Juornal

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Juornal as PDF for free.

More details

  • Words: 3,337
  • Pages: 14
Isu moral di kalangan rakyat Malaysia bukanlah perkara yang baru. Setiap hari kita berhadapan dengan isu moral rakyat Malaysia yang pelbagai, dari jenayah bunuh, rogol, rasuah, rompak, penipuan dan sebagainya, sama ada melibatkan golongan dewasa atau remaja, kolar putih atau biru, lelaki atau wanita, Melayu, Cina atau India, yang kaya atau miskin, menteri atau orang awam dan sebagainya. Ianya berulangulang setiap hari tanpa henti. Dalam pada itu, timbul pula aliran pemikiran yang mengatakan kegiatan yang tidak bermoral ini merupakan hak individu terbabit. Isu ini bermula secara terbuka apabila kejadian sekumpulan remaja termasuk artis terkenal ditangkap ketika pesta arak di disko Zouk pada 2004. Setelah tangkapan yang sah dibuat melalui kelulusan dan pemantaun polis, timbul suara tidak puas hati di kalangan individu dan NGO yang melihatkan tangkapan ini melanggar hak asasi mereka. Kemudian, tekanan demi tekanan yang dibuat melalui media, forum dan lobi- melobi menyebabkan Jabatan Agama Islam (JAWI) yang bertangungjawab menangkap terpaksa tunduk kepada desakan itu. Akhirnya mereka dilepaskan tanpa hukuman yang sewajarnya. Kemudian timbul pula isu dua pasangan Ooi Kean Thong dan Siow Ai Wei yang ditangkap dan didenda ketika bercumbucumbu dan berpelukan di bawah rimbunan pokok di Taman KLCC pada 2 Oktober 2003. Mereka ini didakwa di mahkamah, memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa membuat undang- undang dan peraturan menyekat perbuatan tidak sopan di khalayak ramai. Tindakan menghukum mereka ini sekali lagi mendapat tentangan hebat dari golongan liberal apabila tindakan menghukum mereka

dipertikaikan. Hujah mereka ialah cium dan berpelukan adalah hak asasi mereka, tidak kira di mana- mana atau terbuka. Malah sebuah parti politik mengadakan demonstrasi bantahan dengan mengadakan ‘upacara cium- ciuman dan pelukan’ di hadapan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tindakan mereka ini dengan membawa poster menyokong hak asasi moral ini sebenarnya telah mempersenda hukuman undang- undang yang telah dikenakan kepada pasangan tersebut. Dari satu segi semacam ruang demokrasi telah mereka gunakan, dari satu segi mereka tidak hormat kepada salah satu rukun negara iaitu keluhuran perlembagaan dan sensitiviti budaya dan agama negara ini yang semestinya orang Melayu dan Islam. Persoalan yang timbul ialah, apakah perlakuan moral kita merupakan hak asasi mutlak kita? Ini bermakna, kita mempunyai hak yang mutlak untuk melakukan apa jua perbuatan, tidak kira mendatangkan kebaikan atau keburukan tanpa ada gangguan oleh mana- mana pihak, sama ada individu atau pihak berkuasa. Jawapan ini mengundang kekeliruan yang besar. Ini memandangkan, setiap manusia mempunyai tafsiran tersendiri dalam menafsir setiap perbuatan mereka. Soal pemahaman moral yang liberal dan longgar telah berakar kuat di Barat. Maka itu, tidak mustahil setiap perbuatan itu boleh jadi baik di suatu ketika dan tempat, dan boleh jadi tidak baik. Sebagai contoh ialah perkahwinan sesama jantina, yang dahulunya taboo dan dilarang sama sekali dari sudut agama dan undang- undang. Akan tetapi hari ini, perkahwinan sesama jantina diluluskan oleh mereka yang sepatutnya menentukan kayu ukur moral yang baik iaitu autoriti agama dan mahkamah. Gereja dan mahkamah telah sebulat suara menyokong perkahwinan sesama jantina yang dahulunya haram dan tidak boleh. Ini bermula kerana pertamanya, agama melalui gereja di

