Hukum Wasiat

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hukum Wasiat as PDF for free.

More details

  • Words: 4,823
  • Pages: 23
TAFSIR AL-QURAN 2 IXEB3201 Tajuk : Wasiat (Harta Pusaka)

Disediakan oleh Mohd Hafizi Bin Mohamad Pauzi IEB 060062 Hisyamuddin Bin Sariman IEB 060032

Disediakan Untuk Ustaz Shaharuddin Bin Saad Pensyarah

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

2008/2009

ISI KANDUNGAN Bil Tajuk

Muka Surat

1

PENGENALAN

1

2

BAB 1 1.1 BEBERAPA MASALAH BERKENAAN FIQH PERWASIATAN

2

3

1.2 PENDAPAT JUMHUR ULAMA’ BERKENAAN KADAR WASIAT

3

4

1.3 BEBERAPA PENDAPAT DALAM KALANGAN MAZHAB TENTANG PENARIKAN SEMULA PERSETUJUAN PEMBERIAN HARTA PUSAKA KEPADA PEWARIS

4

5

BAB 2 2.1 AYAT AL-QURAN YANG MENJELASKAN TENTANG WAJIB BERWASIAT

5

6

2.2 ULASAN DARI KITAB TAFSIR BERDASARKAN AYAT

7

7

2.3 PENJELASAN MENGENAI PERKATAAN “HARTA” ( ‫ا‬123 )

10

8

2.4 PENJELASAN BERKENAAN KEWAJIPAN MENYEDIAKAN WASIAT UNTUK KUMPULAN BUKAN PEWARIS

12

9

2.5 BEBERAPA HUKUM DALAM WASIAT YANG DIMANSUKHKAN DAN PERKARA YANG BERKENAAN DENGANNYA

12

10

PENEGASAN ALLAH S.W.T TENTANG PENYERAHAN PUSAKA KEPADA YANG BERHAK

13

11

BAB 3 3.1 PENJELASAN DARI SUMBER HADITH BERKENAAN WASIAT

14

12

BAB 4 4.1 AYAT – AYAT YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM WASIAT

15

13

PENUTUP

20

14

RUJUKAN

21

PENGENALAN Dalam tugasan kali ini akan membincangkan mengenai tajuk wasiat, di dalam tugasan ini juga akan dikemukakan beberapa tajuk dan topik yang dikira signifikan dalam perbahasan tajuk ini.

Beberapa ayat yang telah dipetik dari Al-Quran, ayat tersebut secara jelasnya menyebut tentang kewajipan bagi umat Islam menyediakan wasiat sebelum tibanya ajal, namun, terdapatnya di sana beberapa pendapat dari para ulama berkenaan dalil dan penentuan hukum yang seperlunya diberikan berdasarkan ayat dengan mengambil kira beberapa faktor.

Perbincangan dari ulama yang membahaskan hukum ini amat banyak pembahagiannya, di dalam tugasan ini, diselitkan juga beberapa dalil berbentuk hadith, namun pada asalnya, tugasan ini sebenarnya menggunakan dalil ayat alQuran untuk dijadikan sumber utama dalam membahaskan hukum berkenaan harta wasiat (Harta pusaka). Wallahu a’lam.

BAB 1

1.1 BEBERAPA MASALAH BERKENAAN FIQH PERWASIATAN Terdapat beberapa permasalahan yang terdapat di dalam soal wasiat ini, ada dikemukakan beberapa topik antaranya ialah seperti berikut : Mengenai kadar wasiat yang dibenarkan, mejoriti ulama berpendapat sesiapapun meninggalkan wasiat melebihi satu pertiga. Ini berdasarkan kepada hadith, sabda Nabi Muhammad s.a.w ketika beliau meninggalkan wasiat :

456‫ آ‬896:‫ وا‬896:‫ا‬ (Maksudnya) : “Satu pertiga dan satu pertiga itupun sudah banyak.” Baginda juga ada bersabda :

@A:BCD‫ أ‬FG @A: ‫ة‬I9J‫@ ز‬ALBG‫ و‬IMD @A:‫ا‬NO‫ أ‬89P @‫آ‬BQD‫ أ‬R‫إن ا‬ (Maksudnya) : “Allah memberikan kepada kamu satu pertiga harta kamu ketika kamu hampir menemui ajal sebagai tambahan kepada amalan kamu” Mazhab Hanafi membenarkan sesiapa yang ingin mewasiatkan keseluruhan hartanya, sekiranya dia tidak memiliki pewaris, kerana had satu pertiga ini ditetapkan bertujuan memberi kesenangan bagi pewaris. Ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi sebuah hadith mutawatir :

‫ي‬BM:‫ن ا‬NXXAYJ Z:BD @‫]ره‬L ‫^ أن‬O 45_ ‫ء‬B5Ma‫ أ‬bP‫]ر ور‬L ‫ أن‬bc‫إ‬ (Maksudnya) : “Jika engkau meninggalkan pewarismu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan merempat memintaminta bantuan orang lain.” Namum hadith ini tiada kaitan dengan orang yang tiada pewaris.

