PEMBELAJARAN KOPERATIF Persoalan Apabila guru-guru pelatih merancang kerja kumpulan, sering kali tiga jenis lembaran kerja diberi kepada 3 kumpulan murid (cerdas, sederhana dan kurang sederhana!). Murid-murid dalam setiap kumpulan diminta membuat latihan masing-masing tanpa mengganggu orang lain. Selepas itu, lembaran kerja dipungut dan guru pelatih berkenaan membuat sedikit rumusan. Apakah itu kerja kumpulan? Ini menunjukkan pelatih tersebut tidak memahami prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan dinamika kumpulan. Pengenalan Merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: o Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. o Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masingmasing o memainkan peranan yang berbeza secara bergilir-gilir. o Kemahiran sosial dan o pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams-Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. o pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. o Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. o Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. o Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. o Selepas itu, satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama ada semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid - kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Pengenalan Murid bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil dan membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. Mempunyai teknik-teknik yang sangat sesuai dalam kelas dengan pelbagai kebolehan - menggalakkan perasaan positif dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid. Kajian tentang pembelajaran koperatif menunjukkan keputusan murid adalah agak menakjubkan; o menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan psikologikal mereka. o Mempunyai gambaran diri yang lebih baik dan lebih suka belajar serta juga suka sekolah. Murid-murid bekerjasama dan tolong menolong satu sama lain - gambaran yang sepatutnya semua orang ada terhadap pendidikan, sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Antara sarjana yang banyak menyumbangkan tenaga terhadap pembelajaran koperatif adalah Robert E. Slavin, Spencer Kagan, Miguel Kagan, David W. Johnson dan Roger T. Johnson. Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif Model yang diutarakan oleh Johnson & Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata. Johnson & Johnson Positive Interdependence Individual Accountability Group Interaction Social Skills
Kagan Positive Interdependence Individual Accountability Equal Participation Simultaneous Interaction
Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif) Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi ( Seven Habits of Highly Effective People), pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain. Bila wujudnya keadaan saling bergantungan secara positif, ahli-ahli di dalam sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga akan merasa mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat - setiap individu akan memastikan kumpulan mereka berjaya. Terdapat banyak cara seseorang guru dapat menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling bergantungan secara positif: o penggunaan resos (seperti lembaran kerja) di mana dua orang murid berkongsi untuk menyelesaikannya (dalam kes ini, ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif). o bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang berupa ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, atau pun pujian guru. o saling bergantungan peranan secara positif pula - setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Ini seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu) Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu. Setiap ahli bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada tugasan / aktiviti kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain - akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak untuk menjawab, menerang atau menghujah. Masing-masing dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakan-rakan sekumpulan dan markahnya akan diambil kira untuk menentukan kejayaan kumpulannya. Interaksi serentak berlaku bila mana murid bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun <> dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Interaksi serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap murid.
Group Interaction (Interaksi Kumpulan) Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain. Equal Participation (Penglibatan Saksama) Wujud penglibatan secara saksama - semua murid mesti melibatkan diri Setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran. Dalam kerja kumpulan yang lain, tidak ada cara untuk memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk belajar. Simultaneous Interaction (Interaksi Bersemuka) Ahli-ahli sekumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan. Kedudukan ’mata bertentangan mata’ dapat memberangsangkan perkongsian ide, resos ataupun jawapan dan memupuk semangat kekitaan dan seterusnya menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Menurut Johnson dan Holubec (1986), salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersemuka semasa bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masing-masing. Social Skills (Kemahiran Sosial) Bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik. Mengikut giliran, memberi galakan, mendengar, memberikan pertolongan, dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut norma-norma masyarakat, dan menyemak pemahaman bagi membolehkan kumpulan berfungsi secara efektif. Kemahiran ini membantu memupuk ciri-ciri kepimpinan, kepercayaan, membuat keputusan dan lain-lain. Pelajar yang pendiam juga bermanfaat kerana mereka akan juga terus berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Penting dalam hidup - kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa.
