SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
10 PENGENALAN Temubual yang kumpulan kami lakukan memfokus mengenai
family coflict atau masalah
keluarga. Family conflict terjadi apabila berlakunya ketidakfungsian dalam peranan ibu bapa. Dalam family conflict ini, ibu bapa adalah individu utama yang menjadi punca kepada berlakunya masalah dalam rumahtangga. Ibu bapa yang tidak menjalankan tugas dan peranan dengan berkesan akan menyebabkan rumahtangga yang terbina tidak aman dan sejahtera. Akibat daripada masalah keluarga yang berlaku, ianya memberi kesan yang sangat mendalam dan serius kepada anak-anak iaitu sama ada kanak-kanak mahupun remaja jika tidak ditangani dengan berkesan.
Masalah dalam keluarga berpunca apabila berlakunya pergaduhan antara ibu bapa, perceraian, ibu bapa yang berpoligami, sikap ibu bapa yang pemarah dan panas baran, bertingkah laku tidak baik seperti minum arak, menagih dadah, berjudi, kaki pukul, dan sebagainya. Kesemua tingkah laku yang tidak sepatutnya berlaku ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tingkah laku anak-anak seterusnya menyebabkan berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.
Anak-anak yang tinggal dengan keluarga sedemikian akan mengalami pelbagai masalah. Antara kesan-kesan yang akan dihadapi oleh anak-anak akibat daripada masalah keluarga tersebut ialah anak-anak akan berasa tertekan dengan situasi yang berlaku, trauma sekiranya pernah dipukul, takut, sedih, marah, kecewa, dan mempunyai perasaan ingin lari dari rumah. Selain daripada itu juga, masalah yang berlaku kepada keluarga akan menyebabkan berlakunya 1
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
perubahan kepada sikap anak-anak. Antaranya ialah anak-anak akan menjadi seorang individu yang pendiam atau pasif, takut, muram, kurang bercakap dan bergaul dengan kawan-kawan. Dari segi pendidikan pula ia mengakibatkan pembelajaran anak-anak di sekolah merosot dan terlibat dengan masalah disiplin.
Selain itu, hubungan sosial anak-anak dengan rakan-rakan juga terganggu. Hal ini kerana, permasalahan yang berlaku dalam keluarga akan diketahui oleh masyarakat luar dan wujudnya sikap mengata atau mengejek. Hal ini akan menyebabkan anak-anak malu untuk bergaul dengan rakan-rakan dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Di samping itu juga, anak-anak yang menghadapi masalah keluarga berkemungkinan terlibat dalam gejala sosial yang tidak diingini seperti merokok, menagih dadah, bergaduh, lumba haram, mencuri, vandalisme dan pelbagai masalah sosial lagi. Jika tidak dibendung, ia akan menjadi perkara serius dan membimbangkan banyak pihak. Kesan yang berlaku adalah kepada anak-anak itu sendiri dimana mereka akan menjadi anak-anak yang tidak pintar, lemah, lesu, muram, tidak aktif dan sebagainya lagi.
Sikap ibu bapa yang masing-masing lepas tangan atau tidak bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang berlaku juga akan menyebabkan anak-anak menangguung derita. Anak-anak ini akan memendam perasaan dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa termasuk ibu bapa mereka sendiri. Perkara ini juga menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi semakin dingin dan tidak gembira. Anak-anak tidak boleh disalahkan bersikap demikian kerana ibu bapa yang membuat mereka menjadi seperti itu.
2
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
20 LATAR BELAKANG ISU /PERMASALAHAN Isu yang dikaji adalah berkaitan dengan masalah keluarga yang berlaku dalam keluarga yang mana terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak iaitu kanak-kanak, dan remaja. Isu yang dikenal pasti adalah berkaitan dengan sikap bapa yang ketagihan arak sejak dari muda lagi. Klien yang ditemu bual ialah anak-anak lelaki tersebut iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kanakkanak perempuan berumur 8 tahun dan seorang lagi adalah abangnya iaitu remaja lelaki yang berumur 13 tahun. Kedua-dua adik-beradik ini masing-masing menuntut dalam darjah dua dan tingkatan satu di sekolah berdekatan dengan Changlun. Kanak-kanak dan remaja ini menepati kriteria dengan tajuk masalah yang dikaji iaitu masalah keluarga dan tumpuan diberikan kepada kanak-kanak dan remaja berkenaan.
Sebelum mengetahui sikap bapa yang ketagihan arak ini, kami telah mendapat maklumat daripada seorang rakan yang pernah melihat situasi bapa tersebut dalam keadaan mabuk selepas minum. Melalui maklumat yang diceritakan oleh rakan kami, kami cuba menjejaki rumah individu tersebut bagi mengenal pasti dengan lebih mendalam lagi tentang situasi yang berlaku. Hasil daripada maklumat yang diberikan oleh jiran, kami berjaya sampai ke rumah tok wan keluarga tersebut iaitu ibu kepada isteri lelaki tersebut di Kampung Kubang Kayu. Daripada perbualan dengan tok wan tersebut, kami mendapati bahawa cerita yang disampaikan oleh rakan kami itu adalah betul.
Tok wan menceritakan serba sedikit tentang masalah yang berlaku terhadap keluarga anaknya. Bermula dari perkahwinan anak perempuannya sehinggalah mempunyai dua orang
3
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
anak. Menurut Tok wan, pada awal perkahwinan menantunya bertingkah laku baik dan rajin bekerja. Tetapi lama-kelamaan, sikapnya mula berubah. Menantunya menjadi seorang yang malas bekerja dan mula meminum minuman keras. Dia akan bekerja apabila dia rasa ingin bekerja. Selain itu, dia dikatakan mendapatkan minuman keras tersebut di kedai yang berhampiran dengan rumah mereka. Apabila mabuk, sikapnya berubah iaitu bercakap kasar dan meracau. Wang yang diperolehi dari bekerja dibelanjakan untuk membeli arak. Dia tidak mempedulikan anak-anak dan isterinya sama ada cukup makan atau tidak. Dia lebih mementingkan dirinya sendiri. Isterinya yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbelanjaan dapur dan persekolahan anak-anak.
