Jenis Soket Cpu Untuk Pc

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jenis Soket Cpu Untuk Pc as PDF for free.

More details

  • Words: 299
  • Pages: 2
Jenis Soket CPU untuk PC Monday, 02 January 2006 15:12 Soket CPU (Central Processing Unit), juga dikenali dengan nama ZIF (Zero Insertion Force) soket, dan juga dikenali dengan pelbagai nama lain mengikut padanan CPU , merupakan suatu penyambung antara CPU dan motherboard.

Contoh soket CPU Intel Pentium 4 PGA 478 Soket CPU biasanya berbentuk segiempat bewarna putih, seperti dalam gambar. Pada suatu bahagian tepi soket, terdapat tuil yang digunakan untuk menetapkan atau menanggalkan CPU dari soket. Soket CPU masakini direka mengikut PGA (Pin Gid Array) Architecture, dan terdiri daripada pelbagai jenis mengikut padanan. Misalnya, soket A adalah untuk CPU AMD Athlon dan Sempron, soket 478 untuk CPU Intel yang mempunyai L2 Cache 512Kb dan ke bawah. Syarikat pengeluar CPU Intel telah mengeluarkan CPU soket mengikut rekabentuk yang dinamakan LGA (Land Grid Array) Architecture. Secara ringkas: PGA - Pin CPU (atau kaki komponen CPU, seperti kaki pada perintang) terletak pada CPU itu sendiri LGA - Tiada pin di CPU, sebaliknya pin terletak pada soket CPU. Berikut merupakan beberapa jenis soket CPU masakini (sehingga tarikh artikel ini ditulis) yang boleh didapati pada pelbagai motherboard. Soket 478 – Untuk Intel Celeron dan Intel Pentium 4 Soket LGA 775 – Untuk CPU Intel Pentium 4 (Codenamed Prescott; iaitu CPU generasi terbaru dari famili Pentium 4 yang menggunakan rekabentuk terbaru LGA) Soket A – Untuk AMD Athlon, AthlonXP, Sempron dan Duron. Soket 754 -Untuk AMD Sempron dengar PR rating 2800 ke atas dan AMD Athlon64 yang bereka bentuk PGA 754. Soket 939 - AMD Athlon64 yang bereka bentuk PGA 939. Selain dari apa yang disebutkan di atas, terdapat banyak lagi jenis soket untuk CPU lama dan anda tidak mungkin dapat melihatnya pada motherboard terkini. Contohnya soket 423, 370, 8, 7, 6, 463 dan lain-lain.

Untuk laptop: Soket 479 (Intel Centrino) dan 563 (AthlonXP Mobile)

Related Documents

Cpu Pada Sistem Pc
May 2020 5
Cpu
November 2019 42
Cpu
June 2020 17
Cpu
November 2019 42