(Group Processing) Pemprosesan Kumpulan Menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Membuat refleksi tentang cara kumpulan masing-masing telah berfungsi serta menentukan ciri-ciri yang telah menyebabkan kumpulan mereka berfungsi dengan baik. Membuat cadangan terhadap apa yang boleh mereka ubah supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif. Mereflek secara individu tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan mereka pada hari tertentu atau selepas mengakhiri sesuatu unit - Borang Penilaian Kendiri boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ahli-ahli juga harus digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan. Refleksi Kemahiran Sosial Dalam Kumpulan Koperatif Kemahiran sosial dalam kumpulan merupakan asas kejayaan pembelajaran koperatif. Kemahiran berkenaan tidak akan dimiliki tanpa perancangan oleh guru yang ingin menjayakan pembelajaran koperatif. Antara kemahiran sosial dan peranan yang seiring dengannya ialah seperti jadual berikut: Kemahiran Sosial Menggalakkan orang lain: Menggalakkan penglibatan ahli yang pendiam dan kurang yakin agar lebih yakin; mula bertindak sebelum seseorang ahli bercakap; contoh: "Adalah eloknya kita mendengar pendapat Aiman." Memuji orang lain: Memuji usaha orang lain; bertindak selepas seseorang bercakap; contoh: "Itu idea yang baik". Menyambut kejayaan & pencapaian: Memimpin ahli kumpulan dalam menyambut dan meraikan kejayaan ahli kumpulan; tidak seperti Pemuji yang memuji; menjadi pemimpin dalam sorakan; contoh: " Mari kita berikan tepukan kepada Naim" Menyeimbangkan penglibatan peserta-peserta: Memastikan penglibatan yang seimbang antara ahli kumpulan; meningkatkan penglibatan ahli yang kurang bercakap dan "memperlahankan"
Peranan Sosial Penggalak (Encourger)
Pemuji (Praiser) Penyambut Kejayaan (Cheerleader) Penjaga Libatan (Gatekeeper)
ahli yang terlalu banyak bercakap; contoh: "Idea Asrul itu menarik, apakah pendapat Mohsin?", "Mohsin, adakah anda setuju dengan pendapat Asrul.?" Membantu, membimbing & menasihat: Jurulatih membantu ahli pasukan menguasai isi kandungan akademik, tetapi berhati-hatinya agar tidak menyelesaikan masalah untuk ahli pasukannya; contoh: "Ingat formula pertama?", "Eloknya jika anda semak semula soalan no. 2." Meminta pertolongan: Sekali sekalanya memeriksa pasukannya sama ada timbul soalan atau tidak. Jika timbul soalan, ia memastikan soalan itu dibincangkan untuk mendapatkan jawapan. Sekiranya semua ahli kumpulan tidak dapat menjawab sesuatu soalan, soalan itu menjadi soalan pasukan dan Komander menggunakan isyarat senyap untuk memaklumkan guru bahawa semua ahli menghadapi masalah. Menyemak & memeriksa pemahaman: memastikan semua ahli telah menguasai isi kandungan. Contoh: "Marilah kita buat satu
Jurulatih (Coach)
Komander Soalan (Question Commander)
Penyemak
soalan secara berseorangan sementara ahli lain (Checker) memerhati untuk memastikan semua ahli telah faham dan dapat menduduki peperiksaan kelak."
Mengawas perjalanan tugasan: Memastikan semua ahli menjalankan tugasan yang telah ditetapkan. Ia menggunakan Pengawas peringatan positif seperti: "Kita belum Tugas menyiapkan tajuk 3 lagi" tetapi tidak (Taskmaster)
digalakkan untuk menggunakan peringatan negatif seperti "Jangan main-main!".
Merekod idea-idea: Menulis hasil perbincangan dan jawapan dalam Pencatat kumpulan. Ada kalanya ia bertanggungjawab (Recorder) untuk memastikan semua isi penting dicatat dengan tepatnya. Merenung tentang kemajuan kumpulan: Perenung Memimpin kumpulan dengan menoreh ke (Reflector) belakang. Proses kumpulan bertambah baik
jika Perenung merumus dan mencerminkan perbincangan kumpulan. Ia juga memimpin kumpulan untuk merenung tentang kemahiran mingguan seperti "Adakah kami membuat kerja dengan baik?". Tidak mengganggu orang lain: Memastikan pasukan tidak bercakap dengan suara yang terlalu kuat dan mengganggu orang lain. Guru boleh menetapkan tahap bunyi / suara dengan sukatan "Suara 12 inci" atau "Suara 6 inci". Kapten Senyap memastikan ahlinya mematuhi kehendak "Suara 6 inci". Mengedar bahan pembelajaran: Mengambil dan memulangkan bahan p&p dan memastikan tempat bersih dan kemas selepas sesuatu aktiviti
