Jambu Batu.docx

  • Uploaded by: Hafiz Yatin
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jambu Batu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,014
  • Pages: 40
SIRI KEARIFAN TEMPATAN PERUBATAN ALAMI

APA ITU POKOK JAMBU?

Pada zaman dahulu datuk dan nenek kita pokok jambu ini tumbuh meliar. Tiada sesiapa yang menjaga dan menanamnya. Pokok ini tumbuh sendiri.

Di pokok perigi, di tepi

mana tumbuhnya ini iaitu di tepi tepi-tepi parit atau rumah.

Jambu batu (psidiumguava) merupakan sejenis buah daripada keluarga Myrtaceae yang popular di Malaysia. Jambu batu ini dipercayai dari kawasan antara Peru dan

Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu ini tersebar ke merata kawasan tropika dan subtropika. Di katakan pengembara Sepanyol membawa jambu batu ke Filipina dan pengembara protugis pula membawanya dari Filipina ke India.

Pokok ini dahulunya tiada nilai komersial. Buahnya hanya menjadi makanan binatang seperti burung. Kanak-kanak juga suka makan bauah ini selepas bermain. Selepas tahun 80-an jambu batu merupkan sejenis makanan yang popular di Malaysia.

Tanaman jambu batu ini ditanam secara komersial. Jambu batu ini mula ditanam di atas tanah mineral atau tanah pasir bekas lombong di sekitar Bidor daerah Batang Padang, Perak, dan Johor, Selangor dan Pahang.

Sehingga hari ini buah jambu batu ini amat digemari. Buah ini akan dimakan secara buah segar, jus, jem dan puree.

Pengimport utama buah jambu batu di Malaysia ialah Singapura, Brunei, Hong Kong dan Arab Saudi. Buah Jambu member nilai eksport yang tinggi kepada negara.

TAHUKAH KAMU BAHAGIAN-BAHAGIAN POKOK INI?

Pokok jambu batu ini tumbuh rendang, cabangnya terbuka, tingginya boleh mencapai sehingga 6-9 meter.

Jangka hanyat pokok jambu batu ini lebih kurang 40 tahun. Sementara pokok ini berbuah selama 15-25 tahun. Jenis pokok jambu yang diklon berbuah dalam masa setahun setelah ditanam.

Di Malaysia, pokok jambu batu berbuah sepanjang tahun. Daunnya mempunyai 24-27 pasang urat daun literal. Urat ini amat ketara pada permukaan daun sebelah bawah margin daun rata dan licin.

Batangnya pendek, mula bercabang dari pangkal pokok. Kulitnya licin, menggelupas dan berwarna perang kehijau-hijaun sehingga ke warna perang. Bahagian pokok ini seperti susunan daun bertentangan antara satu sama lain, panjangnya antara 5-15 cm, lebar daunnya 3-6 cm, bunga

ketiak, daun ada yang tunggal atau dua kuntum, warnanya putih dan lebarnya 3-3.5 cm.

Bunga ini mempunyai banyak stamen. Buahnya berbentuk bebola, bujur telur seperti pear kecil atau besar.

Panjang buah ini 2-12cm. Pada hujung buah ada kelopak yang kekal.

Semasa muda buah jambu batu ini bewarna hijau muda. Setelah masak, masih hijau atau kuning.

Isinya yang keras akan menjadi lembut setelah masak. Isinya ada yang bewarna putih, kuning, merah jambu atau merah.

Rasanya pula ada manis atau masam. Isinya banyak biji dan ada yang tanpa biji.

TAHUKAH KAMU BAHAGIAN MANAKAH YANG PALING MUJARAB? Pernah kita terdengar dan terlihat sama ada dalam keluarga kita atau jiran kita yang terkena penyakit deman berdarah dan sakit gigi.

Sebelum kita ke hospital kita boleh menggunakan perubatan alamiah daun jambu batu sebagai alternatif.

Daun jambu batu ini sangat baik untuk mengubati sakit gigi dan deman berdarah. Kandungan minyak atsiri yang terdapat dalam daun jambu batu ini sangat mujarab untuk membantu kita jika sakit gigi dan deman berdarah.

Cara penggunaannya kita bolehlah rebus daun jambu

batu ini. Air rebusan ini kita guna untuk mandi jika deman berdarah. Ulang beberapa hari. Insya-Allah deman ini akan reda.

