PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum w.b.t…
Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Dengan izin-Nya juga saya dapat mencari maklumat-maklumat dan informasi yang berkaitan dengan tugasan ini dengan mudah tanpa sebarang masalah yang serius. Yang keduanya saya berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak menyokong saya walaupun berada jauh dari mata saya. Saya turut berterima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang amat saya sayang iaitu Dr. Sabri yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan ketika menyiapkan tugasan ini. Tanpa nasihat dan panduan dari beliau mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Melalui nasihat dan pandangan beliau juga, saya dapat mengurangkan sedikit kekeliruan yang saya hadapi ketika menyiapkan tugasan ini. Seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut memberi sokongan dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini.
rakan-rakan seperjuangan juga lah yang banyak menaikkkan
semangat dalam menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, saya juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat secara lansung dan secara tidak lansung ketika saya menyiapkan tugasan ini Alhamdulillah… Sekian terima kasih…
PENDAHULUAN Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal Kerajaan yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihakpihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
PERKEMBANGAN TULISAN JAWI Perkembangan
sistem
ejaan
Jawi
mutakhir
ada
penulis
menganggap ("zaman kemurungan tulisan Jawi") bermula pada tahun 1963 apabila Akta Bahasa Kebangsaan mewartakan tulisan Rumi menjadi tulisan rasmi bagi bahasa Melayu yang secara tidak langsung meminggirkan tulisan Jawi. Mulai tahun itu, pengajaran tulisan Jawi sudah tidak ditekankan lagi di sekolah-sekolah. Jumlah orang yang menguasai tulisan Jawi pun semakin berkurangan.
Malah, majalah,
akhbar dan buku Jawi mulai kurang mendapat sambutan di pasaran. Mengikut catatan, sejarah tulisan Jawi telah berkembang di Alam Melayu sejak ratusan tahun yang lampau. Walaupun tulisan lain seperti tulisan pengaruh India (berasal daripada tulisan Pallava India), tulisan Rencong dan tulisan Rumi/Latin pernah bertapak di alam Melayu, tulisan Jawi mendominasi jenis tulisan yang digunakan setelah kedatangan Islam. Banyak bahan-bahan tulisan Jawi yang sampai ke Tanah Melayu seperti kitab agama serta hikayat nabi dan para sahabat menggunakan sistem ejaan Jawi pengaruh Arab. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 22 Februari 1303 M menjadi bukti penggunaan tulisan Jawi di alam Melayu.
HURUF-HURUF DALAM TULISAN JAWI
Nama alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal ra zai sin syin sad dad ta za ain
Bentuk huruf Padanan Awal Tengah Akhir Rumi Tunggal kata kata kata ﺍ ﺎ A ﺏ ﺑ ـﺒ ـﺐ B ﺕ ﺗ ـﺘ ـﺖ T ﺙ ﺛ ـﺜ ـﺚ s, (th) ﺝ ﺟ ـﺠ ـﺞ J h, (ḥ) ﺡ ﺣ ـﺤ ـﺢ ﭺ ﭼ ـﭽ ـﭻ C ﺥ ﺧ ـﺨ ـﺦ Kh د ـد D ﺫ ـذ z, (dh) ﺭ ـر R ﺯ ـز Z ﺱ ﺳ ـﺴ ـﺲ S ﺵ ﺷ ـﺸ ـﺶ Sy s, (ṣ) ﺹ ﺻ ـﺼ ـﺺ d, (ḍ) ﺽ ﺿ ـﻀ ـﺾ t, (ṭ) ﻁ ﻃ ـﻄ ـﻂ z, (ẓ) ﻅ ﻇ ـﻈ ـﻆ awal: a, i, u; ﻉ ﻋ ـﻌـ ـﻊ akhir: k, (‘)
ghain nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya
ﻍ ڠ ﻑ ﭪ ﻕ ک ڬ ﻝ ﻡ
ye
ى
nya
ڽ
hamzah
ء
ء
ta marbutah
ة
ـة
ﻥ
ﻭ ۏ ﻩ ﻱ
ﻏ ڠـ ﻓ ﭬ ﻗ ﻛ ڬـ ﻟ ﻣ ﻧ
ـﻐـ ـڠـ ـﻔ ـﭭ ـﻘ ـﻜ ـڬـ ـﻠ ـﻤ ـﻨ
ﻫ ﻳ
ـﻬ ـﻴـ
ـﻎ ـڠ ـﻒ ـﭫ ـﻖ ـک ـڬ ـﻞ ـﻢ ﻦ ـو ـۏ ﻪ ﻲ ـى
پـ
ـپـ
ـڽ
Gh Ng F P k, q, (q) K G L M N w, u, o V H y, i, e taling e pepet hujung Ny awal: gugur; akhir: k, (’) t, h, (ṯ)
TRANSLITRASI TULISAN RUMI KE DALAM TULISAN JAWI
PETIKAN NOVEL
REFLEKSI ASSALAMUALAIKUM…
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan tugasan Bahasa Melayu 2 ini.
Saya juga berterima kasih
kepada Dr Sabri Che Man yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini
dan
telah
menyampaikan
banyak
maklumat
dan
panduan
ketika
menyelesaikan tugasan ini. Perbincangan semasa kuliah juga memberi saya sedikit pengetahuan untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun agak keliru tetapi segalanya dapat di atasi dengan penerangan-penerangan yang mantap oleh pensyarah yang amat kami sayang. Melalui tugasan ini banyak manfaat yang saya perolehi mengenai tulisan jawi dan jenis-jenisnya. Tugasan ini memerlukan kemahiran dalam menukarkan tulisan rumi kepada jawi. Untuk memperolehi kemahiran tersebut saya twelah berusaha sedaya upaya mempelajari tulisan jawi dan cara-cara untuk menulisnya. Pengalaman yang paling menarik semasa menyiapkan tugasan ini ialah ketika saya belajar menulis tulisan jawi iaitu tulisan Khat yang mana tulisan ini sangat unik dan mempunyai ciri-ciri kesenian. Selain itu juga saya mencari maklumat dengan melayari internet dan maklumat yang saya perolehi adalah berkaitan dengan sejarah atau asal-usul tulisan jawi. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi faedah terutamanya tentang tulisan jawi yang mempunyai banyak cabang-cabangnya seperti tulisan khat, asal-usul tulisan jawi dan sebagainya.
Sekian… Terima kasih,,,,, (SITI NURFATIMAH BT SAHARI) (901204025364)