Jawi Peranakan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jawi Peranakan as PDF for free.

More details

  • Words: 788
  • Pages: 3
Pengkisahan Melayu Pulau Pinang Organised by: Penang Heritage Trust Co-organised by: Akademi Sains Sosial, Malaysia August 25, 2001 Sessi Sejarah Lisan

Rapporteur: Omar b. Yusoff Omar Yusoff. Pengkisahan Melayu Pulau Pinang. Diperolehi daripada http://e-malabari.net/culture/jawi_peranakan.htm

pada Februari 23, 2009

Mukadimmah Sesi sejarah lisan diadakan pada jam 3.30 petang. Sesi ini dipengerusikan oleh Prof. Omar Farouk Bajunid iaitu seorang Profesor daripada Hiroshima City University, Jepun. Ahli-ahli panel yang mengambil bahagian dalam sesi ini ialah: Cikgu Haji Yusoff Azmi Merican (Kumpulan Waris & Nazir Wakaf, Persatuan Warisan Pulau Pinang), Cikgu Mohamed bin Yahaya (Lebuh Acheh, Pulau Pinang) dan Cikgu Mohd. Bahroodin Ahmad (Penasihat kebudayaan, Persatuan Warisan Pulau Pinang). Kaum 'Jawi Peranakan' Di Pulau Pinang Sejarah kaum 'Jawi Peranakan' di Pulau Pinang telah disampaikan oleh Cikgu Yusoff Azmi Merican. Beliau menceritakan serba ringkas mengenai asal usulnya. Dari segi genealogi, beliau merupakan generasi ke-6 Hashim Yahya Merican. Pada tahun 1970, beliau telah dilantik menjadi Nazir Masjid Hashim Yahya di Jalan Perak. Beliau sendiri adalah keturunan 'Jawi Peranakan' dan menunjukkan sijil beranaknya yang menyebut bangsanya sebagai ‘Jawi Peranakan’. Menurut beliau, golongan ini mempunyai darah campuran India Muslim. Beliau menegaskan komuniti India Muslim telahpun berhijrah ke Pulau Pinang sebelum Pulau Pinang dibuka oleh Kapten Light. Mereka datang ke Pulau Pinang dengan menaiki kapal layar yang dibuat sendiri. Kebanyakan daripada golongan India Muslim yang datang ke Pulau Pinang terdiri daripada kaum Marakayar yang berasal daripada Selatan India. Kawasan penempatan awal mereka adalah di sekitar Lebuh Chulia. Menurut beliau, Marakayar berasal daripada perkataan Arab. Dari segi etimologi Arab, Marakayar bermaksud perahu ataupun kapal. Tujuan utama kedatangan mereka ke Pulau Pinang adalah untuk berdagang. Namun demikian, ada juga di antara mereka yang datang ke sini sebagai banduan. Setelah banduan-banduan ini dibebaskan ada yang terus menetap di Pulau Pinang. Malah mereka lebih suka menetap di Pulau Pinang. Ada juga di antara mereka telah berkahwin dengan wanita-wanita Melayu Pulau Pinang dan akhirnya menetap terus di Pulau Pinang. Menurut beliau, pembentukan kaum 'Jawi Peranakan' di Pulau Pinang adalah hasil daripada perkahwinan campur di antara lelaki India Muslim dengan wanita Melayu. Dengan wujudnya perkahwinan seumpama ini, lahirlah satu generasi campuran. Dari segi fizikal, generasi ini mempunyai rupa paras yang lebih cantik. Selain itu, kaum ini juga

adalah lebih cerdas dari segi pelajaran. Dari segi hantaran, beliau menyatakan anak 'Mami Pulau Pinang' memang terkenal dengan harganya yang tinggi, seperti kata orang Pulau Pinang 'tak dak RM 5,000 jangan pinang anak Mami'. Dari segi pendidikan, golongan 'Jawi Peranakan' memang mengambil berat tentang pelajaran. Pada awalnya sistem pondok memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat Pulau Pinang. Justeru, kebanyakan daripada golongan tua kaum 'Jawi Peranakan' mendapat pendidikan di sekolah-sekolah seumpama ini. Mereka begitu mahir dalam penulisan Jawi. Dalam usaha untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat Melayu di Pulau Pinang maka lahirlah majalah-majalah yang dihasilkan oleh kaum 'Jawi Peranakan'. Salah satu daripadanya ialah majalah Jawi Peranakan. Setelah wujudnya sistem pendidikan sekular, ramai daripada anak-anak 'Jawi Peranakan' mendapat pendidikan di sekolah-sekolah seumpama ini dan ada di antara mereka memegang jawatan tertinggi. Menurut beliau, Sheik Basha Othman Merican adalah di antara kaum 'Jawi Peranakan' yang menjawat jawatan tertinggi. Beliau pernah dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Province Wellesley dan pernah menjadi penyelia di RIDA Training College. Untuk mengetahui budaya 'Jawi Peranakan', beliau menyarankan kita tonton beberapa filem yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Seri P. Ramlee. Dalam usaha untuk menjalankan pelbagai aktiviti di Pulau Pinang, lahirlah Persatuan Melayu Pulau Pinang. Persatuan ini telah memainkan peranan penting dalam hal-hal kebajikan masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Menurut beliau, Sir Dr. Kamal Ariff, datuk kepada Nazir Ariff, adalah juga diantara orang yang dianggap penting dalam persatuan ini. Mengenai persatuan, beliau juga telah menyentuh secara ringkas mengenai Bendera Merah dan Bendera Putih. Menurutnya persatuan ini cukup terkenal di Pulau Pinang satu ketika dahulu dan ia dipengaruhi oleh kongsi gelap Cina yang wujud di Pulau Pinang. Dari segi interksi sosial, beliau menyatakan di sekitar tahun 1930an ataupun 1940an timbul konflik di antara golongan peranakan Arab dengan golongan 'Jawi Peranakan'. Namun begitu, konflik tersebut dapat diselesaikan. Selain itu, kaum 'Jawi Peranakan' juga telah memainkan peranan penting dalam menentang pembentukan Malayan Union. Selain itu, kaum ini juga telah berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Kesimpulan Sebagai rumusan, pengerusi menyatakan persoalan untuk mengekalkan identiti sesuatu kaum merupakan persoalan utama dalam setiap masyarakat. Walaupun mereka terdiri daripada orang Acheh, 'Jawi Peranakan', Mendeling, Java, India Muslim dan sebagainya. Soal utama yang dibincangkan adalah mengenai pengekalan identiti mereka. Justeru, menurut beliau jika kita ingin memahami 'Jawi Peranakan' jalur Islam itu adalah merupakan tunggak utama yang dapat mengeratkan kaum ini dengan orang Melayu di Pulau Pinang. Di samping itu, dalam usaha mewujudkan integrasi sosial di antara keduadua kaum ini, penubuhan persatuan-persatuan dianggap penting. Persatuan yang

ditubuhkan diibaratkan sebagai payung yang dapat melindungi kepentingan kedua-dua kaum ini, sama ada berkaitan hal-hal politik, ekonomi mahupun sosial.

Related Documents

Jawi Peranakan
April 2020 17
Jawi
May 2020 17
Jawi
May 2020 22
Candi Jawi
November 2019 30
Mengeja Jawi
November 2019 24
Assignment Jawi
June 2020 19