Sabah Forestry Department Official Website - Profail
Strategi untuk Pengurusan Hutan Mampan di Sabah Selaras dengan visi dan objektif Jabatan Perhutanan Sabah, pelbagai strategi telah dikenalpasti untuk menangani isu-isu semasa perhutanan, terutamanya yang berkaitan dengan Pengurusan Hutan Mampan. Strategi tersebut adalah seperti berikut: 1. Hutan Simpan Kekal •
Mengistiharkan kawasan yang mencukupi untuk dimasukkan ke dalam Hutan Simpan Kekal.
•
Memastikan tiada bahagian Hutan Simpan Kekal dikeluarkan daripada pewartaan kecuali dalam keadaan yang mendesak, yang mana kawasan tersebut harus digantikan;
•
Mengenalpasti kawasan tanah kerajaan yang bersesuaian untuk dimasukkan sebagai Hutan Simpan Kekal.
2. Pengurusan Hutan Mampan •
Memastikan perancangan hutan selaras dengan 3 peringkat pengurusan seperti jadul di bawah : Peringkat Pengurusan
Jangkamasa Pengurusan
Sektor Perhutanan
10 - 20 tahun
Unit Pengurusan Hutan
5 - 10 tahun
Kompartmen
Tahunan
Komponen Utama 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3.
Pelan Sektor Perhutanan Dasar Perhutanan Perundangan Penzonan Kawasan Hutan Inventori Sumber Kawalan Output Penuaian & Silvikultur Produk hutan bukan kayu Perakaunan sumber
•
Meletakkan kawasan hutan kekal di bawah pengurusan hutan mampan supaya keuntungan sosio-ekonomi dan alam-sekitar dari hutan diurus secara berkekalan;
•
Menyebarkan model perancangan pengurusan Hutan Deramakot kepada semua Hutan Simpan Komersial di Sabah.;
•
Melaksanakan Pengurusan Hutan Mampan kepada semua Unit Pengurusan Hutan, yang mana setiap Unit mempunyai lebih kurang 100,000 ha Hutan Komersial;
•
Memastikan perancangan hutan kepada ke semua Unit Pengurusan Hutan telah disiapkan mengikut preskripsi yang bersesuaian untuk perlaksanaan di lapangan.
3. Perlesenan •
Hutan Simpan Kekal
Dalam perlaksanaan Pengurusan Hutan Mampan, Kerajaan telah mengeluarkan lesen perjanjian jangka panjang selaras dengan Seksyen 15(1), Enakmen Hutan 1968. Perjanjian ini memerlukan
Page 1 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail
pelesen mengurus Unit Pengurusan Hutan dalam tempoh 100 tahun berdasarkan beberapa syarat :
•
•
o
Unit Pengurusan Hutan diurus berdasarkan perjanjian lesen;
o
Pelesen mengemukakan bon kemajuan bernilai RM 5 juta;
o
Pelan pengurusan telah disediakan dan diluluskan;
o
Keperluan penyertaan sekurang-kurangnya 30% Bumiputra Sabah dalam syarikat;
o
Menggunakan kaedah mesra alam penuaian seperti Pembalakkan Impak Rendah (Reduced Impact Logging : RIL) dan Skyline;
o
Melaksanakan silvikultur dan penanaman mengaya;
o
Menggunakan tenaga perhutanan yang profesional dan berpengalaman;
o
Pelesen harus menanggung segala kos perancangan pengurusan hutan dan perlaksanaan.
Tanah Kerajaan dan Tanah Bergeran o
Mengeluarkan lesen untuk Tanah Kerajaan dan Tanah Bergeran berdasarkan Enakmen Hutan 1968 dan Dasar Kerajaan yang lain;
o
Memastikan penggunaan optima sumber hutan pada Tanah Kerajaan dan Tanah Bergeran.
Lesen sedia ada o
Memperbaharui lesen hutan hanya untuk Tanah Kerajaan dan Tanah Bergeran sahaja;
o
Pembaharuan lesen untuk pembalakan dalam Hutan Simpan akan dihentikan secara berperingkat-peringkat;
o
Lesen konsesi jangka panjang akan dikaji semula dan diselaraskan dengan perlaksanaan Pengurusan Hutan Mampan.
4. Pengeluaran Hutan & Hasil •
Mempromosikan pengeluaran yang efisien melalui pengurusan perancangan yang sistematik dan pembangunan sumber untuk mengurangkan kemusnahan persekitaran hutan;
•
Memastikan penggunaan optima sumber hutan dengan menggalakkan penuaian dan pengeluaran balak yang teratur dan sistematik;
•
Memastikan pendapatan hutan berasaskan kapasiti pengeluaran sumber hutan agar dapat menyumbangkan ke arah pembangunan sosio-ekonomik mampan, dan
•
Memastikan pungutan royalti yang efisien dan sistematik dan juga caj-caj lain pada pengeluaran hutan.