negara Barat sudah tidak berfungsi sepenuhnya dalam mendidik dan menentukan keputusan moral manusia. Ini kerana mereka tidak mempunyai teks wahyu yang tetap seperti dalam Islam iaitu Al- Quran, dan keduanya, pihak gereja tidak lagi dipandang sebagai pihak yang paling berautoriti dalam mata pandangan masyarakat Barat. Kemudian, dari satu segi, kefahaman yang liberal dan relativisme telah berakar dalam pemikiran masyarakat Barat secara keseluruhan. Mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju kehidupan masing- masing. Mereka tidak ada kriteria umum yang boleh mereka gunakan untuk mentafsirkan perlakuan moral, seperti Islam yang ada teks AlQuran dan Hadis dan wibawa autoriti ulama Islam. Mereka yang beragama di Barat dianggap musuh terutamanya umat Islam. Fenomena yang ketara ialah apabila umat Islam banyak dilemparkan dengan tuduhan buruk seperti fundamentalis, teroris, Taliban dan sebagainya. Kehidupan mereka ini diganggu, diancam dengan bunuh, diboikot, dilarang mempamerkan simbol Islam seperti memakai tudung, dan sebagainya. Jika ada seorang Muslim yang melakukan jenayah moral, mereka ini akan dihebohkan dalam media dan menjadi bahan kutukan orang ramai. Ini sama sekali tidak berlaku jika ada bukan Islam atau anti- moral yang melakukannya. Secara keseluruhan, fahaman liberal dalam mentafsirkan moral telah berakar dan agama tidak boleh menentukan hukuman moral kerana agama di sana bukan menjadi autoriti dan keutamaan. Akan tetapi, ini berbeza dengan negara Malaysia, yang kita fahami, menjadikan Islam sebagai agama rasmi, dibentuk melalui adat dan budaya agama yang kental, mempunyai masyarakat beragama yang banyak dan masih mempunyai prinsip dan maruah diri. Fenomena di Barat sepatutnya mengajar kita di Malaysia. Keruntuhan moral di Barat akibat pentafsiran pelbagai adalah

realiti yang berlaku. Dalam konteks negara ini, isu moral perlu dilihat dalam konteks adat dan budaya yang berakar di sini. Rakyat perlu patuh kepada undang- undang dan budaya yang berada di sini. Patuh bukan bermakna dalam konteks desakan undang- undang, akan tetapi faham dengan baik dengan adat dan budaya yang telah berakar di sini. Malaysia, tidak dapat dinafikan, merupakan negara yang masih kaya dengan adat budaya tradisional. Mungkin dalam kaca mata Barat, apa jua unsur tradisional simbol kepada kemunduran dan kejumudan. Maka mereka menafikan simbol tradisional ini yang semestinya mampu lahir daripada kehidupan yang beragama. Ada yang membangkitkan bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai bangsa, dan rakyat tidak boleh diimplementasikan dengan hanya satu undang- undang sahaja. Hujah mereka ialah, mungkin peluk dan bercium antara lelaki dan perempuan bukan mahram boleh dikenakan tindakan undang- undang mahkamah syariah, dan bertentangan dengan agama dan budaya Islam itu sendiri. Akan tetapi ianya tidak bagi bukan Islam seperti India, Cina dan sebagainya. Jika sekalipun bukan undang- undang syariah dikenakan kepada bukan Islam, apa jua hukuman melarang mereka meluahkan perasaan secara terbuka yang dikatakan hak asasi mereka dikatakan melanggar hak asasi mereka. Untuk menangani isu ini, perlu pendekatan memahami sejarah pembentukan negara ini diberitahu iaitu berkaitan kontrak sosial. Soal kontrak sosial boleh dijadikan permulaan untuk meredakan segala kekusutan yang melanda. Menurut Prof. Dr Awang Sariyan (2006), kontrak sosial merupakan unsur penting dalam sejarah pembentukan bangsa dan negara ini. Menurutnya, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, Tanah Melayu diidentifikasikan dengan penduduk asalnya yang teras iaitu Melayu. Menurutnya lagi, hakikat ini menjadi fakta sejarah

