Kajian Tempatan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tempatan as PDF for free.

More details

  • Words: 866
  • Pages: 5
KAJIAN TEMPATAN B L O G I N I A K A N M E M PA M E R K A N S E G A L A A K T I V I T I P E M B E L A J A R A N M U R I D YA N G B E R A S A S K A N P R O J E K .

T E M A : M E N G E N A L N E G A R A K I TA Tema ini membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan di dunia. Malaysia terletak di Garisan Khatulistiwa beriklim panas dan lembab sepanjang tahun. Murid juga didedahkan dengan kawasan zon iklim dunia bagi melengkapkan pengetahuan mereka tentang iklim dunia. Dari aspek fizikal, negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang mempunyai kepentingan tertentu. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar serta habitatnya.

T E M A : S E J A R A H N E G A R A K I TA Tema ini membincangkan sejarah negara kita bermula dengan sejarah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan kegemilangannya sehinggalah kedatangan kuasa luar. Disamping itu, tema ini turut menjelaskan sejarah awal Sabah dan Sarawak. Dalam tema ini, kita akan mengetahui tentang zaman penjajahan yang merangkumi kedatangan kuasa luar dan penentangan penduduk tempatan terhadap penjajah.

T H U R S D A Y, M AY 8 , 2 0 0 8

PROJEK KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 Kajian Tempatan Tahun : 5 Tema : Sejarah Negara Kita Topik : Kesultanan Melayu Melaka ___________________________ PERANCANGAN UNIT Dalam rancangan ini murid akan memainkan peranan sebagai pengkaji sejarah yang bertugas untuk mengkaji Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kumpulan pengkaji sejarah ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang memainkan peranan utama yang berlainan. Yang penting penyelidikan yang dibuat oleh kumpulan pengkaji sejarah ini adalah untuk menyedarkan kepada orang ramai tentang peranan masyarakat dahulu menubuhkan kerajaan. Antara peranan kumpulan pengkaji sejarah ini ialah

mencari maklumat tentang latar belakang Parameswara dan memahami bagaimana Melaka mendapat nama. Disamping itu juga, kumpulan pengkaji sejarah turut mencatat rekod zaman kegemilangan Melaka seperti pentadbiran, perdagangan, penyebaran Agama Islam dan perbandingan pentadbiran Melaka dengan pentadbiran masa kini. Pengkaji sejarah juga perlu melakar peta-peta tertentu berdasarkan bidang kajian yang dilakukan supaya pengkajian tersebut lebih bersistematik. Sebagai langkah yang lebih baik para pengkaji ini cuba memasukkan elemen multimedia dalam hasil kajian mereka seperti rakaman video dan audio untuk menceritakan kembali perihal pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan bagaimana Melaka mendapat nama. Maklumat-maklumat yang lain akan dibuat dalam bentuk persembahan power point dan templet di mana diakhir kajian ini segala hasil kerja akan dipaparkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sempena Hari Kokurikulum peringkat sekolah. A) Pengasasan Melaka Subtopik 1 : Latar Belakang Parameswara 1. Murid dapat menceritakan kembali latar belakang Parameswara sebagai pengasas Melaka. 2. Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang. 3. Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. Subtopik 2 : Melaka Mendapat Nama 1. Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka 2. Menjelaskan sebab yang mendorong Parameswara mengasas Melaka B) Kegemilangan Melaka Subtopik 1 : Pentadbiran Yang Sistematik. 1. Murid dapat menyatakan gelaran jawatan Pembesar Berempat. 2. Menyatakan peranan Sultan dan Pembesar Berempat. Subtopik 2 : Tokoh-Tokoh Kesultanan Melayu Melaka. 1. Murid dapat menyenaraikan tokoh-tokoh dan sumbangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Subtopik 3 : Perbandingan Pentadbiran Melaka dengan Pentadbiran Masa Kini. 1. Murid dapat membandingkan dan membezakan struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan struktur pentadbiran negara Malaysia kini. Subtopik 4 : Melaka Sebagai Pusat Perdagangan.

1. Murid dapat menerangkan Melaka sebagai pusat perdagangan. 2. Murid dapat menceritakan aktiviti-aktiviti perniagaan di Melaka. Subtopik 5 : Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam. 1. Murid dapat menyatakan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dan pusat perdagangan. Subtopik 6 : Melaka Sebagai Pusat Kegiatan Ilmu 1. Murid dapat menyatakan peranan istana sebagai pusat kegiatan ilmu 2. Menyenaraikan aktiviti keilmuan yang dijalankan di istana. 3. Menyatakan golongan yang mendapat faedah daripada kegiatan ilmu di istana C) Perluasan Kuasa Subtopik 1 : Cara Perluasan Kerajaan Melaka 1. Murid dapat menyatakan cara-cara perluasan kuasa. 2. Murid menyenaraikan negeri jajahan takluk. 3. Menyatakan secara ringkas sebab-sebab perluasan kuasa. Subtopik 2 : Kebijaksanaan Pemimpin 1. Murid dapat menyatakan peranan pemimpin dalam perluasan tanah jajahan. D) Kedatangan Kuasa Luar Subtopik 1 : Tujuan Kedatangan 1. Murid dapat menamakan kuasa-kuasa luar yang datang ke Melaka. 2. Menerangkan latar belakang kuasa luar 3. Menyatakan cara kedatangan kuasa luar ke Melaka. E) Kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka Subtopik 1 : Faktor Kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka P O S T E D B Y S K . K E RU N A I AT 1 0 : 2 0 A M 0 C O M M E N T S

Subscribe to: Posts (Atom)

SEARCH MAP

Spots list nÂ&d...

RAHSIA MINDA 1. Penerangan Yang Jelas. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut: a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting ? b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan ? c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap. d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

BLOG ARCHIVE •

May (1)

Related Documents

Kajian Tempatan
June 2020 27
Kajian Tempatan
October 2019 42
Kajian Geografi Tempatan
December 2019 48