Hernia.docx

  • Uploaded by: Arif Muhd
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hernia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,672
  • Pages: 12
DIPLOMA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN TAHUN I SEMESTER III

DEWAN BEDAH HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

CASE STUDY

TAJUK: HERNIA

NAMA : MOHAMMAD SYAFIQ BIN ISAHAK NO K/P : 960523-02-5097 NO MATRIK : BPP2015-4047

1

BIODATA PESAKIT

Nama : Lim Pak Sean

No Daftar : AS 00089096

Umur : 67 Tahun

Jantina : Lelaki

Bangsa : Cina

Agama : Budha

Pekerjaan : Pesara Polis

Diagnosis : Paraumbilical Hernia

2

PENGENALAN Pernahkah anda mengenali tentang penyakit hernia? Penyakit hernia lebih banyak dijumpai menyerang pada lelaki. Bukan hanya pada lelaki dewasa, hernia juga berkemungkinan menyerang pada kanak-kanak kecil, bahkan bayi. Hernia sendiri adalah keadaan apabila organ pada tubuh berada di luar dari kedudukan yang semestinya. Hal tersebut disebabkan otot-otot yang lemah sehingga tidak kuat menahan organ tersebut. Sebagai akibatnya, organ dalam tubuh akan keluar melalui celah-celah otot yang lemah hingga terus menjalar ke bahagian dalam kulit dan membentuk unjuran jika dilihat dari permukaan luar kulit. Wanita juga mempunyai kemungkinan mengalami penyakit hernia, sama seperti lelaki, anak-anak, dan kanak-kanak kecil. Bagi lelaki, ada beberapa kemungkinan yang menjadi faktor penyebab penyakit hernia ini, iaitu kerana keletihan, cara sukan yang salah, dan sering melakukan aktiviti berat. Mungkin juga disebabkan kerana turunnya testis sejak kecil. Sedangkan bagi wanita khususnya para ibu hamil, kemungkinan terkena penyakit hernia lebih besar berbanding wanita yang tidak dalam keadaan hamil. Risiko anda terkena hernia lebih tinggi lagi jika anda sering mengangkat benda-benda berat tanpa menstabilkan otot-otot perut, mengalami batuk yang tidak kunjung sembuh, mengalami sembelit , suka merokok , atau kurang gizi. Ada empat jenis hernia yang boleh ditemui pada wanita. Jenis-jenis hernia itu adalah hernia fermoralis, hernia hiatus, hernia umbilikus, dan Inguinal Hernia tidak langsung.Pada wanita atau siapa saja yang ingin mendiagnosis penyakit hernia, diperlukan seseorang yang memang benar-benar ahli dalam pemeriksaan penyakit ini. Ahli pakar yang sudah jelas dan pasti ialah seorang doktor. Lakukan konsultasi kepada doktor kepercayaan anda agar melakukan pemeriksaan atau pemeriksaan terhadap keadaan kesihatan anda. Biasanya doktor akan menggunakan cara scan untuk mengetahui bahagian dalam organ tubuh anda, terutamanya pada bahagian-bahagian tertentu yang biasanya menjadi tempat bersarangnya penyakit hernia, misalnya pada wanita biasanya berlaku dalam bahagian perut. Melalui hasil scan tersebut boleh anda lihat sama ada anda menghidap penyakit hernia atau tidak. Jika positif, biasanya doktor akan menyarankan untuk dilakukan operasi sebagai jalan penyembuhan penyakit ini. Setelah mengetahui gejala, penyebab penyakit hernia ini, tidak ada salahnya kita mengetahui bagaimana cara rawatan yang dilakukan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Salah satu rawatannya ialah herniorraphy. Cara ini biasanya dilakukan dengan memberikan pemotongan yang dilakukan seperti pembedahan kecil. Di mana usus yang menurun tersebut dinaikkan untuk ditempatkan pada posisi yang seharusnya agar kembali seperti semula. Penyembuhan penyakit ini mungkin akan memakan masa yang cukup lama iaitu berkisar antara 1-2 minggu. Selain itu, hernioplasty. Rawatan menggunakan prosedur ini memerlukan beberapa pemotongan sederhana. Biasanya ahli bedah akan memasukkan kamera dibahagian hujungnya. Diaman kamera tersebut boleh mengambil gambar dengan cara memfoto apapun yang terjadi di dalam usus. Prosedur operasi seperti ini lebih banyak disukai kerana pemotongan itu tidak terlalu lebar sehingga pemulihan akan lebih cepat jika dibandingkan dengan kaedah herniorrahapy.

