Hsm 111 Buruh India

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hsm 111 Buruh India as PDF for free.

More details

  • Words: 2,523
  • Pages: 13
PENDAHULUAN Migrasi dari India kebanyakannya adalah berasal dari India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. Disebabkan masalah kemiskinan dan kebuluran ramai orang India berhijrah ke negara lain termasuk ke Tanah Melayu terutamanya dengan perkembangan pesat dalam perusahan getah. Contohnya seramai 55,132 orang buruh India ditempatkan di ladang-ladang getah seluruh negeri pada tahun 1909.1 Sementara selebihnya bekerja di sektor pembinaan landasan keretapi dan buruh am. Kebanyakan buruh India ini ditempatkan di kawasan-kawasan pantai barat yang maju dari segi peladangan getah dan pengangkutan jalan keretapi. Kemasukan mereka yang ramai ini membawa kesan-kesan sosial dan seterusnya mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1930-an. Ini menimbulkan pemogokan buruh India terutamanya di daerah Kelang. Kajian ini akan membincangkan apakah tuntutantuntutan kaum buruh India pada tahun 1941 dan seterusnya kesimpulan yang boleh didapati dari mogok-mogok buruh India ini. LATAR BELAKANG DAERAH KELANG Klang, Bandar Diraja Selangor terletak lebih kurang 40 km ke barat daya kota Kuala Lumpur. Banyak pendapat tokoh sejarawan mengenai nama asal Klang seperti penadapat Tome Pire, John Anderson dan T.J. Newbold bahawa perkataan Klang berasal daripada perkataan Melayu purba “Calang” yang bermaksud bijih timah. Namun pendapat yang tepat ialah pendapat C.O. Blagden bahawa perkataan

1

Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909 (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967), ms. 100)

1

Klang berasal daripada bahasa Mon-Khymer iaitu Klong, Glong dan Ghlang yang bermaksud gudang, pasar dan tempat simpanan makanan.2 Hasil utama Klang adalah bijih timah pada awal abad ke-16 hingga abad ke-18. Hasil lain adalah tanaman kopi. Menurut John Smith, kejayaan tanaman kopi di Klang adalah kerana kesuburan tanahnya tanpa memerlukan baja3. Seterusnya digantikan dengan tanaman getah pada awal abad ke-20. Misalnya tahun 1904, hampir semua tanah di Klang hingga Batu Tiga telah ditanam dengan getah.4 Sementara di luar bandar Klang ditanam sagu, gambir dan lada. TUNTUTAN KAUM BURUH INDIA Setelah lama bekerja sebagai buruh di ladang dan estet-estet, kaum buruh India mulai merasai ketidakpuasan hati mereka dengan suasana tempat kerja mereka yang akhirnya kaum buruh India membuat beberapa tuntutan untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Tuntutan yang pertama dipejuangkan oleh kaum buruh India ialah untuk mendapatkan kenaikan gaji yang turut diperjuangkan oleh Persatuan India Daerah Kelang (PDIK) yang dipimpin oleh R.N. Nathan dan Y.K. Menon. Ini berdasarkan buruh India dibayar gaji dan upah mengikut bilangan hari mereka bekerja dalam satu bulan. Buruh India dibayar sebanyak 35 sen sehari jika bekerja selama 20 hari; 40 sen sehari jika 24 hari bekerja dan 45 sen sehari jika bekerja selama 28 hari. Jika 10 hari hujan, buruh India hanya mendapat 35 sen sehari jika menoreh 20 hari.5 2

Mohd Sarim Hj. Mustajab, Khazin Mohd Tamrin, Klang 1890-1990 Sejarah dan Pentadbiran (Bangi: Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang, 1990), ms. 11. 3 Ibid, ms. 65 4 Ibid, ms. 78 5 Chua Lay Ching, Eksploitasi Buruh Estet Cina dan India antara 1920-an dan 1930(USM: 1992)ms.6.