yang tidak mungkin dinafikan oleh sesiapa pun kerana bukan hanya merupakan dakwaan orang Melayu semata- mata, tetapi juga dirakamkan oleh sarjana dan penulis luar termasuk dari Barat. Kemudian, penjajah datang di Tanah Melayu ini dan membawa orang Cina dan India secara pukal bekerja di sini untuk manipulasi ekonomi mereka juga dan menyebabkan situasi demogafi negara ini secara langsung berubah. Kenyataan penting juga bagaimana perjanjian kemerdekaan dicapai apabila Malaysia terpaksa menerima kaum- kaum pendatang itu sebagai warganegara yan sah apabila penjajah mendesak sekiranya ingin mencapai kemerdekaan. Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan juga, sebagai imbangan kepada pemberian taraf kewarganegaraan itu, maka para pemimpin kaum- kaum lain itu setuju menerima peruntukan yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu, iaitu kedudukan Raja- Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan rasmi serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Itulah yang dinamakan kontrak sosial dalam konteks pembentukan negara ini sesudah lepas dari belenggu penjajah. Susulan daripada itu, satu dasar utama negara telah dibentuk bagi memantapkan lagi pembentukan bangsa Malaysia yang baru yang berakar pada budaya dan adat teras di Malaysia, iaitu pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Tiga asas kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu kebudayaan berteraskan kebudayaan asal rantau ini iaitu Melayu, boleh menerima kebudayaan lain asalkan ianya wajar dan sesuai dan menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan negara ini. Dasar ini tidak bersikap monopoli, kerana meraikan juga kebudayaan- kebudayaan lain yang semestinya datang dari bangsa Cina, India dan lain- lain asalkan disifatkan wajar, iaitu

tidak bertentangan dengan kebudayaan Islam dan Melayu itu sendiri. Oleh itu, pemahaman yang sebenar seperti ini sudah cukup memberitahu kita bahawa sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, kita sebenarnya telah dibentuk oleh dasar yang baik sejak negara ini merdeka. Dasar ini dianggap sebagai dasar Nyah- Barat kerana memungkinkan melahirkan bangsa Malaysia yang bebas dari jelmaan Barat dan bangsa mempunyai identiti tersendiri. Jika dasar ini tidak dibentuk, barangkali Malaysia masih mempunyai sikap dan mentaliti Barat sepenuhnya, walaupun zahirnya telah merdeka, melalui peniruan imej penjajahnya iaitu Inggeris. Ini terjadi di banyak negara seperti Algeria, Morokko, dan sebagainya apabila masih dikongkong oleh mentaliti penjajah mereka iaitu Perancis, sehinggakan bahasa Perancis lebih dominan berbanding bahasa asal mereka iaitu bahasa Arab. Malah banyak lagi ciri- ciri penting pembentukan bangsa mereka celaru akibat tiada dasar asas seperti di negara kita ini. Kesimpulannya, isu moral yang semakin meruncing ini perlu ditangani dengan bijaksana. Pendekatan hukuman masih relevan dikenakan sekiranya memang didapati bersalah. Dalam sudut yang lain, pendekatan hukuman semata tidak relevan dikenakan kerana menghambat minda kita untuk muhasabah dengan telus mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan. Oleh itu, pendekatan memahami dengan baik akan sesuatu isu amat penting dalam mendidik rakyat supaya lebih berkesedaran sivik. Pendekatan mendidik ini amat penting walaupun tidak popular, akan tetapi akhirnya dapat menyedarkan kita akan hakikat kewujudan kita sebagai rakyat Malaysia dan membuatkan kita menjadi manusia yang semakin baik dan rendah diri kepada Pencipta dan negara. Saya tertarik dengan gagasan besar yang dilontarkan oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil, ketika menyampaikan ucapan dasar pertamanya selaku Presiden Wadah Pencerdasan Umat