5. Penguatkuasaan dan perundangan Memastikan Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan Hutan 1969 dikemaskini selalu dan dikuatkuasakan sepenuhnya untuk menyokong keberkesanan perlaksanaan Pengurusan Hutan Mampan berdasarkan :
Page 2 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail
•
Membentuk komitee yang diketuai oleh Pejabat Peguam Negeri untuk mengkaji perundangan hutan setiap 6 bulan;
•
Mencadangkan kepada Jawatankuasa Menteri mengenai Dasar Perhutanan jika ada keperluan tambahan kepada peraturan;
•
Mengujudkan Perhutanan;
•
Meningkatkan operasi khusus ke atas aktiviti kesalahan hutan dengan bantuan pihak polis dan tentera;
•
Mengambil tindakan disiplin ke atas kakitangan Jabatan Perhutanan yang didapati terlibat dengan kesalahan hutan; dan
•
Memohon bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah yang melibatkan pekerja asing yang terlibat dalam kesalahan hutan agar penyelesaian secara diplomatik dapat dicapai.
dan
menguatkan
pasukan
penguatkuasaan
dalam
semua
daerah
6. Perlindungan Mengambil langkah yang proaktif dalam perlindungan Hutan Simpan Kekal, seperti :•
Menandakan sempadan hutan simpan di lapangan;
•
Mengambil langkah segera untuk meningkatkan kapasiti kepentingan langkah-langkah pencegahan;
•
Menangani aktiviti pertanian pindah haram dalam hutan simpan dan memindahkan mereka ke penempatan yang disediakan dalam program perhutani masyarakat, dan
•
Mempromosikan kerja sukarela mengenai perlindungan hutan dan pemeliharaan oleh pemilik tanah persendirian.
7. Pembangunan Sumber Hutan •
Menggalakkan pelesen untuk melaksanakan rehabilitasi hutan dalam kawasan yang telah dibalak seperti yang diperlukan dalam perjanjian lesen Pengurusan Hutan Mampan.
•
Meningkatkan langkah-langkah rehabilitasi dalam hutan simpan berproduktiviti rendah melalui tanaman mengaya dan rawatan silvikultur yang bersesuaian. Bagi kawasan hutan miskin dan “degraded”, perladangan hutan diperkenalkan.
•
Mempromosikan pembangunan perladangan hutan melalui penyertaan yang aktif di kalangan sektor swasta; dan
•
Menyediakan insentif yang bersesuaian dalam usaha untuk menggalakkan pelabur untuk melabur dalam ladang hutan.
8. Pembangunan Industri Perkayuan Disebabkan berkurangnya sumber balak, industri perkayuan tidak boleh bergantung kepada bekalan tinggi balak yang tetap dari hutan seperti masa dahulu. Pembangunan industri harus menumpukan kepada langkah-langkah penyesuaian termasuk yang berikut:•
Mengubah kapasiti industri berdasarkan sumber hutan yang sedia ada;
•
Meningkatkan pemprosesan yang efisien untuk mengurangkan bahan buangan;
Page 3 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail
•
Penstrukturan semula industri berdasarkan pemprosesan kayu integrasi ke arah pengeluaran tambah-nilai yang berkualiti eksport;
•
Meningkatkan kebolehan kompetitif dalam industri berkaitan kos dan penggunaan sumber; dan
•
Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan operator kilang kayu dengan memperkenalkan sijil hijau dalam pembaharuan lesen kilang.
9. Perdagangan dan Pemasaran Walaupun berkurangnya sumber hutan, Jabatan akan pendapatan, dengan memberi tumpuan seperti berikut:
berusaha
untuk
meningkatkan
•
Membenarkan eksport balak dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan dan meningkatkan harga kayu dalam pasaran tempatan;
•
Memastikan pentadbiran eksport balak dan lain-lain hasil hutan berada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri;
•
Menggalakkan impot balak agar memenuhi keperluan industri kayu tempatan; dan
•
Menyediakan system maklumat pasaran untuk menyelaraskan bekalan dan permintaan di Negeri ini untuk mencerminkan harga pasaran semasa.
10. Peranan Agensi-Agensi Berkaitan Jabatan Perhutanan perlu bekerjasama erat dengan agensi tempatan dan agensi kerajaan persekutuan yang berkaitan agar pelan pembangunan bagi ke semua hutan dapat dilaksanakan secara efektif, terutamanya dalam aspek-aspek berikut: •
Konservasi Alam Sekitar;
•
Program Rehabilitasi Hutan;
•
Konservasi dan Pengurusan Hidupan Liar;
•
Penyelidikan dan Konservasi Biodiversiti, dan
•
Penguatkuasaan Undang-Undang.
11. Penyertaan Sektor Swasta •
Mempromosikan penyertaan sektor swasta dalam perlaksanaan Pengurusan Hutan Mampan dengan menyediakan insentif-insentif yang bersesuaian;
•
Membantu dan memberi panduan kepada sektor swasta, terutamanya pemegang Lesen Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan agar mereka memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sektor perhutanan; dan
•
Membantu sektor swasta dalam menyediakan diri mereka sendiri duntuk perlaksanaan pengurusan hutan mampan.
