Ipgm (kampus Ipda)

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ipgm (kampus Ipda) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,679
  • Pages: 10
PESERTA : 1. MUHAMMAD AZMAN ARIFF BIN JAAFAR (891125-08-5995) 2. MUHAMMAD BUQHARI BIN CHE HASSAN (890516-08-5859) 3. MOHAMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD NOOR ( 880415-23-5177) 4. FAHMI BIN HASSAN (890105-10-5499) – Pembentang. 5. MAIZATUL AKMAL BINTI KAMARULZAMAN ( 880923-26-5524) 6. ZURITA BINTI MD ZAIN ( 830415-09-5180) 7. SITI MASDIANA BINTI ZULKARNAIN ( 781014-09-5034)

KERTAS KERJA PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) : Perspektif Mahasiswa Pendidikan Terhadap Strategi Pembangunan Pendidikan Negara Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) merupakan dokumen rangka kerja perlaksanaan Kementerian Pelajaran Malaysian (KPM) yang komprehensif dan menjayakan misi nasional serta bagi melaksanakan projek-projek KPM dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). PIPP ini dirangka berdasarkan realiti semasa dan pencapaian sistem pendidikan sedia ada. Bagi mengangkat martabat pendidikan Malaysia ke taraf dunia serta mencapai matlamat pendidikan berkualiti untuk semua, masih banyak yang perlu diperbaiki, dipertingkatkan dan dimantapkan. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), terdapat enam teras utama yang menjadi intipati bagi mengukuhkan hasrat kerajaan dalam meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal Insan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan Jurang Pendidikan, Memartabatkan Profesion Keguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Enam teras ini dilaksanakan bermula dari tahun 2006 hingga tahun 2010. Sepanjang tempoh itu, terdapat beberapa teras yang masih dalam perancangan. Selain itu, terdapat juga usaha-usaha yang telah dijalankan tetapi masih belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Matlamat sebenar PIPP adalah menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Terdapat dua pendekatan utama yang telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9 iaitu menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang pendidikan yang merupakan pendekatan pertama PIPP. Antaranya ialah memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. Selain itu, ianya untuk memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Di samping itu juga, perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.

Kecemerlangan institusi pendidikan

merupakan pendekatan kedua di dalam

matlamat PIPP. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi). KPM juga akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Primier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya. Teras pertama dalam PIPP ialah Membina Negara Bangsa. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa adalah seperti menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan serta mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum

dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan. Sebagai seorang mahasiswa pendidikan, strategi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyelaras peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan merupakan satu strategi yang baik. Melalui cara ini, semua pihak akan terlibat secara individu atau pun berorganisasi dalam sesuatu aktiviti kebahasaan. Oleh itu, setiap individu yang terlibat akan lebih memahami erti bahasa kebangsaan. Sekali gus dapat membentuk warga negara yang cintakan negara dan bangsanya. Usaha kedua iaitu mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara. Kita dapat melihat aktiviti bulan bahasa seringkali diadakan di sekolah-sekolah dan di Institut Pengajian Tinggi. Aktiviti-aktiviti atau acara-acara yang dijalankan dalam Bulan Bahasa begitu bermanfaat kepada setiap warganegara Malaysia. Hal ini kerana, setiap individu akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dan dapat mewujudkan satu negara bangsa yang mantap. Dalam usaha untuk Membangunkan Modal Insan mengikut acuan Malaysia, KPM mempunyai peranan yang utama dan penting dalam merealisasikan teras kedua PIPP ini. Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Terutamanya dalam memenuhi keperluan global. Dalam usaha meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan kajian mengenai pelaksanaan KBSR dan KBSM perlu dibuat supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Kaedah pengajaran yang dijalankan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mesti dikuasai mengikut pencapaian murid. Di samping itu, nilai-nilai murni

diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah boleh melaksanakan program bimbingan dan latihan dalaman yang berterusan. Di samping itu, bimbingan individu dan bimbingan kelompok perlu dilaksanakan mengikut keperluan semasa dan bertema. Sebagai seorang mahasiswa pendidikan, kajian mengenai pelaksanaan KBSR dan KBSM hendaklah dijalankan oleh KPM supaya dapat meningkatkan kemahiran berfikir beraras tinggi. Dengan terterapnya kemahiran berfikir yang tinggi dalam diri setiap murid, ini akan menjadikan minda mereka akan berfikir pada tahap yang paling maksimum dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih efektif secara kritis dan kreatif. Hal ini selaras dengan fokus KPM untuk meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, nilai-nilai murni harus diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti kaunseling secara individu atau secara berkelompok terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah. Kaunseling secara individu akan merapatkan silaturrahim pelajar tersebut dengan guru kaunselingnya. Ini akan memudahkan guru tersebut memupuk dan mendidik pelajarnya ke arah yang lebih cemerlang. Aktiviti-aktiviti kaunseling ini harus dijalankan mengikut keperluan semasa dengan tema tertentu. Teras PIPP yang ketiga ialah Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Antara fokus dan strategi perlaksanaan yang diberi tumpuan bagi memperkasakan sekolah kebangsaan ialah dengan meningkatkan kecemerlangan sekolah kebangsaan seperti melaksanakan perluasan program prasekolah, pemantapan kepimpinan guru besar atau pengetua dan kualiti guru, pengukuhan budaya sekolah, pemantapan kurikulum, pemantapan aktiviti kokurikulum dan sukan, penambah baikan sistem sokongan dan peningkatan prestasi akademik sekolah kebangsaan. Antara usaha-usaha yang dijalankan dalam mewujudkan perpaduan dan memperkasakan sekolah ialah dengan adanya penubuhan kelab Rukun Negara, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri di setiap sekolah, projek Sekolah Penyayang, permuafakatan sekolah dan masyarakat, perlaksanaan RIMUP, penyertaan aktif pelajar dalam kokurikulum, sambutan bulan patriotisme dan kemerdekaan, mengadakan lawatan sambil belajar, pengurusan disiplin, mengadakan Hari Keluarga dan Sukaneka, tabung kebajikan dan majlis sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Tujuan atau hasrat penubuhan sekolah kebangsaan pada asasnya ialah bagi menjadi wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. Selain itu, sekolah kebangsaan diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Ia juga adalah untuk melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Dalam usaha KPM untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK), pelbagai strategi telah diambil oleh KPM. Antaranya ialah memantapkan kepimpinan pengetua atau guru besar dan kualiti guru. Di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), semua guru-guru pelatih akan dibentuk da dilatih mengikut keperluan pendidikan negara pada masa kini. Pelbagai program dijalankan di IPGM yang melahirkan guru yang berkualiti untuk ditempatkan di sekolah-sekolah kebangsaan. Selain daripada itu, KPM juga akan meningkatkan kualiti prasarana di SK. Pada hari ini, kita dapat melihat banyak sekolah telah dibangunkan dengan pelbagai bentuk pembangunan. Bagi sekolah yang kekurangan kelas dan tidak dapat menampung bilangan murid-muridnya, KPM bertindak dengan membina bangunan tambahan kepada sekolah-sekolah yang mengalami masalah sedemikian. Tambahan pula, KPM bertindak untuk menambah keperluan-keperluan utama yang lain seperti makmal komputer di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman. Bilangan komputer juga turut ditambah disekolah-sekolah yang bergred A iaitu sekolah yang muridnya melebihi 1000 orang. Strategi-strategi ini selaras dengan ciri-ciri sekolah perkasa iaitu berinfrastruktur lengkap dan berkualiti. Ini sekaligus akan dapat melahirkan murid yang lebih berkualiti dan berminda kelas pertama. Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang keempat ialah Merapatkan Jurang Pendidikan. Teras ini melibatkan sekolah-sekolah dalam bandar dan sekolah-sekolah luar bandar. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Antara jurang-jurang yang telah dikenalpasti berpotensi untuk diatasi adalah seperti jurang bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar bekeperluan khas dan jurang sosioekonomi.

Terdapat beberapa perkara yang difokuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam teras keempat ini. Antaranya ialah membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak, meningkatkan kadar penyertaan pelajar dan mengurangkan risiko keciciran. Di samping itu, KPM juga memberi fokus kepada meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman selain menambahbaik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar. Bagi perspektif seorang mahasiswa pendidikan yang akan berkhidmat dalam bidang keguruan satu hari nanti, saya mendapati bahawa masih terdapat lagi beberapa jurang pendidikan yang masih wujud dan belum dapat diatasi sepenuhnya oleh KPM. Antara jurang yang masih belum dapat diatasi adalah seperti jurang bandar dan luar bandar serta jurang digital. Sehubungan dengan itu, KPM telah mengambil beberapa langkah bijak untuk mangatasi jurang-jurang tersebut. KPM telah mengorak langkah dengan menyediakan pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air yang mencukupi terutamanya disekolah luar bandar dan pedalaman. Selain itu, KPM juga menambah baik makmal-makmal komputer dan menambah bilangan komputer di setiap sekolah. Penambah baikan TV pendidikan adalah sebagai salah satu usaha KPM untuk merapatkan jurang digital. Usaha-usaha atau strategi-strategi yang diambil ini merupakan langkah yang bijak dan efisien untuk mengatasi masalah di sekolah-sekolah luar bandar dan di pedalaman. Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang kelima ialah Memartabatkan Profesion Keguruan. Guru merupakan golongan penting dan berada di barisan hadapan bagi melaksanakan segala dasar dan perancangan KPM. Sepanjang RMK-9, tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti iaitu mempunyai pelbagai kemahiran iaitu dari segi content knowledge, pedagogi, psikologi, interpersonal serta mempunyai keperibadian yang mulia dan daya kepimpinan yang cemerlang. KPM akan memastikan guru yang dihasilkan bukan sahaja berkualiti, malahan mereka akan setia kekal dalam profesion keguruan dan terus berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kapada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk

menjadikan sistem penyampaian P&P efektif, menarik dan menyeronokkan. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Antara fokus dan strategi bagi memartabatkan profesion keguruan adalah seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru iaitu memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Dengan adanya pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru menepati standard minimum. Dengan memantapkan latihan perguruan, KPM mengambil langkah menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Perguruan Guru (IPG) dengan menawarkan program peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Di samping itu, KPM memantapkan kerjaya guru dengan menambah baik perjawatan guru dan perluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G. KPM juga membuat penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan guru iaitu dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif projek membina dan menaik taraf. Di samping memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia, KPM juga mengkaji keperluan kemudahan ansurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Akhir sekali, KPM mengambil langkah dengan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia dengan menyediakan bekalan mekanisme unjuran guru, di samping menambah baik sistem maklumat guru dan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. Pada pandangan seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), latihan-latihan yang diberikan semasa menuntut di IPGM amat berguna dan bertepatan dengan matlamat KPM untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Usaha KPM menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan amat sesuai dengan keadaan semasa. Para mahasiswa dan mahasiswi tidak perlu menuntut di institut lain terlebih dahulu dan kemudian memilih IPG untuk menjadi guru. Selain itu, kurikulum yang mantap di IPG telah dibentuk dan digubal secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Dengan adanya usaha-usaha ini, sudah

pasti IPG akan mengeluarkan guru-guru yang berkualiti, kreatif dan inovatif untuk ditempatkan di sekolah-sekolah. Pencapaian ini selaras dengan dasar KPM untuk memartabatkan profesion keguruan. Bagi teras keenam iaitu Melonjakkan Institusi Pendidikan, ianya memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak untuk mencapai target pendidikan yang bertaraf dunia. Perlaksanaan teras ini juga bertujuan untuk melahirkan Modal Insan yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia global. KPM akan merintis pendekatan bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan terlebih dahulu bagi memastikan pelaksanaannya dijalankan dengan berkesan. Rangka kerja yang jelas akan dihasilkan berdasarkan dapatan rintis dengan meliputi aspek-aspek berikut iaitu perundangan, prosedur dan garis panduan,

polisi dan

standard dan penanda aras, penilaian dan

pemantauan berdasarkan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta fungsi dan peranan pihak luar. Dasar ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan institusi pendidikan agar menjadi model pada peringkat antarabangsa dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan. Kerajaan berhasrat mewujudkan sekolah kluster bagi membentuk pelajar yang cemerlang daripada pelbagai aspek iaitu kokurikulum, kurikulum dan sahsiah. Justeru, pemberian kuasa autonomi kepada pihak sekolah jelas membantu dalam perlaksanaan wadah ini. Pada pandangan saya sebagai seorang bakal guru, usaha KPM memilih istitusiinstitusi pendidikan yang cemerlang dan ditingkatkan kecemerlangannya untuk dijadikan contoh kepada institusi-institusi yang lain amatlah tepat dan bermanfaat. Hal ini sejajar dengan matlamat KPM untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi lain dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini dipilih berdasarkan beberapa elemen utama dan elemen sokongan. Setelah dipilih berlandaskan elemen-elemen tersebut, beberapa perkara akan dititik beratkan dan diberikan fokus yang mendalam. Antaranya ialah memastikan kepimpinan sekolah teguh dan berkesan. Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan akan dipilih berdasarkan kualiti profesional dan peribadi. KPM juga akan bersama-sama dengan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan untuk menentukan KPI yang perlu dicapai. Selain itu, usaha KPM untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan dilakukan dengan meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara.

Progran pertukaran pelajar atau “student exchange” wajar dipraktikkan antara sekolahsekolah cemerlang dalam dan luar negara. Dengan adanya usaha-usaha sedemikian, institusi-institusi pendidikan dalam negara akan menjadi lebih mantap dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum sekaligus akan menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia dan diguna pakai oleh negara-negara maju yang lain. Begitulah antara perspektif-perspektif yang diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia mengenai strategi pembangunan pendidikan yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mereka amat menyokong usaha KPM untuk menambahbaik sistem pendidikan di negara kita. Hal ini kerana, mereka menyedari bahawa pendidikan dalam era globalisasi ini harus ditingkatkan agar setaraf dengan negara-negara maju yang lain di dunia. Dengan adanya pendidikan yang bertaraf dunia, Malaysia akan dapat melahirkan insan-insan yang lebih kreatif dan inovatif untuk bersama-sama membantu negara dalam mencapai Wawasan 2020 kelak. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Berpandukan pepatah ini, KPM mengorak langkah dengan menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai medium utama untuk meningkatkan pencapaian pendidikan negara. Sebagai konklusinya, strategi-strategi yang dilakukan oleh KPM ini begitu mantap dan bertepatan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang akan menjadikan negara sebagai sebuah negara maju.

Related Documents

Ipgm (kampus Ipda)
October 2019 14
Laman Kampus
May 2020 37
Tugas Kampus
April 2020 32
Alamat Kampus
November 2019 33
Buku Panduan Pismp Ipgm
November 2019 24