini terbentuk di zaman Malaya British apabila saudagar India berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Bagaimanapun, tidak banyak keturunan masyarakat ini yang tinggal hari ini di Malaysia dan Singapura. Kebanyakannya telah berasimilasi dengan bangsa Melayu dan dikenali kini sebagai Melayu.

Kaum ini adalah kaum yang juga berkait rapat dengan Jawi Peranakan, mereka kacukan Melayu dengan etnik India di bahagian utara iaitu Arab, Punjabi, Benggali, Turki, Parsi, Gujerati dan Afghani.

Kau mini adalah kaum yang terjadi daripada perkahwinan campur kaum Cina dan India. Ratarata rakyat Malaysia ramai yang terdiri daripada kau mini kerana kedua-dua kaum ini adalah antara kaum majoriti di Malaysia selain kaum Melayu.

Related Documents