Kaedah Analisis

  • Uploaded by: azham bin abdul hamid
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kaedah Analisis as PDF for free.

More details

  • Words: 1,958
  • Pages: 15
RPK 233 - KAEDAH ANALISIS PERANCANGAN Kandungan kuliah Soal selidik dan kajian lapangan Pengenalan kepada penyelidikan Proses –proses dalam menjalankan penyelidikan ________________________________________________________

NOTA PENYELIDIKAN (RESEARCH) Mengapa kita perlu membuat penyelidikan?

Kes Contoh 1: Persatuan mahasiswa USM mahu pihak HEP membenarkan pelajar membawa motosikal dan memansuhkan penggunaan bas didalam kampus. Ini adalah kerana persatuan mahasiswa USM berpendapat bahawa penggunaan bas membawa kesulitan kepada pelajar-pelajar. Untuk membuktikan kesnya, pihak mahasiswa USM menjalankan kajian soal selidik. Kes Contoh 2: Persatuan Ibubapa dan guru-guru (PIBG) mahukan pihak pentadbiran Tadika Minden menyediakan sarapan pagi kepada murid-muridnya. Ini kerana guru-guru tadika di sekolah tersebut berpendapat bahawa ramai murid-murid datang ke tadika tanpa mengambil sarapan pagi. Akibatnya, murid kelihatan lesu dan prestasi pembelajaran terbantut. Sesetengah ibubapa berpendapat bahawa masaalah ini adalah masaalah ibubapa dari golongan berpendapatan rendah. Sesetengah ibubapa pula berpendapat bahawa ini adalah masaalah disiplin kanak-kanak dari golongan berpendapatan tinggi.

Antara tujuan-tujuan utama penyelidikan ialah untuk: ·

Mengenal pasti sesuatu masaalah supaya penyelesaiannya boleh dirangka;

·

Memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas;

·

Menggumpul pendapat pengguna tentang sesuatu isu ataupun produk;

PROSES-PROSES DALAM MENJALANKAN PENYELIDIKAN MENGGUNAKAN KAEDAH SOAL SELIDIK (SURVEY) 1. Mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumbernya.

2. Mengumpul data ·

Memilih teknik penyelidikan yang bersesuaian.

·

Mendefinisikan soalan-soalan (varaibles).

·

Menentukan sampel.

·

Menjalankan soal selidik.

3. Menganalisa data ·

Mengumpul dan mengemaskinikan data soal selidik

·

Menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable)

·

Menganalsia kaitan antara soalan-soalan (variables).

·

Mentafsirkan analisis yang telah dijalankan.

1. MENGENAL PASTI MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI DAN SUMBERNYA. ·

Tujuan soal selidik - Mengenal pasti isu yang hendak di selidiki.

·

Jenis maklumat yang dikehendaki dan kegunaannya.

·

Liputan soal selidik – contohnya: samada beberapa negeri atau seluruh Malaysia

·

Mengenal pasti sumber (orang) yang dapat menjawab isu tersebut

2. MENGUMPUL DATA Terdapat dua kategori data: Data primer - data/maklumat yang diperolehi secara terus dari sumber yang asal samada secara temubual atau pemerhatian.

Data sekunder – data yang telah sedia ada. Ia telah di kumpul oleh pihak lain dan data ini boleh digunakan bagi tujuan penyelidikan (contohnya: statistik/perangkaan banci, statistik kemalangan jalanraya dsb). TEKNIK-TEKNIK PENGUMPULAN DATA Soal-seldik (Self-Surveys) – Ia dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang dihantar samada melalui pos, dikepilkan bersama surat khabar atau majalah.

Temubual (Interviews) -

Ia dijalankan secara berhadapan (face-to-face) atau melalui telefon.

Pemerhatian (Observation) Pemerhatian secara terus (Direct observation) ·

Kaedah ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah kenderaan yang melalui sesebuah jalaraya.

·

Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia.

Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation) ·

Kaedah ini berasal dari bidang antropologi (kajian tentang kehidupan masyarakat).

·

Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut.