Jika kita sakit gigi pula, air rebusan daun jambu ini kita guna untuk berkumur. Untuk lebih cepat tindak balasnya kita letakkan secubit garam semasa merebus daun jambu batu itu. Kita perlu berkumur beberapa kali sehingga rasa sakit gigi hilang.

TAHUKAH KAMU APAKAH KEGUNAAN DAUN JAMBU BATU?

Kadang-kadang kita tibatiba terjatuh. Kemungkinan terjadi luka-luka kecil, lebam dan bengkak.

Daun jambu batu ini boleh juga kita gunakan jika kita mengalami lukaluka kecil, lebam atau bengkak pada badan kita.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Federal Nigeria, membuktikan bahawa steroid dalam daun jambu batu itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, lebam dan bengkak pada badan kita. Penggunaan daun jambu batu untuk membantu masalah ini, senang sahaja, iaitu kita ambil daun jambu

batu dan tumbuk seberapa lumat.

Kemudian letakkan pada sakit yang kita alami itu. Daun jambu ini akan mengurangkan radangan dan jangkitan untuk terus merebak.

TAHUKAH KAMU DAHULU DAUN JAMBU INI DIJADIKAN UBAT? Hebatnya anugerah Allah kepada hamba-Nya, pokok jambu ini sebenarnya dapat menghilangkan bau darah selepas bersalin.

Rasa keselesaan untuk ibu selepas bersalin juga boleh kita gunakan air rebusan daun jambu batu. Selepas bersalin akan keluar banyak darah dan lokia-lokia. Darah dan lokia-lokia ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Daun jambu batu juga

boleh kita gunakan untuk mengatasi bau ini. Pengguaan daun jambu batu untuk mengatasi masalah ini, kita ambil sebanyak segengam erat. Rebus daun itu dengan air sehingga mendidih. Setelah air gunakan membersihkan

itu

suam untuk kemaluan.

Boleh dilakukan setiap kali buang air kecil atau terasa darah atau lokia keluar. Air rebusan ini dapat menghilangkan bau darah atau lokia. Keadaan ini membolehkan ibu-ibu rasa selesa.

MARI TANAM POKOK JAMBU SECARA KOMERSIAL

Kita perlu mempunyai pengetahuan untuk menanam pokok jambu.

Tanaman jambu batu memerlukan suhu tinggi (27-28oC) dengan taburan hujan yang tinggi dan seragam sebanyak 2,500 mm setahun.

Taburan hujan yang mencukupi akan memberi kesan yang baik kepada tumbesaran vegetatif pokok. Manakala hujan yang lebat dan berpanjangan akan menjejaskan pengeluaran bunga dan penghasilan buah.

Secara amnya, pokok jambu batu memerlukan tekanan kekurangan air yang singkat untuk merangsangkan berbunga. Tanaman jambu batu merupakan tanaman jangka panjang.

KITA PERLULAH MENGETAHUI CARACARA UNTUK MENANAM POKOK JAMBU BATU INI

Waktu yang sesuai bagi penanaman anak pokok jambu batu dilakukan pada awal musim hujan Pemilihan pokok benih anak jambu batu yang sihat dan segar sahaja digunakan atau dipilih untuk ditanam. Untuk pokok subur dan hidup dengan sempurna kita perlulah menggunakan 5 kg baja organik, 100 gm

baja fostat dan 250 gm kapur dicampurkan ke dalam lubang.

Kemudian pokok benih kita masukkan dalam lubang. Kita perlu timbuskan bahagian akar pokok jambu itu dengan tanah. Kita mestilah padatkan dengan tanah sehingga menjadi seperti busut kecil. Supaya anak pokok itu tegap setiap anak pokok

itu hendaklah diikat pada kayu sokongan. Kayu itu sekurangkurangnya berukuran satu meter tinggi dan diberi sungkupan.

Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya tidak hujan. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 4m x 4m dan jarak ini memberikan kepadatan sebanyak 625 pokok sehektar.

Jarak ini perlulah diberi perhatian supaya anak pokok jambu batu dapat hidup dengan sempurna.

Related Documents

Jambu Mete
November 2019 78
Jambu Monyet
October 2019 106
Jambu Biji
November 2019 79
Jambu Batu.docx
November 2019 70
Manisan Jambu Mete
July 2020 34

More Documents from ""

Jambu Batu.docx
November 2019 70
Etiket Sosial.docx
December 2019 40
2. Part 1.docx
December 2019 39
Fiqh Kekeluargaan.pptx
April 2020 23
Jenis Pentadbiran.docx
April 2020 21