Kami menunggu untuk berjumpa sendiri dengan ibu kanak-kanak tersebut. Apabila berjumpa, kami menceritakan serba sedikit tentang tujuan kami dan meminta kebenaran untuk menemubual anak-anaknya. Kami menetapkan hari Jumaat untuk membuat temubual. Kami membawa masuk kanak-kanak tersebut ke dalam UUM untuk ditemubual setelah mendapat persetujuan daripada ibunya. Ini kerana UUM adalah tempat yang sesuai dan selesa untuk mengadakan sesi temubual. Selain itu, ianya adalah untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sekiranya sesi temubual dibuat di rumah klien dan bagi memastikan kanak-kanak tersebut berasa selesa apabila berjauhan daripada ayah mereka serta boleh bercerita dengan lebih baik.
Kanak-kanak dan remaja tersebut ditemubual oleh pekerja sosial bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang masalah yang dihadapi. Di samping itu juga, temubual tersebut diadakan bagi melihat perubahan yang berlaku terhadap kanak-kanak dan remaja 4
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
tersebut dari segi fizikal, kognitif, biopsikososial, dan sebagainya yang berkaitan dengan klien tersebut. Selain daripada itu, temubual juga meliputi perkembangan anak-anak, hubungan sosial dengan persekitaran dan faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi kanak-kanak dan remaja tersebut. Semua aspek dititikberatkan dan kaedah-kaedah dalam menemubual digunakan bagi menggalakkan klien bercerita.
Situasi dan keadaan kanak-kanak dan remaja tersebut adalah sangat menyedihkan kerana menghadapi masalah keluarga dalam usia yang sangat muda dan masih bersekolah. Kehidupan mereka yang sepatutnya ceria dan gembira pada zaman kanak-kanak bertukar menjadi muram dan sedih. Pendidikan mereka berdua juga terganggu dan sukar untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dengan baik kerana keadaan di rumah mereka yang tidak tenteram. Ini semua berpunca daripada sikap bapa yang tidak bertanggungjawab dan tidak berguna. Jelas tergambar di wajah mereka kekesalan dan kesedihan kerana mempunyai bapa yang sedemikian. Kemungkinan di fikiran mereka mengatakan bahawa kewujudan bapa tidak membawa apa-apa erti dalam hidup mereka. Cukuplah dengan seorang ibu yang sangat menyayangi dan mengambil berat tentang diri mereka.
3.0 STRUKTUR INSTITUSI (PROFIL KELUARAGA) Maklumat mengenai profil keluarga amat penting sebelum seorang pekerja sosial menjalankan sebarang intervensi dalam sesebuah keluarga. Maklumat ini akan banyak digunakan dalam memberikan proses bantuan contohnya maklumat mengenai anggota keluarga yang menghadapi masalah dan persekitarannya. Kemahiran untuk mendapatkan maklumat perlu ada dalam diri
5
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
seorang pekerja sosial dan antara cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat adalah melakukan temubual secara formal dan tidak formal, menggunakan pita rakaman suara atau video, mencatat sedikit semasa proses temubual dan mendapatkan maklumat melalui jiran-jiran keluarga tersebut.
Anggota keluarga yang menjadi sasaran kumpulan kami adalah penduduk Kampung Kubang Kayu, Changlun. Ahli keluarga mereka adalah dalam bilangan yang kecil iaitu 4 orang sahaja termasuk ayah, ibu, abang dan adik perempuan. Ketua keluarga iaitu Encik Azmi Bin Jamil berusia 39 tahun berasal dari Kampung Tradisi, Changlun manakala isterinya iaitu puan Rosnah Binti Hamid berusia 42 tahun berasal dari Kampung Kubang Kayu, Changlun. Walau bagaimanapun, keluarga ini telah menetap di kampung Puan Rosnah iaitu di Kampung Kubang Kayu, Changlun. Mereka tinggal bersebelahan dengan rumah ibu puan Rosnah yang dikenali sebagai Tok wan. Kami banyak mendapat maklumat hasil temubual tidak formal kami mengenai keluarga ini dengan Tok wan.
Individu sasaran pertama kami adalah anak lelaki pasangan ini iaitu Mohd Hasri yang berusia 13 tahun. Mohd Hasri lebih dikenali sebagai Abang dalam keluarga ini dan panggilan Asri dalam kalangan rakan-rakannya di sekolah dan kampung. Mohd Hasri bersekolah di Sekolah Menegah Kebangsaan Changlun dalam Tingkatan Satu. Hasri menunggang basikal ke sekolah bersama rakan-rakan sekampung dan basikal itu adalah pemberian ibunya. Hasri mempunyai seorang rakan baik iaitu Faiz, yang dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan kesedihannya. Antara kesedihan yang sering diluahkan kepada Faiz adalah berkaitan dengan
6
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
sikap ayahnya yang menjadi bualan rakan-rakan di sekolah. Hasri berasa amat malu apabila rakan-rakannya menghina dan mengatakan sesuatu yang tidak baik mengenai keluarganya.
Seterusnya
ialah
adik perempuan Hasri iaitu Nurul Atirah berusia 8 tahun. Pada
pertemuan awal dengan Nurul Atirah, kami menjangkakan dia seorang yang mesra kerana sifatnya yang suka tersenyum, tetapi keadaan itu tidak seperti yang kami jangkakan. Atirah seorang yang pemalu dan agak lemah dari segi kognitifnya. Menurut Atirah, pergi ke sekolah merupakan satu pengalaman yang menyeronokkkan kerana mendapat ramai kawan. Atirah lebih gemar berkawan dengan kawan perempuan berbanding kawan lelaki. Memandangkan hubungan Atirah yang tidak mesra dengan ayah dan abangnya, mungkin menjadi faktor dia tidak mahu berkawan dengan rakan lelaki.