REKABENTUK SOAL SELIDIK Rekabentuk soal selidik biasanya akan mempunyai sekurang-kurangnya dua bahagian 1. Bahagian data demografi (umur, jantina dsb) 2. Bahagian topik yang dikaji.

Rekabentuk soalan yang baik haruslah: ·

mudah difahami,

·

tepat,

·

tidak mengandungi dua soalan yang digabungkan

·

jika boleh, dapat dijawab dalam jangka masa yang singkat,

·

menerangkan definisi atau takrifan teknikal, contohnya “isi rumah”,

·

menggunakan masa yang optima untuk menjawabnya,

KATEGORI SOALAN TERBUKA ATAU TERTUTUP Soalan terbuka ·

Merupakan soalan dimana pilihan jawapannya tidak diberikan terlebih dahulu.

·

Biasanya melibatkan soalan berbentuk pendapat. Contohnya: Apakah pendapat anda tentang USM? …………………………………………………………..

Soalan tertutup ·

Pilihan jawapannya diberi. Contohnya: Berapakah umur anda? Kurang dari 5 tahun 6 hingga 20 tahun 21 hingga 67 tahun 68 keatas

Soalan tertutup adalah mudah untuk dianalisa menggunakan komputer (SPSS dsb) manakala jawapan soalan terbuka perlu di kategorikan sebelum ianya boleh dianalisa.

MENDEFINASIKAN SOALAN-SOALAN (VARIABLES) ·

Setiap soalan yang ditanya adalah satu petunjuk tentang variasi di dalam populasi yang di kaji.

·

Variable-variable ini boleh dibahagikan kepada tiga skala utama:

Skala nominal Ia merupakan variable yang mana kategorinya tidak mengikut ranking.

Contoh: Jenis variable Warna Negara Jantina

Kategori biru, merah, hijau Malaysia, Indonesia, Singapura lelaki, perempuan

Variable yang mempunyai dua kategori (dichotomous) adalah nominal:

Skala ordinal ·

Varaible yang boleh disusun mengikut ranking adalah termasuk dalam kategori ini.

·

Perbezaan antara kategori tidak boleh diukur secara matematik.

Contoh: Jenis variable Jenis perumahan Kelas pengijazahan Pendapat (opinion)

Kategori kos tinggi, kos sederhana, kos rendah kelas pertama, kedua tinggi, kedua rendah, ketiga sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju

Skala interval Varaible yang boleh disusun mengikut ranking dan perbezaan antara setiap kategori tersebut adalah sama dan boleh diukur secara matematik.

Contoh: Jenis variable Pendapatan Umur Markah peperiksaan

Kategori 1 ribu, 2 ribu, 3 ribu, dsb 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, dsb 36, 44, 57, 69, dsb

PENSAMPELAN Pemilihan sampel boleh dibahagikan kepada: ·

Persampelan berkebarangkalian (dipilh secara rawak), iaitu: ·

Sampel rawak mudah

·

Sampel sistematik

·

Sampel berstrata

·

Sampel berkelompok

·

Persampelan tidak berkebarangkalian (tidak dipilih secara rawak), iaitu: ·

Sampel kuota

·

Sampel “bola salji”

·

Sampel pertimbangan

Sampel kebarangkalian Pensampelan rawak mudah (Simple Random Sampling)

·

Ia merupakan teknik pensampelan yang asas.

·

Ia memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan di pilih.

·

Setiap individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di pilih berbanding calon lain.

· ·

Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula kedalam senarai pencalonan. Masaalah dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon tidak ada atau tidak lengkap

Contohnya: Pilih satu nombor dari nombor-nombor berikut: 2

3

1

7

6

9

45 32

4 56

22

89

(kebarangkalian bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12)

Pensampelan sistematik (Systematic sampling) ·

Sistem ini juga memerlukan senarai kesemua calon yang berkemungkinan untuk dipilih.

·

Pemilihan calon adalah dibuat dengan memilih setiap k sampel dari senarai tersebut (dimana k adalah: senarai calon ¸ sampel yang diperlukan).