Para ulama berpendapat bahawa seseorang yang hampir mati dan masih memiliki pewaris tidak boleh mewasiatkan keseluruhan hartanya. Ulama juga bersependapat bahawa pewasiat boleh mengubah atau menarik semula kandungan wasiatnya ada bila-bila masa yakni sebelum kamatiannya. Menurut para imam empat mazhab dan al-Auza’i, orang yang meninggalkan wasiat untuk kaum kerabatnya dan membiarkan kaum kerabatnya dalam kemiskinan adalah tindakan yang amat keji. Walau bagaimanapun, apa yang dilakukan tetap sah dan boleh dilaksanaakan. Meraka yang menerima wasiat ini boleh menerimanya, tidak mengira samada ia orang kaya mahupun yang miskin, saudara terdekat atau jauh, muslim atau kafir. Namun menurut Tawus dan al-Hasan al-Basri, jika dia mewariskan hartanya untuk bukan kaum kerabatnya, harta wasiat tersebut perlu dikembalikan kepada kaum kerabatnya dan wasiatnya itu dibatalkan. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa orang yang nazak dan hampir menemui ajal perlu disekat meggunakan hartanya. Segala wasiat dan sedekahnya tidak boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun bagi mazhab Zahiri, orang ini tidak boleh disekat.1

1.2 PENDAPAT JUMHUR ULAMA’ BERKENAAN KADAR WASIAT Mejoriti ulama membenarkan wasiat melebihi satu pertiga jika wasiat tersebut direstui oleh pewaris kerana larangan melebihi satu pertiga atau larangan diberikan wasiat kepada pewaris adalah hak pewaris. Jika pewaris menggugurkan segala tuntutan mereka, wasiat tersebut dibenarkan dan sah. Wasiat tersebut boleh dianggap sebagai hadiah daripada pewaris. Al- Daruqutni meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasullah s.a.w bersabda :

jP‫ر‬N:‫ء ا‬BkJ ‫ أن‬l‫ارث إ‬N: Z5nN:‫ز ا‬NoL l

1

Dr. Wahbah al-Zuhaily, Tafsir al-Munir Juz 2, hlm. 160

(Maksudnya) : “Tidak dibenarkan wasiat kepada pewaris kecuali dibenakan oleh semua pewaris.” Beliau juga meriwayatkan daripada ‘Amru bin Kharijah bahawa Rasulullah saw bersabda :

ZP‫ر‬N:‫ز ا‬NoL ‫ أن‬l‫ارث إ‬N: Z5n‫ و‬l (Maksudnya) : “Tidak dibenarkan wasiat kepada pewaris kecuali jika direstui oleh pewaris-pewaris.”2

1.3

BEBERAPA

PENDAPAT

DALAM

KALANGAN

MAZHAB

TENTANG

PENARIKAN SEMULA PERSETUJUAN PEMBERIAN HARTA PUSAKA KEPADA PEWARIS Orang yang merestui wasiat kepada pewaris menarik semula persetujuan mereka selepas kematian pewasiat.

-

Tawus Al-Hasan, ‘Ata’ dan yang lain berpendapat orang yang telah merestui wasiat diberikan kepada pewaris ketika pewasiat masih hidup tidak boleh menarik semula perjanjian persetujuan tersebut setelah kematian pewasiat. Wasiat ini boeh dilaksanakan terus kerana pada asalnya ia tidak dibenarkan untuk memelihara kepentingan pewaris. Tetapi apabila mereka bersetuju, wasiat ini dibenarkan. Masalah ini sama seperti wasiat yang diberikan kepada orang luar (ajnabi) melebihi satu pertiga, jika mendapat keizinan pewaris, wasiat tersebut diharuskan.

-

Abu Hanifah, as-Syaf’ei dan Ahmad bersependapat pewaris boleh menarik semula persetujuan mereka jika mereka mahu. Alasannya, mereka memberi persetujuan pada sesuatu yang masih belum mereka miliki ketika itu, harta tersebut hanya mereka miliki setelah kematian pewasiat. Kebenaran ini datang daripada orang yang tidak mempunyai sebarang hak pada harta tersebut, jika tiada sebarang ikatan terhadap mereka.

2

Ibid, hlm. 161

-

Manakala pendapat Malik lebih terperinci, dimana jika pewaris memberikan persetujuan tersebut ketika pewasiat masih sihat, mereka boleh menarik semua wasiat yang telah dipersetujui. Jika mereka memberikan persutujuan ketika pewasiat sedang nazak dan hartanya bukan lagi miliknya, ketika itu persetujuan mereka dianggap sah. Ini adalah kerana jika pewasiat tersebut masih sihat dia adalah pemilik sebenar harta berkenaan dan dia berhak melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Jika pewaris memberikan persetujuan ketika dia sihat bermakna mereka telah memberikan sesuatu yang bukan hak mereka. Namun, apabila mereka memberikan persetujuan ketika dia sakit mereka telah memberikan sesuatu yang telah menjadi hak milik mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak boleh menarik semula persetujuan jika wasiat tersebut telah dilaksanakan kerena sudah terlambat.3

BAB 2

2.1 AYAT AL-QURAN YANG MENJELASKAN TENTANG WAJIB BERWASIAT Surah al-Baqarah : 180-182

tÎ/tø%F{$#uρ Ç÷ƒy‰Ï9≡uθù=Ï9 èπ§‹Ï¹uθø9$# #—Žöyz x8ts? βÎ) ßNöθyϑø9$# ãΝä.y‰tnr& uŽ|Øym #sŒÎ) öΝä3ø‹n=tæ =ÏGä. ∩⊇∇⊃∪ tÉ)−Fßϑø9$# ’n?tã $ˆ)ym ( Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ ×ΛÎ=tæ ìì‹Ïÿxœ ©!$# ¨βÎ) 4 ÿ…çµtΡθä9Ïd‰t7ムtÏ%©!$# ’n?tã …çµßϑøOÎ) !$uΚ‾ΡÎ*sù …çµyèÏÿxœ $tΒy‰÷èt/ …ã&s!£‰t/ .yϑsù ∩⊇∇⊇∪ Ö‘θà!xî ©!$# ¨βÎ) 4 ϵø‹n=tã zΟøOÎ) Iξsù öΝæηuΖ÷t/ yxn=ô¹r'sù $VϑøOÎ) ÷ρr& $¸!uΖy_ <Éθ•Β ÏΒ t∃%s{ ôyϑsù ∩⊇∇⊄∪ ÒΟŠÏm§‘ 180. Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tandatanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan 3