Kampung Kubang Kayu terletak berhampiran dengan kawasan taman perumahan iaitu Taman Pertama. Kedudukan kawasan rumah keluarga ini adalah berkelompok dan dipenuhi oleh kelompok keluarga Puan Rosnah. Rumah yang mereka duduki adalah rumah ibu Puan Rosnah tetapi ibu Puan Rosnah telah memberikan rumah tersebut dan membina sebuah rumah baru bersebelahan dengan rumah mereka. Tujuan ibunya memberikan rumah tersebut adalah untuk memastikan keluarga Puan Rosnah memiliki privacy dan memberi keselesaan kepada cucucucunya. Keadaan rumah itu agak usang namun sifat Puan Rosnah yang mementingkan kebersihan rumahnya menampakkan keselesaan mereka di rumah tersebut.
4.0 PERKEMBANGAN ISU 7
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
Kami telah mendapatkan maklumat mengenai keluarga ini melalui jiran sebelah kampung mereka yang bersimpati terhadap nasib Puan Rosnah dan anak-anaknya. Pada pertemuan yang pertama, kami agak keliru dengan kawasan kampung tersebut yang agak tersembunyi dan sukar untuk mencari keluarga yang dimaksudkan. Maklumat pertama yang kami miliki adalah nama ibu Puan Rosnah yang lebih dikenali sebagai Tok wan. Kami telah mendapat bantuan dari seorang Posmen yang sedang menjalankan tugasnya di kawasan tersebut untuk membantu kami mencari kawasan Kampung Kubang Kayu. Akhirnya kami menjumpai rumah yang dimaksudkan dan kehadiran kami seperti mengejutkan keluarga tersebut. Pada awal pertemuan ini, kami hanya sempat bertemu dengan Tok wan dan memberitahu tujuan kami ke sana.
Sikap Tok wan amat menyenangkan kami kerana keramahan dan kesanggupannya untuk memberikan kerjasama kepada kami. Tok wan menceritakan serba sedikit mengenai krisis keluarga yang dialami oleh anak perempuannya dan menyatakan kesedihannya melihat anaknya diperlakukan sedemikian. Perkahwinan antara Puan Rosnah dengan Encik Azmi adalah atas dasar saling cinta mencintai namun setelah berkahwin, Encik Azmi tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang baik. Puan Rosnah terpaksa membanting tulang untuk menyediakan keperluan rumah dan keperluan persekolahan anak-anaknya dengan menoreh getah. Namun, suaminya sedikit pun tidak membantu isterinya malah apabila mempunyai sedikit wang, dia akan membeli minuman keras dan memperlihatkan sikap buruk kepada anak-anaknya.
Kami tidak sempat bertemu dengan Puan Rosnah ketika kami berada di rumah Tok wan namun semasa perjalanan pulang, kami terserempak dengannya yang dalam perjalanan mengambil anaknya dari sekolah. Kami dapat mengenal pasti Puan Rosnah kerana Tok wan telah 8
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
memberikan sedikit gambaran mengenai Puan Rosnah secara fizikal. Kami terus berjumpanya dan membuat temujanji untuk berjumpanya dengannya bagi kali kedua. Pada pertemuan kami yang kedua, kami telah menemubual Puan Rosnah mengenai krisis keluarga yang dialami oleh beliau dan kami telah mendapat maklumat yang sama dengan apa yang telah diceritakan oleh Tok wan pada pertemuan yang pertama kami dengannya. Selepas menemubual Puan Rosnah, kami terus mengalihkan tumpuan kami kepada anak-anaknya iaitu seorang remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Pada pertemuan yang ketiga, kami telah melakukan intervensi dengan mereka di kawasan wakaf Masjid Universiti Utara Malaysia. Kami memilih tempat ini kerana keadaan tempat tersebut yang kondusif untuk melakukan temubual dan agak tenang. Selain itu, kami juga telah memenuhi permintaan Puan Rosnah kerana beliau mempunyai masalah dengan suaminya dan meminta kami untuk menjalankan temubual tersebut di luar kawasan rumah mereka. Kami telah membawa kedua-dua mereka ini ke dalam Universiti dan menjalankan sesi intervensi. Hasri pada mulanya kelihatan agak kekok untuk berkomunikasi namun selepas ice breaking yang dilakukan, Hasri kelihatan dapat menyesuaikan dirinya dan berkongsi maklumat yang kami perlukan.
Seterusnya, kami beralih kepada Atirah dengan memberikannya alat-alat untuk melukis gambar. Lukisan yang dilukis oleh Atirah banyak membantu kami mendapatkan maklumat mengenai perasaannya teradap krisis keluarga yang berlaku kepada dirinya. Memandangkan Atirah tidak banyak berkongsi maklumat melalui penceritaannya, kami telah cuba untuk mencari maksud disebalik lukisan tersebut. Namun begitu, Atirah ada menyatakan bahawa dia lebih rapat
9
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
dan lebih menyayangi ibunya berbanding ayahnya. Perasaan tersebut memang jelas kelihatan pada lukisan tersebut.
5.0 TEORI YANG BERKAITAN 5.1 Teori hierarki keperluan Maslow Terdapat dua teori utama yang kami kaitkan dengan isu krisis keluarga ini iaitu, teori hierarki keperluan Maslow oleh Abraham Maslow. Teori hierarki keperluan manusia terbahagi kepada lima tahap penting iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial seperti keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Keperluan yang paling utama adalah keperluan fisiologi yang meliputi keperluan asas dalam menjalani kehidupan seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Keperluan ini biasanya dipenuhi oleh ketua keluarga namun dalam kes ini kita tidak dapat melihat fungsi seorang ketua keluarga dalam menyediakan keperluan ini.
Tanggungjawab dan pengorbanan seorang ibu amat jelas kerana Puan Rosnah yang menyediakan semua keperluan ini walaupun tidak sesempurna yang diharapkan oleh anakanaknya. Keperluan yang seterusnya adalah keperluan keselamatan anak-anak Puan Rosnah. Apabila Encik Azmi pulang ke rumah dalam keadaan yang mabuk, anak-anak Puan Rosnah menjadi takut dan akan terus lari ke rumah Tok wan dengan harapan mereka tidak akan menjadi mangsa dera ayah mereka. Dalam keadaan seperti ini, seseorang itu tidak akan dapat berfikir dengan waras dan akan melakukan sesuatu di luar kawalannya. Anak-anak tidak akan merasa
1 0
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
selamat untuk berada di dalam rumah tersebut lebih-lebih lagi apabila ayah dan ibu mereka mula bertengkar.