Contoh cara pengiraan: Senarai calon = 100 orang Sampel yang di perlukan = 20 orang, maka, k = 5

Untuk mencari calon pertama, pilih satu nombor secara rawak dari 1 hingga 5. Contohnya, jika nombor 3 dipilih, maka nombor seterusnya adalah 3+5 = 8 (dan nombor seterusnya adalah 8+5, 13 +5, dsb).

Masaalah teknik ini akan timbul apabila: ·

tiada senarai calon yang lengkap,

·

terdapat trend pada senarai yang boleh menyebabkan bias,

Pensampelan berstrata (Stratified Samping) ·

Teknik ini membahagikan sampel mengikut kumpulan terlebih dahulu sebelum pemilihan sampel dibuat.

·

Kaedah ini digunakan bagi memastikan sampel yang dipilih diwakili secukupnya oleh sesebuah golongan spesifik atau golongan minoriti yang dikehendaki.

Contoh 1, Pecahan kaum bagi 10,000 penduduk adalah 80% melayu, 18% cina dan 2% india. Pemilihan 100 sampel menggunakan “kaedah rawak mudah” mungkin tidak akan mendapat calon yang mewakili kaum india.

Penyelesainnya: Pecahkan senarai penduduk mengikut kaum dan pilih 100 calon berdasarkan pecahan tersebut. Pilih 80 orang melayu dari 8,000 penduduk,

Pilih 18 orang cina dari 1800 penduduk, Pilih 2 orang india dari 200 penduduk. Contoh 2 Sebuah penyelidik ingin mengkaji pendapat pengguna tentang aspek perancangan keselamatan. Objektif utama adalah untuk mengkaji perbezaan antara jantina. Dengan itu, kajian boleh dijalankan dengan mengambil pendapat 2 kumpulan pengguna iaitu lelaki dan perempuan.

·

Pensampelan berkelompok (cluster sampling)

·

Kaedah ini hampir serupa dengan “Pensampelan berstrata”.

·

Ia dapat menjimatkan wang dan masa bagi kawasan kajian yang kedudukan geografinya jauh antara satu sama lain

·

SYARAT PERSAMPELAN BERKELOMPOK: Tiada perbezaan antara kumpulan-kumpulan tersebut Contohnya:

§

Mengambil 3 blok perumahan daripada 12 blok yang mana populasi penduduknya sama.

§

Mengambil sampel 2 ibu negeri dari 13 negeri.

Sampel tak berkebarangkalian

Sampel kuota · ·

Jumlah yang dikehendaki ditentukan terlebih dahulu Pemilihan

sampel

bergantung

mempertimbangkan ahli sampel

kepada

kehendak

penyelidik

tanpa

Contohnya: Kajian mengambil 50 lelaki dan 50 perempuan untuk menguji syampoo keluaran baru.

Sampel “Bola Salji” ·

Sampel ini bermula daripada rakan sekumpulan orang. Rakan berkenaan akan mendapat rakan mereka yang lain. Contohnya:

Penyelidik ingin mengetahui perasaan mereka yang suka menunggang motor “Harley Davidson”.

Sampel pertimbangan ·

Penyelidik memilih unit sampel dengan sifat tertentu

·

Cara ini murah dan unit sampel mudah diperolehi kerana sampel hanya meliputi mereka yang mahir dalam satu topil tertentu.

PENENTUAN SAIZ SAMPEL ·

Saiz sampel yang kecil tidak dapat memberi maklumat yang mewakili penduduk berkenaan.

·

Semakin besar saiz sampel semakin tepat data yang diperolehi dengan syarat tiada bias didalam pemilihan sampel.

·

Saiz sampel yang besar pula memerlukan kos yang tinggi.

Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil kira:

·

Kos

·

Masa

·

Tenaga kerja

·

Kemudahan

·

Ketepatan yang dikehendaki atau objektif penyelidikan

MENJALANKAN SOAL SELIDIK Sebelum sesebuah kajian soal selidik dijalankan, adalah amat penting untuk membuat survey rintis / pilot test.