(Wadah) 11 Mac 2006. WADAH merupakan wadah atau platform bagi lepasan ABIM. Bagi sesiapa yang sudah tamat 'tarbiah' di ABIM, secara automatik mempunyai platform yang baru. Begitu juga terjadi dalam PKPIM. Apabila sudah tamat 'tarbiah' PKPIM, ABIM adalah wadah seterusnya. Maka PKPIM- ABIM- WADAH merupkan kesinambungan tarbiah dan dakwah yang dicetuskan. Malah WADAH juga menampung ahli- ahli veteran ABIM yang masih bersemangat dalam meneruskan misi dakwah di tanah air ini. WADAH juga membuka peluang kepada golongan 'emas' yang sudah pencen. Ini kerana memang ada manusia yang umur sudah lanjut baru timbul kesedaran untuk berbakti pada agama Islam. Ketika mudanya bukan main ligat dengan profesion keduniaan sehingga meninggalkan langsung baktinya dalam agama dan dakwah. Ataupun masa muda- muda mereka takut untuk menyatakan sokongan kepada gerakan Islam atau perjuangan Islam kerana takut dibuang kerja dan sebagainya. Apapun, itulah namanya manusia, yang penting kita berdoa supaya kita dimatikan dalam Husnul Khatimah. Tidak semestinya yang mula- mula giat dalam dakwah Islam berakhirnya dengan kebaikan, dan tidak juga yang lambat kenal dakwah akan berakhir dengan keburukan. Berbalik kepada gagasan Ustaz Siddiq Fadzil, beliau menyatakan bahawa seharusnya prinsip Amar Makruf dan Nahi Munkar menjadi watak bangsa yang dikongsi oleh semua umat Melayu. Ianya bukan lagi menjadi amal- amalan pendakwah atau aktiviti kecil- kecilan. Dalam Al- Quran dan Hadis ada banyak yang menyuruh umat melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar . Apa yang menariknya, sebagai contoh jika umat Melayu boleh sensitif dan menolak kejijikan 'babi', seharusnya umat Melayu juga boleh menjadikan rasuah, zina, rompak dan sebagainya sebagai jijik, seperti mana jijiknya 'babi' itu. Oleh itu, proses ini

akan mengambil masa yang lama, maka melalui pendidikanlah kita dapat menerapkan prinsip Amar Makruf dan Nahi Munkar sebagai watak bangsa yang akan datang. Pada 30 September 2005, suratkhabar Denmark JyllandsPosten telah menerbitkan 12 karikatur Nabi Muhammad saw dalam rupa bentuk yang hina. Paparan ini mendapat reaksi kemarahan umat Islam dan kemudiannya kartun tersebut ditarik balik. Akan tetapi selepas itu, 12 negara Barat seperti Norway, Amerika Syarikat, Perancis, Belgium, dan termasuk suratkhabar Jordan, Al- Mehwar menyiarkan kartun tersebut. Malah suratkhabar tempatan, Sarawak Tribune turut mengeruhkan suasana apabila menyiarkan kembali kartun tersebut. Episod penghinaan Nabi Muhammad Saw melalui lukisan kartun ini mendapat reaksi negatif dari seluruh pelusuk umat Islam sedunia. Dari kota Lahore, Bangladesh sehingga Jakarta, Indonesia, dari Beirut, Lubnan sehingga London, England, umat Islam menyatakan kemarahannya. Pada Jumaat 3 Februari, Sheikh Yusof Qardawi mengishtiharkan 'Hari Kemarahan bagi umat Islam. Sesungguhnya hari Jumaat tersebutlah hari kemuncak dan strategik bagi umat Islam untuk menyatakan protes. Ada juga di kalangan umat Islam yang menghantar memorandum kepada duta negara Barat yang terbabit, ada yang berdemosntrasi di hadapan kedutaan negara tersebut, membakar bendera dan paling ekstrem apabila Kedutaan Konsulat Denmark di Beirut, Lubnan dibakar. Sebelum itu lagi pun, apabila negara Arab seperti Arab Saudi, Jordan dan beberapa lagi telah memanggil balik duta masing- masing di Denmark dan Norway, termasuk melancarkan boikot segala produk dari negara- negara tersebut. Menurut editor suratkhabar tersebut, sebenarnya tujuan beliau menyiarkan karikatur tersebut adalah manifestasi kebebasan