3

Hernia yang tidak ditangani berpotensi mengalami komplikasi yang bahkan boleh mengancam jiwa anda.Namun bagi para wanita yang bebas dari hernia, anda masih boleh mencegah kehadirannya dengan cara rajin mengambil makanan berserat tinggi, seperti buahbuahan atau sayur-sayuran. Melakukan olahraga secara teratur dan senantiasa menjaga berat badan yang sihat juga akan membantu mencegah keadaan ini.Elakkan mengangkat bendabenda yang berat. Namun jika anda harus mengangkat benda-benda berat, pastikan anda membengkokkan lutut anda, bukan pinggang.Selain itu, menjauhi rokok juga boleh mengurangkan risiko anda terkena hernia.

4

PERNYATAAN MASALAH Seorang lelaki bernama Lim Pak Sean , berumur 67 tahun, cina telah datang ke Hospital Sultanah Bahiyah dan dimasukkan ke wad pembedahan 3c atas arahan kemasukan ke hospital mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Disaat kemasukannya, aduan utama pesakit ialah mengalami kesakitan pada bahagian/ kawasan pusat. Pesakit juga mengadu berlaku pembengkakan/bonjolan abdominal sejak 2 tahun yang lalu yang terjadi pada kawasan atas pusat. Bonjolan tersebut semakin membesar ukuran saiznya tetapi ia sejenis reducible. Bonjolan tersebut akan kelihatan menonjol apabila pesakit batuk. Selain itu, pesakit tidak mengalami sesak nafas, tidak mengalami kesakitan pada abdominal , bowel open normal dan pass urine normal serta tiada disuria. Sejarah penyakit lalu pesakit ialah, pesakit pernah mengalami hipertensi dan sedang mengambil rawatan ubatan Tablet Perindopril 8mg OD, Tablet Simvastatin 40mg ON dan Tablet Amlodipine 10mg OD. Pesakit tidak mempunyai sejarah pembedahan lalu. Beliau telah disahkan mengalami penyakit paraumbilical hernia dan perlu menjalani rawatan pernbedahan Laparascopic Hernioplasty of Paraumbilical Hernia.

5

PENCARIAN LITERATUR HERNIA (angin pasang) ialah suatu benjolan tidak normal bagi organ dalam melalui pembukaan normal atau tidak normal. Menurut Dr Ganguli Gautam dalam akhbar ( KOSMO , 5 Ogos 2016 ) faktor-faktor yang menyebabkan hernia adalah , kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah. Selain itu, Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit.Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat. Manakala, kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital).Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernias (pada umbilicus).Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia. Simptom yang biasa bagi hernia adalah pembengkakan yang tidak sakit pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan dan apabila hernia bertambah besar, kesakitan mula dirasai.Lamakelamaan, jangka masa lama yang diambil untuk berdiri atau berjalan akan berasa tidak selesa. Pembengkakan akan meningkat dari segi saiz dan menonjol apabila batuk atau peregangan.Biasanya pembengkakan boleh ditolak menggunakan tangan ke dalam rongga abdomen, tetapi apabila hernia bertambah besar, ini tidak mungkin boleh dilakukan lagi. Antara jenis-jenis hernia ialah hernia yang boleh dikurangkan iaitu kandungan hernia boleh ditolak masuk ke dalam.Selain itu, hernia tidak boleh dikurangkan iaitu pembengkakan tidak boleh dikurangkan walaupun diberi tekanan menggunakan tangan.Seterusnya , halangan melalui sekunder kepada irreducibility dan edema, pesakit mungkin mengalami halangan pada bahagian usus. Dalam kes sebegini, pesakit akan mengalami rasa kembung pada abdomen, muntah dan sembelit. Ini merupakan pembedahan kecemasan.Di samping itu juga , hernia jenis penjerutan - Sekiranya bekalan darah pada kandungan dalam pundi hernia dipotong, kandungan itu akan mati kerana tiada bekalan darah. Ini merupakan suatu kecemasan dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak dibedah awal. Jenis lain ialah keradangan hernia apabila kandungan pada pundi hernia mendapat jangkitan, ini dinamakan keradangan hernia. Ini berkemungkinan berlaku sekiranya hernia mengandungi apendiks yang radang. Ini juga memerlukan rawatan pembedahan kecemasan. Untuk rawatan , selain daripada umbilical hernia yang kecil, bagi semua jenis hernia yang lain hanya terdapat satu rawatan iaitu pembedahan. Sama ada hernia akan menjadi berkurangan/halangan atau penjerutan, ini bergantung kepada saiz leher pada pundi hernia dan tidak bergantung kepada saiz hernia. Semakin sempit leher, kebarangkalian mendapat komplikasi adalah lebih tinggi.Adalah dinasihatkan supaya tidak meletakkan syiling, tali pinggang dan lain-lain ikatan pada hernia kerana ini akan mengakibatkan hakisan pada kulit dan kebarangkalian mendapat halangan akan meningkat.

