E
B
A H A N
T
B
A C A A N
A Z K I R A H
Jalan Menuju Takwa 2
T
akwa merupakan sumber segala kebaikan dalam masyarakat, sebagai satu-satunya cara untuk mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan dosa. Bahkan, takwa merupakan tiang utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang dalam rangka menghadapi fenomena kehidupan. Agar ia dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dan agar ia bersabar atas segala ujian dan cubaan. Itulah hakikat takwa dan itulah pengaruhnya yang sangat memberi kesan dalam pembentukan peribadi seorang insan. Berikut merupakan sambungan daripada keluaran lepas tentang jalan-jalan untuk melahirkan takwa dalam diri. Keempat: Mu’aqobah (Menghukum) Asas bagi mu’aqobah adalah firman Allah Azza Wa Jalla; “Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” [Al-Baqarah: 178] Hukuman yang dimaksudkan sebagaimana yang diisyaratkan oleh ayat tersebut adalah; Apabila seorang Mukmin melakukan kesalahan, maka tidak wajar baginya membiarkannya. Sebab membiarkan sesuatu kesalahan berlalu tanpa melakukan apa-apa akan mempermudah terlanggarnya kesalahankesalahan yang lain dan akan menjadikan sukar untuk ditinggalkan. Sepatutnya dia
memberikan hukuman kepada dirinya dengan hukuman yang mubah (harus) sebagaimana memberikan hukuman atas isteri dan anak-anaknya. Ini adalah agar ia menjadi peringatan bagi dirinya agar tidak menyalahi ikrar, disamping merupakan dorongan untuk lebih bertakwa dan bimbingan menuju hidup yang lebih mulia. Hukuman ini harus dengan sesuatu yang mubah, tidak boleh dengan sesuatu yang haram, seperti membakar salah satu anggota tubuh, mandi di tempat terbuka pada musim dingin, meninggalkan makan dan minum sampai membahayakan diri dan sebagainya. Hukuman-hukuman ini dan yang sepertinya adalah haram
hukumnya sebab termasuk dalam larangan yang tercantum dalam Al-Quran; “..dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” [Al-Baqarah: 195]
manusia. Misalnya dengan menginfakkan sejumlah wang tatkala meninggalkan solah berjemaah, ataupun dengan mengerjakan beberapa rakaat solah sunat.
“..dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” [AnNisa: 29]
Jika seorang Mukmin sudah biasa menjatuhkan hukuman kepada dirinya ketika melakukan kesalahan, maka dia telah melangkah menuju takwa, dan telah menapaki jalan ketinggian rohani, dan dengan pasti dia akan sampai ke darjat orangorang yang bertakwa.
Generasi salaf yang soleh telah memberikan teladan kepada kita tentang ketakwaan, muhasabah, menjatuhkan hukuman pada diri sendiri jika bersalah dan bertekad untuk lebih taat jika mendapati dirinya lalai atas kewajipan. Berikut ini diutarakan beberapa contoh;
Kelima: Mujahadah Dorongan Nafsu)i
(Melawan
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Umar bin Khattab r.a. pergi ke kebunnya. Ketika pulang didapatinya orang-orang sudah selesai melaksanakan solah Asar. Maka beliau berkata: “Aku pergi hanya untuk sebuah kebun, aku pulang orangorang sudah solah Asar! Kini kebunku aku jadikan sedekah untuk orang-orang miskin.”
Dasar mujahadah adalah firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran: “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benarbenar beserta orang-orang yang berbuat baik.” [Al-Ankabut: 69]
Menanggapi masalah ini, al-Laits berkata; “Padahal beliau hanya ketinggalan solah berjemaah!”
Makna mujahadah sebagaimana disyariatkan oleh ayat tersebut adalah: Apabila seorang Mukmin terseret dalam kemalasan, santai, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan amal-amal sunnah serta ketaatan yang lainnya tepat pada waktunya, maka ia harus memaksa dirinya melakukan amalamal sunat lebih banyak daripada sebelumnya. Dalam hal ini, harus tegas, serius dan penuh semangat sehingga pada akhirnya ketaatan merupakan kebiasaan yang mulia bagi dirinya dan menjadi sikap yang melekat pada dirinya.