2

Ini berbanding dengan buruh Cina yang dibayar gaji 75 sen sehari kerana majikan berpendapat buruh Cina lebih sihat, rajin dan cekap berbanding dengan buruh India.6 Dengan gaji yang tidak setimpal dengan tenaga buruh India, maka mereka tidak dapat menampung perbelanjaan bagi barang keperluan asas dan seterusnya menyebabkan mereka sering dijangkiti penyakit seperti malaria. Disebabkan berlakunya diskriminasi mengenai bayaran gaji antara buruh Cina dengan buruh India walaupun di bawah majikan yang sama, desakan tuntutan timbul dari buruh India supaya gaji antara mereka diselaras sama dan seragam. Buruh Cina boleh mendapat gaji sehingga $2.10 sen sehari sedangkan buruh India hanya mendapat maksima 70 sen sehari. Alasan berlakunya diskriminasi ini ialah majikan terpaksa menyediakan tempat perumahan, bekalan air dan sebagainya berdasarkan `Check roll’ berbanding buruh Cina secara `kontraktor’ Ketidakpuasan hati buruh India dilihat melalui aduan kepada Jabatan Buruh di Negeri Selangor, sebanyak 326 aduan buruh didaftarkan; aduan tidak dibayar gaji atau lambat dibayar gaji. 7 Tuntutan ketiga kaum buruh India adalah menuntut diperbaiki taraf sosial mereka di estet-estet yang didiami oleh mereka. Persatuan India Daerah Kelang (PDIK) berjuang untuk menamatkan `Ikatan-ikatan Paternalistik’ yang menghalang usaha untuk meninggikan taraf sosial dan ekonomi pekerja estet India. (Stenson M.R. Industrial Conflict in Malaya, ms. 29) Kaum buruh India khususnya di ladangladang getah meminta supaya sekolah-sekolah yang lebih baik disediakan dan 6 7

Ibid, ms. 10 Ibid, ms. 11

3

kemudahan perubatan yang bermutu baik. Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan buruh India adalah terdiri daripada mereka yang berkasta rendah. Contohnya Rabindra Daniel menyatakan, “Golongan kasta terendah sering dizalimi, dianiaya dan disekat peluang mereka untuk hidup dalam keadaan yang lebih baik. Anak-anak mereka tidak mendapat peluang untuk belajar. Lebih baik mereka berhijrah ke tempat lain yang tidak mengamalkan sistem itu.’8 Namun penghijrahan mereka ke Tanah Melayu tidak seperti mana yang mereka harapkan. Buruh India masih lagi ditindas. Kebajikan hidup mereka di estet tidak diendahkan oleh para kangani. Gaji buruh India yang diserahkan oleh majikan kepada para kangani untuk diagihkan kepada mereka dibuat pelbagai pemotongan untuk mengaut keuntungan. Sistem Kangani ini berterusan sehingga sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tuntutan keempat ialah supaya masa bekerja 10 – 12 jam sehari dipendekkan. Ini disebabkan buruh India terpaksa bekerja bermula 4 pagi dan berakhir 4 – 5 petang sedangkan ini adalah bertentangan dengan Kod Buruh Tahun 1923 iaitu semua buruh dikehendaki bekerja tidak lebih daripada 9 jam sehari.9 Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk berehat dan akibatnya mereka mudah mendapat penyakit. Dengan jumlah pokok berjumlah antara 400 – 500 batang pokok getah yang harus ditoreh, menimbulkan rasa tidak puashati dengan ketamakan para majikan. Kaum buruh pula terpaksa mengangkut susu-susu getah ke tempat pengumpulan yang jauh dan ini amat meletihkan mereka.

8

J. Rabindra Daniel, Indians Christians in Peninsular (Indians Christians in Peninsular Malaysia (Tamil Annual Conference 1992), ms. 41. 9 Chua Lay Ching, Eksploitasi Buruh Estet Cina dan India antara 1920-an dan 1930, ms.6.

4

Tuntutan kelima kaum buruh India adalah menggantikan para kerani estet yang kejam dengan orang-orang yang boleh berbahasa Tamil. Ini adalah kerana berbangkit dengan pertelingkahan di antara buruh-buruh Tamil dengan kerani-kerani Malayalee yang pro-majikan. Buruh India tidak mempunyai hak untuk bersuara. Cara kehidupan mereka dikendalikan oleh golongan kerani daripada kaum Malayalee dan Tamil yang berpelajaran Inggeris. Oleh sebab mereka berhubung rapat dengan kerajaan British maka mereka menganggap diri mereka adalah kelas atasan dalam masyarakat India. Dari keadaan inilah munculnya pemimpin-pemimpin sosial yang menganggap mereka adalah jurucakap kaum India sedangkan kaum buruh India yang lebih besar jumlahnya diketepikan. Akhirnya tuntutan-tuntutan sosio-ekonomi ini telah digunakan oleh Persatuan India Daerah Kelang (PDIK) yang dipimpin oleh R.N. Nathan dan Y.K. Menon sebagai perkara utama dalam memperjuangkan nasib kaum India di Tanah Melayu. Dari agenda ini muncullah pula tuntutan-tuntutan lain dalam menjaga kepentingan kaum Indian seperti menuntut diadakan wakil mereka dalam Majlis Mesyuarat Negeri yang melambangkan niat mereka untuk bergiat dalam politik Tanah Melayu, kebebasan untuk menaiki basikal di hadapan pengurus-pengurus Eropah, kebebasan bercakap dan perhimpunan, kebenaran kepada saudara mara dan sahabat handai untuk masuk ke dalam estet dan kebenaran untuk buruh menubuhkan persatuan yang menjaga kepentingan mereka. KESIMPULAN MOGOK INDIA

