Hakikat Penciptaan Manusia

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hakikat Penciptaan Manusia as PDF for free.

More details

  • Words: 2,017
  • Pages: 8
HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA Telah diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit ) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra " Agama ini dibina dengan Asar-istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur'an & Sunnah) - dan bukanlah agama ini dibina dengan akal." Hakikat sebenar ciptaan manusia yang mempunyai kaitan yang erat dengan Allah SWT iaitu selain unsur-unsur fizikal yang wujud dalam penciptaan manusia, terdapat juga unsur lain yang cukup penting iaitu unsur roh atau spiritual seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam surah al Hijr ayat 29 bermaksud; “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan roh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu (Iblis) sujud kepadanya”. Berdasarkan hakikat kejadian manusia, insan yang cemerlang adalah insan yang berupaya memahami hakikat penciptaan mereka serta menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan fizikal dan juga kerohanian mereka. Usaha untuk menyepadukan kedua-dua unsur asas ini akan membawa manusia itu kepada matlamat akhir iaitu memperolehi kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Satu kelebihan utama kepada manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT iaitu mereka diberi pancaindera untuk memahami dan mengerti hakikat kejadian dan diberi akal yang berupa keupayaan untuk memilih antara yang hak dan yang batil, sama ada kebahagiaan atau jalan kesengsaraan. Manusia sesungguhnya merupakan satu makhluk yang istimewa. Kita sebagai manusia tanpa disedari sebenarnya merupakan semulia-mulia makhluk di muka bumi ini seperti mana firman Allah SWT di dalam Al-Qur’an: “Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian” (Surah At-Tin : 4) Kejadian manusia itu sangatlah kompleks dan rumit sehingga memustahilkan manusia itu untuk terjadi dan tercipta dengan sendirinya. Lihatlah perjalanan darah dan sistem urat saraf, kombinasi daging dan tulang serta bentuk badan manusia yang sungguh rumit dan unik.

Manusia di dalam bahasa arabnya disebut (‫ )أنننس‬iaitu insan (manusia) dan menurut riwayat dari Al-Munziri yang bertanyakan Abi Haitsam apakah asal bagi perkataan (‫ا‬An-nas) maka dijawab ianya ialah (‫ )أُناس‬dan dari sudut maksud pula maka menurut dari riwayat Ibn Abbas ra pernah menyebut bahawa yang disebutkan (insan) itu ialah kerana ianya berasal dari ‫ أنسنانا‬iaitu kelupaan kerana manusia atau insan itu fitrahnya pelupa apabila telah berlalunya masa dan zaman (Sila lihat Lisan Arab oleh Ibn Manzur m/s 241 Jilid 1). Di dalam Islam, memerhati dan memahami hakikat kejadian manusia merupakan satu tuntutan dan kewajipan

kerana dengan memerhatikan hakikat kejadian

manusia dan memahami prosesnya baik menurut pedoman wahyu atau menuruti penemuan dari ilmu sains dapat membawa manusia itu kepada kesedaran akan kebesaran Allah dan menyembahnya dengan ilmu serta yakin. Hal ini jelas disebut dalam firman-Nya : “Dan dari apakah manusia itu diciptakan?” (Surah Abasa : 18). Ayat ini didatangkan dalam Al-Qur’an melalui uslub (gaya) yang berbentuk pertanyaan bagi menyuruh manusia itu supaya memerhatikan asal kejadiannya dari apakah kita diciptakan. Lalu kemudian Allah SWT menyambung dan menjawab kembali dengan firman-Nya : “Dan dari setitis air mani lelaki itulah manusia dijadikan kemudian diaturkannya menjadi sempurna” (Surah Abasa : 19). Hal ini dibuktikan oleh kajian Saintifik walaupun ketika diturunkan Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW pada 1400 tahun dahulu. Pada masa itu belum lagi wujud mikroskop atau alatan canggih tapi demi kebenaran dan mukjizat Al-Qur’an sebagai sumber ilmu dan wahyu dari Allah maka umat Islam yang memahami Al-Qur’an sudah pun mengetahui akan fakta ini sejak turunnya wahyu kepada rasulullah sallahualaihiwasalam. Dari setitis air mani yang menghasilkan sperma itulah merupakan asas dan punca kejadian manusia apabila ia bercampur dengan ovum (benih) di dalam rahim wanita apabila berlaku proses persetubuhan seperti firman Allah SWT :