Satu ketika, Umar r.a. pernah disibukkan oleh suatu urusan sehingga waktu Maghrib lewat sampai muncul dua bintang. Maka setelah melaksanakan solah Maghrib, beliau memerdekakan dua orang hamba. Ada baiknya bila setiap Mukmin mengikuti jejak generasi salaf dalam muhasabah diri dan menjatuhkan hukuman apabila dia menemui kelalaian dalam memikul tanggunggjawab atau meninggalkan kewajiban terhadap Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan sesama
Dalam hal ini, cukuplah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjadi qudwah (contoh ikutan) yang patut diteladani sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan solah malam hingga kedua tumitnya bengkak. Ketika Aisyah r.a. bertanya: “Mengapa engkau lakukan hal itu? Bukankah Allah sudah mengampuni dosamu yang sudah lalu dan yang akan datang? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab: “Bukankah seharusnya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” [Riwayat Bukhari dan Muslim] Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Aisyah r.a. berkata; “Apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malam (dengan ibadah), membangunkan keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikat pinggangnya.” Dalam beberapa hadis, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruh dan menyokong perlaksanaan mujahadah dalam amal ibadah. Oleh itu, hendaklah kita semua menjadi orang pertama yang bergegas menyambut dan melaksanakan perintah tersebut. Imam Bukhari meriwayatkan; “Dari Abu Hurairah bahawa beliau berkata; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Sesungguhnya Allah berfirman; “Tidaklah seorang hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai selain daripada amalan-amalan wajib dan seorang hamba-Ku senantiasa mendekat
kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan sunat, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Aku-lah yang menjadi pendengarannya, dan sebagai tangan yang digunakannya untuk memegang dan kaki yang dia pakai untuk berjalan, dan apabila ia memohon kepada-Ku pasti Aku kabulkan, dan jika meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Aku lindungi.” Jika anda – wahai saudaraku – sudah berusaha melakukan mujahadah, mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengikuti jejak generasi para salaf, maka saya yakin anda telah melangkah menuju takwa, menapaki perjalanan rohani dan akan sampai ke darjat para muttaqin. Kesimpulannya – wahai saudaraku – itulah beberapa cara untuk menumbuh suburkan takwa dalam hati dan ruh setiap Mukmin serta menyatukannya dengan perasaannya. Dengan mu’ahadah anda dapat beristiqamah di atas syariat Allah dan dengan muraqabah, anda dapat merasakan keagungan Allah baik di kala bersendirian maupun di khalayak ramai. Dengan muhasabah anda dapat bebas daripada tarikan hawa nafsu yang selalu memberontak, dan dapat memenuhi hak-hak Allah dan hakhak sesama manusia. Dengan mua’qabah anda dapat menyelamatkan diri anda daripada penyimpangan. Dengan mujahadah anda dapat memperbaiki aktiviti anda dan
sekaligus menundukkan sifat malas dan lalai. Dengan cara tersebut, takwa akan menjadi sebati dan mendarah daging (malakah) dengan diri anda dan akan menjadi akhlak anda yang sebenarnya. Bahkan anda akan sampai ke puncak kemuliaan dan keutamaan, anda akan sampai ke darjat yang paling tinggi. Anda
akan mampu memberi suri teladan kepada orang lain dalam ucapan, perbuatan dan kemantapan rohani. Rujukan: Tarbiah Ruhiah: Petunjuk Praktis Mencapai Darjat Takwa, Dr Abdullah Nasih Ulwan
Imam Ibnu Qayyim ketika memperkatakan tentang tahap-tahap jihad, memulakannya dengan jihad melawan nafsu untuk mempelajari kebenaran, kemudian jihad beramal dengan kebenaran , kemudian jihad untuk bersabar di atas bebanan amal tersebut. i