Jadual Guru Bertugas Latihan Rumah Sukan

  • Uploaded by: Fariza Romli
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jadual Guru Bertugas Latihan Rumah Sukan as PDF for free.

More details

  • Words: 902
  • Pages: 6
HAC SKBP 2015 Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2015 PEMBACA

SKRIP

ATURAN MAJLIS

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman: 1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematikan nada deringan telefon bimbit masing-masing atau menukarkan kepada mode senyap. 2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu yang hadir dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di bahagian hadapan terlebih dahulu, bagi memudahkan kemasukan tetamu-tetamu yang akan datang seterusnya. 3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu dapat berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat. Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama hadirin sekalian.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Rosli bin Basri, Yang Dipertua PIBG SK Bukit Piatu, diiringi oleh Yang Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz Tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu, Naib Yang Dipertua PIBG Encik Shahrul Yusmin bin Mat Yasin, serta barisan pentadbir sekolah. **** Lagu Negaraku**** Hadirin dipersilakan duduk

NAYLIEZA 2015Page 1

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

HAC SKBP 2015 Bismillah…. Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia... Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di atas jerami; Terima kasih banyak-banyak, Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Yang Berbahagia, Encik Rosli bin Basri, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu Yang Berusaha, Encik Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu Puan Naziah binti Ahmad – GPK Pentadbiran Puan Noor Asmah binti Ismail – GPK HEM Encik Shamsul Kamal bin Kamaruddin – GPK Ko-Kurikulum Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu sesi 2015/2016, Guru-guru penjana modal insan gemilang, Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekelian. Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu bagi tahun 2015. Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat NAYLIEZA 2015Page 2

HAC SKBP 2015 memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi yang damai ini, di samping dapat mengukuhkan lagi tautan kemesraan serta jalinan kerjasama di antara guru-guru dan ibu bapa dan penjaga serta murid-murid sekalian. Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang Buluh ditarik panjang sepuluh, Mahu dijolok sarang penyengat, Tangan diangkat jari sepuluh, Doa diminta agar selamat. Hadirin dihormati, Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Hanif bin Zakaria. Dipersilakan…

BACAAN DOA

--------- Bacaan doa --------Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadhil Ustaz atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis hari anugerah cemerlang pada tahun ini dengan jayanya.

Hadirin yang budiman, Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz Tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. ------ Ucapan GB -----Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-aluan itu tadi.

NAYLIEZA 2015Page 3

UCAPAN GB

HAC SKBP 2015

Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Hadirin yang dihormati, Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Faizal bin Jaafar, Penolong Pegawai Daerah Bentong, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Hari Anugerah Cemerlang 2015. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PERASMI

**** Ucapan Perasmian ****

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Faizal di atas ucapan perasmian itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan, Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Anugerah Cemerlang. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Faizal bin Jaafar diiringi oleh Yang Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz tuan Abdullah untuk menyampaikan hadiah. **** Hadiah Akademik **** Acara dimulakan dengan hadiah Kedudukan Terbaik Mengikut Kelas. **** Baca senarai penerima hadiah****

NAYLIEZA 2015Page 4

HADIAH

HAC SKBP 2015 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Faizal bin Jaafar atas penyampaian hadiah itu tadi. **** Hadiah Pemulihan / LINUS****

****Penghargaan Pengawas PSS dan Pengawas Sekolah ****

Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis pagi ini berehat seketika. Marilah sama-sama kita nikmati persembahan daripada murid-murid SKBP Dipersilakan.... Terima kasih dan tepukan gemuruh untuk anak-anak kita yang cukup berbakat ini...

CABUTAN BERTUAH 1

PENYAMPAIAN TERBANYAK)

NAYLIEZA 2015Page 5

HADIAH

NILAM

(PEMBACA

HAC SKBP 2015 PENYAMPAIAN ANUGERAH UTAMA TOKOH NILAM TOKOH KOKURIKULUM TOKOH KURIKULUM TOKOH MURID

CABUTAN BERTUAH 2

Hadirin sekalian, Dengan ini selesailah sudah Hari Anugerah Cemerlang sekolah Kebangsaan Bukit Piatu bagi tahun 2015. Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan majlis pada hari ini. Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga Sekolah serta mereka yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa. Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak akan purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari Alah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami insan biasa. Sebelum mengundur diri, sambutlah salam manis untuk dan disudahi dengan lafaz suci... Wabillah hitaufik walhidayah ..... Dan salam sejahtera.

NAYLIEZA 2015Page 6

Related Documents


More Documents from "mohd fadhli"

Quell - Aoi Mizu.docx
December 2019 25
Tabel Gizi.docx
December 2019 34
Lapkas Volvulus Fariza.docx
December 2019 32
10. Lampiran 3.docx
November 2019 29