“Dan bahawa sesungguhnya Dialah (Allah) yang menjadikan pasangan suamiisteri baik dari lelaki dan perempuan” (Surah An-Najm : 45). Iaitu Allah SWT telah mentakdirkan kepada manusia dengan kekuasaan-Nya suatu fitrah supaya cenderung dan tertariknya manusia itu sesama lawan jantina supaya dengan demikian akan berlakunya proses persetubuhan yang akan menghasilkan kejadian manusia seperti firman-Nya yang seterusnya : “Dari air mani (air lelaki) ketika ianya tertumpah ke dalam rahim (kemaluan perempuan)” (Surah An-Najm : 46). Demikianlah proses berlakunya kejadian manusia apabila dengan takdir Allah SWT telah menetapkan bahawa wujudnya satu tarikan dan kenikmatan antara lelaki dan perempuan sehingga mendorong masingmasing untuk mendekati dan menghampiri lalu menjalin hubungan badan yang akan menghasilkan kesan lahirnya dan terciptanya manusia. “Sunnah (ketetapan) Allah yang telah ditetapkan kepada hamba-Nya dan rugilah golongan yang tidak beriman” (Surah Al-Ghafir : 85). Mengenai kejadian dan asal kejadian manusia ini juga turut disebut dalam hadis baginda SAW sebagai bukti dan tanda mukjizat seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud ra yang pernah berkata : Bermaksud..... “Telah berjalan satu hari seorang Yahudi untuk ke majlis rasulullah salallahualaihiwasalam

yang

sedang

mengajar

para

sahabatnya

maka

berkatalah golongan Quraisy kepada Yahudi itu dalam perjalanannya ‘Wahai Yahudi, mengapa kamu tidak bertanyakan lelaki ini yang mendakwa dirinya sebagai nabi dengan sesuatu soalan yang hanya mampu dijawab oleh para nabi?’ Maka akhirnya lelaki Yahudi itu pun sampai dan duduk di majlis baginda lalu bertanyakan ‘Wahai Muhammad beritahulah dari apakah diciptakan manusia itu?’ Maka menjawablah baginda salallahualaihiwasalam dengan sabdanya ‘Wahai Yahudi, diciptakan manusia itu seluruhnya dari air benih lelaki dan dari benih perempuan” (hadis riwayat Ahmad dalam Musnadnya m/s 465 Jilid 1).

PROSES KEJADIAAN MANUSIA SELEPAS BERLAKUNYA PERCAMPURAN ANTARA BENIH LELAKI DAN Apabila berlakunya percampuran antara benih lelaki dan perempuan seperti yang disebut dalam firman Allah SWT : “Sesungguhnya kami ciptakan manusia dari setitis mani dan kami mengujinya lalu kami menjadikannya mendengar lagi melihat” (Surah Al-Insan : 3) maka benih lelaki iaitu sperma itu haruslah diuji dengan terpaksa menembusi lapisan ovari wanita yang tebal dan tidak semua berjaya kecuali hanya satu benih yang akhirnya berjaya menembusi lapisan ovum dan bersenyawa. Apabila telah bersenyawa maka dengan izin Allah SWT tompokan benih itu akan menjadi gumpalan darah yang bersemi lalu membentuk ketulan daging yang penuh isi dan darinya diwujudkan tulang dari kalsium dan zat tertentu maka akhirnya membentuk jasad dan fizikal khusus. Inilah yang disebut oleh Allah SWT dalam firman-Nya : “Sesungguhnya kami jadikan manusia itu dari sari tanah (asal kejadian Adam) lalu kemudiannya kami jadikannya pula manusia itu dari air mani yang disimpan di tempat yang kukuh (rahim), kemudian dari air mani itu kami jadikannya segumpal darah yang pekat yang dari segumpal darah itu kami jadikannya pula sebagai ketulan daging, dan dari ketulan daging itu kemudiannya kami ciptakan tulang dan kemudiannya dari tulang itu kami balutinya dengan daging dan membentuk jasad lalu kemudiannya jadilah dia sebagai mahkluk yang sempurna” (Surah Al-Mukminun : 12-14). Demikianlah penciptaan manusia yang akhirnya menjadi jasad yang hidup lalu berjalan, bercakap dan mendengar serta melihat untuk dipertanggungjawabkannya dengan kehidupan sebagai manusia untuk mencapai matlamat kejadiannya iaitu sebagai hamba kepada Allah SWT dan beribadah kepada-Nya seperti firman-Nya : “Dan tidaklah diciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-ku” (Surah Adz-Zariyat: 56). Itulah tugas manusia sebagai hamba Allah SWT dan demikianlah tanggungjawab kita sehinggalah datang ketentuan Allah lalu akhirnya kita akan dikembalikan kepadanya dengan dimatikan kita serta dicabut kehidupan dari kita.