Keperluan sosial dan kasih sayang juga merupakan salah satu keperluan yang amat diperlukan oleh Hasri dan Atirah. Peringkat kanak-kanak dan remaja ini adalah satu peringkat dimana mereka amat memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa. Namun mereka tidak seperti kanak-kanak dan remaja lain kerana mereka terpaksa berhadapan dengan krisis keluarga yang amat menekan emosi mereka. Hasri ada menyatakan bahawa dia tidak pernah mengingati saatsaat berada dipelukan ibunya mahupun ayahnya. Ibu mereka hanya memenuhi keperluan secara fizikal dan tidak menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan seperti memeluk mereka ketika mereka memerlukan seseorang untuk berada disisi mereka.
5.2 Teori Biopsikososial Seterusya adalah teori biopsikososial iaitu terdiri dari komponen biologi, psikologi dan sosial. Ketiga-tiga komponen ini membantu kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh mengenai keluarga ini khususnya mengenai Hasri dan Atirah. Dari segi biologi, kami mendapati bahawa tahap kesihatan mereka agak baik namun ketagihan arak oleh ayah mereka merupakan salah satu masalah yang besar kerana ia amat mempengaruhi pembesaran anak-anak mereka. Komponen yang kedua adalah komponen kognitif kanak-kanak dan remaja ini. Dari segi emosi Hasri meluahkan kesedihannya melihat keadaan ayahnya yang tidak seperti ayah rakan-rakannya yang lain. Ini menunjukkan bahawa dia cuba untuk membandingkan dirinya dengan orang lain.
1 1
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
Problem solving skill yang dilakukan oleh Hasri amat berbeza dengan remaja lelaki yang lain kerana dia memberi kepercayaan yang penuh kepada rakan baiknya Faiz dengan menceritakan segala kesedihannya kepada rakannya itu. Selain itu, cara lain yang dilakukan oleh kedua-dua beradik ini adalah ‘melarikan’ diri ke rumah Tok wan mereka kerana perkara itu telah menjadi satu kebiasaan kepada mereka dan ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan sekiranya perkara ini terus berlaku. Dari segi sosial, hubungan kekeluargaan yang mesra tidak dapat dilihat dalam keluarga ini. Namun hubungan Hasri dengan rakan-rakannya amat baik terutamanya dengan rakan sekampungnya, begitu juga dengan Atirah yang mempunyai ramai kawan di sekolahnya.
6.0 KEMAHIRAN DAN INTERVENSI YANG DIGUNAKAN Dalam sesi temubual yang kumpulan kami lakukan, kami telah memilih dua orang klien untuk ditemubual iaitu seorang klien remaja lelaki yang berumur 13 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 8 tahun. Memandangkan klien kami tidak berada dalam kelompok umur yang sama, maka pendekatan dan aktiviti yang dilakukan juga tidak sama.
6.1 Kemahiran dan intervensi dengan remaja 6.1.1 Sebelum proses temu bual
1 2
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
Sebelun temu bual dilakukan kami perlu memastikan tempat yang sesuai dan selesa untuk melakukan temu bual. Kumpulan kami telah memilih untuk membuat temu bual di Wakaf Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Kami tidak mahu membuat di rumah mereka atau di sekolah kerana takut persekitaran tempat tersebut boleh mempengaruhi emosi klien. Oleh sebab itu, kami telah membuat temujanji dengan ibu mereka dan meminta kebenaran untuk membawa anakanaknya keluar pada hari Jumaat. Ibu mereka juga menggalakkan kami membawa anak mereka ke tempat lain kerana khuatir suaminya akan marah dan menghalang temu bual jika kami membuatnya di rumah mereka atau Tok wan mereka.
Pemilihan Wakaf Pusat Islam sebagai tempat temubual adalah sesuai kerana keadaan tempat
tersebut yang strategik kerana keadaan kawasannya yang kondusif serta dikelilingi
pokok dan sunyi. Memandangkan pada waktu itu bukan waktu bersembahyang maka tidak ramai orang yang datang. Oleh sebab itu, kami boleh melakukan temu bual tanpa ganguan. Kami telah mengasingkan kedua-dua klien di wakaf yang berlainan untuk memastikan mereka tidak saling terpengaruh antara satu sama lain.
Di tempat temu bual bersama klien dilakukan, kami telah menyediakan sebuah meja kecil dan meletakkan sekeping kertas dan sebatang pensil sahaja diatasnya. Pekerja sosial dan klien duduk dalan bentuk ‘L’ supaya klien berasa selesa ketika temu bual akan dilakukan. Kamera telah diletakan di satu sesi yang boleh menampakan seluruh sesi temu bual yang akan dilakukan. Penggunaan kemera penting untuk kami merakam dan menganalisis hasil temu bual yang kami telah lakukan.
1 3
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
6.1.2 Proses temu bual a) Peringkat awal Tahap ini merupakan suatu permulaan dalam pembentukan hubungan antara pekerja sosial dan klien. Pekerja sosial dan klien akan cuba membentuk hubungan atau rapport. Oleh itu, kami telah meminta klien untuk menulis nama penuhnya dan nama panggilannya di atas kertas yang telah disediakan sebagai sesi perkenalkan diri. Pekerja sosial juga turut terlibat sama dengan menulis nama penuh dan nama panggilanya diatas kertas lain juga. Klien telah memilih untuk dipanggil sebagai Hasri. Manakala, pekerja sosial telah memilih untuk dipanggil Kak siken sahaja.
