Hutang Negara

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hutang Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 855
  • Pages: 4
Hutang Negara -pinjaman kerajaan dari sumber dalam negeri dan sumber luar negara Sumber Pinjaman Kerajaan Kerajaan memperoleh pinjaman daripada dua sumber iaitu -sumber dalam negeri -sumber luar negara 1.Sumber Pinjaman Dalam Negeri Kerajaan persekutuan mendapatkan pinjaman dalam negeri dengan cara menerbitkan: a)sekuriti kerajaan(surat jaminan kerajaan) b)bil perbendaharaan c)sijil pelaburan d)pinjaman lain a)Sekuriti kerajaan(surat jaminan kerajaan) -perjanjian bertulis antara kerajaan dengan peminjam -pinjaman jangka panjang(tempoh matang lebih setahun) -instrumen pinjaman terpenting kerajaan persekutuan -ditawarkan pada nilai muka -kadar faedah dibayar kepada pemegang sekuriti(ikut bilangan unit dibeli) -institusi kewangan terbesar melanggani sekuriti - KWSP sektor awam yang melabur dalam sekuriti: kerajaan negeri, badan berkanun, Bank Negara, Bank, Syarikat Insurans, Bank Simpanan Negara, Kumpulan Wang Simpanan Guru, Petronas b)Bil perbendaharaan -pinjaman jangka pendek (tempoh matang kurang setahun) -dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi pihak kerajaan persekutuan -ditawarkan pada harga diskaun atas nilai mukanya -Bank Negara Malaysia akan bayar nilai muka bil perbendaharaan pada tarikh matang. -dilabur oleh bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar, syarikat insurans, syarikat diskaun, Lembaga Tabung Haji c)Sijil pelaburan -sijil yang dikeluarkan khas untuk institusi kewangan Islam seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Mualamat Malaysia Berhad, Syarikat Takaful, Lembaga Tabung Haji -dijual pada nilai muka -dibayar dividen oleh kerajaan pada tempoh matang iaitu setahun atau lebih d)Pinjaman dalam negeri lain -pinjaman bersindiket dari bank-bank asing yang diperbadankan di Malaysia -pinjaman dari Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Perbendaharaan -pinjaman dari bank-bank perdagangan -Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Perbezaan jenis-jenis pinjaman kerajaan persekutuan Sekuriti Kerajaan -pinjaman jangka panjang -ditawarkan pada nilai muka -dibayar kadar faedah Bil Perbendaharaan -pinjaman jangka pendek -ditawarkan pada kadar diskaun -dibayar pada nilai muka

Sijil Pelaburan -pinjaman jangka panjang -ditawarkan pada nilai muka -dibayar dividen 2.Sumber Pinjaman Luar Negara Sumber pinjaman kerajaan dari luar negara terdiri daripada: a)pinjaman pasaran b)pinjaman projek c)kredit pembekal a)Pinjaman pasaran -pinjaman yang diperolehi dengan menjual surat jaminan kerajaan di pasaran kewangan antarabangsa seperti Tokyo, London, New York. -pinjaman bersindiket dari pasaran antarabangsa terutamanya dari negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Jerman & United Kingdom b)Pinjaman projek -pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa untuk membiayai projek pembangunan yang memerlukan perbelanjaan besar cth Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Jerman, United Kingdom, Jepun c)Kredit pembekal -pinjaman dalam bentuk barang yang bayarannya ditangguhkan untuk suatu masa tertentu -pari negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman -bertujuan membiayai pembelian peralatan pertahanan Tujuan Pinjaman Kerajaan 1.Menampung kekurangan hasil kerajaan/defisit belanjawan Kerajaan persekutuan membuat pinjaman untuk membiayai belanjawan kurangan. Hal ini terjadi kerana perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah hasil yang dikutip. Oleh itu, kerajaan perlu membuat pinjaman untuk merangsang ekonomi supaya kadar pertumbuhan pengeluaran negara akan bertambah dan mengelakkan kemelesetan ekonomi. 2.Membiayai pembangunan ekonomi Pinjaman oleh kerajaan persekutuan bertujuan membiayai projek pembangunan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana hasil yang diterima oleh kerajaan hanya cukup untuk menampung perbelanjaan mengurus. Oleh itu untuk melaksanakan pelaburan awam, kerajaan terpaksa membuat pinjaman sama ada dari dalam negeri atau dari luar negara. 3.Pengagihan pendapatan melalui projek tertentu Satu daripada tujuan utama belanjawan negara adalah untuk membiayai aktiviti kerajaan persekutuan. Pembiayaan ini dapat dijalankan melalui pinjaman. Projekprojek pembangunan kerajaan adalah untuk manfaat rakyat di samping bersifat mengagihkan pendapatan serta mengurangkan perbezaan pendapatan. Sebagai contoh, kerajaan memberikan tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan pembangunan industri kecil dan sederhana serta pembangunan kawasan perindustrian, francais dan vendor. Oleh itu, pinjaman kerajaan dapat mengagihkan pendapatan yang lebih adil melalui projek-projek pembangunan negara. 4.Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai Kerajaan terpaksa membuat pinjaman sekiranya berlaku kelewatan dalam kutipan hasil cukai. Hal ini demikian kerana perbelanjaan mengurus seperti emolumen dan pencen serta ganjaran dibayar sepanjang tahun, tetapi kutipan cukai berubah-ubah mengikut bulan. Kemungkinan dalam bulan-bulan tertentu, kerajaan menghadapi kekurangan dana untuk membiayai perbelanjaan mengurus semasa.

