LATIHAN E-SERVICES KOMUNITI (FASA 3) KANDUNGAN MODUL PENGAJARAN 1. Latarbelakang 2. Objektif 3. Pengenalan 3.1. E-Kerajaan 3.1.1.MyEG (Tutorial) (a) Lampiran
3.1.2.MSC,MDeC (Tutorial) (a) Lampiran 3.1.3.Virtual Malaysia (Tutorial) (a) Lampiran
3.2. E-Pembelajaran 3.2.1.E-Pembelajaran (a) Lampiran (Pengenalan) 3.2.2.i-Teacher (Tutorial) (a) Lampiran 3.2.3.Edunovice (Tutorial) (a) Lampiran
3.3. E-Perdagangan 3.3.1.E-Dagang (Tutorial) (a) Lampiran 1
3.3.2 Agribazaar (Tutorial) (a) Lampiran 3.3.3 E-Perolehan (Tutorial) (a) Lampiran
3.3.4 Online Payment Gateways (Tutorial) (a) Lampiran 3.3.5 Lelong.com (Tutorial) (a) Lampiran
4
Latihan Portal 4.3 Laman Utama 4.4 e-Kerajaan 4.5 e-Pembelajaran 4.6 e-Kedai 4.7 Kalendar Peristiwa 4.8 Galeri Media 4.9 Forum 4.10PID TV 4.11Iklaneka
5
Selingan dan “Tresure Hunt”
6
Soalan Ujian
7
KPI
1. Latarbelakang 2
Latihan e-services fasa 1 dan 2 telah dilakukan untuk Pengurus, Penolong Pengurus dan dua orang wakil komuniti. Bagi fasa 3 ini pula, anda selaku wakil komuniti yang telah menghadiri kursus perlu menyampaikan dan berkongsi maklumat kepada komuniti yang lain. Oleh itu, modul pengajaran ini telah disediakan bagi persediaan anda.
2. Objektif Modul pengajaraan latihan eservices fasa 3 ini disediakan bertujuan untuk memudahkan anda sebagai tenaga pengajar menyampaikan maklumat dan pengajaran dengan lebih mudah, tepat dan mengikut klasifikasi cara pengenalan eKerajaan, e Pembelajaran dan eDagang serta pengajaran penggunaan portal PID. Melalui penyampaian ini dapat rnenggalakkan komuniti menggunakan PID bagi mengakses pelbagai perkhidmatan elektronik dan menggunakan portal PID www.pid.net.my dengan sepenuhnya.
3. Pengenalan (EKerajaan, E Pembelajaran, EPerdagangan) Pada sesi ini, anda perlu mengadakan sesi perkongsian (Sharing Session) dimana berdasarkan Slide Powerpoint serta Lampiran penuh yang telah disediakan. Ceritakan pemahaman anda semasa sesi bersama penceramah luar pada Latihan eServices Fasa 2 di Tanjung Bungah Beach Resort serta memberikan pendedahan melalui Slide yang telah disediakan. Lampiran slide disertakan bagi memperlihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai topik yang diterangkan kepada komuniti yang berminat.
3
4. Latihan Portal PID Modul latihan portal PID yang disediakan adalah mengikut klasifikasi pembelajaran mengenai cara penggunaan portal sepenuhnya oleh komuniti.
5. Selingan dan “Tresure Hunt” Selingan ini perlu dilakukan bagi menceriakan suasana dan membuatkan sesi pengajaran anda menjadi lebih menarik. Melalui senarai selingan yang diberikan, sila dapatkan kerjasama Pengurus dan Penolong Pengurus anda sekiranya perlu. Anda boleh melakukan selingan rekaan sendiri jika ada. “Tresure Hunt”ini WAJIB dilakukan setelah semua sesi selesai dengan tujuan menguji tahap pemahaman dan juga penggunaan para peserta terhadap portal yang telah diajari. Ini juga adalah salah satu aktiviti yang menarik dan menghiburkan. “Tresure Hunt” ini adalah seperti yang dilakukan pada latihan eservices yang lepas.Sila lihat Lampiran yang telah disediakan.
6. Soalan Ujian Soalan ujian yang telah disertakan adalah bertujuan menguji sejauh mana pemahaman peserta anda setelah latihan dilakukan. Semua peserta yang terlibat perlu menduduki ujian ini diakhir sesi bagi memenuhi KPI untuk mendapatkan sijil. 4
7. KPI Latihan di atas diberikan kepada komuniti sebagai persediaan untuk membangunkan komuniti yang berilmu dan bermaklumat disamping membantu individuindividu yang ingin menambahbaik keadaan sosioekonorni mereka menerusi penggunaan perkhidmatan elektronik, Sehubungan itu, pihak Kementenian menggariskan beberapa KPI yang perlu dicapai oleh setiap PID dalarn usaha mencapai objektif di atas:
i. Setiap PID perlu membantu 5 orang daripada 10 orang ahli kornuniti yang dilatih untuk menjadi pengguna aktif dengan membuka akaun pengguna dan membuat transaksi di manamana platform dalam talian seperti agribazaar, virtualmalaysia, lelong.com, ebay dan sebagainya menjelang Ogos 2009;
ii. Menerusi aktiviti di atas (7i) dan juga ekedai di www.pid.net, setiap PID perlu membantu komuniti menjana pendapatan sekurangkurangnya RM1 000 menjelang akhir tahun 2009 (pendapatan total komuniti).
Latihan di atas perlu disegerakan seperti yang dirancang. Sebaik sahaja latihan ni selesai, segala datadata yang digunakan semasa latihan akan dihapuskan dan portal PID akan mula beroperasi secara live. Pengguna yang telah dilatih akan mengaktitkan portal PID dengan bisness dan transaksi sebenar.
5