6

Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Nanda Kumar Rajendram pula berkata, hernia ialah satu benjolan tidak normal bagi organ dalam melalui pembukaan normal atau tidak normal.Jelasnya, faktor-faktor yang menyebabkan hernia ialah kelemahan pada dinding di dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes . Tambahnya, terdapat pelbagai jenis hernia yang perlu diketahui oleh ibu bapa supaya mereka boleh mengenalpasti rawatan yang bersesuaian untuk anak mereka."Secara umum terdapat dua jenis hernia iaitu dalaman (internal) dan luaran (external). Internal bermaksud hernia yang berada di dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar.Contoh bagi hernia jenis ini ialah diafragmatic hernia yang terjadi apabila terdapatnya celah di diafragmatik (otot pemisah antara bahagian perut dengan dada). Ini berlaku kerana pembentukan diafragma yang tidak sempurna."Apabila hernia ini terjadi kepada bayi, doktor boleh mengesannya apabila melihat kesan yang amat ketara pada pernafasan selepas lahir," jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kelana Jaya, Selangor.Sementara, external lebih mudah dikesan kerana dapat dilihat dari luar. Jenis yang sering ditemui ialah hernia inquinal yang muncul di lipatan paha dan umbilical hernia yang muncul di kawasan pusat. Bayi umumnya mengalami external hernia yang boleh dilihat dengan mata kasar.Hernia umbilical berlaku apabila kandungan isi usus membentuk satu bonjolan di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan di dinding perut.Menurut Dr. Nanda, hernia bersaiz kecil berukuran lebih kurang 1 sentimeter (cm) pada bayi biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun.Hernia jenis Umbilical, menurut Dr. Nanda, kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama jika saiznya besar. Menurut Dr. Nanda, bagi risiko hernia ialah ada kalanya usus yang tersumbat di dalam rongga boleh mengalami kereputan apabila bekalan darah berkurangan dan tiada bekalan oksigen. Apabila ia terjadi, ia boleh membahayakan pesakit. "Terdapat dua kaedah pembedahan untuk merawat hernia. Untuk bersaiz kecil di bawah 5 cm, torehan kecil dibuat di bawah pusat manakala kawasan hernia dibuang dan ditutup dengan beberapa jahitan benang yang tidak reput."Bagi hernia bersaiz besar, jaringan diperlukan dan ia akan diletak di bawah kawasan lubang hernia sebelum ditutup dengan jahitan. Pesakit dibius keseluruhan dan proses pemulihan berlaku dengan cepat, membolehkan melakukan aktiviti normal selepas dua minggu. "Selain pembedahan konvensional, kini terdapat terapi yang tidak invasif tanpa memerlukan torehan yang besar iaitu menggunakan teknik laparoskopik. Sebanyak tiga torehan kecil sepanjang antara 5 hingga 10 mm dilakukan. "Rawatan ini memerlukan kepakaran yang amat tinggi bagi memungkinkan penyembuhan yang lebih cepat. Paling penting, risiko hernia berulang adalah amat rendah menggunakan pembedahan laparoskopik berbanding pembedahan konvensional. Kelebihan pembedahan laparoskopik ialah pesakit mengalami kesakitan yang amat kurang dan risiko jangkitan kuman juga rendah,'' katanya dengan teliti. Beliau turut menasihatkan supaya tidak mengurut hernia kerana ia sangat berbahaya. Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah dan berlaku jangkitan kuman dan membawa maut," ujarnya.