Selesai sesi perkenalan antara klien dan pekerja sosial, seterusnya adalah sesi berkongsi maklumat peribadi. Pekerja sosial telah memulakan perbualan dengan menceritakan latar belakang pekerja sosial seperti tempat kelahiran, bilangan adik beradik, makanan kegemaran dan lain-lain. Apabila tiba giliran klien dia juga telah menceritakan mengenai latar belakangnya. Selesai klien bercerita pekerja sosial telah meminta klien menulis semula latar belakang pekerja sosial di atas kertas klien dan pekerja sosial juga menulis semula latar belakang klien di atas kertas pekerja sosial. Klien mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan kerana pada pangamatan pekerja sosial tahap IQ klien agak rendah.
Selepas klien berjaya menyelesaikan tugas yang diberi, kami telah bertukar kertas dan pekerja sosial meminta klien menyimpan kertas pekerja sosial sebagai tanda klien telah 1 4
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
menerima pekerja sosial sebagai kawannya juga. Tahap seterusnya pula adalah pekerja sosial menerangkan tujuan temubual yang dilakukan pada hari itu. Tujuan temubual ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup Hasri sebagai anak kepada seorang lelaki yang digelar suami dan ayah tetapi gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaiknya akibat masalah ketagihan arak.
Di sini pekerja sosial juga menjelaskan had-had kerahsiaan yang dipegang oleh klien dan pekerja sosial. Pekerja sosial telah menekankan bahawa segala maklumat dan hasil temubual pada waktu itu tidak akan dibincangkan lagi apabila sesi temubual habis. Walau bagaimanapun, jika pekerja sosial mendapati terdapat maklumat yang diberikan membahayakan klien atau orang disekelilingnya maka pekerja sosial terpaksa membocorkan maklumat tersebut. Selepas pekerja sosial selesai menerangkan mengenai tujuan dan had kerahsiaan, pekerja sosial telah mendapatkan persetujuan dan kepastian dari klien sama ada dia faham dengan apa yang diperkatakan dan klien mengangguk menyatakan dia faham.
Selain itu, pekerja sosial juga memberitahu kepada klien bahawa sesi temubual yang dijalankan akan dirakam tetapi tidak mahu klien berasa kekok atau takut kerana rakaman yang dibuat hanya untuk mendapatkan maklumat sahaja. Sepanjang sesi perkenalan itu, pekerja sosial juga telah membuat pengamatan awal terhadap klien berdasarkan tingkah laku yang yang ditunjukan. Dari awal perjumpaan pekerja sosial mendapati mata klien sentiasa melilar dan tidak melihat pekerja sosial dengan lama. Selain itu, didapati juga klien kerap menggoyangkan kakinya dan bermain dengan jarinya.
1 5
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
b) Peringkat pertengahan Pada peringkat ini, kami telah melakukan dua aktiviti untuk mendapatkan maklumat daripada klien. Aktiviti pertama adalah lukisan bulatan dan aktiviti kedua adalah melukis genogram. i)
Lukisan bulatan Untuk membuat aktiviti ini klien telah diberi masa selama 15 minit untuk berfikir dan melukis di atas kertas yang disediakan. Klien diminta melukis sebuah bulatan kecil di tengah-tengah kertas. Kemudian diikiti dengan sebuah bulatan yang lebih besar dan semakin besar sebanyak lima bulatan. Untuk bulatan di tengah, pekerja sosial meminta menulis nama klien. Bulatan kedua adalah untuk orang yang paling rapat dengan dia. Seterusnya bulatan ketiga adalah untuk ahli keluarga yang paling disayanginya. Bulatan keempat adalah untuk kawan baiknya dan yang terakhir adalah orang yang palin dibenci oleh klien.
Pada bulatan kedua, klien telah menulis nama Faiz sebagai orang yang paling rapat dengannya. Bulatan ke tiga adalah ibunya, bulatan keempat adalah Faiz dan bulatan kelima adalah ayahnya. Berdasarkan senarai nama yang dibuat oleh klien, pekerja sosial mendapati klien lebih rapat dengan kawan baiknya berbanding ahli keluarganya yang lain. Ianya terbukti apabila klien mengulang sebanyak dua kali dengan nama Faiz. Oleh demikian, pekerja sosial telah bertanaya mengapa Faiz adalah orang yang paling rapat dengan klien dan bukannya orang lain. Menurut klien, Faiz adalah kawannya dari sekolah rendah hingga sekarang. Semua masalah peribadi akan
1 6
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
diceritakan kepada Faiz termasuk masalah keluarganya. Faiz sahajalah kawan yang tidak pernah memandang hina pada dirinya walaupun ramai yang tidak suka dirinya.
Pekerja sosial telah menggunakan soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai diri klien. Walaupun begitu, kadang kala pekerja sosial juga perlu menggunakan soalan tertutup kerana klien juga kadang-kadang tidak dapat memberi jawapan yang diharapkan apabila ditanya mengenai ibunya. Pada bulatan ke tiga klien telah menyenaraikan nama ibunya sebagai ahli keluarga yang dia sayangi tetapi ayahnya di senaraikan di bulatan ke lima sebagai orang yang paling dibenci. Perbezaan ini telah dapat mencerminkan hubungan kekeluargaan dalan keluarga klien.
Untuk mendapatkan maklumat mengenai sejauhmana hubungan kekeluargaan telah memberi tekanan kepada klien maka pekerja sosial telah meminta klien telah meminta klien untuk membuat garisan yang menghubungkan antara klien dengan ibunya dan ayahnya dalam satu segi tiga. Satu garisan lurus menandakan klien saying kepada mereka, dua garisan lurus menandakan klien sangat sayang. Manakala satu garisan bengkang bengkok menandakan klien tidak sayang dan dua garisan bengkang bengkok menandakan klien sangat tidak sayang.
Masih menggunakan lukisan bulatan tadi, klien telah membuat satu garisan lurus kepada ibunya dan dua garisan bengkang bengkok kepada ayahnya. Daripada garisan yang dibuat pekerja sosial boleh nampak walaupun ibunya adalah ahli keluarga yang paling rapat tetapi ia tidak serapat yang dijangkakan antara seorang anak dengan 1 7
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
seorang ibu. Oleh sebab itu, pekerja sosial telah membuat rumusan bahawa klien tidak begitu rapat dengan ibunya dan begitu membenci ayahnya. Klien kelihatan murung apabila pekerja sosial membuat rumusan tersebut.
