Ict

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ict as PDF for free.

More details

  • Words: 601
  • Pages: 2
SITI AISHAH BINTI ABDUL LATIFF

(D 20081032348)

Perkataan ICT atau Information and Communication Technology pada hari ini menjadi semakin sinonim terutamanya di sekolah-sekolah. Pada asasnya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi semakin penting dan perlu untuk dilaksanakan oleh setiap guru sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Penggunaan ICT pada hari ini merupakan salah satu strategi kerajaan ke arah mencapai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia sekaligus melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan. Sebagai usaha untuk menaikkan taraf pendidikan kebangsaan, kerajaan telah memperuntukkan belanja yang sangat tinggi supaya hasrat negara dalam menghasilkan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ ini dapat dicapai secara maksimum dan menyeluruh. Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini yang mula menganggap bahawa kaedah pengajaran menggunakan kemudahan ICT adalah cara yang baik dan perlu dilestarikan. Namun, masih ramai yang belum menyedari bahawa pelaksanaan ini mampu mendatangkan kesan yang buruk akibat daripada kekangan-kekangan yang wujud secara sedar mahupun tidak. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan ICT dalam P&P memerlukan kos yang sangat tinggi. Hal ini menimbulkan kebimbangan apabila memikirkan setakat manakah keberkesanan penggunaan alat ICT ini dalam P&P di sekolah. Persoalan ini timbul kerana tidak semua guru yang mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan alat-alat ICT tersebut. Secara tidak langsung, kerajaan bakal menanggung kerugian sekiranya alat ICT tersebut dibiarkan sepi tanpa dimanfaatkan sebaik mungkin. Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, pelbagai kursus dan latihan telah dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melahirkan guru yang berkemahiran dalam ICT. Kursus dan latihan yang dijalankan ini bukan sekadar percuma, tetapi kerajaan perlu mengeluarkan belanja yang bukan sedikit bagi membolehkan semua guru mahir dalam menguruskan alat bantu mengajar yang canggih ini. Malahan, seperti yang kita sedia maklum, profesion keguruan hari ini lebih banyak dipelopori oleh golongan yang dianggap berumur. Rata-rata dalam kalangan mereka yang kurang mahir menenai ICT disebabkan kurangnya pendedahan mengenai

penggunaan ICT kepada mereka. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka sememangnya memerlukan kursus dan latihan akibat daripada evolusi pendidikan yang berlaku secara mendadak pada hari ini. Justeru, sekiranya guru tetap tidak menggunakan kemudahan yang disediakan ini, usaha keras kerajaan yang dijalankan selama ini dianggap sia-sia. Apabila kita melihat dari sudut pandangan pelajar, penggunaan ICT di sekolah terutamanya di kawasan bandar mungkin dapat memahaminya secara mudah memandangkan mereka sering didedahkan dengan alat-alat yang canggih dan berteknologi tinggi saban hari seperti komputer dan permainan video. Namun, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar di pedalaman? Mereka kurang didedahkan dengan alat-alat teknologi dan secara langsung hal ini bakal menimbulkan sedikit masalah

dalam pelaksanaannya di sekolah. Malahan, tanpa disedari, hal ini bakal

menambahkan lagi jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar memandangkan pendedahan tersebut membuatkan pelajar di bandar maju lebih jauh sekaligus meninggalkan pelajar luar bandar ke belakang. Tambahan pula, penggunaan ICT juga boleh menyebabkan penyalahgunaan sekiranya tidak dipantau oleh guru secara menyeluruh. Pelajar mula bebas untuk menggunakan ICT untuk tujuan yang tidak baik seperti melayari internet untuk bermain permainan video, atau menonton video lucah. Oleh itu, bagi mencapai objektif yang telah digariskan dalam rancangan pendidikan negara, guru seharusnya memainkan peranan yang terbaik dalam memastikan keberkesanannya di samping memanfaatkan penggunaan ICT ke arah sesuatu yang lebih baik dalam sistem pendidikan negara. Selain itu, sebagai warga pendidik generasi masa hadapan, guru-guru seharusnya cuba memperkayakan diri dengan kemahiran ICT supaya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini mampu memberikan banyak kesan yang positif kepada masyarakat. Malahan, guru seharusnya membuktikan kepada masyarakat bahawa walaupun masih terdapat kesan negatif dalam perlaksanaan penggunaan ICT, namun kesan positif lebih memberi impak kepada dunia pendidikan masa kini. Justeru, guruguru dan bakal warga pendidik perlu melengkapkan diri dengan ilmu ICT supaya institusi pendidikan negara seiring dengan kemajuan pendidikan masa kini.

Related Documents

Ict
November 2019 58
Ict
November 2019 61
Ict
May 2020 43
Ict
June 2020 31
Ict
May 2020 35
Ict
August 2019 60