5

Kesimpulannya daripada masalah-masalah sosio-ekonomi ini yang tidak ditangani dengan baik oleh pihak kerajaan dan majikan telah mengakibatkan berlakunya mogok besar di Klang yang didalangi oleh Persatuan India Daerah Klang dan Central India Association of Malaya (CIAM). Permogokan ini telah membimbangkan kerajaan British dan ditambah dengan suasana perang di Eropah menyebabkan kerajaan British tidak mahu mengalami kerugian. Bahan-bahan mentah amat diperlukan untuk mendapatkan wang bagi menampung usaha-usaha perang. Lord Lloyd iaitu Setiausaha Negeri Bagi Jajahan dalam surat pekelilingnya menyatakan; “Tanah-tanah jajahan yang menghasilkan bahan-bahan yang penting kepada usaha perang, termasuk bahan-bahan yang dijual untuk mendapatkan wang, hendaklah mempunyai tujuan untuk mengekalkan dan membanyakkan lagi hasil pengeluaran mengikut kadar yang mungkin ditentukan dari masa ke semasa mengikut keperluan pihak bersekutu.”10 Permogokan yang berlaku telah menyedarkan pihak kerajaan dan para majikan bahawa persoalan sosio-ekonomi di kalangan kaum buruh India di Klang merupakan sebahagian daripada perjuangan politik yang menarik minat kaum India di Tanah Melayu. Walaupun telah ada Undang-undang Buruh 1912 dan kemudiannya Akta Kesatuan Sekerja 1940 yang diluluskan namun undang-undang ini gagal untuk membendung permogokan ini daripada merebak luas. Para majikan sendiri tidak mematuhi Undang-undang Buruh apabila tidak menyediakan kemudahan asas yang sempurna untuk pekerja mereka seperti sekolah, bekalan air dan perubatan. Sering 10

Lord Lloyd, Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan, Circular Telegram N. 82, bertarikh 5 Jun 1940

6

berlaku perselisihan faham antara kerajaan dan para majikan mengenai tanggungjawab mereka. Mereka hanya memikirkan keuntungan sahaja dan mengabaikan kebajikan kaum buruh. Sementara dari pihak kerajaan sendiri pula mengambil sikap berlengah-lengah untuk melaksanakan undang-undang yang mereka luluskan itu. Permogokan di Klang juga telah merenggangkan hubungan antara kerajaan India dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Kerajaan India tidak dapat menerima kematian lima orang buruh India dan ramai yang cedera parah akibat tindakan pasukan keselamatan untuk menghapuskan permogokan itu.11 Ura-ura untuk menghantar balik buruh-buruh India yang bersalah ke India dipandang berat oleh Kerajaan India. Pendapat-pendapat yang menyatakan bahawa CIAM yang menghasut kaum buruh melakukan permogokan dan rusuhan ditolak oleh Kerajaan India. Bagi Kerajaan India, CIAM yang ditubuhkan pada tahun 1936 adalah sebuah persatuan yang memperjuangkan nasib kaum buruh India di Tanah Melayu demi meninggikan status politik kaum India dari segi perlembagaan. Netto menulis, “In common, this association became the champion of better labour conditions, education and political privileges for Malayan Indians.”12 Kerajaan India yang mendesak supaya satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat permogokan yang berlaku tidak disenangi oleh kerajaan di Tanah Melayu. Jika ini diterima seolah-olah menurunkan maruah kerajaan di Tanah Melayu dan memberi kemenangan kepada ahli-ahli politik India. 11 12

Mohd Sarim Hj. Mustajab ,Khazin Mohd Tamrin, Klang 1890-1990, ms. 161. Ibid.