Ibid, 161

karib kerabatnya secara ma'ruf[112], (Ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. 181. Maka barangsiapa yang mengubah wasiat itu, setelah ia mendengarnya, Maka Sesungguhnya

dosanya

adalah

bagi

orang-orang

yang

mengubahnya.

Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. 182. (akan tetapi) barangsiapa khawatir terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia mendamaikan[113] antara mereka, Maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.4 [112] Ma'ruf ialah adil dan baik. wasiat itu tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta orang yang akan meninggal itu. ayat Ini dinasakhkan dengan ayat mewaris. [113]

Mendamaikan ialah menyuruh orang yang berwasiat berlaku adil dalam

mewasiatkan sesuai dengan batas-batas yang ditentukan syara'. Ayat 180 dari surah al-Baqarah mengandungi perintah yang mewajibkan setiap orang berwasiat kepada ibu, bapa dan kaum kerabat terdekat, tetapi setelah turunnya ayat yang membincangkan tentang hukum waris sepertimana di dalam surah Annisa’ ayat yang ke 7,11 dan 12, kewajipan tersebut terhapus (mansukh) perintah berwasiat tetap berlaku, akan tetapi hukumnya tidaklah wajib. Bahkan ianya sunat, itupun hanya boleh dilakukan kepada ahli waris terdekat sahaja. Jadi maksud firman Allah “sesiapa yang mengubah wasiat setelah mendengarnya” dimasudkan disini ialah kepada sesiapa yan bukan ahli waris, Rasulullah menegaskan dari sabda baginda yang bermaksud : “sesungguhnya Allah telah memberi setiap yang berhak atas haknya, kerana itu tidak boleh berwasiat pada waris yang tidak menerima wasiat” Perkataan Janafan membawa maksud ‘kekeliruan yang tidak disengajakan kerana amat sayang’ dan ithmam membawa maksud ‘kekeliruan yang disengajakan’ apa yang dimaksUdkan di sini ialah, boleh jadi orang yang berwasiat telah melakukan kekeliruan dalam wasiatnya kepada ahli waris. Kesalahan itu mungkin ada unsur

4

Ibid, hlm. 154

kesengajaan kerana ada rasa sayang di hati pewasiat kepada salah seorang ahli anggota keluarganya sehingga kandungan wasiat tersebut tidak menggambar rasa keadilan di antara mereka. Dalam hal ini tidak menjadi kesalahan bagi orang yang memberi wasiat mengislahkan yakni mendamaikan persoalan antara mereka, sehingga wasiat orang itu tidak berlaku ketidak adilan.5

2.2 ULASAN DARI KITAB TAFSIR BERDASARKAN AYAT Ayat – ayat ini merupakan suatu peringatan kepada seluruh manusia supaya mereka meninggalkan wasiat yang merupakan suatu amalan kebajikan yang dilaksanakan setelah matinya seseorang itu, iaitu ketika wujudnya tanda-tanda yang memberikan masej berupa petanda kepada hadirnya saat ajal seseorang itu, setelah Allah menjelaskan tentang hukuman qisas yang sudah tentu membabitkan soal kematian, Allah S.W.T sebutkan pula suruhan ini untuk semua manusia. Ini adalah kerana umat ini bertanggungjawab membantu antara satu sama lain dan umat ini mempunyai tanggungjawab yang sama dipikul oleh setiap individu. Jadi dengan itu, hubungan ayat –ayat ini dengan ayat – ayat yang sebelumnya amat ketara. Setelah Allah SWT mengemukakan soal hokum qisas atau diyat bagi kesalahan membunuh. Allah SWT sertakan pula peringatan supaya manusia meninggalkan wasiat. Malah Allah SWT menjelaskan bahawa wasiat ini merupakan suatu kefardhuan yang telah tetapkan kepada hamba –hambanya. Justeru, mereka perlu memberikan perhatian dan meninggalkan wasiat sebelum ajal tiba. Wahai orang orang beriman, adalah wajib apabila kamu merasakan adanya tanda – tanda ajal kamu tiba seperti sakit tenat atau sebagainya, dan kamu bakal meninggalkan pusaka yang banyak kepada pewaris, hendaklah mewasiatkan sebahagian harta ini untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan jumlah yang sesuai, tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak dalam had satu pertiga. Selain itu, jangan

5

Drs. Asmaji Aes Muhtar, Tafsir Al-Muhtamir Tafsir Al-Quran, hlm. 61

kamu memberikan bahagian harta yang banyak kepada orang yang kaya kerana status kekayaannya atau kamu memberikan bahagian yang tidak setimpal. Kecuali apa yang kamu lakukan itu amat perlu, contohnya orang yang kamu berikan itu tidak berkeupayaan untuk bekerja atau orang itu perlu memberi separuh tumpuan kepada belajar atau masih kecil. Ketidakadilan dalam memberikan wasiat ini akan menimbulkan kemarahan dan perbalahan antara pewaris. Dalam pada itu, wasiat juga perlu diberikan kepada ibu bapa yang masih kafir. Seorang anak perlu mewasiatkan sebahagian harta tersebut untuk mereka berdua supaya dapat menjinakkan hati mereka menerima Islam. Apatah lagi berbuat baik dengan ibu bapa sesuatu yang dituntut, walau apapun keadaan mereka, ini dinyatakan oleh Allah oleh firmanNya : Surah al-ankabut : 8

ϵÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ’Î1 x8Ύô³çFÏ9 š‚#y‰yγ≈y_ βÎ)uρ ( $YΖó¡ãm ϵ÷ƒy‰Ï9≡uθÎ/ z≈|¡ΣM}$# $uΖøŠ¢¹uρuρ ∩∇∪ tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΖä. $yϑÎ/ /ä3ã⁄Îm;tΡé'sù öΝä3ãèÅ_ötΒ ¥’n<Î) 4 !$yϑßγ÷èÏÜè? Ÿξsù ÖΝù=Ïã 8. Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan.6 Wasiat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia mempunyai tujuan perintah dan kewajipan. Dalam ayat 8, Allah SWT kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa, perbuatan baik adalah segala perbuatan atau perilaku yang tidaj menimbulkan kebenciandan kemurkaan Allah SWT. Keterangan yang sama telah disampaikan dalam surah al-Isra’ ayat yang ke 23, dalam ayat yang selanjutnya Allah S.W.T menerangkan bahawa jika orang tua memaksa atau mengajak anaknya untuk melakukan sesuatu yang membawa kepada 6

Dr. Wahbah al-Zuhaily, Tafsir Al-Munir Juz 2, hlm. 154

kemusyrikan mahupun kemaksiatan kepada Allah SWT maka tidak ada hukum wajib untuk melaksanakan perintah bapa tersebut.7 Firman Allah SWT lagi : Surah al-Lokman : 15

( $yϑßγ÷èÏÜè? Ÿξsù ÖΝù=Ïæ ϵÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ’Î1 š‚͍ô±è@ βr& #’n?tã š‚#y‰yγ≈y_ βÎ)uρ öΝä3ãèÅ_ötΒ ¥’n<Î) ¢ΟèO 4 ¥’n<Î) z>$tΡr& ôtΒ Ÿ≅‹Î6y™ ôìÎ7¨?$#uρ ( $]ùρã÷ètΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $yϑßγö6Ïm$|¹uρ ∩⊇∈∪ tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΖä. $yϑÎ/ Νà6ã∞Îm;tΡé'sù 15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan Pengertian “cara yang baik” di sini ialah berskap adil, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Malahan, ia mengikut syarak pada kadar maksima satu pertiga. Allah menjadikan wasiat sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh orang yang bertaqwa dan dan orang yang beriman dengan kitabNya. Mana-mana saksi atau pemegang wasiat yang mengubah sebarang wasiat setelah mereka mendengarnya, maka dosa itu akan ditanggung oleh mereka yang mengubahnya dan pewasiat tidak akan terbabit, malah pahalanya akan diberikan oleh Allah SWT nanti. Pengubahan ini mungkin berlaku dalam bentuk menafikan wujudnya wasiat ini atau mengurangkan

jumlah

yang

diberikan

oleh

pewasiat,

walaupun

mereka

mengetahuinya. Allah SWT maha mendengar apa yang diungkapkan oleh orang – orang yang mengubah kandungan wasiat. Allah maha mengetahui juga niat dan apa

7

Drs. Asmaji Aes Muhtar, Tafsir Al-Muhtamir Tafsir Al-Quran, hlm. 960.

juga yang mereka lakukan. Ini adalah suatu ancaman keras dan mereka seharusnya mengetahui dan berwaspada dengan hukuman yang bakal menanti. Walau bagaimanapun, ada pengecualian daripada dosa ini jika pengubahan ini dilakukan atas dasar memperbetulkan atau menasihatkan. Keadaan ini berlaku apabila pewasiat tersilap. Samada secara sengaja atau pun sebaliknya dalam menetapkan wasiatnya. Jadi bagi sesiapa yang mengetahui kesilapan itu. Hendaklah dia berbincang dengan pemegang wasiat dan penerima wasiat atau dengan pewaris dengan penerima wasiat. Hendaklah wasiat ini diubah supaya lebih adil dan bertepatan dengan had yang ditetapkan oleh syarak. Pengubahan ini tidak salah dilakukan kerana apa yang dilakukan ini adalah betul. Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang mengubah wasiat tersebut jika sekiranya pengubahan tersebut bertujuan untuk memperbetulkannya. Allah juga akan membalas perbuatan tersebut dengan pahalaNya.

2.3 PENJELASAN MENGENAI PERKATAAN “HARTA” ( ‫ا‬123 ) Berhubung dengan perkataan harta (

‫ا‬45_ ) dalam ayat berkenaan, para ulama tidak

sependapat dengan mengenai harta yang wajib diwasiatkan. Sebahagian ulama berpendapat bahawa ianya membabitkan harta yang banyak sepertimana yang ditafsirkan oleh ‘Aisyah r.’a. sebahagian ulama lagi berpendapat bahawa ia tidak terhad kepada harata yang sedikit mahupun yang banyak. Walau bagaimanpun, ulama yang berpendapat demikian tidak sependapat pula mengenai jumlah sedikit atau banyak ini. Manurut Ibnu Abbas, jika dia meninggalkan tujuh ratus dirham dia tidak perlu mewasiatkannya, manakala jika hartanya mencapai lapan ratus dirham, dia perlu wasiatkannya. Qatadah pula mengatakan bahawa : Hadnya ialah seribu dirham. Diriwayatkan bahawa suatu ketika seorang lelaki telah bertanya ‘Aisyah r.a’ berkata : Saya ingin mewasiatkan harta saya. “Aisyah bertanya : Berapakah hartamu?

