Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
1
E-PEMBELAJARAN: SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA Hazimah Hj. Samin & Dr. Ramlee Mustapha Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN Dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran, kita perlu mengetahui “bagaimana” individu belajar. Oleh itu, kebanyakan pembina teori membangunkan sendiri model mental berhubung bagaimana manusia belajar. Menurut teori konstruktivisme, semasa membangunkan pakej multimedia atau sebarang pakej pengajaran, pembangun seharusnya “menyelami” pengetahuan lepas bakal pengguna serta pengalaman pengguna yang sedia ada. Literatur menunjukkan bahawa kebanyakan perisian yang terdapat di pasaran tidak sesuai dengan pedagogi pengajaran dan pembelajaran kerana perisian yang dihasilkan dibina oleh pakar multimedia dan bukan pakar pedagogi. Perisian komersial yang diimport dari Barat walaupun menarik tetapi tidak selaras dengan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian bertajuk Sistem Kehakiman di Malaysia (SKdM) menggunakan Model 5 Fasa sebagai model pembangunan dan pendekatan pengajaran yang mempunyai ciri-ciri konstruktivisme. METODOLOGI Rekabentuk pembinaan perisian multimedia ini khusus untuk mata pelajaran Pengajian Am Tingkatan Enam bertajuk Sistem Kehakiman di Malaysia berdasarkan model Needham (1987). Penilaian perisian ini pula menggunakan soal selidik untuk menentukan kesesuaian perisian dan pengaplikasian teori konstruktivisme dalam aktiviti yang disediakan. Sebelum kajian sebenar dijalankan beberapa penilaian awal telah dilaksanakan. Reeves (1993) berpendapat penilaian bahan interaktif seperti multimedia harus melalui beberapa strategi penilaian seperti penilaian formatif dan Flagg (1990) juga menyatakan ulasan pakar terhadap bahan adalah perlu sebelum kajian rintis dijalankan. Rekabentuk kajian ini mementingkan penilaian agar bahan yang dihasilkan dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di samping menentukan kesesuaian bahan tersebut (Yusuf Hashim, 1998). Di peringkat permulaan, kajian awal dilaksanakan di kalangan 40 responden bagi mengenalpasti pengetahuan sedia ada. Dapatan telah dianalisis dan mendapati pelajar tersebut sememangnya telah mempunyai pengetahuan asas tentang mata pelajaran Pengajian Am yang bertajuk Fungsi Sistem Kehakiman di Malaysia ini. Namun begitu, hasil kajian permulaan ini menunjukkan bahawa mereka tidak mampu mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam keadaan sebenar. Ini dapat dilihat apabila berlaku misconception atau kegagalan pelajar tersebut dalam mengaplikasi pengetahuan sedia ada mereka apabila diajukan soalan-soalan yang memerlukan alasan atau contoh keadaan yang berkaitan. Selain itu, menerusi kajian permulaan ini juga, tahap pengetahuan mereka tentang fungsi sistem kehakiman di Malaysia adalah agak mendatar dan tidak meluas. Ianya dapat dilihat apabila mereka cenderung untuk memberikan jawapan atau pandangan yang terbatas terhadap soalan-soalan terbuka yang dikemukakan.