“Kemudian sesudah itu (selepas hidup buat seketika) kamu akan dimatikan” (Surah Al-Mukminun : 15). Kematian akan memisahkan kita dari kehidupan dunia yang indah ini sekaligus menjadi sebuah kiamat kecil kepada diri kita apabila segala nikmat ditarik dan hanya tinggal kegelapan kubur dan sebuah alam baru yang menanti kita yang dinamakan sebagai alam barzarkh.

KEADAAN SELEPAS MATI Sesungguhnya setelah dimatikan maka manusia itu akan berada di alam penantian dari alam dunia ke alam akhirat. Maka alam pernantian itu dinamakan alam kubur atau alam barzarkh. Di sana manusia itu akan mula mendapat pembalasan yang setimpal dari apa yang diperbuat olehnya di atas muka bumi dahulu. Hal ini jelas dan wajib diimani dan sabit (jelas) disebutkan dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah ra dari Nabi Salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda : “Sesungguhnya manusia itu apabila menjadi mayat maka dia akan didatangi oleh malaikat, dan jika lelaki itu seorang yang soleh (baik) maka akan dikatakan kepadanya keluarlah wahai jiwa yang baik dan berada dalam jasad yang baik pula, keluarlah dengan kemuliaan dan bergembiralah dengan keredhaan Tuhan, lalu apabila roh itu sudah keluar maka akan segeralah dibawanya ke langit lalu apabila sampai di sana akan dibukalah pintu kepadanya sambil ditanya oleh Malaikat di langit ‘Siapakah lelaki itu?’ Maka dijawab ‘si fulan dan si fulan.’ Lalu akan menyambutlah para malaikat dengan sebaik sambutan sambil menyebut ‘Selamat datang wahai jiwa yang baik dan berada pula dalam jasad yang baik bergembiralah dengan keredaan tuhan dan berbau wangilah jiwanya.’ Sehinggalah ruh itu dibawa jumpa Allah SWT lalu dikembalikan ke kuburnya dengan kegembiraan sambil menanti di kuburnya akan kedatangan hari kiamat. Manakala jika manusia yang mati itu seorang yang jahat maka apabila didatangi malaikat dikatakan kepada jiwanya keluarlah wahai jiwa yang keji, dalam jasad yang buruk keluarlah dengan penuh kehinaan dan bergembiralah dengan