Kelebihan Meminjam dari Sumber Dalam Negeri Berbanding Sumber Luar Negara -tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing -tidak melibatkan pengaliran keluar wang -lebih mudah dan fleksibel -kadar faedah lebih rendah -tidak mendatangkan tekanan inflasi -tidak mempengaruhi kedudukan imbangan pembayaran Keburukan Meminjam dari Sumber Luar Negara Berbanding Sumber Dalam Negeri -dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing -melibatkan pengaliran keluar wang -lebih susah dan tidak fleksibel -kadar faedah lebih tinggi -mendatangkan tekanan inflasi -mempengaruhi kedudukan imbangan pembayaran Kelebihan Pinjaman Dalam Negeri Berbanding Dengan Pinjaman Luar Negara 1.Kadar pertukaran asing Pinjaman dalam negeri -tidak menghadapi risiko kenaikan kadar pertukaran asing -beban hutang tidak berubah Pinjaman luar negara -menghadapi risiko kenaikan kadar pertukaran asing -beban hutang akan berubah 2.Pengaliran keluar wang Pinjaman dalam negeri -wang tidak akan mengalir keluar semasa hutang dibayar balik kerana berhutang dari institusi kewangan tempatan Pinjaman luar negara -wang akan mengalir keluar semasa hutang dibayar balik kerana berhutang daripada institusi kewangan luar negara 3.Syarat pinjaman Pinjaman dalam negeri -lebih mudah dan fleksibel tanpa tekanan daripada pihak luar Pinjaman luar negara -lebih ketat dan berat sebelah serta banyak syarat perjanjian yang perlu dipenuhi 4.Kadar faedah Pinjaman dalam negeri -lebih rendah Pinjaman luar negara -lebih tinggi 5.Tekanan inflasi Pinjaman dalam negeri -merupakan pemindahan kuasa beli dari pihak swasta kepada pihak kerajaan dan tidak mendatangkan tekanan inflasi Pinjaman luar negara -menambahkan jumlah permintaan dalam pasaran dan mengakibatkan inflasi 6.Imbangan pembayaran Pinjaman dalam negeri -tidak mempengaruhi kedudukan imbangan pembayaran negara Pinjaman luar negara -melibatkan pemindahan modal ke luar negeri semasa membayar balik pinjaman dan ini

akan menjejaskan imbangan pembayaran negara

Related Documents

Hutang Negara
June 2020 13
Hutang Piutang.docx
December 2019 23
Negara
May 2020 35
Negara
June 2020 37
Negara
November 2019 49
Negara
November 2019 49