7

Walaupun pihak majikan melalui wakil mereka United Planting Association of Malaya (UPAM) dan wakil pihak kerajaan iaitu Pesuruhjaya Buruh bersetuju untuk menetapkan upah `standard wage’ iaitu satu kadar minima upahan namun pelaksanaannya

banyak kelemahan. Antaranya UPAM tidak berkuasa memaksa

majikan membayar secara `standard wage’ dan majikan sendiri dikawal oleh dasar syarikat terutamanya para pengarah Rubber growers’ Association di London. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kaum buruh dan berlakunya permogokkan. Apabila berlaku mogok, para majikan merasakan itu bukanlah tanggungjawab mereka untuk menyelesaikannya tetapi adalah tanggungjawab kerajaan yang mempunyai kelengkapan seperti tentera untuk membasmi mogok-mogok itu. Apa yang para majikan buat ialah meminta kaum buruh itu kembali bekerja. Sementara bagi pihak kerajaan pula merasakan bahawa mereka tidak sepatutnya campurtangan di dalam soal kenaikan gaji buruh kaum India. Kerajaan memegang polisi bahawa, “Samada atas nama sendiri atau atas nama Jabatan Buruh, tidak akan menetapkan gaji yang hendak dibayar dalam mana-mana perusahaan. Ianya adalah soal yang sepatutnya diselesaikan oleh majikan dan para pekerja.”13 Ini menimbulkan keadaan `tolak menolak’ antara UPAM, Kerajaan dan Jabatan Buruh mengenai soal gaji kaum buruh India. Masing-masing melepaskan tangan dan tidak mahu menanggung segala kesan yang akan berlaku seterusnya.

13

Memoranda Pesuruhjaya Tinggi, Negeri Melayu Bersekutu kepada UPAM bertarikh 1.5.1941 dalam co/717/145/51574/Bhg. I.

8

Kemunculan CIAM dan Klang District Indian Union selain PIDK telah menyedarkan kaum buruh India mengenai hak-hak mereka dan seterusnya kepentingan politik kaum India di Tanah Melayu. Kemunculan pemimpin-pemimpin seperti R.H. Nathan dan Y.K. Menom memberi keyakinan kepada kaum buruh India bahawa mereka masih ada tempat untuk mengadu kesulitan yang mereka alami. Kekuatan pengaruh R.H. Nathan yang mengarah buruh kaum India untuk mogok apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi menyebabkan UPAM terdesak dan meminta kerajaan supaya menangkap pemimpin-pemimpin ini. Seterusnya Presiden CIAM, N. Raghavan yang ditemani oleh R.H. Nathan dan Y.K. Menom akhirnya berjaya dalam tuntutan kepada UPAM apabila UPAM bersetuju menaikkan gaji buruh kepada 60 sen sehari bagi buruh India dan 50 sen sehari untuk buruh wanita.14 Walaupun pemimpin-pemimpin CIAM ini akhirnya ditangkap kerana dituduh sebagai subversif kerana bersubahat dengan Kongres India dan Jepun namun mereka telah meninggalkan asas penting kepada perjuangan kaum India di dalam politik Tanah Melayu dan seterusnya Persekutuan Tanah Melayu dengan kemunculan Parti Malayan Indian Congress (MCA).15 Buat pertama kalinya kerajaan kolonial Tanah Melayu yang menghadapi tekanan dari Pejabat Tanah Jajahan, serta mogok-mogok yang serius berlaku, mengakui bahawa masalah perburuhan harus diselesaikan melalui organisasi kesatuan-kesatuan sekerja yang sah. Sebenarnya, perubahan sikap terhadap kegiatan

14

Mohd Sarim Hj. Mustajab ,Khazin Mohd Tamrin, Klang 1890-1990, ms. 164. Hanapi Daud, “Politik dan Budaya India Muslim Di Pulau Pinang”, Malaysia Hari Ini (1985), ms. 130. 15