neraka dan azab. Lalu apabila dibawa roh itu ke langit maka berkatalah malaikat penjaga pintu di langit, ‘Siapakah yang berbau busuk ini?’ maka dijawablah ‘fulan dan si fulan’ maka berkatalah mereka, ‘Wahai jiwa yang keji tiadalah kebaikan bagimu tidak lah dibukakan pintu buatmu wahai jiwa yang keji dalam jasad yang buruk pula. Kembalilah engkau dalam kehinaan.’ Lalu roh itu pun dibawa ke kuburnya lalu diazab. (Hadih Sahih riwayat Ahmad no.8754, Nasaie’, Ibn. Majah) Sesungguhnya kematian bukanlah bererti penamat segala-galanya bahkan ianya merupakan permulaan bagi sebuah kehidupan baru yang kekal. Tidaklah benar bagi golongan kufur yang mengingkari kewujudan kehidupan selepas mati bahawa dunia inilah segala-galanya dan apabila mati maka manusia hanya akan menjadi tanah dan hilang terus dari muka bumi serta tamatlah segala perkara dan sengsara. Mereka yang tidak beriman dengan kehidupan selepas mati maka mereka inilah yang apabila menghadapi tekanan, penderitaan di dunia ini maka segera memutuskan nyawa mereka yang diamanahkan oleh Allah dengan membunuh diri. Membunuh diri sendiri disangkanya dapat menamatkan penderitaannya sedangkan sebaliknya. Ia bahkan menambah deritanya apabila diseksa dan diazab di dalam kehidupan selepas mati yang kekal dan abadi. Sesungguhnya mati hanyalah permulaan kehidupan sebenar yang kekal abadi dan hakiki. Adapun dunia ini hanyalah ibarat tempat permusafiran sementara dan tempat ujian.Di dalam kubur manusia akan ditanya mengenai amal perbuatan mereka di dunia, di situlah akan bermulanya titik pengazaban atau pembalasan nikmat. Ini disebut oleh rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang manusia itu apabila telah diletakkan dalam kubur dan beredar kaum kerabatnya meninggalkan kuburnya maka akan terdengarlah olehnya bunyi derapan kasut mereka itu dan datanglah dua malaikat duduk di sisinya ”. (hadis Sahih riwayat Bukhari no. 1369) Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dengan hadis hasan yang marfu dari Abu Hurairah ra bahawa nama para malaikat tesebut ialah Munkar dan Nakir. Disebutkan oleh baginda rasulullah dalam hadis yang banyak baik melalui riwayat Abu Daud, Nasaie, Abi Syaibah dan lain-lain mengenai datangnya dua malaikat dan menyoal manusia akan siapakah tuhannya? Apakah agamanya? Siapakah nabinya? dan jika seorang manusia itu dapat menjawab soalan para malaikat maka akan dibukakanlah baginya

pintu-pintu syurga sehingga dia dapat melihat tempat tinggalnya di syurga dan diperluaskan baginya kubur serta beristirahatlah dia dengan penuh nikmat dan tenang sambil menanti datangnya hari kiamat. Adapun jika sebaliknya, iaitu dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh para malaikat maka seorang manusia itu akan dipakaikan dengan pakaian dari api neraka dan dibukakan pintu neraka serta ditunjukkan tempat tinggalnya dalam neraka sehingga menderitalah dia menerima azab seksa sehinggalah hari kiamat. Sesungguhnya apabila manusia mati, maka akan hancurlah tulang-tulang dan isi dagingnya menjadi tanah semuanya atau dimakan cacing atau binatang dalam tanah sehingga tidak tinggallah kesan melainkan sebentuk tulang kecil di bahagian punggung yang dinamakan sebagai tulang sulbi yang akan kekal sehingga kiamat. Tulang sulbi manusia yang berada di hujung tulang belakang yang paling akhir yang di dalam bahasa Inggris disebut sebagai Coccyx ini sebenarnya disebut dalam hadis yang sahih oleh baginda dengan sabdanya : “Semua bahagian tubuh anak adam akan binasa kecuali di hujung ekornya, darinya dia mula diciptakan dan darinya dia akan dijadikan semula” (Hadis Sahih riwayat Bukhari no. 4935). Bagi mereka yang beramal soleh dan beriman kepada Allah maka mati merupakan nikmat dan kegembiraan kerana mereka akan dapat memperolehi ganjaran nikmat dan syurga. Manakala bagi mereka yang tidak beriman dan beramal buruk maka mereka akan mendapat azab atas dosa-dosa mereka dan diazab di dalam neraka.

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

KPLI AMBILAN JANUARI 2008 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENGAJIAN AGAMA ISLAM

TAJUK: HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA & PERANAN SEBAGAI PENDIDIK ANAK BANGSA

NAMA: ASMAT BINTI ALI 820630-03-5528

PENSYARAH : PN.NORHAYATI BT IBRAHIM

Related Documents

Hakikat Penciptaan Manusia
November 2019 36
Penciptaan Manusia
November 2019 33
Hakikat Manusia
April 2020 35