7

PERBINCANGAN / HUJAH Hernia adalah kelemahan atau lubang butang perut (pusatnya) atau tisu sekitar pusatnya yang (paraumbilical) biasanya lemak dalaman atau usus boleh menolak melalui / membuat lubang tempat yang ia lemah menjadi bonjol.Hernia juga dapat didefinisikan sebagai penonjolan organ atau tisu di luar kaviti tubuh melalui pembukaan di dinding kaviti. Ini kemungkinan besar akan menjadi lebih besar dan menjadi teruk jika tidak dirawat. Kadang-kadang lemak atau usus akan terperangkap dalam hernia yang menyebabkan kesakitan yang teruk dan muntah dan memerlukan pembedahan kecemasan untuk menangani masalah ini. JENIS-JENIS HERNIA     

Inguinal hernia Umbilical hernia (paraumbical) Insisi hernia Hiatal hernia Femoral hernia

Melalui jenis-jenis hernia ini, salah satu daripada nya saya dapat kaitkan ia dengan masalah yang dialami oleh pesakit dalam kajian kes saya. Beliau telah di diagnos mengalami paraumbilical hernia. Penyakit ini berlaku ,apabila kandungan isi usus membentuk satu bonjolan di kawasan pusat di mana ada kelemahan di dinding perut. ETIOLOGI    

kenaikan tekanan intra abdomen kongenital kelemahan pada dinding kaviti trauma pada dinding kaviti

Daripada sejarah sosial pesakit yang telah saya ambil, pesakit merupakan seorang suri rumahtangga. Beliau mengadu , sering mengangkat barangan berat ketika mejalankan tugas hariannya. Di samping itu, beliau juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang menyebabkan beliau perlu mengangkat barangan seperti mengangkat tong gas untuk menjalankan perniagaan beliau. Oleh hal yang demikian , saya dapat kaitkan di sini bahawa kenaikan tekanan intra abdomen merupakan salah satu etiologi yang menyebabkan pesakit ini mengalami penyakit hernia ini. Selain itu, saya juga dapat kaitkan pesakit ini dengan etiologi kelemahan pada dinding kaviti. Hal ini demikian kerana ianya kemungkinan berlaku akibat peningkatan umur. Pesakit juga seorang yang mengalami obesiti. Jadi , perkara ini secara tidak langsung menjerumus pesakit mendapat penyakit ini.

8

MANIFESTASI KLINIKAL Hernia dapat dilihat dan dirasakan, biasanya kita dapat merasakan hernia tersebut apabila terdapat benjolan ataupun seperti bengkak di sekitar perut ataupun pangkal paha yang akan hilang atau tetap muncul ketika berbaring ataupun saat ditekan. Pada awalnya , ia akan berasa sakit sedikit sahaja tetapi apabila melakukan akitiviti yang berat, benjolan tersebut semakin membesar. pesakit juga mungkin mengalami gejala muntah dan mual jika usus tersepit dan menyempit.Kadangkala rasa sakit tersebut akan disertai dengan demam. Bonjolan yang terjadi sering muncul dan juga mengalami peningkatan dari segi saiz dan ukurannya.Pesakit juga akan berasa sakit dan terasa ada tekanan terutamanya ketika batuk dan mengangkat benda berat. Berdasarkan kajian kes yang telah dijalankan terhadap pesakit ini, saya mendapati bahawa pesakit ini akan mengalami kesakitan apabila batuk dan ia akan menjadi lebih teruk.Selain itu, pesakit juga mengadu bonjolan yang terjadi semakin membesar saiznya. Hal ini dapat dikaitkan dengan pengkajian kes saya mengenai gejala-gejala dan tanda hernia.

INVESTIGASI     

pemeriksaan fizikal / pemeriksaan setempat pemerhatian terhadap lokasi , kebengkakan , warna , impulse on coughing , palpasi – lokasi , kandungannya, kebengkakan , tenderness , suhu , saiznya dan impulse on coughing penilaian sejarah pesakit Chest X-Ray

Beberapa investigasi telah dijalankan terhadap pesakit ini untuk membuat diagnosa yang tepat.Seperti yang kita sedia maklum , doktor akan menilai sejarah hidup pesakit. Hal ini demikian sedikit sebanyak dapat membantu dalam diagnosis yang akan dibuat. daripadanya adalah seperti yang telah dinyatakan iaitu pemeriksaan fizikal yang telah dilakukan oleh doktor. Selain itu juga, hasil daripada temu bual saya bersama pesakit , saya mendapati bahawa doktor telah melakukan palpasi abdomen pada lokasi yang membengkak dan membesar itu. Di samping itu, ujian radiologi Chest X-Ray (CXR) juga telah dijalankan terhadap pesakit untuk amengesan keabnormalan yang terjadi.