Kapten Senyap (Quiet Captain) Ketua Bahan (Materials Monitor)
Senarai semak ini membantu pelajar merenung penglibatan diri dan ahli kumpulan dalam aktiviti kumpulan seperti perbincangan, penyelesaian masalah atau ’brainstorming’. o Apakah sepatah perkataan yang anda boleh gunakan untuk menghuraikan kumpulan anda hari ini.? o Apakah sepatah perkataan yang anda gunakan untuk menghuraikan apa yang anda inginkan daripada kumpulan? o Adakah semua ahli melibatkan diri? - Sentiasa - Kadang-kadang - Sekali-sekala - Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah anda (ahli-ahli kumpulan lain) cuba menyenangkan perasaan orang lain? - Sentiasa - Kadang-kadang - Sekali-sekala - Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah anda menolong orang lain menyumbang dan menyampaikan pendapat dengan mudah. - Sentiasa - Kadang-kadang - Sekali-sekala
- Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah anda mendengar apa yang disampaikan oleh ahli kumpulan? - Sentiasa - Kadang-kadang - Sekali-sekala - Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah anda menunjukkan bahawa anda mendengar dengan mengangguk kepala semasa orang lain bercakap? - Sentiasa - Kadang-kadang - Sekali-sekala - Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah anda bertindak balas kepada sumbangan idea atau soalan orang lain dengan kata-kata seperti "...idea itu baik", "...OK idea itu", "...bagus". - Sentiasa - Kadang-kadang - Sekali-sekala - Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah anda saling menyoal antara satu sama lain? - Sentiasa - Kadang-kadang - Sekali-sekala - Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah anda mendengar soalan ahli kumpulan lain dan bersungguh-sungguh cuba menjawabnya? - Sentiasa - Kadang-kadang - Sekali-sekala - Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah anda menumpukan perhatian kepada ahli kumpulan lain? - Sentiasa - Kadang-kadang
- Sekali-sekala - Jarang-jarang (Mengapa?) - Tidak (Mengapa?) o Adakah sesiapa tertentu sahaja yang bercakap kebanyakan masa? - Ya - Tidak Struktur Koperatif – Persemukaan (Liz Warner) Selepas membaca masalah pasukan, ahli kumpulan menulis jawapan masingmasing. Kemudiannya, ahli-ahli pasukan mengadakan persemukaan atau 'showdown' dengan menunjukkan jawapan masing-masing. Pelaksanaan Setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Semua kad diterbalikkan dan diletak dalam pertengahan meja pasukan. Pelajar No. 1 membalikkan soalan No. 1 dan membacanya dengan kuat. Semua ahli pasukan menulis jawapan secara individu atas kertas atau papan batu. (Sekira pelajar tidak tahu jawapan, ia dikehendaki menulis '?'). Ahli pasukan menunjukkan ibu jari jika ia sudah bersedia. Pelajar No. 1 sebut 'SHOWDOWN' dan semua ahli pasukan menunjukkan jawapan dengan meletakkannya di tengah meja. Pelajar No 1 memimpin pasukan dalam menyemak dan mengajar semula jika perlu. Pasukan meraikan kejayaan. Berganti peranan. Pelajar No. 2 memimpin pasukan.
Kemahiran Sosial
o menunggu dengan senyap, membimbing dan memuji.
Idea-Idea Kandungan o Bahasa - soalan kefahaman, ejaan, tata bahasa, simbol-simbol fonetik, jenis isi o Matematik - masalah, formula, bentuk o Sains - kenal pasti batuan, formula, prosedur o Kajian Sosial - tata bahasa, peristiwa, watak-watak bersejarah Struktur Koperatif - Pasport Parafrasa (Liz Warner) Pelajar berkongsi ideanya hanya selepas mereka memparafrasa dengan tepat orang yang bercakap sebelumnya. Pelaksanaan:
Guru memperuntukkan satu topik. Pelajar A memberi pendapatnya. Pelajar B memparafrasa pendapat itu, kemudiannya memberi pendapatnya. Teruskan pemberian idea dan memparafrasa. Hak untuk menyampaikan idea diperoleh dengan memparafrasa dengan tepat idea yang telah disampaikan oleh ahli pasukan lain. Orang yang telah menyampaikan idea adalah pengadil tentang ketepatan parafrasa.