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
2
Perisian yang dibangunkan ini menjalani proses penilaian oleh lapan pakar dari pelbagai bidang iaitu bahasa, kandungan, teknikal dan pendekatan pengajaran. Penilaian formatif ini dilakukan berdasarkan pemeringkatan julat min iaitu rendah (M = 1.00 – 2.33), sederhana (M = 2.34 – 3.67) atau tinggi (M = 3.68 – 5.00). Pakar bahasa berpendapat bahawa tahap kesesuaian bahasa yang tinggi dengan nilai min 4.60. Pakar kandungan perisian juga memberikan nilai min yang tinggi (M = 4.69) dalam penilaian mereka. Penilaian pakar dari aspek teknikal ini dipantau oleh dua pakar dalam pendidikan komputer dan pembinaan perisian. Purata penilaian kedua-dua pakar ini menunjukkan nilai min yang tinggi (M = 4.38). Mereka turut memberi pandangan yang positif bagi tujuan membaikpulih perisian. Reka Bentuk Pembangunan Perisian Perisian Pengajian Am bertajuk Sistem Kehakiman di Malaysia (SKdM) ini mengandungi 5 modul berdasarkan pendekatan pengajaran Model Needham 5 Fasa. Model Needham (1987) ini pernah digunakan di dalam Children’s Learning in Science Project. Needham beserta pasukannya bekerja secara kolaboratif dengan lebih 30 orang guru dari daerah Yorshire dalam menjalankan kajian terhadap pembelajaran sains. Pengkaji memilih model ini selaras dengan pemilihan teori konstruktivisme oleh pihak Kementerian dalam usaha membangunkan pendidikan bercirikan bestari. Pengkaji juga tertarik terhadap pengaplikasian pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap pembelajaran masakini bersesuaian bagi pelajar pra-universiti. Nik Aziz Nik Pa (1999) berpendapat pengetahuan adalah sesuatu yang terkandung dalam pengalaman seseorang. Kepentingan pengetahuan awal atau prekonsepsi pelajar dikenalpasti. Mereka akan menstruktur semula konsep awal mereka dan prekonsepsi mereka dibincang dan diuji. Dalam konstruktivisme, pelajar dianggap agen yang aktif dan mereka bertanggungjawab memperoleh pengetahuan mereka sendiri. Selain itu, ketidakjelasan konsep atau ketidakfahaman akan diperbetulkan dan yang penting pelajar mencuba dan melakukan aktiviti yang disediakan. Bagi tajuk SKdM ini, pelajar melalui beberapa modul dalam Model 5 Fasa. Lima fasa dalam modul ini diterangkan seperti yang terdapat di dalam Rajah 1 di bawah.
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
Kembali
MENU UTAMA SKdM
3
Info / Objektif/ Glosari (kamus istilah)/ Penghargaan / Format peperiksaan
MODUL 1 (Fasa orientasi) Paparan Video, audio dan soalan subjektif menguji pengetahuan semasa pengguna
MODUL 2 (Fasa Pencetusan Idea) sederhana
Mengandungi 4 aktiviti iaitu melengkapkan maklumat, menyusun hieraki mahkamah, teka silangkata dan 10 soalan objektif
MODUL 3 (Fasa Pengstrukturan Idea) Simulasi perbicaraan dalam mahkamah. Pengguna juga akan menyusun kedudukan dalam mahkamah
MODUL 4 (Fasa Penggunaan Idea) Mengandungi 120 soalan objektif yang dipecahkan kepada 2 set soalan (Pengguna Baru dan Pengguna Lama). Pengguna lama akan diberi soalan kompilasi STPM dari tahun 1993 hingga 2004 merujuk kepada tajuk perisian. Pencapaian pelajar merujuk kepada lemah, sederhana dan cemerlang.
lemah TUTORIAL
cemerlang
MODUL 5 (Fasa Refleksi) Permainan Juta Ria bagi pelajar cemerlang. Pembinaan pengetahuan baru menerusi soalan terbuka (words)
RAJAH 1 Model Pembangunan dan Pengajaran SKdM TAMAT
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
4
Rajah 2 pula menunjukkan carta alir perisian ini berdasarkan model Needham 5 fasa. Pengguna perlu mendaftar untuk menggunakan perisian ini. Terdapat lima aktiviti (menu) utama iaitu: Aktiviti, Latihtubi, Simulasi, Permainan, dan Tutorial.
SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA
AKTIVITI
LATIH TUBI
PERMAINAN
Menyusun kedudukan keahlian
JUTA RIA (30 soalan)
SIMULASI
Menyusun Hieraki Mahkamah Malaysia
Perbicaraan dalam
Teka silang kata 10 soalan objektif
Pengguna
Pengguna lama
60 soalan mengenai fungsi dan aturcara mahkamah
60 STPM 1993 1996 (STPM 1)
60 soalan mengenai fungsi dan aturcara mahkamah (UJIAN
60 STPM 1997 2000(STPM 2)
60 soalan mengenai fungsi dan aturcara mahkamah (UJIAN
60 STPM 2001 2003 (STPM 3)
TUTORIAL
Pengenalan (Fungsi badan kehakiman, bidang kuasa, aturcara perbicaraan, prosedur menahan pesalah, hak kebebasan diri, perbicaraan kes sivil dan jenayah, kelayakan peguam bela dan peguam Hieraki Mahkamah (Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret Kelas 1 & 2, Mahkamah Penghulu)
Mahkamah Awam (Bidang kuasa, keahlian, perlantikan hakim) Mahkamah Khas (Mahkamah Juvenil, Mahkamah Tentera, Mahkamah Bumiputera, Mahkamah Syariah, Mahkamah Khas Raja-Raja, Mahkamah Perusahaan. Keratan akhbar
MARKAH
Internet Menghubungkan pengguna kepada beberapa halaman perundangan dalam
RAJAH 2. Model Rantingan Sistem Kehakiman di Malaysia Untuk memberikan sedikit gambaran tentang perisian ini, dipaparkan beberapa skrin utama dalam perisian ini.
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
Skrin Permulaan Perisian a) Masukkan nama pengguna
b) Aluan kepada pengguna
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
5
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
Skrin Menu Utama a) Skrin Info
b) Skrin Objektif
c) Skrin Glosari
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
6
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
7
d) Skrin Format
e) Skrin Penghargaan
Skrin Fasa Orientasi Pembangunan modul ini adalah bagi melahirkan suasana ingin belajar menerusi persekitaran yang disediakan. Fasa ini cuba menarik minat dan memotivasikan pengguna terhadap apa yang akan dipelajari. Bagi menggalakkan penemuan, pelajar diberi pilihan untuk meneroka maklumat serta mengawal pembelajaran seperti yang ingin untuk dipelajari. Ini akan memberi peluang kepada pelajar mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sebelumnya (Baharudin Aris et al. 2002). Tayangan video, audio dan teks digunakan bagi memaparkan pengetahuan yang boleh diperolehi menerusi pemerhatian. Penggunaan elemen audio, video, grafik dan teks digunakan bagi menarik minat pengguna.
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
a)
b)
8
Paparan 1 (Video dan Audio)
Soalan
Skrin Fasa Pencetusan Idea Modul ini dibangunkan bagi mengenalpasti pengetahuan yang wujud dalam minda. Oleh itu empat aktiviti digunakan bagi membantu pengguna mengenalpasti kekuatan pengetahuan yang wujud dalam minda mereka.
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
a)
b)
Aktiviti Melengkapkan Carta Mahkamah
Aktiviti Melengkapkan Hieraki
c) Aktiviti Teka Silangkata
c) Aktiviti Teka Silangkata
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
9
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
10
d) Aktiviti Soalan Objektif
Skrin Fasa Mengstruktur Idea Modul ini bertujuan untuk mengembangkan atau mengubahsuai idea pelajar yang terdahulu dengan idea yang lebih analitik. Pengguna akan menjalankan satu eksperimen terhadap pengendalian dalam kes-kes mahkamah. Ini membantu pelajar memahami dan meneliti kelemahan atau kelebihan pengetahuan mereka dengan melihat kesan dari hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah. Simulasi ini dapat memberi suasana sebenar dalam mahkamah dan membantu pelajar mengstruktur minda mereka mengenai suasana, kedudukan, penggunaan bahasa serta peranan ahli dalam perbicaraan. a) Menyusun kedudukan ahli dalam mahkamah
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
11
b) Simulasi Perbicaraan
Skrin Fasa Penggunaan Idea Fasa ini membantu pengguna mengaplikasi idea dalam situasi baru. Kejayaan pengguna baru atau lama akan ditentukan sama ada mereka dalam kategori lemah, sederhana atau cemerlang. (rujuk Rajah 1). Pencapaian pelajar akan menentukan sama ada mereka terpaksa mengulangi fasa yang sebelumnya, mengikuti kelas tutorial atau berada dalam Fasa Refleksi (Juta Ria). a) Pendaftaran Pengguna
Paparan bagi pengguna lama Markah pencapaian terdahulu boleh dipaparkan