bersuara dan menyatakan pendapat. Bagi beliau, ini adalah lumrah bagi negara Barat seperti Denmark, oleh itu jika ianya menyentuh sensiviti umat Islam, seharusnya ianya difahami bukan dalam konteks menghina agama tersebut, akan tetapi menyatakan kebebasan bersuara yang terbuka di Denmark. Seharusnya kita perlu fahami bahawa, nilai sekular dan liberal di Barat telah menyerap sejati di dalam pemikiran masyarakat Barat walaupun dikatakan agama Kristian merupakan agama dominan dan terbesar dalam negara- negara Barat. Dalam sejarah, agama Kristian merupakan satu- satunya agama yang berpindah dari pusat asalnya iaitu Palestin ke Rom. Sejarah perpindahan agama ini telah merubah seluruh struktur dan nilai asli Kristian yang dibawa oleh pengikut Nabi Isa. Kita sebagai umat Islam perlu faham bahawa agama Kristian yang ada hari ini merupakan modifikasi tangantangan paderi yang hidup selepas zaman Nabi Isa. Agama yang dibawal oleh Nabi Isa dahulu sudah berubah dan sama sekali tidak sama dengan agama Kristian yang ada hari ini. Malah nama Kristian pun dinasabkan kepada Al- Masih, iaitu maksudnya Christ dan akhirya menjadi agama Kristian. Kitab Bible yang ada hari ini juga bukan ajaran Injil oleh Nabi Isa yang dahulu. Pendek kata, agama Kristian hari ini telah diresapi oleh kebudayaan Barat Rom, yang akhirnya meluntur semangat dan nilai keagamaan yang ada pada agama Kristian itu. Hakikat ini telah dibongkarkan oleh Prof. Naquib Al- Attas dalam bukunya, Risalah Untuk Kaum Muslimin. Fenomena ketara yang boleh kita perhatikan ialah, apabila upacara penebusan dosa dan pelantikan Pope yang baru penuh dengan adat istiadat materialistik dan kemewahan, sesuatu yang tidak pernah wujud dalam kebudayaan Kristian. Malah pelbagai budaya seperti sambutan Krismas, kewujudan Santa Clause dan pelbagi lagi fenomena 'bida'h' agama Kristian yang diwujudkan mengikut kesesuaian masa.

Keduanya, peradaban Barat telah menundukkan agama Kristian dengan menafikan peranan agama tersebut. Faham sekular menyebabkan agama mereka terus tenggelam dan tiada fungsinya. Negara dan gereja merupakan dua entiti yang berbeza, negera diperintah oleh Raja, manakala gereja oleh paderi. Ini sama sekali berbeza dengan Islam. Dalam sudut yang lain, apabila agama Kristian berpindah ke Barat, diharapkan agama tersebut dapat merubah kehidupan beragama, akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Sejarah Martin Luther menentang gereja merupakan kemuncak kegagalan gereja dalam menangani isu- isu masyarakat dan kaitannya dengan agama ketika itu. Kongkongan intelektual yang terlalu menekan oleh pihak gereja menyebabkan lahirnya golongan Protestan yang membawa nilai liberal, sekular dan dekonstruksi agama yang menyerap seluruh dunia Barat ketika itu. Akhirnya, agama Kristian melalui gereja telah dimandulkan fungsinya, dan hanya berperanan setiap hari Ahad untuk upacara pengampunan dosa, itupun tidak ramai yang hadir dan menaruh kepercayaan kepada gereja. Hari ini, nilai sekular dan liberal berakar dalam pemikiran masyarakat Barat. Oleh itu, tidak hairanlah bagi mereka apabila nilai- nilai keagamaan boleh dipersendakan. Mereka dengan sesuka hati mempersendakan watak Pope atau paderi, golongan agama mereka dengan pelbagai watak yang melucukan sama ada dalam iklan, kartun, cerita dan lagu. Malah agama Kristian juga dipersendakan, sebagai contoh dalam kumpulan Black Metal yang menterbalikkan lambang salib. Bukan setakat itu sahaja, mereka berhak menyuarakan pendapat, sama ada positif dan sensitif, kerana bagi mereka inilah kebebasan bersuara yang menunjukkan masyarakat bertamadun. Hakikatnya mereka jahil mengenai agama Islam yang mereka

