JANGAN CABAR ISLAM Oleh Mohd Kamil Yusof Minggu lepas adalah satu minggu yang ‘trajis’ bagi umat Islam di negara ini. Tiga kejadian penghinaan terhadap agama suci Islam cukup mengguris perasaan seluruh umat Islam. Belum pernah berlaku peristiwa ‘terlampau’ sedemikian rupa sebelum ini. Ketiga pemimpin DAP yang begitu dangkal toleransi agamanya bersikap bongkak dan biadap serta berani bertindak dengan perbuatan dan perkataan mereke menghina dan memperlekehkan syariat Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. Sama ada dirancang atau tidak, serangan ke atas Islam dan penganutnya dilakukan secara terang-terang, tanpa berselindung serta menggunakan perkataan yang keji, menyakitkan hati dan menghina umat Islam keseluruhannya. Siapa Ronnie Liu, Exco Selangor yang mempertikaikan kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah alam? Tidak cukup dengan itu, beliau mengarahkan supaya arak tersebut dipulangkan semula. Lebih biadap lagi, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beer bukannya arak. Begitu jahil dan dengkalnya pengetahuan seorang pemimpin DAP tentang agama lain. Arak atau apa sahaja minuman yang boleh menyebabkan seseorang itu mabuk dan memabukkan adalah haram dalam Islam. Lagi pun rampasan arak itu dilakukan dikawasan yang majoritinya penduduk Islam. Ketika hati dan perasaan umat Islam terluka dengan isu arak itu, ahli perlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi bagaikan menabur garam keatas luka tersebut apabila mengaitkan pula syariat Islam sebagai pelampau. Kritikannya itu semata-mata kerana tidak berpuashati dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah yang juga Ahli Jemaat Islah SeMalaysia (JIM). Untuk memburukkan lagi keadaan, beberapa hari kemudian ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) membuat kenyataan melampau didalam blognya yang mengkritik dan menghina Pendakwah Islam Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Walaupun beliau mendakwa tidak mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina pendakwah itu dan agama Islam, namun hakikatnya beliau membuka laluan kepada komenkomen keterlaluan, lucah dan tidak boleh diterima oleh seluruh umat Islam. Persoalannya kenapa bukan Islam kini semakin berani ‘bermain api’ dengan menyentuh isuisu sensitif berhubung soal-soal perkauman dan agama? Apakah mereka melihat perpaduan umat Islam dan orang melayu khususnya semakin rapuh dan bercelaru? Maka inilah masanya untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka selama ini. Tetapi mereka perlu ingat, orang melayu akan bersatu apabila didesak dengan isu-isu yang mencabar maruah bangsa dan agama, walaupun umat Islam berpegang kepada falsafah ‘sabar sebahagian dari iman’, namun sebagaimana manusia biasa, kesabaran ada hadnya. Wahai orang melayu Islam di negara ini, jadikan tiga peristiwa tersebut sebagai ‘peringatan’ penting bahawa pihak yang tidak senang dengan Islam akan melakukan apa sahaja untuk melemahkan umat Islam dan orang melayu.
1
Inilah masanya untuk memperkuatkan perpaduan sesama Islam dan umat melayu supaya kaum lain tidak memandang rendah dan memperlekeh-lekehkan kita semua. Seperti yang disarankan oleh beberapa pihak, inilah juga masanya untuk pihak berkuasa bertindak segera ke atas puak-puak pelampau yang semakin biadap dan berani menghina Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. Ketika masih berkuasa, bersihkan negara ini daripada unsur-unsur sedemikian sebelum ia bertunas dan tumbuh subur. Pertahankan keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat sebelum ia dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Gunakanlah segala akta yang ada untuk ‘mengajar’ mereka yang ‘kurang ajar’ supaya ia menjadi iktibar kepada pihak-pihak yang berhasrat untuk menguji perpaduan kaum dan toleransi agama di negara ini.
Secukup Rasa, Utusan Melayu, Isnin 17 Ogos 2009
2