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
b) Skrin Soalan bagi pengguna yang pernah mengakses Fasa Penggunaan Idea
c) Skrin markah pencapaian pengguna
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
12
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
13
Fasa Refleksi Fasa ini adalah fasa penilaian diri atau imbuhan motivasi di samping membantu mereka menguasai ilmu dan menggunakan idea yang terdahulu dalam situasi pembelajran yang baru. Selain itu, fasa ini juga menyediakan soalan reflektif bagi menilai perubahan idea serta kemahiran mereka. a) Permainan Juta Ria
Skrin KELUAR
DAPATAN KAJIAN Perisian yang Bersesuaian dan Menarik Pembangunan perisian ini melibatkan kesesuaian dari aspek rekabentuk antaramuka. Antaranya, warna, audio, video, grafik, susun atur teks, dan sebagainya. Dapatan nilai min yang dikemukakan menunjukkan bahawa kesemua ciri-ciri aspek rekabentuk antaramuka. Faktor latar belakang skrin dan warta latar yang menarik menjadi salah satu aspek yang dinilai oleh pengguna. Dapatan menunjukkan nilai min yang diperolehi bagi faktor ini adalah tinggi iaitu M=4.29 bagi guru dan M=4.25 bagi pelajar. Manakala, bagi faktor Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
14
keinteraktifan perisian dan kejelasan teks, nilai min yang dikemukakan menerusi dapatan kajian menunjukkan nilai yang agak tinggi iaitu M=4.64 bagi guru dan M=4.49 bagi pelajar. Ini menunjukkan bahawa pengguna berpuas hati dengan kejelasan teks dan tahap interaktif perisian yang dibangunkan. Pengaplikasian Pendekatan Konstruktivisme dalam Rekabentuk Pembangunan. Dapatan menunjukkan aplikasi teori konstruktivisme dalam rekabentuk pembangunan perisian multimedia ini merupakan satu perspektif baru dalam dunia pendidikan. Berdasarkan skor min keseluruhan bahagian ini turut mencapai tahap yang tinggi iaitu M=4.21 bagi pelajar dan M=4.23 bagi guru. Majoriti responden iaitu seramai 224 (93.3%) orang pelajar dan 16 (94.1%) orang guru meletakkan tahap penilaian mereka di tahap yang tinggi dengan nilai min yang melebihi 3.67 dan hanya seorang guru dan 16 orang pelajar menyatakan nilai min yang sederhana. Pembangunan Isi Kandungan yang Bersesuaian dengan Pendekatan Konstruktivisme. Dapatan kajian mendapati keseluruhan guru bersetuju dan mletakkan nilai min yang tinggi dalam penilaian mereka terhadap tahap kesesuaian isi kandungan. Ianya turut ditunjukkan melalui seramai 227 orang (94.6%) yang mempunyai nilai min di tahap yang tinggi iaitu melebihi 3.67, manakala 13 yang selebihnya di tahap yang sederhana. Isi kandungan perisian ini juga dinilai sebagai dapat membantu merangsang ingatan pelajaran lalu dengan nilai min yang ditunjukkan adalah di tahap yang tinggi iaitu M=4.31 bagi pelajar dan M=4.41 bagi guru. Pemilihan pendekatan belajar sambil bermain (Wadworth 1978) juga diterap dalam merekabentuk perisian ini. Menerusi kandungan dalam permainan Juta Ria yang dibangunkan, ternyata para responden amat berpuas hati kerana ianya dapat menarik minat mereka terhadap isi pelajaran serta menjadikan proses pembelajaran mereka lebih unik dan berkesan. Ianya boleh dilihat menerusi nilai min yang menyatakan dengan jelas bahawa kandungan Juta Ria amat menarik minat dengan nilai min yang agak tinggi iaitu M=4.52 bagi guru dan M=4.46 bagi pelajar. Pendekatan Pengajaran menggunakan Model 5 Fasa dalam Pembangunan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian kesemua guru dan 238 orang pelajar adalah di tahap yang tinggi, di samping selebihnya iaitu 2 orang pelajar di tahap yang sederhana. Ternyata, ianya diterima kerana ianya meliputi proses pembelajaran yang teratur dan berkesan. Ini kerana, keberkesanannya diukur menerusi peringkat-peringkat yang dilalui yang terbukti berperanan untuk menjana pemikiran yang kritis dan konkrit. Min-min yang diperolehi di setiap peringkat model pembelajaran lima fasa daripada penilaian responden ditunjukkan dengan jelas berada di peringkat yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa pendekatan ini sememangnya bersesuaian dan berkesan kepada mereka. KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan sebilangan besar didapati pelajar yang berdikari atau kompetitif lebih suka menyertai model rekabentuk perisian ini kerana berorientasikan pembelajaran kendiri dan belajar mengikut rentak mereka sendiri. Selain itu responden juga didapati lebih cemerlang dalam menyelesaikan permasalahan pembelajaran kolaboratif. Ini akan terus tercapai jika arahan diberi secukupnya secara fleksibiliti dan bebas. Selain itu, gabungan di antara Model Needham 5 Fasa dan juga rekabentuk bersistem Dick & Carey (1996) dapat membantu potensi reka bentuk pembangunan yang lebih efektif. Kesan