Jawapan lelaki tersebut menunjukkan bahawa perlunya beliau meninggalkan sedikit hartanya kepada sanak saudaranya. Perkara yang jelas seperti yang dinyatakan oleh Ibnu ‘Abbas dan beberapa orang tabi’in, pengertian harta disini adalah umum, termasuklah samada yang sedikit dan juga

yang

banyak.

Penjelasan

ini membawa

maksud

sedemikian

kerana

memandangkan istilah yang diguna pakai tadi iaitu harta, maka ia tidak mencakupi semua. Jadi permasalahan ini perlu merujuk kepada kebiasaan, status pewasiat, jumlah pewaris, keadaan hidup dan nilai harga semasa. Menurut pandangan kebanyakan ulama dan sebilangan besar ulama tafsir, ayat berkenaan telah dimansukhkan oleh ayat-ayat yang berhubung kait pusaka dengan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh penulis sunan dan lain- lain, daripada ‘Amru bin Kharijah :

‫ارث‬N: Z5n‫ و‬G ، jyz {z ‫~ آ} ذي‬QD‫ أ‬I R‫إن ا‬ (Maksudnya) : “Sesungguhnya allah telah memberikan setiap orang yang berhak hak mereka, oleh itu tiada wasiat untuk waris” Jadi kawajipan meninggalkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dianggap telah dimansukhkan. Malahan, Ibnu Katsir berkata : Hal ini merupakan ijma’ ulama’, wasiat tersebut dilarang berdasarkan hadith ‘Amru bin Kharijah tadi. Walau bagaimanapun, bagi kaum kerabat yang bukan termasuk di dalam senarai pewaris, adalah digalakkan bagi umat Islam agar meninggalkan wasiat untuk mereka dalam had satu pertiga, berpandukan papada ayat berkenaan. Malah ini disokong oleh sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dam Muslim daripada Ibn ‘Umar :

‚IMD ZƒNYAO jY5n‫ وو‬l‫^ إ‬5Y95: „5…J j5G FnNJ ‫ أن‬IJ4J †‡ j: @9ˆO ‫ئ‬4O‫{ ا‬z BO (Maksudnya) : “Tidak sepatutnya seorang muslim memiliki sesuatu yang boleh diwasiatkan tidur dua malam melainkan wasiat itu bertulis ada di sisinya” Ibu Umar berkata : setiap malam semenjak dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda demikian, wasiat saya sentiasa berada di sisi saya, “Tambahan pula terlalu

banyak ayat dan hadith yang menyuruh manusia supaya melayan kaum karabat mereka dengan baik.8

2.4 PENJELASAN BERKENAAN KEWAJIPAN MENYEDIAKAN WASIAT UNTUK KUMPULAN BUKAN PEWARIS Menurut pendapat Ibnu Abbas, Al-Hassan al-Basri, Tawus, Masruq dan yang lain, wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat telah dimansukhkan, Cuma wasiat untuk kaum kerabat yang bukan pewaris msih dikekalkan . Wasiat tersebut adalah wajib bagi kaum kerabat yang menjadi pewaris dan bukan pewaris. Jadi hanya wasiat untuk pewaris sahaja yang dimansuhkan , sementara sementara wasiat bagi kaum kerabat yang bukan pewaris masih diwajibkan. Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsirnya , Tafsir al-Tobari memilih pendapat ini. Cuma menurut istilah ulama masakini masalah ini bukan disebutkan sebagai mansukh kerana ianya adalah satu bentuk penjelasan pengecualian.9

2.5 BEBERAPA HUKUM DALAM WASIAT YANG DIMANSUKHKAN DAN PERKARA YANG BERKENAAN DENGANNYA Menurut pendapat Ibnu Umar, Abu Musa al-Ash’ari, Said bin Al-Musayyib dan yang lain, ayat ini telah dimansukhkan oleh ayat-ayat pusaka tanpa membezakan pewaris dan bukan pewaris. Pendapat ini berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh al-Syafie daripada ‘Imran bin Hussain r.a bahwa Rasulullah s.a.w pernah menjatuhkan hukum mengenai enam orang hamba yang dimiliki oleh seorang hamba yang hanya memiliki hamba-hamba ini sebagai pusakanya. Sebelum meninggal dunia ,lelaki ini memerdekakan kesemua orang hambanya. Namun Nabi s.a.w membahagikan mereka ini kepada tiga kumpulan. : “Baginda memerdekakan dua dan mengekalkan empat lagi sebagai hamba.” . Jika wasiat ini 8 9

Dr. Wahbah al-Zuhaily, Tafsir Al-Munir Juz 2, hlm. 157 Ibid, hlm. 158

wajib kepada kaum kerabat dan tidak sah kepada bukan kaum kerabat, kenapa Nabi SAW membenarkan pembebasan dua hamba tadi sedangkan keduanya bukan kaum kerabat.10