12. Penyertaan Perusahaan Bumiputera •
Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam industri perkayuan, selaras dengan dasar kerajaan;
•
Membantu peniaga Bumiputera dalam perkara berkaitan pengurusan industri perkayuan;
Page 4 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail
•
Menggalak penyertaan Pengusaha Bumiputera dalam Industri Perkayuan dengan memberikan insentif dan mekanisma lain yang bersesuaian. Ianya juga melibatkan Pemgusaha kurang upaya untuk membentuk konsortium.
13. Tenaga Kerja dan Pembangunan Latihan •
Meningkatkan peringkat latihan perhutanan pekerja perhutanan dalam kedua-dua sektor swasta dan kerajaan;
•
Meningkatkan Institut Latihan Perhutanan sebagai pusat kecemerlangan latihan Perhutanan;
•
Memastikan daya kerja sektor swasta mempunyai latihan yang mencukupi dalam melaksanakan pengurusan hutan mampan;
•
Membantu dan menyegerakan proses latihan kepada sektor swasta dan kerajaan dengan membangunkan pelatih teras, yang mana mereka ini akan menjadi pelatih utama hutan;
•
Menyediakan program latihan untuk perlaksanaan dan pemantauan oleh sektor swasta dan kerajaan; dan
•
Mengenalpasti keperluan latihan dan menyediakan program latihan yang dikemaskini secara konsultansi berkala bersama sektor swasta.
14. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) •
Meningkatkan kredibiliti program dan aktiviti Jabatan menerusi penyertaan NGO.
•
Menggalakkan penyertaan NGO dalam perlaksanaan pengurusan Hutan Mampan menerusi perundingan dan jawatankuasa.
•
Menganjurkan forum untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu semasa.
15. Kerjasama Perhutanan Antarabangsa. •
Meneruskan sumbangan ke arah pengurusan hutan mampan dengan memohon nasihat teknikal dan panduan daripada agensi antarabangsa yang berkaitan;
•
Mengenalpasti kerjasama di masa hadapan, selaras dengan matlamat dan objektif Jabatan; dan
•
Mencari bantuan kewangan dari sumber asing untuk penyelidikan dan pembangunan hutan.
16. Perhutanan Masyarakat •
Mengkaji program projek Perhutani Masyarakat untuk memastikan ianya selaras dengan konsep tradisi perhutanan masyarakat;
•
Mengenalpasti komuniti kampung yang berada di hutan simpan, melalui kajian sosioekonomi untuk memastikan komuniti tempatan perlu diketengahkan dalam penyediaan pelan pengurusan hutan;
•
Memastikan peruntukkan dari Pembiayaan Pembangunan Komuniti Hutan digunakan untuk melaksanakan aktiviti yang direkomendasi dalam pelan pengurusan hutan; dan
•
Mengeratkan antara agensi kerajaan yang lain dalam menyediakan ameniti asas kepada komuniti kampung.
Page 5 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail
17. Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan •
Mengkaji program penyelidikan yang sedia ada untuk memastikan sumbangan ke arah pengurusan hutan mampan.
•
Meningkatkan penyelidikan berdasarkan aktiviti kepada konservasi alam sekitar, biodiversiti dan sumber hutan bukan kayu; dan
•
Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penyelidikan perhutanan.
18. Eko-Pelancungan •
Mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk rekreasi luar dan perlancongan alam semulajadi.
•
Menyediakan ameniti rekreasi dan kemudahan eko-lancong di seluruh Sabah;
•
Menyediakan dasar yang bersesuaian untuk menyokong pembangunan eko-lancong dalam hutan simpan; dan
•
Memastikan pembangunan eko-lancong dalam hutan simpan selaras dengan prinsip kegunaan hutan mampan.
19. Pentadbiran Tugas Jabatan Perhutanan adalah sebagai penjaga kepada sumber hutan Sabah dan penjana pendapatan yang seharusnya dikekalkan. Dalam pandangan ini, pentadbiran Jabatan harus dikuatkan dan dimodenkan agar selaras dengan pembangunan semasa seperti berikut; •
Jabatan Perhutanan o
Mengurangkan red tape dan birokrasi dalam pentadbiran.
o Membentuk pasukan tugas khas dalam membendung masalah birokrasi dan “red tape”; o
Menambah keupayaan Jabatan Perhutanan;
o Meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dalam pentadbiran dan pengurusan hutan, dengan mengujudkan rangkaian komputer di antara semua pejabat perhutanan di Sabah. o
Memastikan pembiayaan yang mencukupi untuk pengurusan hutan; dan
o Penstrukturan Jabatan Perhutanan dan memperkenalkan konsep korporat dalam pentadbiran dan pengurusan. •
Jawatankuasa Menteri Dasar Perhutanan – Menyokong perlaksanaan Dasar dan Strategi Hutan negeri
Page 6 of 6