9

buruh bukan muncul akibat kesedaran tentang kedudukan dan hak-hak buruh upah. Sebaliknya, pihak kerajaan tetap bersependapat dengan pihak majikan bahawa kadar bayaran upah dan syarat-syarat pekerjaan masih sempurna dan mogok-mogok yang tercetus adalah disebabkan oleh perbuatan penghasut politik yang berjaya memperalatkan kaum buruh untuk kepentingan politik mereka. Oleh yang demikian undang-undang kesatuan sekerja yang diperkenalkan oleh Pejabat Tanah Jajahan, haruslah bertujuan mengawal penghasut politik iaitu Akta Kesatuan Sekerja yang dapat mengawal tindak tanduk para pemimpin buruh.16 PENUTUP Amat jelaslah bahawa permogokkan yang berlaku adalah didorong oleh rasa tidak puashati kaum buruh India mengenai kebajikan sosio-ekonomi mereka dan hak-hak mereka sebagai buruh yang sepatutnya dilindungi. Gaji yang rendah, kemudahan sosial yang kurang dan pekerjaan yang amat berat sukar diterima oleh mereka. Tekanan-tekanan yang dihadapi daripara majikan seperti UPAM yang hanya tahu memeras keringat mereka dan sikap lepas tangan pihak kerajaan menyebabkan kaum buruh India memerlukan pembela di kalangan mereka seperti mana yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin CIAM iaitu R.H. Nathan. Apabila pemimpinpemimpin ini ditangkap menyebabkan kaum buruh India merasakan diri mereka hilang tempat bergantung yang akhirnya mencetuskan mogok, tunjuk perasaan dan seterusnya rusuhan. Walaupun akhirnya permogokan ini ditumpaskan oleh pasukan keselamatan, namun ianya menjadi tapak bagi kaum India untuk mengubah taktik 16

Cheah Boon Kheng,Abu Talib Kolonialisme Di Malaysia(Petaling Jaya:Fajar Bakti, 1990), ms. 266.

10

politik mereka daripada bercorak radikal dan militan kepada bercorak lebih sederhana. Inilah yang diseru oleh N.Raghavan kepada buruh India supaya berhenti mogok dan menyelesaikan masalah secara rundingan. “Whatever the grievances our workers have, whatever their sufferings, whatever their feelings may be at the moment, we are of the view that they should now resume normal work in the confident hope that there would be redress by other means.”17 Demikianlah tuntutan-tuntutan kaum buruh India dan kesimpulan yang boleh didapati daripada mogok yang berlaku di daerah Klang pada tahun 1941. Sesungguhnya mogok-mogok yang berlaku telah menyedarkan pihak kerajaan dan para majikan untuk bersama-sama menjaga kebajikan para buruh bukan sahaja terhadap buruh kaum India tetapi juga semua kaum yang menjadi buruh di Tanah Melayu ini.

BIBILIOGRAFI Andaya Watson, Barbara dan Leonard. Sejarah Malaysia. London: Macmillan, 1983. 17

Mohd Sarim Hj. Mustajab ,Khazin Mohd Tamrin, Klang 1890-1990, ms. 168.

11

Chai Hon Chan. The Development of British Malaya 1896-1990. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967. Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. Kolonialisme Di Malaysia Dan Di Negara-Negara Lain. Petaling jaya: Fajar Bakti, 1990. Chua Lay Ching. Eksploitasi Buruh Estet Cina Dan India Antara Tahun 1920-an dan 1930-an Di Semenanjung Tanah Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1992. Hanapi Dollah. “Politik dan Budaya India Muslim di Pulau Pinang: Satu Persoalan Teoritis Ethnisiti”, Malaysia Masa Kini, (1985), ms. 123-135. Mohd Sarim Hj Mustajab dan Khazin Mohd Tamrin. Klang 1890-1990 Sejarah dan Pentadbiran. Bangi: Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang, 1990. Nik Hasnaa Nik Mahmood. Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, 1997. Syed Noor Syed Abdullah. “Kaum Buruh Lombong Cina di Perak Pada Zaman Kemelesetan Ekonomi Malaya, 1929-1933”, Kajian Malaysia Journal of Malaysian Studies, Jilid 1, No.2 (Disember 1983), ms. 143-171.

12

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

1

LATAR BELAKANG DAERAH KLANG

1

TUNTUTAN KAUM BURUH INDIA

2

KESIMPULAN MOGOK INDIA

6

PENUTUP

10

BIBILIOGRAFI

12

13

Related Documents

Hsm 111 Buruh India
May 2020 9
Upah Buruh
June 2020 5
Hsm - W
December 2019 7
111
May 2020 50
111
June 2020 45
111
October 2019 56