Untuk menggalakkan lagi klien bercakap, pekerja sosial telah membuat refleksi perasaan terhadap klien. Apabila klien berkata dia benci kepada ayahnya, pekerja sosial telah bertanya sejauh mana dia benci akan ayahnya. Klien menjawab dia sangat benci sehingga tidak boleh melihat ayahnya terutamanya ketika ayahnya dalam keadaan mabuk. Secara tiba–tiba klien telah cakap “baik mati daripada menyusahkan orang sahaja”. Pekerja sosial bertanya kembali untuk mendapatkan kepastian apa yang telah diperkatakannya. Selepas itu klien hanya diam sahaja.
Pekerja sosial juga telah menggunakan refleksi pernyataan berdasarkan apa yang telah diperkatakan oleh klien tadi. Klien ada cakap lebih baik ayahnya mati daripada hidup menyusahkan mereka. Selepas itu, pekerja sosial telah bertindak balas kembali dengan menyatakan “ jika ayah tiada adakah Hasri akan lebih gembira bersama ibu dan adik?” dan dia telah mengangguk setelah berfikir sejenak.
ii)
Melukis genogram Aktiviti kedua yang dibuat bersama klien adalah melukis genogram keluarga klien untuk tiga generasi. Adalah penting untuk melihat susur galur hubungan kekeluargaan dalam keluarga klien. Klien mempunyai keluarga yang agak besar memandangkan ayahnya adalah anak pertama dan ada empat orang adik lagi di bawahnya. Manakala 1 8
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
ibunya pula adalah anak ke tiga daripada lima adik beradik. Dia mempunyai 8 orang sepupu sebelah ayah dan enam sepupu di sebelah ibunya. Walaupun begitu klien tidak rapat sangat dengan sepupu sebelah ayah kerana kebanyakkan mak ciknya tidak suka pada ayahnya. Dia hanya rapat dengan sepupu sebelah ibunya.
Berdasarkan Teori Psikoanalitik Eric Erikson pada tahap ke enam iaitu identity vs role confusion mendapati pada masa kini remaja cuba mencari identiti diri mereka melalui persahabatan dan persekitaran mereka. Pada masa ini pekerja sosial mendapati klien masih tercari-cari identiti diri dengan menyesuaikan diri dalam persekitaran kehidupannya di sekolah dan dalam masyarakat. Klien masih malu untuk berkawan dengan orang lain kerana rakan-rakannya sering mengejeknya. Oleh sebab itu, klien hanya berkawan dengan rakan baiknya iaitu Faiz. Perkara ini diakui sendiri oleh klien yang menyatakan dia tidak boleh terima keadaan dirinya dan tiada rakan yang rapat dengannya selain Faiz sahaja.
Satu lagi model yang kumpulan kami boleh kaitkan dengan masalah klien adalah model Bioekologi Bronfenbrenner iaitu ketidakfungsiaan microsystem iaitu bapanya yang gagal menjadi role model terbaik untuk pembesaran klien. Pekerja sosial mendapati klien mempunyai masalah sosial di sekolah apabila pekerja sosial bertanya kepada klien sendiri. Klien menyatakan dia pernah terlibat dalam pergaduhan di sekolah kerana tidak mampu menahan perasaan marah dalam dirinya apabila sering diejek oleh rakan sekelasnya. Perasaan marah yang tidak dapat dikawal berpunca daripada perangai ayahnya yang pemarah dan selalu memukulnya jika dia dalam keadaan mabuk. Dia juga akan membalas balik apabila ayahnya memukul dirinya. 1 9
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
Selain itu, kurangnya keperihatinan daripada ibunya juga menyebabkan klien sering rasa diabaikan. Ibunya telah mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan keluar bekerja mengambil upah menorah getah untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga memandangkan ayah mereka tidak bekerja. Oleh sebab itu, ibu klien sering tiada di rumah dan kurang menguruskan klien. Pekerja sosial telah bertanya adakah ibunya sering memeluk klien. Klien menyatakan kali terakhir ibunya memeluknya adalah ketika dia di tahun dua iaitu berumur lapan tahun. Setelah siap kedua-dua aktiviti ini, kami telah masuk ke peringkat terakhir iaitu peringkat penamatan.
c) Peringkat penamatan Tahap ini adalah tahap terakhir dalam sesi temubual kami. Kami telah meminta klien menyimpulkan apa yang dia dapat pada hari ini. Klein menyataka dia malu untuk bercakap mengenai keluarganya kepada orang luar tetapi kerana kami telah berjanji maka dia percayaknnya dan berharap kami tidaka akan percayakannya dan bercakap dengan orang lain termasuk adiknya. Apabila kami bertanya mengenai perasaanya selepas berjumpa kami, klien ternyata gembira dan seronok. Selain itu, kami juga bertanya apa yang klien dapat daripada sesi temubual yang telah kami lakukan hari ini, klien mendapati dia mempunyai perasaan benci yang keterlaluan terhadap ayahnya yang dia tidak sedar. Dia berharap agar dia tidak menjadi seperti ayahnya kelak dan akan belajar bersungguh-sungguh pada masa depan. Kami telah membuat temubual selama 50 minit termasuk dua aktiviti.