Pengurusan Lakukan percambahan idea untuk kata-kata parafrasa seperti 'Apa yang saya dengar tentang pendapat anda ialah ...', 'Apa yang saya fahami tentang pendapat anda ialah ...', 'Adakah anda bermaksud ...?'. Kemahiran Sosial Mengambil giliran Pendengaran aktif Memparafrasa pendapat orang lain Idea-idea Untuk *Membina Pasukan - Apakah yang anda suka tentang kelas kami? - Apakah yang anda ingin ubahkan tentang kelas ini? *Bahasa - Cerita yang digemari - Apakah motivasi watak dalam cerita? *Sains - Langkah-langkah dalam siri - Interpretasi hasil dapatan daripada uji kaji makmal. *Matematik - Cara-cara menyelesaikan masalah - Cara-cara menggunakan matematik dalam hidup *Seni dan Apresiasi Muzik - Apakah perasaan anda apabila anda mendengar sesuatu muzik atau melihat karya seni? Struktur-struktur Interaksi Koperatif Struktur-struktur Koperatif Yang Ringkas dan Mudah
Struktur-struktur ini boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran untuk menggalakkan interaksi pelajar dalam aktiviti p&p. Mudah digunakan oleh guru pelatih yang menjalankan praktikum mahupun dalam kelas biasa. Struktur-struktur tersebut ialah Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta, Semakan Pasangan, Roundrobin / Roundtable, Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan, Tulis-Berpasang-Berhadapan. Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta (oleh Karl A. Smith, University of Minnesota) Membentuk sesuatu jawapan secara individu. Berkongsi jawapan anda dengan pasangan/pekongsi. Mendengar dengan teliti jawapan pasangan/pekongsi anda. Mencipta jawapan baru selepas perbincangan. Semakan Pasangan (oleh Spencer Kagan, Kagan Cooperative Learning, Inc.) Setiap kumpulan terdiri dari dua pasangan. Setiap pasangan terdiri daripada Pekongsi A dan Pekongsi B. Kumpulan diberi dua atau lebih masalah. Pekongsi A menyelesaikan masalah pertama sementara Pekongsi B membimbing. Pekongsi B menyelesaikan masalah kedua sementara Pekongsi A membimbing. Semak dengan pasangan lain dalam kumpulan. Sekiranya jawapan berbeza, fikirkan sebab-sebabnya. Pastikan setiap ahli pasukan bersedia menerangkan jawapan kepada pasukan lain jika perlu. Peringatan: o Semasa giliran menyelesaikan masalah, cakapkan langkah-langkah yang diambil. Pembimbing akan menolong anda jika anda menghadapi kesukaran. o Semasa giliran membimbing, beri isyarat dan galakan, serta menyoal tetapi jangan hanya memberi jawapan. Roundrobin / Roundtable (Susan Ledlow, Arizona State University) Arahan untuk Roundrobin Ini merupakan suatu struktur menjawab secara lisan mengikut giliran. Dengar soalan dengan baik. Fikirkan semua jawapan yang sesuai. Sumbangkan satu jawapan secara lisan. Dengar jawapan yang disebutkan oleh ahli kumpulan. Sumbangkan lagi jawapan anda yang belum disebut oleh ahli kumpulan bila sampai giliran anda. Dengar jawapan seterusnya daripada ahli-ahli kumpulan. Teruskan sumbangan jawapan anda, satu demi satu, sehingga tamat masa. Arahan untuk Roundtable
Ini merupakan suatu struktur menjawab secara menulis mengikut giliran. Keluarkan sehelai kertas untuk kegunaan kumpulan. Dengar soalan dengan baik. Fikirkan semua jawapan yang sesuai. Tuliskan dan sebutkan satu jawapan atas kertas. Panjangkan kertas itu kepada ahli kumpulan di sebelah kiri. Dengar jawapan yang disebut oleh ahli kumpulan. Teruskan sumbangan jawapan, satu demi satu, sehingga tamat masa. Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan (Karl Smith, University of Minnesota) Masalah: Guru menyediakan masalah yang sesuai. Komponen Koperatif: Hanya satu jawapan daripada setiap pasukan. Semua ahli pasukan mesti bersetuju dan dapat menerangkannya. Akauntabiliti Individu: Seorang ahli akan dipanggil secara rambang untuk menjelaskan jawapan pasukan. Tingkah laku Sosial yang dijangkakan: Penglibatan saksama, menyemak untuk konsensus, ketidaksetujuan yang bersopan. Tulis-Berpasang-Berhadapan (Ruth Yabes, ASU) Tulis sebanyak mungkin jawapan untuk soalan yang diberi. Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir. Berpasang dengan seorang ahli pasukan dan bandingkan jawapan anda. Tulis jawapan-jawapan oleh rakan pasangan anda sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan anda. Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir yang diambil daripada pasangan anda. Bandingkan nota dengan pasangan yang lain dalam kumpulan anda. Catatkan jawapan-jawapan oleh pasangan lain sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan yang sedia ada. Berkongsi senarai kumpulan anda dengan kelas apabila diminta oleh guru. Implikasi Pembelajaran Koperatif Meningkatkan prestasi akademik murid. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid. Mempereratkan persahabatan yang positif. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat sesama murid. Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap persekolahan dan cara belajar yang berkesan.
Kesimpulan Sesuai diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Keberkesanannya memang tidak dapat mempertikaikan bukan sahaja membentuk kerjasama di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses pemikiran mereka.