sangkakan seperti agama- agama lain. Bagi kita umat Islam, memang manusia dilahirkan untuk bersuara dan berhak menyuarakan segala pandangan. Akan tetapi, kita mempunyai batasan dan ruang lingkup yang boleh kita menyatakan pandangan. Ini kerana kita dikurniakan akal yang singkat, keduanya tidak semua isu boleh kita perkatakan, terutamanya yang melibatkan hal ehwal agama, kaum, bangsa dan sentimen lain. Islam menghormati semua fahaman dan agama di dunia ini. Dalam Al- Quran pun ada berbunyi,” Jangalah kamu mencerca agama- agama lain”. Islam memberi panduan kepada umatnya supaya menghormati semua agama yang wujud di muka bumi ini. Barat telah menyalahgunakan konsep kebebasan bersuara, kerana mereka tiada panduan agama yang sejati, yang masih autentik sifatnya, dengan agama Kristian yang sudah hilang keasliannya. Barat berpandu kepada rasional akalnya, yang kononnya 'anugerah mutlak bagi manusia'. Revolusi akal dalam sejarah kebangkitan Barat telah menyaksikan mereka memartabatkan akal lebih daripada panduan agama mereka. Oleh itu seorang ahli falsafah Jerman, Fredrick Nietchze telah menulis dalam satu buku beliau, 'God is Dead', manifestasi kekecewaan peranan Tuhan mereka yang telah 'mandul'. Kebebasan tanpa sempadan ini menyebabkan sistem perjalanan masyarakat menjadi kelam kabut. Mereka dicorakkan oleh firasat, hawa nafsu dan kehendak semasa, yang sudah pasti tidak kekal dan sentiasa berubah. Akhirnya hari ini kita melihatkan nilai kehidupan mereka sering berubah, dan tidak ada yang kekal. Episod menghina Nabi Muhammad SAW ini pasti akan berlaku lagi sekiranya tiada tindakan tegas daripada umat Islam mahupun kerajaan Islam. Akan tetapi, tindakan kita perlulah berasas dan berhemah. Bukan dilarang untuk berdemonstrasi

dan berkempen membantah di depan kedutaan, akan tetapi jangalah kita terperangkap dengan provokasi nakal mereka. Malah sepatutnya kita perlu sedar bahawa inilah watak manusia yang tidak bertamadun apabila orang yang mulia seperti Nabi Muhammad SAW, yang diiktiraf bukan sahaja di kalangan umat Islam, malah seluruh dunia telah diperlekehkan. Dalam buku '100 Most Influential Person in The World', Michael Hart telah meletakkan Baginda SAW sebagai tokoh nombor satu yang paling berpengaruh. Oleh itu, cara kita respon dan bertindak mestilah berhikmah, melambangkan kebijaksanaan dan keperibadian yang mulia, tidak perlu melenting tidak tentu hala kerana kita berhadapan dengan golongan yang jahil dan tidak bertamadun. Segala tindakan kita perlulah memberi mesej kepada mereka bahawa umat Islam tidak senang dengan tindakan mereka menghina Nabi Muhammad SAW dan menuntut mereka berhati- hati dalam mengeluarkan sesuatu yang sensitif dengan agama Islam. Paling penting ialah, sepatutnya setiap umat Islam perlu mempunyai perasaan cemburu dengan agamanya. Apabila sesuatu kecaman diletakkan ke atas agama Islam, umat Islam perlu bangkit menyatakan bantahan dan ketegasan. Isu menyiarkan kartun hina Nabi ini sedikit sebanyak mempamerkan sikap responsif umat Islam yang perlu dipuji. Dalam pada itu, sebenarnya wujud golongan manusia yang tidak ambil endah dengan isu ini. Oleh itu, mereka ini perlu diberi kesedaran dan tunjuk ajar, supaya tidak tergolong dalam manusia yang munafik. PKPIM MENUNTUT AGAR SEGERAKAN PINDA AUKU Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada kenyataan media Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri pada 26 Januari mengenai Akta

Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, yang tidak akan dimansuhkan, akan tetapi dipinda dari peringkat ke peringkat. Kenyataan beliau ini menunjukkan komitmen dan sikap terbuka beliau dalam menerima pandangan dan suara pelajar. Malah PKPIM merujuk kepada kenyataan akhbar Dato’ Seri Dr. Shafiee Mohd Salleh, Menteri Pengajian Tinggi pada13 Disember bahawa jawatankuasa khas menilai peraturan dalam AUKU supaya disegerakan. PKPIM merasakan sudah tiba masanya AUKU dinilai dan disemak kembali. Setelah pindaan terakhir dibuat pada 1983, kesan AUKU telah menyebabkan berlaku beberapa fenomena kurang sihat. Ini berlaku walaupun pada tujuan asalnya ingin mengekang dan mengawal mahasiswa daripada terjebak dengan gejala negatif mahupun kurang sihat. Berdasarkan pemerhatian PKPIM, AUKU telah menyuburkan beberapa budaya kurang sihat di kalangan mahasiswa. Antaranya ialah: Suburnya nilai- nilai individualistik dan materialistik di kalangan mahasiswa, apabila mereka beranggapan universiti hanya tempat mereka mendapatkan ijazah dan seterusnya mendapat pekerjaan yang baik. Akhirnya, mereka mati rasa dengan isuisu masyarakat di luar. Timbulnya budaya takut apabila didapati melanggar AUKU. Akhirnya pinjaman dipotong, dimarahi ibu bapa, tiada peluang menyambung pelajaran dan sebagainya. Mereka dibayangi oleh undang- undang yang mencengkam mereka dan menatijahkan hilang rasa berani bersuara, mengkritik dan mengemukakan gagasan baru dalam masyarakat. Mahasiswa hanya menumpukan kepada aktiviti dalam kampus sahaja, yang kadang bersifat rekraesi dan hedonistik. Hanya segelintir sahaja yang berminat dengan kegiatan intelektual

dan ilmiah yang mencerahkan akal. Mahasiswa hilang minat mengetahui dan menganalisis isu semasa yang berlaku di luar universiti. Ini kerana mereka dibayangi oleh AUKU yang mencengkam. Akhirnya, slogan 'Mahasiswa Jurubicara Masyarakat' hilang begitu sahaja. PKPIM berpandangan, isu kelesuan mahasiswa yang berlaku hari ini amat serius, berpunca dari AUKU ini. Sebagai contoh, mahasiswa yang malu bertanya dalam kelas, tidak kompetitif dalam pekerjaan, tidak kritikal dan malas berpersatuan adalah gejala real yang berlaku hari ini. Malah kelesuan mahasiswa ini akhirnya akan merugikan negara jua, kerana merekalah aset negara yang bakal memimpin kelak. Sekiranya banyak tekanan dan budaya kurang sihat diikat, maka dikhuatiri kita menempah masa depan yang tidak menentu bagi generasi akan datang. MOHD HILMI BIN RAMLI Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 212, Anjung Rahmat, Bt. 6. Jalan Gombak, 53100, Kuala Lumpur. 019- 3068241/ 03- 61879520 [email protected] [email protected] www.pkpim.net

Related Documents

Juornal
October 2019 15
Critical Juornal Review.docx
December 2019 12
Astrocampania Juornal(e) #3
November 2019 7