2 0
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
6.2 Kemahiran dan intervensi dengan kanak-kanak 6.2.1 Proses temu bual Selepas membuat temubual dengan abangnya, kami telah membuat temubual dengan adiknya pula. Klien berumur lapan tahun dimana klien berada pada peringkat umur kanak-kanak. Pada pemerhatian awal pekerja sosial, klien adalah seorang kanak-kanak yang lincah mudah mesra. Klien tidak takut dengan pekerja sosial walaupun kami baru berkenalan pada pagi itu. Klien juga dilihat lebih suka tersenyum dan ceria. Kami telah merancang dua aktiviti bersama klien. Aktiviti pertama adalah lukisan keluarga dan pulau impian. Kedua-dua aktiviti ini digunakan untuk mencetuskan maklumat daripada klien dan mengelakkan klien daripada bosan. a) Peringkat awal
Seperti proses temubual yang dilakukan untuk remaja, klien ini juga akan melalui proses yang sama iaitu sesi pembinaan hubungan atau rapport . Untuk sesi perkenalan antara pekerja sosial dan klien, kami telah membuat aktiviti menulis nama di atas kertas dengan menggunakan crayon. Pekerja sosial memberi kebebasan kepada klien untuk menulis namanya dengan menggunakan warna kegemaran klien. Klien telah menulis namanya dan nama ayahnya dan klien suka jika dipanggil dengan panggilan ‘adik’ sahaja. Pekerja sosial mendapati klien banyak menggunakan warna merah dan kuning untuk menulis nama klien. Daripada warna tersebut, dapat dibuat penafsiran bahawa klien adalah seorang yang mempunyai kemarahan dalam dirinya tetapi pekerja sosial masih tidak nampak. Pekerja sosial telah menggunakan kemahiran bertanya menggunakan soalan memfokus mengapa klien suka dengan warna merah. Klien menyatakan dia suka warna merah kerana ianya cantik dan terang. Pemilihan warna kuning pula adalah kerana dia mempunyai kucing berwarna kuning yang sangat disayangi. 2 1
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
Selepas itu, pekerja sosial telah menerangkan kepada klien tujuan temubual ini dilakukan. Pemberitahuan tujuan ini adalah penting memandangkan walaupun klien masih kanak-kanak tetapi mereka masih perlu dihormati sebagai seorang manusia. Pekerja sosial telah memberitahu tujuan temubual ini di lakukan adalah untuk berkongsi cerita dengan klien mengenai kehidupan keluarga klien bersama ayah, ibu dan abangnya. Pekerja sosial bertanya sama ada klien faham atau tidak dan klien mengangguk. Selepas itu, pekerja sosial juga menerangkan mengenai kerahsiaan antara klien dan pekerja sosial dimana segala apa yang diperkatakan tidak akan diceritakan kepada orang lain termasuk ibu klien sendiri. Pekerja sosial dan klien telah membuat perjanjian dengan cara mengikat jari anak antara klien dan pekerja sosial. Walaupun begitu, pekerja sosial juga memberitahu had kerahsiaan iaitu sekiranya terdapat apa yang diperkatakan oleh klien memerlukan pekerja sosial membocorkan kepada orang lain, maka pekerja sosial terpaksa berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain untuk membantu klien.
b) Peringkat pertengahan Pada peringkat ini, kumpulan kami telah merancang untuk melakukan dua aktiviti bersama klien. Aktiviti pertama adalah lukisan gambar keluarga dan aktiviti kedua adalah pulau impian.
i)
Lukisan gambar keluarga Untuk aktiviti ini, klien telah diberi sekeping kertas, pensil, dan crayon untuk melukis gambar klien dan keluarga. Klien telah melukis gambar klien dan emaknya dalam satu barisan dan gambar abang dan ayahnya dalam satu barisan lain. Klien juga 2 2
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
melukis gambar kucingnya di sebelah kanan klien. Selepas itu, klien telah mewarnakan gambar tersebut. Pekerja sosial melihat klien sangat seronok melukis gambar tersebut.
Apabila klien siap melukis gambar tersebut, pekerja sosial telah bertanya mengenai gambar tersebut. Pekerja sosial bertanya mengapa klien dan ibunya dilukis dalam satu barisan dan ayah dengan abangnya dalam satu barisan dan mengapa klien tidak meletak mereka dalam satu garisan yang sama. Klien menjawab abang rapat dengan ayah dan klien rapat dengan ibunya. Apabila kami bertanya kenapa klien tidak rapat dengan ayahnya, klien hanya mendiamkan diri dan memandang ke bawah. Reaksi yang ditunjukan oleh klien itu sangat mengejutkan kerana selepas itu, apabila pekerja sosial bertanya soalan yang lain atau menyuruh klien memandang ke arah pekerja sosial, klien langsung tidak tengok atau mendongak ke arah pekerja sosial. Tindakan klien itu telah menunjukan ciri-ciri klien yang reluctance. Tindakan klien seterusnya telah mengukuhkan lagi andaian kami. Klien tidak mahu bercakap atau membuat apa yang kami minta.
Untuk menggalakkan klien bercakap, pekerja sosial telah mengajak klien berjalan-jalan untuk memastikan klien tidak berasa tertekan. Walaupun pada mulanya klien masih sama dan tidak mahu bercakap, tetapi lama-kelamaan klien kembali gembira dan mahu bercakap semula.
ii)
Pulau impian
2 3
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
Pekerja sosial telah mengajak klien bermain pulau impian. Pekerja sosial telah bertanya sekiranya klien mempunyai sebuah pulau dan hanya seorang sahaja yang klien boleh bawa untuk tinggal bersama, klien hendak bawa siapa bersamanya. Lama klien berfikir dan barulah dia cakap dia hendak bawa ibunya bersama untuk temani dia. Pekerja sosial telah mengemukakan soalan terbuka iaitu mengapa dia hendak bawa ibunya. Klien menjawab dia sayangkan ibunya.
Seterusnya pekerja sosial bertanya sama ada adakah klien tidak sayang kepada ayahnya. Klien menjawab dia sayang dan apabila ditanya mengapa tidak bawa ayahnya, klien hanya tunduk sahaja. Pekerja sosial telah memancing klien dengan memberi sebiji coklat jika klien menjawab soalan pekerja sosial. Pekerja sosial bertanya sama ada ayahnya garang dan klien menjawab ‘ya’. Klien juga pernah dipukul berulang kali menggunakan tali pinggang. Cikgu klien tahu mengenainya tetapi tidak membuat apa-apa tindakan. Pada pengamatan saya klien sedang mengalami trauma kerana kerap dipukul oleh ayahnya sehingga klien sebenarnya tidak sayang ayahnya tetapi masih menafikan perasaannya terhadap pekerja sosial.
a) Peringkat penamatan Setelah 45 minit membuat temubual tersebut maka pekerja sosial telah meminta klien bercerita apa yang klien dapat pada hari ini. Klien tidak banyak memberikan tindak balas terhadap apa yang klien perkatakan tetapi hanya cakap dia gembira kerana dapat coklat daripada pekerja sosial. Klien juga menyatakan bahawa dia sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan pekerja sosial dan berharap dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.
