Ikatan Bata

  • Uploaded by: AK...Akkkkk
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ikatan Bata as PDF for free.

More details

  • Words: 404
  • Pages: 5
IKATAN SISI BATA Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5 mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya.Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi ,lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan seperti dalam rajah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tini. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembik landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

IKATAN KEPALA BATA Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah menunujukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V .Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yag berbentuk bulat atau melengkung.

IKATAN INGGERIS Ikayan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kpala bata penuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untukmengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal ,semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang sekuat sekali antaraikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan pelan tegak sebuah tembok yang dibina dengan Ikatan Ingeris .

IKATAN FLEMISH Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Seiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinmakan ‘Flemish Kembar ’ .Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘ Flemish Tunggal ’. Rajah menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan yang dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

RUJUKAN • TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN DBP ( TAN BOON TONG ) 1994 • MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAN DAN BINAAN KJURUTERAAN ( C 1001 )

Related Documents

Ikatan Bata
May 2020 18
Bata
May 2020 15
Bata
May 2020 20
2nom Bata
November 2019 21
Ikatan Kovalen.docx
April 2020 17