Survey rintis merupakan satu survey kecil yang dijalankan untuk menguji, mengesan dan mengatasi masaalah perancangan soal selidik.

Fungsi pilot test: ·

Menguji kelengkapan rangka sampel.

·

Memastikan semua soalan dapat difahami dengan tepat dan tiada kekeliruaan.

·

Memastikan susunan layout soal selidik yang baik.

·

Menguji kod-kod jawapan yang di berikan, iaitu lengkap dan saling ekslusif.

·

Memastikan masa yang diambil oleh responden untuk menjawab borang soal selidik adalah seperti yang dijangkakan.

·

Mengangarkan kos yang terlibat.

3. MENGANALISA DATA Data yang dikumpul (raw data) boleh dianalisa secara: ·

Manual (jika ianya tidak begitu kompleks)

·

Menggunakan program-program khusus seperti SpSS, SAS dsb

KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT-MAKLUMAT Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam projek studio pada kali ini. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan kumpulan,

pemerhatian, temubual, bancian, menyediakan borang soal selidik, fotografi dan beberapa bahan rujukan. Pemerhatian Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Kaedah ini jelas sekali digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh kumpulan kami. Temubual Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan seorang pensyarah undang-undang dan seorang ahli dewan undangan. Temubual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang kami kaji. Manakala temubual secara tidak formal pula berdasarkan temubual orang persendirian dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Perbincangan kumpulan Berdasarkan tajuk kajian yang hendak dijalankan, perbincangan kumpulan amat penting. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari ahli kumpulan akan ditelitikan seterusnya dibincangkan bersama-sama. Selain daripada itu juga, idea-idea daripada ahli kumpulan dapat diketahui. Perbincangan ini adalah asas daripada kaedah dalam penyelidikan kajian ini. Dengan mengadakan perbincangan, kata sepakat telah diperolehi dan kami telah memilih tajuk serta lokasi kajian. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Kami telah mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang kami kaji. Borang itu akan kami edarkan secara rawak kepada penduduk di kawasan kajian. Maklumat yang kami inginkan datang daripada borang soal selidik ini. Bahan -bahan rujukan Bahan rujukan utama yang kami perolehi daripada pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Maklumat yang kami dapati ialah seperti peta, kegunaan bangunan seperti jenis dan keadaan fizikal bangunan tersebut, berkenaan dengan akta kawalan sewa dan pernansuhan akta ini , zon dan beberapa maklumat lain lagi. Kami juga membuat rujukan daripada Rancangan Struktur bagi Pulau

Pinang. Bahan bacaan lain yang kami membuat rujukan ialah surat khabar, bukubuku dan majalah -majalah.

SOAL SELIDIK -Ada 3 cara iaitu: self-administrated soalan diberikan kepada responden untuk dijawab oleh mereka sendiri tanpa dibantu oleh penyelidik. penyelidik tidak perlu membuang masa terlalu lama untuk bertemu responden. Borang soalselidik boleh diserahkan padanya dan tetapkan satu tarikh untuk memungutnya kembali. Teknik ini dapat mengurangkan masalah masa dan wang. masalah yang mungkin timbul pula ialah responden mesti pandai membaca dan menulis, responden berminat kerana mempunyai pendidikan serta latarbelakang ekonomi yang tinggi, menjawab tidak lengkap atau menghilangkannya dan responden tiada ketika borang hendak dikutip. jadual (schedule) satu siri soalan yang akan ditanya sendiri oleh penyelidik dan jawapan akan dicatit. panduan temuramah (interviewing guide) ada senarai topik yang akan ditanya oleh penyelidik. Bersifat unstructered dan dengan itu teknik ini bersifat fleksibel di mana aturcara dan bahasa yang digunakan pada waktu diadakan temubual adalah tidak terlalu berstruktur, lebih santai.

Related Documents


More Documents from ""

Dale Cone Of Experience
December 2019 30
Kaedah Analisis
July 2020 21
Doc1.docx
November 2019 50
Ing Doc Medical Card
May 2020 35