2 4
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
70 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, temubual yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti isu-isu atau masalah yang berlaku terhadap kanak-kanak dan remaja. Melalui temubual yang dilakukan, kami mendapat banyak maklumat dan pengetahuan yang mana dapat digunakan dalam menyiapkan kajian tentang isu atau permasalahan yang berlaku terhadap kanak-kanak yang berpunca daripada masalah dalam keluarga itu sendiri iaitu sikap bapa yang pemabuk dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik. Pelbagai kaedah dan kemahiran dalam kerja social digunakan dalam mendapatkan maklumat daripada klien. Antaranya ialah aktiviti melukis gambar dan genogram yang banyak membantu pekerja sosial melihat sejauhmana perhubungan klien dengan ahli keluarga.
Selain itu juga, teknik pemujukan dan sentuhan kepada klien membantu pekerja sosial untuk mendapatkan maklumat daripada klien yang tidak mahu bercakap atau senyap secara tibatiba. Klien yang reluctant ini memerlukan pekerja social bertindak dengan memikirkan cara atau kaedah lain yang boleh membuatkan klien bercakap dan tersenyum semula. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah dalam mendapatkan maklumat.
Daripada temubual yang dijalankan, sikap bapa yang malas bekerja, pemabuk dan kaki pukul menyebabkan anak-anak mengalami trauma dan benci terhadap bapa mereka. Kanakkanak dan remaja tersebut menjarakkan hubungan antara mereka dengan bapa mereka kerana kebencian dan ketakutan yang dialami kesan daripada perlakuan bapa mereka. Mereka juga lebih menyayangi ibu mereka berbanding bapa mereka. Perbezaan kasih-sayang ini wujud apabila 2 5
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
sikap bapa yang pemabuk, tidak mengambil berat tentang anak-anak dan memukul anak-anak sehingga mewujudkan rasa benci dalam diri anak-anak.
Dari segi perkembangan anak-anak pula, pembesaran anak-anak terjejas akibat dari kurangnya kasih sayang daripada seorang bapa dan pemakanan yang tidak seimbang akibat daripada kemiskinan. Keperluan asas anak-anak tidak mencukupi. Daripada pemerhatian semasa menemubual klien, jelas dilihat bahawa anak-anak tersebut tidak mendapat makanan yang secukupnya. Kemiskinan yang dialami menyebabkan anak-anak malu untuk bergaul dengan masyarakat yang lebih berada daripada mereka. Di samping itu juga, kasih-sayang adalah sangat penting dalam setiap keluarga. Ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak merasa diri mereka disayangi dan diperlukan. Walaupun ada masalah, sokongan daripada ibu bapa amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menghadapi masalah itu dengan terbuka dan tidak tertekan atau memendam perasaan.
Dalam kes ini, peranan ibu adalah sangat penting dalam mendidik anak-anak agar belajar menghadapi masalah. Dalam masa yang sama, ibu kanak-kanak dan remaja tersebut seharusnya mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi oleh keluarganya dengan cara berbincang dengan suami atau melakukan alternative lain yang difikirkan perlu bagi memastikan anak-anak dapat hidup dengan gembira. Membiarkan sahaja perkara berlaku tanpa membuat apa-apa tindakan akan membuatkan hidup anak-anak mereka terseksa dari segi fizikal dan mental.
2 6
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
Dari segi pendidikan di sekolah pula, pendidikan adalah sangat penting bagi setiap insan. Individu yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan ibarat pokok yang tidak berbuah. Tidak berguna kepada masyarakat. Oleh itu, sokongan ibu bapa adalah sangat perlu bagi anak-anak dalam meneruskan pelajaran sehingga mencapai kejayaan. Daripada temubual tersebut, ternyata klien kurang aktif di sekolah dan tidak pintar dalam pendidikan. Hal ini kerana kelas yang diduduki oleh mereka adalah kelas yang terendah. Klien juga terlibat dengan masalah sosial di sekolah kerana sikap yang ditunjukkan oleh bapanya. Ini amat mendukacitakan kerana pelajaran remaja tersebut akan terjejas dan tertekan dengan masalah yang berlaku dalam keluarganya sehinggakan melakukan banyak perkara yang bertujuan untuk melepas geram terhadap sikap bapa yang tidak bertanggungjawab.
Dari segi pendidikan keagamaan pula, anak-anak perlu diterapkan dengan nilai-nilai keagamaan. Hal ini kerana menurut kanak-kanak tersebut, mereka tidak diajar untuk mengaji dan membaca al-Quran serta solat. Mereka tidak tahu membaca sepotong pun ayat al-Quran. Disini, jelaslah bahawa ibu bapa tidak menitikberatkan kepentingan agama kepada anak-anak. Agama sangat penting dalam mendidik anak-anak supaya menjadi seorang individu yang berakhlak dan berbudi pekerti. Oleh itu, ibu bapa semestinya tahu dan berpengetahuan dalam bidang keagamaan. Peranan ibu bapa dalam memastikan kesejahteraan dalam keluarga juga adalah sangat penting bagi menjamin kebahagiaan anak-anak. Pengetahuan agama yang mencukupi akan dapat membantu membimbing anak-anak ke jalan yang baik dan betul.
Sesungguhnya, ibu bapa adalah tunjang kepada kekuatan anak-anak. Jika betul kepimpinan yang dilaksanakan oleh ibu bapa, maka lahirlah anak-anak yang bijak dan bersahsiah 2 7
SWA3113: KERJA SOSIAL DENGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
FAMILY CONFLICT
tinggi. Ibu bapalah yang mencorakkan tingkah laku anak-anak sama ada baik atau sebaliknya. Oleh itu, untuk memastikan anak-anak mempunyai keperibadian yang baik, maka ibu bapa itu sendiri yang harus menunjukkan contoh terbaik bagi anak-anak mereka.
2 8