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
15
pembelajaran juga dapat dilihat apabila pengalaman responden selari dengan kurikulum yang disediakan. Malah, menerusi dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa responden bersetuju (berdasarkan dapatan kajian ini) bahawa perisian ini bukan sahaja mencabar minda tetapi juga dapat mendidik mereka bekerja secara kolaboratif dan kendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar subjek sistem kehakiman di Malaysia. Konstruktivisme yang melandasi pembangunan perisian ini merupakan satu pendekatan untuk melihat bagaimana pengetahuan baru dibina berdasarkan pengalaman lepas. Dalam perisian ini, pengaplikasian prinsip-prinsip teori konstruktivisme dapat membantu pelajar membina pengetahuan secara aktif berikutan dari bantuan kendiri, interaksi sosial dan persekitaran pembelajaran yang metakognitif. Pengguna akan tetap mencuba mengubahsuai pengetahuan baru apabila berlaku percanggahan maklumat. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu guru-guru mata pelajaran Pengajian Am dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di samping menjadikannya sebagai bahan rujukan pelajar bagi mendalami dan memahami keperluan pengetahuan semasa mata pelajaran ini. Bagi pelajar pula, pembelajaran kolaboratif yang aktif boleh dikembangkan melalui interaksi dengan komputer untuk lebih bebas meneroka maklumat dan berbincang secara terpandu. Manakala, pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah juga perlu memberi galakan kepada guru-guru untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran komputer sekaligus keprihatinan ini akan membantu guru mengenali peranan komputer sebagai media penyebaran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Umumnya, perisian ini boleh dijadikan panduan dalam membaikpulih dan mengembangkan kepelbagaiannya dalam bidang yang lain. BIBLIOGRAFI Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffuddin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Rekabentuk Perisian Multimedia. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Gagne, R.M. 1985. The Condition of Learning and Theory of Instruction. New York: CBS Publishing. Needham, R. in association with Peter Hill. 1987. Teaching Strategies for developing understanding in science. Childrens Lerning Science Project. Centre for studies in Science and mathematics educations. Leeds, UK: University of Leeds. Nik Azis Nik Pa. 1999. Pendekatan Konstruktivisme Radikal dalam Pendidikan Matematik. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Reeves, Thomas, C. 1993. Evaluating Interactive Multimedia dalam Diane M. Gayeski: Multimedia for Learning: Development, Application and Evaluation, Educational Technology Publication, Englewood Cliffs, New Jersey. Reiff.J.C. 1992. Learning style. Washingston D.C.: National Education Association Rowland, G. 1995. Instructional Design and Creativity: A Response to the Criticized. Journal of Educational Technology, 35 (5), pp. 17-22. Saunders, W. L. 1992. The construvtivist perspective: Implications and teaching strategies for science. Journal of School and Mathematics, (92), pp.136-141. Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi Teori dan Praktik. Selangor darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tobin, K., dan Tippins, D. 1993. Constructivism as a referent for teaching and learning dalam K.Kobin, The practice of constructivism in science education. Washington, D.C.: AAA Press. Yusuf Hashim. 1997. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya
Zikmund, William G. 2000. Thomson Learning.
Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM
16
Business research method. 7th edition. South-Western