9

RAWATAN Rawatan konservatif   

kurangkan (reduce) hernia dengan tekanan (by pressure) memakai ‘truss’ untuk hernia yang jenis ‘reducible’ mengelakkan ketegangan berlaku pada dinding abdomen – cuba elakkan ambil barang berat

Rawatan surgeri   

herniarrhaphy hernioplasty herniotomy

Dalam kajian kes saya, rawatan yang telah diberikan kepada pesakit ialah , rawatan surgeri hernioplasty. Iaitu , rawatan ini memerlukan beberapa pemotongan sederhana. Biasanya ahli bedah akan memasukkan kamera dibahagian hujungnya. Di dalam kamera tersebut , ia boleh mengambil gambar apa yang terjadi di dalam usus terebut. Prosedur pembedahan seperti ini lebih banyak diguna pakai kerana pemotongan yang dilakukan tidak terlalu lebar. Oleh itu, proses pemulihan akan lebih cepat jika dibandingkan dengan kaedah herniorrahapy.Dalam rawatan konservatif, pesakit di nasihatkan oleh doktor supaya tidak mengangkat barang berat selama 6 minggu. Hal ini adalah untuk mengelakkan ketegangan berlaku pada dinding abdomen seperti yang dinyatakan.Pesakit juga di nasihatkan supaya memakai truss kerana hernia yang dialami merupakan sejenis hernia reducible.

10

RUMUSAN Secara keseluruhannya, hernia merupakan satu jenis penyakit yang perlu dicegah dan diberi rawatan seawal yang mungkin.Hal ini demikian kerana , jika ia dibiarkan , ia boleh bertambah teruk dan membawa kepada maut.Terdapat beberapa jenis hernia, antaranya ialah ,Inguinal hernia,umbilical hernia (paraumbical), Insisi hernia, Hiatal hernia dan Femoral hernia. Tetapi dalam rumusan ini saya akan merumuskan serba sedikit mengenai hernia umbilical (paraumbilical) seiring dengan diagnosa yang ditetapkan terhadap pesakit dalam kajian saya. Umbilical (paraumbilical) hernia ialah kelemahan atau lubang butang perut (pusatnya) atau tisu sekitar pusat (paraumbilical).Biasanya lemak dalaman atau usus boleh membuat lubang tempat yang lemah tersebut menjadi bonjol.Gejala-gejala umbilical (paraumbilical) hernia ini ialah ia terjadi apabila batuk ,dan ia sejenis reducible.Pesakit juga telah menjalani rawatan herniaplasty dan beliau di nasihatkan supaya tidak mengangkat atau melakukan pekerjaan yang berat dalam tempoh masa 6 minggu. Beliau juga hendaklah memakai tight underwear selama 6 minggu juga. Kesimpulannya, pesakit hendaklah menitikberatkan segala nasihat yang telah diberikan oleh doktor. Ahli keluarga pesakit yang terdekat juga hendaklah memberi sokongan dari segi fizikal dan mental kepada pesakit supaya pesakit tidak berasa putus asa untuk menjalani rawatan yang dilakukan. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih buruk daripada berlaku.

11

RUJUKAN 1. Dr Ganguli Gautam , surat khabar Kosmo Online , 5 OGOS 2016 2. Dr. Nanda Kumar Rajendram , Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) , Utusan Online , 15 OKTOBER 2009 3. Braunwald, Fauci, Kasper, Hauser, Longo, Jameson. Harrison’s Principles of Internal Medicine. 15th Edition. McGraw-Hill. 2001 4. Kumar P, Clark M. CLINICAL MEDICINE. WB Saunders 2002

12

More Documents from "Arif Muhd"

Fasa 2.docx
June 2020 24
Hernia.docx
June 2020 5
Folio Pi
November 2019 38
Kgt
November 2019 41
Folio Sejarah
November 2019 38