Jawapan Soalan 3

  • Uploaded by: Anonymous hxZJMQ3
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jawapan Soalan 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 256
  • Pages: 1
Soalan 3 Bincangkan prosedur serta tarikh pelarasan Akaun Wang Kerajaan berkaitan permohonan peruntukan tambahan dan pengembalian peruntukan lebihan dalam Akaun Wang Kerajaan.

Permohonan peruntukan tambahan merupakan tuntutan pelarasan bagi tahun semasa. Pihak sekolah adalah wajib untuk melaksanakan pelarasan peruntukan tahun semasa untuk mengenalpasti peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun tersebut. Sebarang pertambahan dan pengurangan murid sebelum 1 Julai tahun semasa mesti dilapor kepada ketua PTJ masing-masing selewat-lewatnya 15 Julai melalui pengisian Borang TBP(BBTP) dan Borang Pengistyharaan Baki Bawa Ke Hadapan (Borang BF/BBTP). Apabila ketua PTJ menerima laporan dan borang daripada sekolah mengenai maklumat pelarasan , mereka bertanggungjawab untuk mengunci masuk maklumat tuntutan pelarasan sekolah ke dalam sistem e-Bantuan selewat-lewatnya pada 15 Julai tahun semasa dan mencetak maklumat tuntutan pelarasan daripada sistem e-Bantuan dan menghantarnya kepada sekolah berkenaan. Selepas 15 Julai, ketua PTJ tidak dibenarkan untuk meminda sebarang

data dan maklumat dalam sistem e-

Bantuan. Bahagian Kewangan KPM akan mengkreditkan tambahan peruntukan ke dalam akaun sekolah selewat-lewatnya 15 September tahun semasa. Bagi pengembalian tuntutan lebihan pula, pihak sekolah wajib mengemukakan peruntukan terlebih tuntut kepada Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah perlu peka terhadap jumlah peruntukan awal yang diterima pada tahun semasa dan yang layak menerima pada 1 Julai tahun semasa. Peruntukan berlehihan perlu dipulangkan pada selewat-lewatnya 30 Ogos tahun semasa. Ia tidak boleh disimpan dan dibelanjakan oleh sekolah. Pemulangan peruntukan terlebih tuntut hendak dikemukakan kepada Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain mengemukakan cek kepada KPM, pihak sekolah perlu mengisi Borang Pemulangan Lebihan Peruntukan Bantuan Persekolahan KPM.

Related Documents

Jawapan Soalan 3
October 2019 34
Jawapan Jawapan
June 2020 16
Jawapan Jawapan
June 2020 14
Soalan No 3
October 2019 14

More Documents from ""