2.6

PENEGASAN ALLAH S.W.T TENTANG PENYERAHAN PUSAKA KEPADA

YANG BERHAK Al-Razi menyebut dalam al-Tafsir al-Kabir, bahawa abu Muslim al-Asfahani menyebut bahawa ayat ini adalah ayat muhkamah dan bukan dimansukhkan. Sebaliknya ayat ini adalah pentafsir kepada ayat pusaka. Jadi maksud ayat ini ialah kamu diwajibkan melaksanakan perintah Allah yang mahukan kamu menyerahkan pusaka kepada ibu bapa dan kaum kerabat.11 Firman Allah dalam surah al-Nissa : 11

s−öθsù [!$|¡ÎΣ £ä. βÎ*sù 4 È÷u‹sVΡW{$# Åeáym ã≅÷VÏΒ Ìx.©%#Ï9 ( öΝà2ω≈s9÷ρr& þ’Îû ª!$# ÞΟä3ŠÏ¹θム7‰Ïn≡uρ Èe≅ä3Ï9 ϵ÷ƒuθt/L{uρ 4 ß#óÁÏiΖ9$# $yγn=sù Zοy‰Ïm≡uρ ôMtΡ%x. βÎ)uρ ( x8ts? $tΒ $sVè=èO £ßγn=sù È÷tGt⊥øO$# çν#uθt/r& ÿ…çµrOÍ‘uρuρ Ó$s!uρ …ã&©! ä3tƒ óΟ©9 βÎ*sù 4 Ó$s!uρ …çµs9 tβ%x. βÎ) x8ts? $£ϑÏΒ â¨ß‰¡9$# $yϑåκ÷]ÏiΒ ÷ρr& !$pκÍ5 Å»θム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏΒ 4 â¨ß‰¡9$# ϵÏiΒT|sù ×οuθ÷zÎ) ÿ…ã&s! tβ%x. βÎ*sù 4 ß]è=›W9$# ϵÏiΒT|sù ¨βÎ) 3 «!$# š∅ÏiΒ ZπŸÒƒÌsù 4 $Yèø!tΡ ö/ä3s9 Ü>tø%r& öΝß㕃r& tβρâ‘ô‰s? Ÿω öΝä.äτ!$oΨö/r&uρ öΝä.äτ!$t/#u 3 AøyŠ ∩⊇⊇∪ $VϑŠÅ3ym $¸ϑŠÎ=tã tβ%x. ©!$# 11. Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan[272]; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua[273], Maka 10 11

Ibid, hlm 158 Ibid, hlm. 159

bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. [272] bahagian laki-laki dua kali bagian perempuan adalah Karena kewajiban lakilaki lebih berat dari perempuan, seperti kewajiban membayar maskawin dan memberi nafkah. (lihat surat An Nisaa ayat 34). [273] lebih dari dua maksudnya : dua atau lebih sesuai dengan yang diamalkan nabi. Dari ayat diatas ,tidak timbul percanggahan antara wasiat kepada kaum kerabat dan pusaka. Wasiat kita katakan hadiah daripada orang yang hampir tiba ajalnya, manakala pusaka umpama hadiah yang dikurniakan dengan rahmat Allah. Dengan ini pewaris memperolehi wasiat dan pusaka jika dilihat dengan ayat ini.

BAB 3

3.1 PENJELASAN DARI SUMBER HADITH BERKENAAN WASIAT Hadith :

‚IMD ZƒNYAO jY5n‫ و‬l‫^ إ‬5Y95: „5ƒ j5G FnNJ ‫ أن‬IJ4J ‫ء‬F‡ j: @9ˆO ‫ئ‬4O‫{ ا‬z BO "Seorang muslim tidak boleh mewasiatkan sesuatu yang ia miliki kurang dari dua malam ( hari ), kecuali jika wasiat itu sudah ditulisnya.”

Saad bin Abu Waqqash berkata kepada Rasulullah s.a.w : “ Aku mempunyai harta dan hanya anak perempuan satu-satunya yang mewarisi. Bolehkah aku bersedekah dengan dua sepertiga hartaku? Rasulullah s.a.w menjawab : Tidak boleh, Aku bertanya : “apakah aku boleh menyedekahkan setengahnya? Baginda menjawab: “Tidak boleh.” Aku bertanya lagi: “ Apakah aku boleh menyedekahkannya sepertiga? Nabi SAW menjawab. Ya, boleh sepertiganya, dan itu sudah banyak. Sesungguhnya meninggalkan ahli waris dalam keadaan kaya lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada orang.”12

BAB 4 4.1 AYAT – AYAT YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM WASIAT

( $yϑßγ÷èÏÜè? Ÿξsù ÖΝù=Ïæ ϵÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ’Î1 š‚͍ô±è@ βr& #’n?tã š‚#y‰yγ≈y_ ÎβÎ)uρ öΝä3ãèÅ_ötΒ ¥’n<Î) ¢ΟèO 4 ¥’n<Î) z>$tΡr& ôtΒ Ÿ≅‹Î6y™ ôìÎ7¨?$#uρ ( $]ùρã÷ètΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $yϑßγö6Ïm$|¹uρ (al-Lokman : 15 ) ∩⊇∈∪

tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΖä. $yϑÎ/ Νà6ã∞Îm;tΡé'sù

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan. Surah an-Nissa : 11

s−öθsù [!$|¡ÎΣ £ä. βÎ*sù 4 È÷u‹sVΡW{$# Åeáym ã≅÷VÏΒ Ìx.©%#Ï9 ( öΝà2ω≈s9÷ρr& þ’Îû ª!$# Οä3ŠÏ¹θム7‰Ïn≡uρ Èe≅ä3Ï9 ϵ÷ƒuθt/L{uρ 4 ß#óÁÏiΖ9$# $yγn=sù Zοy‰Ïm≡uρ ôMtΡ%x. βÎ)uρ ( x8ts? $tΒ $sVè=èO £ßγn=sù È÷tGt⊥øO$# çν#uθt/r& ÿ…çµrOÍ‘uρuρ Ó$s!uρ …ã&©! ä3tƒ óΟ©9 βÎ*sù 4 Ó$s!uρ …çµs9 tβ%x. βÎ) x8ts? $£ϑÏΒ â¨ß‰¡9$# $yϑåκ÷]ÏiΒ 12

Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni, Bulughul Maram : Menuju Meraih Kebesaran Pahala Ilahi. Hlm. 150

÷ρr& !$pκÍ5 Å»θム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏΒ 4 â¨ß‰¡9$# ϵÏiΒT|sù ×οuθ÷zÎ) ÿ…ã&s! tβ%x. βÎ*sù 4 ß]è=›W9$# ϵÏiΒT|sù ¨βÎ) 3 «!$# š∅ÏiΒ ZπŸÒƒÌsù 4 $Yèø!tΡ ö/ä3s9 Ü>tø%r& öΝß㕃r& tβρâ‘ô‰s? Ÿω öΝä.äτ!$oΨö/r&uρ öΝä.äτ!$t/#u 3 AøyŠ ∩⊇⊇∪ $VϑŠÅ3ym $¸ϑŠÎ=tã tβ%x. ©!$# 11. (keadaan mereka) adalah sebagai keadaan kaum Fir'aun dan orang-orang yang sebelumnya; mereka mendustakan ayat-ayat Kami; Karena itu Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. dan Allah sangat keras siksa-Nya. Surah an-Nissa : 12

€∅ßγs9 tβ$Ÿ2 βÎ*sù 4 Ó$s!uρ £ßγ©9 ä3tƒ óΟ©9 βÎ) öΝà6ã_≡uρø—r& x8ts? $tΒ ß#óÁÏΡ öΝà6s9uρ * 4 &øyŠ ÷ρr& !$yγÎ/ šϹθム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏΒ 4 zò2ts? $£ϑÏΒ ßìç/”9$# ãΝà6n=sù Ó$s!uρ £ßγn=sù Ó$s!uρ öΝà6s9 tβ$Ÿ2 βÎ*sù 4 Ó‰s9uρ öΝä3©9 à6tƒ öΝ©9 βÎ) óΟçFø.ts? $£ϑÏΒ ßìç/”9$# €∅ßγs9uρ ×≅ã_u‘ šχ%x. βÎ)uρ 3 &øyŠ ÷ρr& !$yγÎ/ šχθß¹θè? 7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏiΒ 4 Λäò2ts? $£ϑÏΒ ßßϑ›V9$# βÎ*sù 4 â¨ß‰¡9$# $yϑßγ÷ΨÏiΒ 7‰Ïn≡uρ Èe≅ä3Î=sù ×M÷zé& ÷ρr& îˆr& ÿ…ã&s!uρ ×οr&tøΒ$# Íρr& »'s#≈n=Ÿ2 ß^u‘θム÷ρr& !$pκÍ5 4|»θム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏΒ 4 Ï]è=›W9$# ’Îû â!%Ÿ2uŽà° ôΜßγsù y7Ï9≡sŒ ÏΒ uŽsYò2r& (#þθçΡ%Ÿ2 ∩⊇⊄∪ ÒΟŠÎ=ym íΟŠÎ=tæ ª!$#uρ 3 «!$# zÏiΒ Zπ§‹Ï¹uρ 4 9h‘!$ŸÒãΒ uŽöxî AøyŠ 12. Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteriisterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak, Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun

perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris)[274]. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun. [274]

memberi mudharat kepada waris itu ialah tindakan-tindakan seperti: a.

mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka. b. berwasiat dengan maksud mengurangi harta warisan. sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi hak waris, juga tidak diperbolehkan. Surah an-Nisa : 7

Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ Ï!$|¡ÏiΨ=Ï9uρ tβθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ ÉΑ%y`Ìh=Ïj9 ∩∠∪ $ZÊρãø!¨Β $Y7ŠÅÁtΡ 4 uŽèYx. ÷ρr& çµ÷ΖÏΒ ¨≅s% $£ϑÏΒ šχθç/tø%F{$#uρ 7.

Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan

kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibubapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang Telah ditetapkan.

tÏ%©!$#uρ «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû öΝÍκŦà!Ρr&uρ óΟÎγÏ9≡uθøΒr'Î/ (#ρ߉yγ≈y_uρ (#ρãy_$yδuρ (#θãΖtΒ#u zƒÏ%©!$# ¨βÎ) /ä3s9 $tΒ (#ρãÅ_$pκç‰ öΝs9uρ (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$#uρ 4 <Ù÷èt/ â!$u‹Ï9÷ρr& öΝåκÝÕ÷èt/ y7Í×‾≈s9'ρé& (#ÿρçŽ|ÇtΡ¨ρ (#ρuρ#u çŽóǨΖ9$# ãΝà6ø‹n=yèsù ÈÏd‰9$# ’Îû öΝä.ρçŽ|ÇΖoKó™$# ÈβÎ)uρ 4 (#ρãÅ_$pκç‰ 4®Lym >óx« ÏiΒ ΝÍκÉJu‹≈s9uρ ÏiΒ ∩∠⊄∪ ׎ÅÁt/ tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ª!$#uρ 3 ×,≈sVŠÏiΒ ΝæηuΖ÷t/uρ öΝä3oΨ÷t/ ¤Θöθs% 4’n?tã āωÎ)

72. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi[624]. dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, Maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, Maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang Telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. [624]

yang dimaksud lindung melindungi ialah: di antara muhajirin dan anshar

terjalin persaudaraan yang amat teguh, untuk membentuk masyarakat yang baik. demikian keteguhan dan keakraban persaudaraan mereka itu, sehingga pada pemulaan Islam mereka waris-mewarisi seakan-akan mereka bersaudara kandung. Surah an-Nissa : 176

×M÷zé& ÿ…ã&s!uρ Ó$s!uρ …çµs9 }§øŠs9 y7n=yδ (#îτâ÷ö∆$# ÈβÎ) 4 Ï's#≈n=s3ø9$# ’Îû öΝà6‹ÏFø!ムª!$# È≅è% y7tΡθçFø!tGó¡o„ $yϑßγn=sù È÷tFuΖøO$# $tFtΡ%x. βÎ*sù 4 Ó$s!uρ $oλ°; ä3tƒ öΝ©9 βÎ) !$yγèO̍tƒ uθèδuρ 4 x8ts? $tΒ ß#óÁÏΡ $yγn=sù ßÎit6ム3 È÷u‹s[ΡW{$# Åeáym ã≅÷WÏΒ Ìx.©%#Î=sù [!$|¡ÎΣuρ Zω%y`Íh‘ Zοuθ÷zÎ) (#þθçΡ%x. βÎ)uρ 4 x8ts? $®ÿÊΕ Èβ$sVè=›V9$# ∩⊇∠∉∪ 7ΟŠÎ=tæ >óx« Èe≅ä3Î/ ª!$#uρ 3 (#θP=ÅÒs? βr& öΝà6s9 ª!$#

176. Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah)[387]. Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, Maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, Maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) Saudara-saudara laki dan perempuan, Maka

bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu. [387] kalalah ialah: seseorang mati yang tidak meninggalkan ayah dan anak. Surah an-Nissa : 176

ôNy‰s)tã tÏ%©!$#uρ 4 šχθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏΒ u’Í<≡uθtΒ $oΨù=yèy_ 9e≅à6Ï9uρ ∩⊂⊂∪ #´‰‹Îγx© &óx« Èe≅à2 4’n?tã tβ%Ÿ2 ©!$# ¨βÎ) 4 öΝåκz:ÅÁtΡ öΝèδθè?$t↔sù öΝà6ãΖ≈yϑ÷ƒr& 33. Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib kerabat, kami jadikan pewaris-pewarisnya[288]. dan (jika ada) orang-orang yang kamu Telah bersumpah setia dengan mereka, Maka berilah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu. [288] lihat orang-orang yang termasuk ahli waris dalam surat An Nisaa' ayat 11 dan 12.13 Jelaslah bahawa sememangnya terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang menyebut perihal hukum berkenaan wasiat. Sepertimana yang dapat kita lihat, ada beberapa keadaan yang digambarkan di dalam al-Quran. Contohnya perlunya menulis wasiat ketika masih dalam keadaan sihat dan berbagai lagi keadaan yang yang dibawa, dan ianya membawa kepada pengertian hukum yang berbeza mengikut situasi. Di dalam kertas kerja ini juga telah dibawakan beberapa pecahan yang lahir dari pemikiran ulama dari perlbagai mazhab, contohnya mazhab Imam Abu Hanifah, asSyaf’ei dan Ahmad bersependapat pewaris boleh menarik semula persetujuan mereka jika mereka mahu. Terdapat juga pendapat dari kalangan sahabat r.a seperti Ibnu Abbas dan sebagainya, dan yang pasti ianya menambahkan lagi kekayaan pecahan dan percambahan ilmu di dalam Islam itu sendiri. 13

Al-Quran Al-Karim

PENUTUP Jelaslah bahawa hukum mengenai wasiat ini terdapat di sana pendapat – pendapat ulama, ini kerana perbezaan manhaj yang diguna pakai oleh ulama – ulama tersebut di dalam memberikan penjelasan hukum dari ayat al-Quran, dan apa yang dapat ringkaskan disini sebagai penutup perbincangan. Hukum asal yang dapat kita ambil dari dalil Al-Quran menggambarkan kepada kita bahawa ianya adalah wajib, selepas turunnya ayat yang memberi penjelasan berkenaan hukum wasiat ini seperti yang kita dapat lihat di dalam surah Annisa’ di dalam ayat yang ke 7, 11 dan juga 12. Jelaslah bahawa hukum wasiat tidak lagi wajib, bahkan ianya hanya sunat dan disebut di sana perlunya kita mematuhi beberapa syarat bagi melaksanakan saranan wasiat ini.

RUJUKAN

‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Dr.) 2007. Bulughul Maram : Menuju Meraih Kebesaran Pahala Ilahi, cet. 3. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication Asmaji Aes Muhtar (Drs.) 2004. Al-Muhtamir, Tafsir Al-Quran Juz 1 – 30, cet. 1. Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa Syeikh Abdullah bin Muhammad Biismail, 1988. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Kepada Pengertian al-Quran, Putrajaya : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri Wahbah Al-Zuhaily (Dr.) 2007. Tafsir Al-Munir Juz 2, Kuala Lumpur : Penerbitan Intel Multi Media And Publication Dan Persatuan Ulama Malaysia

Related Documents

Hukum Wasiat
October 2019 28
Wasiat
June 2020 19
Wasiat
May 2020 17
10 Wasiat
May 2020 22
Wasiat Nabi.docx
May 2020 17